notataufiqrazif | Unsorted

Telegram-канал notataufiqrazif - Nota Parenting Taufiq Razif

191222

Nota Eksklusif Tentang Parenting dan Kekeluargaan

Subscribe to a channel

Nota Parenting Taufiq Razif

Selamat Hari Raya Aidiladha pada Keluarga Besar Telegram kita semua

👋

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Mak mak semua dah bagi anak baca belum komik ni?

Ramadhan dah nak habis ni. Masa Ramadhan lah waktu terbaik nak bagi anak baca komik ni

Dapatkan di sini segera : KomikAnak.com

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

💥 Harini special sikit untuk Keluarga Telegram semua 💥

Saya nak share pengalaman saya dalam penjara Israel masa join Sumud haritu

10 perkara saya nampak & lalui di penjara Israel

1. Zionist ni pura-pura baik bila kamera ON je. Sifat asli mereka keluar bila tak ada kamera

2. Zionist ni tak berani pandang mata kita. Dalaman depa kosong dan penuh ketakutan sebenarnya

3. Ramai Zionist ni pakai topeng Balaclava sebab depa takut kita cam wajah depa

4. Depa bagi kita minum air tandas je haritu. Saya terpaksa seludup air mineral yang pak guard tu dah minum. Terpaksa!

5. Sebab apa? Sebab ada je makanan depa bagi tapi kita tak boleh minum dan makan apa mereka bagi ditakuti depa letak racun, air liur dan najis manusia

6. Saya tak nampak tahanan palestine di penjara tu. Mungkin mereka dah diasingkan siap siap supaya kami tak nampak luka dan tanda penderaan pada tubuh mereka

7. Geng Sumud ni cuba je nak provoke Zionist ni supaya mereka cederakan kitorang tapi mereka taknak. Mereka tak berani & pengecut! Mungkin juga mereka dah dapat maklumat dari intel mereka untuk tak apa apa kan kami supaya propaganda mereka terus berjalan di luar sana.

8. Geng Zionist berkulit hitam pun ada kat sana. Mereka ni yang paling kejam sebab terpaksa 'tunjuk ketaatan' mereka pada Israel kerana mereka ni kasta paling rendah kat sana. Depa ni paling racist sebenarnya

9. Zionist ni paling takut dengan geng Itali sebab masa tu Itali nak tutup dan boikot pelabuhan mereka. Jadi mereka cepat cepat lepaskan geng Itali. Ni bukti mereka paling takut serangan ekonomi. Jadi boikot kita tak gagal gais! Mereka paling takut geng boikot sebenarnya

10. Zionist ni ada cuba malukan saya dengan tarik seluar saya, buang tali pinggang saya, letak saya dalam bas yang ekstrim aircond sejuk beku dan rentap gari tangan saya tapi Allah masih lindungi saya

Banyak lagi saya nak share ni. Ada masa nanti saya share lagi ya insyaAllah

Selamat berpuasa & berhari jumaat semua 🫶

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Yang sample komik ni dipersilakan ya untuk disebarkan ke group whatsapp family masing².

Saya halalkan.

At least keluarga kita dapat baca & faham 6 nama Allah kan

Pahala jariah di malam Ramadhan tu insyaAllah

Cuma kalau ada yang nak baca selebihnya lagi suruh mereka beli di 👇

KomikAnak.com
KomikAnak.com
KomikAnak.com

Dah beratus orang dah beli komik ni tadi

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Nah sample komiknya. Sebar sebarkan dan baca selengkapnya dengan klik sini ya :

KomikAnak.com
KomikAnak.com
KomikAnak.com

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Jangan lupa jap lagi pukul 10 pagi ada pelancaran komik Asma' Allah & Tubuh Kita ya

InsyaAllah 100 orang terawal akan dapat harga early bird 💥

Jadi kena standby siap siap pukul 10 pagi ni di sini semua

⏰️⏰️⏰️

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Ni teasernya. Ni baru satu Nama Allah tau. Ada 33 Nama Allah yang akan anak anak kita baca nanti sambil dia belajar Sains tentang tubuh badan

Jumpa hari Rabu ni untuk pelancaran komik Asma' Allah & Tubuh Kita ya semua. Nanti mungkin early bird saya nak bagi harga special sikit. Get ready ya

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

saya dah kata dah..standby mode belaka ya..terus doakan kami

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Update Gempar!

