Menjauhi dosa itu lebih ringan daripada menahan sakitnya rasa penyesalan. -Umar bin Khattab- @SetitisiLmu 💧Sejuta Makna 💎 Since : 29|06|2019
Set alarm ⏰
Sabtu bersamaan dengan 9 Muharram (puasa tasu'a)
Ahad bersamaan dengan 10 Muharram (puasa Asyura)
Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Maksudnya: “Dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.” [Riwayat Muslim (1162)]
Selepas maghrib 26 jun 2025 kita akan melangkah ke 1 Muharram.
Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah yang tidak disebut pada bulan-bulan lain. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.
Bulan Muharram adalah bulan paling afdhal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadhan.
'إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ'
Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.
Riwayat al-Tirmizi (741)
Kata para Ulama Bulan Muharram juga turut dikenali dengan “Syahrullah Al-Asham” yang bererti bulan Allah yang 'sunyi'... Sunyi daripada maksiat dan kedzaliman.
Bulan ini dinamakan bulan yang Haram kerana pada bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Selain itu, bagi setiap kebaikan yang dibuat, pahala kebaikan juga akan digandakan berbanding bulan-bulan lain.
Malam ini juga malam jumaat, ditambah malam 1 Muharram, berkumpul dua malam yang mulia dalam satu malam.
لَا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ
🍃
Ya Allah, ampunilah semua dosa kami, yang kecil maupun yang besar, yang awal maupun yang akhir,
yang terang-terangan mahupun yang tersembunyi.
Ya Tuhan kami, maafkanlah kami dan jangan Engkau siksa
kami.
Tolonglah kami, dan jangan Engkau tolong musuh terhadap kami.
Tunjukkanlah kami dan mudahkanlah petunjuk itu untuk kami.
Tolonglah kami atas orang yang berbuat aniaya terhadap kami.
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur kepada-Mu,
orang-orang yang selalu mengingat-Mu, orang-orang yang takut kepada-Mu,
orang-orang yang tunduk kepada-Mu, yang banyak bertaubat dan kembali kepada-Mu.
Ya Tuhan kami, terimalah taubat kami, bersihkanlah dosa-dosa besar kami.
Kabulkanlah doa kami, dan tunjukilah hati kami.
Luruskanlah lisan kami, dan cabutlah kedengkian dari hati kami.
Doa Hari Arafah
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik apa yang aku katakan juga para nabi sebelumku adalah:
Sebaik-baik zikir di hari arafah ;
Laa ilaha illallah wahdah, Laa syarika lah, Lahul mulku walahul hamdu, wa Huwa 'alaa kulli syai-in Qadiir
(Tidak ada sesembahan yang paling berhak disembah melainkan Allah semata, tidak ada sekutu baginya, baginya kerajaan dan pujian, dan Ia bisa melakukan apapun)"
🖋 (HR. Tirmidzi 3585)
Nasihat pagi 4 Dzulhijjah⛅️
(إن الحسنات يذهبن السيئات)
وأسهل الحسنات وأيسرها ولها فضل كبير ومنزلة عظيمة :الذكر :
التهليل والتسبيح والتحميد والتكبير والاستغفار
Allah berfirman:
“Sesungguhnya kebaikan menghapuskan kesalahan"
Dan kebaikan yang paling ringan dilakukan, memiliki kemuliaan yang besar dan kedudukan yang mulia adalah *berdzikir,* baik bertahlil, bertasbih, bertahmid, bertakbir dan beristighfar 🍂
الشيخ/ عبد الملك القاسم.
Hari-hari ini adalah hari bertakbir, bertahlil, bertahmid,
Kita berada di hari terbaik dunia, tapi masih ramai yang melalaikannya.
Segala amalan yang dikerjakan pada hari 10 awal zulhijjah bertukar menjadi amalan yang di cintai Allah.
—
🌹
2 ذُو الحِجَّة | ١٤٤٦هـ.
-الله أكبَر الله أكبَر الله أكبَر، لا إلَه إلَّا الله
الله أكبَر الله أكبَر الله أكبَر، ولله الحَمد-.
Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad
===============
1. Esok lusa merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? Sabda Rasulullah:
مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ”. قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ” وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ”.
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)
2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)
3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)
Semoga Allah membimbing kita
(Dr. Ahmad Sanusi Azmi)
Terjumpa ayat ni,
"Pulanglah wahai jiwa-jiwa yang telah menjauh. Tidak ada kehilangan yang lebih berat dalam hidup ini daripada seorang hamba yang kehilangan Allah. Allah masih beri waktu untukmu mendekat, maka kembalilah padaNya".
...
