Dlm Al-Quran byk ayat yang membahas tentang sejarah dan kisah orang-orang terdahulu. Dengan sejarah kita dapat melihat dengan jelas peninggalan umat-umat terdahulu, sehingga kita dapat memahami dan menghayati peristiwa2 yang terjadi pada zaman terdahulu.
⑧ Serangan dahsyat dari dua golongan makhluk ganas yang tiada perinya iaitu Yakjuj dan Makjuj.
Yang terlepas dengan izin Allah dari gua dan lembah yang dihadang dinding buatan atas perintah Allah kepada Zulqarnain seorang Raja yang soleh. Dinding yang merentangi gunung itu pecah dengan beberapa tanda yang kini sedang terjadi salah satunya iaitu tertawannya Kota Baitul Maqdis dan pembinaan kuil Haikal Sulaiman di atasnya.
Nabi Isa dan alMahdi saling menolong menyelamatkan ummat manusia khasnya orang islam dari serangan mereka. Nabi Isa dan muslimin bersembunyi dalam sebuah gua di Syria. Dunia hancur tiada tamadun lagi. Manusia ramai yang tewas. Akhirnya Yakjuj dan Makjuj mampus dengan izin Allah melalui ulat besar yang keluar dari bumi memakan mereka sehingga tembus badan mereka seperti tentera Asyhabul Fil Abrahah. Badan berlubang lubang. Bau busuk bangkai mereka menyusahkan orang. Allah perintahkan burung besar seperti Ereng membawa bangkainya entah ke mana. Selepas itu hidup pun aman kembali.
⑨ Angin Sejuk sepoi2 datang menghembus di segenap ceruk dunia mengambil nyawa orang beriman.
Sesiapa yang menyedutnya nescaya mati walaupun bersembunyi dalam tanah. Hatta walau ada iman sebesar zarah pun akan diambil nyawanya. Akhirnya tinggal orang2 yang tiada iman lansung di hati mereka. Kebanyakan mereka ialah orang Rom..(orang putih atau Latin..wallahualam). Hidup mereka ada lagi 120 tahun. Merekalah yang akan menyaksi keperitan seksa azab hari kehancuran dunia seluruhnya. Amat menakutkan dan menyeramkan tiada terperi.
Semoga Allah menulis hamba alfaqir fillah ini di dalam keredhoanNya lillahi taala. Semoga diberkati tulisan ini dan dilimpahi rahmatNya. Amiin.
-@Suhanbar-
@Hidden_history
#391
kandungan surat balfour bertarikh 2 november 1917
@Hidden_history
PERISYTIHARAN HARAM
Majlis perisytiharan penubuhan Israel dibuat di Muzium Tel Aviv (sekarang dikenali sebagai Dewan Kemerdekaan), tetapi tidak diumumkan secara meluas kerana takut dihalang oleh pihak berkuasa Britain atau serangan tentera Arab. Jemputan dihantar pada pagi 14 Mei yang memberitahu para jemputan supaya datang pada pukul 2.30 petang dan merahsiakan majlis. Majlis bermula pada pukul 4 petang (masa yang dipilih supaya tidak melanggar waktu sabbath) dan disiar secara langsung oleh stesyen radio Kol Yisrael.
Tepat pukul 4 petang, David Ben-Gurionmenghentakkan tukul kayu di atas meja, diikuti oleh nyanyian Hatikvah yang kini menjadi lagu rasmi Israel oleh 250 tetamu.[1] Tergantung di dinding di belakang podium adalah gambar Theodor Herzl, pengasas Zionisme moden, dicelah dua bendera yang menjadi bendera rasmi Israel.
NEGARA TERAWAL MENGIKTIRAF ISRAEL
Antara negara terawal yang mengiktiraf Israel adalah Amerika Syarikat yang dibuat dalam masa 11 minit selepas perisytiharan. Ini diikuti oleh Iran (yang pada masa itu masih di bawah Shah Mohammad Reza Pahlavi), Guatemala, Iceland, Nicaragua, Romaniadan Uruguay. Kesatuan Soviet mengiktiraf Israel pada 17 Mei 1948, diikuti oleh Poland, Czechoslovakia, Yugoslavia, Ireland dan Afrika Selatan.
