bukuemascgmar | Unsorted

Telegram-канал bukuemascgmar - Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

281

Saya nak bantu anda yang mahu jadikan emas sebagai insurans kekayaan, back-up kewangan dan atasi masalah kebocoran simpanan wang. Boleh miliki simpanan emas serendah RM100. Wasap link ni. www.wasap.my/60123881658/NakSimpanEmasTelegram

Subscribe to a channel

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

5 dinar ni kuat betul aura positifnya bagi saya.

Tengok je terus jatuh cinta.

Cantik!
Susah nak gambarkan perasaan sebenar.

5 tahun lepas , harganya cuma sekitar RM6000!

Tapi, hari ini nilainya dah cecah lebih RM13,000! Cukup untuk tunaikan umrah bagi seorang.Nak jadikan mas kahwin pun sesuai!

Sebenarnya untuk miliki emas yang lebih berat dengan bajet simpanan kecil, ada caranya.

Caranya adalah melalui akaun GAP(Gold Accumulation Program),iaitu kita kumpul gram emas ikut bajet serendah RM100( ketika posting ini ditulis harga 1 gram emas=RM627, jadi dengan RM100 kita dapat 0.1595 gram emas).

Terus simpan dalam GAP hingga cukup gram yang kita nak keluarkan fizikal emas. Kalau nak 5 dinar macam ni, pastikan cukup 21.25 gram dalam GAP.

Kemudian, melalui apps Public Gold, kita boleh withdraw item fizikal yang bersesuaian dengan jumlah gram emas yang kita dah kumpul.

Simpan emas ni tak rugi sebab dalam jangka panjang harganya tetap meningkat.

Ketika terdesak, emas boleh jadi penyelamat.

Ada duit, belum tentu ada emas.
Tapi, jika ada emas anda tentu ada duit!

Nak saya bantu mulakan simpanan emas?
Hubungi saya melalui landing page https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Marlina Ab Rahman
Dealer Aktif Public Gold

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

𝗜𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗨𝗦.

Sabtu 28/2/2026 - Israel melancarkan serangan pada waktu siang pada hari Sabtu ke atas ibu negara Iran, dengan kepulan asap kelihatan naik dari kawasan pusat bandar, menurut laporan Associated Press.

Tidak dapat dipastikan serta-merta apakah sasaran serangan itu.

Namun, serangan tersebut berlaku ketika Amerika Syarikat telah mengumpulkan sejumlah besar jet pejuang dan kapal perang di rantau itu dalam usaha memberi tekanan kepada Iran supaya mencapai satu perjanjian berhubung program nuklearnya.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menggambarkan serangan itu sebagai tindakan “untuk menghapuskan ancaman.” Beliau tidak memberikan penjelasan lanjut.

Di Tehran, para saksi mendengar letupan tersebut. Televisyen kerajaan Iran kemudian melaporkan mengenai letupan itu tanpa menyatakan puncanya.

Siren turut dibunyikan di seluruh Israel pada masa yang sama.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka telah mengeluarkan “amaran proaktif untuk mempersiapkan orang awam terhadap kemungkinan pelancaran peluru berpandu ke arah negara Israel.”

Tentera Amerika Syarikat enggan mengulas segera mengenai serangan tersebut.

Presiden Donald Trump sebelum ini memberi amaran pada awal Februari bahawa “perkara yang sangat buruk” akan berlaku sekiranya Tehran tidak bersetuju dengan satu perjanjian mengenai masa depan program nuklearnya.

Serangan ini berlaku selepas peningkatan ketara aset ketenteraan di rantau Timur Tengah yang kaya dengan minyak.

Amerika Syarikat dan Iran telah mengadakan pusingan ketiga rundingan di Switzerland pada hari Khamis dalam usaha menyelesaikan kebuntuan yang berlaku.

Menjelang perbincangan itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, berkata keengganan Iran untuk berbincang mengenai program pembangunan peluru berpandu balistiknya, selain program nuklear, merupakan “masalah yang sangat, sangat besar.”

Iran menyatakan bahawa ia bersedia untuk berkompromi dalam isu program nuklearnya, tetapi berulang kali menegaskan bahawa program peluru berpandu Tehran tidak pernah menjadi sebahagian daripada agenda rundingan.

Terdapat petanda awal bahawa Washington semakin hilang kesabaran terhadap Iran selepas Rumah Putih menyatakan, susulan rundingan sebelum ini, bahawa Iran tidak menangani tuntutan teras Amerika Syarikat.

Pada awal Februari, Iran dilaporkan dalam satu surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, menyatakan bahawa Tehran akan bertindak balas secara “tegas” jika dikenakan pencerobohan ketenteraan.

Peserta pasaran tenaga telah memantau dengan teliti ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, dengan harga minyak meningkat ke paras tertinggi enam bulan susulan tindakan Trump, di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan bekalan.

Iran, sebagai anggota pengasas OPEC, merupakan pengeluar minyak utama dan terletak di lokasi strategik Selat Hormuz yang amat penting, di mana kira-kira 20% bekalan minyak dunia melalui laluan tersebut.

Jun lalu, Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas tiga kemudahan nuklear Iran, yang menurut risikan telah menyebabkan kerosakan besar terhadap program nuklear Tehran. Iran kemudiannya bertindak balas dengan melancarkan serangan balas ke atas sebuah pangkalan udara Amerika di Qatar, yang dilaporkan menyebabkan kerosakan kecil tanpa mengakibatkan sebarang korban jiwa.

𝗕𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮:

Dalam konteks pasaran komoditi, dua aset yang paling sensitif terhadap perkembangan ini ialah emas dan minyak mentah.

Konflik berskala besar di Timur Tengah — wilayah yang menjadi nadi tenaga dunia — meningkatkan permintaan institusi dan runcit terhadap emas.

Dalam keadaan ketegangan berpanjangan, harga emas lazimnya memasukkan “geopolitical risk premium”.

Jika konflik melibatkan lebih banyak negara atau menyebabkan ketidakstabilan sistemik, lonjakan harga emas boleh menjadi agresif dan pantas.

Kita boleh lihat tindakbalas harga emas pada hari Isnin jam 6.00 pagi waktu Malaysia .

Sila share jika bermanfaat.

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗼𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗧𝗲𝗺𝗯𝘂𝘀 𝗨𝗦𝗗𝟰,𝟲𝟬𝟬 𝗦𝗲𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 – 𝗔𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗕𝗠𝗢 𝗖𝗮𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹.

BMO Capital Markets meramalkan bahawa harga spot emas berpotensi menembusi paras USD4,600 satu auns seawal suku pertama (Q1) 2026.

Menurut penganalisis BMO Capital, Helen Amos, ketahanan harga emas selepas kejatuhan pada Oktober lalu membuktikan satu perkara penting:

1. Emas masih kekal sebagai diversifier dan safe haven utama dalam portfolio global.

Dalam istilah mudah:

i. Walaupun berlaku jualan sementara;

ii. Emas tidak runtuh, malah pulih dengan pantas.

Ini menandakan bahawa permintaan masih sangat kukuh — bukan hanya didorong oleh sentimen jangka pendek, tetapi oleh keperluan pelabur global untuk melindungi nilai kekayaan mereka.

