"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al Baqarah, Ayat 286 - Sebarang masalah, sila hubungi @NakPesanBoleh_bot Ig komik: http://instagram.com/komikdeen
Bukan karena kamu yang hebat, tapi karena Allah yang telah memberi kemudahan dalam setiap langkahmu.
🌹@NakPesanBoleh
jangan pernah mempermainkan rasa sabar seseorang hanya kerana kamu tahu dia baik dan tidak tega . sebab jika api itu menyala besar kamu akan sulit untuk memadamkannya
🌹@NakPesanBoleh
💥MUHASABAH IMAN💥
🍃Usah dicari mana KESILAPAN dalam TAKDIR yang DITETAPKAN oleh ILAHI.
🍃Tapi CARILAH punca KELEMAHAN diri DALAM menempuh UJIAN yang DIBERI.
🍃Usah DICARI mana KETENANGAN yang TIDAK diberi oleh ILAHI.
🍃Tapi CARILAH punca KERESAHAN yang TIDAK diundang menempuh di dalam HATI.
🍃Usah DICARI mana NIKMAT yang ALLAH tidak beri pada DIRI.
🍃Tapi CARILAH punca KUFUR nikmat yang DIRI tidak TAHU MENGHARGAI.
🌹@NakPesanBoleh
jangan pernah putus asa untuk kembali kepada Allah
biar kita jatuh tersungkur berkali-kali
yakinlah ,
Allah tak pernah tinggalkan kita sendiri .
🌹@NakPesanBoleh
Setiap hari rezeki kita Allah dah aturkan. Tawakkal ja kepada Allah SWT naa. Allah dah susun baik untuk kita. Yang penting sentiasa doa kepada Allah naa. Moga Allah lancarkan rezeki yang berkat untuk kita semua.
🌹@NakPesanBoleh
Secara Sunnahnya Nabi Sallallahu A'laihi Wassalam tatkala berdoa diwaktu pagi beliau membaca :
اللهم بِكَ أصْبَحْنَا،وَبِكَ أمْسَيْنَا،وَبِكَ نَحْيَا،وَبِكَ نَمُوْتُ وَإلَيْكَ النُّشُوْرُ
(Allahumma Bika Ash Bahna, Wa Bika Amsaina , Wa Bika Nahya, Wa Bika Namut Wa Ilaikannusyur)
"Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang.
Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati.
Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk)"
(HR. At-Tirmidzi :5/466 , Shahih At-Tirmidzi : 3/142 , Husnul Muslim hlm.82 , Fiqhul A'diyyah)
🌹@NakPesanBoleh
Semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT dan diampunkan dari dosa dan kesalahan yang kita lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.
Hanya kepada Allah kita memohon keampunan dan bergantung harap.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
🌹@NakPesanBoleh
Hari-hari menangis mengenangkan masalah dan ujian yang datang bertimpa-timpa. Hinggakan hati ini tak mampu lagi menanggung.. Allahuakbar..
Jangan risau..
Jangan susah hati..
Jangan bersedih lagi..
Allah sentiasa bersama kita..
Dengan membaca dan mengamalkan doa-doa ini serta memperbanyak ibadah dan istighfar,
InsyaAllah kita akan diberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi berbagai masalah yang datang.
Semoga Allah memudahkan segala urusan dan memberikan jalan keluar yang terbaik.
Semoga bermanfaat ❤️
🌹@NakPesanBoleh
terbaca satu kutipan yang sangat deep 🥺 :
sibukkan dirimu dengan agama agar kamu tidak punya waktu lagi untuk berbuat dosa .
🌹@NakPesanBoleh
Wahai hati, janganlah berasa lemah.
Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah ALLAH buatmu.
Memang sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu.
Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.
Kita tetap lemah hanya pergantungan pada ALLAH menjadikan kita kuat tanpa disedari.
Segala puji bagi ALLAH.
Stay strong. Keep smile.
🌹@NakPesanBoleh
gagal itu pasti .
jangan takut untuk gagal , kerana melalui kegagalanlah kita belajar perbaiki diri .
letak diri kita sebagai seorang bayi yang pernah kita jadi dahulu , untuk belajar berjalan kita banyak kali jatuh .
begitu lah kehidupan , dalam penghijrahan akan ada waktu jatuh dan bangun kita .
jangan takut untuk mencuba, jangan kalah dengan kegagalan kerana kegagalan yang sebenar adalah apabila kita gagal untuk bangkit dari kegagalan.
🌹@NakPesanBoleh
Jika putih itu indah
kenapa ada hitam dalam hidup Ini..
Jika melati itu suci
kenapa ada mawar berduri..