KESAN PERISYTIHARAN
Perisytiharan penubuhan Israel diikuti oleh serangan ke atasnya oleh tentera Mesir, Iraq, Lebanon dan Syria dan bermulanya Perang Arab-Israel 1948. Walaupun gencatan senjata dipersetujui pada 11 Jun, pertempuran disambung semula pada 8 Julai dan berhenti semula pada 18 Julai sebelum disambung kembali pada pertengahan bulan Oktober. Peperangan hanya berakhir pada 24 Julai 1949dengan termeterainya Perjanjian Armistice 1949dengan Syria. Dengan termeterainya perjanjian, Israel bukan sahaja dapat mempertahannya dirinya tetapi juga memperluaskan wilayah yang didudukinya hampir separuh dari pelan asal pembahagian wilayah oleh PBB.
Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Palestin atau Resolusi 181 (II) oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB merupakan pelan yang diambil daripada keputusan Perhimpunan Agung pada 29 November 1947. Keputusan tersebut membenarkan penubuhan dua negara, satu untuk orang Arab dan satu untuk Yahudi dan menyediakan rangka kerja untuk kesatuan ekonomi serantau. Perhimpunan Agung itu juga memutuskan bandar Baitulmaqdis hendaklah ditadbir oleh pentadbiran antarabangsa khas di bawah PBB. Satu jangka waktu peralihan di bawah kelolaan PBB bermula dengan pelaksanaan resolusi tersebut yang mahukan pengunduran beransur-ansur tentera British, penamatan Mandat British atas Palestin pada 1 Ogos 1948 dan kemerdekaan penuh dua negara tersebut pada 1 Oktober 1948.
Pelan pembahagian ini bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
-WIKIPARIAH-
@Hidden_history
PENUBUHAN NEGARA (HARAM) ISRAEL
@Hidden_history
#389
Mahatma Gandhi (right) with his eldest brother Laxmidas in 1886.
@Hidden_history
#387
Adolf Hitler declaring war on America, December 11, 1941
@Hidden_history
#385
Salasilah keturunan berkulit cerah
@Hidden_History
#383
Pembunuhan Kerabat Romanov
@Hidden_History
Kerana itulah pada 2015, Nentanyahu pergi ke Kongres Amerika mengutuk tindakan Obama membiarkan Yemen dikuasai Houthi. Di Washington, Saudi mengisytiharkan perang terhadap syiah bagi menghalalkan tindakan terhadap kabilah Houthi.
✳ QATAR
5 Jun, dua minggu selepas Persidangan Riyadh, beberapa negara arab termasuk Saudi, Bahrain, Mesir dan UAE memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Difahamkam kerana Qatar tidak mengambil pendekatan selari dengan kemahuan Saudi kerana masih menjalin hubungan baik dengan Iran dan Hamas. Bahkan melindungi beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin.
Pendirian Qatar adalah dipengaruhi faktor geo-ekonomi dan geo-politik. Ini kerana negara tersebut berkongsi sempadan dengan Iran di Teluk Arab. Di sana terdapat medan gas terbesar di dunia. Mengambil sikap bermusuh bukan sahaja merugikan ekonomi, bahkan negara kecil itu akan menjadi korban pertama seandainya berlaku perang antara arab dan Iran.
✳ KRISIS DIRAJA SAUDI
21 Jun, anak saudara Raja Salman Muhammad bin Nayef (MBN) dipecat dari takhta Putera Mahkota dan jawatan Menteri Dalam Negeri. Takhta tersebut digantikan oleh Muhamad bin Salman (MBS), anak Raja Salman yang juga merupakan Menteri Pertahanan Saudi. Perkara tersebut mencetuskan konflik diraja Saudi sehingga menyebabkan dua sepupu MBS Mansour bin Muqrin dan Abdul Aziz bin Fahd terbunuh pada 5 dan 6 November dalam insiden berprofil tinggi.
11 kerabat yang lain turut ditahan selepas itu termasuk sepupunya yang terkenal sebagai bilionaire, al-Waleed bin Talal. Namun krisis tersebut sehingga kini masih tidak terhenti. MBS berikrar akan menghapuskan semua pesaingnya manakala al-Waleed pula berikrar tidak akan berdiam diri.
