notaemasfarid | Cryptocurrency

Telegram-канал notaemasfarid - #NOTAEMASFARID

620

Kerja bertahun tetapi nak adakan simpanan RM1000 pun susah? Maka segera beralih kepada simpanan Emas. Click link untuk dapatkan E-Book Emas bernilai RM199 secara PERCUMA :👇 http://linktr.ee/faridmajid

Subscribe to a channel

#NOTAEMASFARID

Beli emas wajib buat begini, rekod harga belian, tarikh beli dan yang paling paling paling penting, tengok emas selalu. Jangan disimpan je dalam bag, sebelum tidur tengok emas ni, barulah semangat nak membeli. Beli emas dan simpan emas tak rugi, tapi simpan wang, sedar tak sedar, wang cepat je habis entah ke mana. Fikir-fikirkanlah

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Untuk makluman juga, harga emas segram sekarang masih murah yakni rm340segram kerana publicgold menjangkakan segram bakal mencecah RM380 pada masa hadapan. Mungkin tahun ini, mungkin tahun hadapan kita tak pasti.

Namun yang pasti graf harga emas dunia dalam trend peningkatan. Ayuh bertindak segera. 🥰🫶♥️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

KEJUTAN RATE CUT OLEH FED?

Data prelim GDP harini akan memberikan insight awal berkenaan kadar pertumbuhan GDP Amerika Syarikat (AS) bagi suku keempat 2023.

Ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan GDP sebanyak 4.9% bagi suku ketiga 2023 suatu angka yang memeranjatkan pasaran akan kekuatan ekonomi AS.

Konsensus pasaran bahawa pertumbuhan untuk suku keempat 2023 dijangka mencatatkan kadar 3.3%. Jika data keluar seperti jangkaan, kadar pertumbuhan GDP (annualised) AS bagi tahun 2023 akan mencatatkan angka sekitar 3%

Kadar pertumbuhan GDP sebanyak 3% merupakan suatu catatan yang sangat bagus bagi developed economy seperti AS.

Hal ini sekaligus akan memaksa Fed untuk melihat kembali pelan rate cut yang telah diunjur melalui dot plot pada bulan Disember 2023.

Strong economy akan menyebabkan kadar inflasi mula menaik dan akan diburukkan lagi sekiranya interest rate dipotong. Konsumer akan mempunyai wang lebihan untuk dibelanjakan.

Double whammy inflation uprising factor. Demand side mula untuk meningkatkan appetite untuk consume barang-barangan dan servis.

Imbalance of demand dan supply akan menyebabkan inflasi. Adakah Fed sanggup untuk membiarkan inflation wave kedua untuk berlaku? Adakah Fed akan mengulangi kesilapan sama yang dibuat pada 1970-an?

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

#HargaEmasGAP 22022024

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Mentaliti pembeli emas Public Gold simple sahaja.

i. Beli emas.
ii. Dapat emas.
iii. simpan sendiri.

Tak perlu takut hilang, sebab emas fizikal nie kecil aja. Boleh sembunyikan kat rumah. Kalau rindu, boleh check bila-bila masa.

Kalau company tolong simpankan, ada risiko mereka simpan di alam bunian.

Macammana nak tahu? Senang ajer kalau nak tahu.

Emas tu anda takkan nampak fizikalnya sampai kesudah. Settlement beli dan jualan adalah dalam tunai. Berat emas adalah dalam bentuk digit dalam akaun.

Boleh tengok gram dalam akaun sahaja. Namun tidak boleh difizikalkan.

Penting untuk simpan emas sendiri. Sebab takde risiko pihak ketiga.

Apa contoh risiko pihak ketiga? Risiko pihak ketiga adalah risiko daripada pihak lain yang menjual dan membeli emas anda dan diluar kawalan anda.

Kengkadang anda tak tahu risiko pihak ketiga, sehinggalah tetiba berlaku masalah. Kemudian barulah anda sedar kewujudan pihak ketiga.

Contoh mudah, ada pembeli emas Public Gold target nak beli 1.5kilo emas.

Bila harga turun sikit, dia beli 500g x 2 pc. Lepas tu ambil fizikal. Kat sini dia dapat emas fizikal dan percuma gold bar 1gram x 2 pc, hadiah dari Public Gold.

Bila harga cantik lagi, dia beli lagi 1kg. Ambil fizikal. Kemudian dia simpan sendiri.

Bila harga emas naik, dia jual emas fizikal, dia dapat duit.

Ini adalah kaedah back to basic.
InShaAllah boleh tidur lena.

Kredit gambar kepada Sadiqin Sulong sebab order 250g x 2 nie adalah customer dia. Saya pinjam.

#NotaEmasSyukorHashim

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

SIRIM Berhad and Public Gold Mint Sdn. Bhd, under Public Gold International Sdn Bhd, has successfully signed on the Memorandum of Understanding to mark their official collaboration to safeguard the standard and quality of gold product fabrications, today.

SIRIM Berhad was represented by Dato’ Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad, President and Group Chief Executive Officer of SIRIM Berhad while Public Gold Mint, was represented by Dato’ Wira Louis Ng, Founder and Executive Chairman of PG Group.

The signing ceremony was witnessed by Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Chairman of SIRIM Berhad.

This collaboration aims to promote the Malaysian gold market towards the existing gold standards set by SIRIM that include Malaysian Standard MS 1247 and SIRIM Industrial Standard SIRIM 21, that are collectively categorised as SIRIM’s Gold Standard, through gold products produced by Public Gold Mint to indicate that the products have undergone stringent testing, fabricating, supervision and control, as part of its quality assurance.

#SIRIM #Gold #MoU

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Yang ni lagi senang nak lihat. 1 ringgit malaysia bersamaan usd0.21. graf menurun. Menandakan kuasabeli ringgit semakin berkurang. Bayangkan kalau rm1 ringgit bersamaan usd0.01sen dollar? Allahuakbar. Tak dapat bayangkan matawang kita sudah tak bernilai. 😵‍💫😭 Alihlah wang kita ni kepada emas. Dapat gaji, simpan dulu baru belanja. Atleast 10% sebulan simpan. Jangan kata saya tak sampaikan perkara ni ya. 😞

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Gais.

