Hijrah is all about you, and me, together we return back to Allah ✨ Anything to share @MuslimahOnHijrah_bot Auto Swap Promote @MslmhOnHjrh_bot Follow us on 👇 Instagram | Twitter | Telegram
Kau rasa tidak sempurna?
Kau tidak keseorangan, kerana aku juga begitu 😔😔😔
Tapi kawan,
tidak sempurna itu bukanlah alasan untuk terus bergelumang dengan dosa,
tidak sempurna itu bukanlah alasan untuk terus hanyut dalam kegelapan dan kejahilan.
Tidak! Tidak! Tidak!
Kau tahu tak?
Kita manusia ini memanglah tiada sempurnanya,
Tapi kawan, kita adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan.
So?
Chill okeyh 🤭🤭🤭
Kebaikan tetap kene buat
Amalan wajib tetap kene buat
Amalan dosa tetap kene tinggal
Be proud of yourself okeyh ✌🏻
#MuslimahOnHijrah
Hari ni Kak Ad nak bagi satu tip pada ibu ayah sekalian (untuk Kak Ad & big bos jugak ya)...
Ucapkan lafaz *Jom Masuk Syurga Sekeluarga* kepada anak anak pada setiap keadaan; senang atau susah, bahagia atau duka.
Ulang dan ulang dan ulang berkali kali hingga ianya melekat di ingatan anak anak, lantas anak anak sendiri yang akan ingatkan kita 🤭..
Tapi, dalam masa yang sama, siapkan bekalan menuju ke sana ya.. Bukan hanya setakat bercakap sahaja..
Ajakan ini untuk apa sebenarnya?
Mengajak anak tidak terlalu leka dan lalai dengan duniawi..
Mengajak anak untuk peka dengan urusan ukhrawi..
Supaya anak tahu Allah itu Maha Penyayang yg berikan syurga buat hambaNya yang taat kepadaNya..
Jom mulakan sekarang!
#MuslimahOnHijrah
Kak Ad tersentap dengan ayat Allah yang berbunyi
اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ
Maksudnya : Telah semakin dekat kepada manusia hari menghisab amal mereka, sedang mereka dalam lalai (dengan dunia) lagi berpaling (dari akhirat)
[AL.ANBIYAK 1]
😭😭😭😭😭😭
Rasa macam Allah tengah marah plak dengan diri ni....
Sedangkan kita tahu, hari kiamat itu pasti, mati itu jua pasti, tapi kita masih membiarkan diri kita tetap leka dan lalai dengan perkara yg ntah hapa hapa... Sehingga kita lupa akan kedatangan hari kematian mahupun kiamat..
Cuba tengok diri kita..
Ada x kita persiapkan diri kita kepada kematian? Kepada kiamat?
Agak agak cukup x bekalan kita kat sana?
Agak agak timbangan kebaikan kita melebihi keburukan x?
Allahuakbar!!!!
😰😰😰😰😰😰😰
Pesanan Kak Ad pada semua,
Marilah segerakan kebaikan dalam kehidupan kita.
Marilah segerakan taubat.
Usah biarkan diri kita dan diri orang yg kita sayang hanyut dalam lubang kegelapan, kemungkaran, kemaksiatan..
Usah biarkan diri kita dan diri orang yg kita sayang terus leka dan lalai dengan keseronokan dunia yg hanya sementara...
Usah biarkan diri kita dan orang yg kita sayang terus dengan dosa...
Ubahlah segera!
#MuslimahOnHijrah
Seandainya seorang hamba itu dikurniakan rezeki dengan dunia dan segala isinya, lalu dia bersyukur dan mengucapkan 'Alhamdulillah', maka dengan ilham dari Allah akan ucapan Alhamdulillah itu merupakan nikmat yang paling besar berbanding pemberian dunia dan seisinya.
Kerna nikmat dunia itu akan lenyap, sedangkan pahala 'Alhamdulillah' itu akan TERUS KEKAL!