✳ MASJIDIL AQSA
Pada 14 Julai 2017, Israel telah mengambil tindakan menutup Masjidil Aqsa setelah dua tenteranya mati ditembak di kawasan masjid, walaupun penembak itu telah juga terbunuh. Tindakan Israel mengundang kemarahan seluruh umat Islam dan protes berlaku di seluruh dunia.
Namun dua hari selepas itu, Israel membuka kembali tetapi memasang peranti pengesan senjata di pintu masuk masjid. Umat Islam memprotes tindakan tersebut. Israel khuatir intifadhah bakal meletus.
✳ KURDISTAN
14 September, satu referendum diadakan bagi membentuk negara Kurdistan merdeka di Utara Iraq. Majoriti bangsa Kurdi di Iraq bersetuju menubuhkan negara baru itu. Tetapi sehingga kini, ia masih belum ditubuhkan secara rasmi.
Bangsa Kurdi sudah lama bercita-cita mahu menubuhkan negara bangsa tersendiri. Selain Iraq, mereka turut menuntut hak ke atas utara Syria dan tenggara Turki. Mereka didokong penuh oleh Zionis Yahudi dan menduduki kawasan hulu Sungat Furat.
✳ HARIRI DAN LIGA ARAB
4 November, Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri meletak jawatan atas alasan berlaku campurtangan Iran ke atas negara tersebut melalui Hezbollah. 19 November 2017, diadakan Persidangan Liga Arab di Kaherah, Mesir. Saudi dan Bahrain mengkritik Iran sebagai dalang kekacauan di Timur Tengah dan menggesa semua negara arab bersatu menentang Iran.
✳ FATWA HAMAS TERORIS
13 November, Menteri Komunikasi Israel Ayoub Kara mengucapkan terima kasih kepada Mufti Saudi, Abdul Aziz Al Syaikh atas fatwanya mengharamkan serangan ke atas Israel, dan menyatakan Hamas sebagai pengganas. Beliau turut dijemput ke Tel Aviv sebagai tetamu kehormat. Kenyataan ini dpercayai ekoran kebimbangan Israel terhadap Intifadhah selepas peristiwa Masjidil Aqsa pada Julai sebelum itu.
Tiada sebarang kenyataan rasmi dari mufti tersebut samada mengiyakan atau menafikan perkara tersebut. Tetapi serangan agamawan pro-Saudi terhadap Hamas menjadi viral sekelip mata di media sosial dan sebagainya. Antara peluru yang ditabur adalah kerana Hamas bekerjasama dengan Iran yang dianggap sebagai pengganas.
@Hidden_history
EL ESCORIAL
VALLEY OF THE FALLEN (ORDER OF SAINT HUBERTUS) - Kumpulan Ahli Sihir Freemason Elit yang Dirahsiakan.
Sebuah tempat di Sepanyol, jauh dari pengetahuan dan orang ramai, terdiri sebuah kota istana di lembah VALLEY OF THE FALLEN (LEMBAH MALAIKAT YG GUGUR - IBLIS).
Ia juga salah satu tempat HIGH SECURITY YANG DILARANG MASUK di dunia. Hanya dapat dilihat melalui photo yang diambil oleh ahli ahli belot yg sembunyi.
Disini letaknya kota istana EL ESCORIAL - Pusat Rahsia Kumpulan ORDER OF ST HUBERTUS - sebuah kumpulan elit cabang FREEMASON DAN ILLUMINATI yang menyimpan, mengkaji, mempraktikkan ilmu sihir dan kitab kitab sihir yang diambil dari Mesir dan juga bawah Masjid Al Aqsa.
Di sini, segala jenis KITAB PURBA, dan Relic , Disimpan , dijaga , ditafsir dan dikaji dalam Upacara Penyembahan LUCIFER (IBLIS) dan ilmu sihir / magik zaman Firaun Mesir dan Yahudi Kabbalah.
Ahli Ahli Sihir ini terdiri dari Saintis, Pakar Teknologi, ekonomi, Bank, Ahli Politik dan Kewangan Dunia, Billionaire dan Kerabat Kerabat Diraja Itali, Sepanyol, Eropah dan British. Mereka bukan level level bomoh dan pawang tetapi menggunakan Jin dan Syaitan untuk Mengawal Dunia dalam peperangan, Sains, Teknologi, Penguasaan Minda dan Media, Sihir Simbol, Cuaca, Bank dan sebagainya.
