Menjauhi dosa itu lebih ringan daripada menahan sakitnya rasa penyesalan. -Umar bin Khattab- @SetitisiLmu 💧Sejuta Makna 💎 Since : 29|06|2019
Abu Darda radhiyallahu ‘anhu berkata (yang maknanya):
“Salatlah dua rakaat di tengah kegelapan malam (sebagai bekal) untuk menghadapi gelapnya alam kubur.”
(📚 Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam karya Ibnu Rajab rahimahullah)
🔊REMINDER PUASA SUNNAH KHAMIS—
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,*
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِى وَأَنَا صَائِمٌ
“Berbagai amalan dihadapkan (pada Allah) pada hari isnin dan Khamis, maka aku suka jika amalanku dihadapkan sedangkan aku sedang berpuasa.”
(HR. Tirmidzi)
Perjalanan Yang Terindah—
Perjalanan yang terindah di dunia adalah Perjalanan Menuntut Ilmu yang dihiasi dengan ketaatan untuk mengumpulkan bekal menuju kehidupan terindah di Syurga.
(Fawaidh Sylvea)
Tujuan Utama—
Jika seseorang mengetahui tujuan utama mengapa dia diciptakan didunia
Tentu dia tidak akan bersedih jika kehilangan Dunia,
Tujuan utama dalam hidup adalah untuk beribadah kepada Allah
Qs-Az Zariyat Ayat 56
'وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ'
Terjemahan;
'Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.'
—
Doa Meminta Cahaya
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا، وَفِي بَصَرِي نُورًا، وَفِي سَمْعِي نُورًا، وَعَنْ يَمِينِي نُورًا، وَعَنْ يَسَارِي نُورًا، وَفَوْقِي نُورًا، وَتَحْتِي نُورًا، وَأَمَامِي نُورًا، وَخَلْفِي نُورًا، وَاجْعَلْ لِي نُورًا
Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lisanku cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari kanan ku cahaya, dari kiriku cahaya, dari depanku cahaya, dari belakangku cahaya dan jadikanlah pada diriku cahaya dan besarkan lah cahaya untukku”
(Sahih al-Bukhari, 6316)
•Jadikan lisanku cahaya, apa yang keluar daripada lisan kita perkataan yang berhikmah, melembutkan hati yang mendengar.
•Semua makna cahaya ini tertuju kepada hidayah, penjelasan dan penerang kepada kebenaran.
•Semoga Allah kurniakan cahaya petunjukNya agar hati kita sentiasa terdorong ke arah kebaikan.
Percayalah,
kemenangan semakin dekat! | Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.
(Q.S. Al-Baqarah ayat 154)
Hadits
بسم الله
Langitkan Selalu Istighfar untuk Orang Tua Kita
"Sesungguhnya ada seseorang yang diangkat derajat kedudukannya di syurga, kemudian dia berkata
" Dari mana aku mendapatkan ini?'
Allah menjawab: “Disebabkan Istighfar (permohonan ampunan) nakmu untukmu”.
(HR. Ahmad, no. 10232, As-Silsilah Ash-Shahihah 1598)
FaedahKitab
بسم الله
Dzikir adalah amalan penyelamat dari adzab Allah
"Tidaklah anak Adam beramal dengan suatu amalan yang lebih menyelamatkannya dari adzab Allah daripada Dzikrullah, berdzikir kepada Allah"
(📚 Siyar A'lam An Nubalaa' 1/455)
بسم الله ..
Mengapa perlu mengulang-ngulang ilmu?
Agar kita faham,
Bila sudah faham kita sedar diri, Dan muhasabah, lalu mengamalkan.
Agar ilmu tidak hanya di dengar, lalu hilang.. tidak hanya di baca lalu hilang.. jadilah ilmu yang tidak bermanfaat.
Mari kita amalkan doa Nabi salallahu alaihi wassalam dibawah ini setiap pagi,
اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as-aluka ‘ilman nafi'an wa rizqon thayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan.
Maksudnya :
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima."
—
بسم الله .. 🌸
❝Menulislah di media yang tepat agar kata-katamu dihargai dan diamalkan. Di mana? Di hatimu. Jika hatimu sahaja tidak menghargai, jangan harap oranglain menghargai.
Kata-kata itu bukan seberapa banyak like, tapi seberapa ikhlas dan jujur hatimu. Apa yang dari hati akan sampai ke hati. Apa khabar hati? Masihkah ia tulus berkongsi?❞
✒️Ustaz Azdi Nawawi حفظه الله
Tinggal Hari ini dan esok (12 & 13 Zulhijjah) adalah hari di mana doa tidak tertolak.
Abu Musa al-Ash'ari RA menyatakan dalam khutbah pada hari raya Eidul Adha:
بعد يوم النّحر ثلاثة أيام التي ذكر الله الأيام المعدودات لا يردّ فيهن الدّعاء،
فارفعوا رغبتكم إلى الله
"setelah hari raya korban, 3 hari yang Allah mengatakan 'hari yang dihitung', tidak ditolak doa padanya (hari-hari itu), maka tinggikan harapanmu kepada Allah"
Rujuk Lata'if al-Ma'arif hlm 506
📌 Catat, Dua Hari Lagi Berpuasa Arafah
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
"Puasa hari Arafah, aku harap dengannya Allah mengampuni dosa dosa selama setahun sebelumnya, dan setahun setelahnya".
📚 Shahih Muslim (1162)
Contoh Takbir.
Perbanyakkan takbir,
Tengah berjalan, berkerja.
Menunggu.
Jika kesulitan bertakbir dengan lisan, takbirlah dengan hati.
Pesanan daripada Shaikh Muhammad bin sholeh Al-Utsaimin.
Читать полностью…KUNCI HATI YANG BERCAHAYA—
Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi'i rahimahullah berkata,
من أحب أن يفتح الله قلبه أو ينوره، فعليه بترك الكلام فيما لا يعنيه.
"Siapa yang ingin Allah bukakan hatinya atau menjadikannya bercahaya, maka hendaklah dia meninggalkan ucapan yang tidak bermanfaat baginya."
(📚 Al-Majmu’, jilid 1 hlm. 41)
Berkata Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin - rahimahullah - :
Jika masa telah rosak dan engkau melihat bahawa bercampurnya engkau dengan manusia tidaklah menambah kecuali keburukan dan jauhnya engkau dari Allah maka hendaklah engkau menyendiri, menyendirilah.
📚 syarh riyadh ash-shalihin (5/354)
APA YANG ENGKAU LAKUKAN DENGAN ILMUMU?
Abu Darda' radhiyallahu 'anhu menuturkan,
"إنما أخاف أن يكون أول ما يسألني عنه ربي أن يقول قد علمت فما عملت"
"Sesungguhnya aku takut yang pertama kali akan ditanyakan oleh Rabbku kepadaku adalah 'Engkau telah berilmu lalu apa yang telah engkau lakukan (dengan ilmumu tersebut)."
📚 Iqtidha al-Ilm al-amal 41.
SESEORANG TIDAK DITOLONG ALLAH -Ta’ala KERANA HAL INI…
Orang ujub tidak akan mendapatkan pertolongan dari Allah Ta’ala, walaupun kunci-kunci pertolongan-Nya ada di depan matanya.
Allah Ta’ala akan tutup bagi orang yang ujub & sombong. Itu yang akan menyebabkan masalah & kehancuran bagi seseorang kerana tidak ditolong oleh-Nya.
(Mutiara Hikmah dari kajian Tadzkiratus saami’)
PERTARUNGAN YANG SESUNGGUHNYA
Siapa sebenarnya musuh terbesar kamu? Iaitu diri kamu sendiri.
Kalahkan semua bisikan dalam diri. Yang menjauhkan kamu dari tujuan. Itulah pertarungan yang sesungguhnya.
Jangan Lupa Senyum 10 Detik, dan Doakan Setiap Apa Yang Anda Lihat.
Ahlul Hikmah—
Hidup kita setiap hari adalah permulaan,
Jangan rasa kita sudah terlambat untuk menjadi orang baik,
Setiap hari akan menjadi
sejarah dimasa hadapan,
berproseslah menjadi baik meski 1% setiap hari,
Kita belum berada dipenghujung jalan,
Oleh itu Jangan berputus asa.
Harapan itu Masih ada bagi yang
mahu berusaha.
—
Sebab Kemalasan
"Sebab kemalasan adalah, suka bersantai-santai, lebih suka menganggur, enggan bersusah payah"
(Ibnul Jauzi رحمه الله
Ath Thibb Ar Rauhaani hlm.51)
بسم الله
Ustaz Mubarak :
Beribadah itu harus didasari 3 hal: Lillah, Billah dan Fillah.
1. Lillah لله (Ikhlas kerana Allah)
2. Billah بالله (dengan meminta pertolongan Allah).
3. Fillah في الله (sesuai syariat Allah)
—
Bila rasa resah, ada masalah berat, tertekan stress. Amalkan ayat 44 Surah Al - Ghafir. Ulang ulang dan hafal. Kita serahkan 100% urusan kepada Allah.
(Ustazah Asma Harun)
Renungan bagi yang sekarang dalam keadaan sedih, husnuzon lah kepada Allah pasti ada jalan keluar.
'Fa inna ma'al 'usri yusroo, inna ma'al 'usri yusroo,' ingatlah bersama kesulitan akan datang kemudahan, ingatlah bersama kesulitan pasti akan datang kemudahan.
Berhusnuzhonlah kepada Allah.
فَمَا ظَنّكم بِرَبّ العَالمِين
“Maka apakah anggapanmu terhadap Rabb semesta alam?” (QS. As-Saffat: 87)
Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata,
قسما بالله ما ظن أحد بالله ظنا إلا أعطاه ما يظن ، لأن الفضل كله بيد الله سبحانه وتعالى .
“Sumpah, demi Allah. Allah pasti akan memberi apa yang jadi sangkaan baik dari seorang hamba. Kerana seluruh karunia itu di tangan Allah subhanahu wa ta’ala.”
Dalam hadits qudsi, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Allah Ta’ala berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي
“Aku sesuai persangkaan hamba-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari, no. 6970 dan Muslim, no. 2675)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أُدْعُو اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِالاِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَقْبَلُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
“Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan doa kalian terkabul. Ketahuilah, sesungguhnya Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai dan tidak serius.” (HR. Tirmidzi, no. 3479. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata pula,
وأعظم الذنوب عند اللّه تعالى إساءة الظن به
“Dosa yang paling besar di sisi Allah adalah berprasangka jelek kepada Allah.” (Ad-Daa’ wa Ad-Dawaa‘)
Semua perkerjaan itu memenatkan, maka itu jangan biarkan penatmu jadi sia-sia
Niatkan berkerja kerana Allah, Allah Melihat perkerjaan kita, kesungguhanmu dalam mencari rezeki yang halal, semua akan bernilai ibadah yang akan memberatkan timbangan Amalan kita nanti di akhirat kelak.
—
Doa Hari Arafah
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik apa yang aku katakan juga para nabi sebelumku adalah:
Laa ilaha illallah wahdah, Laa syarika lah, Lahul mulku walahul hamdu, wa Huwa 'alaa kulli syai-in Qadiir
(Tidak ada sesembahan yang paling berhak disembah melainkan Allah semata, tidak ada sekutu baginya, baginya kerajaan dan pujian, dan Ia bisa melakukan apapun)"
🖋 (HR. Tirmidzi 3585)
Yang utama sebelum beramal
1) Tajdid niat, Perbaharui niat.
2) Ikhlas kerana Allah semata.
Ikhlas ialah niat melakukan sesuatu amal atau sesuatu pekerjaan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah taala tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Menurut Imam Qurtubi pula, ikhlas ialah membersihkan segala perbuatan daripada bertujuan untuk mendapatkan perhatian makhluk.
📌 Takbir Pada 10 Hari Pertama Dzulhijjah
Takbir mutlak pada sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dimulakan dari masuknya bulan Dzulhijjah (iaitu dari terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Dzulqa'dah) sampai pada akhir hari Tasyrik (iaitu saat terbenamnya matahari pada tanggal ke 13 bulan Dzulhijjah)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa ilaha illallah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd
📚 Majmu' Fatawa Syaikh Binbaz (13/17), Assyarhul Mumti' (5/220)
💌—
Shaikh shalih Al-Utsaimin;
Ada orang solat dua rakaat dibulan Ramadhan
Ada juga orang solat dua rakaat dibulan zulhijjah
Mana yang lebih afdhal?
Jawapannya adalah yang kedua,
Ini jarang diketahui orang awam
Maka saya mengatakan,
wajib atas ahli ilmu agar menjelaskan kepada masyarakat
Bahawa amal shaleh di bulan Zulhijjah lebih disukai Allah
Dihari-hari ini perbanyaklah baca Al-Quran,
Perbanyak zikir, bersedekah, Berpuasalah dihari-harinya.
Kerana Amal shaleh pada 10 awal Zulhijjah ini sangat dicintai Allah. Dari amalan di waktu manapun.
—