mujahidhuffaz | Unsorted

Telegram-канал mujahidhuffaz - ؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

-

🌵 جهاد في سبيل الله ،☝ Goncanglah Dunia dengan Dakwahmu.💚 Mantapkan akhlakmu.💚 Kuatkan hafazanmu.💚 Jadikan Al-Quran sebagai sahabatmu.💚 Perbaikilah hubunganmu dengan Allah SWT.💚 Maka Dakwahmu Pasti Berjaya! " 🌵💚 🌎HuffazulQuran 💚

Subscribe to a channel

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Sila-sila yang mana ada waktu kosong, interview mudah-mudah je, asalkan ngulang dulu la ilmu tajwid 👍

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Kata Imam Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim,

Jika berulang dosa seratus kali atau seribu kali atau lebih, namun si pembuat dosa bertaubat pada setiap kali... taubatnya akan diterima dan dosanya akan berguguran."

Dan antara tanda benar taubat seseorang adalah :
1) Ia akan berhijrah dan meninggalkan tempat yang dia pernah melakukan maksiat didalamnya.
2) Allah menjauhkan diri dia daripada kawan-kawannya yang jahat.
3) Hal hatinya selalu merasa sedih, dan patah hati dengan dunia.
4) Selalu menangis menyesali dosa dosa lalu.
5) Banyak diam dan berfikir.

Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad ‎رحمه الله تعالى

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

POV tengok ustaz/ah. 😄

Nasiblah kalau kita tersesat dalam lingkungan hamalah Quran, sekurangnya datang rasa nak mengulang.

Jika tersasar di lorong lain, kita tenang melihat yang lain tiada mengulang kerana sememangnya mereka tidak menghafal seperti kita. Namun sebenarnya kita dah benar² tergelincir pada haluan selain penghafal al-Quran. Tenang yang memudaratkan hafalan (taklifan) kita.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Ada satu amalan seseorang itu boleh jadi orang yang soleh dan bersih hatinya iaitu dengan perbanyakkan selawat.

Kerana selawat akan jadi guru padanya untuk mendapat cahaya demi cahaya yang lain. Dengan berselawat, dia akan dapat bertemu dengan orang yang baik, dengan para alim ulamak, dibukakan 70 pintu rahmat padanya.

Orang itu boleh terbimbing hatinya tanpa guru, biasanya seseorang akan lurus hatinya dengan guru tetapi bila seseorang itu banyak selawat, hatinya akan terbimbing dengan selawat.

al-Imam Abu Thalib mengatakan :
“Baru dikatakan seseorang itu banyak berselawat jika melebihi 300x sehari.”

iwanaaisyah
Selawat sehingga mendapat cahaya Rasulullah

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Assalamualaikum. Kami mengajak diri kami dan semua untuk melaksanakan satu kempen iaitu:

KEMPEN: #jom_usaha_ingat_alquran

TUJUAN: Mengajak menghafaz dan mengingati Al-Quran macam Al-Fatihah.

SASARAN:
1. Pemula yang baru menghafaz Al-Quran.
2. Para huffaz yang telah khatam hafazan Al-Quran.

TEMPOH KEMPEN: Hingga akhir hayat

PESANAN:
- Mulakan sekarang
- Muda selebum tua
- Hidup sebelum mati

- Hendak 1000 daya

Kami berbesar hati menjemput semua, sertai Channel Telegram "JOM INGAT AL-QURAN MACAM AL-FATIHAH" untuk melihat proses perjalanan murajaah yang sebenar dari semasa ke semasa, hingga khatam 30 juzuk dan ingat macam al-Fatihah suatu hari nanti in Sya Allah, Amin! Link 👉 /channel/jom_usaha_ingat_alquran

Chat @Murabbi_Siber untuk sebarang cadangan

#jom_usaha_ingat_alquran
#jom_usaha_ingat_alquran
#jom_usaha_ingat_alquran

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Subscriber yang ada dalam channel ini insya-Allah semuanya sedang berjuang untuk bersama al-Quran. Saya jamin anda pernah terdetik nak menjaga, jika tidak mana mungkin kalian masih di sini. ☺️

Saya pasti kalian juga punya kenalan di luar sana yang sedang di fasa tenang setenangnya tanpa muraja'ah / membaca al-Quran.

Tugas kita apa?
Saling peringatkan bagi yang leka, lupa dan lalai. Kita yang masih sedar kepentingannya perlu jadi pendorong bagi sahabat seperjuangan @ ahli bayt kita yg lain. Ajaklah mereka untuk tidak tinggal baca al-Quran walaupun 1 muka & perbaiki diri kita juga utk tambah bacaan / amal.

Up di status story sebagai tanda cakna, tidak sampai menyindir pula, asalkan ada lalu di hadapan mata - telinga kita dan mereka tentang al-Quran. 🫶

Moga suatu saat Allah kurniakan taufiq pada mereka & kita juga istiqamah dengan apa yang kita amal selain dijauhkan lagha.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Jiwa ini sangat suka pada rentak tradisi Melayu, video ini pula melintasi di hadapan mata hamba. 🫶

Di sebalik kita meraikan majlis kahwin sahabat-sahabat, hamba sangat bahagia melihat status story yang menunjukkan tanda ingatan, tanda cinta dan kasih kita semua pada junjungan mulia; Rasulullah ﷺ.

Buatlah macam hari raya, semua pakat update. Hidupkan suasana maulid Nabi Muhammad ﷺ.


Allah, Allah, Allah. 💚
Sangat tenang Ya Rabb, tanpa muzik kita mampu sahaja menghayati alunan bait syair oleh al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Matin. Masya-Allah Tabarakallah.

Semoga Allah terima amal baik kita semua.


Kredit Video: MeraihRedha

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Teringat satu kisah seorang perempuan tua yang khatam al-Quran sebanyak 1000 kali.

Kisah ini diceritakan oleh Syeikh Zainul Asri.

Perempuan tua itu memulakan bacaan al-Quran bukan dari muda tetapi ketika berumur 50 tahun. Hatinya tergerak untuk khatam al-Quran dan mencatatnya.

Masha-Allah, Allah memuliakannya. Beliau meninggal dunia setelah berakhirnya bulan ramadhan.

Genap khatam al-Quran sebanyak 1000 kali, Allah memanggilnya pulang ke pangkuan-Nya.

Al-Quran yang dibacanya setiap hari itu hampir hancur. Beliau membaca al-Quran setiap hari sebanyak 2 juzuk.

Kita pula bagaimana? Berapa kali kita sudah khatam al-Quran dengan umur yang Allah beri pinjam ini?


Bacalah al-Quran walaupun hanya separuh muka tetapi berterusan. Lama-lama makin banyak helaian dan akan khatam.

Cara terbaik untuk membersihkan hati adalah dengan banyak membaca al-Quran.

Jarak kita dengan ketenangan,
ibarat ‘jarak’ kita dengan al-Quran.

Kredit: iwanaaisyah
Bertatih menggapai redha-Nya.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

وَٱلْعَصْرِ (١)
Demi Masa!

إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ (٢)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ (٣)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


---
Masa ini umpama jus air, untuk mendapatkan lazatnya maka perlulah diperah.

Masa yang diagih-agih dalam sehari akan dirasakan nikmat oleh mereka yang mendapatkan keberkatan dalam waktu, merasa cukup dengan masa 24 jam kerana banyak perkara dapat dilakukan.

📍Bagi seorang mukmin sangat perlu kepada jadual (susun masanya) untuk membezakan ia dengan haiwan; yang tiada akal, hidup spontan dan mengikut citarasa sahaja.

Hidup ini jgn berlandaskan nafsu, bezakan diri dengan kera di hutan. Adanya solat 5 waktu, zikir pagi & petang, menunjukkan Islam sangat memuliakan masa! Maka beruntunglah siapa menjaga masa.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة
Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.

‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته

Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.


شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة

Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

من أسباب الفتوح انتظار الشيوخ

“Di antara sebab mendapatkan futuh adalah menunggu kedatangan guru.”

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Al-Quran dengan Muzik?

Islam sangat menekankan adab ketika menuntut ilmu, jangan sampai kita nak menarik minat orang sampai sanggup menghina dan menggadaikan kesucian al-Quran.

Ambillah pengajaran. Jagalah Kalamullah; ia bukan sesuatu yang boleh buat bergurau dan ambil remeh.

