Hijrah is all about you, and me, together we return back to Allah ✨ Anything to share @MuslimahOnHijrah_bot Auto Swap Promote @MslmhOnHjrh_bot Follow us on 👇 Instagram | Twitter | Telegram
PENGERTIAN
Dari sudut bahasa, kata akar bagi istiqamah ialah qaama, bererti berdiri. Ini bermakna orang yang istiqamah ialah orang yang berdiri tegak tanpa bergeser atau menyeleweng ke arah lain.
Dari sudut istilah, istiqamah boleh diertikan dengan beberapa pengertian:
Abu Bakr As-Siddiq Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah kemurnian tauhid.
Umar al-Khattab Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah iltizam terhadap perintah dan larangan serta tidak boleh menipu sebagaimana tipuan musang.
Uthman bin Affan Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah mengikhlaskan amal kepada Allah Ta’ala.
Ali bin Abi Talib Radhiallahu’anhu menyatakan bahawa istiqamah ialah melaksanakan kewajipan-kewajipan.
Al-Hasan pula menyatakan bahawa istiqamah ialah melakukan ketaatan dan menjauhi ma’siat.
Mujahid pula menyatakan bahawa istiqamah ialah iltizam terhadap syahadah tauhid sehingga bertemu dengan Allah Ta’ala.
Ibn Taimiyah pula menyatakan bahawa mereka beristiqamah dalam mencintai dan beribadah kepadaNya tanpa menoleh ke kiri atau kanan.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Ramai tanya Kak Ad, kenapa setiap event yg Kak Ad anjurkan mesti ada slot tukar hadiah antara peserta.
Ok.
Jawapan Kak Ad berdasarkan satu hadis berikut :
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “ *Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang*”
See?
Sebab tu Kak Ad suka selitkan satu slot khas untuk tukar hadiah. Even peserta yg hadir masing masing x kenal satu sama lain hihi..
Hadiah yg Kak Ad tetapkan pon harganya mesti tak melebihi RM5 😍
Sebab bagi Kak Ad, cara mcm ni kita boleh rapatkan silaturrahim kan? Walau baru pertama kali bertentang mata ✌🏼
Jom saling bertukar hadiah. 😘😘
_Kak Ad_
15/1/2020
Rindunya nak buat event outdoor 🥲🥲🥲
Event alam maya x sama. X boleh nak hug...
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
*matahari terbit dari barat...*
Allahuakbar!
Meremang Kak Ad bila baca dalam hati tajuk tu.. Bila dah lafaz kuat, terduduk, terkaku, menangis sekuatnya... Hanya Allah yg tahu..
😭😭😭😭😭😭😭
Semua pastinya tahu bukan?
Jika itu yg berlaku, maka akan berlakunya Kiamat.
Jika itu yg berlaku, maka tertutup sudah pintu taubat.
Jika itu yg berlaku, segala amal baik selepas itu tidak akan diterima.
Gerun? Takut?
Ye! Perlu sangat!
Supaya apa?
Supaya kita tak ada rasa nak tangguh tangguh buat amal kebaikan..
Supaya kita bersegera buat apa yg Allah suruh..
Supaya kita bersegera tinggalkan apa yg Allah larang..
Supaya kita ada rasa takut dengan Allah, dengan azabNya..
Kehidupan ni bukan hanya berkisarkan tentang dunia sahaja tau! Ia juga tentang akhirat yg kekal abadi..
Jom semua bersama sama Kak Ad, usahakan sebanyak mungkin untuk mencari bekalan menuju ke hidup abadi nanti ✌🏼
Jom sama sama kita ke syurga!
_Kak Ad_
14/1/2020
Ke arah menjadi hambaNya yg beriman, bertaqwa dan bermanfaat
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam al-Hadith al-Qudsi (yang bermafhum):
Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (kekasih-Ku), Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada cara bertaqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada Ku yang lebih Ku sukai melainkan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang Ku fardhukan kepadanya. Namun sentiasa hamba-Ku itu berusaha mendekatkan diri kepada Ku dengan melakukan hal-hal yang sunat sehingga Aku pun mencintai (mengasihi)nya. Apabila dia telah Aku cintai, Akulah pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul keras dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon kepada Ku, Aku akan kurniakan dan jika dia memohon perlindungan Ku, Aku akan melindunginya. Dan tidak pernah Aku ragu-ragu pada sesuatu di saat Aku akan melakukannya seperti ragu-Ku untuk mengambil jiwa orang mu’min yang enggan mati sedangkan Aku tidak suka mengganggunya.
