2064
Kamu itu seperti kopi, pahit. tapi aku perlu.
tetapi sungguh tak mengapa tuan, kurasa kini aku telah 'bersedia' dengan kehilanganmu,
tidak mengapa, aku simpan rapi rinduku, bersendirian
kalau ku ingat-ingat lagi, awal kisah kita begitu indah. walau ketika itu jarak memisahkan kita, entah apa yang membuat kita begitu 'dekat'. sampai akhirnya ku persembahkan hatiku hanya kepadamu. katamu, 'selama-lamanya'
sayangnya, itu dulu. kini kita begitu asing. hanya tinggal ingatan-ingatan kepadamu yang sering kali menyapa.
aku begitu pandai berpura-pura menyembunyikan apa sahaja suasana yang dirasakan hatiku. tapi tidak untuk rindu ini.
tuan, aku sedang menunggu kepulanganmu. aku tak cukup kuat untuk menahan segelintir rindu yang amat meminta ini. aku tau rutin harian mu padat dan keutamaan mu bukan lagi aku. namun, sesekali bolehkah aku memerlukanmu seperti ini? maaf tuan, aku hanya ingin kau tahu bahawa aku rindu. semoga kau juga.
kupilih untuk cukup sekadar mendengarkan. sebab di sana, ada hal-hal yang benar benar rumit yang tidak(akan pernah) ku fahami.
semoga nanti, semua hal-hal menyakitkan yg ku rasakan ini berakhir. entah kerana aku berjaya memerdekakan diri, atau kerana waktuku yg telah habis di dunia ini.
Andai rindu bacalah tulisan ku. Bait lirik-lirik yang pernah aku nyanyikan dan tuliskan untukmu. Yg dulunya kau beritahu ia boleh melukis senyuman diwajah manismu. Andai itu sudah tiada, kenanglah. Segala hal-hal manis yg pernah kita cipta. Pasti akan mengubat rindu mu tentang kita. Benar tidak boleh mengubat duka luka, tetap lebih banyak gembira dari sedih dari mulanya. Aku, menulis dari hati yg sedang rindu. Rindu akan kita. Andai masih aku beceritalah tentang harimu kepadaku. Jadikanlah aku yg pertama seperti dulu untuk kau sampaikan khabar gembira atau sedihmu. Andai masih ada semailah. Andai sudah luput rasa, khabarkanlah dan biar ia tertanam bersama detik masa. Jangan aku kau biarkan bersama senyuman yg tidak lagi sempurna seperti aku sebelum mu. Aku mungkin tidak akan bisa. Luka rasa luka dijiwa, bukan zahirnya tetap terasa sakitnya didada. Lemasnya nafas terasa, duduk baringku tidak tenang mahu jua selesa. Apa sebenarnya. Cuma rasa yg tidak boleh kita duga dan lihat. Memberi kesan diraga yg dahsyat. Lumpuh terasa teramat sangat. Apa sebenarnya. Andai aku atau masih aku.
Читать полностью…
hari ini, bertambah lagi kisah kita untuk kesekian kalinya. hari hari berjalan tanpa terasa, dan kau, masih ada di sini. kisah kita mungkin tidak selalu mudah sebelumnya, dan pastinya sampai nanti, akan ada rintangan dan ujian dalam pelbagai bentuk yang tak pernah kita duga. tapi, tetaplah di sini bersamaku. mari berdamai dengan diri sendiri, lalu tetap memilih jalan yang sama denganku.
terima kasih sudah memilih untuk bersama. semoga ini selamanya.
Aku tidak bisa membayangkan
Jika suatu saat
Kamu, penghapus sunyi hatiku
Hilang dari hidupku
Bagaimana hidupku?
Perasaan yg bebaur
Sendu, sepi, sedih,
Terasa mati separuh diriku
Membayangkan saja aku tidak mampu
Bagaimana kalau mengalami?
Puan, saya teramat rindu 🤍
mengapa dan entah bagaimana; titik titik air hujan yang berjatuhan selalu membawa sentuhan kenangan lalu membekas dengan rindu.
Читать полностью…
terima kasih atas segala pesan singkat dari mu yang tak pernah gagal membuatku bahagia, atau bahkan tingkah gilamu yang sama sekali tidak pernah aku bayangkan sedikitpun, tetap membuatku bahagia.
untuk beberapa hal yang telah kita jalani, kamu jauh lebih profesional dalam merebut hatiku.
Ketika aku sangat memperdulikan bagaimana hari-harimu berlalu, ketika aku menceritakan hal-hal remeh kepadamu, ketika aku mudah tersentuh kerana sikap menyebalkan mu, ketika kau terlalu sering membuat ku ketawa,
kau milikku.
aku pelit soal dirimu,
tidak mau berbagi, apa lagi terbagi.
Kerana, rasa cinta itu pemaaf.
Sebegitu banyak hal membuat kita berdebat. Menyayangimu, entah bagaimana selalu membuatku rasa utuh. Amarah, kesedihan, perdebatan selalu kalah dengan ungkapan rindu darimu. Selalu ungkapan rindumu meniupkan kelegaan setiap kali resah mendampingi.
Terima kasih untuk hal-hal yang manis. Terima kasih kerana masih ada, meski di kepalamu penuh amarah kerana sedikit sukar memahamiku. Terima kasih.
seperti biasa tulisan ini ditujukan pada yang ku rindui diam-diam, yang tak bisa ku nyatakan rinduku padanya secara langsung.
Читать полностью…
Dia punya draft nak ucap selamat malam pun dari 2hbJun tak send send lagi. Apa lagi sebatas hai nak memulakan percakapan dulu, memang takkkkkk lah 🤣
Читать полностью…
Jika kamu kesalahan di dalam hidupku, kamu adalah kesalahan terbaik yang pernah ku lakukan. Meski kesalahan itu membuatku sakit, patah dan hancur.