Saya nak share sikit tentang sejarah 2 syarikat emas yang telah scam rakyat Malaysia.

First sekali, Zenith Gold (sekitar tahun 2017) dan notorious Tok Belagak - Darul Emas Perak Berhad (2012-2015).

Walaupun banyak syarikat emas yg scam kat Malaysia, namun untuk posting ini, saya ambil contoh 2 syarikat ini.

Kedua-dua syarikat ini, walaupun scam orang, namun mereka turut mempunyai emas fizikal.

Ya tuan puan. Syarikat penipu pun ada keluarkan emas fizikal mereka sendiri.

Tengok gambar-gambar emas mereka.

Apa yang saya nak bagitau adalah, sewaktu mereka masih beroperasi, mereka berselindung disebalik kata-kata:

“kami hanya jual beli emas, bukan buat skim”

Namun, antara modus operandi yang digunakan oleh tok belagak adalah menjual emas pada harga yang lebih murah dari harga pasaran, namun pembeli akan dapat emas tersebut dalam tempoh 7 hari, 14 hari hatta 30 hari kemudian.

Makin lama customer tunggu, makin murah harga emas tu. Ini yang mereka panggil “emas delay”

Lepas tu istilah tu ditukar kepada emas ETA (estimated time of arrival).

Jadi, walaupun urusniaga tersebut nampak macam jual beli emas. Namun ada unsur keuntungan ditawarkan jika pembeli sanggup delay tunggu ketibaan emas.

Sama juga jika customer jual emas.

Syarikat offer harga belian yang lebih tinggi jika customer sanggup delay payment. Ada customer yang sanggup tunggu sampai 30 hari sebab syarikat offer harga buyback yang tinggi.

Jadi, inilah contoh pulangan lumayan yang “bersembunyi di dalam urusniaga emas”

Jadi gais, jangan ler mudah percaya jika ada orang especially dealer/konsultan yang bagitau anda “ini jual beli emas tanpa janji pulangan”

Kadang-kadang kita kena tengok”between the lines”.

Inilah skill detektif conan yang anda kena kuasai.

Sebab itu anda kena dapatkan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman melawan scammer seperti Alwi Adam dan Khairul Ezuwan

Sebab mereka boleh melihat operasi syarikat tersebut secara menyeluruh dan tengok “between the lines”. Kemudian mereka berkongsi ilmu dengan kita semua.

Kenapa saya tak kena tipu dengan emas sejak 2010?

Sebab saya mahir melihat “between the lines”.

Jadi, kalau ada syarikat emas yang offer jual beli emas, tapi produk mereka boleh untung luar biasa banyak.

Please read “between the lines” 😃

#NotaEmasSyukorHashim

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*KONSEP SIMPANAN ATAU BELIAN EMAS DI PUBLICGOLD, KENAIKKAN HARGA EMAS DAN KELEBIHAN SIMPANAN UNTUK JANGKAMASA PANJANG*

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Ini baru cerita betapa bernilainya logam besi jika tahu cara manfaatkannya, jika emas, lagi berganda keuntungan yang anda bakal perolehi

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*EMAS SUATU KEPERLUAN ATAU SUATU KEMAHUAN?*

Alasan bahawa tidak mampu menyimpan emas, tidak tahu keperluan simpanan emas, tidak merasakan emas sebagai suatu keperluan, semua ini suatu masa nanti akan memakan diri sendiri.

Ramai yang berhutang sehingga umur persaraan dan ramai yang beranggapan khususnya penjawat awam, apabila mereka terima ganjaran persaraan mereka akan selesaikan semua hutang yang ada.

Walhal ganjaran itu sepatutnya disimpan untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan. Apabila bersara, pesara tidak lagi boleh buat pinjaman bank, bayangkan jika ada anak yang mahu berkahwin atau berlaku kecemasan, bagaimanakah seharusnya kita sebagai ibu bapa membantu keperluan anak-anak kita?

Justeru itu, penting untuk kita wajibkan diri kita menyimpan emas seberapa banyak yang mungkin supaya suatu masa nanti dengan emas itu, wang kita tidak bocor ke tempat lain hanya berlegar di sekitar emas sahaja.

Jika kita buat loan 10 tahun, selepas selesai loan, apa yang tinggal pada kita? Hutang selesai. Bulanan yang kita bayar itu kita akan dapat semula.

Contoh biasanya kita bayar rm1000 sebulan, selepas selesai loan, adakah rm1000 itu akan menjadi simpanan kita?

Jawapannya *TIDAK* tuan/puan.

Ada yang overlap demi overlap loan sehingga umur persaraan.

Ada yang kalau disiplin sikit dia habiskan loan cukup masanya dan bulanan yang digunakan untuk bayar loan itu akan menaikkan lagi *GAYA HIDUP* mereka.

Tuan/puan, ini semua soal mindset, soal mentaliti, soal habit.

Jika tuan/puan tidak mulakan simpanan maka sampai ke tualah tuan/puan akan berhutang.

Tidak mahukah tuan/puan merasa *BERGAJI PENUH TANPA HUTANG*  pada usia 50 tahun sebelum persaraan?

Gaji yang tuan/puan dapat tu totally tuan/puan manfaatkan tanpa bayar hutang.

Caranya simple sahaja, tuan/puan simpan emas sehingga 12 bulan gaji tuan/puan.

Jika bergaji rm2000, 12 bulan RM24ribu/24 dinar.

Jika bergaji rm3000, 12 bulan RM36ribu / 36 dinar.

Jika bergaji RM5000, 12 bulan RM60ribu / 60 dinar.

Semua emas yang tuan/puan simpan ini tuan/puan boleh manfaatkan dengan cara *PAJAK TEBUS*

Wang yang digunakan untuk membayar emas itu merupakan wang simpanan tuan/puan juga.

Pajak tebus ini akan menjadi simpanan apabila tuan/puan bayar secara ansuran emas tuan/puan itu.

Pengiraannya simple.