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Rujukan: Hasan Al Banna
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
JALAN PERTAMA
Jalan pertama ialah jalan yang luas terbentang di hadapan. Penuh dengan keteduhan. Jalan yang terang benderang dan elok sekali. Dipagari jalan tersebut dengan keindahan bau-bauan. Di sekelilingnya penuh dengan kecantikan. Permulaan jalan itu ialah keyakinan dan keimanan (terhadap Allah). Tahap-tahapnya ialah istiqamah dan ketaatan kepada ar-Rahman. Penghujungnya ialah syurga dan keredhaan Allah Subhanahuwata’ala.
JALAN KEDUA
Jalan kedua ialah jalan yang gondol, terasing, sunyi, penuh dengan kegelapan dan membinasakan. Permulaan jalan itu ialah bantahan dan keingkaran kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tahap-tahapnya ialah kemungkaran dan kemaksiatan. Penghujung jalan itu ialah neraka yang mana apinya menyala-nyala serta kemurkaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ٣٧ وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ٣٨
Adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan duniawi, maka sesungguhnya jahim (neraka) itulah tempat tinggalnya. (Surah an-Naziaat : 37-38).
Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
*ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ وسلم ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ*
_*ADAB KETIKA IBU AYAH BERCAKAP*_
"Ibu bapa bukannya manusia yang asing dalam hidup kita. Mereka adalah insan yang bertarung nyawa melahir dan sentiasa memelihara kita hingga ke hari ini.
Jikalau ibu bapa sedang bercakap kepada kita, jangan sesekali kita melangkah pergi ataupun sekadar hanya mendengar sambil berjalan.
Adab yang sepatutnya kita lakukan adalah mendekati dan menghayati apa yang dituturkan oleh mereka. Mendengar sambil berlalu pergi menunjukkan ketidaksopanan dan kurangnya akhlak dalam diri."
*Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Hafizahullahu Ta'ala*
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
*ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ وسلم ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ*
*3 JENIS KESABARAN*
Manusia dalam kewajiban mengabdikan diri kepada Allah, dituntut untuk istiqamah dan juga dituntut untuk bersabar.
Kesabaran ada 3 macam,
1. Sabar dalam taat.
2. Sabar dalam meninggalkan maksiat.
3. Sabar berhadapan dengan dugaan.
*Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Hafizahullahu Ta'ala*
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Kak Ad nak pesan buat diri ini dan semua..
Jika kita rasa kita tidak mampu nak ajak orang buat kebaikan, jangan pula kita ajak orang buat keburukan ya ✌🏼
Jika kita tidak mampu nak ajak orang untuk dekat dengan Allah, jangan pula kita jadi sebab untuk orang jauh dengan Allah ✌🏼
_Kak Ad_
13.1.2020
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Mata yang tidak disentuh api neraka
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَيْنَانِ لَا تَمَسُّهُمَا النَّارُ عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Dari Ibnu Abbas ia berkata; “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu; mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang pada malam hari berjaga kerana membela agama Allah”. (Sunan Tirmidzi No:1563) Status: Hadis Sahih
Pedoman
1. Antara orang yang dijauhi api neraka dan ditempatkan kedalam syurga ialah pemilik mata yang menangis kerana takut dan gerun akan seksaan api neraka Allah SWT;
2. Juga pemilik mata yang sentiasa bekerja, berdakwah dan berjihad disetiap ruang dan penjuru demi memastikan Islam berkembang dan tersebar;
3. Juga mata yang berjaga tanpa mengenal penat lelah bekerja dan menyumbang untuk dakwah seperti melalui penulisan, membuat kajian dan penemuan demi memuliakan Islam.
Oleh: Ustaz Ali Ahmad Foudzi
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Assalamualaikum and Hi everyone 🥰
Kami menjual barang kemas, Emas 999 dan Emas 916 Tulen dengan harga mampu milik serendah RM248/g 🎉 Anda beli dengan harga *KANCIL* dan anda dapat kualiti *FERRARI* 😍 Tak Percaya?! Moh Ler join Telegram dulu utk tengok betul ke tak harga murah ni 😱
Mari dapatkannya dengan join telegram kami 🤩😘👇
❤️ t.me/Rinaz_Gold
💍http://www.wasap.my/60168902881/emasmurah_rinazgold
Jangan sesekali kita samakan Al-Quran dengan mana2 buku lain kerana sesungguhya amat besar perbezaannya..