Semoga Allah merahmati para pendakwah dalam bidang al-Quran, semua ahlinya dan orang² terlibat. Barakallahu fiihum & mudahan Allah mengampuni ‘kurang’ mereka dalam segenap aspek.
---
📍Tanbih:
00:42 - Apa yang ulama’ sebutkan
01:48 - Kisah Imam Syafie rahimahullah
01:38 - Simpulan video untuk Hamalah al-Quran

- Kredit video: Tazkirah Malam Jumaat

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Seharian penat bekerja, jangan lupa belek al-Quran sebelum tidur. Satu muka surat pun tak apa. Baca dan ambil satu ayat untuk direnung maknanya.

Itulah yang akan kuatkan kita. Kata ulama':

إن القرآن غني، لا فقر بعده

"Al-Quran itu kaya, tidak akan fakir sesiapa yang mengejarnya."

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

TAHUN 3
TAJWID : PIRAMID HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

# Link PDF :
https://drive.google.com/drive/folders/1gtmU0bV2JPnY8Bwha0vYTPmql68JUuqU

Cara penerangan :

1) Nun Sakinah & Tanwin ada 5 org anak

2) - Anak pertama bernama iqlab
- Iqlab mempunyai seorang anak

3) - Anak kedua bernama idgham bila ghunnah
- Idgham bila ghunnah mempunyai 2 orang anak

# begitu lah seterusnya...

#designbyustazahzulaikhaskbb
#disediaPNGbolehprintyaaaa
#SemogaBermanfaat

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

LAMBAT/SUSAH HAFAZ QURAN

Al-Quran adalah anugerah Allah terbesar yg diberikan kpd umat Nabi Muhammad SAW. Ia adalah cahaya menyinari kehidupan, hujah yg terkuat dan keimanan. Allah swt juga memudahkan umat utk menghafaz al-Quran. Ibarat kata seorng pakar Quran, "tidak ada mana2 kitab dlm mana2 bahasa yg jumlah hlmnnya 604 hlmn dihafaz kecuali al-Quran."

Canggihnya al-Quran ini adalah dimudahkan utk menghafaznya. Namun begitu ada yg tidak berpeluang menghafaznya semasa bljr dahulu. Lps berkahwin, ada anak berapa org dan usia dah 5,6 siri baru datang semangat utk menghafaz Quran. Apakah blh mereka ni menghafaz Quran? Jwpnnya blh. Seribu kali blh.

Menghafaz Quran tidak terhad kpd usia tertentu. Bahkan sepanjang usia sesuai utk menghafaz Quran. "Kalaulah Allah mahukan, nescaya kamu blh menghafaz Quran dlm tempoh yg singkat. Akn tetapi ada hikmah yg Allah tentukan.. blh jadi lambat nak ingat Quran, blh jadi kesusahan semasa nak ingat Quran menjadi satu ketinggian."

Bahkan blh jadi Allah mahukan kamu memperbanyakkan ulangan utk kamu dapatkan bnyk kebaikan. Kamu diuji dgn susah menghafaz dan lambat menghafaz adalah utk kamu sentiasa melihat Quran dan memahami maknanya. Justeru dia menghidupkan hati kamu, menyihatkan rohani kamu dan mengangkat kedudukan kamu.


Credits Ust Khairul Anuar Mohamad

@smarttahfiz

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Salam. Kami ada buka ambilan guru baharu untuk Februari. Boleh sebarkan kepada Ustaz Ustazah atau kenalan lain yang berminat ya. Tarikh tutup pada 2 Februari dan Interview akan dijalankan pada 3-5 Februari 2025. Terima kasih🌸

https://bit.ly/BorangtutoronlineKQ

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Selama ini hentam saja bacaan Ikhfa' Haqiqi? Ini perbezaan 2 cara bacaan ikhfa' yang ramai terlepas pandang.

Bacalah (iqra’), dengan ilmu. Bukan semata semahumu; boleh jadi caranya benar atau merapu.

Usahakan mencari guru, supaya ilmu sentiasa diperbaharu. Jaga kualiti lebih bernilai daripada kuantiti. Membanyakkan kuantiti (mengulang); menjamin keberhasilan yang berkualiti. Itu namanya muraja'ah.

