Hijrah is all about you, and me, together we return back to Allah ✨ Anything to share @MuslimahOnHijrah_bot Auto Swap Promote @MslmhOnHjrh_bot Follow us on 👇 Instagram | Twitter | Telegram
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Waktu Do'a Mustajab
1. Setelah adzan
2. Saat turun hujan doa mustajab
3. Berkumpul dengan orang2 dan berdoa bersama
4. Waktu antara maghrib dan isyak
5. Waktu subuh smpai matahari terbit
6. Setelah wudhu hingga hendak solat
7. Khamis hingga malam Jumaat
8. Di masjid
9. Di Makkah dan Madinah
10. Hari Isnin dan malam Isnin
11. Bulan Ramadhan
12. Bulan2 mulia Muharram dan Rejab.
Hubabah Ummu Salim
Diterjemah oleh Ustazah Halimah Alaydrus
Channel Kalam Ustadzah
#MuslimahOnHijrah
Video di atas adalah rumah salah seorang sahabat saya, yang sangat luar biasa sabar dan syukurnya.
Doakan moga Allah percepatkan urusan rezeki dan kejayaan sahabat saya. Asbab sabar dan lapangnya hatinya ketika menerima nikmat ujian.
"Kenapa dunia ini adakalanya sangat perit dan pedih, kerana Allah tidak mahu kita terlalu mencintainya, hingga lupa kebahagiaan hakiki hanya ada di Syurga. Cintailah PENCIPTA melebihi ciptaanNya."
Ustazah Asma' Harun
Channel Kalam Ustadzah
#MuslimahOnHijrah
Kadang kala, engkau tidak perlu pun mendengar ucapan maaf dari mereka, kerana tingkah laku dan gerak geri mereka sudah cukup untuk menzahirkan kemaafan yang dihulur.
Fb: Ustaz Abdul Aziz Al Arabiy
#MuslimahOnHijrah
Engkau tidak akan mampu melihat wajahmu pada air yg sedang menggelegak, begitulah keadaannya engkau tidak boleh melihat gambaran/hakikat yang sebenar ketika engkau sedang marah.
Bertenanglah terlebih dahulu dan jangan membuat keputusan yang melulu.
Fb: Ustaz Abdul Aziz Al Arabiy
#MuslimahOnHijrah
"Kemudahan itu selalu ada, bagi mereka yang meyakini janji TuhanNya.
فإن مع العسر يسرا ، ان مع العسر يسرًا
Jika Allah telah menjamin bahwa setiap kesulitan akan datang setelahnya kemudahan, bererti yang membuat semua masalah terasa begitu sulit adalah diri kita sendiri."
Ustazah Aisyah Farid BSA
Kalam Ustadzah
#MuslimahOnHijrah
“If you are not waking up for Qiyam, then you don’t want it enough”
#MuslimahOnHijrah
Moga direzekikan kita untuk bertemu malam lailatul qadr ❤️
Cc; Anaktunggal🕊️
#MuslimahOnHijrah
Orang yang menjaga pandangannya, akan Allah jaga hatinya.
Kiyai Muhammad Idrus Ramli ~
Cc; KalamUlama
#MuslimahOnHijrah
Amalan yang dicintai oleh Allah SWT - Amal yang berterusan walaupun sedikit
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَاعْلَمُوا أَنْ لَنْ يُدْخِلَ أَحَدَكُمْ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ وَأَنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Telah menceritakan kepada
kami Abdul Aziz bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Sulaiman dari Musa bin ‘Uqbah dari Abu Salamah bin Abdurrahman dari Aisyah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Beramallah sesuai dengan sunnah dan berlaku imbanglah, dan ketahuilah bahwa salah seorang tidak akan masuk syurga karena amalannya, sesungguhnya amalan yang dicintai oleh Allah adalah yang terus menerus walaupun sedikit.”
SAHIH BUKHARI- 5983
Pedoman
1. Galakan untuk istiqomah dengan ‘amal kebaikan walaupun sedikit,
2. Elakkan melakukan sesuatu di atas dasar semangat kerana ia tidak akan bertahan lama.
3. Buatlah apa-apa amalan walaupun kecil tetapi di atas landasan iman dan taqwa.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Kak Ad nak ajak semua kenalan untuk sama2 buat JURNAL ALQURAN..
Bahan yg diperlukan x susah nak dapat pon.
💕Terjemahan Alquran
💕Kitab Tafsir
💕Buku Nota Khas
💕Alat Tulis
💕Ceramah2 Asatizah ttg tafsir & tadabbur
Jurnal ni untuk apa?
Untuk lebih kita faham apa yg Allah nak sampaikan.
Jika sekadar baca terjemahan, adakalanya kita pon tak faham kan?
Dalam penulisan jurnal alquran ni, kita mesti kena ada semangat dan mindset yg positif supaya dapat melancarkan pembikinannya..
