hikayatperindu | Unsorted

Telegram-канал hikayatperindu - Hikayat Perindu

656

Subscribe to a channel

Hikayat Perindu

Setahun ye tak update 😁

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Malam ke-712.

Perindu itu masih duduk di tempat yang sama —
bawah langit yang kini lebih bisu daripada semalam.
Langit tak lagi membisik namanya,
hanya bunyi hujan yang malas mengetuk jendela hati.

Di tangannya,
ada surat yang tak pernah dihantar.
Kertasnya sudah kuning,
tapi tintanya masih berdarah.

> “Andai kau tahu,
betapa aku masih menyimpan hari terakhir kau pandang aku —
bukan sebagai siapa-siapa,
tapi sebagai seseorang yang hampir menjadi rumah."



Namun perindu itu tahu...
rindu bukan undangan yang perlu dibalas.
Ia cuma ritual sunyi,
untuk mereka yang sanggup mencintai
dalam kehilangan.

Pernah dia cuba berhenti.
Pernah dia cuba lupa.
Tapi setiap kali dia buang satu kenangan,
angin akan bawa kembali baunya —
bau kau yang tinggal dalam lipatan waktu.

Dan malam pun bertanya:
“Kalau dia tak pernah kembali, kenapa kau masih di sini?”
Perindu itu senyum,
dan kali ini matanya bergenang,
tapi tidak tumpah.

> "Kerana setia bukan menunggu orang kembali,
tapi berpegang pada janji hati...
walau hanya aku yang masih percaya."

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Rindu dirasa, membara di dalam dada.

Menjelma lembut, menyapu hatiku yang sepi.

Namamu dipanggil, di setiap hembusan angin,

Semoga waktu membawa dekat kita, pada akhirnya.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Tidak ada manusia yang sempurna kerana kita ni pendosa. Tidak perlu menghukum kerana tugas kita hanya memperbaiki diri.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Jika memang berpisah adalah sebuah keharusan, maka engkau akanku relakan.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

kadang kita perlu membisu , supaya kita tahu siapa yang masih memerlukan kita .

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

ketika mulut terkunci sementara , hanya titisan air mata sahaja yang dapat mengungkapkan cerita disebalik riak wajah yang terluka .

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semuanya...
Harap semua sihat walafiat.

Sis nak lalu sebentar. ✍🏻

Читать полностью…

Hikayat Perindu

happy friday.

may Allah take off all your sadness and replace it with happiness 🍃

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

HAPPY NEW YEAR EVERYONE! Semoga yg baik2 untuk korang semua 🥰🎉

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Terima Kasih Cinta EP1

Credit DMJ

Читать полностью…

Hikayat Perindu

sulit untuk menyakinkan lalat bahawa bunga itu lebih indah daripada sampah. semoga kita tidak jadi seperti lalat yang hanya mendekat pada sampah tapi melihat ada bunga disekitarnya.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

sekuat mana rasa ini andai ia sekadar bertepuk sebelah tangan tetap takkan berbunyi dan akhirnya memilih untuk mengalah dan pergi.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Buat kalian yang sedang lost🥺

Jangan risau. Sebenarnya kita tak lost, tapi kita sedang menikmati perubahan hidup yang baru. Percaya, rasa lost ataupun hilang diri ini adalah satu proses untuk kita jadi lebih baik andai kita betul2 sabar dan usaha untuk perbaiki semula hati✨

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Malam ke-894.

Perindu itu akhirnya membuka kotak lama —
yang sudah berhabuk dan berbau kayu tua.
Di dalamnya, terselit satu surat.
Lama.
Lama sangat.
Masih tertulis nama yang satu itu,
tapi belum pernah dibaca.

Bukan sebab tak sempat.
Tapi sebab dia takut.
Takut kalau isinya adalah noktah.
Takut kalau kata-kata terakhir itu
membunuh sisa harap yang tinggal.

Namun malam itu,
entah kenapa, tangannya gigil,
tapi berani.
Perlahan, dia koyak pembalutnya.
Surat itu pun dibuka — dan dunia sunyi.

> “Maaf…
Aku tak tahu bagaimana nak jadi milik kau,
bila aku sendiri masih tak tahu siapa aku.”