Al-Quran merupakan kalam Allah yang amat penting untuk kita, hambaNya..
Al-Quran mengandungi pelbagai mesej, nasihat yg tersurat dan tersirat..
Al-Quran didalamnya terkandung pengajaran2 dari kisah2 terdahulu..
Al-Quran didalamnya terkandung balasan2 buruk pada mereka yg ingkar.. Juga balasan2 baik bagi mereka yg taat.
Al-Quran didalamnya terkandung hukum2 dan hujah2 yg amat sesuai dijadikan dalil setiap perkara..
Al-Quran itu penawar, petunjuk, pedoman dan panduan buat kita.
setiap persoalan kita, jawapannya ada pada Al-Quran..
Ia akan kekal terpelihara..
Jadi, bacalah ayatnya beserta dengan terjemahan. Pelajarilah tafsirannya. Bertadabburlah dengannya.. Beramallah dengannya dalam setiap perlakuan..
😉
_Kak Ad_
_10012015_
Tutor Alquran Shah Alam
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
2. Penyakit hawa nafsu yang diikuti, boleh dirawat dengan membiasakan diri memerangi hawa nafsu kerana takut dan bertaqwa kepada Allah SWT.
Firman-Nya:
وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ ٤٠ فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ ٤١
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Rabb-nya (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya daripada menurut hawa nafsu.
Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya. [An Nazi’at : 40-41]
Inilah janji Allah SWT. Orang yang takut kepada Allah SWT dan melawan hawa nafsu, maka syurgalah baginya.
Ayat ini juga mengisyaratkan kepada kita bahawa خشية الله (takut kepada Allah SWT) ada hubungan rapat dengan jihad melawan hawa nafsu. Sesiapa yang tidak ada rasa takut kepada Allah SWT dalam qalbunya, maka dia tidak akan berjaya menguasai diri dan nafsunya. Walaupun mungkin dia berjaya dalam beberapa hal, tapi dia akan gagal dalam pelbagai hal yang lain. Contohnya, mungkin dia berjaya dalam hal menunaikan solat, tetapi dia gagal dalam hal menutup aurat.
خشية الله (Takut kepada Allah SWT) dapat dibina dengan cara kita benar-benar mengenali Allah SWT. Hanya orang yang benar-benar mengenali Allah SWT sajalah yang akan takut kepada-Nya.
Firma Allah SWT:
وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ مُخۡتَلِفٌ أَلۡوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ ٢٨
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [Fatir : 28]
Mengenal Allah SWT bukanlah cukup sekadar معرفة عقلية (kenal dalam fikiran atau mental exercise sahaja), bahkan kita dikehendaki mengenal Allah SWT dengan معرفة ذوقية (merasai keagungan Allah SWT dalam hati, perasaan dan syu’ur). Kenal Allah SWT seperti inilah yang akan menyuburkan rasa takut kepada Allah SWT dalam jiwa seseorang dan tidak menjadi hamba kepada hawa nafsu.
Oleh:Ustaz Said Hawa
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
1. Penyakit شح (bakhil dan tamak) dapat dirawat dengan membiasakan diri berinfaq di jalan Allah SWT. Jiwa mesti ditarbiahkan dengan sifat pemurah agar penyakit tersebut dapat disembuhkan InsyaAllah.
Permasalahan ini tidaklah mudah untuk diselesaikan, bahkan mungkin sangat berat, kerana penyakit ini sentiasa hadir dalam jiwa manusia. Jika jiwa ingin bersedekah, maka sifat شح itu akan datang.