Israel dah mula keluarkan propaganda mereka untuk "justify" apa je yang mereka nak buat pada kami semua nanti

Mereka nak bom ke
Mereka nak culik ke
Mereka nak serang ke

Semua dah "dihalalkan" dah oleh mereka bila mereka dah kaitkan kami di team Sumud ni dengan Hamas.

Doakan kami ya mak mak semua

Nota kaki : Jangan lupa pakat beli semua ebook saya sempena promosi diskaun Mega lebih 90%, jimat beratus ringgit, cara terakhir saya untuk sara anak isteri sebelum masuk ke Red Zone perairan Gaza. Beli di sini 👇

https://rahsiadidik.com/kombo-diskaun-mega/
https://rahsiadidik.com/kombo-diskaun-mega/
https://rahsiadidik.com/kombo-diskaun-mega/

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

‼️ Dibuka Sekarang ‼️

Sebenarnya ni cara saya nak sara anak isteri saya buat kali terakhir

Sebab saya tak tahu boleh kembali dengan selamat tak ke pangkuan mereka

Sebenarnya ada je maklumat dalaman yang menunjukkan sesuatu yang dasyat boleh berlaku tapi saya tak boleh nak cerita takut ia membuat ramai orang bimbang.

Risau? Mestilah risau tapi keadaan di Gaza lebih merisaukan. Dan saya juga kena risau dengan family yang saya tinggalkan.

Jadi dengan ini saya lancarkan Promo Jualan Mega Lebih 90% untuk semua ebook bestseller saya‼️

Jimat BERATUS RINGGIT!

Kesemua ebook parenting saya tersebut dijual dengan harga rm39 je

rm39 tu untuk 1 ebook ke semua sekali?

Jawapannya adalah, SEMUA SEKALI!

Ya, harga ni mungkin harga tak masuk akal tapi ni lah mungkin harga terakhir saya buat mak mak semua.

Semoga jadi amal jariah saya juga..Doakan saya ya

Ok dapatkan di sini cepat 👇

https://rahsiadidik.com/kombo-diskaun-mega/
https://rahsiadidik.com/kombo-diskaun-mega/
https://rahsiadidik.com/kombo-diskaun-mega/

Nota kaki : Boleh beli lebih dari satu set dan boleh sedekahkan pada keluarga terdekat ataupun kawan-kawan

Nota kaki : yang dah beli pun boleh beli lagi sebab mungkin ini jualan terakhir saya. Maafkan salah silap saya semua 👋

nota kaki : semua jualan akan masuk ke akaun isteri saya (Dr Nabilah)

- Dr Taufiq Razif -

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Update Terkini‼️

Alhamdulillah saya dah mula berlayar dari Greece.

Jadi dah makin hampir dengan territory Israel.

Saya pun tak tahu boleh kembali dengan selamat ke tak sebab geng Israel dah mula gerakkan Shayetet 13, iaitu unit komando elit laut rejim Israel.

Shayetet 13 ni lah yang serang kapal Mavi Marmara yang bawa bantuan kemanusiaan ke Gaza

10 orang syahid masa tu. 9 orang syahid di kapal, 1 orang di hospital.

Sebab saya pun tak pasti saya boleh kembali dan isteri dan anak saya pun perlukan duit untuk meneruskan hidup jadi saya nak jual semua ebook parenting saya dengan diskaun ratusan ringgit & diskaun lebih 90%

Semoga jadi amal jariah saya juga.

InsyaAllah saya akan buka Promosi Mega Sales (mungkin buat kali terakhir 🥲) pada harini atau esok

Jadi standby siap siap ya semua
Terima kasih tau mak² semua

- Dr Taufiq Razif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

☹️ "Kenapa anak-anak sekarang mudah dapat masalah mental doktor? Dulu-dulu takde pun" ☹️

Pakar perunding psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria ada menulis dalam buku terbarunya Psikologi Remaja ada 3 faktor terbesar yang buatkan anak mudah dapat masalah mental. Nak tahu tak apa tu?

i. Mak ayah terlalu Overprotective
ii. Exposure pada media sosial
iii. Mak ayah terlalu jaga emosi anak

Contoh terlalu jaga emosi anak ni apa?
🥶Taknak anak rasa susah
🥶Taknak langsung anak rasa sedih
🥶Nak anak happy je setiap masa

Tu yang saya nak mak ayah semua baca buku Psikologi Remaja yang ditulis oleh Dr Pakar Perunding Psikiatri, Dr Rozanizam ni

