stayhappyeveryone | Unsorted

Telegram-канал stayhappyeveryone - Stay Strong ! 💙

24

You must give before you get, remember that! 290820

Subscribe to a channel

Stay Strong ! 💙

Jalan untuk menuju kejayaan itu tidak dihampar permaidani sebaliknya penuh onak dan duri.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

You know what? Setiap manusia yang lahir bukannya terus hebat serba-serbi.

Ada proses yang dilalui.
Ada air mata yang mengalir.
Ada keringat yang membasahi.

Usaha dan tindakan yang dilakukan hari ini tidak akan sia-sia. Semuanya akan ada hasilnya.

Usaha dan jangan lupa untuk berdoa.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Everyday is a new day.

Mudir (pengetua) pernah berkata

"Kita kena jadi orang yang lebih baik daripada semalam. Dan esok kita kena jadi orang yang lebih baik daripada hari ini."

Kalau kelmarin kita tak baca Quran, hari ni kita kena baca Quran.
Kalau hari ni kita tak solat tahajud, esok kita kena solat tahajud.

The point is kita kena sentiasa perbaiki diri.

Bukan berubah apabila rasa kita dah tersimpang jauh. Ya, itu betul.

Tapi adakah jika kita kekal berasa di jalan yang lurus, dah taat Allah.. kita kena berhenti perbaiki diri?

Stay strong!

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

korang perasan tak sekarang ni banyak kes yang berkaitan mental illness?

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Manusia tak akan selamanya ada untuk kita.

Sekali-sekala, bila jatuh cubalah untuk bangkit sendiri. Seandainya tak mampu, carilah sahabat yang mampu bantu kita untuk kuat.

Kerana pada akhirnya, kita akan tetap bersendirian.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Kadang-kadang, orang lain tak nak berkawan dengan kita bukan kerana mereka sombong tetapi dalam diri kita ada sifat atau sikap yang buat mereka memilih untuk menjauhi kita.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Nak bersukan? Islam tak halang, tapi wajib menutup aurat.

Yang perempuan,

1. tudung pastikan bawah dada dan melebihi bahu (bentuk dada pun boleh kelihatan di sisi badan, so take note)
2. pakai seluar longgar, baju longgar dan labuh melebihi punggung (paras paha dah okey.. kalau lebih lutut susah nak bergerak)
3. stoking tu sebaiknya pakailah sebab kita tak tahu mungkin masa tengah lompat tu seluar pun terangkat

Yang lelaki,

1. pakai seluar longgar dan bawah lutut
2. pakai baju yang longgar

Aurat lelaki senang nak jaga tapi jangan ambil mudah. Sebagaimana lelaki mempunyai nafsu syahwat terhadap perempuan, begitu juga perempuan mempunyai nafsu syahwat terhadap lelaki.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Tahun baharu, bulan baharu dan hari yang baharu. Moga azam dan semangat juga baharu.

Kita semua pendosa. Yang layak untuk mendapat kemaafan daripada manusia dan keampunan daripada Allah.

Yang ada salah sesama manusia, pohonlah kemaafan daripada mereka.

Salah dengan manusia, kena minta maaf dengan manusia dan salah (dosa) dengan Allah, kena minta ampun dengan Allah.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Kalau kita sangka anak-anak akan mendengar kata-kata ibu dan ayahnya sedangkan apa yang dilakukan oleh kita (ibu bapa) bertentangan dengan apa yang kita suruh, kita silap.

Kerana anak-anak akan meniru dan copy apa sahaja perbuatan yang kita lakukan.

Kalau kita nak anak kita tidak menghisap rokok, kita yang patut tidak dan berhenti menghisap rokok.

Agak-agak, anak-anak nak ke ikut cakap ayah yang turut buat apa yang dia sendiri larang?

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Bukan kau tak berjaya tapi kejayaan kau belum tiba.

Sabar, usaha dan teruskan berdoa.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Kelmarin dalam kenangan,
dan esok dalam rancangan.

Nikmati dan baikilah kesalahan itu pada hari ini agar tidak berulabg pada hari esok.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Mereka yang berjaya itu ialah mereka yang sentiasa perbaiki diri.

Kerana mereka bukan ingin menjadi yang baik tetapi ingin menjadi yang terbaik.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

/channel/stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Tak salah nak sedih.
Tetapi jangan sedih terlalu lama. Sekacau apa pun emosi yang melanda, ambil masa untuk tenangkan diri. Lama? Tak mengapa. Bukan semua orang dapat redakan kesedihan itu dalam jangka masa yang pendek. Kita berbeza.

Walaupun kita layak untuk mengakui emosi, jangan lupa untuk jaga mental health.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Hidup ni, jangan puaskan hati orang.

Sebab hati orang ni takkan pernah puas.

Kau pakai baju t-shirt seluar trek malam-malam (kat rumah) kata macam lelaki lah, bukan perempuan tulen lah. Disuruh pakai baju kelawar, barulah macam anak dara gitu. Bila pakai baju kelawar, kata baju tu sesuai untuk orang yang mengandung sebab besar. Disuruh pula pakai baju t-shirt tadi dipadankan dengan kain batik. Bila pakai kain batik, kata acah perempuan Melayu terakhir.

