bercakapdenganjin | Unsorted

Telegram-канал bercakapdenganjin - Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

3650

KISAH SERAM / CERPEN BERCAKAP DENGAN JIN Karya TAMAR JALIS 🤲al fatihah kpd penulis Allahyarham dlm memori (13.9.1940 - 26.8.2018) Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Piah berusia 50-an & beliau sbg cucu

Subscribe to a channel

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Biarlah dia mengalah. Tok Kimar boleh diajar amalkan pengubatan sendiri kalau dia bersetuju.  Memang Tok Pekak tidak keberatan mengajarkan amalannya kepada Tok Kimar.



Disebabkan sudah bebulan-bulan Tok Kimar mengidap penyakit ganjilnya, dia tidak  peduli apa.  Jangan katakan bertapa di masjid lama dengan bangun di tengah malam bersembahyang tahajud kalau di suruh mencari gua di tengah hutan pun, Tok Kimar sanggup lakukan.



Apa sangatlah dengan masjid lama yang terpencil di hujung kampung, kalau bandingkan dengan penyakit yang dihidapnya.  Setiap tengah malam dia akan di ganggu demam kesejukan hingga seluruh sendi-sendi merasa lenguh.  Dia akan terbatuk-batuk berulang kali bagaikan terasa rangka dadanya pecah.



Biarlah dia turutkan amalan yang di berikan oleh Tok Pekak.  Berpuasa seminggu bukanlah membawa aral apa-apa.  Dalam masa berpuasa dia dikehendakki tidak lepas daripada wuduk sepanjang masa.  Tok Pekak mahu dia habiskan membaca Ayatul Kursi sebanyak 313 kali dari satu waktu solat ke pada waktu seterusnya.



Malam ketujuh dia bersembahyang tahajud seorang diri di tengah kesepian itulah Moyang Labuh menjelma di tengah masjid.  Tok Kimar tercium bau wangi semerbak sewaktu Moyang Labuh berdiri solat dua rakaat.  Selepas selesai solat, Moyang Labuh menggamitnya dekat.



Tok Kimar di suruh mandi di perigi dan mengambil pucuk pisang kelat yang masih bulat di penjuru pagar masjid.  Terketar-ketar Tok Kimar kesejukan disuruh mandi di tengah malam demikian.  Dengan tidak berbaju Tok Kimar di  suruh oleh Moyang Labuh meniarap di atas pucuk pisang tersebut sambil meletakkan dadanya ke situ.



Moyang Labuh menepuk-nepuk belakang Tok Kimar dengan membacakan Fatihah berulang kali.  Hampir lima belas minit Moyang Labuh menepuk belakang Tok Kimar barulah di suruhnya duduk.  Kemudian Moyang Labuh menyuruh Tok Kimar menyuluhkan pelita ke atas pucuk pisang berkenaan.



Terkejut Tok Kimar apabila dilihatnya di atas pucuk pisang kelat itu bermanik-manik serbuk kaca halus bertaburan akibat disuluh cahaya api pelita.  Bercampur aduk dengan kaca halus bertaburan itu ialah miang rebung dan bulu halus yang lerai daripada ulat bulu.


“Apa bendanya tu, Moyang?”  soalk To Kimar memerhati Moyang Labuh yang duduk menunduk.



Tersenyum Moyang Labuh sambil membelek-belek ke atas pucuk daun pisang berkenaan.  Kemudian dia menghela nafas lantas menepuk-nepuk bahu Tok Kimar.  “Kau bernasib baik,”  keluhnya perlahan terus melipat pucuk pisang itu.



“Apakah penyakit saya, Moyang?”  tidak sabar lagi Tok Kimar mahu mengetahi penyakit sebenar yang dihidapinya.



“Bencana yang nak membunuh kau,”  ujarnya mencebik bibir.  “Mujurlah pertahanan kau kuat, Kimar,”  terus Moyang Labuh lantas memperkenalkan dirinya sebgai penjaga masjid lama itu turun temurun.



Moyang Labuh memberitahu mengenai santau yang dikirimkan untuk membalas dendam terhadap Tok Kimar.  Bukan santau angin atau santau air yang dikirimkan, tetapi santau permainan syaitan.  Kalau sekadar santau angin atau santau air memang Tok Kimar tidak mudah di tewaskan.



Sudah lama dia berguru dengan Tok Pekak kalau fasal jampi serapah.  Memang Tok Kimar tidak pernah bimbang dengan santau angin atau santau air yang dikirim melalui makanan.  Bubuk santau akan terbang membawakan kiriman melalui angin lantas menjatuhkan serbuk ke dalam makanan mangsa.  Apabila Tok Kimar membacakan: 


Hai garak garik, kalau ada yang menganiaya, nak membinasakan aku, letakkan di hampa tapak tanganku hu-Allah…nescaya tapak tangannya akan bergerak-gerak.



Sekiranya tapak tangannya bergerak, Tok Kimar tidak akan menyentuh makanan atau minuman berkenaan.  Dia sudah dapat mengagak memang geruh menunggu kalau digagahi juga menjamahnya.  Masakan Tok Kimar boleh diperangkap oleh santau yang di kirim melalui bubuk seperti lipas terbang mencari sasaran.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Kesian juga dia pada suaminya Jaamat terpaksa berulang alik ke hospital menjengah dia.  Anak-anak tidak akan datang menjengah setiap hari.  Kalau mereka jejakkan kaki pun apabila setiap hujung minggu.



Kecil juga hati Tiamit dengan sikap anak-anak apabila dia dimasukkan ke hospital.  Tidak siapa pun mahu luangkan masa jengah ayah mereka di rumah.  Semiah tentu tidak ambil tahu fasal makan minum ayahnya, sekiranya dia terlantar di wad hospital.



Sebab itu Tiamit tidak rela dipisahkan dengan Jaamat.  Kalau di rumah dia boleh gagahkan memasak di dapur.  Perutnya yang memboyot tidaklah menyakitkan sampai terkejang tidak boleh bangun langsung.  Hanya kalau dibawa bergerak kuat barulah terasa menyenak hingga terloya mahu muntah.



“Biarlah saya mati di rumah ni, Tok Kimar,”  lantas Tiamit membuat keputusan sendiri.  Siapa pun tidak boleh memaksa dia ke hospital.  Takdirnya Tok Kimar sudah tidak menyanggupi untuk mengubat, biarlah dia menanggung penyakit itu sampai ke mati.



Menggeleng-geleng Tok Kimar.  Perlahan-lahan dia menghela nafas kerana tidak berupaya membantu.  Sudah puas dia berusaha sampai menurun dengan menyeru nama Moyang Labuh menjelma.  Tok Kimar mendengar sendiri bisikan daripada Moyang Labuh menyuruh dapatkan air di tujuh kuala untuk dilangirkan Tiamit di masjid lama.



Masakan Moyang Labuh berbohong apakala menjelma tatkala dia membakar kemenyan di tengah malam.  Gementar juga Tok Kimar apabila bayangan Moyang Labuh tercegat di hadapannya dengan menunggang harimau hitam sebesar bapak lembu.



“Carikan air tujuh kuala,”  suara bisikan Moyang Labuh bergetar menusuk ke telinga Tok Kimar.


“Apa penyakit Tiamit ni, moyang?”  Tok Kimar mendongak memerhati Moyang Labuh bertunggang di belakang harimau berkenaan.



“Jangan tanya penyakit!”  keras sahaja suara Moyang Labuh seolah-olah membentak.  “Tiamit tu sakit, ubatkan saja, kenapa nak tanya penyakitnya?”  katanya memarahi Tok Kimar.



Tersipu-sipu Tok Kimar.  Tidak pernah Moyang Labuh marah sekiranya di seru namanya tatkala berubat besar.  Memang dia terpaksa berubat besar sekiranya penyakit yang diubati itu terlalu tenat.



Sebaik sahaja di bakar kemenyan dia akan menyeru nama Moyang Labuh sampai lembaga tersebut menjelma di hadapannya.  Moyang Labuh yang datang sewaktu dia bertapa di masjid lama berjanji akan membantunya sekiranya dia memerlukan pertolongan.



Sudah beberapa kali dia berubat besar memang jelmaan Moyang Labuh tetap tercegat dengan bertunggang di belakang harimau hitam.  Moyang Labuh akan membisikkan apa sahaja bagi mengubati pesakit,.  Belum pernah Moyang Labuh berbohong setiap kali menjelma membantunya.



Ali Bagong bertahun-tahun mengidap bisul sebesar tempurung kelapa di bahu pun boleh sembuh, setelah Moyang Labuh menjelma.  Moyang Labuh bisikkan ke telinganya supaya carikan akar pokok beringin terjuntai tidak cecah ke tanah.  Getah akar beringin itulah disapukan sampai punat bisul meletus.



Tidak bertangguh Ali Bagong mandi berlangir di masjid lama sebaik sahaja penyakitnya sembuh.  Memang menjadi syarat berubat dengan Tok Kimar mesti mandi berlangir di masjid lama itu, sekiranya penyakit sembuh seperti sediakala.  Moyang Labuh yang tetapkan syarat demikian apakala menjelma setelah diseru namanya oleh Tok Kimar.


Tetapi mengubati Tiamit tidak sama dengan mengubati Ali Bagong.  Serba salah juga Tok Kimar mahu berubat besar kalau Moyang Labuh menjelma dengan muka hodoh mencebik bibir.  Tentu ada pentang larang yang tidak dipatuhi menyebabkan mudah sahaja Moyang Labuh menengking.



“Kalau tak tahu penyakit, macam mana nak ubatkan?”  Tok Kimar tetap tenang menghadapi dugaan demikian.



“Carikan sahaja air tujuh kuala,”  perintah Moyang Labuh tidak pedulikan pertanyaan Tok Kimar.



“Boleh, memang boleh kawan carikan air tujuh kuala,”  lantas Tok Kimar memberi pengakuan untuk memenuhi apa sahaja perintah Moyang Labuh.


“Langirkan dia di masjid lama,”  ujar Moyang Labuh selanjutnya, kemudian hilang dalam kesamaran sebelum sempat Tok Kimar bertanyakan arahan seterusnya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

👆 versi penuh bab 189 sempena malam perayaan. Selamat membaca & SELAMAT HARI RAYA

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

“Saya sudah tahu semua ni,”  ujar Tok Aji tersenyum mengerling lelaki berjubah putih yang serba salah itu.  Ketika ini Nenek Aji dan ayah, sekadar melihat Tok Aji bercakap kepada Nenek Bidan Ibah sahaja.  “Tempat memohon pertolongan hanya kepada Allah, bukannya kepada Tok Syeikh,”  beritahu Tok Aji perlahan.

Tok Syeikh tidak menyahut.  Dia terangguk-angguk mengesat pelupuk matanya menahan keharuan yang menusuk-nusuk.

Apabila mengharap pertolongan daripada Tok Syeikh tentulah tidak siapa pun dapat melepaskan dari ujian sebenarnya.  Ketika Allah Subhanahu Wata’ala menguji Nenek Bidan Ibah dengan keadaan semasa saya dilahirkan dia tertegun kerana tidak dapat melakukan apa-apa.  Tok Syeikh sendiri tidak dapat memberi pertolongan!

“Segala pertolongan saya kepada Siti Fatimah pun semuanya dengan izin Allah,”  tersengguk-sengguk Tok Syaikh mengurut dadanya setelah menyedari Tok Aji melayaninya dengan baik.

Sewaktu Tok Aji menyuruh ayah saya melepaskan tangan yang melekap ke telinga itu, dia membacakan Fatihah tiga kali lantas di hembuskan ke ubun-ubun emak.  Tali yang mengerut leher emak juga putus serentak dengan tangan saya yang dilepaskan daripada melekap ke telinga itu.

“Ilmu Allah meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi,”  Tok Aji berpaling menatap muka Tok Syeikh yang tercegat di belakangnya.

Selepas kejadian itu jarang Tok Syeikh menjelma kalau Nenek Bidan Ibah dijemput orang.  Sebab nenek sendiri sudah membuat keputusan memanggil Tok Aji setelah Tok Syeikh tidak dapat membantu apa-apa.  Kalau lambat tangan yang melekap di telinga saya dilepaskan, kemungkinan saya lemas akibat uri tembuni belum dapat dikerat daripada pusat.  Sekiranya dilepaskan juga nescaya emak saya pula terancam bagaikan tali tercerut di lehernya.

Dalam keadaan serba salah itu Tok Syeikh mahu memilih untuk menyelamatkan saya, dengan membiarkan emak dalam bahaya.  Tetapi nenek berkeras mahu selamatkan emak saya juga.  Sebab itu tidak bertangguh dia memanggil Tok Aji.  Biarlah Tok Syeikh tersinggung dengan keputusan dia!

Setelah terlanjur cakap, nenek masih juga menerima jemputan orang-orang kampung.  Dia tidak dapat mengelak setelah didesak tatkala ibu sarat mengandung mengerang-ngerang menunggu bayi dilahirkan.  Terpaksa juga dia beranikan hati sekalipun menyedari Tok Syaikh tidak akan berdiri di sisinya.  Memang Tok Syeikh merajuk, setelah dia membuat keputusan demikian.

Selepas kejadian menimpa Namilah itu, nenek terasa serik untuk membidankan orang.  Kemahiran lahir sahaja tidak cukup baginya mahu membidankan ibu sarat mengandung tatkala mengerang-ngerang sakit.

Hinggakan saya tergeliat tangan meminta dia urutkan pun, nenek enggan mengurutnya.  Dia tahu kalau digagahi juga mengurut tidak tahu apa pula ujian yang akan dihadapinya.

“Fasal cemas nenek bidankan Angah, kalau nenek sakit tenat Angah mesti bacakan Yassin!”  tutur nenek semacam bergurau setiap kali dia bertemu saya.

Saya sekadar tersengih-sengih sahaja dengan gurauan nenek itu.  Perkara yang belum berlaku hanya dalam pengetahuan Allah Subhanahu Wata’ala sahaja.  Kita tidak mampu mahu menetapkannya.

Tetapi ketika nenek sakit hingga patah lidah, tiga malam berturut-turut ayah jemput orang-orang surau bacakan Yassin.  Hingga saya tersentak di satu tengah malam apabila digerakkan oleh lelaki separuh umur berjubah putih tatkala lena tertidur.  Lama saya merenungi lelaki berjubah putih itu dengan membacakan 17 kali Ayatul Kursi sambil menghembuskan perlahan kearahnya,
Dia cuba menutup mukanya dengan lengan apabila dihembuskan dengan Ayatul Kursi.  Kemudian dia berundur sedikit sambil memainkan buah tasbih di hujung jari.

“Tujuan saya datang baik, ustaz…”  bisiknya bergoyang-goyang disebabkan kakinya tidak jejak.  “Baliklah ke kampung, nenek ustaz berharap sangat,”  katanya sedih.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Disebabkan kejadian yang menimpa Namilah itulah nenek membuat keputusan tidak mahu lagi membidankan sesiapa pun.  Biarlah mereka merayu-rayu nenek tetap enggan memenuhi permintaan mereka.  Carilah bidan lain di dalam kampung uruskan fasal perempuan yang mahu bersalin, atau bawa sahaja ke hospital supaya lebih selamat.

Sewaktu dia mengambil keputusan mahu berhenti berbidan selepas saya dilahirkan, nenek pecahkan juga ikrarnya.  Dia terus berbidan apabila orang-orang kampung memujuknya.  Apalagi keadaan isteri mereka yang mengandung memerlukan bantuan segera.  Tidak sampai hati pula nenek mahu membiarkan.

Beberapa kali juga dia diuji selepas membuat keputusan demikian.  Sewaktu Bibah Tocang mengerang-gerang sakit mahu bersalin pun nenek sudah diuji sampai keberah-berahan dia dihalang lembaga hitam tinggi dengan kepala cecah keawan di tengah perjalanan.

Terketar-ketar suami Bibah Tocang Latih Cerit yang menjemput nenek ke rumah di tengah malam tatkala kuang sahut bersahut di pinggir hutan.  Tiba-tiba sahaja lampu basikal Latih Cerit padam tidak bersebab.  Apabila dia melompat turun dari basikal Latih Cerit mendapati rantai basikalnya juga jatuh.

Ketika dia membetulkan rantainya, Latih Cerit terkejut melihat lembaga hitam tinggi berdiri di hadapannya.

“Kak Bidan, macam mana ni?”  bisik Latih Cerit gementar dihadang oleh lembaga hitam tinggi dengan kepalanya cecah keawan.

“Awak orang tinggi, buat apa kacau aku?”  nenek mendongak keatas sambil mengeluarkan lengkuas dari beg mengkuangnya.  “Patut awak menjaga anak cucu, ini awak pula yang menakut-nakutkan,”  lantas dia menguyah lengkuas tersebut, kemudian di semburkan kearah lembaga hitam tinggi dihadapannya.

Sedikit demi sedikit, lembaga tersebut hilang seperti asap ditiup angin kencang.  Setelah lembaga tersebut hilang nenek meneruskan perjalanan bersama Latih Cerit.  Lampu basikal Latih Cerit juga menyala semula dengan rantainya tidak pun jatuh daripada pengayuh.

Gangguan demikian tidak membimbangkan nenek.  Bila-bila pun dia sanggup menghadapinya.  Ketika menjadi bidan memang banyak gangguan perlu ditempuhi sama juga dengan dukun yang dijemput orang terutama di tengah malam tatkala kuang sahut bersahut di pinggir hutan.

Ketika itu kampong masih dipenuhi belukar tebal dengan kebun getah di kiri kanan lorong.  Kadangkala bayang harimau pun melintas ke tengah lorong kecil dari celah belukar berkenaan.  Apalagi musim darurat mudah sahaja dijerkah askar Gurkha kalau terserempak di tengah malam.  Kalau tidak bernasib baik akan diheret pula ke balai polis hingga dikurung dalam lockup sampai ke pagi.  Tunggu pula ketua kampung atau Tok Penghulu datang menjamin bertemu Tuan OCPD orang putih.

Memang jadi bidan atau dukun ketika itu macam-macam rintangan yang terpaksa dihadapi.  Tetapi nenek bersedia menjadi bidan disebabkan dia sudah berjanji dengan Tok Syeikh untuk membantu sesiapa pun.  Berulang kali Tok Syeikh menjelma dalam mimpinya memberi galakan supaya dia bersedia menjadi bidan.

Kalau di panggil orang di tengah malam nenek terpaksa layani juga.  Hanya nenek ingatkan mereka yang menjemputnya supaya tidak bercakap sepatah pun walau terserempak apa-apa.  Malah terserempak askar Gurkha meronda di pinggir kebun getah pun nenek tidak benarkan bercakap.  Apabila mereka melintas sudah tentu askar Gurkha yang meronda tidak akan mengangkat muka pun.

Bukan askar Gurkha sahaja nenek terserempak di tengah perjalanan.  Beberapa kali juga dia nampak komunis bersinggung bahu di tengah perjalanan, tetapi mereka seolah-olah tidak melihat nenek melintas di situ.  Kadangkala nenek dapat mendengar dengan jelas mereka berbual-bual sambil tertawa terbahak-bahak.

Nenek tidak pedulikan sesiapa pun ketika itu.  Tanggung jawabnya hanya untuk membidankan ibu yang mengerang-ngerang sakit mahu bersalin.  Kalau takutkan bahaya di tengah perjalanan memang semuanya tidak dapat dilakukan.  Biarlah apa pun bahaya di hadapannya memang nenek tidak pernah bimbang.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Marah benar dia pada emak mertuanya yang sengaja mahu memakan uri tembuni cucu sendiri.  Tentu bukan Ucu Nawa lagi yang rakus memakan uri tembuni, tetapi syaitan yang menunggu peluang mahu memusnahkan dirinya.  Puas Namilah beristighfar beberapa kali untuk melawan perempuan yang menyerupai Ucu Nawa itu, namun tenaganya bertambah lemah.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Ungguh-ungguh anggah-anggah, datang nenek tongkat besi, terlanda engkau patah, terpijak engkau mati, mata kamak mata kamu, kamu ku budung badang, siah kiri siah kanak, siahkan keinderaku, aku tahu asal engkau jadi, darah ular sekati munur, asa engkau jadi…

Selepas nenek membacakan serapahnya perempuan itu menggeleng-geleng kepala terus berubah mukanya hingga berkedut-kedut kulit.  Dia merenung tajam dengan dendam yang membakar.  Tetapi belum sempat dia melakukan sesuatu terhadap nenek, dia tiba-tiba menggeletar apabila di atas tebing tercegat lelaki berjubah putih memegang buah tasbih.

Perempuan itu cuba melompat terbang, tetapi kakinya bagaikan terlekat di pasir sungai.  Terkial-kial dia mahu melepaskan diri dengan mulut merungut-rungut marah.  Setiap kali dia cuba berkuat di kelilingnya air mendidih laksana terjerang di dalam kawah.

“Tak patut Tok Syeikh buat aku macam ni,”  gerutu perempuan hodoh yang menjelma macam Ucu Nawa.  “Jembalang macam kau bukan boleh dibuat baik!”  jerkah Tok Syeikh berjubah putih itu menuding telunjuk kearah perempuan tersebut.  “Kenapa kau ganggu Siti Fatimah ni? “  dia mencemik muka sambil mengusap-usap janggutnya yang panjang sampai ke dada.

“Aku tak ganggu Bidan  Ibah,”  sahut perempuan itu tersengih-sengih semacam mengejek.

“Apa yang kau buat tu?”  bentak Tok Syeikh menjuruskan tangannya hingga memancar api menyala menerjah ke muka perempuan berkenaan.

Terjerit kesakitan perempuan tua di tengah air apabila mukanya disambar api yang memancar dari tapak tangan Tok Syeikh.  Dia cuba melompat tetapi kakinya masih terlekat tidak dapat di gerakkan langsung.

“Bila masa aku ganggu kau bidan Ibah?”  terketar-ketar perempuan hodoh itu sebaik sahaja Tok Syeikh melepaskan dia daripada terjahan api menyala.

Nenek tidak menyahut.  Dia membacakan serapahnya: 

Hai saudaraku yang berempat, berlima dengan aku, Keraman di kanan ku Kerabin di kiri aku, Muakib di hadapan aku, Mukarabin di belakang aku, engkau bela pelihara aku….

kemudian dia lantas mengusap tangan ke muka.

Ketika ini perempuan tersebut terpikik-pekik menetap matanya.  Semakin dia mengosok ke situ, matanya memercik darah menyebabkan dia menggapai-gapai tangan.  Air liurnya melejeh-lejeh bercampur nanah setiap kali mengombak-ombak bernafas seperti lembu disembelih.

“Nasib baik Tok Syeikh cepat datang,”  perempuan hodoh itu mengejek dalam terketar-ketar kesakitan.  “Kalau tidak tahulah nasib kau Bidan Ibah!”  katanya mahu mengancam nenek.

“Cuba kau ganggu Siti Fatimah,”  lantas Tok Syeikh membentak sambil menghentak tumitnya ke tanah.  Sekali gus pula kaki perempuan hodoh itu tenggelam ke pasir hingga paras lutut.

“Kenapa Tok Syeikh buat aku macam ni?”  dia bersuara lembut seolah-olah mengalah.

“Sebab kau nak tunjuk pandai dengan aku!”  sahut Tok Syeikh keras.  “Ingat kalau kau berani usik Siti Fatimah ni, ke lubang angin manapun kau pergi aku akan cari…!”  tegas Tok Syeikh mengisar tapak tangannya, tiba-tiba sahaja kepala perempuan tua itu berpusing seperti dipulas kuat.

“Aku minta maaf lah Tok Syeikh, aku tak buat lagi,”  gementar suara perempuan itu menahan kesakitan akibat lehernya berpusing dipulas sampai terteleng kepala tidak dapat bergerak.

“Jembalang macam kau ni, memang tak pernah serik!”  marah benar Tok Syeikh apabila perempuan hodoh yang dipanggilnya jembalang itu mengelirukan nenek dengan menjelma menyerupai Ucu Nawa.  Hampir terpedaya nenek hingga menyerahkan uri tembuni itu kepadanya.

Kalau nenek terlambat sudah tentu habis uri tembuni itu dimakannya.  Pada penglihatan mata kasar perempuan tua hodoh itu semata-mata memakan uri tembuni, tetapi sebenarnya dia memakan darah di dalam rahim Namilah.

Ketika ini jugalah Namilah terjerit kesakitan dengan darahnya tumpah tidak berhenti.  Tergesa-gesa anak Seman Bauk yang berumur sepuluh tahun berkejar ke rumah neneknya Ucu Nawa memberitahu.  Sebaik mendengar menantunya pengsan akibat tumpah darah, tidak bertangguh Ucu Nawa balik semula ke rumah Seman Bauk.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab189

BIDAN MAKAN URI TEMBUNI

(Bab 189 bahagian 1)

KALAU tidak di sebabkan terlanjur cakap memang nenek tidak berhenti menjadi bidan.  Dia sudah berjanji tidak mahu lagi menjadi bidan setelah selamatkan Namilah yang beberapa kali pengsan ketika melahirkan anaknya yang ketiga.  Nekad nenek saya membuat keputusan, sewaktu Namilah pengsan hingga bibirnya biru lebam.

Memang keberah-berahan juga nenek menghadapi saat genting demikian, kerana tidak pernah dia diganggu sewaktu membidankan ibu bersalin.  Ketika Namilah pengsan kali ketiga itulah nenek menuturkan perlahan,  “Sekiranya selamat Namilah bersalin , aku akan berhenti menjadi bidan.”

Selepas nenek membuat keputusan demikian, tiba-tiba sahaja Namilah membuka mata.  Dalam masa beberapa minit sahaja dia melahirkan bayi comel lelaki dengan selamat.  Berlinang juga air mata nenek sewaktu memotong pusat, memandi dan membedungkan.  Keputusan yang dituturkannya itu tidak boleh ditarik balik lagi.

Tengah malam Seman Bauk suami Namilah menjemputnya di rumah memberitahu keadaan perempuan sudah sampai resa.  Macam biasa nenek tidak membantah apa sekalipun terkuap-kuap mengantuk sepanjang perjalanan membonceng basikal Seman Bauk.  Memang nenek sebelah emak saya terkenal satu kampung menjadi bidan terkenal.  Setelah arwah datuk saya meninggal dunia, dia hampir juga berhenti menjadi bidan selepas sahaja menyambut kelahiran saya.

Menggeleng juga nenek sambil menahan sebak apabila saya tidak menangis sewaktu dilahirkan.  Cepat-cepat dia memanggil Tok Aji yang menunggu di serambi rumah bersama ayah, apakala melihat dua tangan saya melekap ke telinga seolah-olah bercantum.

“Bisan, cuba tengok cucu kita ni,”  gementar nenek melihat saya tidak menangis seperti kebiasaan bayi di lahirkan.

“Kenapa pula tu, bisan bidan?”  nenek saya sebelah ayah juga mengurut-urut dada sambil beristighfar beberapa kali.

“Entahlah bisan…”  keluh nenek saya Bidan Ibah sambil mengusap-usap dada saya yang bernafas lega.

Sebaik sahaja Tok Aji dan ayah melihat saya tergolek dengan tidak menangis, perlahan-lahan Tok Aji membacakan Fatihah tiga kali dan dihembuskan ke ubun-ubun saya.  Kemudian dia menyuruh ayah saya melepaskan dua tangan yang melekap ke telinga seolah-oleh sedang azan.

“Jangan kuat-kuat Bilal Hud,”  nenek Bidan Ibah mengingatkan menantunya yang cemas kerana saya masih tidak menangis setelah beberapa minit dilahirkan.

“Tengok betul-betul tangan budak itu, melekat atau tidak, Hud,”  lantas Nenek Aji menampar bahu ayah saya.  Bimbang juga dia kalau anaknya tidak sabar hingga merentap tangan kecil yang melekap ke telinga.

“Bertenang, tak ada apa-apa, budak ni selamat…”  ujar Tok Aji tersenyum mengerling Nenek Aji.  “Hud, selawat banyak-banyak,”  dia semacam memberi arahan kepada ayah.

Apabila ayah melepaskan tangan yang melekap ke telinga saya ternyata ianya tidaklah bercantum melekat, tetapi mereka semua terkejut kerana emak saya terjerit tiba-tiba.

“Putus…!”  jerit emak saya memanjang terus pengsan tidak sedarkan diri.  Ketika ini saya mulai menangis sama seperti bayi yang baru dilahirkan.

Sewaktu mereka semua membantu emak saya, Nenek Bidan Ibah hanya uruskan mengerat pusat, memandi dan membedung saya.  Setelah semuanya sempurna barulah emak saya pulih semula.  Dia semacam tidak percaya kejadian yang berlaku keatas dirinya sewaktu melahirkan saya.

Sebab itulah Nenek Bidan Ibah mengambil keputusan tidak mahu menjadi bidan lagi.  Dia tidak mahu kejadian demikian berulang kepada cucunya hingga mereka sekeluarga cemas tidak menentu.

“Tak apa bisan, itu petunjuk baik pada Angah,”  pujuk Tok Aji meyakinkan nenek Bidan Ibah.

Memang Tok Aji tidak merasa hairan ketika saya dilahirkan tidak menangis seperti kebiasaan bayi, dengan dua tangan melekap ke telinga seolah-oleh sedang azan.  Malah dia teruskan juga kenduri bulan maulud yang ditangguhkan malam esoknya setelah emak saya mula merasa merengat-rengat sakit sejak petangnya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

“Tentu kerja bunian,”  gerutu Aki Jenal meluahkan rasa geram.  “Kalau begitu serahkan pada Ibah,”  katanya membuat keputusan.

Puas mereka seisi kampung mencari Kak Som semalaman di tengah kebun getah, tetapi tidak ada kesan-kesan yang boleh dijadikan pedoman untuk menjejaknya.  Sebab itulah Aki Jenal mengajak berkumpul di rumah nenek.