Baru ni buku tu terjual sebanyak 100 unit dalam masa 4 minit! Tak tahu la banyak mana lagi stok yang tinggal. Terus beli di sini ya : https://whitecoat.onpay.my/order/form/PSR01/152

#NotaParentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Penatnya anak asyik menangis setiap pagi sebelum ke sekolah? 🥵

Mak ayah, itu bukan tanda anak manja.
Sebenarnya, pagi adalah masa paling stressful untuk otak anak kecil
Dia kena berpisah dari zon selamat (rumah & ibu ayah) dan masuk dunia penuh cabaran (sekolah).

Dalam attachment psychology, ini dipanggil separation anxiety

➡️ Normal untuk usia kanak-kanak awal
➡️ Ianya jadi lebih teruk bila anak penat, kurang tidur, atau ada pengalaman tak best di sekolah

🌱 Apa mak ayah boleh cuba?

✅ Sediakan rutin pagi yang tenang & konsisten
✅ Bagi “transitional object” (contoh: nota kecil, pelukan special, atau doa bersama sebelum ke sekolah)
Acknowledge emosi anak (“Mama tahu sayang sedih pagi ni… tapi mama percaya awak boleh”)

Anak menangis pagi bukan sebab nak susahkan kita
Dia cuma perlukan masa & rasa selamat di jiwanya

#NotaParentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🤔 "Kenapa perangai anak remaja lain bila di sekolah, lain bila di rumah?" 🤔

Ibu ayah, ini normal.
Dalam developmental psychology, remaja ni fasa dia sedang bina social identity.
Dia cuba “test” siapa dirinya di tempat berbeza.

➡️ Di sekolah, dia mungkin lebih aktif, nak tunjuk yakin depan kawan.
➡️ Di rumah, dia lebih diam, sensitif atau mudah marah sebab rasa selesa untuk “tunjuk diri sebenar”.

🌱 Apa mak ayah boleh buat?

✅ Jangan cepat label “hipokrit” atau “berpura-pura”
✅ Faham itu sebahagian proses remaja cari identiti
✅ Terus jadi tempat yang selamat, walaupun perangai di rumah kadang menyakitkan hati

Remaja bukan berpura-pura.
Dia sedang belajar untuk mencari dirinya
Dan semoga rumahlah tempat paling selamat untuk dia

Kerana di situ ada si bapa yang memahami gejolak hati
Kerana di situ ada ibu yang selalu di sisi walau apa pun yang terjadi


#NotaParentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😡 "Kenapa aku tak boleh tengok rumah bersepah? Baru nampak sikit je dah rasa panas hati" 😡

Ibu, itu bukan pelik.
Dalam psikologi, persekitaran visual yang berselerak boleh mencetuskan rasa tertekan

Otak nampak “rumah bersepah” = isyarat bahaya, tak terkawal
Itu buat sistem saraf lebih mudah masuk stress mode

🌱 Apa yang boleh bantu ibu?

✅ Pecahkan kemas kepada zon kecil (10 minit, 1 sudut je)
✅ Libatkan anak, bukan nak rumah perfect, tapi nak anak belajar tanggungjawab
✅ Latih diri bezakan “sepah yang sementara” dengan “sepah yang terbiar”

Rumah tak kemas bukan bukti ibu gagal.
Rumah yang bersepah itu kadang petanda rumah itu hidup isi dalamannya
Yang penting hati ibu tetap tenang walau tak semuanya sempurna 💛

Jangan stress stress lagi ok. Deal?

#NotaParentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Ni saya bagi sample komik ni yang lebih ringan sebab saya dah compressed.

Boleh nak share yang versi sample ni di group whatsapp family masing masing

Tapi nanti terus belikan pada anak komik lengkap tau sebagai hadiah mereka berpuasa Ramadhan.

Belikan pada anak kat sini yang versi lengkap tu :

KomikAnak.com
KomikAnak.com
KomikAnak.com

Ya Allah jadikan anakku makin soleh solehah semuanya asbab mempelajari ilmu sains dan nama namaMu di dalam komik ini

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🥵 Anak keras hati? 🥵

Kadang anak jadi keras hati bila kita buat 2 hal ni :

1. Kita terlampau berkeras dengan dia
2. Kita lupa nak berdoa pada Pemilik hati dia

🤗 Untuk yang no 1 tu kita boleh urus dengan kita ubah cara kita tegur dan nasihat dia ditambah dengan baiki attachment kita dengan anak

🤗 Untuk yang no 2 tu kita kena baiki relationship kita dengan Allah dan baiki doa doa kita

Ingat, doa ibubapa pada anak ni sangat mustajab!