Ini adalah pusat ala HOGWARTH ( Sekolah Harry Porter) tapi dalam keadaan REAL DAN untuk VVIP dunia yang berkuasa.
Semasa SPANISH INQUISITION dan di Zaman Templar, kitab kitab dan Relik purba di bawa ke SPAIN, ITALY, EROPAH (FRANCE / SWITZERLAND) , GERMAN DAN BRITISH. Dimana Chief Chief Templar mempunyaj tugas masing masing.
Ada yg diletakkan di VATICAN, Di LONDON DAN BUCKINGHAM PALACE, ada Di France, Switzerland dan disimoan di sini, Escorial Spain.
Banyak kitab Islam tentang BUDAYA DAN AJARAN ISLAM di Perpustakaan LOUVRE di Paris.
QURAN LAMA dan Kitab Kitab ulama di London Museum dan Buckingham.
KITAB KITAB TORAH, INJIL TALMUD DAN KABBALAH DI Vatican
Kitab Kitab Sains dan Teknologi Sihir dan Islam di German, Switzerland
Kitab kitab Sihir dan Magic Templar di El Escorial, Sepanyol.
Fikirkanlah.... Dah berapa lama mereka mempengaruhi dunia dengan IBLIS, SYAITAN DAN JIN.
DAN ITULAH YANG ADA DISEKELILING KITA.
#379
Malala Yousafzai
(Ditembak dan dikelar 😢)
@Hidden_History
Umur ummat islam dan Islam tak smp 1500 hijrah? Ini menurut hadith sahih? Klu begitu sekarang ialah 1438 hijrah. 1500 H - 1438 H = 62 tahun je .. lagi!?
Ok! Boleh relax...!?
Kebanyakan orang leka, lalai, terpana, ralit dan abaikannya.
Baiklah, dalam masa 62 tahun ini nampaknya akan berlaku tanda2 kecil dan besar ini. Iaitu seperti berikut:-
① Malhamah Kubro
(Persengketaan Besar Antara Dunia) atau Perang Dunia... ke-3. Ditandai dengan mangkat Raja Saudi lantas 3 orang puteranya berebut takhta namun tiada seorang pun dapat peluang itu.
② Kemunculan Khalifah Allah alMahdi.
Beliau dibaiat di depan Kaabah dalam bulan Muharram. Tanda-tandanya musim salju turun di padang pasir kini.Tentera Sufyani (Arab dari Syria) tenggelam kerana ingin menangkapnya di daerah Baida'.
③ Kemaraan Tentera2 Panji Hitam dari arah TIMUR DUNIA.
Kubunya di sebelah Khurasan (Pakistan kini). Mereka pertahankan kubu itu dan melawan India sehingga dapat menawannya. Allah membantu mereka sehingga tidak dapat dikalahkan. Tenteranya sangat canggih dengan izin Allah, Insya Allah. Seluruh daerah sekitarnya menjadi sekutu. Seluruh Timur Tengah akan dibebaskan. Ia dibantu oleh Bani Jawi. Baitul Maqdis akan dibebaskan.
④ Kekalahan pihak Rom (kini pihak Rom yg dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu ialah kuasa besar dunia iaitu USA, EROPAH dan konconya).
Mulanya mereka melawan seteru yang sama-sama merebut daerah kepentingan mereka akhirnya seterunya menang. Rom dibantu oleh ALMAHDI DAN MUSLIMIN MEMPEROLEHI KEMENANGAN. Akhirnya Rom belot dan kalah pula di tangan Pihak Islam.
⑤ Kemenangan Tentera Panji Hitam dan pihak muslimin.
Imam alMahdi dilantik menjadi khalifah memimpin Dunia seluruhnya di atas landasan syariat islam mengikut sunnah Rasulullah SAW. Keamanan Sejagat dan Keberkatan Islam sebenar sehingga binatang berbisa dan liar boleh berkawan. Hormat menghormati sesama makhluk. Menurut beberapa riwayat ia berlansung selama 10 tahun dan ada juga meriwayatkan 9 atau 7 tahun. Kemudian ia diganggu oleh munculnya Pembohong Besar Dajjal.