❤️Setkan hari tertentu. Mcm Kak Ad, Kak Ad prefer buat hujung minggu; sabtu & ahad pagi.. Itu je pon masa yg free (yg lain full kelas)..
❤️Pastikan diri kita dalam keadaan bersedia. Dah makan, dah wuduk.
❤️Jika ada anak2 boleh pesan mohon berikan ruang sekejap untuk mentelaah alquran. InsyaAllah anak2 akan faham.
❤️Mulakan dengan niat nak dapat ilmu dan akan sampaikan pada yg lain..
Permulaan memang kita rasa x yakin. Tapi tetap kene usaha.
Mulakan dengan surah yg pendek dahulu.. Bila dah rasa yakin, boleh terus dengan surah panjang.
Kak Ad sekarang fokus pada surah2 yg penting (alkahfi, fatihah, waqiah, almulk, luqman, sajdah).. InsyaAllah yg lain bakal menyusul..
Ok, next, apa yg perlu kita tulis dalam jurnal tu?
💕Ayat Alquran yg kita nak fokus. Satu muka khas satu ayat sahaja.
💕Tafsir untuk setiap perkataan yg ada.. Tafsir ni apa? Penjelasan lebih mendalam.
💕 Tadabbur ayat. Tadabbur ni apa? Pengajaran yg boleh kita ambil dari ayat tersebut.
💕Muhasabah diri. Kita buat checklist yg berkaitan dengan ayat jika ada.
💕Doa. Kita tulis doa/harapan kita ttg ayat berkaitan jika ada.
See?
Mudah je kan? ☺️
Cubalah buat dulu!
Dah buat mesti rasa ketagih, x nak berhenti 🤭
_Kak Ad_
Pencinta Alquran
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Muslimatku.. Musliminku..
Apa pun yang terjadi,
Tetapkan yang utama di carta hati kita adalah ibu bapa
Tetapkan hati cintai mereka
Biar apa orang kata, fikir, tentang mereka berdua
Tetaplah bersama mereka.
Tetaplah pertahankan mereka.
Jangan biarkan kasih sayang kita pudar dan rapuh..
Ingat!
Tanpa mereka berdua,
Tanpa didikan mereka berdua
Tanpa doa mereka berdua,
Tidak mungkin kita akan menjadi begini
Terima kasih dan syukurlah atas anugerah terindah ini..
Pohonlah doa agar Allah lindungi mereka dari hasad manusia..
Pohonlah doa agar Allah jauhkan mereka dari siksa azab neraka..
Pohonlah agar kita disatukan dengan mereka di syurga..
_Kak Ad_
Selamanya bergelar seorang anak
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Bertaqwa walau di mana kamu berada
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmizi, No: 1987)
Pedoman
1. Taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk berjumpa Allah SWT . Ia merupakan benteng daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
2. Bersegeralah melakukan kebaikan setelah menyedari atau melakukan kejahatan atau maksiat. Antaranya beristighfar, bersedekah dan sebagainya.
3. Para ulama’ bersepakat bahawa kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa besar seperti derhaka kepada ibubapa tidak akan terhapus kecuali dengan taubat nasuhah.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Amalan Malam Jumaat
Doakan kebaikan buat saya juga ❤️
Tiktok: Ustaz Nabil Ashraf
#MuslimahOnHijrah
Assalamualaikum sahabat-sahabat hijrah. Untuk yang nak berkongsi rezeki bersama keluarga ini,saya sertakan no akaun di bawah.
Akaun bank Pn Sofiah:
Nama Bank: Sofiah binti Yusof
No Akaun: 0200641000098133
Bank Simpanan Nasional BSN
HP: 0134434504
Untuk video penuh saya sertakan link di bawah
https://vt.tiktok.com/ZSLR1ubpU/?t=1
https://vt.tiktok.com/ZSLR1yDmp/?t=1
Atas segala apapun yang terjadi,
Jangan tergesa berburuk sangka.
Sungguh, andai kau tahu apa yang Allah sembunyikan untukmu,
Di balik setiap pahit yg kau rasa,
Engkau akan menangis malu
Atas buruk sangkamu kepada-Nya.
Wahai diri.
Berbaik sangkalah.
Selalu dan selamanya.
Channel Kalam Ustadzah Halimah Alaydrus
#MuslimahOnHijrah
She is a friend of my mind. She gather me. The pieces I am, she gather them and give them back to me in all the right order. - Toni Morrison
#MuslimahOnHijrah
Getting closer and closer to the dream, getting farther and farther away from home - The8
#MuslimahOnHijrah
From : A Gentle Reminder Book 📖
#MuslimahOnHijrah
Orang yang beruntung ialah yang menggunakan malam, hari, waktu dan nafasnya untuk beribadah.