Gunakan kesempatan 10 akhir Ramadhan ni untuk doakan anak kita

p/s : Boleh tak ni mak ayah semua?

#notaParenting

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😮‍💨 Anak rasa tak disayangi? 😓

Saya terpaksa tulis di sini walaupun ianya agak anti-mainstream

Kadang kita nak sangat anak connect & attach dengan kita..

Sampai kita lupa nak connect & attach dia dengan Penciptanya iaitu Allah 😢

Bila anak hilang rasa connection & attachment dengan Penciptanya, dia jadi :

⛔️ Terlampau nak perhatian kita SEMATA
⛔️ Rasa tak disayangi bila melihat ketidaksempurnaan kita
⛔️ Hatinya selalu gelisah akan masa depan
⛔️ Hatinya selalu meratap dengan peristiwa silam

Dan banyak lagi sebenarnya

P/s : Jadi dah tahu kan nak ajar anak connect dengan siapa lepasni kan? 🤗

#AnakCintaAllah
#notaParenting

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Sample Komik Asma' Allah dan Badan Kita Part 1.pdf

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

💥 Cepat cepat! 💥

Komik Asma' Allah & Badan Kita dah dilancarkan!

💥 100 pembeli pertama dapat harga early bird! 💥

Dapatkan di sini cepat :

🫳 KomikAnak.com
🫳 KomikAnak.com
🫳 KomikAnak.com

p/s : Bayangkan anak kita jadi sayang Allah, dapat hafal dan faham mendalam nama Asmaul Husna & jadi jatuh cinta dengan ilmu dan subjek Sains hanya dengan baca komik je. Fuh!

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

💥💥 Attention 💥💥

Jangan lupa tau besok pukul 10 pagi saya nak lancarkan Komik Asma' Allah & Tubuh Kita

100 pembeli pertama saya bagi harga early bird.

Jadi standby 10 pagi di sini ya sebab siapa cepat dia dapat

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Alhamdulillah saya ingat nak kembali menulis di sini selepas fasa "recovery" yang agak panjang lepas Sumud ke laut Gaza haritu

Sempena Ramadhan pula tu kan

Jadi sempena nak comeback dan Ramadhan ni saya nak lancarkan Komik Asma' Allah & Tubuh Kita

Nak baca teaser komik tu tak?

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Doakan saya dan team Sumud semua. Kami makin menghampiri Red Zone dah

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

boleh la share di group whatsapp keluarga masing masing juga

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

🚨 Sekejap sahaja lagi Promo Mega untuk semua ebook saya akan bermula 🚨

Cuma rm39 je untuk SEMUA ebook saya! (Mungkin promosi buat kali terakhir & peluang kali terakhir untuk baca ebook penulisan saya)

Nantikan..stay tuned di sini ya

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

Pengumuman Tergempar!

Maaf dah beberapa lama tak update kat sini

Saya sebenarnya sedang dalam misi ke Gaza bersama team Global Sumud Flotilla

Saya tak berani nak bagitahu awal awal takut ada yang sabotaj dari dalam.

Tapi saya terpaksa bagitahu juga di sini saya takut ramai yang tunggu update ilmu parenting dari saya

Mungkin saya akan kembali. Mungkin juga takkan kembali dah

Saya beli one way ticket je ni.

Kalau saya tak kembali, saya harap mak mak semua maafkan saya

Dan kalau saya ada berhutang, boleh PM fb personal saya (Taufiq Razif)

Ya Allah. Mudahkan urusan mak² dalam keluarga Nota Parenting ni semua. Berilah mak² ni semua kebahagiaan & ketenangan bersama keluarganya. Begitu juga para ibu di Gaza. Aamiin


- Dr Taufiq Razif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😱 Satu rahsia psikologi remaja yang ramai mak ayah tak tahu 😱

👉 Otak remaja lebih sensitif terhadap reward & penghargaan berbanding hukuman.

Sistem dopamin mereka sangat aktif 👉 itu sebab mereka cepat teruja bila dipuji kawan, dapat like di media sosial, atau bila dapat ranking & menang bila main game

➡️ Tapi bila dimarahi atau dibandingkan, otak mereka lebih cepat “shut down”

Apa mak ayah boleh buat?