Pastikan diri dipandu bersama quran dan sunnah, barulah hidup tidak punah. Belajar; sejak dalam buaian hingga ke liang lahad
~

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

"Masha-Allah al-Hafiz al-Hafizah la ni. Kagumnya saya dapat berjumpa dengan awak.."

Ayat yang selalu dapat jika bergelar al-Hafiz dan al-Hafizah kan?

Mungkin saja kita akan merasa bangga terkenal sebagai seorang penghafal al-Quran.

'Aku hafal 30 juzuk. aku budak tahfiz. Aku masyi 20 juzuk..'

Disegani oleh sesiapa kerana satu gelaran itu.
Disayangi oleh ahli keluarga, kawan-kawan, masyarakat. Dipandang tinggi oleh mereka.

Namun,
Disebalik kebanggaan itu, cuba tanya pada diri.

'Betul ke aku ni penghafal al-Quran?'

'Akhlak aku seperti al-Quran ajarkan?'
Tak semua tetapi dalam usaha.

'Aku mengulang setiap hari?'

Bertambah sayang jika gelaran itu hanya sekadar gelaran diatas sijil. Jika ditebuk, juzuk 30 pun terkontang-kanting.

Jangan suka banggakan dan puji diri sendiri, keluarga sendiri, anak sendiri, dan lain-lain, di hadapan orang lain.

Imam al-Ghazali berkata:

"Sedarlah, ketika engkau memuji diri sendiri di hadapan orang lain, orang itu sebenarnya tengah mencelamu dalam hati. Selepas engkau beredar pergi, ia akan menzahirkan celaan itu di hadapan orang lain."

Iwana Aisyah Ab Halim
al-Hafiz atau al-Habis?

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hendak seribu daya,
Tak hendak seribu dalih.


Qōla Google,
kalau kita inginkan sesuatu pasti kita akan berikan yang terbaik terutama untuk diri kita sendiri.

Tetapi kalau sebaliknya, kita sendiri akan mencari alasan atau sebab yang mungkin kita sendiri tidak sedar akan hakikat sebenar.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Seorang tahanan yang dibebaskan, seorang pemimpin, seorang pejuang, seorang syuhada.

Yahya Sinwar enggan menyerah kecuali dengan cara beliau sendiri, berjuang sehingga saat terakhir, mengenakan jaket tentera dan kuffiyeh. Beliau syahid di barisan hadapan di Rafah, dalam pertempuran bersenjata di mana IOF (Tentera Penjajah Israel) mengakui seorang askar mereka cedera.

Walaupun semua kuasa kejahatan dunia inginkan kepala Yahya, beliau membuat mereka berusaha keras untuk itu. Mereka mencarinya selama lebih setahun, hanya menemukan beliau secara kebetulan, setelah segala perisikan di dunia gagal.

Yahya, Abu Ibrahim, tidak bersembunyi di terowong, tidak dikelilingi oleh tawanan, dan tidak dikelilingi oleh orang awam Palestin, walaupun dituduh berbuat demikian oleh media Zionis, Barat, dan media Arab yang pro-Zionis. Tidak, dia berdiri di atas tanah, berjuang untuk rakyatnya dan bersama rakyatnya, menderita dan kelaparan seperti mereka.

Di sisinya hanya ada barangan sederhana: gula-gula Mentos, buku-buku doa, kad pengenalan, dan sepucuk pistol. Namun, ini bukan pistol biasa; ia adalah pistol seorang pegawai IOF yang dirampas semasa operasi wira “Edge of the Sword,” di mana IOF gagal menyusup ke Khan Younis pada tahun 2018 dan Sheikh Nour Baraka syahid ketika itu.

Yahya menjadi pemimpin pertama bagi sebuah faksi Palestin yang syahid dalam pertempuran bersenjata pada jarak sifar, mengorbankan apa yang paling berharga demi melancarkan "Taufan yang diberkati" kerana cinta dan kasih sayang yang mendalam terhadap rakyatnya. Melalui pengorbanan, Yahya mengubah dunia, menuntut pembebasan rakyatnya. Pada Oktober yang gemilang, Yahya dilahirkan pada 29 haribulan, dibebaskan dari penjara pada 18 haribulan, melancarkan "Taufan" pada 7 haribulan, dan syahid pada 17 haribulan.