1 dinar, bayaran upah simpan termasuk pinjaman sebulan adalah RM110.

5 dinar RM550

Bayar sehingga bila?

10 bulan sahaja.

9 bulan secara online, bulan ke-10 walk-in tebus emas di bank.

Bank mana?

Bank rakyat arrahnu.

Sebab ape bank rakyat arrahnu? Sebab mengikut pengalaman saya, hanya bank rakyat sahaja yang memberi pinjaman sehingga 80% dari nilai marhun.

Ada orang kata, leceh simpan emas, sebab nak pakai kena pajak.

Iye memang leceh tetapi disebabkan leceh itulah selepas tebus emas anda ada simpanan semula.

Berbanding buat loan mengkayakan bank.

Pajak tebus 10 bulan. Sedar-sedar dah 5 tahun buat cara begitu. Harga emas pun dah meningkat dan apa yang dibayar kepada bank kita dapat semula disebabkan kenaikkan harga emas.

Simple proses. Loan ade begitu ke?

Tepuk dada tanya selera.

Semoga bermanfaat

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Point utama terlibat dengan emas adalah beli emas wajib mendapat emas.

Simple sahaja.

Bukan beli emas kemudian dapat dividen bulan-bulan atau tahunan.

Emas *TIADA* pendapatan tuan/puan.

Dia bukan seperti kita beli hari ini esok lusa sudah jadi jutawan dan kaya raya.

*PENTING* untuk kita faham dengan jelas iaitu *ASAS MEMBINA KEKAYAAN* adalah dengan menyimpan.

Jika kita simpan bocor, simpan bocor, maka perlulah kita ubah cara simpanan kita dengan menyimpan emas fizikal.

Beli emas wajib dapat emas. Harga emas naik tidak kaya, harga emas turun tidak miskin tuan/puan. Hanya mereka yang konsisten menyimpan dan terus menyimpan emas. Emasnya bertambah. Itulah baru kekayaan sebenar.

Semoga bermanfaat ♥️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Beli emas dan memanfaatkan emas atau simpan wang dalam bank nak pakai keluarkan wang, wang kurang tambah lagi ke dalam akaun bank dan seterusnya.

Simpan emas dan simpan wang adalah merupakan dua perkara berbeza.

Simpan emas kemudian nak pakai pajak, nak tebus emas itu pula kena bayar pajak, setelah selesai bayar pajak barulah emas itu dimiliki semula.

Berbanding simpan wang di dalam akaun bank. Kita hanya "memberi pinjaman" kepada bank dan bank akan "memberikan pinjaman" kepada orang lain serta mengenakan "keuntungan" atas pinjaman/pembiayaannya.

Supaya mahu kita fikir berbaloi simpan wang dalam bank maka diberinya kita dividen.

Kita sangka untung simpan dengan formula simpan RM10,000, dividen 5% dapatlah RM10,500 tetapi tanpa kita sedari matawang semakin lemah disebabkan "inflasi" atau kenaikkan harga barang di pasaran.

Berbeza dengan menyimpan emas. Pajak tebus pajak tebus tanpa kita sedar dah pegang emas itu sudah 5 tahun. Kenaikkan harga emas sepanjang 5 tahun pula dalam 80% maka ibarat setahun keuntungan simpan emas adalah 16%.

Inflasi malar jika 3% setahun pun masih untung 13%.

Kalau bayar zakat 2.5% pun masih untung 10.5% setahun

Berbanding keuntungan simpan dalam bank 5%. Inflasi malar 3% dah untung 2%, bayar zakat 2.5% dah jadi -0.5% setahun. Aik, difikirkan untung simpan dalam bank tetapi yang sebenarnya "miskin" 0.5% setiap tahun.

Jika terus menyimpan selama 5 tahun ibarat miskin 2.5%.

Itulah beza simpan emas dan simpan wang. Jika mahu simpan untuk tempoh pendek, maka simpan dalam akaun bank, hadkan dalam RM500 sahaja. Selebihnya bekukan dalam emas dan simpan untuk 2 tahun ke atas.

Begitu.

Tekan pinned message untuk saya bantu anda.

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Gais.

Ada berita baik nak bagitau 😄

Jika anda nak pegang jongkong emas 999.9 yang bersaiz besar, iaitu 12.4 kilogram, yang dipanggil lBMA Good Delivery, jemput datang ke menara Public Gold dan saksikan sendiri jongkong emas ini.

Public Gold dah order 3 ketul jongkong ini dan dah selamat sampai ke menara Public Gold.

Baik saya nak cerita sikit tentang spesifikasi gold bar ini.

First, spesifikasi LBMA Good Delivery adalah standard utama yang digunapakai untuk perdagangan emas peringkat antarabangsa.

Berat emas ini adalah 400 troy Oz (bersamaan 12.4 kilogram). Julat berat emas yang diterima adalah diantara 350 troy Oz sehingga 400 troy Oz.

Berat ini akan dicetak pada emas tersebut, biasanya sehingga 2 titik perpuluhan.

Dari segi ketulenan pula, emas ini mempunyai ketulenan minima 99.5% atau 995.

Dari segi rupabentuk, biasanya jongkong emas ini berbentuk seperti bata agar senang untuk dibawa dan disimpan.

Dari segi cap kempa (hallmark), setiap gold bar ini akan distampkan maklumat pada emas tersebut yang menyatakan ketulenan, nombor siri dan cop kempa pembuat emas tersebut dan tahun pembuatan.

Untuk emas yang dibeli oleh Public Gold, anda boleh nampak pembuat emas tersebut adalah Metalor dan tahun 2023 😄👍

Metalor adalah ahli penuh dalam LBMA (London Bullion Market Association)

Dari segi integriti, gold bar ini tertakluk kepada ujian berat dan ketulenan yang sangat ketat.

Gais.

Dengan penerimaan 3 ketul gold bar LBMA Good Delivery kat menara Public Gold, maka anda boleh saksikan sendiri gold bar ini dengan mata kepala anda.

Ini adalah pengalaman yang tak boleh dilepaskan. Jemput datang ke Menara Public Gold.

Untuk pengetahuan anda, Public Gold hanya percaya kepada urusniaga jual beli emas fizikal. Ini bisnes model dari hari pertama Public Gold ditubuhkan.

Anda beli emas, anda dapat pegang emas.

Kalau anda beli emas dalam akaun simpanan emas, anda boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa serendah 1 gram. Emas fizikalnya ada.

Ingat gais.

Beli emas nie simple sahaja formulanya.

Ada wang ada barang.

Terima kasih Dato’ Wira Louis Ng!

#NotaEmasSyukorHashim

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

PELIK TAPI BENAR

Keuntungan emas bukan pada "buy low & sell high" semata-mata.

Bila kita ada ilmu tentang emas, rupanya banyak lagi kelebihan emas yang boleh kita dapat cuma mungkin kita tak sedar.

Saya sendiri lepas dua tahun simpan emas baru nampak kelebihan emas dalam mengekalkan simpanan.

Bila simpan duit tunai dan simpan emas, jumlah simpanan emas semakin bertambah berbanding simpanan tunai.

Maksudnya apa?

Emas membuatkan kita hilang nafsu bebelanja sebab nilainya berubah dari RM kepada berat (gram).

Bila jumlah RM sudah hilang dari pandangan, kita tak rasa nak habiskan. Emas telah membuatkan kita rasa tidak berduit walaupun sebenarnya emas itu adalah duit.

Kita tak akan suka-suka jual emas kita untuk perkara yang tidak berfaedah. Dengan emas, kita ada tempoh bertenang sebelum bebelanja.

Sebab itu orang yang simpan emas lebih cepat keluarkan zakat. Bukan sebab harga emas naik tapi sebab simpanan mudah bertambah.

Itulah kejadian pelik tapi benar bila buat simpanan emas.

Nak mulakan tabungan dengan emas boleh klik https://publicgoldofficial.com/faridmajid/

#GoldFamilyFarid
#KayaDenganEmas

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Kalau kat berita kita baca berita begini, adakah kita sekadar melihat sahaja tanpa ambil tindakan?

Sebenarnya tindakan masih lagi boleh dibuat.

Percepatkanlah banyakkan gram emas anda. Kalau anda tahu kenapa perlu banyakkan gram emas anda, waktu tu barulah anda akan rasa menyesal kerana mengambil tindakan yang lambat.

Hanya mereka yang dah beli emas fizikal, tahu nilai emas fizikalnya semasa dibeli sahaja yang sedar kepentingan emas ini.

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Kita semua perlu faham "kiblat dunia" terutama malaysia adalah United States Of America (US).

Apa berita berkaitan US akan memberi impak kepada Malaysia.

Jika US cut rate bererti itu berita yang baik untuk kita yang menyimpan emas kerana matawang US lemah maka nilai emas akan meningkat.

Namun yang menjadi kekhuatiran di kalangan pelabur adalah inflasi.

Kita sedia maklum jika harga emas naik, maka harga barang pun naik yang juga menjadi penanda aras bahawa matawang ringgit kita semakin lemah.

Jadi usahakan tukar wang anda kepada emas. Dah jadi emas baru belanja.

Tapi ikutlah kemampuan masing-masing.

Janganlah beli emas sehinggakan berhutang.

Buat loan beli emas itu tidak baik untuk sesetengah orang tetapi gunalah wang lebihan untuk membeli emas.

Namun bagi saya pula, selagi dalam simpanan tidak cecah 1kilo emas, maka selagi itulah saya akan khuatir dengan aset kekayaan saya.

Usah risau jika simpan emas dikenakan zakat kerana simpan wang dibank lagilah kita perlu risau kerana resiko wang hilang dalam akaun bank kerap berlaku di Malaysia sekarang ini.

Zakat hanya dikenakan 2.5% berbanding keuntungan purata atas kenaikkan emas setahun melebihi 10% selepas zakat.

Berbanding menyimpan wang di asb/tabung haji/public mutual yang hanya mendapat pulangan sekitar 4% hingga 5% setahun.

Namun tidak salah untuk menyimpan disitu. Hanya perlu pelbagaikan segmen portfolio pelaburan anda.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat. Terima kasih.

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Emas Public Gold wang Antarabangsa.

Seperti sebelum ini, bila mengerjakan ibadah Umrah saya hanya bawa cash yang sedikit.

Sayantidak risau sebab saya bawa beberapa keping Dinar dan emas wafer 1g bersama-sama saya.

Masuk satu kedai emas dia menawarkan SR950 untuk sekeping dinar saya. Saya senyum. Terbukti emas boleh jadi duit bila-bila masa. Tapi saya tak jual.

Kedai kedua lebih menarik,
"Public Gold... Bagus!" Kata pak Arab ni.

Dia tawarkan SR970 = RM1240 kepada saya.

Wow
Apa lagi...saya setuju la. Sebab dia ambil lebih tinggi.

Gais,
Nak simpan emas pastikan anda simpan dengan bimbingan saya; sebab

1. Anda tidak perlu bayar apa-apa yuran
2. Anda beli emas, anda dapat emas.
3. Anda boleh beli emas serendah RM100 dah dapat 0.2941g (bergantung pada harga semasa)
4. Anda nak guna duit, boleh jual emas anda di mana-mana saja.
5. Saya dah berpengalaman 12 tahun menabung emas Public Gold.

Credit to : Hj Shams

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Kalau beli emas, saya sarankan remark emas anda begini, barulah semangat nak menyimpan emas lagi dan lagi.

Emas ni saya beli pada 28.06.2023 pada harga rm308.47 segram atau RM1311 untuk 1 dinar.

Alhamdulillah jika dilihat dengan kenaikkan harga semasa emas, harini segram emas berharga rm340.

Jika saya mahu beli dinar saya perlu keluarkan wang RM1437.

Rm1437-RM1311 = RM126

Rm126 adalah wang tambahan yang saya perlu keluarkan jika mahu beli wang emas dinar 999 sekarang.

Namun jika saya menjualnya kepada publicgold, saya perlu menjualnya pada harga RM308 segram atau RM1309.