Credit : Ustaz Abdul Aziz Al Arabiy
#MuslimahOnHijrah
Berkali-kali sudah nama hambamu ini sampai ke sana Ya Allah , sampaikan juga jasadnya dan izinkan hambamu menjadi tetamuMu di sana 🤍
Cr: Kak Yaa
#MuslimahOnHijrah
Admin minat nak buka undur MAPIM, kalau ada yang nak join Min pm @shazashikin okay 👌
Читать полностью…Jika hati ini belum benar-benar mensyukuri nikmat mu wahai Tuhanku,
Ingatkan aku bahawa apa yang aku miliki hari ini hanyalah pinjaman dariMu. Dan jika Engkau berkehendak untuk mengambilnya semula dariku maka tiada daya padaku untuk menahannya.
#MuslimahOnHijrah
Bismillahi MasyaAllah 🌅
Akan sentiasa ada kebaikan dalam segala sesuatu, yang hanya diketahui Allah.
Facebook: Ustaz Abdul Aziz Al Arabiy
#MuslimahOnHijrah
Whether you like it or not, life isn't always sunshine and rainbows. You, like everyone else, will face trials and tribulations. You will go through loss, failure, and sadness Because life constantly throws us curveballs that are beyond our control and cause us to fall. Everyone needs to grow in places where they thought they couldn't stand. Sometimes you have to pay attention to the small details of pain that life teaches you.
Whatever irritates you is teaching you the value of patience.
Anyone who abandons you is trying to teach you how to stand on your own two feet.
Anything that causes you pain
is instilling the values of forgiveness and compassion in you.
Whatever you are afraid of is instilling courage in you so that you can confront your fears.
Anything over which you have no control
is showing you how to let go.
— Balt
Facebook: Choose Yourself
#MuslimahOnHijrah
It’s okay not to know what you want to do with your life. It’s okay not to have had things planned out since you were a kid. It’s okay to change your mind, to start over, to drop out of things, to make mistakes, to try things out and discover they don’t work for you, to take time out and reassess.
You aren’t lost or aimless or worthless or lazy; self-discovery is the most important path to be on, and it has twists and turns and dead ends and forks in the road, but as long as you keep going, you’ll get to where you need to be. Even if you don’t know where that is yet.
—Nepenthe,
#MuslimahOnHijrah
Pada langit ada rahsia yang di luar pengetahuan manusia. Kiblat bagi yang berdoa dan tempat melepaskan rindu pada yang tiada .
#MuslimahOnHijrah
*AURAT KEPALA WANITA*
Hari ni izinkan Kak Ad nak bercakap sedikit tentang topik di atas.. Memandangkan ia adalah perkara yg sangat serius untuk dibincangkan!
Apa itu aurat kepala? Bermula dari kepala hingga leher.. Rambut, telinga, leher. Itu semua kene tutup rapat. X boleh suka suka je nak bagi orang ajnabi tengok.. Sebab apa? Itu aurat..
Maknanya kene pakai sesuatu yg bisa tutup. Apa dia? Apa jenis kain pon boleh ✌🏼seperti tudung, selendang, tuala, selimut, kain etc..
See? Banyak sebenarnya yg boleh dijadikan alat untuk tutup aurat kepala..
Ada syaratnya jugak.. Apa dia?
✨labuh menutupi dada
✨tidak jarang hingga bisa menampakkan warna kulit
✨tidak dipinkan ke belakang hingga menampakkan bentuk batang leher
✨tidak mengeluarkan sebarang perhiasan dalaman seperti subang, rantai
✨tidak hanya dibiarkan dililit di leher sahaja hingga menampakkan bentuk yg x sepatutnya
Tapi dari pandangan Kak Ad, masih ada lagi segelintir yg x jaga syarat syarat ini 😟😟😟.. Hatta orang yg Kak Ad yg kenal.. Sedih sangat...
Ada yg setakat tutup pakai topi, ada yg dengan megah keluarkan sedikit cuping dan anting anting, kain jarang nampak warna kulit, ada yg sekadar lilit longgar hingga menampakkan sedikit jambulnya, ada yg lilit ke belakang menampakkan batang lehernya, ada yg sekadar lilit di leher hingga menampakkan bentuk x sepatutnya, ada yg sekadar memakai turban je..
Kak Ad anggap mereka ni masih x memahami konsep sebenar dalam memelihara aurat kepala..