Jika kita punya mata
untuk menatap masa depan.
kenapa kita harus memejamkan mata untuk berkhayal..
Hidup ini indah
bila saja kita mengerti
Tentang kehidupan..
Hidup ini indah
Jika kita saling
menghargai dan..
Hidup ini akan jauh lebih indah
jika tak ada sedikitpun rasa benci ...
kerana kita hidup untuk saling melengkapi...
🌹@NakPesanBoleh
💥BICARA IMAN💥
🍃Hati kata tak mampu. Hati kata tak larat. Hati kata tak tabah.
🍃Tapi ketika hati kau meluah. Dalam rasa ketidak mampuan hati itu...
🍃Dalam tak sedar Allah sedang menitipkan kekuatan sedikit demi sedikit.
🍃Sememangnya kita tidak sedar, kerana hati itu leka mengeluh.
🍃Rohani mungkin kata penat, tapi sebenarnya jasad itu kuat.
🍃Cuba untuk jangan merungut. Allah tengah susun perancangan yang lebih cantik untuk jiwa jiwa yang berduka.
🌹@NakPesanBoleh
“Ibu”
sosok tubuh seorang yang memiliki kunci syurga.
seburuk mana pun sosok tubuh ini ia tetap syurga kamu.
“Ayah”
sosok yang merupakan pintu syurga,
seburuk mana pun sosok tubuh ini
Dialah yg akan membuka jalan kamu ke syurga.
Kadangkala sesetengah orang” tua akan kembali berperilaku seperti kanak”, tetap bersabar dan beryukur sentiasa dengan keberadaan mereka,kerana itulah peluang kamu untuk mendapat keberkatan dan diluaskan pintu rezeki oleh Allah.
Tidak semua orang yang berpeluang untuk menjaga orang tua pabila sudah berusia,malah ada juga yang menjadi yatim piatu selepas dilahirkan.Oleh itu bersyukurlah dan hayatilah masa” kamu yang indah ini bersama mereka😇
Jangan sesali perbuatan kamu apabila mereka sudah tiada🤍
🌹@NakPesanBoleh
Biarlah AIR MATA kita,
Mengalir menyesali DOSA,
Daripada hanya KETAWA,
Tak kira MASA...
Biarlah AIR MATA kita,
Mengalir ketika BERTAUBAT,
Daripada tak SEMPAT,
Kerana TERLAMBAT...
Biarlah AIR MATA kita,
Mengalir kerana BERSYUKUR,
Daripada terus TERSUNGKUR,
Dalam KUFUR.
Renungan BERSAMA
🌹@NakPesanBoleh
Selepas tahajud, kita akan rasakan kebahagiaan.
Selepas sedekah, kita akan merasakan kepuasan.
Selepas memaafkan, kita merasakan keringanan.
Selepas ibadah apa sahaja, kita akan segera merasakan kesannya dalam hati dan hidup kita.
Benar kata Ibn ‘Athaillah Al-Sakandari :
“Tuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita beramal sekarang namun Dia membalasnya nanti.”
Berkata Ibrahim Al-Khawas :
“Siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun dia tidak merasakan kelazatan balasannya di dalam hati, itu pertanda dia tidak jujur dalam meninggalkannya.”
🌹@NakPesanBoleh
just nak cakap . walau rasa teruk macam mana pun dan walau rasa diri banyak dosa sekalipun , don't ever skip your solat .
🌹@NakPesanBoleh
yang diperlukan saat ini cuma badan yang sihat , mental yang kuat , hati yang sabar serta rezeki yang lancar .
🌹@NakPesanBoleh
Bila sebut rezeki, kita terbayang:
⁃ Kerja stabil
⁃ Bisnes masyuk
⁃ Pangkat besar
Tapi kita lupa:
1. lbubapa masih hidup, boleh doakan kita
2. Pasangan yang memahami
3. Family mentua layan kita macam family sendiri
4. Jiran bertoleransi
5. Nasihat yang baik walaupun perit
Jangan lupa ucap Alhamdulillah, rezeki datang dari pelbagai arah 🥰💯
🌹@NakPesanBoleh
Sad or feeling down, remember nothing lasts. Pain is part of the progress. Attach your heart to Allah and you’II never be disappointed, you’II never be let down. Allah’s love is everlasting. Keep going, trust Allah & never give up!
🌹@NakPesanBoleh
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
💥SESUDU GULA SELAUT RASA💥
🍃Saat Allah takdirkan bahagia.
🍃Tiada siapa dapat merebutnya.
🍃Melainkan Allah Taala.
🍃Dan saat hatimu terluka.
🍃Tiada siapa dapat menyembuhnya.
🍃Melainkan Allah Taala.