Firman Allah SWT:
وَإِنِ ٱمۡرَأَةٌ خَافَتۡ مِنۢ بَعۡلِهَا نُشُوزًا أَوۡ إِعۡرَاضٗا فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَآ أَن يُصۡلِحَا بَيۡنَهُمَا صُلۡحٗاۚ وَٱلصُّلۡحُ خَيۡرٞۗ وَأُحۡضِرَتِ ٱلۡأَنفُسُ ٱلشُّحَّۚ وَإِن تُحۡسِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٗا ١٢٨ [سورة النساء,١٢٨] Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya nusyuz (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) untuk membuat perdamaian antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai), sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabi’at semula jadi yang ada pada diri manusia dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. [An Nisa’: 128]
Ini bermakna, sifat ini sentiasa hadir dalam jiwa manusia. Namun, hamba yang beriman mestilah melawan dan memerangi sifat ini dengan cara mengingati akan janji-janji Allah SWT. Allah SWT akan gantikan apa yang dikorbankan di jalan-Nya dengan sebaik-baik pembalasan.
Firman-Nya:
قُلۡ إِنَّ رَبِّي يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَيَقۡدِرُ لَهُۥۚ وَمَآ أَنفَقۡتُم مِّن شَيۡءٖ فَهُوَ يُخۡلِفُهُۥۖ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلرَّٰزِقِينَ ٣٩
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Rabb-ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Dia juga menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah sebaik-baik Pemberi rezeki. [Saba’ : 39]
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Muslimatku.. Musliminku..
Lebih baik diri kita dipengaruhi dengan ayat2 suci Al-Quran daripada dipengaruhi dengan ayat2 yang hanya mendatangkan kelalaian dan kehancuran..
_Kak Ad_
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Berpada dalam mencintai atau membenci orang lain.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا
Dari Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai.”
[HR. At-Tirmidzi No: 1997)
Pedoman
1. Peringatan yang amat bermakna dari Rasulullah SAW kepada kita.
Kerdilnya kita di sisi Allah SWT , keperluan, keutamaan dan hajat kita di atas muka bumi ini sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Oleh itu berpadalah dalam kita menyukai atau membenci sesuatu perkara atau manusia kerana ia mungkin berubah di suatu masa yang lain
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Istiqamah
Setiap muslim semestinya berikrar bahawa Allah Subhanahuwata’ala adalah Rabbnya, Islam adalah dinnya (agamanya) dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam adalah rasul ikutannya, sepertimana doa yang sering dibaca:
رَضيتُ باللهِ ربًّا، وبالإسلامِ دينًا، وبمحمَّدٍ نبيًّا ورسولًا
Aku redha Allah sebagai Rabbku, dan Islam sebagai dinku, dan Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam sebagai nabi dan rasul bagiku
Dia haruslah memahami erti ikrar ini dan mampu merealisasikan tuntutannya dalam realiti kehidupan. Setiap aspek kehidupannya, samada dalam suasana sunang mahupun susah, hendaklah diwarnai dengan tuntutan ikrar ini.
Dalam realiti kehidupan, ternyata tidak semua orang Islam memiliki kefahaman yang baik tentang Islam dan dapat menghayatinya dalam setiap bidang kehidupan. Orang yang dapat menghayatinya pun belum tentu dapat bertahan dan tetap dalam penghayatan itu sepertimana yang dituntut oleh Islam, yakni iltizam dan istiqamah berpegang dengan ajaran Islam di sepanjang hidupnya.
Istiqamah berpegang dan beramal dengan din Islam merupakan satu kewajipan asasi dan satu kemestian bagi hamba-hamba Allah Subhanahuwata’ala yang inginkan husnul khatimah.
Istiqamah bukan sahaja diperintahkan kepada orang muslim biasa, bahkan diperintahkan juga kepada manusia besar dalam sejarah, iaitu para nabi dan rasul. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
فَلَعَلَّكَ تَارِكُۢ بَعۡضَ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيۡكَ وَضَآئِقُۢ بِهِۦ صَدۡرُكَ أَن يَقُولُواْ لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡهِ كَنزٌ أَوۡ جَآءَ مَعَهُۥ مَلَكٌۚ إِنَّمَآ أَنتَ نَذِيرٞۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ وَكِيلٌ
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Hud : 12)
#MuslimahOnHijrah
@MUSLIMAHONHIJRAH
"Jangan terlalu banyak berfikir sehingga menyulitkan dirimu untuk sesuatu urusan ,
tetapi ( banyakkanlah beristighfar )
Sesungguhnya Allah membuka dengan istighfar itu banyak pintu'pintu kemudahan yang mana tidak mungkin dapat dibuka dengan sekadar berfikir " .
