mujahidhuffaz | Unsorted

Telegram-канал mujahidhuffaz - ؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

-

🌵 جهاد في سبيل الله ،☝ Goncanglah Dunia dengan Dakwahmu.💚 Mantapkan akhlakmu.💚 Kuatkan hafazanmu.💚 Jadikan Al-Quran sebagai sahabatmu.💚 Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT.💚 Maka Dakwahmu Pasti Berjaya! " 🌵💚 🌎HuffazulQuran 💚

Subscribe to a channel

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Kaedah pembacaan Al-Quran yang tepat adalah dengan menggabungkan lidah, akal, dan juga jantung hati.

Kata Al-Imām Al-Ghazāli رحمه الله (w. 505 h.) :

وَتِلَاوَةُ الْقُرْآنِ حَقَّ تِلَاوَتِهِ هُوَ أَنْ يَشْتَرِكَ فِيهِ اللِّسَانُ وَالْعَقْلُ وَالْقَلْبُ فَحَظُّ اللِّسَانِ تَصْحِيحُ الْحُرُوفِ بِالتَّرْتِيلِ وَحَظُّ الْعَقْلِ تَفْسِيرُ الْمَعَانِي وَحَظُّ الْقَلْبِ الِاتِّعَاظُ وَالتَّأَثُّرُ بِالِانْزِجَارِ وَالِائْتِمَارِ

Terjemahan : Membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan adalah, seseorang itu menggabungkan lidah, akal, dan jantung hati padanya. Bahagian lidah adalah memperbetulkan huruf-huruf secara tartīl. Bahagian akal pula adalah mentafsir makna-makna ayat. Manakala bahagian hati adalah mengambil pengajaran dan kesan dari ancaman dan arahan Al-Quran.

Kemudian beliau menyambung :

فَاللِّسَانُ يُرَتِّلُ والعقل يترجم والقلب يتعظ

Terjemahan : Maka lidah memperbaiki bacaan, akal menterjemah kefahaman, manakala jantung hati mengambil pengajaran.

Rujuk Ihyā’ ‘Ulūm Al-Dīn, Al-Ghazāli (1/287)

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

إنا لله وإنا إليه راجعون.
اللهم اغفر لهم وارحمهم, وعافهم واعف عنهم, وأكرم نزلهم ووسع مدخلهم, واغسلهم بالماء والثلج والبرد.. 🤲🏻

Allah sedang memuliakan dirimu, Nurly Shahirah al-Hafizah bt Azman.

Dalam sejumlah mangsa yang telah pergi, ada seorang ahli al-Quran. Perjalanannya utk menuntut ilmu, dan pulang dalam keadaan yang dicemburui.

Semoga berkumpul bersama ahli al-Quran, ditemani al-Quran yang seringkali dikau ulangi, dan mudah-mudahan ia menjadi syafaat buat dirimu & ahli keluarga di sana kelak. 😢

Sedih menyelubungi hati ini. Apa jua yang berlaku, jagalah kata-kata utk ucapkan apa yang Allah reda sahaja. Takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dlm nahas ini.

Ya Allah lapangkan hati ahli keluarga dan kenalan mereka semuanya utk terima pemergian insan tersayang dan sembuhkanlah mereka (mangsa) @ keluarga yang sakit kerana musibah ini. Angkatlah sakit mereka, kurniakan kesihatan dan afiah seperti mana orang-orang yang sihat tubuh badannya. Aamiin Ya Rabbal alamin.
#upsiberduka

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Ahlul Quran yg menganggap kerjayanya mengajar al-Quran itu lebih rendah nilainya berbanding ahli dunia, ahli perniagaan, profesion doktor, jurutera dan sebagainya, dia sebenarnya bukan sedang menghina akan dirinya, tetapi dia sedang merendahkan kemuliaan al-Quran.

Kerja apa? Ngajar Quran je... Jangan begitu kawan.

Al-Quran adalah Kalamullah. Mengajar, mempelajari, dan menyebarkan Al-Quran adalah kerja yang langsung berkaitan dengan firman Allah. Walaupun dunia tidak membayarmu tinggi, tetapi ia tugas yang mulia di sisi Allah.