Lama nenek merungut-rungut selapas Aki Jenal membakar kemenyan, tiba-tiba sahaja dia bingkas bangun.  Nenek menerpa ke pintu terus terjun ke tengah halaman.  Cepat-cepat Ludin Pekak mahu mengekori dia, tetapi segera ditegah oleh Aki Jenal.  Mereka tidak perlu mengekori Nenek Bidan Ibah kalau sudah didampingi Tok Syeikh.  Sia-sia sahaja mengejarnya kerana dia bukan lagi berjalan sendiri di tengah kegelapan malam.

Sehingga tengah malam mereka menunggu, barulah nenek balik termengah-mengah keletihan.  Marah benar dia sebaik sahaja duduk melepaskan lelah.

“Macam mana Kak Ibah?”  tidak sabar lagi Ludin Pekak bertanya.

“Hah, dia nak main-main dengan aku!”  rungut nenek menggertap bibir.  “Ke lubang cacing pun aku ikut,”  katanya macam menyimpan dendam di hati.

“Jumpa?”  Aki Jenal pula menyoal.

“Dengan Tok Syeikh, mana boleh tak jumpa,”  jelas nenek masih termengah-mengah keletihan.  “Tetapi, kena ramai orang lelaki pergi, kita ambil Som,”  beritahu nenek melerek senyum bangga.

Apabila mereka semua mengikut nenek ke pinggir hutan, terkejut juga mereka melihat kak Som terbaring dalam rumpun rotan yang tidak ada lorong masuk ke situ.  Memang menghairankan bagaimana Kak Som boleh masuk ke situ dengan tidak ada lorong.  Di tengah rumpun belukar rotan yang tebal itulah Kak Som terperosok tidak sedarkan diri.

Hampir tiga jam pula mereka menebas belukar rotan penuh duri-duri tajam itu untuk mengeluarkan Kak Som.  Setelah pagi terang-terang tanah barulah Kak Som dapat dikeluarkan dari belukar rumpun rotan yang tebal menyesak itu.  Ketika di usung dibawa balik ke rumah Kak Som masih pengsan tidak sedarkan diri.  Selepas dibawa balik ke rumah nenek serahkan pula pada Aki Jenal untuk memulihkan Kak Som.

Seisi kampung mula menyedari nenek boleh diharapkan apabila keluarga mereka sakit.  Tetapi selepas nenek mengambil keputusan tidak mahu lagi berbidan, kecewa juga mereka.  Siapa lagi boleh diharapkan setelah nenek enggan menjadi bidan.  Kalau ada pun bidan baru, tentu tidak sama dengan kemahiran nenek.

Apalagi mahu berurut serata badan setelah selamat bersalin.  Mereka terasa perisa kalau jari-jari nenek mengurut sampai segar seluruh badan.

“Patutnya sejak Angah dilahirkan nenek berhenti jadi bidan,”  ujar nenek perlahan ketika berehat di bawah pokok dedali di tepi sawah.  Peluh memercik di dahinya disebabkan panas terik matahari memancar di kepala.  Berkali-kali juga saya memujuknya supaya tidak lagi turun ke sawah di saat usia memamah tenaga, tetapi nenek tetap berdegil.

Ketika saya balik bercuti ke kampung itulah sempat juga kunjungi nenek.  Sengaja saya turuti dia ke tengah sawah, biar dia segera balik.  Kalau tidak matahari tegak di kepala pun nenek terkial-kial memajak di tengah sawah.

“Nenek patuk dek ular,” dia menunjukkan jari telunjuknya yang masih berdarah hingga menyebabkan dia duduk dibawah pokok dedali itu.  Terasa juga kepalanya hampir pitam di patuk ular berkenaan.

“Lebih baik bawa ke hospital,”  lantas saya mengingatkan dia sambil menarik tangannya supaya bangun.

“Tak payah, bisanya dah tak ada,”  nenek memberi pengakuan.  Melekat ular kapak di jari telunjuknya sewaktu taring bengkoknya memagut disitu.  Tidak bertangguh dia menusuk mata tajak ke kepala ular tersebut.  Memang saya melihat bangkai seekor ular kapak di atas permatang.

Sebaik sahaja ular kapak itu memagut ketika nenek mencabut rumput di tepi permatang sawah, Tok Syeikh tercegat tiba-tiba.  Selepas membuangkan bisa di jari nenek, tergesa-gesa Tok Syeikh meninggalkan nenek sebaik sahaja melihat saya terjengket-jengket datang meniti permatang.

Kalau Tok Aji hantar Angah belajar jauh-jauh pun, nenek mahu Angah bacakan Yassin, kalau nenek sakit tenat,”  bisik nenek tersengih-sengih mengusik.

Tamat bab 188.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Setiap kali Aki Jenal membakar kemenyan, nenek akan merungut-rungut tidak menentu.  Kemudian dia akan tidur nyenyak hingga santak ke pagi.

Sewaktu nenek diubati oleh Aki Jenal itu, beberapa orang jiran datang juga menjengah.  Kak Som terdengkot-dengkot bengkak kaki pun datang juga.  Tiga hari kakinya bengkak akibat terkena tergelincir di tebing sungai balik dari sawah.  Dia sendiri tidak tahu bagaimana kepala lututnya boleh terkehel semasa tergelincir itu.

“Kenapa kaki Siti Fatimah tu?”  tiba-tiba sahaja nenek menggamit Kak Som selepas dia merungut-rungut setelah diasap dengan kemenyan oleh Aki Jenal.  Ketika ini Aki Jenal tidak perlu lagi menyeru Moyang Delih datang menjelma.  Dia sendiri sudah mampu mengendalikan untuk mengubati nenek.

Lainlah kalau dia tidak tahu punca.  Moyang Delih akan diseru menjadi perantaraan untuk mengetahui punca  sakit yang merasuk.  Perkara nenek meracau-racau hanya diasuh oleh penghulu bunian.  Dia sekadar mengawal sahaja supaya tidak diperdaya oleh penghulu bunian yang mengasuh nenek itu.

“Hah, Som kemari kau,”  Aki Jenal menyuruh Kak Som duduk di hadapan nenek.

Dalam keadaan serba salah Kak Som terdengkot-dengkot datang.  Telalu sakit kepala lututnya hingga tidak boleh digerakkan.  Kalau tidak kenangkan Nenek Bidan Ibah sudah lama terlantar sakit, memang dia tidak larat mahu ziarah.  Dia gagahi juga menziarah nenek kerana bimbang dituduh tidak mahu nampakkan muka hidung sewaktu jiran terlantar sakit.  Bagaimana pula kalau dia sakit terkejang tidak seorang pun jiran mahu menjengah?

Sebab itu terdengkot-dengkot pun Kak Som gagahi juga datang menjengah.  Biarlah susah payah sedikit asalkan hati jiran-jiran tetap dipelihara.  Hidup di kampung mesti utamakan kepentingan jiran-jiran.  Perkara budi bahasa tidak sama dengan menajak di tengah sawah.  Menajak boleh tercangkung di tepi permatang kalau tidak larat mahu teruskan.  Tetapi budi bahasa tidak peduli apa pun rintangan mesti dilakukan juga.

“Kenapa kaki tu, Siti Fatimah?”  nenek mengangkat muka menyebabkan Kak Som tergamam kerana sekali imbas dia nampak nenek bagaikan lelaki berjubah putih bersila rapat menatapnya.

“Terkehel, jatuh di sungai,”  beritahu Kak Som gementar sedikit.

“His, jangan takut,”?  tersenyum nenek apabila disedarinya Kak Som berdebar  ditegur demikian.  “Ali, izinkan kami mengurut kaki anak buah awak ni,”  nenek berpaling memandang Aki Jenal.

Aki Jenal mengangguk.  Dia tahu penghulu bunian tidak tahu menyebut nama seseorang.  Kalau lelaki akan dipanggi Ali sahaja, sementara perempuan semuanya di panggil Siti Fatimah.  Memang Aki Jenal dapat membezakan penghulu bunian dengan gangguan lain yang merasuk, apakala dia memanggil seseorang.

Kemudian Aki Jenal memberi isyarat kepada Kak Som supaya lunjurkan kaki di hadapan nenek.  Lutut Kak Som yang membengkak itu diusap-usap oleh nenek dengan tapak tangannya.  Terasa pada Kak Som tempat yang di usap oleh nenek itu bagaikan licin di sapu dengan minyak.

Selepas itu nenek mengurut perlahan dengan hujung jarinya.  Hanya sejuk sahaja terasa menusuk ke kepala lutut Kak Som ketika.  Dia tidak merasa sakit apa-apa sekalipun jari nenek mencengkam kepala lututnya.

“His, kenapa di biarkan tak diurut?”  suara nenek garau macam menyesali sikap Kak Som tidak cepat-cepat mengurut kepala lututnya sebaik sahaja jatuh terkehel.

Belum sempat Kak Som menjawab cepat-cepat Aki Jenal mencelah,  “Tok Syeikh marahkan pada Siti Fatimah ni?”

“Tidak, tapi tempurung lututnya lari sedikit, kenapa di biarkan?”  gerutu nenek menggeleng–geleng kepala.

“Tak ada orang tahu mengurut, Tok Syeikh,”  Kak Som memberanikan hati menyahut.

”Kalau nak berubat, kenalah Siti Fatimah mencari dukun,”  lantas nenek menyindir sambil berbatuk-batuk lembut.  “Mana ada ubat mencari penyakit, orang yang sakit lah mencari ubat,”  katanya tersengih-sengih.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tersenyum Aki Jenal tatkala melihat di tengah asap kemenyan melabun-labun Moyang Delih menjelma berpakaian tanjak melayu serba hitam dengan selempang merah memberi isyarat membacakan serapah: 

Ha insan jurbatuha wabillah, Hai nanar putih engkau bersifat roh, aku bersifat kalimat.  Laillahha illallah, hu…

Sekaligus berdiri di hadapannya lelaki separuh umur berjubah putih memegang buah tasbih dengan Nenek Bidan Ibah dibiarkan duduk bertimpuh di atas bahunya.  Sebaik sahaja mata mereka bertentang, Moyang Delih memberi salam.  Ketika ini jiran-jiran melihat Aki Jenal memberi salam, lantas disambut mesra oleh nenek.

“Kenapa datang tak beritahu?”  soal Moyang Delih menatap muka lelaki berjubah putih itu.

“Maaflah kami kalau melanggar kampung halaman, awak,”  sahut lelaki berjubah putih itu merendah,  “Kami berjanji nak jaga Siti Fatimah ni,”  ujar nya ramah mesra.

“Awak ni siapa?”  Moyang Delih mengusap-usap dua tangan ke bahu bagai mahu membuka langkah untuk memencak.

“Kami dah lama kenal dengan moyang, tapi moyang tak kenal kami,”  lelaki berjubah putih itu tersengih-sengih semacam menyindir.

“Gaya-gaya awak ni macam Penghulu Bunian,”  lantas sahaja Moyang Delih menuduh.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sampai sahaja di rumah tidak bertangguh menjerang periuk di tungku.  Tentu Tok Budin perlu makan cepat setelah letih menajak di sawah sejak pagi.

Memang Ulung Nang cam betul anaknya tidak singgah di mana-mana.  Masakan boleh dirasuk pelesit kalau tidak merayau ke mana-mana mengganggu dusun orang.  Lainlah kalau melintas di rumah tinggal Embah Yot di darat kampung dengan mengambil buah kelapa gugur di situ.

Sudah beberapa kali orang di kampung terbeliak mata dirasuk pelesit apabila melintas di tanah peninggalan arwah Embah Yot.  Mirah anak gadis Pak Kidam pengsan di tangga rumah sebaik balik sahaja mengutip buah kelapa gugur di situ.  Terkancing gigi Mirah sambil merungut-rungut fasal dendam pelesit di sebabkan buah kelapa tuannya diambil.

Tetapi dikibas oleh Aki Jenal dengan kain hitam panjang dua hasta, Mirah pulih semula. Terpinga-pinga dia apabila dikerumuni jiran-jiran kerana tidak tahu apa yang telah berlaku kepada dirinya.  Tidak percaya dia apabila dikatakan terkejang pengsan tidak sedarkan diri sebelum sempat naik ke rumah.

Marah benar Pak Kidam disebabkan dia mengambil kelapa gugur di tanah peninggalan arwah Embah Yot.  Kalau takat kelapa sebiji dua, tidak perlu mengutip di mana-mana.  Pokok kelapa di hujung halaman rumahnya pun cukup, sekiranya buah tidak melawas.

Seisi kampung tahu benar fasal tanah peninggalan Embah Yot itu.  Pantang sahaja sesiapa pun mengambil buah-buah di situ, nescaya akan pengsan tidak sedarkan diri sebelum sempat naik ke rumah.  Mereka akan meracau-racau sebut fasal buah-buah di tanahnya diambil tidak bertabek-tabek.

Mahu tidak mahu mereka terpaksa pulangkan semula buah-buah yang di ambil ke tanah peninggalan arwah Embah Yot.  Biarlah buah-buah luruh ketanah tidak disentuh langsung.  Kadangkala buah rambutan merah ranum pun, tidak ada anak cucu berani menjolok dengan galah.  Sampai habis dimakan keluang tengah malam, memang anak cucu arwah Embah Yot biarkan sahaja!

“Macam mana Ibah ni, dukun?”  soal Tok Budin setelah lama menunggu Aki Jenal hanya terangguk-angguk menghadap tempat membakar kemenyan.

“Tak usah bimbang,”  ujar Aki Jenal bersuara perlahan sambil menungkat tangan ke kepala lutut hingga mengepak laksana bapak angsa terganggu.

“Apa sakitnya Ibah ni?”  tidak sabar Ulung Nang dengan keadan anaknya terkejang tengah bumbung rumah.

“Ibah tak sakit,”  Aki Jenal menghela nafas lantas menginsut punggung berundur sedikit ke belakang.  “Tapi, kena jaga dia elok-elok,”  dia menerangkan dalam keadaan serba salah kerana sukar mahu menjelaskan apa yang berlaku ketika itu terhadap diri nenek.

“Macam mana tak bimbang, Ibah ni terkejang pengsan,”  gerutu Tok Budin bertambah gelisah dengan keadaan anaknya.

Aki Jenal menunduk.  Memang siapa pun gelabah apabila anak mereka terkejang pengsan tidak sedarkan diri tiba-tiba.  Apalagi mereka terlalu mengharapkan dukun sepertinya dapat memulihkan serta merta.  Kalau dibawa ke hospital pun doktor yang merawat sekadar meminta keluarga pesakit bersabar sahaja menunggu sampai sembuh.

Mana ada pernyakit sembuh serta merta sekalipun di usung bawa ke hospital.  Segalanya mesti banyak bersabar, apatah lagi tatkala musibah datang melanda.  Kalau tidak bersabar memang macam-macam boleh berlaku dalam saat genting demikian.