Читать полностью…
surat untuk tuan
tuan, rasanya terlalu lama kita tidak saling berkhabar. aku juga sama sekali tidak ingin memulakan perbualan. ah, entah apa sebabnya. meski tidak kau baca, surat ini adalah untukmu; tuan
bagaimana khabarmu? baikkah keadaanmu? nyenyakkah tidurmu? bahagiakah dirimu?
andai kau tau tuan, kepergianmu membawa rinduku, juga separuh jiwaku dibawa olehmu membuat diriku layu
ku susun kata kata indah untuk meluahkan perasaan rindu ini, tapi hanya mampu tersimpan di dalam hati.
Читать полностью…
sejujurnya akupun malu menuliskan tentangmu hampir disetiap hariku. namun aku bisa apa? rindu yang begitu sesak ini menuntut jemariku untuk menuliskannya. dan perlahan-lahan menyimpan harap, barangkali kau membacanya dan kaupun berbalik merindukanku. sekalipun aku tahu semua itu mustahil.
Читать полностью…
kepadamu tuan,
aku terlalu ingin menyatakan kepadamu bahawa aku merinduimu, aku merindui 'kita'. namun, sedaya upayaku menyembunyikan segala sesuatu perasaanku kerana tiada lagi kita. hanya aku. dan kamu. bukannya aku tidak pernah memintamu untuk bertahan, tapi bagaimanapun aku meminta, kau tetap memilih pergi. meninggalkan semua cerita dan mimpi-mimpi yang pernah kita cuba untuk raih bersama.
sosokmu yang aku kira rumah, ternyata tidak lebih dari tempat singgah. kamu yang menemaniku hingga di titik terendah, nyatanya meninggalkanku hingga aku binggung bagaimana cara untuk bangkit kembali.
tidak apa apa tuan, aku baik baik saja. hanya saja, rindu ini sudah terbiasa singgah dihati. yang kemudiannya aku luahkan melalui air mata, dan sedikit tulisan tentangmu.
Masih.
Kamu, orang yang aku ingin berkongsi khabarku dan temanku berbicara. Kamu, orang yang diam-diam membuatku tersenyum manis hanya dengan mengingat gelagat mu. Kamu, orang yang inginku berbagi cerita, tangis & tawa.
Maafku andai perlakuanku menimbulkan bibit kecurigaan dihatimu. Masih kamu, dan akan selalu kamu, Tuan.
tidak semua rasa harus selalu sampai. tak semua kisah dibiarkan selesai. beberapa hal memang tak bisa dijelaskan kerana semesta berkendak demikian. tak perlu ada pengakuan mahupun penjelasan. yang bisa dilakukan hanyalah.. merasakan.
aku; bercakap dengan kesunyian; dengan bibir yang tak pernah berbicara. dengan hati yang tak pernah berhenti merasa.
Banyak tempat aku pergi
Bermacam ragam org sudah aku temui
Pangkat darjat kedudukan
Selalu dijadikan bandingan
Indah baik diagung-agungkan
Aib buruk biasanya jadi buah jajaan
Apa yg aku sudah telaah tentang kehidupan
Apa yg kita jaja selalu dikembalikan
Secara tunai mahu sekarang atau kemudian
Yg kita lontar juga biasanya dilantunkan
Kadang aku sendiri terlepas pandang
Kita juga dia, dia juga kita
Beza cuma kita tahu menilai atau lalai
Sama ada kita jadi penjaja atau menjaga
Bercerita tentang rindu; hari ini, kemarin dan hari hari sebelumnya, aku merindukan susuk yang sama.
Masih tentangmu, dan sepertinya akan selalu.
hujan kali ini tidak disertai petir, tapi desertai rindu.
Читать полностью…
September, bulan yang dipenuhi dengan berbagai macam perasaan didalamnya.
Selamat datang, October. Semoga menjadi bulan yang dipenuhi dengan perasaan manis manis 🍬
Aku rumit, aku banyak ingin, aku banyak mahu. Aku tahu terima kasihku tidak akan pernah cukup untuk seluruhmu yang menerima kerumitanku. Terima kasih kerana tidak pernah menyerah, dan mengajarku untuk terus utuh. Bersamamu membuat aku sedar, bahagia lahir dalam bentuk-bentuk yang amat sederhana.
Semoga ini jatuh cintaku untuk kali yang terakhir, kerana aku mau, kepadamu segala pencarianku berhenti. Mari bertahan hingga nanti.
waktu-waktu seperti ini, aku sering rindu padamu. lalu, kalimat-kalimat bernada rinduku padamu ku lontarkan ke atas sana. ku biar ia terbang bersama angin malam ini. ku harap, angin menyampaikan rinduku untuk menyapa hatimu.
rindu ❤️
aku memang tidak pernah merancang kedinginan ini, kamu pun mungkin hanya tak sengaja menemukan ku saat kau kesepian. dan ketika itu, kita begitu rapat. tidak seperti hari ini, hanya diam.
kalau kau perlukan teman, aku selalu ada di sini, bahkan tanpa kau tahu pun, aku sedikit berharap kau akan mencariku ketika kau merasa sepi- seperti ketika itu. tapi tentu, aku bukan pilihan.
Tulisan ini masih ditujukan kepada dia, meski dia sudah tidak lagi menjadi penerimanya ☹️
Читать полностью…
Sengaja aku menghilang.
Sengaja aku beri jarak.
Biar saling rindu, pikirku.
Namun, yang rindu hanya aku. Sedangkan kau, memanfaatkan jarak agar dapat semakin menjauh dariku.