Perindu terdiam.

Bukan kerana patah,
tapi kerana akhirnya dia tahu:
bukan dia yang ditinggalkan,
tapi hatinya yang terlalu ingin memiliki sesuatu
yang belum siap untuk dimiliki.

Dia senyum — pahit.
Mata tak bergenang kali ini.
Kerana rindu yang paling menyakitkan,
ialah bila kau sedar...
kau bukan ditinggalkan,
tapi tidak pernah benar-benar disambut.

Dan malam pun berkata:
“Sekarang kau tahu.”

Perindu hanya balas:

> “Ya. Dan esok… aku akan mula menulis tentang aku — bukan dia.”

Читать полностью…

Hikayat Perindu

HIKAYAT PERINDU

Di satu penjuru waktu,
ada seorang perindu —
yang tidak pernah disebut namanya,
kerana namanya hanya hidup
dalam bisikan angin dan keluhan langit.

Dia menunggu.
Bukan kerana tiada pilihan,
tetapi kerana hatinya memilih untuk setia,
walau dunia sudah bergerak tanpa suara yang dinanti.

Dia menulis —
bukan surat, bukan puisi,
tapi diam yang panjang,
di atas helaian malam yang tak pernah putih.

Katanya:

> “Jika kau tak kembali pun,
biarlah aku tetap di sini —
bukan sebagai kenangan,
tapi sebagai bukti,
bahawa cinta sebenar tak perlukan balasan,
cukup sekadar ada.”



Dan bulan pun bertanya,
“Masihkah kau menunggu?”
Perindu itu senyum,
dan angin pun tahu,
jawapannya adalah:
"Ya, selagi aku bernyawa."

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Dalam heningnya malam,
Rindu membentuk senyum di bibir,

Tak sabar menunggu bertemu,
Dalam dekap mesra, rindu kita berpadu.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Melalui badai kehidupan, hatimu yang setia tetap tidak hancur.

Ikatan yang terjalin dalam cinta, kekal dan benar.

Pada masa suka atau duka yang menyakitkan, awak berdiri di sisi saya dengan mata air yang kekal.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Kerana kita dipertemukan hanya untuk bercerita, bukan untuk bersatu dan berakhir bahagia hingga ke penghujung cerita.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Manusia tidak dapat meramalkan dengan siapa mereka akan jatuh cinta pada masa hadapan.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

lelaki yang setia akan berusaha untuk meminta maaf setelah melakukan kesilapan kerana takut kehilangan insan yang dia sayang .

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Apabila Allah (ﷻ) telah menulis yang baik untuk kamu, tidak ada yang dapat mengambilnya.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Salam Nisfu Sya’ban ✨🌙

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Perempuan itu seperti buku tebal. Hanya lelaki sabar yang mampu membaca sampai helaian terakhir — 🕊🤍

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Bangun hari ini dengan semangat yang baru.

1. Nak ubah diri.
2. Jadi terbaik versi diri sendiri.
3. Nak jadi hamba yang solehah.
4. Orang yang bermanfaat.

Bismillah, selamat pagi.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Sambil baring sambil pegang hati. Sudah cukup ke apa yang aku dah buat harini ?

Sering-sering tanyakan diri dan apa yang sudah kita perjuangkan setiap hari. Jika belum, tanamkan azam untuk esok pagi, kita kena buat lebih lagi dari yang harini.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Jangan kerana perasaan sendiri,
Orang lain tersakiti.

Perasaan yang ada itu fitrah.
Jangan hanya kerana fitrah hidup menjadi tak tentu arah.

Sedangkan kita layak untuk kecapi bahagia bersama orang yang kita sayang.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Bukan tentang berapa lama kita melangkah tapi tentang sejauh mana kita cuba berusaha.

@HikayatPerindu

Читать полностью…

Hikayat Perindu

Jangan pernah menangis untuk seseorang yang menyakitimu. Tersenyumlah dan katakan 'terima kasih' kerana dia telah memberimu kesempatan untuk menemukan seseorang yang lebih baik.

@HikayatPerindu

Читать полностью…
Subscribe to a channel