RM1311-RM1309= RM2

RM2 itu merupakan keuntungan saya buat masa sekarang.

Iya memang tidak nampak banyak sebab saya baru pegang dalam tempoh 8 bulan. Tetapi yang saya untung adalah dari segi spread emas.

Saya tidak menanggung spread emas lagi yakni 9% jika saya beli tiba-tiba saya jual.

Maksudnya kalau saya beli harini harga 1 dinar RM1437 tiba-tiba saya nak pakai wang 3 bulan kemudian, harga segram pula yang diambil untuk jual adalah rm308 atau bersamaan RM1309. Beza wang yang saya rugi adalah RM128. Itu belum termasuk premium rm10 dan postage rm10 pd awl saya beli.

Jadi disebabkan itulah kenapa anda perlu faham, beli emas ini rugi dulu untung kemudian.

Contohnya jelas seperti belian wang emas saya.

Saya sudah tidak perlu menanggung spread dan sudah ada untung jika saya jual emas saya sekarang. (Tapi saya takkan jual sebab nak pakai wang hanya pajak sahaja).

Sekian perkongsian saya. Semoga anda mendapat ilham dan semangat untuk menyimpan lagi.

Saya dealer berdaftar dengan PGCODE 👉 PG00112223, jika mahu register sendiri boleh click link ini 👇

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00112223&is_dealer=1

Masukkan PGCODE saya sebagai orang yang memperkenalkan publicgold kepada anda, dan setelah berdaftar dengan network saya, message saya dan saya akan masukkan anda dalam group untuk saya kongsikan lebih tip-tip emas kepada anda. 🤗

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Emas pun ada sirim, barulah terjamin kuantiti penghasilan produk publicgold.

#adasirimbarubeli
#publicgold

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Percaya atau tidak inilah situasi matawang negara Malaysia sekarang. Jadi apa kaitan dengan kita?

1. Harga barang naik sebab kos import menjadi mahal.

2. Apabila harga barang naik, kuasabeli kita sebagai pengguna turun sebabnya kita kena keluar lebih untuk beli sesuatu barangan.

Apa keuntungan pada mereka yang telah mula menyimpan emas?

Kalau kita konsisten simpan emas setiap bulan, kita tidak perlu risau tentang situasi begini sebab harga barang naik bermakna harga emas juga naik.

Wang sudah bekerja untuk kita. Pasif income.

Kalau kita simpan emas tapi tidak konsisten pula?

Perlu khuatir kerana jika tidak ada simpanan at least sebulan gaji, maka bulan-bulan berikutnya akan semakin sulit.

Tapi jika ada simpanan at least 12 bulan gaji, in shaa Allah tidak sulit jika menghadapi situasi begini.

Cuba tanya mereka yang dah simpan emas lebih 12 bulan gaji. Apa perasaan mereka. ☺️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Harga emas tidak tunggu kita.

Tiba-tiba dia naik.

Begitu juga harga barang, takde angin, takde ribut, tiba-tiba harga barang naik.

Emas adalah barang. Harga emas naik sebab ape? Sebab matawang kita lemah, kuasa beli berkurang.

Harga barangan di pasaran naik sebab apa? Sebab matawang kita lemah, kuasa beli berkurang.

Jadi apa yang patut kita buat?

Belilah emas.

Sebab apa?

Emaskan barang. Harga barang naik, harga emas pun naik. Simple matematik.

Permulaan beli emas tentulah rugi, sebab kalau beli emas harga rm1300, kalau jual dalam masa 3 bulan berkurang rm100± gitu.

Tapi cuba simpan untuk 2 tahun ke atas. Kenaikkan harga emas akan lebih tinggi dari harga beli kita.

Sebab apa? Harga barang naik, harga emas pun naik.

Permulaan beli itu sakit sikit. Tetapi jika beli dan beli berterusan tanpa kita kira berapa harga emas, at the end. Kita semakin kaya disebabkan gram kita makin bertambah.

Bukan beli seketul je terus tunggu nak jadi jutawan. Tapi beli dan terus beli sehingga kita benar-benar kaya.

Nak pakai pajak, lepas pajak, pastikan bulan depan bayar pajak. Jadikan pajak seperti loan dibayar setiap bulan, bukan 6 bulan sekali.

Cukup masa tebus. Tahun bersilih ganti, tahu-tahu je dah 2 tahun pajak tebus, waktu itu barulah kita tahu, kekayaan kita semakin bertambah atau sebaliknya.

Semoga bermanfaat

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

PELANGGAN: "Berapa kos untuk melakukan kerja ini?"
KONTRAKTOR: RM2,800

PELANGGAN: "Itu terlalu mahal untuk kerja ini!!"
KONTRAKTOR: "Pada pendapat ANDA, berapa kosnya?"

PELANGGAN: "Tidak lebih daripada RM800 - MAX!! Ini kerja mudah!"
KONTRAKTOR: "Saya tidak boleh mengutamakan masa saya untuk bayaran yang sedikit."

PELANGGAN: "Orang dalam bidang kerja anda sangat tamak."
KONTRAKTOR: "Maaf awak rasa macam tu. Kenapa tak buat sendiri?"

PELANGGAN: "Tapi... tapi... saya tidak tahu bagaimana untuk melakukan semua ini."
KONTRAKTOR: "Untuk RM900, saya akan ajar anda dengan TEPAT cara untuk menyelesaikan kerja ini. Kemudian anda boleh membelanjakan RM800 untuk melakukan kerja itu dan anda masih akan menjimatkan RM1,100 - TAMBAH... anda akan mendapat pengetahuan dan pengalaman untuk kali seterusnya anda ingin melakukan kerja sendiri."

PELANGGAN: "Deal!! Jom buat."
KONTRAKTOR: Untuk bermula, anda memerlukan alatan. Jadi anda perlu membeli pengimpal, pengisar, gergaji potong, mesin gerudi, tudung kimpalan, sarung tangan dan beberapa perkara lain."

