Kitä berdäkwäh dän mengäjäk oräng läin ke äräh kebäikän bukän bermäkna kitä sudäh bäik ätäu näk tunjuk bäik. Täpï ïtuläh usähä kitä untuk menjädï bäik.🍃✨ سبحان الله• الحمد لله• الله أكبر #sharingilmu -171218-
Dan, Kesimpulannya minta maaf dan memafkan itu indah.
Tak kesahlah, Kau yang salah atau dia atau aku? Aku mintak maaf, Kau minta maaf, Dia minta maaf. Kosong kosong. Hati tenang, Jiwa pon lapang.
Cukup setakat kat dunia kita berhujjah. Akhirat nak berhujjah lagi buat apa? Tak de masa.
Sebagai Orang Islam, Aku nak semua orang yang aku kenal, Atau tak pernah kenal aku. Masuk sama sama dalam syurga.
Kan indah. Bukan, Tarik ke pintu neraka bila hampir ke pintu syurga. Kau, masing masing ada akal. Fikir, Tepuk dada tanya iman.
@kalamsepi 🍃✨
Hidup ini adalah pilihan.
Adakah mahu terus bermimpi indah atau merealisasikan impian?
Adakah mahu bangkit sewaktu jatuh atau tetap terus baring tersungkur?
Adakah mahu menjadi kuat atau seorang yang lemah?
Adakah mahu menjadi seperti merata manusia didunia atau berbeza dari kebanyakkan orang?
Adakah mahu menjadi pemenang atau seorang yang kalah?
Berbuat dosa atau pahala.
Syurga atau neraka.
Segala jawapan ada pada kau. Hanya kau yang mampu menetukannya.
Pilihlah.
@kalamsepi 🍃
Ijazah Sholawat Yang Dibaca Habib Munzir Al Musawa
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم✨
p/s : saya dowload kan dari youtube
@kalamsepi 🍃
Mungkin kau dapat kawan yang elok ,
Mungkin kau dapat parents yang okey , mungkin awak dapat suami yang baik .
Tapi perlu ke kau perlekehkan orang yang takde semua tu ? ujian Allah bagi lain lain .
Tolong jangan perlekehkan . Just doakan orang lain bahagia macam kau . okey ?
-budaklebah
@kalamsepi
🪄شهر الله رجب🪄
[Niat] :
نويت كمانوى مشايخنا وأسلافنا الصالحين عند استقبال شهر رجب و في أوّل ليلة من رجب و في كل يوم من شهر رجب
🪄Aku niat memperbanyak Istighfar, Puasa Sunnah, Sedekah, Beramal Kebaikan yang membawa keredhaanmu ya الله.
🪄Aku niat taubat nasuhah dari kesalahan dan dosa yang saya kerjakan sengaja maupun tidak sengaja.
🪄Aku niat taubah dari amal-amal wajib yang tidak kami kerjakan sengaja maupun tidak sengaja
🪄Aku niat taubah dari perbuatan ma'siat yang masih kami kerjakan sengaja atau tidak sengaja
🪄Aku niat menjaga mata dari melihat hal-hal yang tidak Engkau redhai
🪄Aku niat menjaga lisan dari ucapanyang tidak Engkau redhai (Meng Ghibah, Mengadu Domba, Nerbohong, Membuka aib orang dan sebagainya)
🪄Aku berniat menjaga tangan dan kaki dari menggerakkannya dari sesuatu yang tidak Engkau redhai
🪄Aku berniat menjaga hati dari penyakit-penyakit (Ujub, Sombong, Riya', Su'udzon, Cinta dan mengagungkan dunia, Suka dengan hal-hal yang tidak Engkau sukai dan sebagainya)
🪄Aku berniat menghiasi hati dengan kebaikan-kebaikan yang Engkau redhai yang sesuai dengan jalan Rasulullah SAW.
يا الله
Bukakanlah pintu taubah dan kebaikan pada kami, kami tidak mampu berbuat kebaikan, dan tidak mampu berhenti dari perbuatan dosa kecuali mendapat taufik dan kemudahan dari mu.
يا الله
Berkatilah kami di bulan rejab dan sya'ban, sampaikanlah kami di bulan romadhon dalam keadaan yang baik lagi indah, lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
اللهم هذا الدعاء ومنك الإجابة وهذا الجهد وعليك التكلان...ولاحول ولا قوّة إلاّ باالله
@kalamsepi💙🍃
Everyone hides their own flaws
We're battling our own wars
Knowing we'll either win or fall
@kalamsepi🍃
Duhai Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan bulan Sya'ban, serta sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan 🤲 .
Alhamdulillaah... bertemu bulan Rajab. Semoga dapat bertemu dengan bulan Sya'ban dan lalu bertemu lagi dengan bulan yang diidamkan dan dinantikan.. bulan Ramadhan 🤲🥺
@kitabdoa 📚📚📚
Selaku rakyat KOREA yang menetap di JOHOR MALAYSIA😂.
Saya merasa amat bimbang ye.
"Macam mana nak jadi cantik/hensem kurus/sihat?"
Dengan menjaga amanah Allah dengan baik.
So, Kau akan rasa nak memulangkannya dalam keadaan yang terbaik.
@kalamsepi🤸
Kenapa Allah ciptakan rindu?
Allah ciptakan perasaan rindu, untuk manusia sentiasa ada sikap menghargai,
Manusia semuanya dalam lingkaran waktu, dan waktu itu terhad,
Ianya akan pergi, maka hargai seorang insan sebelum dia pergi.
@kalamsepi💚✨
Rindu ini mencari pemiliknya. Punya sayap yang bebas terbang dalam rupa doa yang selalu dilangitkan. Hingga nanti moga ia hinggap ke ruang yang ditujukan.
Ketika waktu mengulit kenangan, rindu tidak dapat dihindari. Berteriak dalam sepi dan membakar setiap ingatan.
Biarlah jarak luas terbentang, biarlah waktu selalu memisahkan. Kejauhan selalu mengajarkan untuk lebih mengerti dan menghargai.
Rindu ini terlalu dalam, tiada tepian. Bisa mati menanggung, hanya pertemuan sebagai penawar.
@kalamsepi🐳💙
COUNTING DAY'S ⏱
64 days's left 🙌
Orang yang seronok berpuasa,
Ramadhan ditunggu dengan kegembiraan dan sedih apabila tamat.
Orang yang puasa berseronok,
Tersiksa jiwanya kerana kedatangan ramadhan, dan merasa lega dan gembira apabila ianya tamat
@kalamsspi🍃
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد.
@kalamsepi🍃
Sepi yang kau lalui adalah sebuah pengajaran bahawa kau akan sendiri di akhir hidup. Sunyi dalam kegelapan dan tiada kawan mahupun teman.
Jangan takut untuk berbicara dengan rasa, ia hanyalah bayangan yang muncul ditengah-tengah gelombang perasaan. Ia bukan jasad yang mampu kau takutkan. Ia hanyalah persepsi yang muncul seperti paparan di skrin layar lebar yang pernah menjadi tontonan.
Lawanlah dengan senyuman. Katakan bahawa ianya cuma berada dalam genggaman. Mengapa perlu bersembunyi dicelah-celah lorong masa silam. Ia telah berlalu walaupun seminit tadi. Kau pasti tak akan mampu ulangi bukan?
Apapun terjadi, berjalanlah tanpa henti...air mata tertahan, waktu untuk dijatuhkan. Tenang. Ia sebenarnya sebuah program perasaan yang kau boleh laraskan.
@kalamsepi🍃
Jangan sama kan pertanyaan dengan tuduhan. Soalan dengan tuduhan. Permintaan dengan tuduhan.
Allah pon suruh hamba dia untuk bertabayyun. Maksud dia selidik, Bila tau perkara perkara yang tersebar.
Sebab tu, Jangan jadikan diri kita sebagai bahan fitnah. Kalau boleh elak fitnah tu, Elak. Kalau ada bukti yang boleh pertahankan diri kau. Why not, Prove it. Show it.
-Fitnah tu datang dari olah tangan kita sendiri. Jadi hati hati dengan setiap perkara yang kau buat. Tak kesahlah. Alam maya @ Realiti.
😎👌
@kalamsepi 🍃✨
Masalah tu jadi rumit , apabila kau banyak mengeluh ,
Mengeluh mengatakan , masalah itu beban ,
Mengeluh mengatakan kau terlalu penat .
Ubah persepsi , masalah bukan beban .
Masalah , adalah ujian , untuk kau semakin dekat dengan tuhan .
-budaklebah-
Telegram.me/kalamsepi
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد.
Mengapa ku mengenalmu selepas kepergian mu😌
@kalamsepi🍃
Teman, bermula malam ini, sebelum tidur kita istighfar sebanyak mungkin sebelum tidur.
Kenapa?
Sebab Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur ; "astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih", maka diampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia."
(Riwayat at-Tirmizi)
Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk istighfar setiap hari sebelum tidur. Ameen.
#tarbiahsentap
Telegram.me/kalamsepi
Perbanyakkan zikir di bulan rejab. Dan sebaik-baik zikir adalah ISTIGHFAR,
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ
✨[USTAZAH HALIMAH AL AYDRUS]❤️✨
@kalamsepi 🍃
Perihal melupakan itu ada dua,
1] Tidak bisa, atau
2] Tidak mahu
Muhasabah.
Selamat malam yoww👊😎.
Esok jangan lupa puasa🪄
@kalamsepi🍃
[Takdir dan Cinta]
Takdir dan Cinta adalah sesuatu yang tidak selalu sejalan,
Sebab takdir adalah sesuatu yang mutlak untuk sebuah ketetapan.
Sementara cinta adalah suatu kemurnian perasaan yang tumbuh dalam dada tanpa adanya paksaan,
Ia hadir dengan ikhlas tanpa takut nantinya akan bermuara pada kebahagiaan atau kesedihan.
#terlalumahujaditerbaik
#masihjugakurang
@kalamsepi 🍃
Mutiara Kata Ali bin Abi Thalib - Tentang Kehidupan
1. Orang yang cantik tidak selamanya orang baik, tapi orang yang baik selalu cantik.
2. Lebih mudah mengubah gunung menjadi debu daripada menanamkan cinta di hati yang dipenuhi dengan kebencian.
3. Orang yang penuh harap akan terus mencari, sementara orang yang penuh ketakutan akan melarikan diri.
4. Yakinlah, ada sesuatu yang menantimu setelah sekian banyak kesabaran (yang kau jalani), yang akan membuatmu terpana hingga kau lupa betapa pedihnya rasa sakit.
5. Jangan merasa kesepian berada di atas jalan kebenaran hanya kerana sedikitnya orang yang berada di sana.
@kalamsepi 🍃
•Jauh•
Lagu yang diputar mengikut rentak jiwa. Fikiran mula liar, memori menjelma dan rindu juga kembali pada bayang yang terselit di celah-celah kenangan.
Jalan-jalan yang dilalu, simpang-simpang yang dipilih dan destinasi yang dituju membawa jauh kembali ke saat itu. Saat dimana jarak dan waktu selalu menyatukan. Memberi kita ruang dan peluang untuk saling perlu dan menghidupkan.
Dunia terlihat mengasingkan hingga dia menjadi begitu asing. Ternyata kita yang yang dulu pernah berjanji untuk berjalan bersama rupanya tidak pernah searah.
Mimpi yang disadur seakan mula kabur kerana segala harap jauh dari tertunai. Penantian masih belum jumpa titik temu kerana yang dinanti masih belum kunjung tiba. Perasaan yang terbuku masih menghambat kerana itu aku masih disini sedangkan kehadirannya telah jauh meninggalkan. Barangkali dia tidak akan pernah pulang kemari walau sejenak.
Mungkin sudah masanya untuk aku berganjak dari kenangan dan meninggalkan mimpi jauh kebelakang.
@kalamsepi🍃
SEBELUM TIDUR 🌙
1⃣ Bersihkan diri
2⃣ Baca Surah Al-Mulk
3⃣ Solat Witir
4⃣ Muhasabah diri
5⃣ Perbaharui Taubat
6⃣ Memaafkan Orang
7⃣ Berzikir, Selawat, 3 qul
8⃣ Set Jam
9⃣ Baca Doa tidur dan 💤
Jangan lupa, Bangun QIAMULLAIL.
@kalamsepi🍃
•Aku dan Al Quran•
Dahulunya kita sangatlah rapat,
Kemana-mana pun bersama,
Dahulunya kita adalah sahabat,
Yang tidak akan terpisah, kononnya.
Dimana kita yang dulu,
Kita yang dulu sudah hilang,
Hilang dek masa.
Aku rindu.
@kalamsepi🍃
وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Mungkin الله nak uji sekejap. Ikut ketahanan dan ketetapan hati, Berbalik pada niat🌸.
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُۥۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَیۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِیدِ
Yang paling dekat dengan kita, الله. DIA Maha Mengetahui setiap bisikan hati kite🌸.
#staystrong
@kalamsepi🍃
Alkisah seekor rusa betina sedang sarat bunting.
Ketika hampir detik-detik untuk melahirkan, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di pinggir hutan yang berdekatan dengan sungai.
Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !
Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.
Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap sedia untuk melesatkan anak panah ke arahnya.
Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang sedia untuk menerkamnya.
Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :
1. Mati dimangsa singa.
2. Mati terkena panah.
3. Mati terbakar.
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.
Yg jelas ...
Bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.
Lalu apa yang harus ia lakukan?
Bersedih dan merintih?
Menangis dan menjerit?
Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah?
Atau menyerah pada keadaan?
Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.
Lalu apa yang terjadi?
Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu terus mati di situ.
Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.
Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa tersebut.
Rusa pun melahirkan dengan selamat !
Sahabatku....
Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.
Masalah di tempat bekerja,
masalah di dalam rumah,
masalah di jalan,
masalah dengan anak-anak kita semuanya datang bersamaan.
Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..
Lalu apa yang harus dilakukan?
Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya.
Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !
Selebihnya serahkan kpada ALLAH
Karena Allah lah yang mengatur jalan kehidupanmu..
Saudaraku...
Sungguh TUHAN menyayangi hamba-NYA melebihi kasih sayang ibu pada anak2nya.
DIA lah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan menyembuhkan luka-lukamu.
Jangan berkata, ya Tuhan, "aku memiliki masalah yang besar…"
Tapi katakan, Hei masalah, aku memiliki ALLAH Yang Maha Besar!
Tetap dan teruskan istiqomah ke arah kebaikan.
Kredit: 🐳
@kalamsepi🍃