Sebab tu Kak Ad tampil nak terangkan ✌🏼..
Kak Ad harap sangat yg mana dah faham, bolehlah tolong sampaikan pada kenalan kalian jugak ya..
Mohon ajari mereka ini ya!
Kepada yg masih free hair, Kak Ad doakan agar satu hari nanti kalian akan belajar menutupinya ya 🤲🏻🤲🏻..
Belajarlah perlahan perlahan ya..
Moga kalian ditemukan dengan hidayah Allah ;)
_Kak Ad_
21/8/19
#MuslimahOnHijrah
Menurut Umar al-Khattab, tanda-tanda seseorang itu kerap mendapat petunjuk Allah ialah kerapnya dia berdoa walaupun mungkin belum dimakbulkan. Konsisten berdoa merupakan taufik dari Allah. Seseorang yang jarang dan susah berdoa sebenarnya tanda dia jauh dari petunjuk Allah.
Dalam sehari bermula bangun tidur sampailah tidur semula, ada lebih 100 doa meliputi apa sahaja perbuatan yang manusia lakukan. Bayangkan orang yang dalam seharinya 1 doa pun dia tak minta kepada Tuhan. Tergerak hati nak berdoa rupanya anugerah besar yang kita mungkin tak sedar.
AdDien Abdul Kadir
#MuslimahOnHijrah
Kebaikan mahupun kejahatanmu itu adalah hutang. Kelak, pada satu saat, 'kehidupan' akan 'memulangkannya' semula kepadamu.
Ustaz Abdul Aziz Al Arabiy
#MuslimahOnHijrah
Kak Ad nak bagi pesanan sikit pada yg masih sendiri...
Jika ada si dia meluahkan rasa cintanya pada kita, jangan terlalu teruja lantas menyambutnya dengan berlapang dada..
Lihat dahulu bagaimana akhlaknya, bagaimana solatnya, bagaimana ketetapan dirinya dalam mentaati Allah..
Jika si dia itu, seorang yg memang dikenali dengan sikap yg baik, menjaga solat, mentaati Allah, silakan pertimbangkan untuk terima kembali cinta si dia✌🏼..
Namun, jika si dia itu, seorang yg memang dikenali dengan sikap yg tidak baik, masih main main dalam menjaga solat, masih sambil lewa dalan mentaati Allah, silakan tinggalkan.. Dia tak layak untuk terima kembali cinta kita..
Ingat!
Jika si dia benar benar mahukan cinta kita, dia seharusnya berusaha untuk menjaga dan menyelamatkan diri dia dahulu sebelum diri orang lain..
Itulah sebenar benar cinta 😍😍
Buatlah pilihan yang terbaik..
Istikharah, istisyarah, fatwa hati..
Usah terlalu pentingkan rupa ya !
Rupa ada, tapi akhlak ke laut, x guna jugak 🤭🤭
#MuslimahOnHijrah
Yg bergelar penuntut ilmu, sedarlah kamu bahawa Ilmu itu amat penting, bukan sahaja ilmu dunia, malah ilmu akhirat jua
Ilmu dapat menyelamatkan kita dari tersalah arah tuju, dari tersasar jalan, dari kejahilan dan kegelapan.
Ilmu menjadikan kita manusia yg lebih berpengetahuan, manusia yg lebih matang dalam mengendalikan sesuatu.
Ilmu itu jadi cahaya yang dapat menerangkan hati kita
Dgn adanya ilmu,
kita tidak mudah ditipu
Kita tidak mudah diperbodohkan
Kita tidak mudah terpedaya dengan helah dunia dan manusia
Namun, bukan mudah mendapatkan ilmu tanpa menjaga adab dengan sang pemberi ilmu.
Siapa?
Sudah tentunya seorang pendidik
Siapa? Lbh spesifik?
Pertamanya, ibu dan bapa
keduanya, Guru
Ingat, keberkatan itu penting
Dan amat dititikberatkan dalam memastikan ilmu itu diberkati
Dalam menimba ilmu, ketepikan segala perasaan bongkak
Ketepikan keistimewaan yg kita ada.
