Dlm Al-Quran byk ayat yang membahas tentang sejarah dan kisah orang-orang terdahulu. Dengan sejarah kita dapat melihat dengan jelas peninggalan umat-umat terdahulu, sehingga kita dapat memahami dan menghayati peristiwa2 yang terjadi pada zaman terdahulu.
KRISIS BAITULMAQDIS,AGAMA ISUNYA, POLITIK MEDIUMNYA
Ramai juga kalangan pengkaji dan pemerhati politik antarabangsa menyatakan isu al-Quds adalah semata-mata pergelutan politik. Ia tidak ada kena mengena dengan kepentingan agama. Justeru mereka menempelak golongan yang menyeru kepada kebangkitan menentang pengisytiharan Trump sebagai mempergunakan sentimen agama, atau mengaitkan agama sebagai punca krisis.
Kalangan realist melihat isu ini boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan politik, dengan mengenepikan faktor agama. Rundingan, ketetapan undang-undang dan juga tekanan politik antara kaedah yang ditawarkan dalam menyelesaikan isu ini.
Tanpa menafikan kepentingan strategi politik dalam menangani isu ini, tetapi isu Palestin sama sekali tidak boleh dikeluarkan daripada kerangka agama. Rebutan berpanjangan terhadap al-Quds bukan semata-mata kedudukam geopolitiknya yang strategik, tetapi kerana kepercayaan 3 agama terbesar dunia terhadap tanah suci ini.
✳ ZIONIS DAN AL-QUDS
Sejarah menunjukkan, kumpulan yang berperang bagi mendapatkan al-Quds hampir semuanya digerakkan atas nama agama. Umar al-Khattab sebagai pemimpin umat Muhammad pertama membebaskan kota al-Quds daripada cengkaman Roman Byzantine atas nama agama Islam. Kemudian dirampas oleh tentera salib dipimpin oleh gereja katolik yang menguasai pemerintahan eropah zaman kegelapan dahulu, juga atas semangat agama. Terbaru, penaklukan Yahudi terhadap al-Quds dan penubuhan negara Israel adalah kerana ideologi agama Yahudi. Nama Israel dan Zionis sendiri adalah merujuk kepada kepercayaan agama Yahudi.
Penaklukan al-Quds telah dirancang lama oleh Yahudi melalui gerakan rahsia Freemason. Walaupun kalangan realist tidak mempercayai Freemason kerana tiada dokumen rasmi atau kenyataan terbuka pemimpin mereka mendedahkan mengenai pertubuhan ini, tetapi sumber-sumber risikan dan pengakuan bekas ahli yang terlibat sukar menafikan kewujudan gerakan ini. Mengikut maklumat yang paling logik, konspirasi jahat yahudi syaitan ini sudah bergerak sejak zaman Nabi Sulaiman lagi walaupun tidak atas nama Freemason.
Sehingga mereka berjaya berperanan di posisi penting di dunia seperti bidang ekonomi, hiburan dan sosial, barulah mereka berani menubuhkan front politik yang diberi nama sebagai zionis. Tahun 1897, Zionis mengadakan persidangan pertama di Basel, Switzerland dan mencapai beberapa resolusi yang dinamakan sebagai Protokol Zionis. Pemimpin pertama zionis, Theodor Herzl mendedahkan isi protokol adalah bagi mendapatkan sebuah negara politik bagi Yahudi ke arah menjadi pemerintah dunia.
✳ EVANGELIS DAN AL-QUDS
Satu lagi golongan yang meletakkan isu agama sebagai faktor rebutan al-Quds adalah evangelis daripada penganut kristian. Evangelisme merupakan satu fahaman di dalam agama Kristian yang mempercayai kewajipan menubuhkan negara kristian bagi persediaan menyambut Jesus Christ yang bakal turun ke bumi kelak. Gerakan ini adalah gerakan yang radikal. Ada yang beranggapan penguasaan gereja ke atas empayar Rom dan juga kempen perang Salib digerakkan oleh evangelis.