⑥ Muncul sosok AlMasih AdDajjal
Mengacau kerukunan ummat manusia dan orang2 beriman. Ia menggunakan sihir, syaitan dan teknologi canggih yang tidak diberikan oleh Allah kepada manusia lain, itulah ujian Allah pada manusia. Mulanya ia mengaku rasul dan lepas itu mengaku tuhan. Ia mengajak ke arah kesesatan dengan menawarkan syurga dan neraka. Ia merupa kepada manusia sebagai Isa AS tapi sebenarnya topeng sahaja.
⑦ Turunnya Nabi Isa alMasih AS.
Turunnya di dekat Menara Putih milik sebuah gereja Orthodox di pekan kecil Damsyik. Tiang2 Salib dipatahkan dan semua babi dibunuh. Ada golongan Yahudi dan Nasrani memeluk Islam. Baginda membunuh AlMasih Ad Dajjal depan Bab alLudd dan mengalahkan tentera, konco2 serta pengikut Dajjal. Baginda memimpin ummat islam membunuh Yahudi sehingga ada yang bersembunyi disebalik pohon Gharqad. Pohon Yahudi. Wallahua'lam.
@Hidden_history
Pelan Pembahagian oleh (PERTUBUHAN BANGSAT-BANGSAT BERSATU) PBB untuk Palestin 1947
@Hidden_history
PERISYTIHARAN NEGARA HARAM ISRAEL
Perisytiharan penubuhan negara Israel dibuat pada 14 Mei 1948 pada hari berakhirnya Mandat British atas Palestin. Negara Israelditubuhkan secara rasmi di atas kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Mandat British atas Palestin, bersama-sama dengan penubuhan Negara Palestin pada 7 bulan berikutnya tahun yang sama.
Kemungkinan menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi sudah menjadi matlamat Zionis sejak akhir kurun ke-19. Pada tahun 1917 dan Perisytiharan Balfour, idea untuk melobi sokongan kuasa besar semakin kuat dan melalui Perisytiharan Balfour, kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang Yahudi dan negara untuk orang Arab. Cadangan ini ditolak atas alasan tidak akan berjaya oleh kerajaan Britain dan menjadi salah satu sebab kepada pemberontakan Arab 1936-1939 di Palestin.
Dalam menghadapi keganasan yang memuncak, kerajaan Britain menyerahkan masalah untuk diselesaikan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu(PBB). Hasilnya adalah Resolusi 181 yang membahagikan Palestin di antara orang Yahudi dan Arab. Yahudi menerima 56% kawasan mandat British yang diduduki oleh ramai orang Yahudi sementara Jerusalem akan ditadbir oleh PBB. Pelan ini diterima oleh majoriti masyarakat Yahudi tetapi ditolak oleh masyarakat Arab.
Pada 29 November 1947, pelan ini diundi dalam Perhimpunan Agung PBB. Keputusannya 33 menyokong, 13 menentang dan 10 berkecuali. Semua negara Arab menolak pelan tersebut dan mencadangkan pelan dibawa ke Mahkamah Antarabangsa kerana tindakan Perhimpunan Agung yang melanggar hasrat majoriti penduduk Palestin. Cadangan negara Arab ini tidak mendapat sokongan. Pembahagian akan berkuatkuasa sebaik sahaja Britain berundur dari wilayah Palestin iaitu pada 15 Mei 1948.
@Hidden_history
#390
Canadian firefighters seal an oil well in Kuwait after Iraqi sabotage during the Gulf War, 1991
@Hidden_history
#388
A quiet mosque in Palestine, 1926
@Hidden_history
#386
Salasilah kaum berkulit gelap
@Hidden_History
✳ SYRIA-RUSIA
20 November, Presiden Vladimir Putin mengumumkan bakal mengakhiri operasi ketenteraan mereka di Syria. Media melaporkan mereka telah menang dalam pertempuran di negara tersebut. Namun begitu, US menyangkal kenyataan Rusia dengan berkata bahawa ISIS masih belum kalah.
Secara umumnya Syria kembali didominasi oleh rejim Bashar. ISIS pula hanya membuat kacau di sempadan Turki dan Iraq sahaja. Iran pula sedang membina pengkalan tentera mereka berhampiran Damsyik, ibu negara Syria. Perkara ini mendapat kecaman hebat dari Tel Aviv malah pihak media melaporkan cubaan serangan daripada Israel terhadap pengkalan yang berjiran dengan kem ketenteraan Syria.