2. “Mining Supercycle 2.0”: Faktor Besar Di Sebalik Kenaikan Harga

BMO Capital mengaitkan lonjakan harga logam, termasuk emas, dengan apa yang mereka istilahkan sebagai:

“Mining Supercycle 2.0”

Supercycle ini dipacu oleh dua faktor utama:

a) Deglobalisasi

Dunia sedang bergerak menjauhi sistem globalisasi lama:

i. Negara mula menyimpan aset sendiri.

ii. Rizab emas semakin dipentingkan berbanding mata wang fiat.

b) Gangguan Bekalan (Supply Frictions)

i. Kos perlombongan meningkat:

a) Projek lombong baharu semakin sukar dan mahal.

b) Bekalan emas tidak boleh ditingkatkan dengan cepat

Gabungan ini mewujudkan situasi di mana permintaan meningkat, tetapi bekalan kekal terhad — formula klasik untuk kenaikan harga jangka panjang.

3. Prestasi Logam Berharga: Kenaikan 60–100% Bukan Kebetulan.

BMO menyifatkan setahun kebelakangan ini sebagai “spectacular” bagi sektor logam dan perlombongan, dengan:

i) Harga logam berharga meningkat 60% hingga 100%.

ii) Jauh melepasi jangkaan awal pasaran

Yang menarik, BMO menegaskan bahawa:

“Masih terlalu awal untuk menjangka kejatuhan (fade the rally).”

Ini menunjukkan bahawa kenaikan ini belum mencapai kemuncaknya, dan pasaran emas masih berada dalam fasa pertumbuhan.

4. Mengapa Emas Mengatasi Perak dan Platinum?

Walaupun perak dan platinum turut mencatatkan kenaikan, BMO Capital mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap kedua-dua komoditi tersebut.

Sebabnya:

i) Harga perak dan platinum berkemungkinan telah terlebih naik (overshoot fundamentals)

ii) Risiko pembetulan harga lebih tinggi

Sebaliknya, emas dilihat lebih stabil dan memainkan peranan sebagai penyimpan nilai.

Kesimpulan BMO:

Emas ialah logam berharga pilihan utama sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2026.

5. Apa Maknanya Untuk Pelabur Emas di Malaysia?

Bagi pelabur tempatan, laporan ini membawa beberapa implikasi penting:

✅ Emas bukan lagi “aset simpanan biasa”

Ia kini menjadi aset strategik yang bakal melindung nilai kekayaan anda.

Fokus kepada pegangan jangka sederhana & panjang.

BMO tidak bercakap tentang kenaikan sehari dua, tetapi trend kenaikan sehingga 2026.

Pelabur fizikal akan berada pada posisi yang baik.

Strategi anda?

1. Simpan emas fizikal.
2. Mengamalkan pembelian berperingkat (DCA)

Anda berpotensi menikmati manfaat maksimum daripada kitaran ini.

Dalam dunia yang semakin tidak menentu, emas kembali memainkan peranan asalnya:

Sebagai penyimpan nilai terakhir apabila keyakinan terhadap sistem lain mula goyah.

Kesimpulan saya:

Buy gold and hold.

#NotaEmasSyukorHashim

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

APA PERBEZAAN EMAS VS DUIT KERTAS?

Emas atau Duit kertas?

Hari ini ramai masyarakat dah celek tentang ilmu emas, tapi masih juga ada segelintir yang tak faham tentang perbezaan duit kertas dengan emas. Kedua-duanya sama “duit” tapi nilainya jauh beza.

Emas bernilai sebab ia logam sebenar, terhad, dan tak boleh dicipta manusia.
Wang kertas bernilai sebab kerajaan kata ia bernilai. Ia bergantung pada kepercayaan.

Emas perlu digali, diproses, ambil masa dan kos.
Wang kertas boleh dicetak bila-bila. Semakin banyak dicetak, semakin jatuh nilainya.

Emas kekal nilai ribuan tahun, tak berkarat, tak reput.
Wang kertas cepat susut kuasa beli bila inflasi naik. Pegang 10 tahun… nilai makin kurang.

Emas diterima seluruh dunia tak perlu ditukar. Wang kertas hanya laku dalam negara tertentu.

Emas = penyimpan nilai jangka panjang.
Wang kertas = alat transaksi harian

Sebab tu saranan pakar kewangan iaitu Tuan Azizi Ali, simpan duit dan emas tu penting. Simpan duit sebaiknya simpan 3 ke 6 bulan gaji. Dah ada simpanan duit baru simpan emas.

“Duit boleh hilang nilai.
Emas tak perlu percaya sesiapa untuk kekal bernilai.”

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

PERBEZAAN EMAS 916 VS EMAS 999

Ramai orang dengar “916” dan “999”, tapi tak semua faham apa beza dua ni. Sebenarnya, ia cuma beza pada tahap ketulenan.

Emas 916 bermaksud ia 91.6% emas tulen. Selebihnya campuran logam lain untuk kuatkan struktur. Sebab itu 916 lebih keras, lebih tahan lasak, dan lebih sesuai dipakai hari-hari sebagai barang kemas. Emas 916 tak mudah bengkok bila hentak, dan tak senang calar.

Emas 999 pula 99.9% emas tulen. Hampir pure gold. Nilainya lebih tinggi, sebab kandungan emasnya paling maksimum. Tapi sifatnya lembut. Kalau buat gelang atau rantai, jatuh sikit pun boleh berubah bentuk. Sebab itu emas 999 lebih sesuai untuk simpan dan pelaburan, bukan untuk pakai harian.

Untuk ringkaskan:
Emas 916 = pakai
Emas 999 = simpan

Satu cantik untuk bergaya, satu cantik untuk bina kekayaan. Bila tahu beza, baru tak tersalah pilih ikut tujuan.

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

BAGAIMANA EMAS
BOLEH JADI BENTENG
KEWANGAN?

Ramai orang ingat, simpan emas ni sebab nak kaya. Tapi hakikatnya emas bukan alat nak kaya cepat.Emas ialah benteng kewangan.

Kenapa?

Sebab nilai emas tidak dicipta oleh manusia, tapi diiktiraf seluruh dunia selama ribuan tahun.

Secara ilmiah, emas memiliki intrinsic value nilai dalaman yang tidak bergantung pada janji mana-mana kerajaan atau institusi kewangan.

Contohnya, RM1 pada tahun 2000 dulu boleh beli nasi goreng.Tapi hari ni, nilai yang sama mungkin cuma cukup untuk plastik bungkus.

Sedangkan, 1 gram emas tahun 2000 bernilai sekitar RM40. Hari ini, 1 gram emas lebih RM500.Nilai beliannya bukan naik sebab emas makin mahal, tapi sebab duit makin lemah.

Dalam ekonomi, emas dikategorikan sebagai aset lindung nilai (hedging asset).
Maksudnya, bila mata wang jatuh, inflasi tinggi, atau pasaran saham tak stabil harga emas cenderung naik.

Jadi bila kita simpan emas, kita sebenarnya sedang bina tembok perlindungan terhadap inflasi.Kita tak boleh kawal ekonomi dunia, tapi kita boleh kawal cara kita simpan nilai kekayaan.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat. Simpan emas bukan untuk tunjuk kaya,tapi supaya kita tak miskin bila nilai duit jatuh.

Jadi jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA BINTI AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

TEKNIK SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN

Ramai rasa susah nak mula simpan emas, tapi sebenarnya teknik paling mudah ialah 1 gram setiap bulan.

Dalam ilmu kewangan, kaedah ni disebut Dollar Cost Averaging kita beli jumlah tetap pada masa tetap, tanpa kisah harga naik atau turun.Lama-lama, kos purata kita akan jadi lebih stabil dan risiko pun berkurang.

Contohnya, kalau setiap bulan kita beli 1 gram Setahun dah ada 12 gram, 5 tahun dah jadi 60 gram.

Nampak kecil, tapi nilainya makin besar bila harga emas naik dan yang paling penting, disiplin kita terbina.