Rugi bagi orang yang tidak mengetahui harga umurnya, mahal kehidupannya dan tidak mengetahui bagaimana menggunakan waktunya.
Cc; KalamUlama
#MuslimahOnHijrah
Doa ini mungkin baru bagi kebanyakan orang. Biasanya kita hanya minta murah rezeki tapi lupa lagi dua tu. Sama-sama kita cuba hafal dan amalkan doa ini.
Cc; Channel Ad-Dien Abd Kadir
#DoaDariNabi
#MuslimahOnHijrah
Takdir Allah adalah Penawar
"Takdir Allah swt itu tidak pernah untuk merosakkan atau menyakitkan kita. Tetapi takdir Allah swt itu adalah menjadi ubat dan penawar untuk hati kita yang berpenyakit."
- Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Cc; Channel Ustadzah Norhafizah Musa
#MuslimahOnHijrah
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Waktu Do'a Mustajab
1. Setelah adzan
2. Saat turun hujan doa mustajab
3. Berkumpul dengan orang2 dan berdoa bersama
4. Waktu antara maghrib dan isyak
5. Waktu subuh smpai matahari terbit
6. Setelah wudhu hingga hendak solat
7. Khamis hingga malam Jumaat
8. Di masjid
9. Di Makkah dan Madinah
10. Hari Isnin dan malam Isnin
11. Bulan Ramadhan
12. Bulan2 mulia Muharram dan Rejab.
Kalam Hubabah Ummu Salim
Diterjemah oleh Ustazah Halimah Alaydrus
Cc; Kalam Ustadzah
#MuslimahOnHijrah
Recent things I've been telling my friend. Exhausted, but unable to give up.
Cc; yogaffmaulanaa
#MuslimahOnHijrah
Hati ini terkadang penuh dengan kerisauan-kerisauan yang tidak menguntungkan.
Risau soal harta, pangkat dan kedudukan.
Seorang sahabat pernah berpesan,
Jadikanlah kerisauan kamu itu pada kerisauan yang satu, iaitu risau jika tidak selamat di akhirat.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Berlaku adillah di dunia.
Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash r.a berkata, Rasulullah saw bersabda :
“Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil, kelak disisi Allah ditempatkan di atas mimbar dari cahaya, ialah mereka yang adil dalam hukum terhadap keluarga dan apa sahaja yang diserahkan (dikuasakan) kepada mereka.’
HR Muslim
Riadhus solihin jilid 1&2
m/s 496.
Pencerahan
1. Manusia sanggup mengorbankan prinsip keadilan bila melibatkan kekayaan,kesenangan dan kemewahan,
2. Kehilangan Islam yg shumul dalam kehidupan sekeliling antara faktor prinsip keadilan juga hilang,
3. Kembali kpd kehidupan Islam yg sebenar akan menyuburkan suasana keadilan dalam sistem hidup manusia in syaa Allah
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Pendakwah yang menyebabkan Rasulullah SAW menangis
عَنْ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ، يَقُولُ : إِنَّا لَجُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي الْمَسْجِدِ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ مَا عَلَيْهِ إِلاَّ بُرْدَةٌ لَهُ مَرْقُوعَةٌ بِفَرْوٍ فَلَمَّا رَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَكَى لِلَّذِي كَانَ فِيهِ مِنَ النِّعْمَةِ وَالَّذِي هُوَ الْيَوْمَ فِيهِ
Maksudnya: Daripada Saidina Ali bin Abu Talib RA, dia berkata: Sesungguhnya kami sedang duduk bersama dengan Rasulullah SAW dalam masjid, lalu muncul di hadapan kami Mus’ab bin Umayr yang ada bersamanya burdah (selendang) yang bertampal dengan kulit. Apabila Rasulullah SAW melihat Mus’ab, Rasulullah menangis mengenangkan kehidupan nikmat dunia yang pernah dilaluinya dahulu (jika dibandingkan) dengan keadaan sekarangnya. (Jami’ al-Tirmizi, no: 2476)
Pedoman
1. Satu contoh amali yang ditinggalkan oleh Mus’ab kepada generasi kemudian;
2. Beliau meninggalkan kemewahan duniawi untuk bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Menjadikan seluruh hidupnya berkorban berjuang membela Islam untuk Allah sehingga syahid di medan Uhud dengan mendapat kemuliaan dari Allah SWT.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Kenalan Kak Ad yg dalam fasa penghijrahan, ingat pesan Kak Ad ni tau!
*Solat, alquran & doa itu jadikan bekalan untuk mengubah diri..*
Perlahan lahan sahaja. Tak perlu gopoh gapah.
Jangan ditinggalkan.
Usaha lakukan.
Mudahan perjalanan hijrah kalian dipermudahkan ya ✌🏼..
Kak Ad doakan dari jauh saja 😘😘😘
_Kak Ad_
22/1/2020
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah