muslimahonhijrah | Unsorted

Telegram-канал muslimahonhijrah - MuslimahOnHijrah 🌹

5218

Hijrah is all about you, and me, together we return back to Allah ✨ Anything to share @MuslimahOnHijrah_bot Auto Swap Promote @MslmhOnHjrh_bot Follow us on 👇 Instagram | Twitter | Telegram

Subscribe to a channel

MuslimahOnHijrah 🌹

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Kesusahan, kesakitan dan keperitan menjadi penghapus dosa

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُمَا سَمِعَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلَا نَصَبٍ وَلَا سَقَمٍ وَلَا حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلَّا كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ
Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah bahwasanya kedua orang sahabat itu pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada penderitaan, kesengsaraan, sakit, kesedihan dan bahkan juga kekalutan yang menimpa seorang mukmin, melainkan semua itu menghapuskan sebahagian dosanya.” (HR Muslim No: 4670)

Pedoman

1. Sunnah kepada mereka yang berada di medan ‘amal untuk melalui keperitan, kesusahan, kesakitan dan kesedihan yang merupakan ujian daripada Allah untuk hambanya.

2. Setiap ujian keperitan, kesusahan , kesakitan yang menimpa mukmin itu menjadi penghapus dosa-dosanya dan meningkatkan semangatnya;

3. Bertabahlah di atas segala ujian dan mehnah. Moga redha dengan apa yang ditempuhi.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Memikul dakwah seperti menggenggam bara api

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِ ‏”‏ ‌‌‏Maksudnya: Daripada Saidina Anas bin Malik RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan datang satu zaman nanti mereka yang bersabar atas perkara agamanya adalah seperti mereka yang menggenggam bara api. (Jami al-Tirmizi, no: 2260 – Hadis Sahih).

Pedoman

1. Rasulullah SAW berpesan akan sampai satu masa Islam yang syumul dan orang-orang yang mempraktikkannya akan dilihat sebagai sesuatu yang pelik dan asing.

2. Mereka yang berpegang teguh dengan Islam pada ketika itu akan menghadapi cabaran sehingga baginda membayangkannya sebagai menggengam bara api.

3. Peranan penting kepada setiap mukmin untuk mempertahankan Islam dengan memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat untuk kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

"Kalau engkau sibuk nak cari
hubungan "Cinta" dari manusia..
Engkau akan kehilangan hubungan "Cinta" dari Allah..
Ibarat engkau utamakan "Dunia" berbanding "Akhirat" sedangkan "Dunia" itu hanyalah sementara..
Begitulah hubungan "Cinta" dengan manusia takkan kekal abadi selamanya berbanding "Cinta" dari Allah yang kekal abadi selamanya dunia akhirat😉

Sumber: @tarbiah

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Maaf gambar tak berapa cantik. Min snap asal boleh je 🤭

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Menuntut ilmu hingga ke akhir hayat

Yang dikatakan menuntut ilmu hingga ke akhir hayat ialah kita terus menerus membaca, mengkaji serta menambahkan ilmu hinggalah ke akhir hayat. Para salafussoleh dan ulama’-ulama’ terdahulu, mereka memandang bahawa ilmu itu akan hidup dan berkembang terus dengan cara belajar dan membaca. Sebaliknya ilmu itu akan kering serta layu apabila berhenti belajar dan membaca.

Sebuah kata-kata masyhur oleh Imam Ibn Abdul Barri:

Kamu sentiasa menjadi ‘alim selagi mana kamu menjadi pelajar, maka apabila kamu merasa cukup, kamu telah menjadi jahil.

Imam Malik juga ada mengatakan:

Tidak wajar bagi seorang yang mempunyai ilmu meninggalkan pelajarannya.

Telah di katakan kepada Ibn Mubarak: “Sampai bilakah kamu menuntut ilmu?”. Beliau lantas menjawab, “Hingga ke akhir hayat dan boleh jadi ada kalimah yang berguna kepadaku yang belum aku tulis lagi.”

Alangkah indahnya jawaban Imam Sufian terhadap soalan:

“Siapakah di antara manusia yang paling berhajat kepada ilmu?”. Maka berkatalah Imam Sufian, “orang yang paling alim di kalangan mereka”.

Justeru itu alangkah cintanya para ulama’ terdahulu terhadap ilmu dan alangkah besarnya ilmu di dalam jiwa mereka. Oleh itu marilah manusia yang ada pada hari ini mengikut dan meneladan jejak langkah mereka.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Jawapan Rasulullah kepada orang yang meminta-minta jawatan

Dari Abu Musa r.a katanya, “Aku datang menemui Nabi bersama-sama dua orang laki2 anak pamanku. Yang seorang berkata, ‘Ya Rasulullah! Angkatlah aku jadi Amir (pembesar) di salah satu daerah yg telah dikuasakan Allah kpd anda.’ Dan yg seorang lagi berkata pula seperti itu.’

 

‘Jawab Rasulullah saw, “Demi Allah! Aku tidak akan mengangkat seseorang utk memangku suatu jawatan, orang yg meminta- minta supaya ia diangkat, bahkan tidak pula orang yg mengharap2 untuk itu.’

 

( HR Muslim)

1792

 

Pedoman

 

1. Sesuatu jawatan itu adalah amanah dan tanggungjawab yg wajib dilaksakan dengan ikhlas kerana Allah SWT,

 

2. Gunakanlah jawatan yang diamanahkan sebagai jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT samada di dunia atau akhirat.

 
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

*ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ وسلم ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ*

*2 PERKARA UNTUK DILUPAKAN*
*2 PERKARA UNTUK DIINGATI*

Lupakan:
1) Perbuatan ihsan kepada orang lain yang telah kita lakukan selama ini.
2) Amal kebaikan yang telah kita lakukan terhadap Allah SWT.

Ingatlah:
1) Dosa yang telah kita lakukan.
2) Kematian yang akan menjemput kita pada bila-bila masa.

*Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Hafizahullahu Ta'ala*

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

A : eh, dia tu kata dah berhijrah. Tp tgk ar tdg dia. x ttp dada pun.
B : aah kan, bju pun ketat sendat. Apa lah. baek tak pyh berhijrah.
💦💦💦💦💦💦💦💦

ish..... Tak baek taw lagu tu... bgus kan bila ada org berhijrah... brulah cantik kan lagu tu.

sahabat, berilah sedikit masa bg mereka yg baru nak berjinak2 dalam penghijrahan..
Mereka bukan biasa dgn pakaian yg longgar, labuh seperti kita.
Mereka bukan biasa dgn menutup apa yang patot seperti kita.
bantulah mereka bukan mengata..

itu permulaan yang baik bg mereka...
Jgn buat mereka rasa down dgn kata kata negatif kita.
Dikhuatiri mereka tidak lg meneruskan penghijrahan mereka.
berikan kata kata positif yang lbh mendorong mereka untok kekal dgn penghijrahan itu.
Jangan lupa doakan yg terbaik juga buat mereka 😊

Kak Ad sokong sangat bila ada kenalan nak berhijrah kepada kebaikan!
Kak Ad doakan perjalan hijrah korang dipermudahkan ok?

_Kak Ad_

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Jika memang kau menderita sebab manusia maka kembalilah sujud kepada-Nya kerana hanya Allah SWT yang Maha Mendengar.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Kehidupan kita akan lebih baik bilamana :

1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.

2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.

3. Baca Al Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan. Maka memilihlah.

4. Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.

5. Tidak tidur selepas subuh.

6. Tiada iri hati melihat orang lain.

7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.

8. Percaya bahawasanya pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.

9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.

10. Istighfar sekurangnya 100 kali.

11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.

12. Taat ibubapa.

13. Solat di awal waktu.

14. Hargai dengan apa yang ada.

Selamat berbahagia hingga ke Syurga! Terus bahagia.

In sha ALLAH. ❤️🤲

Kredit : Aku Menyintaimu Rasulullah

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Sifat mulia seorang pendakwah
(Bersabar ketika bersama manusia)


عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ

Dari Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah dari Nabi SAW baginda bersabda:

“Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka.” Ibnu Abi Adi berkata: Syu’bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar.
(HR Tirmizi No: 2431)

Pedoman

1. Seorang pendakwah yang bijak akan meletakkan dirinya duduk bersama-sama dengan masyarakat dan bersabar dengan kerenah dan gangguan mereka;

2. Sunnah para nabi dan Rasul ialah mereka tidak sunyi dari gangguan manusia namun tetap fokus dan sabar di samping memohon bantuan Allah SWT.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Hari ni Kal Ad nak bebel sikit pasal ISTIDRAJ... 😰😰😰

Bahaya tau istidraj ni!

Kenapa bahaya?

Sebab buat kita tambah lela dan seronok...
Allahuakbar!

Meh Kak Ad bagitahu makna istidraj tu..
Ia adalah pemberian nikmat dari Allah dalam keadaan Dia tak redha pon 😰😰😰
Nikmat tu pulak ada banyak bentuk; kekayaan, kejayaan, pangkat dan gelaran, pengiktirafan dan sanjungan.

Senang mcm nilah! Kak Ad bagi sedikit contoh yang mudah

Tak tutup aurat, tapi dapat nikmat
Tak solat, tapi dapat nikmat
Buat dosa, tapi dapat nikmat

Nampak tak?
Maknanya, yang ingkar perintah Allah, tapi still dapat nikmat, itulah istidraj!

Allah bagi pon bukan saja saja, ada sebabnya
Dia nak lihat bagaimana keadaan kita terima nikmat tu.
Apakah kita syukur lantas insaf?
Apakah kita syukur lantas masih leka dan lalai?

Allahuakbar!!

Jangan ingat nikmat yg Allah bagi tu satu keseronokan tau.
Ia boleh jugak diklasifikasikan as ujian 😏

So pada semua, terutamanya Kal Ad sendiri, jomlah sama sama kita muhasabah diri!!
Wujudkan sifat kerdil dan hina di sisi Allah
Buat semakan samada kita ni ingkar atau taat padaNya

Mudah mudahan kita semua terhindar dari istidraj ni...

_Kak Ad_
14/1/19

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Penutup

Untuk kekal istiqamah memerlukan tiga pendekatan sekaligus bagi setiap mukmin iaitu:

1. LiLlah = kerana Allah.
2. Ma’aLlah = bersama Allah.
3. IlaLlah = menuju kepada Allah.

LiLlah bermakna kerana Allah, iaitu lil Islam, yakni mengambil Islam sebagai mabda’ (perinsip hidup) dan menuntut keredhaan Allah.

Ma’aLlah bermakna bersama Allah, iaitu bersama-sama manhaj Allah, yakni bil Islam atau sentiasa bersama-sama dengan Islam sebagai manhaj hidup.

IlaLlah ialah menuju kepada Allah, bermakna sentiasa bermatlamatkan Allah dalam setiap kerja-kerja dan usaha.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:


إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِي كُنتُمۡ تُوعَدُونَ
نَحۡنُ أَوۡلِيَآؤُكُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِۖ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِيٓ أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِي
أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا
Sesungguhnya orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada Rabb yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Fushilat, 41: 30-32)

Penyunting bersama:
Khairul Azman
Abu Husin Taqiy

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

FAKTOR-FAKTOR YANG MELAHIRKAN ISTIQAMAH

1. Beramal dengan amalan yang sebaik-baiknya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:|

وَجَٰهِدُواْ فِي ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (Al-Hajj, 22: 78)

2. Bersikap sederhana antara melampaui batas dan mempersia-siakan sesuatu.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُواْ لَمۡ يُسۡرِفُواْ وَلَمۡ يَقۡتُرُواْ وَكَانَ بَيۡنَ ذَٰلِكَ قَوَامٗا
Dan orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al-Furqan, 25 : 67)

3. Bertindak sesuatu berasaskan ilmu dan kefahaman.

Firman Allah Subhanahuwata’ala.

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan. (Al Isra’,17:36)

4. Tidak bersandarkan sesuatu dengan faktor-faktor yang bersifat sementara, tetapi bersandar kepada suatu yang jelas dan kekal.