✅ Belajar psikologi anak remaja
✅ Fahami cara bekerja psikologi, emosi dan otak anak remaja
✅ Cari tahu cara nak tackle perangai anak remaja. Tak boleh guna cara yang sama macam anak kecil dah. Mereka dah berubah dah sebab tu kita pun kena upgrade & update ilmu kita

Umur remaja adalah umur yang paling mencabar untuk kita & anak kita sendiri.
Di saat inilah mereka sangat perlukan kita walaupun di luar mereka seperti tak perlukan sesiapapun kecuali diri mereka sendiri

Jom belajar untuk faham dan didik anak remaja kita! Ada yang nak belajar cara nak didik anak remaja tak?
Bagi ❤️ sikit kalau nak belajar

#NotaParentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😰 "Kenapa setiap kali nak berehat, hati rasa bersalah..rasa macam selfish?"😰

Ibu, hakikatnya awak bukan selfish.
Itu tanda awak terlalu lama letakkan semua orang nombor satu, diri sendiri nombor terakhir.

Dalam psikologi, rasa bersalah ini datang daripada belief lama:
“Kalau aku rehat, aku abaikan tanggungjawab.”
Padahal realitinya, rehat = isi semula tenaga, supaya ibu boleh terus memberi dengan ikhlas.

🌱 Ingat ini, ibu:

✅ Rehat 15 minit tak jadikan awak ibu yang malas
✅ Rehat sekejap bukan abaikan anak, tapi lindungi emosi daripada meletup
✅ Anak belajar self-love bila tengok ibu pun jaga diri

Berehat itu bukan selfish
Berehat itu survival ❤️


Faham dah sikit kan kenapa kena curi masa untuk berehat walaupun kadang rasa bersalah sangat kan? Kalau faham cuba bagi ❤️ sikit

#NotaParentingTaufiqRazif

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😡 "Anak, dah berapa kali mama pesan.. letak baju dalam bakul!" 😡

Tapi tetap juga berselerak.
Akhirnya mama pula yang stress 😮‍💨

Ibu, tahu tak?
🧠 Dalam psikologi perkembangan, anak perlukan peringatan yang konsisten & contoh yang real depan mata dia sebelum satu tabiat tu jadi automatik.
➡️ Bukan sebab dia degil.
➡️ Tapi sebab otak dia belum cukup “wired/sambungan” untuk ingat dan buat tanpa diingatkan.

🌱 Apa ibu boleh cuba?

✅ Tukar arahan jadi rutin (contoh: setiap malam sebelum tidur = masukkan baju)
✅ Buat visual cue (letak bakul dekat tempat anak buka baju)
✅ Puji bila dia buat, walau sekali dua.. itu naikkan motivasi otak dengan dopamin

Anak belajar bukan dengan sekali pesan.
Dia belajar melalui ulangan, contoh dan hati yang penuh kesabaran 💛

#NotaParentingTaufiqRazif

Nota kaki : Jangan lupa urut dada selalu ye mak mak semua. Haihh kadang lima kali pesan baru nak gerak kan 🤭

Читать полностью…

Nota Parenting Taufiq Razif

😩 Ibu selalu rasa diri tak berguna? 😔

"Ibu, rasa ‘aku ni tak guna’ tu… bukan tanda awak lemah.
Itu tanda awak terlalu lama menanggung beban sendirian."


Dalam psikologi, rasa tidak berguna sering datang bila:

🫷Terlalu banyak membanding diri

🫷Fokus hanya pada kekurangan

🫷Terputus dari sumber sokongan & penghargaan

Hakikatnya?
💡 Anak-anak tak perlukan ibu yang sempurna.
Mereka perlukan ibu yang hadir, walau dalam keadaan paling penat.


💌 Ibu, cuba ingat ini:
✔️ Rumah mungkin tak sentiasa kemas
✔️ Makan mungkin tak selalu mewah
✔️ Tapi pelukan & doa awak… itu dunia bagi anak-anak!

Di mata awak mungkin ‘biasa-biasa’.
Tapi di hati anak, awak adalah satu-satunya ‘rumah’ yang mereka damba🏡💛

#ibuTakPernahUseless
#NotaParentingTaufiqRazif

Читать полностью…
Subscribe to a channel