HADIS QUDSI – MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH عَزَّوجَلّ—
Daripada Anas رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ yang baginda riwayatkan dari Rabbnya berfirman: “Jika seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika dia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan jika dia mendekatkan diri kepada-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.”
[HR: Al-Bukhari 7536]
التخريج الحديث:
عَنِ النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يَرْوِيهِ عن رَبِّهِ، قالَ: إذَا تَقَرَّبَ العَبْدُ إلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إلَيْهِ ذِرَاعًا، وإذَا تَقَرَّبَ مِنِّي ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ منه بَاعًا، وإذَا أتَانِي مَشْيًا أتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.
الراوي : أنس بن مالك.
المحدث : البخاري.
المصدر : صحيح البخاري.
Betapa indah orang yang memulai harinya dengan sholat Subuh dan mengakhiri harinya dengan sholat witir. Hari yang berkah di awalnya, berkah di akhirnya.
Prof. Dr. Faisal al Hulaibi.
Dunia itu fana. Di sisi Allah, ia tak lebih berharga dari sayap nyamuk. Janganlah engkau bersedih kerana dunia yang terluput darimu. Dunia itu tempat persinggahan, bukan tempat yang abadi. Beramallah untuk akhiratmu, ambillah bahagian dunia dengan cara yang baik kemudian tenanglah.
Prof. Dr. Mubarak Al Hajiri.
Orang yang penyayang akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang.
Sayangilah yang di bumi, nescaya kita akan disayangi oleh penduduk langit.
Ust Hanan Attaki—
Di sepertiga malam itu, Allah benar-benar dekat.
“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, lalu berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, Siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku beri, Siapa yang memohon ampun, maka Aku ampuni”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Ibnul Jauzy رحمه الله menuturkan:
من أحبَّ أن لا يَنقَطع عمله بعد موته فلينشر العلم
"Barang siapa yang ingin amalnya tidak terputus setelah wafatnya, maka hendaklah ia menyebarkan ilmu."
(At Tadzkirah hal.55)
___
Sebuah pesanan di pagi hari 💌
Jika engkau berada pada fase lemah, tergelincir, kebingungan, dan urusan yang membuat kita stress..
Ketahuilah, bahawa tidak ada yang dapat mengeluarkanmu dari seluruh perasaan negatif itu kecuali dzikrullah (mengingat Allah)🌹
Tinggalkan seluruh yang mengusik fikiranmu, kemudian sibukkan diri untuk berdzikir, walau hanya beberapa minit sahaja, rasakanlah kamu akan bernafas dengan perasaan yang jauh berbeza🌼
«ألا بذكرِ الله تطمئنُ القُلوب» 🌿
Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.
Inilah janji Rabb kita, untuk memberikan ketenangan kepada hati hamba yang mengingat-Nya
Pesanan seseorang yang kami muliakan, Dan semoga Allah memuliakannya juga.
Hari ini bukan sekadar rutin, ia adalah peluang untuk mengubah kehidupan di akhirat kelak.
Dosa yang lalu, biarlah berlalu.
Sekarang perbaiki diri lagi untuk menjadi hamba yang bertaqwa.
Hari ini akan menjadi hasil untuk masa hadapan.
—
Hari Arafah.
Hari terbaik dalam setahun.
Hari ketika Allah membebaskan lebih banyak jiwa dari neraka dibanding hari lainnya.
Hari ketika doa paling mungkin dikabulkan.
Hari ketika puasa menghapus dosa selama 2 tahun.
Tapi banyak yang lupa…
Hari Arafah bukan cuma soal ibadah,
tapi waktunya bertindak.
Lakukan satu hal yang akan terus hidup dalam catatan amalmu:
💧 Sedekah.
🫂 Memaafkan.
🤲 Doa tulus untuk orang lain.
📖 Membagikan ilmu atau pengingat kebaikan.
كبروا ، هللوا ، سبّحُوا وأثقلوا موازينكم بالذكر ، ..
•• تسابقوا وتنافسوا على فعل الخيرات
•• ورددوا كثيراً ..
الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر ، لا إله إلا الله
الله أكبر ، الله أكبر ، ولله الحمد 🤍🤍.
•• فـ نحن في أحبَ اﻷيام وأعظمها ..
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لا إله إلّا الله
الله أكبر الله أكبر ،ولله الحمد...
Contoh Takbir.
Perbanyakkan takbir,
Tengah berjalan, berkerja.
Menunggu.
takbirlah dengan hati.
Hari-hari terbaik di dunia—🍃🌹
*Bagaimana menyambut kedatangan 10 hari pertama Dzulhijjah?*
Syaikh Asy-Syinqithi ditanya: “dengan apa engkau menasihatiku untuk menyambut kedatangan musim-musim ketaatan?”