5. Ikhlas kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus. (Al Bayyinah, 98 : 3)

6. Mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Bertaka Imam Sufian: Tidak diterima suatu perkataan, kecuali apabila ia disertakan amal. Dan tidak lurus perkataan dan amal kecuali dengan niat, dan tidak lurus perkataan, amal dan niat, kecuali mengikut sunnah.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Majlis kesedihan dan dukacita

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللَّهَ فِيهِ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةً فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Tidaklah satu-satu kaum yang berada di dalam sesebuah majlis yang mana mereka tidak menyebut nama Allah padanya dan tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka, melainkan majlis tersebut merupakan kesedihan, dukacita, dan penyesalan. Sekiranya Dia menghendaki, mereka akan diazab, dan sekiranya Dia mahu, mereka akan diampuni. (HR at-Tirmidzi No : 3302)

Pedoman

1. Kita amat berhajatkan dimana sahaja majlis atau program yang kita sertai atau berada, ia diberkati dan dirahmati.

2. Majlis atau program yang diberkati itu di dalamnya mestilah disebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi;

3. Majlis atau program yang di dalamnya tidak disebut nama Allah serta selawat ke atas Nabi, ia mendukacitakan dan menyedihkan

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Tatkala ada 10 orang yang berlumba lumba membuka aib seseorang yang buat kesalahan lantas mereka melupakan kebaikan beliau, marilah kita jadi satu orang yang berlumba menutupi aib beliau serta tidak melupakan kebaikan yang dilakukan..

Boleh jadi ini hari yang malang buat dirinya. Namun disebabkan kita, boleh jadi hari yang indah buat dirinya.

Simpan aib orang rapat2, Allah pon akan simpan aib kita..

_Kak Ad_

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Jika engkau merasa tiduk hidup bahagia, maka ketahuilah engkau tidak mengerjakan solat dengan baik.

-SyekhAliJaber-

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Manusia tak pernah puas dengan harta

عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
Daripada ‘Atha` dia berkata; saya mendengar Ibnu Abbas RA berkata; saya mendengar Nabi SAW bersabda: “Sekiranya anak Adam memiliki harta sebanyak dua bukit, nescaya ia akan mengharapkan untuk mendapatkan bukit yang ketiga, dan tidaklah perut anak Adam itu dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah menerima taubat siapa saja yang bertaubat.”

(HR Bukhari No: 5956)

Pedoman

Musthofa Al Bugho dalam Syarh Riyadhis Sholihin : “tidak ada yang memenuhi perutnya kecuali tanah” bermaksud ia terus menerus memenuhi nafsu dirinya dengan harta sampai ia mati lantas di kuburnya isi perutnya dipenuhi dengan tanah kuburan.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Ada satu ayat dalam wirid ni berbunyi,

ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن

Maksudnya : Apa yang Allah kehendaki telah berlaku dan apa yang Allah tidak kehendaki tidak akan pernah berlaku.

Pernah tak rasa, kamu ni lemah, tidak hebat, penuh kekurangan dan tidak berguna?

Hanya kerana kamu melalui jalan yang lain daripada sahabat seusia kamu. Kamu tidak segembira mereka. Kamu berharap untuk menjadi mereka walaupun sementara.

Jika ada. Tidak mengapa. Lepaskan apa yang terbuku di hati kamu. Apa jua yang kamu pendam dan simpan dari orang sekeliling kamu. Apa-apa jua yang menyakitimu.

Kemudian, ingatlah. Apa jua yang Allah kehendaki pasti akan berlaku. Apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.

Apa jua yang kamu tempuhi kini, semuanya dengan kehendaknya, dengan taqdirnya. Apa sahaja yang sedang kamu lalui, telah Allah tetapkan dari azali lagi.

Dan segala yang kamu sedang hadapi ini. Adalah sebaik-baik ketentuan yang telah ditetapkan dari Pencipta.

'Bagaimana yang mencipta tidak mencinta. Dan bagaimana yang mencinta membiarkan insan yang dikasihinya.'

Bersabarlah atas ujian. Kerana hikmah itu sentiasa ada.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Kewajipan menuntut ilmu

Seseorang muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mendapat petunjuk serta nikmat Allah Subhanahuwata’ala. Oleh itu, di sisi Islam, menuntut ilmu  adalah amalan fardhu dan mulia bagi setiap muslim dan muslimah. Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim” (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Sehubungan dengan itu Allah Subhanahuwata’ala juga menyeru kepada setiap muslim supaya terus-menerus menuntut ilmu. Dialah yang akan mengangkat darjat para ilmuan (ulama’). Ilmuan juga digolongkan oleh Allah Subhanahuwata’ala sebagai orang yang bertaqwa. Firman-Nya:

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambanya hanyalah ulama’. (Surah Fathir : 28)

Oleh yang demikian, kita dituntut oleh Islam supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan supaya semakin bertambah ilmu, maka semakin dekatlah diri kita dengan Allah Subhanahuwata’ala. Ilmu itu merupakan cahaya untuk kita  lebih  merasai keesaan Allah Subhanahuwata’ala, serta kekuasaan dan keagongan-Nya. Dengan ini akan bertambahlah ketakutan (ketaqwaan) kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Islam juga mengutamakan orang yang mempunyai ilmu sepertimana firman Allah Subhanahuwata’ala:

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِي ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ ٩
Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Surah Az-Zumar : 9)

Safwan Ibn Assal Al-Maradi telah datang menemui Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam sedang baginda berada di masjid, maka berkatalah dia kepada Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:

Wahai Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam, aku ini sedang mencari ilmu. Maka Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam pun bersabda yang bermaksud:

Dipersilakan dengan gembira kepada penuntut ilmu, sesungguhnya penuntut ilmu diselubungi oleh para malaikat sehingga bersusun sebahagiannya ke atas sebahagiannya hingga sampai mereka kelangit dunia, lantaran cinta mereka kepada apa yang dituntutnya. (Riwayat Ahmad, Attabarani, Ibnu Habban dan Al-Hakim)

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Bijak menilai keadaan sebelum membuat pembaharuan

عَنْ عَائِشَةُ قُلْتُ قَالَتْ : قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ يَا عَائِشَةُ، لَوْلاَ قَوْمُكِ حَدِيثٌ عَهْدُهُمْ ـ قَالَ ابْنُ الزُّبَيْرِ بِكُفْرٍ ـ لَنَقَضْتُ الْكَعْبَةَ فَجَعَلْتُ لَهَا بَابَيْنِ باب يَدْخُلُ النَّاسُ، وَبَابٌ يَخْرُجُونَ ‏”‌‏.‏ فَفَعَلَهُ ابْنُ الزُّبَيْرِ‏.‏
Maksudnya: Daripada Saidatina Aisyah RA berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW pemah mengucapkan: Wahai Aisyah, kalaulah bukan kerana kaummu masih dekat dengan zaman kekafiran mereka (zaman jahiliah mereka), nescaya aku akan runtuhkan Kaabah dan binanya semula dengan menjadikannya mempunyai dua pintu. Satu pintu untuk manusia masuk dan satu pintu untuk manusia keluar. Lalu apabila Abdullah bin al-Zubair menjadi Gabenor Mekah, beliau melaksanakan hadis Nabi ini. (Sahih al-Bukhari, no: 126).

Pedoman
1. Hadis ini menceritakan kebijaksanaan Rasulullah saw dalam menilai sesuai keadaan. Memperbaiki semula Ka’abah adalah sesuatu yg Nabi hajatkan. Namun Baginda bimbang kaumnya akan lari meninggalkan Islam.

2. Mengelakkan mereka dari jatuh semula kepada kekufuran adalah lebih utama daripada maslahah meruntuh dan membina semula Ka’abah.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Zaman yang dikaburi fitnah, bibir dan jari bagaikan sahabat karib. Jika bibir tidak mampu berbicara, jari mampu mengambil alih tugas seakan-akan segalanya kelihatan begitu mudah bahkan tiada apa lagi sempadan yang dapat memisah.


Sumber: @DakwahOfHeart

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

IKHLAS akan muncul jika HATI bersih dari DOSA NODA .

Jadi , kalau tak BERSIH macam mana IKHLAS nak muncul 😢

Mohonlah HATI yang baru pada Nya yakni الله 🌹

Muhasabah ~

Sumber: @tarbiah

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

LABUHKAN TUDUNG MU

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka.

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Bersifat lemah lembut dan penyayang

عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ
Dari Jarir RA dari Nabi SAW bersabda: Barang siapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), berarti ia dijauhkan dari kebaikan. (HR Muslim No: 4694)

Pedoman

1. Memiliki sifat penyayang dan lemah lembut amat dituntut ke atas setiap Muslim;

2. Orang yang tidak mempunyai sifat penyayang atau lemah lembut terhadap orang lain akan dijauhkan dari rahmat Allah;

3. Ayuh sebagai seorang mukmin kita mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dengan berlemah lembut dan penyayang terhadap semua makhluk Allah SWT.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Sometimes the Almighty removes a particular person from your life because the relationship no longer serves any purpose. There’s no more positive growth. Learn to recognise it. Don’t run after that person who is not meant to be part of the next journey of your life. Move on!