Rasulullah SAW bersabda tentang keutamaan Ahlul Quran : Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. (HR. Bukhari)

Jangan terpedaya dengan ukuran dunia. Nilai sesuatu pekerjaan dalam Islam tidak diukur dari segi material atau status duniawi semata-mata, tetapi dari segi keikhlasan, manfaat akhirat, dan keredhaan Allah.

Jika seseorang merasa rendah diri kerana mengajar Al-Quran, seolah-olah dia menganggap Al-Quran tidak memiliki nilai yang tinggi berbanding perkara duniawi. Ini adalah satu kesilapan besar dalam persepsi.

Lihatlah nilai di sisi Allah, bukan manusia. Dunia mungkin memandang tinggi profesion usahawan, doktor, jurutera, atau ahli perniagaan, tetapi di akhirat, orang yang berilmu dan mengajarkan Al-Quran akan mendapat kedudukan yang tinggi.

Jadilah pengajar Al-Quran yang ikhlas, berilmu, dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Orang yang faham kemuliaan Al-Quran tidak akan pernah merasa rendah dengan tugasnya, kerana dia yakin bahawa Allah meninggikan darjat orang yang memuliakan firman-Nya.

Kredit: FB Mohd Saleh

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

3 Jenis Penghafal Quran

Sama sama kita muhasabah saat ini kita berada di tingkatan yang mana 🕊️Namun kata Syeikh, ketiga tiga tingkatan ini semuanya akan masuk Syurga asbab keberkatan Al Quran, namun berbeza darjatnya di Syurga kelak.

Moga Allah pilih kita, guru, ahli keluarga juga zuriat keturunan kita ditempatkan di syurga yang tertinggi yakni golongan yang ketiga yang disebutkan di bawah.

- ظالم لنفسه1️⃣
Golongan yang menghafaz Quran tapi selalu melambatkan solat dengan sengaja, selalu melakukan dosa kecil, lebih cinta akan dunia dan hanya ingin cepat hafal tanpa mempedulikan muraja’ah dan tidak berusaha mengamalkan isi kandungannya. Golongan inilah yang menzalimi diri mereka sendiri.

-مقتصد2️⃣
Golongan ini adalah karakter penghafaz quran yang biasa. Bila duduk dengan guru dan maahad sahaja dia akan semangat mengulang Quran. Dia hanya menjaga amalan fardhu sahaja dan mengambil remeh amalan amalan sunat yang lain seperti solat sunat rawatib, puasa sunat dll. Golongan ini biasanya belum ada timbul rasa bertanggungjawab untuk menjaga dan mengamalkan segala yang telah dihafaz dan dipelajari dari Al Quran. Sedangkan Al Quran adalah amanah yang harus dijaga seumur hidup.

- سابق بالخيرات3️⃣
Golongan ini adalah golongan yang berlumba lumba untuk menuju kebaikan dan amal soleh samada amalan fardhu dan sunat. Inilah karakter penghafaz Quran dan ahli Quran yang sepatutnya. Dirinya sentiasa berdisiplin mengulang hafazan tanpa dipantau oleh guru dan sekitarnya. Dirinya takut untuk melakukan sama ada dosa kecil,dosa besar mahupun perkara makruh. Dia betul betul merasa bahawa Al Quran adalah amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Inilah golongan terbaik di antara ketiga tiga golongan ahli Quran.

-الفقيرة نجوى روزلي-

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Mengikut Lajnah Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, yang saya yakin adalah badan paling berkredibiliti, didengari dan paling tinggi menghimpunkan para ulama' di dunia, fatwa telah dikeluarkan mewajibkan setiap Muslim yang berkemampuan mengangkat senjata menentang penjajah di P, dalam beberapa fatwa yang dikeluarkan kelmarin,

1️⃣ Kewajipan berjihad dengan senjata menentang penjajahan di P adalah tanggungjawab setiap Muslim yang berkemampuan dalam dunia Islam.

2️⃣ Kewajipan campurtangan secara ketenteraan dengan serta-merta oleh negara-negara Arab dan Islam.

3️⃣ Kewajipan untuk mengepung penjajah Z secara darat, laut, dan udara, termasuk laluan air, selat, dan seluruh ruang udara di negara-negara Arab dan Islam.