- Al-Habib Sheikh Abu Umar -
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Pesanan ni Kak Ad tujukan buat kenalan Kak Ad yg sedang mencari "seseorang"..
*Jika kita mahukan pasangan yang terbaik untuk diri kita, terlebih dahulu kita berusahalah menjadi yang terbaik.. Jangan terus memaksa si dia menjadi yang terbaik sedangkan kita tidak memaksa diri kita dahulu..*
Memang kalau boleh kita nak yg beragama, tapi kita dulu kene jadi yg beragama ✌🏼
Conclusionnya, usaha dulu. Doa jangan lupa.
_Kak Ad_
14.1.2020
Bukan pakar cinta
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Sebagaimana berbezanya implikasi pemilihan jalan di atas bagi individu, begitulah juga bagi umat manusia seluruhnya. Umat yang berpegang kepada hidayah Rabbani dan menempuh jalan Ilahi yang bersumberkan wahyu dari langit, maka sesungguhnya dia telah dibantu dalam urusan dunia dengan ketinggian (‘izzah) dan kepimpinan. Di akhirat nanti disediakan pula untuknya kebaikan dan kurniaan (dari sisi Allah Subhanahuwata’ala).
Jika dilihat permasalahan dunia kini, permasalahan material tidaklah setenat berbanding permasalahan ruh. Permasalahan kemiskinan, kesihatan dan buta huruf tidaklah setenat berbanding permasalahan kezaliman, ketamakan, ketidak-adilan, ketiadaan kasih sayang, ketiadaan kesedaran dan ketiadaan keinsafan.
Justeru itu wahai manusia, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Peringatan telah pun berada bersama-sama kamu. Bukti-bukti telah pun berada di sisi kamu. Lupakah kamu hari-hari semalam yang penuh dengan pengajaran?
Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
ANTARA DUA JALAN
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
وَهَدَيۡنَٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ ١٠
Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kajahatan). (Surah al-Balad : 10)
أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى ٣٦
Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa dipertanggungjawabkan)
(Surah al-Qiyamah : 36)
Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah Subhanahuwata’ala telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya.
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥ فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ ١١٦
Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahaja dan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya. : tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan ( Yang Mempunyai) ‘Arasy yang mulia (Surah al-Mu’minun : 115-116)
Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya. Orang yang telah ditarik oleh cahaya hidayah-Nya. Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala kabus yang telah menutup kealpaan dan kelalaian mereka selama ini. Seterusnya mereka tahu akan marhalah-marhalah perjalanan dan melangkah menuju ke matlamatnya.
Firman Allah Subhanahuwata’ala :
فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ ٥٠ وَلَا تَجۡعَلُواْ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ ٥١
Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmmu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan (Ilah) yang lain di samping Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah Adz Dzaariyaat : 50-51.)
Apa sahaja yang menyebabkan manusia terpesong daripada sampai kepada-Nya, atau mengubah serta menyelewengkan manusia daripada menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung serta berharap kepada-Nya, sama ada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka semua itu adalah ilah-ilah selain daripada-Nya.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٖ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةٗ فَمَن يَهۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٢٣
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya pertunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat?. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? (Surah al-Jathiyah: ayat 23.)
Wahai manusia, di sisi kamu hanya terdapat dua jalan. Tidak ada jalan ketiga sebagai pilihan.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Mak dan ayah adalah tonggak utama kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba, seorang anak, seorang manusia..
Tanpa mereka, siapalah kita!
Tanpa tunjuk ajar mereka, pastinya kita kini tidak sebegini!
Ucapkan syukur dan terima kasih Allah atas kurniaan yang terindah ini ;)
Doakan kesejahteraan mereka..
Hormati mereka..
Kasihi mereka..
Taati mereka..
اللهم يطول عمرهما
اللهم يرزقهما رزقا كثيرا حلالا طيبا
اللهم يعطيهما العافية والسعادة في الدنيا والآخرة
Ya Allah!
Satukan kami dalam syurgaMu!
Lindungilah mereka dalam naunganMu dari kejahatan dan hasad dengki manusia!
_Kak Ad_
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
A wiseman said :
The relief of the body is by decreasing the amount of eating,
And the relief of the soul is by avoiding sinning,
And the relief of heart is by detaching oneself from worldly matters,
And the relief of the tongue is by decreasing talking that has no benefit.