🌹@NakPesanBoleh
Allah tu dekat tapi kita yang menjauh.
✦🌹 @NakPesanBoleh
Kenapa wujudnya perasaan marah dalam diri?
Marah ini diibaratkan api, bila api ditambahkan kayu bakar (kemarahan), pasti akan makin membara, betul tak?
Sebab itu kalau kita sedang marah, kita mesti duduk untuk tenangkan fikiran. Waktu itu, diri kita telah berada di luar kawalan. Bila kita duduk dan istighfar, kemarahan itu akan semakin reda.
Kemudian, ambil air wudhuk supaya hati lebih tenang. Marah akan menjadi parah apabila kita tidak tahu mengawalnya.
– Ewa
✦🌹 @NakPesanBoleh
Solat bukanlah untuk Allah tetapi untuk diri kita sendiri. Allah tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan Allah.
✦🌹 @NakPesanBoleh
Kita rasa kita tak mampu. Tapi Allah beri juga.
La yukallifullahu nafsan illa wus’aha. Allah tak bebankan seseorang kecuali dengan yang dalam kemampuannya.
Allah tahu kita mampu. That’s an honor.
Maka mintalah Dia bantu. Itu yang Dia mahu.
🌹@NakPesanBoleh
Dalam kehidupan seharian, sering kali kita rasa seperti tak ada apa-apa yang boleh kita persembahkan kepada Allah.
Namun, setiap kali kita sujud, walaupun sekecil-kecil sujud itu, adalah bentuk cinta kita kepada-Nya.
Dalam kesederhanaan dan kelemahan diri, kita berharap agar Allah memandang kita dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, walaupun dosa-dosa kita banyak dan kebaikan kita sedikit.
🌸🌸🌸
Firman Allah dalam Surah Az-Zumar, ayat 53:
"قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ"
Yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'"
Betapa besar rahmat Allah yang sentiasa terbuka untuk kita, walau sebanyak mana pun dosa yang kita lakukan.
Setiap detik sujud kita, setiap doa yang kita panjatkan, adalah usaha kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
Walaupun dosa kita menggunung tinggi, yakinlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Semoga kita sentiasa berusaha untuk memperbanyakkan kebaikan, walaupun sekecil mana, dengan harapan agar Allah memandang kita dengan rahmat-Nya.
Janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya rahmat-Nya lebih luas dari segala dosa yang kita lakukan.
Marilah kita sentiasa memperbaharui niat dan usaha kita untuk menjadi hamba yang lebih baik.
Semoga dengan setiap sujud dan doa, kita mendekatkan diri kepada Allah, dan semoga Allah jatuhkan cinta pada salah satu kebaikan kita walaupun dosa-dosa kita banyak.
Semoga Allah menerima segala usaha dan amalan kita, serta mengampuni segala dosa dan kekhilafan kita.
🌹@NakPesanBoleh
Salah satu feqh dalam berdoa ialah, kita berdoa semasa senang sama keadaannya seperti kita berdoa saat dalam kesusahan.
Ramai manusia ini apabila dia dalam keadaan senang, dia abaikan berdoa. Atau sekurangnya berdoa, tetapi tidak bersungguh. Namun saat dalam kesusahan, begitu bersungguh dia berdoa. Menangis, berdoa berulangkali, rayu dan terus merayu untuk diberi jalan keluar dari sukar.
Sedangkan antara faktor Allah SWT menolong kita saat kita susah ialah, kita banyak mengingat Allah saat kita senang. Inilah yang dimaksudkan dengan sebuah hadis :
تَعَرَّفْ إلَى اللَّهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفُك فِي الشِّدَّةِ
Terjemahan : Kenalilah Allah semasa senang, nescaya Dia akan mengenali kamu semasa kamu susah.
Riwayat Ahmad (2803).
Al-Imām Ibn Qayyim Al-Jauziyyah (w. 751 h) ada menukilkan sebuah atsar yang menyebut : Seorang hamba yang taat yang sentiasa mengingati Allah, apabila kesulitan menimpanya, atau apabila dia meminta sebarang hajat, para malaikat akan berkata :
يا رب ، صوت معروف من عبد معروف
Terjemahan : Wahai Tuhan, ini adalah suara yang dikenali, dari seorang hamba yang dikenali.
Rujukan Al-Wābil Al-Sayyib, Ibn Al-Qayyim (Halaman 87)
🌹@NakPesanBoleh
Berdo’a lah dengan penuh keyakinan dan percayalah Allah pasti mendengar.
Jika harapanmu tak sesuai keinginan, pasti ijabah-Nya memberikan yang terbaik sesuai dengan apa yang kamu perlukan.
🌹@NakPesanBoleh