4️⃣ Memberikan sokongan ketenteraan, kewangan, politik, dan menegakkan hak-hak pejuang adalah wajib secara syarak.

5️⃣ Menubuhkan pakatan ketenteraan Islam untuk melindungi ummah dan menangkis penceroboh, yang merupakan kewajipan syarak dan perlu dilakukan segera.

6️⃣ Pengharaman normalisasi dengan musuh Z.

7️⃣ Mengharamkan penyaluran petroleum dan gas kepada entiti Z.

8️⃣ Mengkaji semula perjanjian damai yang telah ditandatangani oleh beberapa negara Arab dengan entiti penjajah.

9️⃣ Kewajipan jihad kewangan untuk menyokong saudara-saudara kita di G dan mempercepatkan pembukaan sempadan.

🔟 Mengajak komuniti Muslim di Amerika Syarikat untuk mendesak Trump dan pemerintahannya memenuhi janji pilihanraya untuk menghentikan pencerobohan dan mewujudkan kedamaian.

Justeru dua persoalan yang perlu kita mula tanyakan kepada diri kita,

1. Adakah kita sebagai sebuah negara bersedia dan berkemampuan menyahut seruan-seruan ini?

2. Adakah kita sebagai rakyat bersedia ditekan dan berdepan 'backlash' kuasa-kuasa besar sekiranya seruan ini disahut seperti rakyat Yaman?

Wallahua'lam, jawapannya ada pada diri masing-masing.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

“Macam mana kita nak tahu dosa kita diampuni oleh Allah?”

1) Kita yang menyedari keadaan dirinya yang berdosa, kemudian kita bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat-syaratnya seperti menyesal, meninggalkannya, berazam dan berusaha memperbaiki diri maka Allah akan menerima taubat kita.

Firman-Nya:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ

Maksudnya: Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang bertaubat).
Surah al-Syura (25)

2) Kita akan berubah menjadi yang lebih baik. Akhlak dan sikap kita semakin baik, jiwa kita semakin dekat pada perkara-perkara kebaikan dan merasa seronok dengan ibadah dan melakukan kebaikan.

3) Sebahagian ahli hikmah telah ditanya:
“Adakah ada tanda bahawa taubat seseorang itu telah diterima?
“Mereka menjawab: “Ya, empat tanda taubatnya diterima, iaitu:

- Memutuskan hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.

- Menghentikan semua jenis maksiat dan rajin melakukan ibadat.

- Hilang rasa bersenang-senangan dengan dunia daripada hatinya, dan selalu mengingati kesusahan hari akhirat.

- Percaya dan yakin dengan jaminan Allah SWT dalam soal rezeki, lalu dia menyibukkan dirinya dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Kesimpulannya, jika kesemua itu ada pada diri kita bukanlah bermaksud kita berhenti bertaubat. Kita perlu bertaubat setiap hari kerana iman kita ada turun naiknya.

Sedangkan Rasulullah sendiri dalam riwayat mengatakan Baginda beristighfar 100x setiap hari.

@iwanaaisyah
Air mata taubatan nasuha

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

1 Hari 1 Hadis - 27 Ramadan 1446H

Daripada Zirr ibn Hubaisy berkata: Saya mendengar Ubai ibn Ka'ab berkata dikatakan kepadanya bahawa Abdullah ibn Mas'ud berkata:

"Sesiapa yang bangun malam selama setahun, maka dia akan mendapat Lailatul Qadar." Berkata Ubai. "Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia! Sesungguhnya ia terdapat dalam bulan Ramadhan. Demi Allah! Sesungguhnya saya mengetahui malam yang mana satu. Ia adalah malam yang diperintahkan oleh Rasulullah ﷺ kepada kita supaya bangun. Ia adalah malam ke-27 Ramadhan dan tanda-tandanya matahari terbit pada pagi itu berwarna putih tanpa ada sinarannya."

Diriwayatkan oleh Muslim, Imam Ahmad, Abu Daud dan al Tirmizi dan beliau mensahihkannya.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Malam ini malam ke 23, salah satu malam yang disebut-sebut.