Tok Budin boleh menghunus parang bertanyakan siapa yang memelihara pelesit sampai mengganggu anaknya.  Tentu dia menyerbu tengadah siapa pun dengan menuduh orang gunakan pelesit membalas dendam.  Apabila tidak dapat melawan pelesit, memang dia sanggup memenggal leher orang yang memelihara pelesit.  Sebuah kampung akan gempar sekiranya Tok Budin hilang sabar sampai mengamuk tidak menentu.

Siapa mahu di tuduh?  Selepas arwah Embah Yot meninggal dunia seisi kampung menuduh pelesit peliharaannya tidak berjenjang.  Saban malam pelesit tidak bertuan itu merasuk mencari mangsa.  Sebab itu Pawang Lamid kurung pelesit tersebut di tanah peninggalan arwah Embah Yot.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab188

DIASUH PENGHULU BUNIAN

(Bab 188 bahagian 1)

JELMAAN yang seringkali mendampingi Nenek Bidan Ibah itu memang saya sendiri tidak faham sangat.  Ketika hayatnya memang dia melarang saya menuntut ilmu sepertinya kalau tidak memahami latar belakang guru.  Bimbang sangat dia sekiranya guru berkenaan sengaja menurunkan akuan dia kepada sesiapa yang menuntut daripadanya.

Saya percaya jelmaan Tok Syeikh itu samalah dengan akuan yang dikatakan oleh arwah nenek.  Akuan ini seringkali mendampingi nenek tatkala dia membidankan ibu yang bersalin.  Tetapi apabila akuan itu menjauhkan diri, sudah tentulah nenek kerapkali menghadapi dugaan yang terpaksa dilalui dengan tabah.

“Akuan ini hanya untuk perantaraan saja,” jelas Aki Jenal mengisar duduk ketika saya mengunjungi dia.  “Kalau orang diganggu puaka, itulah gunanya akuan supaya dia jadi perantaraan,”  katanya terangguk-angguk mengakui memang dia juga menggunakan akuan.

Dia juga mengakui nenek dan Pak Tua Mahat menggunakan akuan.  Tentulah mustahil seseorang dukun boleh berdepan dengan puaka di kalangan makhluk ghaib, kalau tidak menggunakan perantaraan.  Bidan juga mempunyai akuan bagi menghadapi masalah ibu bersalin yang diganggu oleh puaka atau polong.

“Aki tahu nenek Angah berhampir dengan penghulu bunian,” Aki Jenal memberitahu mengenai akuan nenek.  “Hanya penghulu bunian saja memanggil Siti Fatimah kepada orang yang didampinginya,”  dia menerangkan selanjutnya.

Saya sekadar mengangguk-angguk lemah.  Nenek tidak pernah memberitahu saya mengenai akuannya.  Tetapi sewaktu lelaki berjumbah putih masuk ke bilik saya tengah malam tatkala nenek sedang terkejang sakit, memang saya melihat kakinya tidak berjejak,  Dia menjelma juga tidak berniat jahat, sekalipun merasa serba salah apabila saya membacakan Ayuatul Kursi.

“Akuan ni datang pun macam-macam cara,” seterusnya Aki Jenal memberitahu.  “Ada kala melalui mimpi, adakala menjelma betul di depan kita,”  dia menambah setelah dilihatnya saya semacam menggemari untuk mengetahui rahsia dirinya berdukun.

Hanya Aki Jenal yang tahu bagaimana Nenek Bidan Ibah didampingi oleh Tok Syeikh, sewaktu nenek masih lagi gadis.  Beberapa kali nenek pengsan tidak sedarkan diri sampai lebam biru bibirnya apabila didampingi.  Terpaksa pula ayah nenek memanggil Aki Jenal datang menjampi nenek, barulah dia menyedari sepupunya bukan menghidapi penyakit biasa.

Ketika sedang memasak di dapur, tiba-tiba nenek rebah ke lantai.  Terkejut emaknya Ulung Nang dengan keadaan nenek yang menggelepar bagaikan ikan tercampak ke tebing.  Keberah-berahan dia memanggil suaminya Tok Budin yang terkial-kial menjemur padi di hujung halaman.

Tengah hari rembang apabila nenek rebah pengsan, mungkin juga di sebabkan kepanasan.  Bukan takat matahari tegak di kepala terasa memijar, malah api kayu di bawah tungku juga menambahkan lagi wap panas menyesak.

“Kenapa biarkan budak ni panas?”  Tok Budin memarahi isterinya lantas mencadung nenek dibawa masuk ke tengah rumah.  Dia mengipas-ngipas nenek supaya wap panas menyesak beransur hilang.  Tetapi semakin dikipas bibir nenek menjadi biru lebam bagaikan kulit pisang kecut.

“Eh, Ibah ni bukannya kepanasan!”  tutur Ulung Nang mencuit bahu Tok Budin.  “Tengok air liurnya melejeh keluar,”  tidak bertangguh dia mengesat bibir nenek dengan kepala terlintuk di bantal.

“His, apa pula kenanya budak Ibah ni?”  gerurtu Tok Budin mengoncang-concang bahu nenek.

Tetapi nenek terkejang juga dengan nafasnya sahaja kencang turun naik.  Matanya tiba-tiba terbalik hingga putih bagaikan kulit langsat terpokah.

“Hai, buat apa di hadap aje budak ni,”  marah juga Ulung Nang kerana suaminya sekadar tercangkung sahaja di sisi nenek.  “Cepatlah panggilkan dukun, kalau nak senang, panggilkan Jenal aje,”  dia menggesa kerana Aki Jenal anak saudaranya pun dukun besar di tengah kampung.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Apabila diberitahu pada neneknya Bidan Munah sendiri menyuruh dia menjadi bidan sahaja.  Lagi pun menjadi dukun bukan tugas orang perempuan sepertinya.  Biarlah tugas dukun itu di serahkan kepada orang lelaki sahaja.  Bila-bila pun orang lelaki boleh turun dari rumah sekiranya dijemput orang hatta tengah malam sepi sekalipun.

Sejak itulah pula Bidan Dubin dikenali menjadi bidan di tengah kampung tersebut.  Mereka tahu kalau Bidan Dubin datang ke rumah membidankan ibu bersalin memang dia didampingi Moyang Gibuk.  Apabila Moyang Gibuk sudah menjelma, mereka tidak bimbang lagi gangguan pelesit polong bila-bila pun.

Sewaktu Timah Lawar bersalin pun, suaminya Udin Pucong tidak berlengah menjemput Bidan Dubin.  Ketika ini Bidan Dubin sudah pun berkahwin dengan Dukun Sapan.  Tidak perlulah dia menunggu Bidan Dubin balik sama setelah memberitahu mengenai isterinya hampir bersalin.

“Baliklah kau dulu, kejap lagi aku datang,”  ujar Bidan Dubin menjengah di tingkap sewaktu dijemput oleh Udin Pucong.

“Beranikah kak Bidan datang seorang, malam-malam macam ni?”  sengaja Udin Pucong menunggu di tengah halaman.

“Tak apa, Abang Sapan boleh hantarkan,”  dia menjelaskan.

Memang Dukun Sapan tidak keberatan menghantar isterinya apabila dijemput orang.  Apalagi ibu mengandung yang mahu bersalin, tentu sentiasa di bayangi oleh bahaya.  Kalau lambat dibantu tentu macam-macam perkara buruk boleh berlaku ke atas dirinya.

Sebaik sahaja Udin Pucong sampai di rumahnya dia terkejut kerana Bidan Dubin dan Dukun Sapan sudah tiba di rumahnya. Bidan Dubin bertungkus lumus menyambut bayinya yang baru sahaja dilahirkan.  Semacam tidak percaya Udin Pucong kerana dia memang tidak singgah di mana-mana.

“Kau singgah di mana, Udin?”  Tanya emak mertuanya Mak Idun sewaktu Udin Pucong naik ke rumah.  “Orang dijemput dah datang orang yang menjemput tiba kemudian,”  katanya semacam mengejek menantunya disebabkan lambat balik setelah menjemput Bidan Dubin.

“Kak Bidan dengan Abang Dukun ikut jalan mana?”  Udin Pucong pula bertanya dengan tidak menyahut soalan emak mertuanya.

“Ah, jalan mana pula jalan biasa juga lah..”  ujar Dukun Sapan tersengih-sengih.

Memang dia tahu sekiranya keadaan perempuan mengandung itu sudah hampir gesa, basikal yang di kayuhnya tidak akan jejak lagi di bumi.  Dia sendiri tidak sedar bila kakinya jejak ke rumah orang yang menjemput.  Dukun Sapan tidak perlu sangat ambil tahu kalau sedang menghantar isterinya.  Kadangkala dia sendiri merasa seram sejuk apabila terasa basikalnya diterbangkan oleh Moyang Gibuk dalam gendong kainnya.

Selepas berubat dengan Bidan Dubin itulah Mat Usop bersama isterinya Naesah datang ke rumah.  Dia yang memberitahu mengenai Bidan Dubin mengubati dia dengan hanya menjampi serapahkan pada telur ayam sahaja.

“Itu pun ikhtiar juga namanya,”  jelas saya pada Mat Usop supaya dia tidak membanding-bandingkan ilmu seseorang, kerana yang Maha Berilmu hanya Allah Subhanahu Wata’ala sahaja,

Tamat bab 187.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Belum pun sempat Abang Kadir bergerak anaknya Mansor berkejar termengah-mengah memberitahu emaknya sakit mengerang-ngerang.  Mansor baru berumur 12 tahun itupun tidak bimbang apa meranduk kegelapan malam menuruti ayahnya ke rumah Bidan Munah.

“Mak, sakit…”  beritahu Mansor bagaikan putus nafas termengah-mengah.

“Balik kau dulu Kadir, nanti aku datang,”  tidak sampai hati pula Bidan Munah dengan keadaan yang menimpa lelaki itu.  Dia mesti membantu juga kalau sudah terdesak.  Biarlah jari-jarinya bengkak mengangkut nanah tidak boleh menyambut bayi, setidak-tidaknya dia boleh menunjukkan cara mana perlu dilakukan oleh Abang Kadir menyelamatkan Kak Ibah.

Sewaktu Bidan Munah berkemas-kemas mahu ke rumah Abang Kadir, tiba-tiba sahaja Bidan Dubin menawarkan diri untuk ikut sama.  Dia sendiri meminta neneknya memberi panduan kalau dia membantu membidankan Kak Ibah.

Memang Kak Ibah mengerang-ngerang kesakitan sewaktu Bidan Dubin bersama neneknya sampai. Terkejut juga Abang Kadir apabila Bidan Dubin yang masih anak dara sunti berumur 15 tahun ketika itu, terus memegang perut isterinya.  Bidan Munah hanya duduk di belakangnya memberikan panduan bagaimana dia mesti lakukan.

Ketika itu Bidan Dubin bagaikan masih dirasuk oleh mimpinya ketika di bawa oleh Moyang Gibuk ke busut jantan di pinggir hutan. Dia melihat sendiri Moyang Gibuk di sisinya memberikan panduan supaya mencekak perut Kak Ibah seperti mencekak kepala busut jantan.

Bidan Dubin dapat merasakan gerakkan lembut bayi dalam kandungan Kak Ibah sama ada lelaki atau pun perempuan.

“Emmm, rasa-rasanya macam lelaki budak ni,”  tersenyum Bidan Dubin memberitahu seolah-olah dia bidan yang sudah mahir.  Memang Moyang Gibuk yang membisikkan kepadanya ketika itu.

Abang Kadir tidak menyahut apa-apa.  Entah kenapa dia terpaksa membenarkan Bidan Dubin melakukan apa pun, sekalipun dia tahu gadis sunti itu bukanlah mahir menjadi bidan.

“Songsangkah kedudukan budak tu?”  Bidan Munah juga cemas, kerana bimbang cucunya gagal membantu Kak Ibah.

Perempuan itu mengerang-ngerang kesakitan, tetapi mulai mengendur apabila Bidan Dubin memegang perutnya.  Tetapi dia tidak menyedari yang mengusap-usap perutnya ketika itu bukan lagi Bidan Dubin, kerana yang terconggok di sisinya memang Moyang Gibuk.

“Ambilkan air segelas, Abang Kadir,”  perintah Bidan Dubin perlahan.

Tidak bertangguh Abang Kadir ke dapur mengambil air segelas di dapur.  Dalam kebimbangan itu dia mula merasa yakin dengan kebolehan anak dara sunti berumur 15 tahun itu.  Setidak-tidaknya Bidan Munah sudah banyak mencurahkan kemahiran kepada cucunya itu.

Sebaik sahaja Abang kadir menghulurkan air di gelas kepadanya. Lantas Bidan Dubin membacakan jampi kerapah yang jelas dapati didengar:

 Tulang badar tulang maliku, tiga tulang halus, daging bergerak darah beralur, urat mina bersusuk beralur kala, yang beku minta pecahkan, yang kusut minta usaikan, ah bukan aku yang punya tawar, Nabi Allah Yunus yang punya tawar, berkat Lail-lahha illallah hu…

Selepas air yang sudah dijampi Bidan Dubin itu di minum oleh Kak Ibah, sekaligus sahaja bayi dalam kandungan mudah dilahirkan.  Bidan Dubin sendiri menyambutnya sama seperti bidan yang sudah mahir.  Dia mengeratkan pusat dengan sembilu buluh yang disediakannya sendiri, kemudian dimandi dan dibersihkan.

Setelah semuanya selesai gadis sunti itu menyerahkan bayi tersebut kepada Abang Kadir untuk diazankan.

“Budak ni, lelaki…”  ujar Bidan Dubin tersenyum riang.

Memang hairan juga Bidan Munah dengan kemahiran cucunya membidankan Kak Ibah.  Tidak banyak panduan yang diberikannya, tetapi Bidan Dubin dapat melakukan dengan sempurna.  Sampai Kak Ibah pun tidak merasa kesakitan sangat ketika meneran bayi berkenaan.

Balik sahaja ke rumah, Bidan Munah mendapati cucunya terus sahaja masuk ke bilik tidur.  Apabila bangun tidur pagi-pagi lagi cepat-cepat Bidan Dubin memberitahu dia bermimpi membidankan Kak Ibah.  Terkejut benar Bidan Munah kerana dia sendiri melihat cucunya yang membidankan, bukan lagi bermimpi.

“Bukankah kau sama ke rumah Kadir malam tadi?”  soal Bidan Munah.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Siapa pun tidak melihat Moyang Labuh bertunggang di belakang harimau.  Dia memakai jubah putih dengan memegang tongkat semambu beruas sonsang.  Janggutnya putih bagaikan kapas terurai sampai ke pusat.  Bulu keningnya lebat juga memutih dengan mata jauh ke dalam.



Hanya Tok Kimar sahaja melihatnya tercegat setiap kali kemenyan dibakar.  Ketika ini Tok Kimar sahaja bercakap dengannya kalau fasal mahu mengubati penyakit.  Semenjak Tok Kimar dikenali menjadi dukun di kampung itu, memang Moyang Labuh yang mendampingi dia.



