"Usah ditanya mengapa mereka sering menyakitimu tetapi tanyalah pd diri, kenapa kau biarkan ia berlaku" Sharing / idea @DearHatiSharing_bot Jom Join @GayaSihatCantik @SemuanyaMurah @ResepiDuniaMasakan @CantikSihatStor Group Promot @PromotApaSaja
Tips Bagaimana Nak Berjaya, Jauhi 3 Perkara Ini:
"Bagaimana nak berjaya? Kenapa susah sangat nak berjaya nih, tak dak tips ke?"
Nampaknya ramai yang bertanya tentang bagaimana nak berjaya. Yelah..siapa tak nak berjaya kan. Rasanya tiada manusia dalam bumi ini yang tak ingin berjaya dalam hidupnya.
Sebenarnya dah macam-macam tips nak berjaya yang penulis sudah kongsikan dalam blog Sembang Kejayaan. Korang boleh je search dalam blog Sembang Kejayaan ni.
1. Mindset Negatif
Kenapa ramai orang tidak berjaya yang pertama adalah mempunyai mindset yang negatif. Bangun pagi negatif! Malas..tak boleh..hari-hari negatif. Semua benda negatif ada dalam mindset kita.
Kalau dah hari-hari fikir negatif, bagaimana nak berjaya betul tak? Mesti rasa tak semangat, rasa down semua kan.
Jadi berhenti! Sampai bila nak fikir negatif. Sebaiknya Anda perlu mempunyai satu mindset seorang yang berjaya. Mindset yang positif! Mindset ini lah yang akan membantu Anda mencapai matlamat yang Anda inginkan.
Setkan dalam minda korang yang sebenarnya korang boleh! Korang mampu untuk berjaya seperti mereka yang dah berjaya. Fikir yang positif je, sebab ia akan buatkan korang lebih semangat untuk usaha capai apa yang korang inginkan dalam hidup korang.
Jadi positifkan minda Anda!
2. Selalu Give up
Yang kedua adalah selalu give up! Ni jugak satu masalah mengapa ramai orang tidak berjaya. Sikit-sikit nak give up. Belum apa-apa lagi dah give up. Gagal..give up. Kena reject..give up. Orang cakap benda tak elok terhadap kita..give up. Cepat sangat nak give up.
Bagi korang yang cepat sangat give up tu, korang ingat (kata-kata semangat) yang penulis dah kongsi dalam entri sebelum ini.
3. Tak Ambil Tindakan
Benda penting yang perlu kita lalukan untuk berjaya adalah dengan "memulai". Take Action kalau orang putih kata. Sebab kejayaan ni tidak datang dengan sendirinya, kita sendiri yang kena usaha meraihnya.
Jadi, kalau berhasrat nak berjaya, Take Action! Jangan takut untuk mula melangkah. Sebab ramai orang takut nak memulakan sesuatu. Bila tanya nak berjaya atau tak, semua cakap nak berjaya. Tapi tak mahu take action.
Sebab?
Takut..
Takut nak memulakan sesuatu yang 'baru' ingin kita lakukan. Ada yang nak buat bisnes tapi takut gagal. Takut nanti rugi dan macam-macam lagi. Pedulikan semua tu! Yang penting usaha dulu. Nak berjaya anda kena buang perasaan takut ini. Buang jauh-jauh.
Jadi kalau anda nak berjaya anda perlu tinggalkan 3 perkara ini dalam hidup anda! Jom sama-sama kita cuba tinggalkannya mulai hari ini!
- sumber, blog sembang kekayaan
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati
Teruskan tersenyum agar orang lain melihatmu sedang bahagia
Читать полностью…@DearHati, tahniah kerana kau tetap sabar walaupun orang dah buat macam macam
Читать полностью…Aku tak pandai ber fesyen. Cantik pun tak. Tapi aku bersyukur
Читать полностью…Makan tido pastu bangun makan lagi
@DearHati
Menikah itu tidak cukup dengan hanya saling mencintai , tapi juga harus saling melengkapi.
Saling melengkapi pasangan masing-masing setelah pernikahan bukan berarti kita pasrah dengan kekurangan pasangan dan mencoba ‘menambalnya’ dengan kemampuan kita.
Tetapi justru bagaimana kita saling membantu untuk bisa lebih baik di setiap harinya setelah bersama. Karena hakikat dari pernikahan adalah untuk saling belajar dan terus memperbaiki diri. (Debby)
@DearHati
Saya boleh ubah diri saya tapi tak boleh ubah diri awak...
(Boss james)
Sedekah Tidak Mengurangkan Harta
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّه
Dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.”