Hormat sang pemberi ilmu
Jaga hati dan perasaan dia
Usah ada perasaan dendam dgn dia biarpun kita dikenakan hukuman dan dimarahi
Terima seadanya dan fikir semula mengapa kita dikenakan begitu
Usah terlalu mengejar keputusan yang cemerlang
Usah terlalu mengejar tempat pertama
usah terlalu mengejar anugerah dekan tanpa memikirkan soal adab dengan sang pemberi ilmu
Selamanya penerima ilmu
#MuslimahOnHijrah
Manusia yang paling berakal itu ialah orang yang hanya melihat kepada aibnya sendiri, sedangkan dia membutakan matanya akan perihal aib orang lain.
FB: Ustaz Abdul Aziz Al Arabiy
#MuslimahOnHijrah
#freepalestine
Credit : ainareduzan on instagram
#MuslimahOnHijrah
Untuk subscribers baru boleh tengok pinned mesej Min untuk rujukan ❤️
Читать полностью…Salam Maulidur Rasul
اللهم صل على محمد.
#MuslimahOnHijrah
“Carilah ilmu dunia. Tapi jangan lupa ilmu akhirat untuk kebahagiaan. Bukankah kehidupan akhirat abadi? Apapun yang disandarkan dengan dunia pasti akan hilang. Kerana dunia sifatnya fana.”
Ustadzah Muna Al-Munawwar
Credit ; Kalam Ustadzah
#MuslimahOnHijrah
Wanita yang baik bukanlah dia tak punya dosa dan kesalahan, tetapi dia sedar dia seorang yang memiliki masa lalu yang gelap, dia tetap terus berusaha menjadi wanita yang diredhai Allah dan Rasul walaupun sering terjatuh dan bertatih, dia tetap terus melawan hawa nafsunya untuk meniti jejak Sayyidah Fatimah, Sayyidah Khadijah dan wanita-wanita agung yang lainnya.
Habib Umar bin Hafidz ~
Credit;KalamUlama
#MuslimahOnHijrah
Biarlah seberapa hancur sekalipun perasaanmu untuk menjalani kehidupan ini, jangan pernah kamu ragu-ragu dengan pertolongan dari TuhanMu.
Sesungguhnya di sebalik kesulitan ada kemudahan- Al-Quran 94;6
#MuslimahOnHijrah
Today’s quote from Qalby Shares
#MuslimahOnHijrah
Sesungguhnya apabila Allah ingin menyatukan dua jiwa, nescaya Allah pasti akan menyatukan keduanya, meskipun jarak diantara mereka berdua itu 'sejauh' langit dan bumi.
Abdul Aziz Al Arabiy
#MuslimahOnHijrah
"Sebesar mana pun dosa kamu terhadap Allah, jangan sesekali berputus asa pada-Nya. Allah tidak berpaling dari kamu selama mana kamu tidak berpaling dari-Nya.
Lantas teruslah kembali kepada-Nya sekali pun sudah berpuluh kali kamu kecundang dengan nafsumu.
Jika nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk memasukkan kamu ke neraka, bagaimana kamu selaku yang memegang diri ini boleh berputus asa untuk memasukkan diri kamu ke syurga."
- Al 'Allamah Ad Daie iIallah Al Habib Ali Al Jufri
Cc; Ustazah Aqmar
#MuslimahOnHijrah
𝗞𝗘𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 4 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔.
Diriwayatkan dari Sayyidina Utsman bin Affan رضى الله عنه , yang berkata,
Aku temukan kebaikan itu ada dalam empat perkara,
Pertama : Berusaha mencintai Allah سبحانه وتعالی dengan melakukan hal-hal yang Sunnah.
Kedua : Sabar atas ketentuan hukum Allah سبحانه وتعالی .
Ketiga : Redha dengan takdir Allah سبحانه وتعالی .
Keempat : Malu kerana selalu dilihat Allah سبحانه وتعالی .
Abu Nashr as-Sarraj : Al-Luma’ ~
Kredit : Kalam Sufi
#MuslimahOnHijrah
Everyone dreams when they are young.
Right?
Credit: Dev Mystra
#MuslimahOnHijrah
Don’t know why but I miss you so bad today, Ayah.
Counting days until I finish my journey ✨
#MuslimahOnHijrah