Seminggu Tok Kimar bersembahyang tahajud di masjid lama menunggu hingga tengah malam, seminggu pula berpuasa dari Jumaat hingga santak ke malam Jumaat.  Tetapi Tok Kimar tidak pernah mengalah.  Dia tetap tabah menyempurnakan amalan yang di suruh gurunya Tok Pekak, asal sahaja dia dapat mencapai cita-citanya.



Tidak tertahan Tok Kimar mengidap penyakit sejak berbulan-bulan lenguh lutut dan sakit dada.  Apabila tengah malam menjelang batuknya akan menjadi-jadi sampai terasa pedih tekak.  Akibat batuk yang bertalu-talu itu sendi-sendinya mejadi lenguh hingga tulang juga terasa ngilu.



“Tak dapat aku nak ubatkan penyakit ni,”  keluh Tok Pekak setelah melihat telur yang di pecahkan ke piring itu berbuih-buih dengan kesan berlubang seperti di tusuk.



“Apa penyakitnya tu, Tok?”  hairan juga Tok Kimar setelah melihat sendiri keadaan telur yang sudah dialin ke tubuhnya itu.



“Aku pun tak tahu, tapi agaknya bencana,”  beritahu Tok Pekak menggeleng-geleng lemah.



“Habis tu, macam mana nak ubat?”  gelisah juga Tok Kimar disebabkan Tok Pekak sudah mengaku tidak mampu untuk mengubati dia.



Lama Tok Pekak terdiam sambil menghela nafas panjang.  Sewaktu malam pertama dia mengubati Tok Kimar, memang terkejut Tok Pekak apabila satu lembaga besar dalam gumpalan asap hitam menghadang dia di perjalanan.


Tantulah mustahil mahu menentang lembaga yang kelihatan seperti gumpalan asap itu.  Lainlah kalau menusia biasa yang boleh ditentang dengan tenaga.  Bila-bila Tok Pekak sanggup menghambur dari atas basikal lantas menbuka langkah pencak, sekiranya musuh di hadapan berniat salah itu menusia biasa.



Tetapi lembaga besar di hadapannya bukan manusia.  Hanya gumpalan asap hitam yang kepalanya cecah keawan.  Kalau dia berkeras melawan memang geruhnya sudah tidak dapat dielakkan.  Sebab itu Tok Pekak mesti mencari helah supaya dia tidak diancam lembaga berkenaan.



“Apa nak tunjuk pandai ke?”  sayup suara lembaga itu kedengaran bagaikan dari awan yang tinggi.



“Tunjuk pandai macam mana?” bimbang juga Tok Pekak kalau lembaga berkenaan sengaja mahu mencari geruh.



“Kenapa awak nak ubatkan Kimar?”  semakin marah suara lembaga itu membentak.



“Ah, dia panggil minta ubatkan, terpaksalah kawan ubatkan,”  Tok Pekak memberi penjelasan dengan tersenyum hambar di dalam kesamaran malam itu.



“Kawan datang dari seberang, umur kawan dah beribu tahun, janganlah awak nak tunjuk pandai,”  lembaga itu seolah-olah memberi amaran supaya Tok Pekak jangan cuba nak mengubati penyakit Tok Kimar.



Sebab itulah apabila kenangkan pertemuan dengan lembaga besar sepeti gumpalan asap hitam, bulu roma Tok Pekak meremang.  Dia percaya lembaga tersebut bukan lawannya.  Kalau tidak masakan lembaga berkenaan berani menghadangnya sambil memberi amaran.



Tok Pekak tahu sangat fasal makhluk halus yang cuba berhadapan dengannya.  Kalau calang-calang makhluk halus memang tidak berani menjelma di hadapannya, selagi dia dilindungi oleh akuannya.  Bila-bila akuannya akan menjelma menentang apa sahaja lembaga yang cuba mengganggu dia.



Tetapi akuannya tidak menjelma tatkala lembaga besar itu menghadang perjalanannya.  Sudah tentu akuannya juga tidak mampu mahu melawan makhluk halus demikian.


Apabila kenangkan pertemuan itu Tok Pekak serba salah mahu meneruskan mengubati Tok Kimar.  Bagaimana kalau jelmaan lembaga besar seperti gumpalan asap hitam itu mengancam keluarganya?  Bila-bila dia boleh bertahan sekiranya lembaga berkenaan mahu mencari geruhnya.  Tetapi Tok Pekak tidak dapat membantu kalau anak isterinya yang menjadi sasaran.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab190

HARIMAU HITAM DI TENGAH MASJID

(Bab 190 bahagian 1)

PERUT yang memboyot itu memang tidak hamil, sekalipun keadaannya sama seperti orang mengandung masuk sembilan bulan.  Tahu benar Tiamit dia bukanlah hamil tengah sarat.  Masakan dia mengandung ketika umurnya sudah lebih empat puluh tahun setelah tidak turun kotor lagi.  Tetapi perut memboyot itu terasa bergerak-gerak hingga dia menjadi rimas tidak menentu.



Tidak pula terasa sakit menyeksa diri kalaulah benar ada ketumbuhan di dalam perut.  Hospital juga tidak dapat sahkan sama ada ketumbuhan ataupun tidak, tetapi dia perlu dibedah.



Mengeluh panjang Tok Kimar ketika merenung air di dalam geluk, sewaktu dijemput mengubati Tiamit.  Sudah berubat besar sampai menurun menyeru Moyang Labuh membantu, penyakit perempuan itu tidak juga mahu seruh.  Jaamat suami Tiamit juga sudah mati ikhtiar mahu mengubati penyakit perut yang membesar seperti busung.



“Kalau tak boleh juga, bawa isteri awak ke hospital,” ujar Tok Kimar menggeleng-geleng lemah.



“Tak payahlah,” cepat sahaja Tiamit membantah.  “Kalau bawa hospital, memang kena belah,”  katanya apabila kenangkan keputusan pihak hospital mahu membedah perutnya yang memboyot besar.



“His, takkan semua penyakit nak dibelah,” Tok Kimar terus memujuk setelah dia tidak berupaya membantu.



“Kami baru balik dari hospital,” jelas Jaamat perlahan mengerling isterinya yang terkejang termengah-mengah.



“Sebab itu saya minta keluar wad, bila Tiamit tak mahu dibelah,”  ujarnya menghela nafas.



Terdiam Tok Kimar dengan keputusan mereka suami isteri.  Anak mereka Badun tidaklah mendesak sangat sekiranya Tiamit tidak mahu berubat di hospital.  Biarlah emaknya buat keputusan sendiri sama ada mahu berubat di hospital atau pun secara tradisional.



Marah juga adiknya Semiah disebabkan Badun tidak mahu mendesak emaknya berubat di hospital.  Kalau Badun berkeras tentu emaknya serba salah juga.  Semiah tahu emaknya jarang membantah keputusan Badun kalau abangnya sendiri mendesak.


Sejak balik dari Kuala Lumpur memang Semiah mendesak abangnya supaya memujuk emak mereka ke hospital.  Apalagi Tok Kimar sendiri sudah mengaku kalah hingga tidak menyanggupi untuk terus mengubati.  Siapa lagi boleh diharap kalau Tok Kimar sudah tidak menyanggupi.



“Abang patut pujuk emak tu,”  Semiah terus mendesak setelah Tok Kimar sendiri menyuruh ke hospital.  Kalau dukun mencadangkan dibawa ke hospital tentulah penyakit emaknya tidak boleh diubat cara tradisional.



Badun menunduk tidak menyahut.  Dia tidak mahu membuat keputusan dalam saat emaknya menderita sakit.  Kalau emaknya sendiri yang membuat keputusan mahu berubat ke hospital,  Badun akan terus membawanya dengan tidak bertangguh.  Manalah tahu penyakit emaknya kian melarat apabila dibawa ke hospital.  Tentulah semua adik beradik menyalahkan dia terburu-buru membuat keputusan.



“Tunggu adik beradik kau yang lain,”  Jaamat mengingatkan Semiah supaya tidak mendesak.  Kalau mereka berkeras juga mendesak, tentu perasaan Tiamit bertambah cemas.  Penyakitnya juga akan menjadi beban yang lebih menyeksa.



“Tapi, mak dah tak boleh diubat di kampung,”  ujar Semiah menelan keluhan yang menyebak di dada.



Sepatah pun Badun tidak menyahut.  Dia tetap menunduk bagaikan buntu tidak dapat memikirkan apa pun.  Memang adiknya Semiah tidak rela emaknya terlantar.  Setidak-tidaknya dia jururawat di hospital daerah, tentulah berpengalaman menghadapi saat cemas.



“Eloklah ke hospital,”  tutur Tok Kimar lantas mengukuhkan sandar belakangnya ke dinding tengah.  Dia dapat mengagak bengkak di perut Tiamit disebabkan angin bisa.  Puas dia menolak angin bisa itu keluar, tetapi sudah sebati sampai tidak dapat di pisahkan dengan darah dan daging Tiamit.



Tiamit tidak mahu dibawa ke hospital.  Biarlah dia terlantar di rumah hingga terbujur kejang menutup mata.  Tiamit tidak akan jejakkan kaki lagi ke hospital.  Cukuplah dia berminggu-minggu dimasukkan ke wad hingga ke Hospital besar pun.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Perlahan-lahan saya meramas jari di samping mencubit lengan untuk menguji sama ada bermimpi atau tidak.  Memang terasa sakit lengan yang dicubit.  Setelah yakin tidak bermimpi saya segea beristighfar beberapa kali, diikuti dengan A’uzubillahhi minas syaitannir rajim, tiga kali dan Bismillahhir Rahmannir Rahim juga tiga kali.

Ketika saya balik ke kampung pagi-pagi lagi, emak sudah memberitahu keadaan nenek sejak tiga malam sebelumnya.  Dia sudah menghantar telegram, tetapi mungkin belum sempat saya terima.  Nenek tersenyum sewaktu menatap wajah saya sekalipun kepalanya tidak boleh diangkat.  Dia memberi isyarat supaya saya bacakan juga Yassin.

Hanya separuh sahaja saya membacakan yassin, tidak sempat menghabiskannya nenek sudah menghembuskan nafasnya.  Sekalipun kejadian itu berlaku puluhan tahun dulu, tapi masih segar dalam ingatan saya apabila kenangkan cerita Mat Usop mengenai Bidan Dubin itu.

Tamat bab 189.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tetapi kejadian yang menimpa Namilah itu benar-benar membimbangkan nenek.  Dia tidak mahu melanggar janji dan ikrar setelah membuat keputusan mahu berhenti berbidan.

“Kalau Siti Fatimah dah tak mahu berbidan, berhentilah…”  ketika Tok Syeikh menjelma dalam mimpi nenek.  “Lama sangat Siti Fatimah berikrar nak berhenti, takut banyak lagi gangguan,’  ujarnya mengingatkan dia.

“Tok Syeikh tak mahu membantu lagi ke?”  sengaja nenek mahu menguji lelaki bejubah putih yang berdiri di hadapannya.

“Bukan tak mahu tapi kalau hati Siti Fatimah berbelah bagi, susahlah!”  katanya lembut seolah-olah kecewa dengan keputusan nenek mahu berhenti berbidan.

“Saya dah takut Tok Syeikh,”  beritahu nenek merendah bagaikan terharu akan berpisah dengan Tok Syeikh yang mendampinginya sekian lama apabila menjadi bidan. “Manalah tahu mati pula isteri orang di tangan saya,”  jelas nenek meluahkan perasaan yang mendongkol di dalam hatinya.

Memang dia kesal juga terlanjur cakap mahu berhenti berbidan semenjak saya dilahirkan.  Tetapi dia teruskan juga setelah didesak.  Semenjak itu pula terlalu banyak rintangan yang perlu di tempuhinya.  Puas dia membakar kemenyan dengan membacakan jampi serapah pun, Tok Syeikh jarang menjelma sekiranya keadaan dia tidak genting sangat.

Hanya dalam saat semakin genting barulah Tok Syeikh menjelma mendampingi dia.  Sebab itulah dia bimbang mahu meneruskan menjadi bidan setelah terlanjur cakap.

“Hati jangan berbelah bagi, Siti Fatimah,”  Tok Syeikh mengulangi lagi.

Nenek tidak menyahut.  Dia tahu keputusan demikian bermakna Tok Syaikh akan terus menghilang dari sisinya.  Kalau dia tidak menjadi bidan masakan lelaki berjubah putih akan menjelma membantunya.  Selama dia berbidan memang Tok Syaikh sentiasa mengawasi dia sampai semuanya selamat.

Tok Syeikh akan membisikkan ke telinganya apa yang perlu dibuat kalau bayi dalam kandungan songsang dengan punggung ke  bawah.  Dia akan membimbing nenek membacakan apa sahaja jampi serapah tatkala membersihkan uri tembuni ke sungai.  Nenek tidak berseorangan semasa dia membidankan sesiapa pun.

Ketika membidankan saya memang Tok Syaikh berkali-kali membisikkan kepada nenek dia malu disebabkan Tok Aji melihatnya.  Mahu juga dia lari meninggalkan nenek disebabkan Tok Aji berkali-kali melambaikan tangan kearahnya.

Kalau tidak kenangkan Tok Aji melayani dia dengan baik, memang Tok Syaikh sudah cepat-cepat meninggalkan nenek di situ.  Memang dia terasa malu apabila menusia biasa selain daripada nenek melihatnya ikut sama berbidan.  Tetapi dia terpaksa berdiri disisi nenek untuk membantunya.

Ketika nenek memanggil Tok Aji di sebabkan tangan saya melekap ke telinga dengan tidak menangis, memang Tok Syeikh tidak membenarkan.  Tok Syeikh mahu dia sendiri menanggalkan tangan yang melekap ke telinga itu.  Tetapi setiap kali dia cuba melepaskan, dia seolah-olah merentap tali yang terjerat di leher emak saya.

Hampir juga Tok Syeikh putus asa setelah tidak berdaya mahu membuat keputusan sama ada merentap tali yang terjerat di leher emak, atau melepaskan tangan yang melekap ke telinga saya.  Nenek tidak mahu salah seorang tidak dapat diselamatkan.

“Saya tak mahu geruh ni, menimpa anak saya,”  bisik nenek setelah Tok Syeikh mengaku tidak dapat membantu.

“Tok Syeikh tahu tak ada gangguan setan pada bayi ni,”  beritahu Tok Syeikh mengeluh pendek.  “Tapi, ini kehendak Allah, Siti Fatimah,”  katanya mengesat pelupuk mata disebabkan terharu menerima ujian demikian.

“Sebab itulah saya terpaksa minta Tok Aji membantu,”  ujar nenek mendengus kecewa.

“Nanti kita malu, Siti Fatimah,”  sahut Tok Syeikh masih berkeras tidak membenarkan nenek memberitahu kepada Tok Aji.

“Biarlah saya berhenti menjadik bidan,”  lantas nenek membuat keputusan sebelum menggamit Tok Aji masuk ke tengah rumah.