PELANGGAN: "Tetapi saya tidak mempunyai semua peralatan ini dan saya tidak boleh membeli semua ini untuk satu kerja."
KONTRAKTOR: "Kalau begitu, bagi RM300 lagi, saya akan benarkan anda menyewa alatan saya... dan anda masih akan jimat RM800"

PELANGGAN: "Itu mengurangkan wang simpanan saya. Tetapi saya akan menyewa alatan anda."
KONTRAKTOR: "Baiklah! Saya akan kembali pada hari Sabtu dan kita boleh mula."

PELANGGAN: "Tunggu. Saya tidak boleh pada hari Sabtu. Saya hanya mempunyai masa hari ini."
KONTRAKTOR: "Maaf, saya hanya memberi pelajaran pada hari Sabtu, kerana saya perlu mengutamakan masa saya dan alatan saya perlu berada di tempat kerja lain dengan pelanggan lain sepanjang minggu.

PELANGGAN: "Baiklah!! Saya akan korbankan rancangan keluarga pada hari Sabtu."
KONTRAKTOR: "Ya... saya juga. Oh... dan saya terlupa... untuk melakukan kerja anda sendiri, anda juga perlu membayar bahan-bahan tersebut. Semuanya dalam permintaan tinggi sekarang, jadi taruhan terbaik anda adalah untuk mendapatkan trak anda dan muatkan pada pukul 6 pagi sebelum orang lain sampai ke sana."

PELANGGAN: "ENAM PAGI??? Pada hari Sabtu??? Itu cara untuk saya awal. Dan juga... Saya tidak mempunyai trak."
"KONTRAKTOR: "Saya rasa anda perlu menyewa satu. Adakah anda mempunyai beberapa orang yang kuat untuk membantu anda memuat dan memunggah segala-galanya?"

PELANGGAN: "Ummm... ya tahu... saya telah berfikir. Mungkin lebih baik jika ANDA menyelesaikan kerja ini. Saya lebih suka membayar seseorang untuk menyelesaikannya dengan betul daripada melalui semua kerumitan.
KONTRAKTOR: "Langkah pintar, tandatangani ini dan sila keluar dari jalan supaya saya boleh bekerja."

REALITINYA INI...

Apabila anda membayar untuk pekerjaan, terutamanya buatan tangan, anda bukan sahaja membayar untuk bahan yang digunakan, tetapi anda juga membayar untuk:

- Pengetahuan
- Pengalaman
- Alat
- Perkhidmatan
- Masa
- Ketepatan masa
- Akauntabiliti
- Profesionalisme
- Ketepatan
- Buruh
- Pengorbanan
- Keselamatan
- Pembayaran obligasi cukai

Tiada siapa yang patut memburukkan kerja profesional dengan menilai harga - TERUTAMA apabila mereka tidak mengetahui semua elemen atau kos yang diperlukan untuk penghasilan karya tersebut.

Ini hanyalah remix cerita lama yang pernah saya dengar dan saya berkongsi ini sebagai sokongan kepada tukang, pakar dan usahawan di mana-mana!

Anda tidak boleh tawar-menawar perkhidmatan yang anda sebenarnya tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan untuk melakukannya sendiri. Anda tidak boleh mendapatkan parti makan malam gourmet berkualiti tinggi dengan harga yang sama dengan Happy Meal daripada McDonald's. Dan anda tidak boleh marah apabila orang yang mahir sebenarnya TAHU nilai mereka sendiri.

Jadi bijak. Percayai profesional yang bereputasi. Dan jangan lupa... bahawa anda SENTIASA mendapat apa yang anda bayar.

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

saham vs emas.

gambar dalam Rajah 1 menunjukkan saham syarikat yang memberi pulangan dalam bentuk dividen dinamakan favco (7229).

jika dilihat pada tahun 2019, net dividen yield yang diberikan cuma sekitar 5.49% namun angka dividen ini terus berkurang sehinggakan pada tahun 2021 net dividen yield yang diberikan sekitar 3.32%.

berbeza pula pada tahun 2022 net dividen yield yang diberikan mencecah 51.74%!

untuk pengetahuan tuan/puan yang biasa melabur dalam syarikat yang memberi pulangan seperti AS* atau Tabg H***, syarikat tersebut kebiasannya memberi dividen secara purata 3% hingga 5% sahajakan?

berbeza pula dengan pasaran saham, ada syarikat yang memberi pulangan dalam bentuk dividen sehingga 50%!

ini bermaksud jika anda invest RM50,000, pulangan anda adalah RM25,000 dalam masa purata setahun.

ini memang benar berlaku namun apa yang anda tidak tahu yang sebenarnya, syarikat yang memberi dividen yang tinggi, syarikat tersebut mungkin mempunyai masalah tertentu sehinggakan sanggup memberi dividen yang tinggi dan mereka yang tidak menganalisis syarikat dengan baik akan terus melabur dalam syarikat tersebut.

Rajah 2 pula menunjukkan perbandingan kenaikkan harga emas dibandingkan dengan saham syarikat favco(7229).

di sini kita akan nampak satu perbezaan yang ketara  antara emas jika dibandingkan dengan saham.

setiap pelaburan ada turun dan naiknya dan emas tidak terkecuali daripada penurunan.

emas mengalami penurunan bermula tahun 2011 hingga  tahun 2015 iaitu secara purata penurunan 45.19%

sedangkan saham favco pula mengalami penurunan bermula tahun 2014 hingga sekarang dan kejatuhan saham tersebut mencecah sehingga 60.52%. Walaupun syarikat tersebut memberi pulangan dalam bentuk dividen namun secara dasarnya yang diberikan hanyalah modal yang kita keluarkan.

jika hendak dibandingkan dengan kenaikkan pula, emas mengalami kenaikkan sepanjang ia berada dipasaran iaitu sebanyak 1,282.07%.

sedangkan saham favco yang baru berada dalam pasaran pada sekitar tahun 2006 hanya mengalami kenaikkan secara purata 166.67%.

Secara kesimpulannya, apa yang kita perlu faham disini adalah sesuatu pelaburan itu bukan sahaja melibatkan jangkamasa pendek tetapi lebih kepada jangkamasa panjang.