Teknik ni sesuai untuk semua pelajar, pekerja, malah suri rumah. Kuncinya cuma konsisten dan rekod setiap pembelian. Lepas beberapa tahun, emas ni boleh jadi tabung kecemasan atau modal masa depan.

Jadi, jangan tunggu ada duit banyak baru nak mula.Mula dengan 1 gram sebulan, tapi kekal istiqamah. Lama-lama, 1 gram kecil itulah yang membina kekayaan besar.

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

DARI 1 GRAM KE 1 KILO-APA RAHSIA KONSISTEN MENABUNG EMAS?

Ramai orang impikan nak ada 1 kilogram emas.Tapi semua tu bermula dengan 1 gram pertama.

Dalam dunia kewangan, kekayaan bukan dibina dengan sekali banyak,
tapi dengan disiplin yang berulang.

Apa rahsia mereka boleh berjaya menabung ?

1️⃣ Ada Matlamat Jelas.
Contoh: “Aku nak capai 100 gram dalam 5 tahun.”
Bila ada tujuan, tindakan jadi fokus.

2️⃣ Automasi Pembelian.
Setiap bulan, terus potong automatik tak perlu fikir panjang.Disiplin terbina bila keputusan jadi rutin.

3️⃣ Fokus Nilai, Bukan Harga.
Harga emas turun naik itu biasa,tapi nilainya sentiasa naik dalam jangka panjang yang penting, terus kumpul gram demi gram.

4️⃣ Pilih Platform Yang Mudah & Patuh Syariah. Contohnya akaun GAP Public Gold boleh mula dengan RM100

Ingat 1 kilogram emas bukan mustahil.Ia hanya hasil daripada seribu kali keputusan kecil untuk terus konsisten.

Mulakan hari ini, bukan bila mampu,sebab konsisten itu lebih penting daripada jumlah.

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

STRATEGI SIMPAN EMAS DENGAN KEUNTUNGAN

Ramai orang simpan emas sekadar simpan tapi yang bijak, mereka simpan dengan strategi yang hasilkan keuntungan jangka panjang.

1️⃣ Faham Matlamat Dulu

Tujuannya lindungi nilai duit daripada inflasi. Bila nilai duit jatuh, nilai emas biasanya naik di situlah datangnya keuntungan sebenar.

2️⃣ Guna Kaedah “Dollar Cost Averaging”

Beli emas secara berkala, tak kira harga naik atau turun.
Cara ni stabilkan kos belian dan elak kita kejar harga.
Lama-lama, purata harga emas kita jadi lebih rendah.

3️⃣ Simpan Untuk jangka masa panjang

Kajian menunjukkan, emas beri pulangan terbaik dalam jangka masa 3–5 tahun ke atas.

Lebih lama simpan, lebih tinggi potensi untung sebab trend harga emas sentiasa menaik dalam jangka panjang.

4️⃣ Tukar Untung Kepada Aset Nyata

Bila emas naik banyak, jangan terus jual untuk belanja. Sebaliknya, gunakan emas tu untuk bina aset lain.

contoh: gadai untuk beli tanah atau perniagaan produktif. Emas jadi leverage, bukan sekadar simpanan pasif.

Kesimpulan, Strategi simpan emas dengan keuntungan bukan tentang “bila nak beli”,
tapi bagaimana kita konsisten dan sabar menunggu masa emas bekerja.

Ingat yang cepat kaya selalunya rugi, yang sabar simpan, akhirnya menang.

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

Dalam keadaan dunia yang penuh ketidakstabilan, emas sekali lagi membuktikan peranannya sebagai penyimpan nilai paling kukuh sepanjang zaman.

Kesimpulan.

Dengan harga emas terus mendaki ke paras tertinggi dalam sejarah dan pelbagai faktor global menyokong permintaan terhadapnya, mereka yang menyimpan emas kini berada di posisi yang tepat.

Mungkin inilah masa terbaik untuk menambah simpanan emas secara konsisten, sama ada melalui jongkong, dinar, atau akaun simpanan emas GAP.

Seperti kata pepatah pelabur bijak:

“Emas bukan tentang harga hari ini, tetapi tentang perlindungan nilai untuk masa depan.”

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

[Nota Emas Syukor Hashim] 13/10/25.

Ramalan Terbaru Bank of America — Emas Dijangka Mencecah $5,000/oz Menjelang 2026.

Ada berita besar untuk para penyimpan dan pelabur emas di seluruh dunia — termasuk di Malaysia.

Bank of America (BofA), salah satu institusi kewangan terbesar dunia, baru sahaja menaikkan unjuran harga emas kepada $5,000 satu auns menjelang tahun 2026.

Selepas emas berjaya menembusi paras tertinggi sejarah $4,000/oz baru-baru ini, pakar strategi pasaran di BofA yakin kenaikan ini masih belum berakhir.

Malah, mereka melihat momentum pelaburan emas sedang memasuki fasa baharu — didorong oleh peningkatan mendadak dalam permintaan pelabur di seluruh dunia.

Menurut laporan yang diketuai oleh Michael Widmer dari BofA, kenaikan 14% dalam permintaan pelaburan seperti yang berlaku tahun ini sudah cukup untuk melonjakkan harga emas ke $5,000/oz.

Dan dalam senario lebih agresif, sekiranya aliran pelaburan meningkat 28%, emas berpotensi mencecah $6,000/oz, manakala dalam “senario langit biru” (blue sky scenario), harga boleh melonjak setinggi $8,000/oz — sesuatu yang mungkin belum realistik dalam jangka pendek, tetapi tidak mustahil dalam jangka panjang.

Faktor utama yang menyokong ramalan ini ialah aliran masuk luar biasa ke dalam ETF emas — meningkat 880% tahun ke tahun pada bulan September, dengan nilai mencecah $14 bilion.

Pegangan emas fizikal dan kertas kini mewakili lebih 5% daripada nilai pasaran ekuiti dan bon global, hampir dua kali ganda daripada paras sebelumnya.

Kenapa Emas Terus Diminati?

Bank of America menegaskan bahawa kombinasi faktor fiskal dan monetari Amerika Syarikat terus menjadi pemangkin utama kepada harga emas:

1. Defisit fiskal yang tinggi dan hutang kerajaan yang meningkat.

2. Dasar ekonomi tidak konvensional yang cuba menyeimbangkan akaun semasa dan mengendurkan dasar walaupun inflasi masih sekitar 3%.

3. Polisi bank pusat global yang terus menambah simpanan rizab emas untuk melindungi nilai mata wang mereka.

Keadaan ini menjadikan emas semakin penting — bukan sekadar alat lindung nilai (hedge) terhadap inflasi dan ketidaktentuan ekonomi, tetapi juga sebagai aset simpanan bernilai jangka panjang bagi pelabur bijak.

BofA turut mengingatkan bahawa pasaran mungkin melalui fasa penyusunan semula (consolidation) jangka pendek selepas lonjakan besar-besaran ini.

Antara faktor risiko termasuk:

i. Keputusan mahkamah tertinggi AS mengenai tarif Presiden Trump,

ii. Potensi perubahan sikap hawkish oleh Federal Reserve,

iii. Dan keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS yang bakal mempengaruhi dasar ekonomi negara itu.

Namun begitu, asas permintaan global dan ketidaktentuan ekonomi dunia masih menjadi faktor utama yang menyokong harga emas.

Bagaimana dengan perak?

Menariknya, BofA turut menyebut bahawa pasaran perak kekal dalam keadaan defisit meskipun permintaan dijangka turun 11% tahun depan.