(HR Muslim : No 4689)
@DearHati
Aku tak punya banyak pilihan tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk teruskan kehidupan tanpa menyusahkan sesiapa pun
Читать полностью…Manusia selalu bertukar ganti dalam hidup kita. Datang dan pergi tanpa dapat kita halang. Yang tinggal, cumalah rindu dan kenangan
@DearHati
ASSOLATU KHAIRUN MINAL NAUM...
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.”
(Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.
Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”
(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”
(Surah al-Kahfi, ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh.
Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”
(Hadis riwayat Muslim).
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.”
(Hadis riwayat Bukhari).
Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.
Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya.
Orang2 yang berjaya ialah orang yang menjaga solatnya..
Читать полностью…Ada orang luar nampak somboong tapi hatinya baik. Itu lebih baik daripada orang yg nampak baik tapi dialah spesis ular yang berbisa
Читать полностью…Terkadang jodoh tidak berakhir dgn org yg kau inginkan
Читать полностью…Dah tiba masanya kau bahagiakan diri sendiri
@DearHati
Pahit Ku Telan Jua
- by Opie
Kala sendirian
Aku merindui wajah mu...
Pilu rasa hati tanpa mu disisi...
Pernah kau ucapkan
Sumpah dan janji mu padaku
Kasih dan sayang mu...
Hanyalah buatku...
Takdir menentukan perpisahan kita
Walaupun pahit terpaksa ku telan jua
Kemiskinan aku
Kau buat ukuran
Kekayaan dia jadi pilihan mu
Tidak ku menduga.
Kau mata duitan
Seandainya dia.
Seadainya dia yang kau cinta
Ku doakan bahagia
Moga kau berbahagia
Biarlah ku rawat luka sendiri
Pergilah kasih...
Kala sendirian.
Aku merinduimu. wajah mu
Pilu rasa hati tanpa mu disisi...
There will always be people out there who will try to hurt you and try to bring you down.
They will do all they can to break you into pieces. But just like the sun still never fails to shine every morning although every night the darkness overpowers it, always be ready to give in a tough fight.
Never give up and never ever give in. It is your day, make it yours. Good day!
@DearHati
HIKMAH BERSEDEKAH
Sedekah yang dikeluarkan seseorang tidak akan mengurangkan hartanya malah harta yang disedekahkan itulah yang menjadi “HARTA” untuknya di akhirat kelak.
Orang yang memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan meninggikan kemuliaannya di sisi Allah. Jadilah Muslim yang pemaaf kerana memaafkan itu salah satu sifat Sedekah.
Seorang yang merendah diri (rendah hati) akan diangkat darjatnya disisi Allah
“Rendah hati” adalah sikap TIDAK membanggakan diri. Ikhlas menerima nasihat. Sedar yg dirinya adalah hamba Allah yang penuh dengan kelemahan.
@DearHati
Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 mengenai bersedekah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
@DearHati
Doakan untuk saudara kami yang di timpa musibah awal tahun ini.
@dearhati
@syarifah_sabir
Jenuh lah balik nanti nak buat laporan 5 muka surat kat mak 😆😆 pastu kena hadap ayah lagi
@Dearhati
Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.”
(Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah.
Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
Sumber : Berita Harian
@DearHati ❤️
Kehidupan kita akan lebih baik bilamana :
1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.
2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
3. Baca Al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.
4. Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.
5. Tidak tidur selepas subuh.
6. Tiada iri hati melihat orang lain.
7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.
8. Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.
9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.
10. Istighfar sekurangnya 100 kali.
11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.
12. Taat ibubapa.
13. Solat di awal waktu.
14. Hargai dengan apa yang ada.
Selamat berbahagia hingga ke Syurga! Terus bahagia.
In sha ALLAH. ❤️🤲
Kredit : Aku Menyintaimu Rasulullah
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati
kata Imam Al-Bukhari rahimahullah kala difitnah;
لا أبالي إذا سلم ديني
Aku tak peduli (apa yang dikatakan padaku) asalkan agamaku selamat [Siyar A'lam al-Nubala, Adz-Zahabi]
@DearHati
Rahsia Tahi Lalat
1. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7. Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14. Betis kanan= Suka berhibur, boros
15. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan = Cerdas dan cekap
22. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
26. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung= Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan
36. Tumit kiri= Baik budi
37. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38. Alis kiri= Ramai yang suka
39. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun
41. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42. Jari kaki kanan= Suka menolong
43. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
46. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50. Pipi kanan= Ramai teman
51. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53. Ubun-ubun= Kurang jujur
54. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup
56. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar
61. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan
66. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat
71. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta
76. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas
81. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana
Telegram.me/DearHati