Ustaz Nabil Ashraf
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
🌷 Untuk kamu wahai wanita 🌷
🌸 Wanita solehah. Siapakah mereka?Ada tak ciri-ciri tersebut dalam diri kamu?
.
1- Wanita solehah 🌸 dirinya susah nak dikenali malah ada yang tak dikenali.
.
2- Wanita solehah 🌸 susah dicari kerana dia tidak menonjolkan diri.
.
3- Wanita solehah 🌸 auratnya dan kehormatan dirinya terpelihara kerana dia tahu diri dia hanyalah untuk suaminya.
.
4- Wanita solehah 🌸 jalannya diam, tak berbunyi. Datang dan pergi seperti angin yang bertiup.
.
5- Wanita solehah 🌸 akhlaknya mulia, kerana dia sentiasa mendahulukan agamanya.
.
6- Wanita solehah 🌸 ibarat permata di celah-celah kaca. Hanya orang-orang tertentu yang dapat memetiknya.
.
7- Malunya berbalut takwa, sejuknya menenteramkan jiwa, terbingkai pada dirinya seorang solehah.
.
8- Sebelum dirinya berjumpa yang selayaknya, cintanya hanyalah untuk Yang Maha Esa. Itulah wanita solehah.
.
9- Wanita solehah 🌸 sentiasa menjaga setiap tutur kata, setiap perbuatannya kerana dia tahu, wanita itu fitnah dunia.
.
10- Wanita solehah 🌸 penemannya Allah, tempat luahannya Allah, buah hatinya Allah, segala-galanya ada Allah dalam dirinya.
.
11- Wanita solehah 🌸 tak semestinya yang berniqab / berpurdah. Kerana keimanan seseorang bukan dinilai dari pemakaiannya.
.
12- Wanita solehah 🌸 dirinya tidak menjadi rebutan para lelaki biasa. Kerana dirinya hanya untuk lelaki yang luar biasa.
.
13- Dirinya seperti pokok semalu. Bila dengan ajnabi dirinya akan menguncup malu. Durinya sebagai pertahanan. Itulah wanita solehah.
.
14- Jalannya tunduk, jalannya tak mendahului lelaki ajnabi, kakinya tak dihentak dengan kuat bila berjalan. Itulah cara wanita solehah berjalan.
.
15- Wanita solehah 🌸 tak banyak mengeluh, tak banyak bicara.
.
16- Wanita 🌸 kamu digelar penyeri dunia. Jadilah kamu penyeri pada suamimu, bukannya penyeri kepada lelaki selain suamimu.
.
17- Wanita solehah 🌸 tak akan mengaku dirinya solehah.
.
18- Ingatlah wanita 🌸 kelembutan fizikalmu bukan tandanya itu kelemahanmu. Bukan juga penghinaan dari Tuhan, tapi ia sebagai hiasan kecantikanmu.
.
19- Wanita hiasan dunia. Dan seindah hiasan itu adalah WANITA SOLEHAH.
.
20- Isteri yang solehah? Isteri solehah ibarat tongkat bagi si buta. Yang melengkapkan hidup suaminya.
.
Layakkah aku?? 😔
Credit:@tarbiah
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Bebelan Kak Ad hari ni adalah mengenai SUARA WANITA...
Seperti semua sedia maklum, suara wanita ni BUKANLAH AURAT pada asalnya..
Ya lah, cuba kita bayangkan jika ianya aurat, memang x boleh lah nak keluarkan walau sebutir perkataan dengan ajnabi kan?
kita kena diam seribu bahasa lah kan 🤐🤐🤐
x blh langsung lah keluarkan suara. dan memang sukar bg kita nak berkomunikasi.
betoi x?
Tapi, tahu tak?
ia akan JADI AURAT pada situasi tertentu.
✔️rengekan,
✔️intonasi manja dan mengada,
✔️ketawa berdekah dekah,
✔️dimerdukan,
✔️dilunakkan,
✔️dilembutkan,
✔️dikuatkan.
Gunalah intonasi yang biasa dan sederhana!
Jangan buat buat!
Jadi kaum hawa terutamanya diri Kak Ad, sentiasa perhatikan intonasi suara kita sebelum kita memulakan komunikasi. supaya suara yang bukan aurat itu tidak menjadi aurat.
_Kak Ad_
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
APAKAH CIRI-CIRI ORANG YANG THABAT (TETAP DAN TEGUH) MENEGAKKAN DIN INI?