1- Sahabat Nabi ﷺ mengejutkan keluarga untuk bangun beribadat pada malam ini, antaranya adalah Abdullah Ibn Abbas RA

2- Salah satu dari pandangan Imam Syafi'i juga menyebutkan bahawa malam ke 23 merupakan malam yang cenderung berlakunya malam al-Qadr

3- Pandangan ini didasarkan kepada hadith:

فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

"Sesiapa yang ingin mencarinya (malam al-qadr), carilah ia pada tujuh hari yang terakhir." [HR Bukhari & Muslim]

4- Ayyub al-Sakhtiani & Imam Malik RA juga turut cenderung bahawa 7 malam akhir itu dimaksudkan dengan malam ke 23

Wallahu a'lam.
#FawaidRamadan

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Amalan Ketika Berada di 10 Malam Terakhir Ramadhan

1- Mempergandakan bacaan al Quran agar diperolehi malam lailatul qadar kerana Allah SWT turunkan al Quran pada malam Lailatul Qadar. Semoga dengan berkat al Quran, kita dipertemukan dengan malam yang agung.

2- Perbanyakkan membaca Istighfar untuk membersih diri dari segala dosa dan kesilapan kerana tidaklah orang yang dapat bertemu dengan ramadhan melainkan orang itu bersih hatinya daripada segala kekotoran maksiat zahir dan batin.

3- Perbanyakkan selawat ke atas Baginda صلى الله عليه وسلم kerana Baginda صلى الله عليه وسلم merupakan orang yang menyampaikan kita kepada malam lailatul qadar

4- Kurangkan waktu tidur apabila berada pada 10 malam terakhir kerana itulah amalan Baginda صلى الله عليه وسلم. Apabila Nabi صلى الله عليه وسلم berada di 10 malam terakhir, Baginda akan sentengkan lengan baju dan kuatkan ikatan kain Baginda sebagai tanda Baginda صلى الله عليه وسلم bersungguh-sungguh untuk beribadah pada 10 malam terakhir.

5- Hati sentiasa terhubung dengan Allah, Rasulullah dan Orang-orang Soleh untuk mengekalkan diri dalam keadaan baik dan istiqamah dalam ketakwaan.

6- Perbanyakkan doa yang diajar oleh Baginda صلى الله عليه وسلم kepada Saidatina Aisyah رضي الله عنها :
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Tuhan Maha Pengampun, dan Engkau suka memberi keampunan. Ampunkanlah aku"

7- Jaga hubungan sesama umat Nabi صلى الله عليه وسلم.

8- Jauhi persengketaan sesama kita dan saling bermaaf-maafan terutamanya ibubapa, adik beradik dan sahabat karib.

9- Jangan lupa doakan kepada Ibubapa, Adik Beradik, Sahabat dan jiran tetangga serta seluruh umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

10- Jangan lupakan doa untuk para guru kita yang telah mengenalkan kita kepada Allah dan RasulNya.


Selamat menunaikan ibadah di 10 malam terakhir dan semoga kita semua peroleh ganjaran dan direzekikan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

Ameen Ya Rabbal Alamin 🤲🏻

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang membersihkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Nasihat untuk hari ini:

1. Perbaiki Niat– Pastikan setiap amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan dilakukan dengan niat yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. Jika niat kita tulus, Allah akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda.

2. Jaga Akhlak– Selain berpuasa dari makanan dan minuman, kita juga perlu berpuasa dari perbuatan buruk seperti mengumpat, berbohong, dan marah. Tingkatkan kesabaran, keikhlasan, dan kasih sayang terhadap sesama.

3. Tingkatkan Amal Ibadah– Luangkan lebih banyak masa untuk solat, membaca Al-Qur'an, dan berdoa. Setiap amal yang kita lakukan pada bulan ini memiliki ganjaran yang sangat besar.

4. Bersedekah– Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Gunakan peluang ini untuk memperbanyakkan sedekah, tidak kira sedikit atau banyak, kerana setiap amalan baik akan digandakan pahalanya.

Moga Allah terima amalan kita semua 🤲🏻📿

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Pendapat ulamak tentang bilakah Malam Al-Qadr.

1. Pendapat Masyhur Jumhur Fuqaha’: Jatuh pada sepuluh malam terakhir kerana banyaknya hadis yang menyuruh untuk mencarinya pada sepuluh malam terakhir.

2. Ibnu Abidin: Jatuh pada bulan Ramadhan tanpa dijelaskan mana-mana malam tertentu.

3. Kata Imam Nawawi: Mazhab Syafii dan jumhur ashab berpendapat bahawa ia terhad pada sepuluh malam terakhir, tidak diketahui jatuhnya pada mana-mana malam tetapi ia jatuh pada satu malam tertentu (dalam sepuluh malam terakhir), maka setiap satu daripada sepuluh malam terakhir berpotensi untuk jatuh malam Al-Qadr, lebih-lebih lagi pada malam ganjil, dalam masa itu, malam yang paling diharapkan adalah malam ke-21 atau ke-23 atau ke-27

4. Sidna Abu Razin Al-Uqaili (Sahabat): Malam pertama Ramadhan kerana kata Sidna Anas bin Malik: “Malam Al-Qadr adalah malam pertama bulan Ramadhan”.

5. Sidna Zaid bin Arqam: malam ke-17.

6. Pendapat yang disandarkan oleh At-Tabari kepada Sidna Usman bin Abi Al-As dan Al-Hasan Al-Basri: tersembunyi dalam sepuluh malam pertengahan.

7. Pendapat yang disandarkan oleh At-Tabari kepada Sidna Zaid bin Tsabit dan Sidna Ibn Mas’ud: malam ke-19.

8. Berubah-ubah setiap tahun dalam sepuluh malam terakhir.

Hikmah disembunyikan Malam Al-Qadr

Kata sebahagian ulamak: “Disembunyikan Malam Al-Qadr supaya umat manusia bersungguh-sungguh mencarinya dan bersungguh-sungguh dalam ibadah mereka kerana mengharapkan kelebihan malam tersebut, begitu juga dirahsiakan waktu mustajab doa pada hari jumaat, dirahsiakan juga nama Allah yang paling agung dan dirahsiakan redha Allah dalam ketaatan supaya manusia bersungguh-sungguh pada setiap ketaaatan. Juga dirahsiakan kematian dan hari kiamat supaya manusia bersungguh-sungguh beramal soleh kerana takut menghadapi (kematian dan kiamat)”.

اللهم بلّغنا ليلة القدر

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Niat Puasa Ramadan

MAZHAB AL-SYAFIIE
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB AL-MALIKI
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIIE
Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

Malam ini, jangan lupa niat ya!

- JAKIM

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Keberkatan waktu perlu diraih dengan usaha susun waktu dan isi masa dengan perkara bermanfaat.

Dahulukan hak Allah (perkara fardhu), seterusnya tunaikan tanggungjawab dan utamakan perkara yang lebih utama, dan tinggalkan perkara yang membawa mudarat yang banyak. Sehingga masa kita setiap harinya jauh pd hal yang sia-sia & tidak banyak buang masa.

Musuh bagi manusia adalah nikmat sihat & waktu lapang, kerana ia cenderung kepada kelalaian apabila tdk didasari hidup dgn tujuan akhirat.

Jangan membiarkan waktu tersusun mengikut nafsu, sebaliknya kita yg perlu buat list-to-do (jadual) agar tersusun mengikut arus kehidupan Muslim yang sebenar. Jika setiap Muslim berpegang dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah, pasti terhias indah akhlaknya dan aturan kehidupan yang penuh berdisiplin termasuklah menepati masa janji temu dlm suatu perbincangan.

Orang yg mengurusi masanya akan dapat mengurus banyak hal berbanding mereka yang berlengah² dan malas. Jiwanya akn lebih bersedia & tenang. Belajar buat, sampai berjaya.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Ketika orang lain tidur, dia berjaga (bangun malam).
Ketika orang lain tidak puasa, dia berpuasa
.
Ketika orang lain banyak tertawa, dia banyak bersedih (memikirkan akhirat).
Ketika orang lain banyak bicara, dia banyak diam.

Berjaga-jaga dengan masa kalian,
ada taklifan yang perlu dijaga sebaiknya.
Sebagaimana kalian mentakrifkan diri kalian: penghafal al-Quran, sekalipun hanya di sudut hati kalian.. sejauh mana pun kalian lari daripadanya, tidak akan sesekali mampu lari pada pertanggungjawabannya di hari akhirat kelak.

Ini bukan permainan, ini sebuah amanah dan suatu perkara yang patut diusahakan. Nak bermain dan berhibur boleh, ada masa dan hadnya. Jadual kita tidak akan sama dengan jadual bagi majoriti orang di luar sana.

Jika disamakan, merasa kesannya pada al-Quran kita. Hakikatnya kitalah yang perlukan dia.

Lupakah kita bahawa setiap huruf - perkataan - halaman - helaian demi helaian akan menghilang? Sentuhlah juga, jangan bagi habuk menutupi tulisan, sampai kita sendiri tak dapat baca ia. Rugi. 😢

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Yang saya selalu pesan dalam kelas dan kuliah untuk diusahakan saya dan kita semua:

Kita belajar ilmu agama bukan untuk merasa baik. Tapi agar benar benar menjadi orang baik..”

Hasan al-Basri, imam tabiin di Basrah, pernah berkata:

«كَانَ الرَّجُلُ يَطْلُبُ الْعِلْمَ فَلَا يَلْبَثُ أَنْ يَرَى ذَلِكَ فِي تَخَشُّعِهِ وَهَدْيِهِ وَلِسَانِهِ وَبَصَرِهِ وَيَدِهِ»

"Pada orang soleh itu kalau mereka belajar ilmu (agama) akan segera terlihat kesannya dalam khusyuknya, sikapnya, lisannya, pandangannya, dan tangannya."

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mereka 🤲🏻

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

SELAMAT HARI GURU,
BUAT SEMUA PENDIDIK 🧑🏼‍🏫


[16 MEI 2025, JUMAAT]

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَد الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

“Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang.”

- Risalatul Mustarsyidin,
Syaikh Abdul Fattah Abu Guddah

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Sedikit perkongsian utk memberhentikan bacaan di tengah ayat & menjaga makna dengan tidak memotong / berhenti bacaan pada tempat yang salah.

Di sini ada beberapa huruf penyambung yang boleh dijadikan panduan utk waqaf (iaitu pd perkataan sebelumnya).

Semoga bermanfaat.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Izinkan saya berkongsi serba sedikit berkaitan P ya 😄 semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat sedarkan diri kita dan pembaca semua; penting jihad utk Islam dan saudara seagama kita

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Beberapa Sunnah Di Hari Raya
=========
Terdapat beberapa sunnah yang boleh dilaksanakan oleh kita sebagai muslim dalam meraikan Aidilfitri ini. Antaranya ialah:

1. Menzahirkan kegembiraan. Berdasarkan hadis, pada hari perayaan ini Rasulullah membiarkan orang-orang Sudan mempamerkan permainan senjata mereka sebagai tanda kegembiraan. Malah Baginda membiarkan kanak-kanak perempuan menyanyi. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:

وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ

“Pada hari perayaan, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) perisai dan senjata mereka.” (Sahih al-Bukhari)

1.1 Dengan sebab itu al-Imam Ibn Hajar menyebutkan:

إِظْهَار السُّرُورِ فِي الْأَعْيَادِ مِنْ شِعَارِ الدِّينِ

“Menzahirkan kegembiraan pada hari raya adalah salah satu daripada syi’ar agama.” (Fath al-Bari)

2. Memakai Pakaian Yang Terbaik. Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, Rasulullah dikatakan memakai pakaian terbaik ketika hari raya. Saidina al-Hasan pernah menyebutkan:

أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَلْبَسَ أَجْوَدَ مَا نَجِدُ

“Rasulullah mengajak kami memakai pakaian yang terbaik yang ada di sisi kami.” (HR al-Tabrani dan al-Hakim)

3. Makan Sebelum Menunaikan Solat Raya. Kita disunatkan untuk makan dahulu sebelum menunaikan Solat Hari Raya. Saidina Anas pernah meriwayatkan hadis yang menyebutkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ

“Sesungguhnya Nabi SAW tidak akan keluar pada Hari Raya AidilFitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar.”