Emas merupakan suatu logam yang bernilai yang jika dibeli dan dipegang untuk jangkamasa panjang tetap memberi value dan pulangan yang baik berbanding saham yang hanya tertulis atas kertas dan dijamin oleh syarikat tersebut sahaja.

jika syarikat tersebut jatuh menjunam, syarikat itu akan hilang dari pasaran sedangkan emas tetap berada di tangan selagi mana tidak dijual.

saham favco adalah satu contoh daripada saham-saham yang ada dalam pasaran bursa malaysia.

terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang juga memberi dividen yang tinggi namun konsisten pemberiannya setiap tahun.

jika anda ingin mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen yang tinggi boleh pilih pelaburan dalam stock market, jika tidak tahu menganalisis, risau resiko dan sebagainya boleh membeli dan menyimpan emas di publicgold. click bio saya untuk lebih detail.

bak kata mentor saya tuan zulkifli shafie seorang pakar dalam emas dan juga merupakan ahli dalam Malaysia Gold Association beliau menyatakan bahawa harga emas jika naik tidak kaya, jika turun tidak miskin namun mereka yang GRAM emasnya bertambah setiap bulan, itulah baru kekayaan sebenar.

semoga perkongsian saya ini bermanfaat. jazakallahu khayran

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Ini adalah bar besi 1000 gram. Nilai mentahnya adalah sekitar $100.

Jika anda membuat keputusan untuk membuat ladam kuda, nilainya akan meningkat kepada $250.

Sebaliknya, jika anda memutuskan untuk membuat jarum jahit, nilainya akan meningkat kepada kira-kira $70,000.

Jika anda memutuskan untuk menghasilkan spring dan gear jam tangan, nilainya akan meningkat kepada kira-kira $6 Juta.

Walau bagaimanapun, jika anda memutuskan untuk mengeluarkan komponen laser ketepatan daripadanya seperti yang digunakan dalam litografi, ia akan bernilai $15 Juta.

Nilai anda bukan hanya terletak dari apa yang anda lakukan tetapi di atas situasi apa anda diperlakukan dan dihargai. Dan juga dalam cara bagaimana anda boleh membuat yang terbaik daripada diri anda. 🙏

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

*PONZI SCHEME*

Konsep ponzi scheme atau skim pelaburan cepat kaya mempunyai *ISI* yang sama tetapi *WAJAH* yang berbeza.

*ISI* nya seperti contoh menawarkan pelaburan yang rendah dan pulangan yang tinggi.

*Mangsa* yang terpedaya dengan skim ini terdiri dari pelbagai peringkat masyarat, situasi hidup yang pelbagai, yang cerdik pandai dan sebaliknya.

Pertama sekali, mangsa akan dimasukkan ke dalam *GROUP PELABURAN*, mereka akan *DISAJIKAN* dengan individu-individu yang *KONONNYA BERJAYA* selepas mereka masuk pelaburan tersebut.

Walhal yang dikatakan *BERJAYA* itu adalah *SCAMMER* itu sendiri yang menggunakan puluh bahkan *BERATUS* nombor phone yang berbeza atau *FAKE AKAUN*.

*SCAMMER MESSAGE SESAMA SCAMMER SEBENARNYA*

Mereka yang terjebak dalam group ini akan merasakan suatu perasaan *RUGI KALAU TAK MASUK* pelaburan ini.

Ini dinamakan sebagai *FOMO*. Suatu perasaan terkilan melihat orang lain berjaya asbab mereka terlebih dahulu berada dalam pasaran.

Walhal, jika tidak terlibat langsung *LAGI BAGUS*

Rata-rata mereka akan terlibat dengan skim ini dengan cara *MENDEPOSITKAN* wang mereka ke dalam akaun scammer ini kemudian tidak sampai sehari mereka sudah mendapat pulangan yang lumayan.

Yang menjadi masalah adalah apabila mereka ingin mengeluarkan *KEUNTUNGAN* tersebut.

Mereka akan diminta untuk *MENDEPOSITKAN* sejumlah wang ke dalam akaun scammer, dan scammer dengan *BERALASAN* bahawa wang itu akan dimasukkan semula ke dalam akaun mangsa tersebut.

Mangsa yang terpedaya dengan *JANJI PALSU* mereka seakan hilang kewarasan akal, mereka pun mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun scammer.

Scammer akan beralasan lagi bahawa wang tersebut tidak dapat diproses kerana dikenakan cukai atau sekatan tertentu dan mangsa perlu *MENDEPOSITKAN* lagi wang kepada scammer.

Inilah antara tipu daya scammer bagi mengkaburi mangsa.

Apabila mangsa tidak mahu mendepositkan wang mereka maka diugutnya mangsa dengan cara menyambungkan talian ke bukit aman atas sebab pengubalan wang haram atau atas sebab yang tidak logik akal langsung.

Mangsa akan tersedar mereka ditipu apabila wang mereka sudah habis dan mereka hilang segalanya.

Tuan/puan, ponzi scheme ini telah wujud sekian lama dalam masyarat kita.

Marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran dalam kalangan kita dan orang sekeliling kita.

Konsep ponzi scheme ini akan *BERUBAH WAJAH* apabila kegiatan mereka dihidu.

Namun *JALAN KERJA* mereka tetap sama. Iaitu

*LABUR SIKIT UNTUNG BESAR TERUS KAYA BOLEH SETEL SEGALANYA*

*Perkongsian dari kisah sebenar*

Semoga bermanfaat ❤️

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

300 mangsa 'terduduk' diperdaya pelaburan emas

Tawau: Seorang ahli perniagaan dan model sambilan adalah antara 300 individu kerugian lebih RM5 juta selepas

diperdaya melalui tawaran pelaburan emas oleh sebuah syarikat beroperasi di daerah ini sejak Mei lalu.

Kesemua mangsa mendakwa dijanjikan pulangan lumayan sebanyak 5 peratus sehingga 15 peratus dalam tempoh sepuluh hari atau RM 25 bagi setiap satu gram emas dilaburkan.

Teruja dengan keuntungan dijanjikan, ada antara bangsa sanggup menggadai tanah, menjual aset selain mengeluarkan wang simpanan untuk dilaburkan.