PERTAMA: Mereka Sentiasa Teguh Atas Kebenaran Dan Sentiasa Saling Bantu Membantu Menegakkannya
Pegangan akidah mereka sangat kuat dan berakar umbi sepenuhnya dalam hati dan jiwa mereka. Mereka tidak mudah berputus asa biarpun syaitan sentiasa menghasut mereka. Mereka sentiasa tolong-menolong untuk berkhidmat kepada din Islam dan meninggikan kesuciannya sepertimana yang difirmankan Allah dalam Surah Ali Imran ayat 103:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
“Dan berpegang teguhlah kamu kamu kepada tali Allah (din Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.”
Mereka sentiasa menjauhi perpecahan seperti firman Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 46:
وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ
“Dan janganlah kamu bantah-membantah, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu.”
KEDUA: Mereka Sentiasa Berjuang Di Jalan Allah SWT Demi Kemenangan Din Islam Dengan Perjuangan Yang Bersungguh-Sungguh
Kita dapat lihat bahawa perjuangan menegakkan din Islam akan sentiasa wujud dalam diri umat Islam. Arus perjuangan yang mempertahankan kebenaran dan menjaga kesucian din Allah ini akan berterusan wujud.
Perjalanan menegakkan din memerlukan kesediaan menghadapi kesusahan dan pengorbanan yang pelbagai bentuk seperti tenaga, masa, harta hatta pengorbana jiwa. Ini semua akan dapat dipersaksikan kewujudannya dalam umat warisan Nabi SAW ini.
Allah SWT berfirman di dalam Surah An-Nisa’ ayat 104:
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ
“Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu, kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit seperti penderitaan kamu, sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak).”
Mereka sentiasa bersiap-sedia untuk berhadapan dengan musuh-musuh Allah SWT yang ingin melemahkan din Islam.
Allah berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 60:
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ…
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.”
KETIGA: Penentangan Musuh Ke Atas Mereka Tidak Memudaratkan Mereka
Mereka beriman sepenuh hati kepada Allah SWT, iltizam berpegang teguh dengan din Islam dan mengajak manusia kembali kepada din ini. Mereka sentiasa berjuang untuk kejayaan din ini tanpa berputus asa. Maka, dengan itu insyaAllah, mereka akan mendapat bantuan kekuatan daripada Allah SWT agar tetap teguh bersama din Islam, walaupun betapa kerasnya tekanan yang ditimpakan ke atas mereka, sama ada tekanan secara emosi ataupun secara fizikal. Mereka tetap bertahan dan berteguh tanpa dapat dimudaratkan oleh musuh-musuh Allah SWT walaupun betapa kuatnya pihak musuh memberikan penentangan ke atas mereka.
KEEMPAT: Mereka Percaya (Yakin) Terhadap Janji Allah SWT Bahawa Islam Akan Diberi Kemenangan
Allah Ta’ala berfirman :
وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
“dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang beriman.” (Surah Ar-Rum (30): 47)
Seorang hamba yang beriman, lebih-lebih lagi seorang pendakwah/pejang din haruslah memahami dan meyakini bahawa segala sekatan dan cabaran yang dihadapi, semua itu pada hakikatnya adalah ujian daripada Allah Taala. Dia harus teguh dan yakin akan janji-janji Allah Taala. Dia perlu terus bersabar, berusaha dan berkerja untuk memperolehi kemenangan yang dijanjikan Allah SWT.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
3. Penyakit ketiga ialah dunia menguasai. Ini bukan bermakna kita tidak mahu kehidupan dunia, tetapi kita jadikan dunia sebagai wasilah menuju akhirat. Kata Imam Ghazali: Jangan letak dunia dalam kalbu (hati) walaupun dunia berada dalam tangan.
Penyakit ini boleh dirawat dengan sentiasa ingatkan akhirat. Kita perlu didik hati dan jiwa kita dengan matlamat ukhrawi dalam semua hal. Kata Al-Marhum DKB Ustaz Dahlan: Akhiratkan yang akhirat, akhiratkan yang dunia.
Kita perlu selalu kenangkan saat kematian. Ini kerana kematian itu pasti. Juga saat sesudah mati (barzakh, mahsyar dll – semuanya pasti). Jadi beringat-ingatlah bahawa hidup ini adalah untuk mencari redha Allah SWT. Kita perlu sentiasa sedar di mana letak nilai dunia berbanding nilai hidup bahagia di akhirat.