Walaupun defisit ini berkurangan, bekalan yang ketat boleh terus mendorong harga perak ke $65/oz menjelang 2026 — satu potensi kenaikan yang tidak boleh dipandang ringan oleh pelabur logam berharga.

Kesimpulan:

Bagi penyimpan dan pelabur emas seperti anda, berita ini adalah isyarat keyakinan global terhadap emas sebagai pelindung nilai utama.

Ketika dunia bergelut dengan hutang, inflasi, dan ketidaktentuan politik, emas terus menjadi benteng kukuh bagi mereka yang berfikir jauh ke hadapan.

Jadi jika anda sudah mula menabung emas — teruskan.

Jika anda baru mahu bermula — ini mungkin masa terbaik untuk langkah pertama.

Seperti kata pepatah pelabur bijak:

“Emas bukan tentang cepat kaya — ia tentang tidak cepat miskin.”

Buy gold and hold.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

1 Kg Emas Lebih Mudah Dijual Berbanding Sebuah Rumah

Ramai orang anggap rumah sebagai aset terbaik. Tapi hakikatnya dari sudut liquidity (kecairan), 1 kg emas jauh lebih mudah dijual berbanding sebuah rumah.

Harga sekilo emas hampir sama macam sebuah rumah (sekitar RM500k), ataupun sekeping tanah. Tapi nak cari buyer rumah dan tanah agak rumit jika dibandingkan dengan emas.

Kenapa?
1. Jual emas ambil masa minit je. Kita tak perlu tunggu pembeli, tak perlu ejen hartanah, tak perlu peguam. Hanya perlu bawanya ke kedai emas atau jual semula ke Public Gold pun boleh.

2. Emas diterima di seluruh dunia. Walaupun di mana kita berada, nilai emas tetap laku. Rumah pula, bergantung pada lokasi dan keadaan pasaran.

3. Rumah biasanya perlukan pinjaman bank dan itu pun belum tentu lulus. Emas boleh tukar jadi tunai on the spot. Emas tak perlu tunggu loan lulus.

Rumah memang aset penting untuk tempat kita tinggal dan pelaburan jangka panjang, tapi dari segi kecairan, emas jauh lebih fleksibel.

Sebab tu orang kaya sentiasa simpan sebahagian kekayaan mereka dalam bentuk emas fizikal.

Ada emas, auto pembeli seluruh dunia!
#AAR

kredit Tuan Azlan Abdul Rahman

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

Gais,

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ)

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat — menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisis…

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat A.S.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka ‘borong’ stok lebih awal — kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / Oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit ‘profit taking’ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat, dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok aja reaksi harga emas malam nie)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar A.S., dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah — kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik — ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilai… tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai “pelindung nilai” terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas — tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, especially topup gram GAP waktu harga tengah rendah nie.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Ps: Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan fb anda.

#NotaEmasSyukorHashim
#PelaburanEmas
#publicgold

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

Nak saya bantu dan bimbing tuan/ puan memiliki simpanan emas? Klik link ni https://www.wasap.my/60123881658/NakSimpanEmas

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗥𝗗𝗛𝗨 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟭𝟬𝟬 𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗘𝗠𝗔𝗦

Sekeping gold bar 100 gram ini cukup untuk tunaikan haji. Walaupun untuk lagi 20 tahun akan datang. InsyaAllah...

Kalau saya jual hari ni, saya akan dapat tunai sekitar RM45k.

Ia cukup-cukup untuk tunaikan haji secara muassasah bersama Tabung Haji.

Saya dah lama simpan 2 keping gold bar 100 gram untuk tunai haji. Sekeping untuk saya, lagi sekeping untuk isteri saya.

Saya beli sekitar tahun 2018. Harganya tak sampai pun RM20k sekeping masa tu. Memang beli item ni untuk dijual sebaik sahaja dapat panggilan haji.

Rupa-rupanya bila dapat panggilan haji, kita kena lunaskan bayaran haji dalam masa 2 minggu sahaja! Bukannya boleh tangguh 2 bulan.

Tapi 2 minggu...

Saya tak dapat bayangkan siapa yang tak menyimpan duit sebanyak RM40k (seorang), memang melepaslah... Terpaksa tolak pergi haji walaupun giliran dah sampai pada tahun tu...

Haji tu rukun Islam ke-5. Ia salah satu tiang agama.

Setiap Muslim kena usaha sehabis daya untuk sempurna rukun ini sebelum mati.

Kalau tak mampu, kena kerja keras sampai mampu. Kena berusaha, bukan 'menunggu' mampu.

Kena berusaha dan berdoa moga Allah berikan kemampuan untuk tunaikan haji.

Untuk confirm bayaran haji hari tu, lepas sahaja lulus medical check-up, terus kena cukupkan duit RM33,300 dalam akaun TH untuk bayaran haji.

Lepas dah cukup, barulah boleh buat pengesahan penerimaan tawaran haji.

Kalau duit tak cukup, tak boleh terima. Kalau tak cukup duit, melepaslah giliran tahun tu...

Sebenarnya kalau ada duit ngam-ngam RM33,300 pun belum mampu tunaikan haji. Itu duit bayaran haji sahaja. Belum kira kos lain yang bukan sedikit.

Duit medical check up, vaksin, persiapan kelengkapan, tak kurang RM1k seorang.

Duit nak tinggalkan kepada ahli waris dan duit bayar dam pun kena siapkan sekali.

Jadi itulah sebab kenapa saya fikir kena ada dalam RM40k barulah 'mampu'. Kalau tak ada sebanyak tu dan mengharapkan subsidi, itu belum mampu.

Kewajipan ibadah tak perlukan subsidi. Sebagaimana kita tak mengharapkan subsidi untuk tunaikan zakat.

Kalau yang simpan emas, kena ada 100 gram emas ni baru dikatakan mampu tunaikan haji.

Kalau nak tunai haji dengan lebih selesa, cukupkan 250 gram emas seorang yang nilainya sekarang sekitar RM122k.

Ia bukan pakej yang paling mewah, tapi saya difahamkan ia cukup untuk menginap di hotel dekat dengan Masjidil Haram, duduk sebilik berdua suami isteri, tinggal di tempat yang dekat tempat melontar.

InsyaAllah...

Mudah-mudahan coretan ringkas ni boleh dijadikan panduan untuk semua yang berniat tunai haji. InsyaAllah.

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur

Kredit : Tn Mohd Zulkifli Shafie

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

#NotaEmasSyukorHashim
28/2/2026

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

𝗟𝗼𝗻𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗱𝗮𝗸 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗶 𝗔𝗦$𝟱,𝟮𝟬𝟬 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗱𝗼𝗹𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗷𝘂𝗻𝗮𝗺 𝗸𝗲 𝗽𝗮𝗿𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝟰 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻.

28 Jan (Reuters) – Harga emas menembusi paras AS$5,200 buat kali pertama pada hari Rabu, selepas meningkat lebih 3% pada hari Selasa, ketika dolar AS merosot ke hampir paras terendah dalam empat tahun di tengah-tengah kebimbangan geopolitik yang berterusan, menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan AS.

Emas spot naik 0.6% kepada AS$5,219.97 seauns setakat 0153 GMT, selepas mencatat paras tertinggi rekod AS$5,224.95 sebelum itu, meningkat lebih 20% sejak awal tahun.

Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Februari melonjak 2.6% kepada AS$5,216.80 seauns.

“(Kenaikan emas) adalah disebabkan oleh korelasi songsang yang sangat kuat dengan dolar dan kenaikan harga emas semalam dalam sesi dagangan AS berpunca daripada kenyataan Trump menjawab soalan santai mengenai dolar, yang membayangkan (terdapat) konsensus meluas dalam Rumah Putih untuk mempunyai dolar yang lebih lemah pada masa hadapan,” kata Kelvin Wong, penganalisis pasaran kanan di OANDA.

