Hati itu didiklah dengan agama. Ia senang liar tatkala kita sibuk dengan dunia••🕊 05|02|2020
Makin dibiarkan semakin teruk, sudah ditegur tidak juga ada perubahan.
Sudah malas nak berbalah akhirnya dia sendiri termakan jahat sendiri.
🐢💙
@CoretanRingkas
Masing-masing ada komitmen jadi fahamlah dengan tujuan hidup masing-masing.
🐢💙
@CoretanRingkas
Aku belajar dari kesilapan takut terulang sedangkan pengalaman dan cara mengatasinya sudah ada.
🐢💙
@CoretanRingkas
Kau yang berbuat silap di masa lalu habis keturunan kau yang kena kesannya.
Ingat kita hidup dekat dunia sekejap je, kelak diganti dengan generasi baru jadi jangan disebabkan silap kau dulu anak-anak baru yang menjadi korban.
🐢💙
@CoretanRingkas
Nak makan banyak benda tapi duit semuanya menuju ke benda wajib.
Dunia semakin ganas ya?
🐢💙
@CoretanRingkas
Bukan niat menjauhkan diri cuma aku takut semakin aku mendekat semakin aku jauh dari Tuhan.
🐢💙
@CoretanRingkas
Mengingat kepada orang yang selalu membantu aku memotivasikan diri ini untuk terus berusaha menjadi orang yang mampu membantu orang lain.
🐢💙
@CoretanRingkas
Bukan tak ingin memaafkan tapi ada baiknya aku mendiamkan diri demi ketenangan minda aku.
🐢💙
@CoretanRingkas
Kekayaan memang kadang melalaikan tapi tanpa duit semua urusan tak berjalan lancar.
Jangan fikiran sempit sangat, duit dah maju beban hidup pun makin banyak.
🐢💙
@CoretanRingkas
Jangan buat masalah sampai keturunan kau yang tidak bersalah pun kena.
Kalau yakin sangat buat hal, jangan sesekali susahkan bakal keturunan kau yang akan lahir kelak.
Mereka tidak bersalah tapi akarnya yang sejak awal sudah tidak sihat.
🐢💙
@CoretanRingkas
Cerpen By Me 📇🖋
🖇 Ada yang minat cerpen?
🖇 Jom subscribe my channel ↓
@CerpenByMe
@CerpenByMe
"Penulisan satu kepuasan "
- 𝓁𝒶𝓃𝒶𝒜𝓁𝒶𝒶𝓇𝒶 -🥀☕️
Menjadi yang baik belum cukup memuaskan kau yang mahu seorang pasangan sempurna.
🐢💙
@CoretanRingkas
Takut salah pilihan sebab itulah aku teruskan pemilihan.
🐢💙
@CoretanRingkas
Bukan mengajar kepada keburukan tapi dia sendiri yang nak mendekat, sudah berusaha aku tarik makin juga dia degil nak mendekat.
🐢💙
@CoretanRingkas
Lengkapkan diri dengan ilmu sebelum berhajat nak mendirikan rumah tangga, kalau rasa ego tu masih tinggi dan rasa diri itu selalu benar masih ada.
Bahaya...
Takut pasangan kau sudah mengaku salah, kau masih juga nak menunjukkan yang diri kau tu betul.
Bukan semua benda harus kau besarkan, ada yang harus menjadi rahsia antara kalian berdua.
Carilah yang sepemikiran dan sehaluan tujuan hidupnya, kalau pun dia orang baik tapi cara dia dan kau berfikir sangat jauh berbeza payah juga nak wujudkan suasana rumah tangga harmoni.
🐢💙
@CoretanRingkas
Banyak yang suka mengambil kesempatan di kala ada manusia yang kesempitan kerana mereka ingin hasrat sendiri tercapai di saat orang lain kesusahan.
🐢💙
@CoretanRingkas
Yang berusaha menjaga diri dikatakan kolot yang senang menjual maruah diri sebab nak merasa syurga dunia diangkat menjadi idola.
Really?
🐢💙
@CoretanRingkas
Agama diterapkan sejak kecil tidak menjadi jaminan dia akan baik tapi sekurang-kurangnya dia tahu caranya bertaubat setelah berbuat dosa daripada dia terus lalai tidak tahu caranya kemabli pada Tuhan.
🐢💙
@CoretanRingkas
Semakin perlahan aku perhatikan langkahku ini, rupanya usia tua sudah menjalar di waktu.
Tiada penyesalan sebab pengalaman hidup yang aku ada menjadi kenangan.
🐢💙
@CoretanRingkas
Berkawan sebab niat memang berkawan tapi andainya takdir tiba-tiba mengubah itu menjadi sebuah niat menghalalkan siapa yang mampu menghalang?
Andai kata ditolak janganlah berdendam ada manusia yang niatnya memang tidak akan berubah kerana hidupnya berpegang kukuh pada prinsip hidup.
🐢💙
@CoretanRingkas
Jangan bermain dengan perasaan manusia, takut kau dimainkan balik sampai tekanan hidup.
🐢💙
@CoretanRingkas
Aku risau dengan keadaan sebenar bila selalu ditipu dengan indahnya.
🐢💙
@CoretanRingkas
Kejujuran menjadi kewajipan dalam diri seorang manusia, tapi itulah sama ada disalah guna atau selalu dipajak gadai.
🐢💙
@CoretanRingkas
Otak sudah lelah mencari jawapan dan hati sudah penat menahan perasaan.
Lebih baik sendiri dari terus mendiamkan perasaan yang selalu kau simpan semata-mata untuk menjadi badut di hati orang lain.
🐢💙
@CoretanRingkas
Aku sayang tapi sayangnya minda dan diri aku yang semakin sakit dengan perangai kau.
😂😂😂
@CoretanRingkas
Ingin menjayakan tapi tiada kerjasama jadi berlakunya benda tu tapi tidak sempurna.
🐢💙
@CoretanRingkas
Nak mewujudkan impian bahagia bersama pasangan tapi dia bermimpi bukan sebagai seorang pasanganmu.
🐢💙
@CoretanRingkas
Dalam setiap hubungan setia itu menjadi salah satu asasnya.
Bukan setakat hubungan percintaan malahan hubungan kekeluargaan juga sangat penting nilai ini, tanpa nilai ini senang saja ahli keluarga mengkhianati antara satu sama lain.
🐢💙
@CoretanRingkas
Adilnya dalam melakukan atau menentukan sesuatu sangatlah penting.
Bukan adil dalam pemerintahan saja malahan adil dalam rumah tangga.
Kalau seorang isteri pun susah sekali kau nak jaga perasaan dia, apatah lagi isteri beramai-ramai kau nak simpan?
Kalau anak seorang pun susah kau nak berikan nafkah, kasih sayang dan didikan macam mana nak didik anak-anak yang ramai dari isteri yang kau ada?
Kalau ekonomi untuk menyara diri pun berpayah kau nak simpan apatah lagi nafkah nak bagi anak dan isteri kau makan?
🐢💙
@CoretanRingkas
Jagalah maruah supaya masih ada bunga berduri yang sukar digapai oleh manusia yang lalu lalang.
Bunga berduri yang cantik dan menarik perhatian tapi sayang durinya menusuk sampai melukakan jari.
🐢💙
@CoretanRingkas