4. Bertakbir Ketika Keluar Menunaikan Solat. Menurut al-Imam al-Zuhri, Rasulullah ﷺ bertakbir sepanjang perjalanan menuju ke tempat solat AidilFitri. Kata beliau:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى

Sesungguhnya Rasulullah SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat.

5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat. Sekiranya kita mampu, sebaiknya kita hendaklah berjalan kaki ke tempat solat raya kerana Baginda Nabi ﷺ sentiasa melakukan sedemikian. Kata Saidina Abdullah bin Umar:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا، وَيَرْجِعُ مَاشِيًا

Sesungguhnya Nabi SAW keluar untuk menunaikan solat Aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga berjalan kaki.

6. Pulang Solat Melalui Jalan Berbeza. Salah satu sunnah Rasulullah ﷺ juga adalah menggunakan jalan yang berbeza ketika pulang dari solat sunat hari raya. Saidina Jabir menceritakan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

“Sesungguhnya Nabi SAW pergi dan pulang dari menunaikan Solat Aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
/channel/drahmadsanusiazmi

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Sy Aisyah RA bertanya kepada Nabi ‎ﷺ, kalau ada satu malam yang dirasakan itulah malam al-Qadr, doa apa yang mesti diucapkan?

Nabi ‎ﷺ menjawab:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni, menyukai keampunan, maka ampunkanlah daku” [HR Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad]

Imam Nawawi dalam al-Adzkar menyatakan sunat memperbanyakkan doa ini pada malam ini. Begitu juga bacaan al-Quran, zikir dan doa lain.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Malam ini malam ke 25, ini salah satu dari yang disebut oleh Nabi ‎ﷺ "carilah pada 5 malam yang berbaki"

1- Nabi ‎ﷺ bersabda: "Carilah ia (malam Qadar) pada sepuluh malam terakhir Ramadan; iaitu pada malam kesembilan yang berbaki, malam ketujuh yang berbaki, dan malam kelima yang berbaki." [HR Bukhari & Muslim]

2- Juga ada hadith yang lain: "Nabi ﷺ keluar untuk memberitahu kami tentang malam Qadar, tetapi dua orang Muslim telah bertengkar. Maka Baginda ﷺ bersabda: Aku keluar untuk memberitahu kalian tentang Lailatul Qadar, tetapi si fulan dan si fulan telah bertengkar, maka ia telah diangkat! Dan semoga ini lebih baik untuk kalian. Oleh itu, carilah ia pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima yang berbaki." [HR Bukhari & Muslim]

Wallahu a'lam.
#FawaidRamadan

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Khatam Quran

1. Sunat mengkhatamkan al-Quran pada awal malam atau awal siang (waktu pagi) jika dikhatamkan di luar solat.

2. Sunat berpuasa pada hari khatam kecuali bertembung dengan hari yang dilarang berpuasa.

3. Amat-amat digalakkan hadir ke majlis khatam al-Quran sama ada orang yang pandai atau tidak pandai membaca Quran.

4. Sayyidina Anas apabila mengkhatamkan al-Quran, beliau mengumpulkan ahli keluarganya dan berdoa. Begitu juga dengan apa yang dibuat oleh Sidna Abdullah bin Mas’ud.

5. Doa ketika majlis khatam Quran adalah mustajab. Bahkan menerusi riwayat Tirmizi, setiap kali selepas baca Quran, doa mustajab. Rahmat juga turun ketika khatam al-Quran.

عن حميد الأعرج ﵀ قال: من قرأ القرآن ثم دعا أمّن على دعائه أربعة آلاف ملك.

Daripada Hamid al-A’araj katanya, “sesiapa yang membaca al-Quran kemudian berdoa, 4 ribu malaikat mengaminkan doanya.”

6. Nabi SAW apabila khatam Quran, Nabi akan baca 5 ayat daripada awal Quran supaya Quran tidak jadi serupa ditinggalkan selepas khatam.

7. Sayyidina Umar menyembelih unta ketika tamat belajar surah al-Baqarah.

عن ابن عمر، قال: (تعلّم عمر البقرة في اثنتي عشرة سنة، فلمّا ختم‍‍ها نحر جزورا)

daripada Ibn Umar, katanya, "Sidna Umar belajar surah al-Baqarah selama 12 tahun. Apabila khatam, beliau menyembelih seekor seekor unta.”