✳ SENARAI PENGGANAS
21 November, satu kenyataan bersama dibuat antara Saudi, UAE dan Bahrain dengan menyenaraikan beberapa individu dan agensi yang berkait dengan pengganas. Antara yang disebut adalah Dr Yusof al-Qardawi, bekas pemimpin Ikhwanul Muslimin dan beberapa pemimpin gerakan Islam lain, selain agensi media dan organisasi syiah di Bahrain. Selepas itu ditambah beberapa nama lagi termasuk Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang berpusat di Qatar.
✳ MASJID MESIR DISERANG
24 November, masjid Rawda di semenanjung Sinai, Mesir telah diserang mengakibatkan kira-kira 150 orang terkorban. Mesir sebelum itu telah menarik balik sokongan ketenteraan kepada Nato Arab bagi memerangi Iran walaupun masih menyokong tindakan Saudi dan negara terbabit dari segi politik.
Pengeboman di Sinai dipercayai berkait dengan perkembangan tersebut, selain desakan agar menerima perjanjian penyelesaian Israel-Palestin yang disebut sebagai Deal of The Century. Ia melibatkan Mesir dengan Israel, Amerika dan Jordan.
✳ BAITULMAQDIS
6 Disember, Trump mengisytiharkan Jurusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibunegara Israel dan akan memindahkan kedutaan mereka daripada Tel Aviv ke sana. Sekali lagi umat Islam seluruh dunia memprotes, tetapi pemimpin politik Islam menunjukkan reaksi yang berbagai ragam.
Kerajaan Mesir menghalang sebarang himpunan bantahan diadakan di negara terbabit. Saudi pula mencadangkan agar dilepaskan sahaja Baitulmaqdis kepada Zionis, dan mencadangkan Abu Dis sebagai ibunegara ganti Palestin. Turki pula sebelum itu menyatakan akan memutuskan hubungan dengan Amerika jika mengisytiharkannya, tetapi sehingga kini tiada kenyataan susulan selain mengkritik di persidangan OIC di Istanbul pada 13 Disember.
✳ ALI SALEH
10 Disember, bekas Pesiden Yaman Ali Abdullah Saleh mati dibunuh. Beliau setelah jatuh dari takhta, telah berpakat dengan Houthi bagi menimbulkan kekacauan di Sanaa bagi menggugat kepimpinan Presiden Robuh Mansour Hadi. Namun beliau disyaki belot apabila menyalurkan maklumat kepada Saudi tentang kedudukan Houthi, menyebabkan dirinya terbunuh.
Beliau merupakan presiden pertama Republik Yaman sejak penggabungan antara Utara dan Selatan tahun 1990. Terkenal dengan ayat 'menari di atas kepala ular' kerana kebijaksanaannya 'menyatukan' pelbagai kabilah berpengaruh di sana dengan berbagai taktik yang pragmatik. Tetapi akhirnya segala tembelangnya pecah.
Itulah beberapa perkara yang melatari ambang 2018. Kesemua perkara ini perlu diambil kira dalam membaca unjuran politik dan masa depan umat Islam pada 2018. InsyaAllah saya akan sambung tulisan ini, khusus mengenai ramalan perkara-perkara penting yang bakal berlaku pada bahagian kedua nanti.
12 Rabiul Akhir 1439
30 Disember 2017
Credit: (Alang Ibn Shukrimun)
@Hidden_history
2018 DAN MASA DEPAN UMAT ISLAM
BAHAGIAN 1: RUMUSAN 2017
Sebelum berbicara mengenai 2018, ada baiknya untuk kita muhasabah dahulu keadaan ummah sepanjang tahun ini. Pasti ada kaitan antara satu sama lain. 2017 meninggalkan kita dengan berbagai episod mengejutkan. Berikut adalah ringkasan babak-babak penting geo-politik mengikut kronologi.