-Muftiismailmenk

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

Wahai Tuhan. Kurangkan angan-anganku terhadap dunia. Supaya hilang gelisahku, juga cintaku pada harta yang sementara.


#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

TANDA-TANDA ORANG YANG ISTIQAMAH

Akan dapat dilihat tanda-tanda bagi orang yang istiqamah, iaitu:

1. Bersifat syaja’ah (berani)

Muslim yang istiqamah akan memiliki keberanian yang luar biasa. Ia tidak gentar menghadapi segala rintangan da’wah. Ia tidak akan menjadi seorang yang pengecut atau pengkhianat di jalan perjuangan.

Inilah gambaran sifat-sifat sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Ketika seorang sahabat mendapat jawapan daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bahawa dia akan masuk syurga sekiranya mati di medan jihad, maka dia tidak menyia-nyiakan waktunya, lalu melempar tamar yang ada dalam genggamamnya, kemudian meluncur ke medan jihad. Akhirnya dia mendapat apa yang dia inginkan, iaitu syahadah.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib ra setelah ia menerima bendera Islam dalam peperangan Khaibar dengan sabda baginda: Jalanlah, jangan menoleh sehingga Allah Subhanahuwata’ala memberikan kemenangan kepada kamu.

Lantas Ali berjalan, kemudian berhenti sejenak dan tidak menoleh seraya bertanya dengan suara yang keras: Ya Rasulullah, atas dasar apa aku memerangi manusia

Baginda menjawab: Perangilah manusia sehingga mereka bersaksi bahawasanya tiada ilah melainkan Allah.

Inilah gambaran keberanian para sahabat yang lahir daripada istiqamah.

2. Ithmi’nan (ketenangan)

Keimanan yang mantap bagi seorang mukmin akan melahirkan tsabat dan istiqamah. Manakala tsabat dan istiqamah akan melahirkan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan. Meski pun dia menghadapi jalan da’wah yang panjang dan sukar, ia tetap tenang. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يَلۡبِسُوٓاْ إِيمَٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ 
Orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang yang mendapat petunjuk. (al An’am, 6: 82)

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (ar Ra’du, 13: 28)

3. Tafa’ul (optimis)

Istiqamah yang dimiliki oleh seorang mukmin akan melahirkan sikap tafa’ul (optimis) bahawa masa depan di tangan Islam dan yakin kepada pertolongan Allah Subhanahuwata’ala. Jauh dari sikap pesimis dalam mengharungi jalan da’wah yang berliku-liku. Ia tidak merasa lelah yang boleh membuahkan kekecewaan dalam perjuangan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَلَا تَاْيۡ‍َٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ لَا يَاْيۡ‍َٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ
Dan jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ( Yusuf,12 : 87)

Firman-Nya lagi:

قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦٓ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ
Ibrahim berkata: “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-nya, kecuali orang yang sesat”. ( Al Hijr,15 : 56)

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…

MuslimahOnHijrah 🌹

DASAR ISTIQAMAH

Firman Allah Subhanahuwata’a:

فَلَعَلَّكَ تَارِكُۢ بَعۡضَ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيۡكَ وَضَآئِقُۢ بِهِۦ صَدۡرُكَ أَن يَقُولُواْ لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡهِ كَنزٌ أَوۡ جَآءَ مَعَهُۥ مَلَكٌۚ إِنَّمَآ أَنتَ نَذِيرٞۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ وَكِيلٌ
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjaka. (Hud : 12)

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡجَنَّةِ خَٰلِدِينَ فِيهَا جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah”, Kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. (Al Ahqaf, 41: 13-14)

Katika Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ditanya: “Ya Rasulullah, katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seseorang pun selain engkau

Baginda bersabda: “Qul aamantu billah fastaqim” (Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah).

Ibn Taimyyah menyatakan: Sebesar-besar karamah ialah memegang istiqamah.

#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah

Читать полностью…
Subscribe to a channel