Evangelis moden hari ini berjaya melobi sehingga sebuah negara yang dinamakan Amerika berjaya didirikan. Evangelis merupakan golongan elitis di Amerika, dan banyak mempengaruhi politikus. Evangelis tanpa segan silu mengakui pengisytiharan Trump adalah hasil tekanan mereka yang berada di dalam parti Republikan. Trump sebelum ini menjadikan pengiktirafan Jurusalem sebagai salah satu manifesto beliau dalam kempen pilihanraya Presiden bagi melobi evangelis.
Mengikut kepercayaan evangelis, Bible menyatakan Jurusalem adalah hak mutlak kaum Yahudi. Kepercayaan ini adalah sama dengan pegangan zionis melalui The Old Testament. Justeru mereka turut berjuang bagi memberikan hak kepada golongan Yahudi.
✳ ISLAM DAN AL-QUDS
Di dalam Islam pula, al-Quds merupakan tanah suci ketiga umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Peristiwa Israk dan Mikraj adalah isyarat jelas tentang kedudukan Masjidil Aqsa kepada umat Muhammad, ditambah dengan ayat al-Quran dan Hadis-hadis tentang kedudukan, kelebihan dan berita akhir zaman mengenainya.
OBELISK DI VATICAN CITY
Obelisk juga simbol kpd tuhan matahari iaitu Amon Re/ Ra. Maka mengapa di Vatican City pun ada didirikan simbol kepada tuhan matahari yg disembah oleh org2 Mesir Kuno?
Maka bukan sahaja Hari Ahad (SUN DAY) yg telah diputarbelitkan oleh Illuminati terhadap Kristian, agar menjadikannya hari suci sedangkan Hari Ahad itu adalah hari suci orang2 menyembah tuhan Matahari. Obelisk juga di antara satu tanda dan tipudaya mereka.
ILLUMINATI UBAH ISI KANDUNGAN BIBLE
Bekas tentera US yg telah memeluk Islam (Jerry D Gray) mendedahkan bahawa Illuminati mengubah isi kandungan kitab Bible setiap dua tahun sekali..
Rahsia ini didedahkan dlm bukunya bertajuk The Final Chapter.
Kebenaran ini juga diakui oleh dua orang bekas paderi Vatican iaitu Malachi Martin dan Alberto Rivera.
Malachi Martin mendedahkan rahsia Gereja Syaitan Vatican ini di dalam bukunya yg bertajuk Windswept House.
Manakala Alberto Rivera mendedahkan di dalam bukunya yg bertajuk The Society Of Jesus and the Betrayal of the Roman Catholic Church.
POPE VATICAN HINA ISLAM
Pope Benedict XVI pernah memberi syarahan yg menimbulkan kemarahan umat Islam pada 12 September 2006 di Universiti Regensburg, Jerman.
Antara kata2nya yg begitu sensitif berbunyi;
“Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.”
“Tunjukkan padaku apa yg dibawa oleh Muhammad suatu yg baru, dan kamu akan dapati tiada apa2 melainkan kejahatan dan tidak perikemanusiaan, seperti menyuruh agar menyebarkan dengan pedang pegangan yg diajarnya“.
Credit: Info Akhir Zaman
@Hidden_history
KENAPA ILLUMINATI SAMBUT HARI KRISMAS?
Lihatlah pokok krismas yg bergemerlapan dan sambutan yg penuh meriah.
Sila perhatikan di puncak pokok tersebut, apa yg anda dapat lihat?
Ya, Matahari yang bersinar / Illuminate.
Adakah pokok krismas itu digunakan utk memperingati Hari Lahir Yesus, atau adakah ianya utk memperingati pokok Evergreen yg tumbuh setelah kematian Namrud / Nimrod dan menjadi pujaan isteri merangkap ibunya iaitu Semiramis dan digunakan utk memperingatinya dari dulu hingga kini?
Simbol matahari bersinar / illuminate di puncak pokok krismas. Maka tidak hairanlah jika Illuminati juga menyambut KRISMAS, kerana walaupun jika ada mereka mengatakan bahawa Jesus yg diingati, sebenarnya bukan Jesus yg diperingati oleh mereka, tetapi Namrud.
Di setiap musim Krismas akan kedengaran lagu2 atau hymne: "Silent Night" atau "Holy Night" yang sgt akrab dgn tema pemujaan terhadap Ibu dan Anak, iaitu Semiramis & Namrud..
Upacara ini berasal dari cara2 pemujaan yg dikenali sbg "Chaldean Mysteries" (Misteri Kaldea) berasal dari ajaran Semiramis, isteri Nimrod yg juga Ibu Nimrod.
Kemudian adat ini dilestarikan oleh para penyembah berhala secara turun-temurun hingga skrg dgn wajah baru yg disebut Kristian.
Biasanya matahari menghilangkan diri hingga sampai 25 Disember, oleh itu orang2 Pagan merayakan “Hari Kelahiran Kembali” tuhan matahari mereka. Serentak itu pula pokok2 daun tirus dijadikan simbul persembahan kepada tuhan mereka.
Apabila matinya raja Namrud, mereka diajar pula bahawa roh Namrud akan datang semula pada tiap-tiap 25 Disember sebagai “Santa Claus” utk meletakkan hadiah2 diatas pokok tirus itu. Panggilan Santa ini sebenarnya adalah nama kepada “tuhan wira’
Krismas dan Paskah adalah hari cuti Pagan.
KRISMAS DAN KAITANNYA DGN NAMRUD & SEMIRAMIS
Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal sebagai seorang raja yg mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s.
Dan Namrud lah org yg cuba utk membakar hidup2 Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam Al Quran.Surah Al baqarah : Ayat 258
Namrud mengahwini ibu kandungnya sendiri yg bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yg merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati.
Dia membuktikan ajarannya dgn adanya pohon Evergreen yg tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yg ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yg sudah mati.
Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yg digantungkan di ranting2 pohon itu.
25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yg dirayakan oleh orang2 Kristian pada Hari Krismas.
Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud.
Tammuz diberi gelaran ‘Orion‘ yg bermaksud ‘benih seorang wanita’. Semiramis mula dikenali sebagai ‘Ibu perawan’, ‘Ibu suci’ dan ‘Dewi dari syurga’. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.
Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai ‘Ratu Langit’ oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai ‘Anak Suci dari Syurga’. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yg berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.
Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sbg Horus).
@Hidden_history
http://www.ismaweb.net/2017/12/18/turki-cadang-bukaa-kedutaan-di-baitulmaqdis/
Читать полностью…#video
"Seorang lelaki Tua dan buta selalu datang ke Masjid untuk Sholat 5 waktu dgn bantuan seutas tali dari rumahnya."
Tidakkah anda merasa malu kpd Allah dgn kondisi kita yg saat ini sempurna!!
http://www.ismaweb.net/2017/12/13/dua-pejuang-palestin-terkorban-dalam-letupan-di-gaza/
Читать полностью…Untuk pembelian atau pertanyaan mengenai buku KONSPIRASI BABYLON BOLEH HUBUNGI NO TEL YG TERTERA DI ATAS 👆👆👆
Читать полностью…http://www.ismaweb.net/2017/12/08/selamatkan-baitulmaqdis-bergema-depan-kedutaan/
Читать полностью…Hamas isytihar Intifada bermula esok (Jumaat)
Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengisytiharkan intifada baharu bermula esok, selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Intifada merupakan titik kebangkitan umat Islam Palestin menentang penindasan dan rampasan tanah Al-Quds yang mulia semenjak tahun 1948.
Perkataan Intifada berasal daripada bahasa Arab yang bererti “kebangkitan” dan ia adalah sebagai kebangkitan umat Islam Palestin menentang penjajahan Israel.
Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah dalam ucapannya hari ini berkata, pengumuman Trump semalam menandakan peralihan dasar Washington terhadap penyelesaian konflik Israel-Palestin, sekaligus menunjukkan penolakan kepada penyelesaian dua negara.
“Baitulmaqdis telah diculik dan dirampas daripada kita. Dengan ini kita telah mengeluarkan arahan kepada semua anggota Hamas dan sayapnya.
“Mereka perlu bersedia sepenuhnya atas apa-apa arahan atau perintah baru untuk menghadapi bahaya strategik yang mengancam Baitulmaqdis dan Palestin,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada arahan Trump semalam, yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel yang baharu.
Trump juga mengumumkan AS sedang membuat persiapan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Ismail berkata, hakikat yang tidak berubah adalah seluruh Baitulmaqdis adalah milik Palestin.
Katanya, apa yang perlu ketika ini adalah Presiden Palestin perlu segera menarik diri daripada perdamaian dengan Israel, dan seluruh orang Arab perlu memboikot pentadbiran Trump.
Intifada Pertama bermula pada tahun 1987 dan kemudian diikuti Intifada Kedua pada tahun 2000.
Kemudiannya pada tahun 2015 Intifada memasuki fasa kebangkitan hebat Hamas dan rakyat Palestin.
-Agensi-
http://www.ismaweb.net/2017/12/07/kenapa-baitulmaqdis-bukan-ibu-negara-israel/
Читать полностью…http://www.ismaweb.net/2017/12/07/semua-pihak-perlu-bangkit-demi-al-aqsa-hamas/
Читать полностью…Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dgn Orion iaitu ‘benih seorang wanita’.
Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius.
Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.
PATUNG STATUE OF LIBERTY ADALAH IBU NAMRUD
Patung Statue of Liberty merupakan lambang kepada Semiramis yg membawa obor cahaya, kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yg sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam.
Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yg mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yg dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.
25 DISEMBER ADALAH TARIKH KELAHIRAN NAMRUD
Sebenarnya 25 Disember telah disambut sejak sebelum dari kelahiran Nabi Isa a.s. lagi bagi memperingati ulang tahun kelahiran dewa Matahari mengikut mitos kepercayaan masyarakat Romawi (Rom) kuno.
Oleh sbb agama Kristian telah diterima oleh kerajaan dan rakyat Romawi pada kurun ke-4 Masihi, maka perayaan pada 25 Disember tadi telah diadaptasi mnjadi perayaan Krismas kerana pemuka2 agama Kristian ingin menjaga hati org2 Romawi yang baru menerima agama tersebut.
Akhirnya, pada tahun 350 Masihi Pope Julius 1 (337 – 352M) telah mengistiharkan secara rasminya yg perayaan Krismas adalah hari suci bagi gereja Katholik.
Dalam The Encyclopedia Americana, di bawah tajuk “Christmas”, ada mengatakan:
“CHRISTMAS, the ‘Mass of Christ’— In the 5th century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the Birth of Sol (the Sun) —. Among the German and Celtic tribes, the Winter Solstice was considered an important point of the year, and they held their chief festival of Yule to commemorate the return of the burning-wheel (the sun).”4
Krismas, hari “Misa Kristus” — Pada abad ke-5, Gereja Barat mengarahkan bahawa ia diraikan utk selamanya pada hari perayaan Rom kuno utk menyambut hari kelahiran Sol (matahari) — Di kalangan puak2 Jerman dan Celtic, Solstis musim dingin dipercayai sbg tarikh tahunan yang penting, dan mereka mengadakan perayaan utama Yule untuk memperingati kepulangan roda yg terbakar (Mahatari).
Sambutan hari Krismas bukanlah berasal dari ajaran agama Kristian itu sendiri, tetapi telah diadaptasi dari kepercayaan karut Romawi kuno.
Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s,
melainkan berupa lanjutan dari amalan paganisma sejak 2000 tahun sebelum kelahirannya.