Ketika Tok Aji mara mendapatkan emak saya, cepat-cepat dia memberi isyarat kepada Tok Syeikh supaya jangan berundur.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab189

BIDAN MAKAN URI TEMBUNI

(Bab 189 bahagian 2)

Ketika inilah dia nampak Nenek Bidan Ibah duduk di atas tengkuk Tok Syeikh berjubah putih tercepat di tebing sungai.  Jari Tok Syeikh memancar-mancar api menerjah ke muka Ucu Nawa, sehingga mukanya berubah menjadi perempuan tua hodoh dengan kulitnya bergugus-gugus seperti buah rambai tergayut,

Menggeletar perempuan tua hodoh itu apabila melihat Tok Syeikh menjengilkan mata sehingga keluar cahaya putih.  Silauan cahaya putih daripada mata Tok Syeikh itu menikam ke mata perempuan tua tersebut menyebabkan dia terkinja-kinja kesakitan.  Apabila dia cuba melompat, kakinya tiba-tiba terlekat ke pasir sungai hingga tenggelam ke paras lutut.

Namilah nampak nenek melayang turun dari tengkuk Tok Syeikh memegang gada berduri, terus memukul kepala perempuan tersebut.  Berligar-ligar nenek di kepala perempuan itu laksana helang mahu menyambar mangsa.  Setiap kali nenek menghampiri di kepala perempuan hodoh tersebut, dia akan memukulnya berulang kali dengan gada berduri itu.

Terjerit-jerit perempuan hodoh itu disebabkan kesakitan yang amat sangat, tetapi nenek tidak mempedulikannya.  Dengan tidak ada rasa belas kasihan nenek terus memukulnya tidak bertahan.  Darah mengalir di kepala perempuan hodoh tersebut bagaikan mata air memancut di dasar telaga.

“Makan darah kau tu sendiri,”  perintah nenek berligar-ligar di kepala perempuan hodoh itu.  Apabila perempuan itu menggeleng-geleng membantah, nenek terus memukulnya dengan gada berceranggah laksana dahan limau dipenuhi duri tajam.

“Nasib baik Tok Syeikh tolong awak Bidan Ibah,”  gerutu perempuan hodoh itu menggertap bibir bagaikan menyimpan dendam.

“Kalau kau satu sama satu pun, tak terlawan kau Siti Fatimah ni!”  lantas Tok Syeikh menyahut sambil mengejeknya.

“Tok Syeikh tak patut buat aku macam ni,”? merintih-rintih perempuan hodoh itu disebabkan kesakitan yang terlalu menusuk-nusuk.

“Kenapa kau bawa jembalang tanah membantu kau?”  soal Tok Syeikh keras.  “Kalau kau nak lawan Siti Fatimah, kau lawan sendiri polong!”  bentaknya memusing-musingkan tasbih di tangan.

Sebaik sahaja Tok Syeikh menyebut demikian, tubuh perempuan hodoh itu terbelah dua.  Dari rekahan tubuhnya itu terjongol kepala ular tedung selar meliuk-liuk garang.  Tersenyum Tok Syeikh dengan perubahan jembalang tanah bersama polong mahu menentangnya.

Apabila Tok Syeikh memukul-mukul perlahan buah tasbih ke tapak tangannya, api menjulang dari celah rekahan tubuh perempuan hodoh yang terbelah itu hingga membakar kepala ular tedung selar tersebut.  Mengerekot kepala ular berkenaan dijilat api yang marak menyala.

“Apa lagi kepandaian kau, jembalang?”  ejek Tok Syeikh terkekeh-kekeh ketawa.

“Kita sama-sama tubuh halus Tok Syeikh,”  gerutu perempuan tua hodoh itu mencantumkan semula tubuhnya yang terbelah dua.  “Patutnya kita janganlah bermusuh,”  ujarnya merayu sambil menyentap-nyentap kakinya yang terlekat di pasir sungai.

Tok Syeikh tidak menyahut.  Dia memberi isyarat supaya nenek terus memukul kepala perempuan hodoh itu dengan gada berduri di tangan.  Beberapa kali nenek memukulnya tubuh perempuan hodoh itu tenggelam ke pasir, seolah-olah nenek memukul tunggak pagar ke tanah.

Selepas seluruh tubuh perempuan hodoh itu tenggelam di dasar sungai, nenek naik semula ketengkuk Tok Syeikh.  Kemudian dia mencapai tangan Namilah naik ke tengkuk Tok Syeikh untuk balik ke rumah.  Tiga kali Tok Syeikh hembuskan ubun-ubun Namilah, dia terasa darah tumpahnya berhenti serta merta.

“Emmm, dia rewan masa tu, memanglah begitu…”  jelas nenek selepas Namilah memberi tahu demikian.  Dalam keadaan tidak sedarkan diri memang sesiapa pun merasakan bagai bermimpi.

“Agaknya, itulah menyebabkan budak ni pengsan tadi,”  terangguk-angguk Ucu Nawa, setelah syaitan itu menjelma menyerupai dirinya bagi mengelirukan nenek.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Hairan juga dia disebabkan Bidan Ibah sudah ke sungai membasuh tikar dan uri tembuni dengan tidak menunggunya.  Mereka sudah berjanji akan sama-sama ke sungai membasuh tikar dan membersihkan uri tembuni.

“Jemput saja Bidan Ibah,”  Ucu Nawa menggesa anaknya Seman Bauk setelah keadaan Namilah membimbangkan.

Ketika Seman Bauk menerpa ke kepala tangga, nenek sudah tercegat di tengah halaman.  Dia tidak terkejut apabila diberitahu oleh Seman Bauk keadaan isterinya pengsan akibat tumpah darah.  Setelah menyuruh lelaki itu menanam uri tembuni tersebut, nenek terus naik kerumah.

Sebaik sahaja dia melihat Ucu Nawa duduk di kepala Namilah, segera nenek menggamitnya.  Kehairanan Ucu Nawa apabila Nenek menyuruhnya duduk di muka pintu dengan berlunjur kaki.  Kemudian nenek mengambil kunyit jantan lantas ditusuk dengan pisau lipat.

Dia meletakkan kunyit jantan ditusuk mata pisau itu di atas ubun-ubun Ucu Nawa dan dia berundur tiga tapak ke belakang.  Selepas itu nenek berselawat tujuh kali sambil menekan tapak tangan kiri dengan ibu jari kanannya.  Perlahan-lahan nenek membacakan serapahnya:

 Datang engkau pagi si geluguh si gelegah nama engkau, datang engkau senja di kilat di kilau nama engkau, datang engkau di hujan panas singat singu nama engkau, aku tahu asal kau jadi, orang beranak bunting asa kau jadi, Kabul Allah…

Setelah dihembuskan kearah Ucu Nawa, nenek menunggu beberapa saat.  Tetapi Ucu Nawa tidak berubah apa-apa.  Dia tetap duduk berlunjur kaki ke muka pintu terkebil-kebil mata mematuhi sahaja perintah nenek.

“Kalau begitu, kau memang Nawa,”  bisik nenek mencapai semula kunyit jantan ditusuk mata pisau di atas ubun-ubun Ucu Nawa.

Ketika mereka berpaling kearah Namilah, perempuan itu mulai sedar semula sekalipun dalam keadaan lemah.  Bibirnya juga pucat disebabkan banyak darah tumpah hingga berlenjun kain pengalasnya.  Hairan juga Seman Bauk kerana nenek mengubati Ucu Nawa yang tidak sakit apa-apa, dengan membiarkan sahaja Namilah terkejang tidak diubati.

“Kenapa mak makan uri tembuni?”  tegur Namilah setelah keadaannya pulih.  Darahnya juga mulai kering setelah tumpah hingga berlenjun kain alas.

“His, merepek budak ni,”  terkejut Ucu Nawa dengan tuduhan anaknya.  Tetapi dia tahu Namilah tentu hilang pedoman sewaktu pengsan akibat tumpah darah.  Tentu Namilah meracau-racau juga selepas sedar semula.

“Milah Nampak mak di sungai,”  ujar Namilah perlahan.

“Bila pula awak ke sungai?”  tersengih-sengih Seman Bauk kerana menyedari isterinya meracau-racau kerana belum pulih betul-betul lagi.

“Milah Nampak mak makan uri tembuni di sungai,”  beritahu Namilah tidak berkedip mata merenung emaknya.

Nenek memberi isyarat supaya jangan dilayani Namilah ketika itu.  Kemudian dia duduk di kepala Namilah lantas membakar kemenyan.  Kepala Namilah diasap dengan kemenyan, sebelum nenek menghembus ubun-ubun perempuan itu tiga kali.  Setelah itu dia menyeru nama Namilah, sehingga perempuan itu menyahut dengan lembut.

“Hah, ke mana kau Milah?”  tersenyum nenek memerhati perempuan itu menggosok-gosok mata seperti baru bangun daripada tidur.

“Entahlah,”  Namilah menggeleng lemah.  “Apa yang jadi pada Milah ni?”  katanya terpinga-pinga apabila kain alasnya yang berlenjun dengan darah itu digantikan oleh Seman Bauk.

Selepas itulah Namilah memberitahu seolah-olah dirinya merayau-rayau ketepi sungai dibawa oleh emak mertua Ucu Nawa.  Memang dia terasa darahnya tumpah disebabkan tersepak tunggul-tunggul kayu di tengah belukar sepanjang perjalanan ke tebing sungai.  Dia mengikut sahaja ajakan perempuan yang menjelma seperti emak mertuanya Ucu Nawa itu hingga turun ke air mencuci uri tembuninya.

Sewaktu Ucu Nawa memakan uri tembuninya dia cuba memekik, tetapi suaranya tersekat di kerengkung.  Puas dia mahu menerpa kearah Ucu Nawa, tetapi kakinya menjadi lemah.  Darahnya banyak tumpah mengalir ke tengah sungai menuju ke tempat Ucu Nawa berdiri.  Terkekeh-kekeh Ucu Nawa ketawa apabila dapat meminum air bercampur darahnya yang mengalir ke tengah arus.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tidak jadi Tok Aji bersembahyang di madrasahnya, apabila emak saya semakin mengerang-ngerang sakit.  Hujan juga mulai turun lebat dengan guruh berdentam dan kilat menyambar sewaktu murid-murid Tok Aji di madrasah azan untuk solat Isya.  Ketika inilah saya dilahirkan dalam keadaan tidak menangis dan dua tangan melekap ke telinga itu.

Nenek Bidan Ibah merasakan dirinya diuji disebabkan hujan lebat turun mencurah-curah dengan guruh dan kilat bertalu-talu.  Dia bimbang cucu-cucunya yang lain akan menerima padah lebih buruk sekiranya dia terus juga menjadi bidan.

Tetapi Tok Aji percaya tidak ada kena mengena dengan mala petaka, kerana saya dilahirkan ketika bang solat Isya dilaungkan dari madrasahnya di seberang halaman.

Berbelah bahagi juga hati Nenek Bidan Ibah untuk meneruskan tanggungjawabnya menjadi bidan.  Dia satu-satunya yang diharapkan, apalagi kalau fasal mengurut perempuan selepas bersalin.  Masing-masing mengakui terasa perisa sekiranya Nenek Bidan Ibah yang mengurut sampai di ulangi tiga pagi.

Puas juga Nenek Bidan Ibah mahu mengelak, tetapi dia tidak sampai hati apakala dijemput tatkala tengah malam diselubungi kesepian.  Ke mana lagi mereka mahu mengadu sekiranya dia terus juga menolak.  Lainlah kalau perempuan sakit mahu bersalin itu menjemput ketika siang masih banyak tempat mencari ikhtiar!

Hinggalah kejadian yang menimpa Namilah itu, Nenek Bidan Ibah benar-benar membuat keputusan muktamad.  Dia tidak akan menjadi bidan lagi, sekalipun diusung macam menandu raja.  Entah apa pula mala petaka yang mengganggu sekiranya dia berkeras juga mahu menjadi bidan.

“Kalau emak dah buat keputusan, janganlah berbidan lagi,”  ujar Pak Tua Mahat apabila Nenek Bidan Ibah merungut fasal orang-orang kampung masih juga mengharapkan dirinya.

“Orang kampung ni macam tak faham,”  gerutu Nenek Bidan Ibah kecewa dengan sikap orang-orang kampung yang masih juga mendesak.

“Ah, cakaplah berterus terang,”  tegas Pak Tua Mahat memahami apa sebenarnya yang terbendung di hati emaknya.

Memang Nenek Bidan Ibah melihat sendiri Ucu Nawa emak Seman Bauk mengikutnya sama ke sungai untuk membantu membasuh uri tembuni dan tikar yang di lembapi darah.  Tidak bercakap sepatah pun Ucu Nawa, sekalipun Nenek Bidan Ibah becok mengajaknya berbual.

Hairan juga dia dengan sikap Ucu Nawa pagi itu kerana tidak mahu melayani dia berbual.  Kalau tidak Ucu Nawa sendiri yang becok membebel sampai siapa pun tidak dapat mencelah.  Sewaktu ucu Nawa balik ke rumahnya mahu memberi ayam itiknya makan, Nenek Bidan Ibah menggesanya supaya segera balik ke situ untuk membantunya membersihkan uri tembuni dan membasuh tikar dan kain-kain yang di  lekati darah.

Ketika dia bersiap-siap untuk ke sungai, Ucu Nawa sudah menunggu di tengah halaman.  Di pelawa naik ke rumah untuk sarapan pun Ucu Nawa enggan.  Terlalu tergesa-gesa dia mengajak  Nenek Bidan Ibah ke sungai.

Sampai sahaja di sungai Ucu Nawa sendiri meminta mahu membasuh uri tembuni.  Terpaksalah Nenek Bidan Ibah mencuci tikar dan kain-kain yang dilekati darah.  Biarlah Ucu Nawa bersihkan uri tembuni menantunya.  Ketika terbongkok-bongkok membasuh tikar ke tengah air, berdebar hati Nenek Bidan Ibah apabila dilihatnya Ucu Nawa memakan sedikit demi sedikit uri tembuni tersebut.

Tidak bertangguh Nenek Bidan Ibah menerpa merentapnya lantas menolak Ucu Nawa dengan kasar.  Terkebil-kebil mata Ucu Nawa menatap mata nenek Bidan Ibah sambil tersengih-sengih.

Bibirnya merah di selaputi darah uri tembuni yang di kunyahnya bercepak-cepak.

“Kenapa kak Bidan tolak saya macam ni?”  ujarnya kesal.

“Oh, kau nak perdayakan aku,”  Nenek Bidan Ibah mendengus marah.  “Kalau Nawa, dia tak mahu makan uri tembuni!”  dia mengejek perempuan yang tercegat di hadapannya itu.

“Eh, apa yang Kak Bidan cakap ni?”  perempuan itu tersengih-sengih menyapu bibirnya yang diselaputi darah.

“Kalau Nawa kau pergi, kalau polong kau tunggu!”  jerkah Nenek Bidan Ibah menghembus kearah perempuan itu dengan membacakan serapahnya:

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Lima minit dia mengurut kepala lutut Kak Som, di suruhnya Kak Som bangun berjalan.  Terasa padanya tidak ada lagi kesakitan yang berdenyut-denyut apabila melangkah.  Hanya sengal-sengal sahaja seperti penat berjalan.  Kak Som tidak lagi terdengkot-dengkot semasa berjalan balik ke rumah.