Maka beliau menjawab:
“Sebaik-baiknya amalan untuk menyambut musim ketaatan adalah *memperbanyak istighfar*”
Kerana dosa menghalangi seseorang dari taufiq Allah untuk beribadah.
(Semangat beribadah di hari-hari terbaik 🌸)
Ketika tenggelamnya matahari Pada hari ini kita telah memasuki bulan zulhijjah,
Bulan yang paling mulia...
Rasakan saat kita wudhu dan solat maghrib kita berada di bulan zulhijjah...
Bulan yang terbaik yang di mana ketika kita melakukan sesuatu amalan, amalan itu akan bertukar menjadi amalan yang paling Allah cintai...
"Yang menakutkan itu saat engkau dipuja-puja oleh manusia di timur dan di barat, namun ternyata engkau bukan siapa-siapa di sisi Allah."
—
Al-Auza'i rahimahullah berkata :
إنّ مِن الناس مَن يُحب الثناء عليه ؛ وما يساوي عند الله جناح بعوضة
"Sesungguhnya ada diantara manusia yang suka dipuji, padahal dia disisi Allah tidaklah lebih berat dari sayap seekor nyamuk."
(Hilyah, 8/255)
Ibn ‘Ata’illah ada mengatakan, apa yang ada dalam hati seseorang itu akan dizahirkan melalui perlakuan luarannya. Jika hatinya penuh dengan ilmu & hikmah, kata kata yang terpancar dari mulutnya juga penuh ilmu & hikmah.
[Kitab Al-Hikam]
Teruslah melangkah, meski perlahan,
Jangan biarkan keraguan memadamkan harapan.
Selama hatimu dekat dengan Allah, kamu tidak akan pernah tersesat.
Kadang jalan terasa sepi, tapi percayalah, Di setiap sabar, ada hadiah yang sedang disiapkan. Dan di setiap doa, ada jawaban yang menunggu, di makbulkan dengan cara apapun itu, yang pasti, Allah maha tahu apa yang terbaik untukmu—
Perbanyak Ibadah Jangan Hanya Fokus Menyampaikan Ilmu—
Abu Qilabah salah seorang tokoh tabi'in berkata:
"إذا أحْدَثَ اللَّهُ لك علمًا فأحْدِثْ له عبادةً، ولا يَكُنْ إنَّما همُّكَ أنْ تُحَدِّثَ به النّاسَ".
"Jika Allah menganugerahkan kepadamu suatu ilmu, maka perbanyaklah ibadah kepada-Nya. Jangan hanya fokus menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain."
Dalam hal ini, terdapat pengakuan atas kurnia Allah, ketergantungan hanya kepada-Nya dan berhati-hati dari sifat ujub (merasa bangga diri).
Dalam hal ini pun terdapat pesan tersirat bahawasanya ilmu yang telah kita pelajari, kita tahu lebih berhak dan utama kita amalkan terlebih dahulu sebelum menyampaikan kepada orang lain.
Maka setiap kali Allah menambahkan ilmu dan keutamaan kepada kita, perbanyaklah bersyukur dan memuji Allah Ta'ala. Sesungguhnya hal itu termasuk sebab bertambahnya nikmat, sebagaimana firman-Nya:
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ
"Jika kalian bersyukur, pasti akan Aku tambahkan (nikmat) kepadamu." (Ibrahim: 7)
Semoga Allah memberikan kita kemudahan untuk belajar tentang islam.
Semoga Allah memberikan kita kemudahan mengamalkan ilmu yang telah kita pelajari.
Wallahu alam.
__
(Maktabah Riyadhus Shalihin
Tembilahan)
BACA DOA INI AGAR ANAK TERJAGA—
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Allaahummagh-fir dzanbahu, wa thohhir qolbahu, wa hash-shin farjahu.
Ya Allah, ampunilah dosanya, sucikanlah hatinya, dan jagalah kemaluannya.
HR. Ahmad, At Thabrani, Al Baihaqy dan dinyatakan sebagai hadits shahih oleh Shaikh Al Albani.
Rahasia Menjadi Sosok yang Penuh Hikmah—
قال أبو عثمان النيسابوري : من أمر السنة على نفسه قولا وفعلا ، نطق بالحكمة
Abu ‘Utsman An Naisaburi berkata:
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnah di dalam dirinya baik dari segi ucapan dan perbuatan, maka ia akan mengeluarkan mutiara-mutiara hikmah”
Allah jadikan ucapannya hikmah..
Keputusannya hikmah..
Langkahnya hikmah..