Dolar AS sedang bergelut dengan apa yang digambarkan sebagai “krisis keyakinan” apabila ia kekal berhampiran paras terendah empat tahun, sekali gus memburukkan lagi jualan dolar, selepas Presiden Donald Trump berkata nilai mata wang itu adalah “hebat” apabila ditanya sama ada beliau berpendapat dolar telah jatuh terlalu banyak.

Sementara itu, keyakinan pengguna AS merosot ke paras terendah dalam lebih 11 setengah tahun pada Januari, berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap pasaran pekerjaan yang perlahan dan harga yang tinggi.

Trump turut menambah bahawa beliau akan mengumumkan calon pilihannya untuk mengetuai bank pusat AS dalam masa terdekat, dan meramalkan kadar faedah akan menurun sebaik sahaja pengerusi baharu mengambil alih jawatan.

Rizab Persekutuan secara meluas dijangka mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat dasar monetari Januari yang sedang berlangsung.

Wong menambah bahawa rintangan jangka terdekat bagi emas boleh dilihat sekitar AS$5,240 seauns.

Deutsche Bank berkata pada hari Selasa bahawa harga emas berpotensi meningkat kepada AS$6,000 seauns pada tahun 2026, dengan merujuk kepada permintaan pelaburan yang berterusan apabila bank pusat dan pelabur meningkatkan peruntukan kepada aset bukan dolar dan aset fizikal.

Perak spot meningkat 0.6% kepada AS$113.63 seauns, selepas mencecah paras tertinggi rekod AS$117.69 pada hari Isnin.

Logam putih itu telah melonjak hampir 60% setakat tahun ini.

Platinum spot naik 1.5% kepada AS$2,679.15 seauns selepas mencatat paras rekod AS$2,918.80 pada hari Isnin, manakala paladium meningkat 0.9% kepada AS$1,951.93.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

BILA MASA TERBAIK SIMPAN EMAS?

Orang selalu tanya, “Bila masa paling tepat nak simpan emas?” Sedangkan pakar emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim, dah lama jawab satu ayat yang sangat dalam maknanya:

“Waktu terbaik simpan emas ialah sebelum duit itu hilang arah.”

Deep, tapi benar.

Sebab mengikut logik ekonomi bukan emas yang berubah,kita yang berubah.
Emosi kita, nafsu kita, keputusan perbelanjaan kita.

✅ Emas tak ke mana,Yang bocor duit kita.

Dalam setahun, inflasi perlahan-lahan merampas nilai ringgit 2–3%. Tak nampak mata kasar tapi perasan bila duit dalam bank makin ringan.

Emas pula, sifatnya bertahan.
Bukannya naik gila-gila,
tapi dia tak mengkhianati pemiliknya.

✅ Kita manusia, bukan mesin ramalan.

Harga emas bukan benda yang boleh diramal dengan tepat. Ia dipengaruhi perang, bank pusat, politik, krisis global perkara yang kita tak boleh kawal.

Tuan Syukor selalu ingatkan:

“Yang tunggu harga paling rendah selalunya terus tak menyimpan.”

✅ Masa terbaik ialah saat kita sedar nilai sebuah limit.

Emas mengajar kita satu perkara mendalam:

Disiplin lebih penting daripada timing. Orang yang mula awal walau RM100 sebulan, lebih banyak emas daripada orang yang tunggu masa “sempurna” bertahun-tahun.

Masa sempurna tak pernah wujud, yang wujud hanyalah:
✨duit yang makin bocor
✨masa yang tak kembali
✨peluang yang hilang dalam diam.

Kesimpulannya, Waktu terbaik simpan emas bukan bila harga rendah, tetapi bila kesedaran kita tinggi.

Mula ketika hati masih kuat,
ketika duit belum terbazir,
ketika masa depan masih boleh diselamatkan.

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

BAHAYA SKIM CEPAT KAYA BERTOPENGKAN EMAS

Ramai orang suka emas sebab emas terbukti simpanan bernilai sejak ribuan tahun.

Tapi di sebalik minat itu wujud satu bahaya yang makin besar, skim cepat kaya yang bertopengkan emas.
Mereka guna nama emas, tapi sebenarnya langsung tak ikut hukum emas.

Secara ilmiah, ada 3 petunjuk utama bagaimana skim ini memerangkap mangsa:

1️⃣ Janji Pulangan Tetap (Guaranteed Return)

Dalam dunia kewangan, emas adalah aset volatil harganya turun naik ikut pasaran global, kadar faedah, dan kekuatan mata wang.

Jadi bila ada pihak kata:
‘Simpan emas dengan kami, dapat pulangan 3% sebulan’
itu sudah bercanggah dengan realiti pasaran.

Emas tak keluarkan dividen, tak beri faedah, dan tak bayar sewa. Ia hanya naik bila harga pasaran naik.

Jadi pulangan tetap setiap bulan = pembohongan ketara.


2️⃣ Guna Emas “Atas Kertas”, Tapi Emas Fizikal Tak Wujud

Salah satu prinsip utama pasaran emas ialah setiap gram emas mesti disokong oleh emas fizikal sebenar.

Banyak skim cepat kaya hanya tunjuk certificate, redeem letter, atau akaun digital. Tetapi bila disiasat, emas itu tak wujud di stor.

Fenomena ini dalam ekonomi dipanggil “unbacked gold liability” iaitu hutang emas tanpa emas sebenar.

Skim macam ini ibarat bank tanpa rizab, menunggu masa untuk runtuh.

3️⃣ Emas Dijadikan Umpan Psikologi

Penjenayah kewangan tahu ini. Mereka guna emas untuk menurunkan kewaspadaan mangsa. Apabila otak nampak emas, ia aktifkan bias kognitif bernama “asset safety illusion” kita rasa pelaburan itu selamat walaupun sebenarnya perangkap.

Benda paling bahaya bukan skim itu sendiri, tetapi penyamarannya menggunakan emas.
Sebab bila orang dengar ‘emas’, otak automatik aktifkan rasa selamat.

Ingat, Emas selamat. Tapi Skim cepat kaya yang guna emas itu yang bahaya.

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

EMAS SEBAGAI TABUNGAN PENDIDIKAN ANAK

“Ramai ibu bapa risau dengan kos pendidikan anak yang makin meningkat. Tapi jarang kita sedar puncanya ialah inflasi. Nilai duit makin jatuh, tapi kos pendidikan makin naik setiap tahun antara 3%–8%.

Di sinilah emas memainkan peranan saintifik sebagai ‘inflation-hedged saving instrument’.

Pertama, emas bersifat mengekalkan nilai (store of value). Sejak beratus tahun, kuasa beli emas stabil walaupun mata wang berubah. RM100 hari ini tak sama macam 10 tahun lepas tapi 1 gram emas 10 tahun lepas masih boleh beli barang yang hampir sama nilai hari ini.

Kedua, emas mempunyai korelasi negatif dengan inflasi. Bila inflasi naik, nilai emas cenderung meningkat atau kekal stabil.

Ketiga, emas menghalang ‘leakage’ tabungan. Duit dalam akaun mudah terpakai, tetapi emas sukar dibelanjakan tanpa niat. Dari sudut psikologi kewangan, ini dipanggil ‘behavioral lock’ menyukarkan tabiat berbelanja impulsif.