Nabi Isa tidak lahir 2008 tahun yg lalu sebagaimana yg dipercayai umum, tetapi pada tahun 4 sebelum masehi diawal musim buah, bukannya di musim dingin. Selain dari itu hari dan bulan tidak ada siapa yg dpt menentukannya kecuali Allah SWT..
KETURUNAN NAMRUD HINGGA KINI
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang2 yg dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yg berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).
Dan keturunan2 lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga2 mereka dahulu.
@Hidden_history
#365
sambutan krimas di rockefeller center di new york
@Hidden_history
http://www.ismaweb.net/2017/12/14/video-detik-penunjuk-perasaan-ditembak-askar-rejim-zionis/
Читать полностью…Waspada terhadap tafsiran Israiliyyat
-Nidzamuddin Zakaria-
DALAM keseronokan kita membaca kisah-kisah para nabi dalam kitab-kitab tafsir, hendaklah kita berwaspada dengan banyak unsur Israiliyyat yang jelas bertentangan dengan nas al-Quran dan hadis. Ini kerana pengaruh Israiliyyat boleh merosakkan akidah dan kesucian Islam khususnya dalam bidang petafsiran.
Hakikatnya, pengaruh Israiliyyat dalam pentafsiran tidak hanya tertumpu kepada kitab-kitab tafsir yang ditulis dalam bahasa Arab, bahkan menembusi kitab-kitab tafsir berbahasa Melayu. Hal ini tambah merumitkan dengan kecetekan pemahaman umat Islam negara ini tentang kesan negatif daripada pengaruh Israiliyyat
banyak sangat rujukkn org melayu dari kitab israiliyat
hati2 aqidah kelaut nanti
Israiliyyat dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita yang diambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Bani Israel atau Yahudi dan sedikit daripada golongan Nasrani. Cerita-cerita tersebut banyak menghuraikan tentang kehidupan para nabi daripada kalangan Bani Israel, mukjizat-mukjizat mereka, penciptaan alam semesta, langit dan bumi dan sebagainya.
Dalam bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannya sebagai pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islam melalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat suci al-Quran. Kekadang, secara sedar tidak sedar, kita juga terdedah kepada kemasukan fakta-fakta Israiliyyat dalam kitab-kitab tafsir al-Quran (seperti tafsir Anwar Baidhawi di Alam Melayu), syarahan hadis-hadis dan buku-buku sejarah. Justeru, sikap yang jelas dan serius berlandaskan syarak perlu diambil dalam berhadapan isu ini.
Bagaimanakah sejarah atau pengaruh Israiliyyat itu bermula?
Kemasukan fakta-fakta berunsurkan Israiliyyat telah pun bermula sejak zaman Baginda Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin. Rentetan daripada beberapa pemuka ahli kitab yang terkenal yang memeluk agama Islam seperti Abdullah bin Salam (memeluk Islam semasa Nabi berhijrah ke Madinah), Ka’ab al-Ahbar (memeluk Islam zaman Umar) dan Wahb bin Munabbih (seorang Tabi’i).
Keilmuan mereka tentang al-Taurat dan al-Injil dimanfaatkan sebilangan para sahabat dan generasi Tabi’in selepas itu untuk pendetailan dalam aspek tafsir ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan fakta-fakta sejarah.
Ia turut berkisar mengenai kisah-kisah nabi dan umat mereka silam, kisah-kisah kejadian alam dan sebagainya. Ini berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan batas-batas yang ketat dan terhad. Baginda bersabda: Ceritakanlah daripada khabar-khabar Bani Israel dan tiada halangan. (Riwayat Bukhari).
Begitu juga sabda Baginda: Apabila kamu mendengar daripada ahli Kitab, maka jangan pula kamu percaya (seratus peratus) dan mendustakan semuanya. (Riwayat Bukhari). Justeru, dengan kebenaran ini dan pergaulan umat Islam bersama ahli kitab yang telah memeluk agama Islam, maka berputiklah sejarah kemasukan Israiliyyat dalam sumber- sumber ilmu Islam.