Sampai ke sudah hati manusia takkan puas.

Kau buat macam ni, orang kata macam tu.
Kau buat macam tu, orang kata macam ni.

Sebab tu lah, jangan fikir apa yang orang akan kata selagi mana tak salah dalam Islam.

Okey?

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Seperkara yang harus kamu ketahui adalah bukan semua orang yang berada di sampingmu sekarang akan terus kekal menyokong dan dan menguatkanmu.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Dalam satu program sekolah, pernah ditanya satu soalan. Lebih kurang begini

"Macam mana nak bangun awal pagi?"

Kenapa kita (pelajar sekolah) boleh bangun awal pagi? Sebab ada matlamat.

'Pagi ni kena bangun awal sebab nak ke sekolah'

Kenapa kita tak boleh lakukan hal yang sama pada hari lain? Hari Jumaat, Sabtu (hujung minggu). Kerana hari tersebut kita tak bersekolah. Tak ada matlamat.

Apabila kita ada matlamat, kita akan sedaya upaya untuk capai matlamat tersebut.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

jaga diri tau? fizikal dan mental 😉

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Assalamualaikum dan hai semua!

korang sihat? admin harap korang tetap sihat dan ceria ☺️

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Kita hidup bukan untuk cari reda manusia tetapi kita nak reda Allah.

Biar orang perli kita pakai tudung labuh.
Biar orang hina kita tak ikut trend.
Biar orang mengata kita buat dakwah.

Jadikan Allah sebagai penguat untuk kita teruskan buat apa yang kita sedang lakukan.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

You know what?

Bukan semua orang yang meluah tu mahukan penyelesaian. Kadang-kadang, cukup sekadar kita hanya mendengar masalah atau ujian yang mereka hadapi.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Nak jodoh yang baik, berdoalah sekarang.
Nak keputusan peperiksaan yang cemerlang, berdoalah sekarang.
Nak tunaikan Haji atau umrah/kedua-duanya, berdoalah sekarang.
Nak apa-apa sahaja, berdoalah sekarang.

Kerana kita tak tahu, bila Allah akan makbulkan doa kita itu.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Bila tiba bulan Ramadan,
Ayat ini akan jadi trend.

"Bukan siapa yang datang solat terawih paling awal tetapi siapa yang dapat bertahan hingga akhir"

Sekarang bukan bulan Ramadan, jadi..

"Bukan bagaimana dia bermula (mungkin dahulu dia jauh daripada Allah) tetapi bagaimana pengakhirannya"

Kerana dalam hidup ini, yang paling penting ialah bagaimana ending kita.

Mungkin dulu dia free hair tapi siapa sangka kematiannya dicemburui kerana kesolehahannya.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Kita sangka mereka yang miskin sahaja diuji. Sedangkan kita yang senang juga diuji.

Ujian kita tak sama. Walaupun kau ada pengalaman yang sama.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Bukan kau tak cantik, tapi kau belum jumpa orang yang dapat melihat kecantikan kau.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Orang yang kurang pandai boleh jadi pandai dengan usaha dan rajin.

Dan orang yang pandai boleh jadi kurang pandai kerana malas.

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

ni link channel Stay Stong! 💙

dipersilakan untuk share kepada orang lain.

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Bila marah, saya sarankan untuk awak keluar daripada perbincangan atau meninggalkan perbualan itu dengan cara yang beradab.

Kerana apa?
Lebih baik kita melepaskan emosi kepada awan, angin daripada manusia.

Bila mana diri dikuasai amarah, yang menguasai bukanlah diri kita tetapi syaitan.

Makin panas, makin marah.

Jadi, it's better to you leave the meeting for a while.

Okey?

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Bila Allah tak bagi apa yang kau minta, bukan bermakna Allah tak dengar suara tangisan dan mengabaikan doamu.

Tetapi, Dia menyediakan sesuatu yang lebih baik dan tepat ketika kau perlukannya.

Allah kan Maha Mengetahui 🙃

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…

Stay Strong ! 💙

Kau couple lah 10 tahun sekalipun, kau takkan kenal sifat dan sikap dia yang sebenar selagi mana kau tak tinggal sebumbung dengan dia.

Bukan nak kata, kalau nak kahwin tu kena tinggal sebumbung (sebelum kahwin) dulu bagi kenal hati budi baru kahwin. Tak! Tapi nak cakap kat sini yang kau belum cukup kenal dia walaupum dah 10 tahun couple.

Tak percaya?

Sekarang ni ramai orang yang bernasib macam tu.

Time couple, perangai helok.
Bila kahwin, perangai boleh geleng kepala.

Last-last, couple 10 tahun kahwinnya 3 bulan.

Bukan mendoakan yang buruk.

Cuma, jangan expect perangai dia time kau tak kahwin ngan dia sama lepas kau kahwin dengan dia.

Apa-apa pun, takyah la couple. Jangan menormalisasikan dosa. Bila tak couple rasa tak laku, rasa dipulau.

Sanggup ke dapat dosa semata-mata nak puaskan hati orang?

🦋 •• @stayhappyeveryone

Читать полностью…
Subscribe to a channel