Firman Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَا لَكُمۡ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلۡتُمۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِۚ أَرَضِيتُم بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مِنَ ٱلۡأٓخِرَةِۚ فَمَا مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا فِي ٱلۡأٓخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ ٣٨
Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jika dibanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. [At-Taubah : 38]
Kalau Allah SWT kata sedikit maknanya memang benar bahawa ia amat sedikit.
Oleh: Ustaz Said Hawa
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Jika dosamu diketahui seorang manusia pun sudah memalukan, apatah lagi jika diketahui oleh sekalian manusia di mahsyar kelak.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
USTAZ Said Hawa menjelaskan bahawa ada 4 penyakit peribadi yang boleh menghalang daripada lahirnya kehidupan berorganisasi yang selaras dengan ajaran Islam, iaitu:
1. شح (syukh), yakni sifat bakhil dan tamak yang dipatuhi.
2. Hawa nafsu yang diikuti.
3. Dunia yang menguasai.
4. Kagum dan keras dengan pendapat sendiri.
Sebahagian daripada penyakit di atas ada dinyatakan dalam riwayat berikut:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ثلاث مهلكات : شح مطاع، وهوى متبع، وإعجاب المرء بنفسه
(رواه البزار والطبراني وحسنه الألباني)
Sabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang membinasakan: Bakhil dan tamak yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti, dan kagum dengan pendapat sendiri.
Tidak mungkin wujud kehidupan berorganisasi atau kehidupan berjama’ah atau hayah jama’iyah yang sebenar jika ada penyakit-penyakit ini dalam diri individu muslim. Sebuah organisasi, lebih-lebih lagi organisasi Islam, tidak akan dapat hidup atau berfungsi dalam erti kata sebenar dengan bercambahnya penyakit-penyakit ini. Maka, diperingatkan kepada para murabbi dan pendakwah supaya membersihkan diri daripada penyakit-penyakit ini agar organisasi Islam boleh terus hidup dan membimbing masyarakat, bukan sekadar nampak wujud organisasi sahaja.
Untuk membersihkan diri daripada penyakit ini semua, ia memerlukan proses tarbiah yang berterusan.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Berselawat walaupun sekali dalam suatu majlis
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الرَّجُلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً فِي الْمَجْلِسِ أَجْزَأَ عَنْهُ مَا كَانَ فِي ذَلِكَ الْمَجْلِسِ
Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berselawat kepada Nabi SAW sebanyak sekali di dalam sesebuah majlis, maka ianya telah mencukupi sepanjang ia berada di majlis tersebut. (Sunan at-Tirmidzi, 11/455)
Pedoman
1. Majlis yang diberkati Allah SWT, di dalamnya disertakan dengan kalimah Allah dan selawat ke atas Rasulullah SAW;
2. Sekurang-kurangnya berselawatlah sekali apabila berada dalam satu majlis atau program sudah mencukupi;
3. Sebagai tanda ingatan dan kasih kepada baginda Rasulullah SAW, perbanyakkanlah selawat keatas baginda pada bila-bila masa dan tempat yang sesuai.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah
Kelebihan berdakwah
عن أبى رافع قال , قال النبى صلى الله عليه وسلم لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهُ على يَدَيْكَ رَجُلاً خَيرٌ لَكَ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيهِ الشَّمْسُ وَغَرَبَتْ
Daripada Abi Rafi dia berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda: Jika ditunjukkan seorang manusia mengikuti jalan Allah melalui daya usahamu, ia adalah lebih baik daripada bersedekah dengan semua harta benda dari naik matahari sehingga terbenam matahari (HR At-Tabroni No: 18250)
Pedoman
1. Tanggungjawab mengajak orang lain kepada jalan Allah adalah tugas yang mulia yang ganjarannya lebih baik daripada dia bersedekah semua hartanya dari matahari naik hingga terbenam.
2. Marilah kita merebut peluang untuk menyampaikan dakwah dalam pelbagai medan dan penjuru di dalam masyarakat. Semoga ia menjadi amal soleh yang berterusan apabila kita meninggal dunia.
#MuslimahOnHijrah
@MuslimahOnHijrah