Sejak itu pula seisi kampung menyedari kebolehan nenek mengurut.  Mereka tidak perlu terherot-herot mulut menahan kesakitan semasa diurut, kerana jari nenek seolah-olah mengusap sahaja.  Bukan setakat tergeliat urat sahaja mereka datang menemui nenek, Ludin Pekak mengidap bisul di bahu sampai membengkak sebesar telur ayam pun tidak lepas peluang minta nenek ubatkan.

Tetapi nenek tidak sanggup mengubati selagi Aki Jenal tidak membakar kemenyan.  Selepas Aki Jenal membakar kemenyan dia akan merungut-rungut tidak menentu lantas duduk bertimpuh menghadap asap kemenyan berlabun-labun.  Saat ini siapa pun mengadu sakit memang nenek akan mencuba mengubati.

“Soal sembuh di dalam pengetahuan Allah,  kita hanya berikhtiar,”  ujar nenek sebaik sahaja Ludin Pekak tunjukkan bisul di bahu membengkak sebesar telur ayam.

Selepas mengisar tapak tangan tiga kali, nenek berbisik kepada Aki Jenal.  Kemudian Aki Jenal menghembuskan asap kemenyan ke bahu Ludin Pekak.

“Tok Syeikh suruh kau cari akar beringin yang terjuntai,”  beritahu Aki Jenal menyampaikan pesan nenek.

Esoknya juga Ludin Pekak mencari akar beringin yang terjuntai tidak cecah ke tanah.  Akar muda itu mesti di potong dengan pisau nipis.  Ketika diserahkan kepada nenek, akar itu dijampinya sebelum disapukan getah beringin itu di bisul yang membengkak.

Dua hari selepas itu Ludin Pekak datang ke rumah nenek memberitahu bisul di bahunya sudah meletus.  Punat bisul juga mengecut macam rumput layu di tepi jalan.  Ludin Pekak juga tidak lagi mengerang-gerang sakit akibat bengkak bisul di bahu.

Lama kelamaan nenek tidak perlu lagi bantuan Aki Jenal membakar kemenyan.  Dia sekadar membacakan jampi serapah yang diajarkan oleh Tok Syeikh.  Kadangkala Tok Syeikh sendiri menjelma tatkala dia terkial-kial membidankan bayi lahir.

“Nenek kamu memang pakai akuan,”  jelas Aki Jenal berulang kali.

Saya menghela nafas perlahan.  Bimbang juga mahu bertanya kepada nenek mengenai akuan yang mendampingi dia.  Manalah tahu dia akan tersinggung pula sampai bermasam muka dengan Aki Jenal.

“Tok Syeikh tu datang, kalau kita seru,”  ujar nenek sewaktu saya bertanya kepadanya.  “Sebab itu Angah jangan menuntut ilmu macam ni, pergi belajar dengan Tok Aji di madrasahnya,”  dia seolah-olah tidak menyenangi kalau saya mengikuti kemahiran dirinya.

“Nenek tak takut dengan Tok Syeikh?”  sengaja saya mahu menduganya.

“Kenapa mesti takut, dia bukan musuh…”  sahut nenek tersenyum dengan usikan saya.

“Kalau dia larikan nenek?”  soal saya lagi.

“Ah, nenek dah tua,”  tersengih-sengih nenek dengan sikap saya yang leter bertanya mengenai kemampuan dia menjadi bidan.  “Kalau dia nak larikan nenek, dulu masa muda-muda lagi dia dah larikan,”  jelasnya mencebik bibir.

Dia percaya bunian juga sama seperti manusia, bukan semuanya jahat tidak menentu. Kalau bunian jahat mengganggu, tentulah bunian baik yang boleh gunakan untuk membantu. Nenek tahu benar mengenai dunia orang bunian, kerana dia sering berhubung dengan Tok Syeikh.

Masakan bunian berani mengganggu dia selagi Tok Syeikh mendampinginya.  Tok Syeikh sudah mengakui dia menjadi anak angkatnya.  Bila-bila pun Tok Syeikh akan datang menjelma sekiranya nenek diancam.

Sewaktu Kak Som sepupunya tersesat jalan di kebun getah tatkala mencari kayu api, memang nenek sudah mengagak diperdayakan oleh bunian.  Mereka mencari kayu api lima enam orang masuk ke kebun getah.  Kemudian berpecah mengutip dahan pokok getah mati yang jatuh ke tanah.

Apabila mereka berkumpul di tepi kebun, Kak Som masih tidak menjengah muka sehingga pukul 5.00 petang.  Puas melaung-laung di tengah kebun getah Kok Som tidak juga menyahut, tidak bertangguh mereka balik ke tengah kampung memberitahu Aki Jenal.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab188

DIASUH PENGHULU BUNIAN

(Bab 188 bahagian 2)

“Memanglah awak pawang besar,” ujar lelaki berjubah putih itu gementar sedikit setelah dirinya dapat dikenali.  “Awak mudah cam dengan kami, memang awak tak calang-calang orang, moyang,”  dia tetap merendah tatkala berhadapan dengan Moyang Delih.

“Kalau begitu Tok Syeikh jangan main-mainkan Siti Fatimah ni!”  suara lembut Moyang Delih itu bersahaja tetapi semacam memberi amaran juga.

“Percayalah moyang, kami tak sia-siakan Siti Fatimah ni,”  kata Tok Syeikh memberi pengakuan.

Kemudian Moyang Delih berundur sedikit lantas duduk bersila rapat dengan membiarkan Aki Jenal duduk di dalam telinganya.  Dari lubang telinga Moyang Delih itu Aki Jenal dapat melihat Tok Seyikh melayang membawa nenek jauh ke kawasan lapang di kelilingi pohon-pohon tinggi ditengah hutan.

Tok Syeikh mengajak nenek mencari akar-akar kayu yang sesuai direbus untuk diminum dijadikan ubat.  Puas merayau mencari akar-akar kayu di tengah hutan, Tok Syeikh membawa nenek ke rumah besar tersergam dengan kolam besar ditumbuhi bunga teratai.

Kemana sahaja Tok Syeikh membawa nenek, tetap diikuti oleh Moyang Delih.  Dia akan tercegat berdiri memerhatikan Tok Syeikh membimbing nenek mengenali akar-akar kayu.  Selepas itu Tok Syeikh memberikan nenek sebentuk batu cincin seperti buntat berwarna putih berkilat.

Selepas itulah dia menerbangkan semula nenek balik ke tengah rumah.  Perlahan-lahan Tok Syeikh menyuruh nenek berbaring hingga tertidur keletihan.  Moyang Delih sentiasa memerhatikan sahaja Tok Syeikh dengan tidak membantah apa-apa. Selepas nenek tidur memejamkan mata lantas Tok Syeikh memberi salam terus menghilang bersama asap kemenyan melabun-labun.

Ketika Aki Jenal keluar dari telinga Moyang Delih, dia juga keletihan setelah ditinggalkan bersendirian.  Tidak bertangguh Aki Jenal meminta air minum sebaik sahaja dia membuka mata sambil mengusap-usap tapak tangan ke muka.

“Jauh Aki Jenal berjalan ni,”   sengaja Kok Som mengusik apabila dilihatnya Aki Jenal termengah-mengah.

“Apa tidaknya sampai ke tengah hutan rimba,”  sahut Aki Jenal tersengih-sengih semacam bergurau.  Kalau dia berterus terang pun masakan Kak Som yang tersandar di dinding tengah, percaya.  Sejak dia membakar kemenyan Kak Som sekadar melihat Aki Jenal bersila rapat menghadap tempat membakar kemenyan.

“Hutan mana Aki Jenal sampai?”  Usop Pengkar pula bertanya.

“Jauh di gunung ganang,”  ujarnya pendek menghela nafas perlahan.  Perkara yang dilaluinya tidak sama macam dibuai mimpi tatkala tidur nyenyak di tengah malam.  Sebab itu sukar mahu diterangkan kepada jiran-jiran yang berkeliling mneghadap nenek terbaring lemah.

Mereka di situ sekadar melihat nenek merungut-rungut tidak tentu biji butir.  Lama dia duduk bertimpuh, barulah badannya rebah ke bantal.  Nenek terus tidur tidak sedar apa-apa lagi.  Dia terlena akibat terlalu letih bagaikan jenuh berjalan jauh melangkaui gunung ganang.

Setelah nenek tertidur semua jiran-jiran balik juga ke rumah masing-masing.  Mereka percaya nenek tidak di rasuki pelesit.  Tentu Aki Jenal mudah tewaskan pelesit kalau cuba merasuk tidak bertabek-tabek. Dia akan buru di mana pun pelesit itu bersembunyi, biar tuan pelesit gelebah seperti duduk di atas bara api.

Pelesit yang merasuk akan bercempera lari apabila Aki Jenal membacakan serapahnya:

  Sonsang korak sonsang tapan, sonsang hati jantung  engkau, patah sendi patah patah layang, patah alih-alih ambil besi petua, akan pemarak hati jantung hempedu engkau, datang terlentang pulang kau menangkup, jenjang lama engkau balik, aku tahu asal engkau jadi, orang berlaki tujuh asal kau jadi, Kabul aku menangkal pelesit, berkat laillahha illallah hu…

Lama juga nenek menjadi kebingungan selepas jelmaan Tok Syeikh sering datang mengganggu melalui mimpinya.  Tetapi Aki Jenal yakinkan Ulung Nang dan Tok Budin supaya tidak bimbang apa-apa.  Hampir sebulan nenek terlantar sakit hingga mukanya beransur pucat, hanya Aki Jenal yang mengubatinya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Selepas Pawang Lamid kurung di situ, dia tidak benarkan sesiapa pun ambil buah-buahan di kebun di keliling rumah arwah Embah Yot.  Buah kelapanya gugur sebiji dua pun jangan di kutip.  Biarlah semuanya luruh ke bumi menjadi baja pupuk ke perdu pokok.

Sampai arwah Pawang Lamid meninggal dunia pun, seisi kampung patuhi pantang larangnya.  Mereka tidak berani sentuh pokok buah-buahan di tanah peninggalan arwah Embah Yot itu.

“Tentu pelesit arwah Embah Yot!”  lantas Ulung Nang menuduh setelah Aki Jenal tidak mahu menjelaskan.

“Bukan…”  sahut Aki Jenal mendehem pendek.  “Jangan buat dosa menuduh macam tu,”  katanya kesal dengan tuduhan emak saudaranya itu.

“Ibah tak dirasuk pelesit?”  soal Ulung Nang serba salah.

“Tidak, bukan dirasuk pelesit,”  beritahu Aki Jenal mencebik bibir sambil mengerling muka nenek yang masih terkejang pengsan tidak sedarkan diri.

Sehingga santak asar barulah nenek mula membuka mata dalam keadaan terketar-ketar lemah.  Terus sahaja Ulung Nang hulurkan air jampi mentera Aki Jenal menyuruh nenek minum.  Nenek tidak membantah.  Dia meneguk air jampi itu sampai habis segelas.  Terasa hilang dahaganya setelah lama terkejang tidak jamah seulas nasi pun sejak tengah hari lagi.

Sebaik diberitahu mengenai nenek pengsan tidak sedar diri, memang jiran-jiran datang menjengah.  Terkejut juga mereka dengan kejadian yang menimpa nenek.  Mereka juga menuduh pelesit yang terkurung di tanah arwah Embah Yot yang mengaruk sampai merasuk siapa sahaja sempat jadi sasarannya.

Boleh jadi nenek tidak bernasib baik.  Mudah sahaja jadi sasaran pelesit hanya ketika sibuk memasak nasi di dapur.  Tidak sempat Tok Budin sekeluarga makan tengah hari.  Selepas nenek diganggu demikian, memang Ulung Nang tidak berselera lagi mahu menjamah nasi.  Gulai sudah masak di tungku pun dibiarkan tersangai tidak diangkat disalin ke besen.

Dia rusuh dengan keadaan anaknya.  Biarlah tidak makan sepanjang hari asalkan anaknya dapat diselamatkan.  Malah perut pun tidak lagi terasa lapar sampai menyenak di asak angin.

Malamnya Aki Jenal sudah berjanji akan datang mengulangi membakar kemenyan.  Perkara gangguan yang menimpa nenek tidak boleh dibiarkan, sekalipun sakitnya bukanlah merosakkan dirinya.  Kalau tidak dijaga baik-baik,mungkin akan memudaratkan nenek.  Saat itu Aki Jenal perlu membimbing nenek macam guru yang mesti memberi tunjuk ajar kepada muridnya.

Ketika Aki Jenal naik ke rumah selepas isya’ memang jiran-jiran sudah ramai di tengah rumah.  Sejak lepas maghrib lagi mereka sudah datang menjengah setelah di beritahu Aki Jenal akan mula mengubati penyakitnya.  Jiran-jiran memang wajib menjengah apabila salah seorang daripada keluarga kalangan mereka menerima musibah.  Hidup di tengah kampung mesti saling jengah menjengah kalau jiran-jiran terkejang sakit.  Memang ini pegangan seisi kampung sejak turun termurun lagi.

Sewaktu Aki Jenal bersila rapat membakar kemenyan, nenek terbaring terkebil-kebil mata dalam keadaan lemah.  Tenaganya terasa letih akibat tidak menjamah nasi sejak tengah hari selepas terkejang pengsan.  Rengkungnya tidak berselera mahu menelan makanan yang dihidangkan.

Puas juga dipujuk supaya menjamah makanan, tetapi nenek tetap enggan.  Lainlah kalau meneguk air.  Digagahi juga minum air jampi segelas untuk menghilangkan dahaga di tekak.

Malam sudah terasa sejuk apabila angin mengelus dicelah-celah dinding.  Hampir sepuluh minit Aki Jenal mengusap-usap muka merenung asap kemenyan melabun-labun, tiba-tiba nenek duduk bertimpuh dengan menundukkan kepala.  Rambutnya disisir dengan jari dan dibiarkan terurai ke belakang.  Beberapa kali nenek terbatuk mendehem merenung tepat ke tempat membakar kemenyan yang melabun-labun asap.

Mereka yang berkeliling di tengah rumah memerhatikan sahaja tidak mengganggu apa-apa.  Memang Aki Jenal sudah pesankan supaya mereka hanya mendiamkan diri sahaja kalau melihat apa pun kejadian luar biasa yang berlaku ke atas nenek.  Tok Budin dan Ulung Nang juga mematuhi apa juga arahan dukun besar di tengah kampung itu.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Bukanlah mudah mahu memulihkan nenek, setelah Aki Jenal membakar kemenyan yang dibekalkan oleh Moyang Delih sewaktu dia bertapa di masjid tua Kuala Piring.  Kemenyan yang di bekalkan itu tidak pernah habis sekalipun sudah bertahun-tahun digunakan.  Aki Jenal tahu kemenyan itu akan tumbuh berangkai-rangkai seperti buah langsat dalam simpanannya.