Akhirnya, simpan emas bukan untuk jadi kaya cepat, tapi untuk menjaga kuasa beli masa depan anak. Duit mungkin susut nilai, tapi emas bertahan, dan inilah yang akan menyelamatkan kita bila tiba waktu bayar kos pendidikan mereka nanti.

Mulakan awal, simpan konsisten, dan biar emas bekerja untuk masa depan anak.”

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

MACAM MANA EMAS BOLEH SELAMATKAN KITA MASA KRISIS EKONOMI?

“Dalam mana-mana krisis ekonomi, ada satu aset yang sentiasa bertahan: emas.

Secara ilmiah, emas dikategorikan sebagai safe haven asset. Maksudnya, bila berlaku inflasi tinggi, kejatuhan mata wang, atau kegawatan kewangan, emas cenderung mengekalkan.

Kenapa?

Pertama: Emas terhad secara semula jadi.

Jumlah emas di dunia hanya bertambah sekitar 1.5% setahun hasil perlombongan. Apabila bekalan rendah tetapi permintaan meningkat ketika krisis, harga emas naik mengikut hukum ekonomi asas: scarcity increases value.

Kedua: Emas tidak ada risiko default.

Ia bukan kertas hutang seperti bon, bukan saham syarikat yang boleh bankrap, dan bukan mata wang yang boleh mengalami kejatuhan nilai akibat cetakan berlebihan.

Ketiga: Emas anti-inflasi.

Apabila inflasi meningkat, kuasa beli duit menurun. Tetapi sejarah menunjukkan emas naik dalam jangka panjang mengimbangi susut nilai mata wang.

Keempat: Emas bersifat sangat mudah cair (highly liquid).

Walaupun dalam krisis perang, bencana ekonomi atau kejatuhan bank, emas tetap boleh ditukar kepada duit di mana-mana negara. Ini sebab kenapa emas dipanggil ‘wang sebenar’ sejak ribuan tahun.

Sebab itu dalam hampir semua krisis dunia 1998, 2008, 2020 malah semasa perang, emas bukan sahaja bertahan, tetapi menjadi penyelamat kewangan.

Kesimpulannya, emas bukan untuk cepat kaya. Emas adalah insurans kewangan yang melindungi simpanan kita bila sistem kewangan goyah. Bila orang lain panik semasa krisis, pemilik emas kekal tenang kerana mereka menyimpan nilai sebenar.”

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

KENAPA SIMPAN DUIT DALAM BANK MAKIN SUSUT NILAINYA?

Pernah tak rasa pelik? Duit dalam akaun makin lama makin mengecil, walaupun kita tak belanja banyak pun? 🤔

Sebenarnya, nilai duit kita susut secara senyap disebabkan satu perkara yang dipanggil inflasi.
Inflasi ni bermaksud harga barang naik, tapi kuasa beli duit kita turun.

Contohnya,
📆 Tahun 2010 – RM10 boleh beli satu lauk tengah hari lengkap.
📆 Tahun 2025 – RM10 kadang cuma cukup untuk minum ais kosong dan nasi putih.

Walaupun jumlah dalam akaun masih sama, nilainya dah tak sama. Itu sebabnya duit dalam bank nampak selamat, tapi diam-diam terhakis nilainya.

Tambah pula dengan:
✅Kadar faedah simpanan bank yang sangat rendah (kadang bawah 2% setahun).
✅Inflasi sebenar rakyat yang boleh cecah 4–6% setahun.
Maknanya, duit kita kalah dalam “perlumbaan nilai.”

Simpan duit dalam bank memang penting untuk kegunaan harian. Tapi untuk selamatkan nilai jangka panjang, kena alih sebahagian simpanan kepada aset kalis inflasi contohnya emas.

Emas tak boleh dicipta, tak boleh dicetak, dan nilainya kekal bila duit kertas jatuh.

Jadi, bila tengok baki akaun bank makin lama makin “ringan,” jangan salahkan diri salahkan sistem yang diam-diam “mencuri nilai” duit kita. 💸

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

KENAPA ORANG KAYA SUKA SIMPAN EMAS SEJAK ZAMAN DULU LAGI

Sejak zaman berzaman emas telah menjadi simbol kekayaan, kestabilan dan kuasa. Golongan kaya dan pemerintah menjadikan emas bukan sekadar hiasan, tetapi sebagai alat penyimpan nilai

Kenapa?

1. Emas Sebagai Penyimpan Nilai yang Kekal

Dalam sejarah ekonomi, apabila mata wang kertas kehilangan nilai akibat inflasi, emas kekal bernilai. Contohnya, semasa kejatuhan empayar Rom dan semasa Krisis Kewangan 1998, nilai emas terus meningkat.

Golongan kaya menyimpan emas kerana ia melindungi kuasa beli jangka panjang.

2. Emas Sebagai Aset Lindung Nilai (Hedge Against Inflation)

Apabila nilai mata wang turun, harga emas cenderung naik. Kajian oleh World Gold Council menunjukkan bahawa emas berfungsi sebagai hedge yang efektif terhadap inflasi global.

Orang kaya menyedari bahawa menyimpan wang tunai terlalu lama akan menyebabkan nilai susut — justeru mereka menukar sebahagian aset kepada emas untuk mengekalkan kekayaan sebenar.

3. Emas Bebas Risiko Politik dan Geografi

Aset lain seperti saham atau hartanah terdedah kepada dasar kerajaan, cukai atau rampasan. Namun emas tidak bergantung kepada sistem politik atau institusi kewangan.

Emas berperanan sebagai aset neutral diterima di mana-mana dan bebas dari risiko politik.

Kesimpulannya, golongan kaya menyimpan emas kerana mereka memahami prinsip asas ekonomi: nilai sebenar terletak pada aset yang kekal, bukan yang boleh dicipta semula.

Semoga perkongsian saya bermanfaat, jika anda nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian 5G, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://mypublicgold.com/marlinaabrahman

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

MARLINA AB RAHMAN
PG00197143

#PublicGold
#5GAssociates
#misiubahhidup1000keluarga

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

💥 Harga emas dah tembus USD$ 4,341 per ounce!

Ramai tanya — kenapa boleh naik sampai macam tu?

Ini 3 sebab utama 👇

1️⃣ Orang takut, lari cari selamat.

Bila dunia tak tentu arah — perang, ekonomi goyah, atau kerajaan AS “shutdown” — pelabur akan lari cari tempat selamat. Dan tempat paling selamat? Emas lah! 🪙

2️⃣ Bank Fed Reserve (di AS) nak turunkan kadar faedah.

Bila kadar faedah turun, simpan duit dalam bank atau bon tak berbaloi. Jadi pelabur lebih suka simpan emas sebab nilainya kekal dan boleh naik bila inflasi datang. 💰

3️⃣ Bank-bank pusat tengah borong emas.

Negara-negara besar dan sederhana beli emas untuk kurangkan kebergantungan pada dolar AS (malah Poland beli 67 tan emas tahun ini sahaja!). Bila permintaan tinggi, harga pun melambung! 🌍

💡 Moral cerita:

Harga emas naik sebab dunia tak stabil.

Yang simpan emas — tersenyum.
Yang tak ada emas — mula rasa risau. 😅

Tn Azizi Ali

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

[Nota Emas Syukor Hashim] 15/10/25

Emas Catat Rekod Baru - telah pecah harga $4,200/oz Disebabkan Jangkaan Kadar Faedah AS Turun dan Ketegangan Dagangan AS-China.

Harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu dalam dagangan Asia pada hari Rabu, menandakan tiga hari berturut-turut mencipta rekod baru.