Credit: badbos ENAF
@Hidden_history
Jgn pm sy tuan/puan..PM no yg sy share tu.. Hehehe
Читать полностью…Tempahan Buku : aunimedia.com/ws 011-1003 5705
Читать полностью…http://www.ismaweb.net/2017/12/08/kata-pedang-israel-tak-pernah-wujud-dalam-peta-dunia/
Читать полностью…*DEMONSTRASI BANTAH TRUMP UMUM BAITUL MAQDIS IBU NEGARA ISRAEL DAN PINDAH KEDUTAAN US KE BAITUL MAQDIS*
"Selamatkan Baitul Maqdis"
8 hb Disember 2017
Lepas solat Jumaat
Depan Kedutaan US KL
Semua di jemput hadhir.
Daripada:
Tuan Hj Mohd Azmi Abdul Hamid
(Presiden MAPIM)
Jerusalem dah jadi ibu kota Israel dah sekarang. Bukan Palestin.
Dan apa maksudnya tu?
"Sesiapa yang dapat menguasai bumi Palestin, dia akan menguasai seluruh dunia."
Pernah dengar kata-kata di atas? Mesti pernah kan.
Kenapa?
Secara geografikalnya, Palestin ialah jantung dunia. Jantung dunia yang menjadi rebutan dari dulu lagi. Tempat paling strategik menurut teori The Heartland.
Kenapa kita perlu risau tentang isu Palestin?
Banyak sebabnya. Dalam al-Quran ada, dalam hadis ada. Sila rujuk satu per satu. Memang banyak, dan ada ulama yang bersepakat bila Baitul Maqdis berjaya dimonopoli tiga kuasa dunia, tak lama lagi kemunculan Dajjal pula menyusul. Begitu juga Imam Mahdi.
Kita sekarang sedang bersiap-sedia nak join tentera siapa?
Dajjal?
Atau Imam Mahdi?
Tengoklah gaya hidup kita sekarang berpaksikan apa. Lebih pada dunia ke, lebih pada akhirat?
Apa yang kita dah buat? Bersedia ke kita untuk 'berperang' nanti?
Mengimbas kembali sejarah percubaan memonopoli bumi Palestin... (maafkan saya jika saya silap. Boleh rujuk pada yang lebih pakar. Ni sekadar perkongsian drpd apa yang saya faham tentang isu semasa menurut kata beberapa pengkaji hadith dan kitab)
Dulu Britain dah. Sekarang USA cuba monopoli.. lepas itu Israel. Tiga kuasa memonopoli jantung dunia.. dalam erti kata lain, kuasa Yahudi bergabung, apa maksudnya?
Maksudnya akan tercetusnya sebuah peperangan yang hanya Allah tahu bila akan berlaku.
Dunia ni dah tak lama lagi dah. Serius, dah nazak dah.
Tinggal menghitung masa je lagi..
Permasalahan Baitul Maqdis (Palestin) bukanlah permasalahan di antara Arab dan Yahudi je. Tapi permasalahan seluruh umat Islam dengan Yahudi!
Sedarkah kita? Tiap hari kita dibodohkan, dilalaikan. Bermacam taktik Yahudi untuk menjayakan agenda mereka.
Kita? Jatuh dalam perangkap Yahudi. Tapi kita tak sedar semua tu. Kita masih di dalam angan-angan dunia...
Dunia yang penuh penipuan!
Apa yang kita kejar sebenarnya?
Orang Yahudi meyakini bahawa mereka adalah umat pilihan. Kata mereka, ‘Kami anak Allah, kami dipilih untuk memimpin dunia, bangsa lain menjadi hamba kami.’
Inilah akidah Yahudi.
Bangkitlah, wahai umat...
Bangkit dan bersiap-sedialah!
http://www.ismaweb.net/2017/12/07/rakyat-palestin-tunjuk-perasaan-bantah-keputusan-amerika/
Читать полностью…