Sebuah peluru ditembak. Yahya masih hidup. Sebuah lagi peluru dilepaskan—Yahya masih hidup.
Sebuah dron datang. Yahya masih hidup. Seorang penembak tepat menembak kepalanya.

Yahya masih hidup.

‎يحيى في كل القلوب يحيا
Kerana wahai Yahya, kamu hidup di dalam setiap hati.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Aamiin Yaa Rabb.

Nak tepek doa ni kemas², tolong aamiin-kan untuk saya dan orang² yang sentiasa inginkan hajat ini. Selalu ada 100 mata yang views, mudah²an Allah kabulkan sebelum meninggalkan dunia ini. Terima kasih 🥹❤️

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Posisi Hafal / Baca Al-quran Yang Terbaik.

Alhamdulillah saya sendiri sudah pun praktik cara ni sejak 2021, dan memang betul buat diri tidak mengantuk, lebih fokus dan lebih mudah hafal. Insya-Allah.

Tips ini juga yang pernah dikongsi oleh saudara Sodeeq Subri dahulu, barakallahu fiihuma. ☺️

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

"Belajar istiqamah (murajaah) sejak muda, insya-Allah memetik manisnya nanti di masa tua." - saadah_hafidzah


Selalu sahaja ayat ini diulang-ulang waktu di'tarbiyah' dahulu,
Bernilainya ia tatkala dikau sedar.. setelah masa berlalu, selepas berpisah sesama ahli,
Sulit sekali mendengarkan setiap bait-bait nasihat yg dahulunya ibarat sebuah lagu;
Senantiasa bermain di fikiran.

Sehingga suatu saat, terasa asing lagi daripada hidupmu.
...
Hebatnya seorang yg mampu berjuang;
Setelah suasana lama tiada berulang.
Kesan tarbiyah seolah masih hangat di jiwa,
Walau rindu sentiasa mengunjung di waktu semasa,
Di sebalik hati yg meronta & dahaga;
Ingin ke waktu dahulu kala.

Hai teman,
Siapa masih dalam juang yg sama,
Suasana yg sama,
Dipertemukan guru yg sama,
Silalah manfaatkan masa!
Usah bergurau di waktu perlu berjasa.
Usaha sekerasnya sehingga berbekas di jiwa:
"Akulah org yg bakal mewarisi ilmu ahlinya (ahlul Quran)"

Jika bukan kita, siapa lagi?
Selamatkan generasi hari ini:
Jadikanlah Al-Quran Sifat Insani.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili R.A, katanya:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya.”


(Riwayat Muslim (804))

Kredit: sekolahquranmedia

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗢𝗟𝗜𝗗𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗚𝗔𝗭𝗔

Al-Syahid al-Qaid Ismail Haniyeh: "Kami menyeru agar 3 Ogos ini dijadikan hari kebangsaan dan global untuk menyokong Gaza dan tahanan Palestin."

========

Bersempena menyahut seruan gerakan pejuang di Palestin yang menyeru agar hari Sabtu, 3 Ogos 2024 ini dijadikan hari solidariti kebangsaan dan global untuk menyokong Gaza dan tahanan Palestin, Dunia Palestin dengan kerjasama Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menganjurkan kempen Hari Solidariti Digital Gaza 2024.

Kami menyeru kepada pempengaruh, pembuat konten dan pengguna media sosial untuk memenuhkan media sosial dengan konten Palestin pada 3 Ogos ini dengan tanda pagar #solidaritigaza

Kami juga menyeru agar diadakan ceramah Palestin di seluruh Malaysia pada 3 Ogos dengan bantuan bahan ceramah dan risalah disediakan oleh Dunia Palestin dan GSPP, mereka yang berminat boleh menghubungi nombor ini melalui whatsapp 01153497171.

Kami memohon jasa baik semua untuk menularkan makluman ini di semua platform media sosial dan bersama menyertai kempen ini demi perjuangan Palestin. Ribuan terima kasih diucapkan.

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Bacalah Al-Quran di mana kamu berada kerana ia menjemput kebaikan yang banyak. Barakah yang sangat besar bagi pembacanya.