Pelabur semakin yakin bahawa Federal Reserve (Fed) akan menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China kembali memuncak, sekali gus mengukuhkan permintaan terhadap logam berharga ini sebagai aset selamat.

Setakat jam 6:05 pagi waktu Malaysia, harga spot gold meningkat 1.1% kepada $4,186.84/oz, selepas menyentuh paras tertinggi sepanjang masa $4,193.60/oz.

Niaga hadapan emas Disember AS (U.S. December Gold Futures) turut naik 1% kepada $4,203.27.

Kenaikan ini menandakan lapan minggu berturut-turut emas meningkat, menjadikannya antara tempoh kenaikan paling panjang dalam sejarah moden pasaran logam berharga.

Jika momentum ini kekal, emas bakal merekodkan satu lagi minggu kenaikan kukuh.

Kebangkitan harga emas ini digerakkan oleh kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell, yang memberi isyarat berbaur dovish (cenderung kepada pelonggaran dasar).

Beliau menyatakan ekonomi AS kekal kukuh, namun pasaran pekerjaan semakin perlahan.

Powell menekankan bahawa tiada “jalan bebas risiko” dalam membuat keputusan dasar, dan sebarang keputusan akan dibuat “dari mesyuarat ke mesyuarat.”

Kenyataan ini telah mendorong pelabur menjangka penurunan kadar faedah pada Oktober dan Disember, sekaligus menekan hasil bon Perbendaharaan AS (U.S. Treasury yields) dan melemahkan nilai dolar — dua faktor utama yang menyokong kenaikan harga emas kerana emas tidak memberikan pulangan faedah (non-yielding asset).

Faktor Ketegangan AS-China.

Selain faktor dasar monetari, ketegangan perdagangan antara AS dan China kembali meningkat.

Presiden Donald Trump mencadangkan untuk menamatkan beberapa hubungan perdagangan dengan China, termasuk sekatan terhadap import minyak masak, sebagai tindak balas kepada keputusan Beijing yang menghentikan pembelian kacang soya dari AS.

Lebih buruk lagi, kedua-dua negara turut mengenakan yuran pelabuhan timbal balik ke atas syarikat perkapalan antarabangsa, sekali gus meningkatkan ketegangan konflik tarif yang sedia tegang.

Menurut laporan penganalisis ING,

“Emas dan perak kini antara komoditi berprestasi terbaik tahun ini, masing-masing naik lebih 55% dan 80% sejak awal tahun, disokong oleh pelonggaran dasar Fed, pembelian bank pusat, serta ketegangan geopolitik yang melonjakkan permintaan terhadap aset selamat.”

Kesan daripada kelemahan dolar AS, bukan hanya emas yang mendapat manfaat.

Perak naik 1.4% kepada $52.12/oz, selepas mencatat rekod $53.60/oz pada sesi sebelumnya.

Platinum turut meningkat 1.4% kepada $1,687.20/oz.

Kuprum (Copper) di London Metal Exchange naik 0.7% kepada $10,667.50/ton, manakala niaga hadapan kuprum AS meningkat 0.8% kepada $5.04/pound.

Faktor Tambahan: Data Inflasi China

Data terbaharu menunjukkan harga pengguna (CPI) China turun 0.3% pada September, selepas penurunan 0.4% pada Ogos.

Manakala harga pengeluar (PPI) jatuh 2.3% berbanding setahun sebelumnya.

Penurunan ini mencerminkan tekanan deflasi berterusan di ekonomi kedua terbesar dunia, yang mungkin memaksa kerajaan China untuk memperkenalkan langkah rangsangan baharu dalam bulan-bulan akan datang.

Analisis:

Apa Maksudnya Untuk Pelabur Emas?

Kenaikan harga emas ke paras hampir $4,200/oz bukan sekadar reaksi jangka pendek.

Ia mencerminkan gabungan tiga kuasa besar ekonomi global.

1. Kebimbangan terhadap dasar monetari AS – pelabur mencari lindung nilai terhadap ketidaktentuan kadar faedah.

2. Ketegangan geopolitik dan perdagangan – meningkatkan permintaan terhadap aset selamat.

3. Kemerosotan ekonomi China – mencetuskan jangkaan langkah rangsangan yang akan menambah kecairan global.

Untuk pelabur dan penyimpan emas, ini adalah isyarat bahawa trend jangka panjang emas kekal menaik (bullish).

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

Gais.

Bulan lepas dan bulan ini, kita dapati harga emas boleh bergerak dalam kadar yang extreme dalam tempoh sehari.

Naik dan turun boleh melebihi 100 usd/Oz. Memang berpinau mata tengok 🤭

Walaupun arah pergerakan harga dalam jangka pendek sukar diramal,
data sejarah menunjukkan bahawa dalam jangka masa panjang, harga emas menunjukkan trend peningkatan.

Sebagai contoh, dalam tempoh setahun yang lalu, harga emas telah mencatatkan peningkatan sebanyak 24.80%.

Lebih signifikan lagi, dalam tempoh dua dekad, nilai emas telah meningkat secara kumulatif sebanyak 767.55%

Angka-angka ini memberi isyarat jelas tentang potensi emas sebagai aset yang stabil dan menguntungkan. Namun mesti jangka masa panjang.

Namun begitu, penting untuk difahami bahawa pasaran tidak akan pernah berada dalam keadaan “stabil sepenuhnya”.

Fluktuasi adalah sebahagian daripada sifat semula jadi pasaran kewangan, termasuk pasaran emas.

Oleh itu, menunggu harga emas turun ke paras tertentu mungkin menyebabkan anda terlepas peluang yang lebih besar – iaitu untuk memiliki emas itu sendiri.

Strategi yang terbukti berkesan dalam menghadapi ketidaktentuan ini adalah menyimpan emas secara konsisten, tanpa terlalu bergantung kepada spekulasi jangka pendek.

Kemudian, strategi kedua adalah “fikir long term”

Ingat, beli dahulu dan tunggu, bukannya tunggu dahulu baru beli.

Baru anda akan rasa tenang.

Sebagai orang yang dah 17 tahun dalam bidang ini (since 2008) inilah yang saya pegang.

Gais.

“Sayang emas dan emas akan sayang anda balik 10 kali ganda 😍”

“Love gold and good will love you back 10x 😍”

Sila share jika bermanfaat.

14/5/2025
#NotaEmasSyukorHashim

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

KELUARKAN BARANG KEMAS 999 DARI AKAUN GAP

Malam ni saya nak kongsikan satu perkara yang sangat menarik

Walaupun ada yang dah tahu tapi sebenarnya ramai jugak yang tak tahu

Akaun emas GAP yang tuan puan ada tu boleh keluarkan emas dan juga barang kemas 999 oleh PG Jewel

Maka, bagi yang dah “boring” tengok gold bar dan dinar, sesekali boleh melaram sambil menabung dengan barang kemas 999

Barang kemas 999 PG Jewel sesuai sebagai perhiasan dan simpanan sebab spread yang kecil. Jadi sambil melaram kita boleh menabung

Barang kemas 999 jarang dipromosikan oleh kedai emas yang lain kerana teknologi pembuatan di Malaysia belum lagi maju namun di PG Jewel, kami telah pun menggunakan teknologi generasi ke 5 dimana pembuatan dan penghasilan sudah pun berdaya maju ataupun istilah yang sesuai smart manufacturing.

Ini membolehkan barang kemas yang dihasilkan lebih bagus dari segi kualiti dan konsistensi, maka kurang ralat yang dibuat oleh manusia.