#MyTawau

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Pernah atau tidak suatu ketika kita merasakan wang yang di tangan seperti tidak pernah cukup?

Ditambah lagi dengan tabiat diri yang tidak pernah menyimpan atau mungkin tidak mampu menyimpan atau mungkin tidak terfikir untuk menyimpan.

Ada di tangan RM50 rasa nak habiskan cepat. Ada RM100 terfikir nak beli macam-macam, ada RM500 dah rasa nak beli benda kesukaan, ada RM1000 dah rasa nak healing jauh-jauh dan sebagainya.

Wang seakan panas di tangan mulalah rasa seakan wang tidak berkat padahal "tabiat boros" sudah mula bersarang tanpa kita sedari.

Itulah yang apa saya rasa suatu ketika dahulu sehinggalah saya mula membeli emas dan memanfaatkannya.

Setiap kali kenaikkan gaji setiap tahun saya akan beli 1 dinar, setiap kali ada "bonus" atau "wang extra" saya akan alihkan kepada emas. Jadi saya hanya manfaatkan gaji sedia ada selama bertahun-tahun ibarat "tiada kenaikkan" gaji tiada reward diri.

Saya sangkakan target 5 tahun 5 dinar tetapi sangkaan saya meleset kerana dalam masa kurang 3 tahun saya sudah ada 15 dinar.

Setelah itu baru saya faham dengan emas saya tidak perlu buat loan peribadi, tidak perlu pakai payslip buat pengesahan bank. Nak pakai wang hanya pajak emas. Pajak pula setelah menilai kemampuan kewangan saya untuk bayar balik dan tebus emas dalam masa 18 bulan atau kurang.

Ye pajak ini mahal kerana 1% upah simpan yang diambil sebulan dan dalam masa 18 bulan pula adalah 18%.

Tetapi setelah saya mengetahui kenaikkan harga emas dalam masa 5 tahun adalah 80%, ini bermakna berbaloi saya pajak dan bayar emas dan apa yang saya bayar 18% itu saya dapatkan semula setelah 18 bulan tebus emas.

Ini bermakna kekayaan saya meningkat tanpa perlu saya fikir bagaimana cara meningkatkan keuntungan atau membuat pelaburan lain.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat, tekan pinned message untuk saya bantu anda.

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Gais.

Apa beza diantara penyimpan emas dan pelabur emas?

Penyimpan emas adalah orang yang bila dia ada duit ajer, dia akan beli emas.

Dia tak tengok harga emas tinggi ke rendah. Dia tengok duit dalam tangan.

Kenapa dia tak tengok harga emas?

Sebabnya mudah aja.

Dia takut pegang duit sebab katanya takut terguna duit tanpa sedar.

Nak pegang duit sehari dua pun dia tak nak. Dia cemas bila duit banyak dalam tangan.

Sebab itu, kalau anda tanya saya “Ada ke orang yang beli emas ketika harga tinggi?”

Jawabnya YA memang ada.

Semalam, 1/11/2023 saya bantu seorang penyimpan emas untuk beli 200gram gold bar dengan nilai RM65,728.00

Dia seorang wanita.

Semasa nak order, dia langsung tak sebut pasal harga tinggi. Dia cuma cakap “akak nak beli 200g. En. Syukor tolong bantu jap”

Itu ajer. Lepas tu harinie 2/11/23, dia dah bayar kat kaunter bank.

Lepas tu saya bantu untuk akak nie buat appointment ambil gold dia kat Sunway.

Nampak sangat dia happy 😄

Gais.

Selama 16 tahun saya dalam bidang emas. Memang ramai orang yang personalitinya penyimpan emas. Asal ada duit, ia mesti jadi emas.

Cuma pastikan anda beli emas fizikal, atau simpan dalam akaun simpanan emas yang boleh keluar emas fizikal seperti akaun GAP Public Gold.

Simple.

#NotaEmasSyukorHashim

Читать полностью…

#NOTAEMASFARID

Saya punya cara saya lagi suka beli emas dan pajak emas tu, kemudian hasil pajak topup sikit dan beli emas lagi sehinggalah komitmen bayaran bulanan saya itu menyamai kemampuan bayar balik atau lebihan yang saya ada sebulan.

Dengan cara ini saya tak khuatir harga emas meningkat mendadak kerana saya sudah lock harga emas itu, dan emas itu milik saya.

Nak bayar setiap bulan pajak secara ansuran pun boleh atau kalau nak skip sebulan dua pun boleh yang penting 6 bulan sekali wajib bayar upah simpan.

Cuma saya lebih suka pajak dan saya bayar terus upah simpan untuk 18 bulan, next month hanya bayar ikut budget atau lebihan yang saya ada sebulan, kalau 1 dinar bayar rm110 sebulan, kalau 2 dinar bayar rm220 sebulan begitulah seterusnya.

Memang adakalanya selepas saya beli emas dengan cara begitu tiba-tiba harga emas turun dan saya pun kena bayar upah simpan dalam tempoh pajak.

Tetapi saya tidak risau kerana harga emas confirm naik dalam tempoh jangkamasa panjang.

Yang penting apabila pajak, bayar pajak secara ansuran barulah jadi simpanan dan kalau cukup 18 bulan pajak, kena tukar surat baru dan jangan tambah loan jika tiada keperluan.

Tahu-tahu je selepas 10 bulan tebus semula emas, dan yang penting saya tahu emas masih di tangan dan selepas 10 bulan kemudian harga emas naik dan kenaikkan harga emas itu mampu untuk cover upah simpan yang saya bayar itu. Emas ada, nilai simpanan emas pun bertambah. Syoknya menyimpan emas. 🥰

Jika anda mahu saya bantu untuk menyimpan emas, dan seterusnya berada dalam circle #GoldFamilyFarid boleh hubungi saya atau register terus dengan menekan link dibawah 👇

http://linktr.ee/faridmajid

#nextzulkifli #publicgoldmalaysia #1keluarga1kilogram #goldfamilyfarid

Читать полностью…
Subscribe to a channel