Banyak mana pun kemenyan tersebut dibakar, ia akan bertambah seperti hidup beranak.  Memang jarang Aki Jenal mahu membakar kemenyan itu kalau tidak disebabkan terdesak.  Dia sekadar memberikan kepada sesiapa sahaja memerlukan supaya dibakar dan diasapkan ke kepala.

Tetapi Aki Jenal terpaksa juga membakar kemenyan setelah dijemput oleh Tok Budin selepas nenek pengsan tidak sedarkan diri.  Kalau takat pitam akibat wap panas di tuam dengan kain lembap pun di kepala nenek akan membuka mata.  Dia akan pulih sekalipun kepala terasa berdenyut-denyut sakit.

Semasa menaiki tangga rumah, Aki Jenal terasa dadanya bagaikan ditolak angin kencang.  Terpaksa dia berpaut pada tangga rumah sampai kakinya terangkat laksana terapung di udara, akibat ditolak kuat oleh angin kencang yang mengelus dari muka pintu.

“His kami bukan nak berlawan,” tersenyum Aki Jenal dalam keadaan dirinya diancam demikian.  “Apa-apa hal pun kita berundinglah dulu,”  katanya seolah-olah berhadapan dengan lawan.

Terkejut Tok Budin yang sudah berdiri di kepala tangga apabila melihat Aki Jenal terangkat kaki dengan tangan berpaut kuat ke anak tangga laksana kayu tercancang.  Dia cuba menolong, tetapi Aki Jenal memberi isyarat supaya tidak membantunya.

Memang Aki Jenal tidak tahu gangguan yang menghalangnya naik ke rumah untuk mengubati nenek.  Lainlah tubuh kasar yang boleh dilihat jasadnya, mudahlah ditentang kalau terdesak.  Tubuh  halus yang tidak berjasad terpaksa berhati-hati kalau berhadapan dengannya.  Setidak-tidaknya dapat di agak jenis musuh yang mengganggu itu, supaya tahu cara mana mahu di gunakan.

Sebab itulah bomoh seperti dia terpaksa membakar kemenyan menyeru akuannya.  Setelah kemenyan dibakar akuan tersebut akan datang menjelma di hadapannya.  Mudahlah dia meminta bantuan akuan itu menjadi perantaraan untuk mengetahui apakah yang dikehendaki oleh lawan daripada tubuh halus.

Asap kemenyan yang melabun-labun diasapkan ke kepala nenek.  Dia tetap terkejang dengan matanya terbelalak putih.  Kalau pelesit atau polong yang mengganggu tentu tidak akan bertahan apabila Aki Jenal membakar kemenyan.  Bila-bila Aki Jenal boleh tewaskan kalau takat pelesit atau polong yang berani tunjuk jantan.

Siang hari sewaktu matahari memancar keras memang Aki Jenal tidak dapat melihat jelmaan Moyang Delih di hadapannya.  Dia sekadar mendengar suara garau akuan itu memberitahu apa yang perlu di lakukan.  Lainlah kalau malam di tengah kesepian yang menusuk-nusuk memang Moyang Delih akan menjelma setelah kemenyan di bakarkan.

“Moyang, macam mana adik saya ni?”  Aki Jenal merenung tepat asap kemenyan yang melabun-labun di tengah rumah.

“Tak usah bimbang, Ibah ni bukannya sakit,”  sayup-sayup jauh di udara Aki Jenal dapat mendengar suara garau akuannya itu.

“His, tak sakit apa, terkejang macam ni?”  sengaja Aki Jenal mahu bergurau sambil menggeleng-geleng kepala.

“Ibah tak sakit, jagalah dia baik-baik,”  dia mendengar suara garau akuan itu menyakinkan supaya tidak cemas apa-apa.

Hairan juga Ulung Nang kerana anak saudaranya sekadar merungut-rungut sambil menggeleng kepala di tengah asap kemenyan melabun-labun.  Jarang Aki Jenal merungut-rungut kalau sudah membakar kemenyan sama ada siang atau malam.  Apabila kemenyan sudah di bakar nescaya pesakit akan bingkas mahu melawan sebaik sahaja pelesit atau polong yang merasuk tidak dapat bertahan.

Masakan anaknya tidak dirasuk pelesit kalau tiba-tiba sahaja jatuh pitam sewaktu memasak di dapur.  Manalah tahu Nenek Bidan Ibah menjolok buah manggis atau rambutan di dusun orang menyimpan pelesit.  Tetapi balik dari sawah Ulung Nang tahu memang anaknya tidak singgah di mana-mana.  Mereka sama-sama balik selepas mencuci kain di sungai kecil berolak halus.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

👆 special full bab 187 sempena hari cuti. Semoga rakan-rakan sihat selalu & gembira bersama keluarga.
Jaga kesihatan masing-masing, sekarang pelbagai macam jenis penyakit, admin pon dah 5 hari demam.
Bagi yang pulang ke kampung atau bercuti di tempat lain, hati-hati semasa memandu.
Selamat bercuti.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tertunduk Bidan Dubin apabila diberitahu dia memang ke rumah Abang Kadir
 Seingat-ingatnya dia sekadar bermimpi sahaja mengikut Moyang Gibuk.  Dia hanya melihat Moyang Gibuk membidankan Kak Ibah supaya dia belajar.  Memang Moyang Gibuk menunjukkan kepadanya bagaimana mahu membidankan.

“Tidak, saya hanya bermimpi,”  jelas Bidan Dubin.  “Saya mimpi dibawa Moyang Gibuk ke rumah Abang Kadir,” katanya memberitahu mengenai pengalaman mimpinya membidankan Kak Ibah tengah mengerang-nerang sakit.

Terdiam Bidan Munah.  Dia menyedari yang datang membidankan Kak Ibah bersamanya di tengah malam itu bukanlah cucunya, tetapi Moyang Gibuk yang menjelma macam Bidan Dubin.  Patutlah dia melihat betapa mahirnya Bidan Dubin membidankan perempuan itu.

Terpaksalah Bidan Munah menyembunyikan rahsia tersebut daripada pengetahuan cucunya.  Tetapi satu kampung sudah heboh fasal Bidan Dubin yang masih anak dara sunti itu mampu membidankan Kak Ibah.  Bidan Dubin juga boleh membacakan jampi serapah air selusuh setelah keadaan Kak Ibah semakin sukar mahu melahirkan anak.

Memang Kak Ibah sendiri melihat Bidan Dubin mengusap-usap perutnya sampai selamat bersalin.  Abang Kadir dan Bidan Munah juga menyaksikan bagaimana Bidan Dubin mengerat pusat bayi, uruskan uri tembuni dan sempurnakan mandi dan bersihkan.  Mereka melihat betapa mahirnya Bidan Dubin sama seperti Bidan Munah juga.

Setelah yakin cucunya didampingi oleh Moyang Gibuk, Bidan Munah meminta ubatkan penyakit pelurut di jarinya.  Setidak-tidaknya dia dapat menguji sejauh mana cucunya sudah didampingi.

Bidan Dubin mengambilkan tiga biji telur ayam diletakkan di bahu  neneknya.  Kemudian dia membacakan jampi serapah yang dibisikkan oleh Moyang Gibuk ke telinganya.  Lantas sahaja Bidan Dubin membacakan serapah itu: 

Ah badi mah badi, badi embun embun badi seratus Sembilan puluh, itulah asal kau jadi badi, air setitik asal engaku jadi badi, tanah segenggam asal  engkau jadi badi, datang engkau di rimba raya balik kau kerimba raya, datang kau di gaung guntung balik kau ke gaung guntung, tak balik engkau berdosa engkau ke pawang berempat, tak balik engkau ke gaung guntung derhaka engkau kepada Tuhan yang sebenarnya, Kabul berkat pengararan guruku, berkat laillahha illallah hu…

Sebiji telur itu di pecahkan ke dalam piring.  Bidan Munah melihat darah di dalam kuning telur berkenaan.  Kalau mahu dikatakan telur mahu menetas,  Bidan Munah tahu telur tersebut tidak pernah dieramkan.  Baru dua hari sahaja induk ayamnya bertelur di sarang.

Kuning telur itulah disapukan ke jari Bidan Munah yang dihinggapi penyakit pelurut.  Esoknya sahaja Bidan Munah mendapati kuku jari yang terjongket mulai kering nanah.  Setelah dibersihkan kuning telur daripada jarinya, bengkaknya juga sudah mengecut.  Sakit berdenyut-denyut juga tidak terasa lagi, tetapi mulai gatal merenyam-renyam.

Malam sebelum tidur, Bidan Munah pecahkan sebiji lagi telur.  Kuning telur tidak lagi berdarah tetapi kelihatan memutih laksana di tabur dengan tepung.  Malam ketiganya kuning telur yang dipecahkan ke dalam piring kelihatan bergaris seperti di rentangi benang putih.

Tiga malam di sapukan dengan kuning telur yang di jampi oleh Bidan Dubin itu, penyakit pelurut di jari Bidan Munah sembuh betul.  Kuku jarinya yang terjongket akibat membengkak dan menanah tidak tertanggal daripada isi, hanya berbekas parut kudis sahaja.

“Kau mesti pilih, sama ada menjadi bidan atau dukun,”  Moyang Gibuk menjelma lagi dalam mimpi, Bidan Dubin meminta dia membuat pilihan.

“Apa salahnya saya memilih dua-dua sekali,”  sahut Bidan Dubin memberanikan hatinya.

“Jangan tamak Dubin,”  perempuan tua yang menjelma dalam mimpinya itu semacam memberi amaran.  “Terlalu berat kau memikulnya, pilihlah satu sahaja,”  dia mengingatkan sambil merenung tepat ke muka Bidan Dubin.

Tidak sempat Bidan Dubin bertanya lagi, Moyang Gibuk menghilang bersama kabus memutih.  Berpeluh-peluh Bidan Dubin ketika dia terbangun daripada tidur seolah-olah kena wap panas membahang.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab187

BAYI KELUAR DI BUSUT JANTAN

(Bab 187 bahagian 2)

Dalam ketakutan Bidan Dubin membangunkan neneknya.  Terpinga-pinga Bidan Munah apakala dikejutkan oleh cucunya di tengah malam yang sepi.

“Dia datang lagi, uwan,”  bisik Bidan Dubin diselubungi ketakutan.

Bidan Munah tidak menyahut.  Cepat-cepat dia mencari mancis api menyalakan semula pelita.  Minyak api masih penuh di dalam pelita, tetapi kenapa pula tidak marak menyala?  Kalau mahu dituduh angin meniup kencang tidak pula ada tanda-tanda elusan angin menerobos di celah dinding.

“Saya mimpi menakutkan,”  beritahu Bidan Dubin menceritakan pengalaman mimpinya dibawa Moyang Gibuk ke busut jantan di pinggir hutan.

“Dia nak bimbingkan kau menjadi bidan,”  tutur Bidan Munah duduk bertelegu kepala lutut menghadap pelita yang meliuk-liuk api menyala.

“Ah, saya tak mau jadi bidan,”  cepat sahaja Bidan Dubin mendengus.  Memang dia tidak berminat langsung mengikut jejak neneknya menjadi bidan di kampung.  Bau hanyir uri pun tekaknya mudah loya hingga terasa mahu melambak muntah.

Tentu dia akan memual-mual perut menahan  muntah sekiranya menjadi bidan uruskan ibu-ibu bersalin.  Hanyir darah ibu bersalin tidak sama dengan bau darah terluka jari ditusuk mata pisau.  Memang dia tidak dapat menahan loya tekak kalau tercium bau hanyir uri ibu bersalin.

Sebab itulah dia enggan menemankan neneknya berbidan ke mana pun.  Biarlah dia tinggal di rumah emak saudaranya bersebelahan rumah neneknya itu, apabila neneknya berbidan.  Masakan dia boleh menjadi bidan kalau didesak juga oleh jelmaan Moyang Gibuk.

Tetapi mimpinya terus juga berulang saban malam.  Semakin hatinya berkeras tidak mahu menjadi bidan, semakin kerap jelmaan Moyang Gibuk datang di dalam mimpinya.  Dia akan dibawa ke busut jantan di pinggir hutan membidankan bayi lahir di celah rekahan busut jantan itu.  Hanyir bau darah dan wap uri bayi menusuk-nusuk hingga meloyakan.

Lama kelamaan rasa jijik Bidan Dubin beransur hilang kerana saban malam dia bermimpi bergelumang dengan darah ibu bersalin dan uri bayi.

“Tanggung jawab jadi bidan ni bukan di dunia aje, Dubin,”  Bidan Munah mengingatkan cucunya.  “Kalau tak jujur, di akhirat nanti kita susah…”  katanya terharu apabila kenangkan tanggungjawab menjadi bidan itu adalah semata-mata untuk membantu ibu yang mahu bersalin.

Hinggalah kak Ibah hampir bersalin, suaminya Abang Kadir termengah-mengah cemas datang memanggil Bidan Munah di tengah malam.  Serba salah Bidan Munah disebabkan seminggu dia demam akibat jarinya dihinggapi ‘pelurut’.  Kena penyakit pelurut bukan macam kudis biasa, malah kuku jari pun menanah hingga terjongket mahu tercabut habis.

Abang Kadir sendiri melihat jari-jari Bidan Munah membengkak dengan kukunya menanah.  Macam mana Bidan Munah mahu menyambut bayi lahir, kalau tangannya tidak boleh mengenggam.  Tersentuh pun terasa ngilu hingga bisa menusuk-nusuk.  Tetapi siapa lagi boleh diharap kalau Bidan Munah sudah tidak mampu membidankan Kak Ibah.

Perkara bersalin bukan boleh ditangguh-tangguh.  Sampai sahaja gesa mahu melahirkan anak, tentu Kak Ibah juga tidak dapat menahannya.  Siapa pula tahu menyambut bayi, siapa pula akan mengerat pusat siapa pula akan urukan uri tembuni?

“Apa saya nak buat sekarang uwan?”  memang Abang Kadir buntu menghadapi masalah yang menimpa dirinya.  Di tengah malam demikian kemana pula dia mahu mendapatkan bantuan.  Satu-satunya yang boleh diharapkan hanya Bidan Munah di kampung itu.

“Emmm, kalau nak jemput Bidan Supi, jauh benar di Chengkau,”  keluh Bidan Munah serba salah mahu memberi keputusan.  Kalau mahu menjemput Bidan Supi di Cengkau tentu jauh pula Abang Kadir berkayuh menunggang basikal.  Mana tahu dalam perjalanan ke Chengkau, isterinya bersalin seorang diri di rumah.

“Kalau tak ada jalan lain, kena jugalah saya ke Chengkau,”  Abang Kadir menghela nafas panjang.  Dia tahu bukan sengaja Bidan Munah mengelak, tetapi penyakit pelurut di jarinya yang menghalang dia.  Kepalang sakitnya penyakit pelurut yang menbengkak sampai terjongket kuku mengangkut nanah!

Читать полностью…
Subscribe to a channel