8. Berdoa dengan doa urusan yang penting dan menjadikan doa itu sebahagian besarnya berisi urusan akhirat serta hal ehwal orang islam amnya. Digalakkan juga berdoa dengan kebaikan lain seperti diperelokkan pemerintah, supaya Allah membimbing pemimpin ke arah kebaikan, supaya Allah membantu mereka dalam kerja kebaikan, dan kemenangan ke atas orang kafir.

Abdullah bin al-Mubarak apabila khatam Quran, kebanyakan doanya untuk kebaikan orang islam secara amnya.

Al-Tibyan
Al-Azkar al-Nawawiyyah

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hari ni saya share pasal tajwid mad. Simple je, untuk tahu harakat.

Semua ni kategori Mad Far'ie (mad yang dibaca lebih panjang dari mad asli dengan sebab). Sebab-sebab dia boleh rujuk di bawah.

Selain daripada sebab di atas, ia adalah mad asli. Kadar bacaan 2 harakat.

- notatadabburquran">notatadabburquran

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Istiqamah Untuk Dapatkan Keikhlasan - oleh Saudara Khair Ithnin

Kita boleh ambil pengajaran daripada kata-kata Sufyan al-Thawri (97 H-161 H), "Dalam perjalanan aku menuntut ilmu, pada mulanya aku tidak mempunyai apa-apa niat (keikhlasan). Kemudian, Allah kurniakan kepada aku keikhlasan tersebut".

Sebab itu kadang-kadang kita tak minat pun bidang itu, tajuk itu, perkara itu namun itulah rezeki dan hakikat yang telah ditetapkan kepada kita. Kita sabar dan tekun, pasti keikhlasan akan tiba. Lihat Sufyan al-Thawri, disebabkan kesabaran tersebut lahirlah keikhlasan niat dan menjadikan beliau Amir al-Mukminin dan ketua para huffaz pada zaman beliau. Malah beliau melangkaui guru beliau sendiri iaitu Shu'bah.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Niat-niat memasuki Ramadan
- Habib Abu Bakar al-Adni al-Masyhur

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Usah bersedih jika belum mendapatkan 30 juz. Malah jikalau kalian belum sampai juz target kalian dlm hafalan. Tidak mengapa..

Dengarkan nasihat al-fadhil Ustaz Adi Hidayat, beliau sangat masya Allah dlm memotivasikan orang ramai berkaitan bidang al-Quran. Baarakallahu fiihi

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

"Ada penghafal Qur'an sibuk baca wirid daripada al-Qur'an hingga lupa dengan al-Qur'an. Dia tertipu, sangat tertipu! Karena sebaik-baiknya zikir adalah al-Qur'an, dan sebaik-baiknya wirid adalah al-Qur'an."

(Syeikh Yusri Rusydi Jabr Al-Hasani)

Link azhary:
/channel/azharyoffice

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Nak konsisten baca al-Quran setiap hari sangat-sangat memerlukan perjuangan yang besar bagi mereka yang baru nak mula mendekati al-Quran.

Antara tipsnya :

1) Tetapkan waktu eksklusif dengan al-Quran.

2) Letak handphone jauh dari kita agar tiada gangguan.

3) Hidupkan suasana al-Quran dalam rumah kita. Cara ini akan kekalkan semangat untuk sentiasa mengaji al-Quran.

4) Beli satu al-Quran yang paling kita rasa suka untuk mengaji. Ini antara tarikan psikologi pada diri kita.

5) Mencari guru untuk memperbaiki mutu bacaan kita.

6) Cipta ruang satu sudut tempat kita beribadah. Bila kita duduk di sudut itu, kita perlu baca al-Quran.

7) Buat sedikit catatan bila kita berjaya membaca al-Quran atau tidak pada hari tersebut.

8) Berdoa agar Allah kurniakan kita hati yang terpahat dengan al-Quran.

Begitulah, antara tanda-tanda kita sedang lalai adalah kurangnya mengaji al-Quran.

@iwanaaisyah
Hati yang terpahat dengan al-Quran.

Читать полностью…
Subscribe to a channel