Cara nak keluarkan dari akaun emas GAP mudah ajer

1. Layari website PGjewel.my
2. Pilih barang kemas yang berkenan di hati dan cek berapa gram.
3. Top up akaun emas GAP masing-masing ikut gram barang kemas yang anda dah berkenan di hati. Jika gram emas yg kita suka tu cukup dalam akaun GAP tak perlu top up lagi, terus check out ajer
4. Add to cart di website pgjewel dan pilihla option untuk withdraw dari akaun GAP anda

#pgjewel

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

Gais.

Ini adalah analisis harga emas jangka masa panjang (2-3 tahun) InShaAllah positif banyak.

Harga emas dijangka melonjak sehingga USD4,000 seauns (lebih RM19,000) jika pelabur global terus hilang kepercayaan terhadap aset dolar Amerika.

Antara faktor utama yang mendorong kenaikan ini:

Bank pusat China, Rusia dan banyak negara lain mengurangkan simpanan dolar dan beralih kepada emas sebagai pelindung nilai yang lebih selamat.

Perang, sekatan ekonomi, dan inflasi global menjadikan emas pilihan utama pelabur sebagai aset selamat.

Pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve akan melemahkan nilai dolar dan mengukuhkan permintaan emas.

Dengan ketidaktentuan dalam pasaran saham dan mata wang digital, pelabur profesional kini kembali kepada emas.

Tokoh besar seperti John Paulson melabur dalam projek perlombongan emas tempatan — isyarat keyakinan terhadap potensi emas jangka panjang.

Kesimpulan: Trend global menunjukkan harga emas akan terus meningkat.

Namun harus diingatkan bahawa dalam jangka masa pendek, harga emas boleh swing ke bawah juga bergantung kepada news.

Sumber berita: Kitco

#NotaEmasSyukorHashim
#Emas #PelaburanEmas #Inflasi #SafeHaven #USDjatuh #HargaEmasNaik #GoldTo4000

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

Gais.

Sekarang harga emas berada dalam trend menaik yang sangat kuat.

Bukan setakat tahun ini, malah tahun depan pun harga emas dijangka berada dalam trend menaik.

Kenapa?

Satu laporan dari JPMorgan telah menarik perhatian saya — mereka menjangkakan bahawa harga emas mungkin akan mencecah lebih dari $4,000 per auns menjelang suku kedua tahun 2026.

Angka ini memberi isyarat bahawa emas menjadi aset paling bernilai dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Apa yang mendorong ramalan ini?

Terdapat beberapa faktor yang akan memacu kenaikan harga emas.

1. Risiko kemelesetan global semakin meningkat, terutamanya disebabkan oleh ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Bila dunia berada dalam ketidaktentuan, emas seringkali menjadi pelaburan selamat — “safe haven” — yang dicari ramai.

2. Permintaan emas oleh bank-bank pusat dan pelabur meningkat secara konsisten.

Purata permintaan sekitar 710 tan emas setiap suku tahun menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap nilai logam ini dalam jangka panjang.

3. Prestasi pasaran semasa juga sangat menggalakkan — emas telah melonjak 29% tahun ini dan telah mencecah paras $3,500 per auns, sebelum jatuh balik.

Ini menunjukkan minat terhadap emas semakin kukuh dan bukannya sementara.

Penting juga untuk kita tahu…

Goldman Sachs juga telah menyemak semula unjuran mereka — mereka jangka harga emas boleh mencecah $3,700 menjelang akhir 2025.

Malah, dalam situasi yang ekstrem, mereka percaya emas boleh naik hingga $4,500/Oz.

Namun….

Ramalan ini bukan tanpa risiko. Ada risiko harga emas boleh jatuh juga.

Jika bank-bank pusat mula mengurangkan pembelian emas atau jika ekonomi AS kekal kuat (menyebabkan kadar faedah naik), maka harga emas boleh tertekan.

Bagaimana pula dengan silver/perak?

JPMorgan juga menjangkakan harga perak akan pulih menjelang akhir 2025, mencecah sekitar $39 per auns, walaupun buat masa ini industri pengguna perak masih tidak stabil.

Apa maknanya semua ini untuk kita sebagai pelabur atau penyimpan emas?

Ini petanda bahawa menyimpan emas fizikal mungkin menjadi langkah yang bijak, terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi yang bakal berlaku dalam 1–2 tahun akan datang.

Jika anda sudah menyimpan emas — bagus lah. Anda boleh senyum sekarang.

Ingat, emas bukan hanya pelaburan — ia perlindungan nilai untuk jangka masa panjang.

P/s: Kalau anda rasa info ini bermanfaat, kongsikan juga dengan rakan-rakan anda.

#NotaEmasSyukorHashim
24/4/2025

#publicgold
#PelaburanEmas #JPMorgan #GoldForecast #Recession2026 #EkonomiGlobal #SimpananMasaDepan

Читать полностью…

Nota Emas dan Kewangan Cg Mar

🤲 Tq Allah, Tq Allah, Tq Allah ...

Akhirnya saya telah terlepas dari cengkaman hutang pinjaman peribadi bersama MBSB.

Sedikit kisah ringkas Personal Loan saya bersama MBSB ini pernah suatu ketika dahulu tertunggak dan membawa saya kepada Program AKPK (terima kasih) sebab memberi peluang saya bernafas semula. Sejak hari itu saya berazam akan cepat cepat keluar dari program AKPK dan kembali semula kepada MBSB, tahun demi tahun 🤲 berjaya keluar dari AKPK terus kembali ke MBSB.

Alhamdullillah setelah saya kembali kepada MBSB beberapa bulan kemudian saya kenal simpanan emas di Public Gold.
Dengan ilmu saya dapat dari Tuan Mentor Mohd Zulkifli Shafie dan Bimbingan serta sokongan dari Tuan Azlan Abdul Rahman saya nekad ngumpul emas dengan agresif " ASAL DUIT LEBIH JADI EMAS ".

Tidak lupa saya selalu bertanya dan minta pendapat pada Tuan Muhammad Bashir Bin Mansor ( Terima Kasih Tuan).

Dengan mengambil masa tak sampai 3 tahun saya berjaya melangsaikan hutang dengan MBSB hasil dari jualan simpanan emas yang saya sayang sangat, bonusnya saya dapat menutup sekali hutang kereta Isteri saya yang baru guna setahun lebih.

Tuan Azlan nasihatkan jangan letakkan EMOSI pada simpanan emas sampai target jual dan langsaikan ( inilah kata kata keramat ).

Kisah kejayaan ini saya kongsikan kepada semua, semooga Tuan Puan bersemangat mencari Ilmu, Membuat Tabungan Tunai & Emas In Shaa Allah kejayaan demi kejayaan akan hadir dalam hidup ini.

Doakan saya Misi seterusnya melangsaikan hutang rumah pula yang berbaki 24 tahun tetapi kami sedang berusaha untuk lunaskan pada tahun 2025 ini juga, In Shaa Allah.

Tiada yang mustahil jika Kita Ada Matlamat Jelas dalam Hidup ini.

Biar Kami Susah Sekarang
Asal Tidak Di Kemudian Hari

Terima kasih Allah
Terima kasih Isteri dan Keluarga Tercinta
Terima kasih Tuan Mentor
Terima kasih Tuan Azlan
Terima kasih Tuan Bashir
Terima kasih Ustaz Faysal Al-syahy

Hanya Allah sahaja dapat membalas segala kebaikan anda semua ...

Perjalanan kami untuk bebas hutang hanya menghitung masa sahaja (Doakan Kami Ye).

Segalanya bermula dengan ILMU dan Simpanan Emas di Public Gold

#MisiBebasHutang

Tulisan: Mohamad Rosdi

Читать полностью…
Subscribe to a channel