Bayangkan betapa hebatnya seorang manusia jika menjadikan ia sebagai zikir harian, mulianya mereka yang hidup bersama al-Quran dan tujuannya adalah kerana Allah semata². ❤️

Masuklah dalam kalangan mereka,
Jika bukan anda 🫵🏻 siapa lagi?


Usahalah sesibuk mana, ‘seburuk’ apa pun diri kalian, teruslah muliakan al-Quran dengan cintai kalam-Nya, memanfaatkannya, mempelajari ilmunya, dan sentiasa mengagungkannya.

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hukum Terlupa Hafazan Al-Quran

Menurut Syeikh Zakariyya al-Ansari, HARAM hukumnya melupakan hafazan al-Qur’an berdasarkan hadith-hadith yang disebutkan di laman ini, dan menurut Imam al-Ramli pula, ia haram jika disebabkan kecuaian dan malas, dan ia merupakan salah satu dosa besar.
(Rujuk Asna al-Mathalib 1/64 dan Fatawa al-Ramli 4/376)


Selain itu, Ibn Rusyd juga menukilkan ijma’ bahawa jika seseorang itu terlupa hafazan al-Qur’an kerana sibuk mempelajari ilmu-ilmu yang wajib dan ilmu-ilmu sunat, dia tidak berdosa.
(Rujuk Mathalib Uli Nuha 1/605)


Sementara Abu Syammah, guru Imam al-Nawawi pula mentafsirkan kalimah نسيان dengan erti kata meninggalkan dan tidak beramal, bukan semata-mata lupa dari sudut hafalan.
(Rujuk Al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir 1/201)


Kesimpulan:

Hukum melupakan hafazan al-Qur’an disebabkan oleh kemalasan, kecuaian dan kerana terlampau disibukkan oleh hal-hal keduniaan, maka dia telah berdosa, berdasarkan mafhum umum akan larangan melupakan pesan-pesan al-Qur’an, hadith-hadith ancaman daripada melupakan al-Qur’an, hadith-hadith berbentuk galakan supaya menghafalnya dan juga pandangan para ulama.

Adapun jika telah berusaha memeliharanya tapi terlupa kerana lemahnya ingatan yang merupakan antara sifat manusiawi, maka dia tidaklah berdosa.

- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Hari ini, esok dan lusa (11, 12 & 13 Zulhijjah) adalah hari di mana doa tidak tertolak.

Abu Musa al-Ash'ari RA menyatakan dalam khutbah pada hari raya Eidul Adha:

بعد يوم النّحر ثلاثة أيام التي ذكر الله الأيام المعدودات لا يردّ فيهن الدّعاء،
فارفعوا رغبتكم إلى الله

"setelah hari raya korban, 3 hari yang Allah mengatakan 'hari yang dihitung', tidak ditolak doa padanya (hari-hari itu), maka tinggikan harapanmu kepada Allah"

Rujuk Lata'if al-Ma'arif hlm 506.

#FawaidUlama

Читать полностью…

؛|؛ Mujahidin Huffaz ؛|؛

Cara saya nak jadikan sesuatu ibadah yang baru saya lakukan itu menjadi darah daging saya iaitu dengan lima tips guru saya ajarkan ketika di Mesir :

1) Buat catatan kerana dengan catatan ini kita nampak kejayaan kita walaupun kecil.

2) Jika tertinggal sehari, ulang jadi hari pertama.

3) Letak satu denda pada diri kita jika kita tak buat pada hari tersebut. Denda ini untuk menjadikan diri kita seorang yang disiplin.

4) Konsisten selama 90 hari sebab selepas 90 hari, sesuatu perkata itu sudah menjadi tabiat dan darah daging kita inshaAllah.

5) Berdoa pada Allah agar Allah kurniakan kekuatan pada kita untuk lakukan sesuatu ibadah.

Iman kita senipis kulit bawang, paksalah diri untuk lakukan ibadah. Entah-entah esok kita sudah dijemput pulang mengadapNya.

Lakukan walaupun hanya nampak kecil dan remeh kerana Allah akan pandang istaqamah bukan jumlahnya.

@iwanaaisyah
Lima sebelum lima

Читать полностью…
Subscribe to a channel