✳ TRUMP
Didahului dengan pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika yang sah pada 20 Januari. Beliau mengorak langkah yang agak pelik berbanding presiden-presiden lain. Amalan biasa presiden Amerika adalah melawat negara-negara sekutu terdekat mereka dalam masa sebulan selepas mereka menaiki takhta. Antara negara yang biasa dilawati adalah jirannya Canada, Mexico, dan negara-negara Eropah.
Berbeza dengan Trump, beliau menangguhkam lawatan pertama ke luar negara kira-kira empat bulan lamanya. Kelewatan itu dipercayai disebabkan proses 'grooming' yang dilalui Trump untuk bergerak selari dengan agenda Zionis.
Beliau merupakan calon bukan zionis yang berjaya menjadi presiden menewaskan calon pilihan Hilary Clinton. Selepas beberapa bulan, banyak sikap Trump berubah terutama berkait politik luar Amerika yang pada masa kempennya bersifat isolationist dan protectionist.
✳ ISMAEL HANIYEH
6 Mei 2017, bekas Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh dipilih sebagai Ketua Biro Politik Hamas yang baharu menggantikan Khaled Mesyaal. Pertukaran jawatan tersebut menyebabkan berlakunya perubahan dasar Hamas terhadap Iran. Hubungan antara Hamas dan Iran kembali utuh selepas beberapa bulan terjejas ekoran Hamas yang terpengaruh dengan politik arab mengecam Iran.
Dengan hubungan antara Hamas dan Qatar yang semakin lemah waktu itu, Haniyeh mengambil tindakan berani memperbaiki semula hubungan dengan Iran dengan melakukan kunjungan rasmi dan mengeluarkan kenyataan penghargaan terhadap bantuan negara tersebut sehingga kini.
✳ RIYADH SUMMIT
Pada 20 Mei 2017, Trump memilih Arab Saudi sebagai destinasi pertama lawatan antarabangsanya sebelum ke Israel dua hari selepas itu. Di Riyadh, Trump telah mengumpulkan kesemua pemimpin negara umat Islam dari seluruh dunia dalam sebuah persidangan. Daripada 57 negara OIC, sebanyak 55 wakil negara Islam terlibat dalam persidangan ini termasuk Saudi. Hanya Iran dan Syria yang tidak diundang.
Dalam persidangan tersebut, Trump menekankan soal pengganas dan menganggap Iran sebagai pengganas utama dunia yang perlu dihapuskan. Walaupun beliau menyatakan keganasan tidak ada kena mengena dengan mazhab atau fahaman, tetapi beliau menuduh Iran dan Hezbollah sebagai punca utama konflik di Asia Barat. Ironinya, ia tidak ditujukan sama sekali kepada ISIS.
Persidangan telah mencapai satu resolusi penting iaitu berikrar untuk memerangi keganasan. Ini bukan suatu yang pelik kerana sejak zaman George W.Bush lagi telah mengisytiharkan War On Terror. Cuma bezanya, kali ini Amerika telah berjaya mengumpulkan pemimpin Islam bagi melakukan pengisytiharan yang sama.
✳ NATO ARAB
Persidangan itu telah berjaya menggerakkan pakatan tentera bersekutu arab yang dikenali sebagai Nato Arab atas alasan memerangi keganasan. Dipimpin oleh Saudi atau lebih spesifiknya Menteri Pertahanannya Muhammad bin Salman, objektif pertamanya adalah untuk menyokong misi ketenteraan pakatan tentera Saudi ke atas Yemen yang dilancarkan sejak 2015.
Dengan penglibatan Nato Arab, serangan ke atas Yemen menjadi semakin dahsyat. Fokus utama mereka adalah untuk menyekat kemaraan pengaruh Iran yang kini berjaya melobi kabilah Houthi, satu kabilah yang sebelum ini didanai oleh Saudi bagi mencetuskan huru-hara sejak perang saudara sekitar 60an.
✳ YEMEN
Yemen menjadi lokasi kritikal buat kuasa barat kerana ia terletak di selat Bab el-Mandab, selatan Laut Merah. Selat itu menjadi laluan laut utama barat ke timur melalui Terusan Suez di sebelah utara. Penguasaan Iran ke atas Yemen melalui Houthi mengancam kepentingan ekonomi Amerika dan juga zionis. Teknologi ketenteraan yang dimiliki Iran mampu menghantar misil ke seluruh permukaan Selat Bab el-Mandab.
@Hidden_history