You must give before you get, remember that! 290820
Kalau sebelum kahwin pun jenis makin hamun bila marah, agak-agak lepas kahwin dia boleh berubah tak sikap dia yang dah jadi kebiasaan tu?
Bukan tujukan kepada lelaki je. Perempuan pun sama.
Belambak perempuan suka mencarut sekarang ni. Dah tak malu lagi dah.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Kita dilahirkan dan ditakdirkan dengan kelebihan yang berbeza.
Ada orang, kelebihannya dari segi memasak. Masaklah apa pun walaupun menu itu kali pertama dia memasak, tetap sedap.
Ada orang pula dikurniakan bentuk fizikal yang dapat menarik mana-mana mata yang melihatnya.
Orang yang kita lihat mempunyai kelebihan itu juga ada kekurangannya cuma kelebihannya lebih terserlah.
Jika kau masih tidak tahu apa kelebihan yang kau miliki, cuba asah minat kau untuk jadikannya sebagai kelebihan.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Tak semua luahan perlukan jalan penyelesaian dan nasihat. Mendengar itu pun lebih daripada cukup bagi mereka yang tidak mempunyai tempat untuk meluah. Who knows?
🦋 •• @stayhappyeveryone
Manusia hari ini hanya memandang hasil.
Tanpa menunjukkan hasil terlebih dahulu, mereka akan terus menghina dan mengata.
Setelah kita berjaya, barulah terhegeh-hegeh memuji dan ingin mendekati kita.
Apa yang saya nak kata kat sini bukanlah kena melakukan sesuatu supaya manusia memuji kita. Tetapi, abaikan kata-kata sinis dan sindiran yang mereka lemparkan.
Okey?
🦋 •• @stayhappyeveryone
Orang akan datang dan pergi dalam hidup kita, tetapi yang paling penting adalah siapa yang menetap bersama kita. Jangan terlalu memikirkan perkara yang akan datang; dan jangan juga habiskan waktu untuk memikirkan yang telah pergi.
- Tere Liye -
🦋 •• @stayhappyeveryone
Saja la nak pesan, masa orang yang kau sayang ni ada, create la memori indah, record and tangkap gambar momen tu.
Serius, bila dia dah takde, gambar, video dan audio dia tu lah yang kita akan cari.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Memanglah dapur ni 'tempat kerja orang perempuan' tetapi janganlah sampai kau yang lelaki ni rasa diri tu 'lembut/sotong' bila memasak.
Tak pondan pun lah tolong orang perempuan buat kerja rumah.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Tak semua kasih sayang itu dibuktikan dengan kata-kata cinta dan sayang.
Ada orang, lebih suka menunjukkan kasih sayangnya melalui perbuatan.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Kalau dia minta break hanya sebab kau reply lambat, tak perlu nak merayu nak dia jangan tinggalkan kita. Break je.
Fikir dosa pahala sikit, jangan fikir perasaan je.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Sebelum nak tegur orang, selami hati dan perasaan dia supaya kita tahu teguran yang bagaimana sesuai untuknya.
Jangan sebab nak orang cepat sedar, kita guna dakwah sentap lalu membuatkan dirinya main jauh untuk menerima kebenaran kerana teguran itu dirasakan menyindir dan kasar.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Nak tahu perasaan yang dia alami semasa berbicara dengan kita, lihat ke dalam matanya.
Kerana mata tidak pandai untuk menyembunyikan rasa.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Biar tiada orang yang menghargai kita asalkan masih ada diri sendiri yang menghargai dan menyayangi.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Nak berjaya, mindset pun mesti berjaya.
Sebab mindset itulah yang akan memberi kita harapan untuk mendapatkan kejayaan.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Nak berjaya kena usaha bukan sekadar berkata-kata.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Bahagiakan diri sendiri dengan menggembirakan orang lain.
Tanpa sedar, melihat gelak tawa orang lain disebabkan kita dapat mengukirkan senyuman bahagia.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Kadang-kadang kita diam bukan sebab tanda setuju dengan apa yang mereka kata dan lakukan terhadap kita.
Tapi sebab kita malas layan. Malas nak tambah lagi masalah. Malas nak penatkan otak fikir benda-benda macam ni.
Tapi tu lah. Makin kita diam, makin diorang hentam kita. Makin galak maki hamun kita.
Kan?
🦋 •• @stayhappyeveryone
Belajar bukan sebab nak bertanding siapa paling bijak.
Belajar bukan sebab nak dapatkan tepukan gemuruh daripada manusia.
Belajarlah (menuntut ilmu) untuk diri sendiri, keluarga dan umat Islam.
Niatlah kerana Allah, maka kau akan sukar untuk down kerana perjuanganmu ialah kerana Dia.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Susah kan nak kawal diri sendiri apabila kita beremosi?
Lebih-lebih lagi jika emosi itu ialah marah.
Saya ada cara untuk luahkan emosi marah. Tapi saya tak tahu sama ada kalau awak guna cara ni berkesan atau tak.
Caranya ialah masa awak tengah marah tu awak jangan cakap apa-apa. Jangan balas balik. Diam je. Sabar. Sabar. Sabar.
Bila orang yang buat awak marah tu dah menjauh daripada awak atau awak tak tahan nak bersabar dengan kemarahan tu lalu awak pun menjauh darinya, awak pergi cari kertas. Apa-apa kertas. Lepastu ambil pen dan tulis segala isi hati awak. Awak marah dia sebab dia ejek awak. Apa-apa sahaja.
Luahkan segalanya.
Dan bila awak dah rasa okey, awak ambil kertas tu. Awak buang.
Kalau awak nak simpan pun boleh. Kalau awak pilih untuk simpan, dalam dua atau tiga hari selepas kejadian tu awak buka balik. Awak baca segala isi hati awak.
Awak akan terasa, sakit hati dan kecewa dengan kata-kata sendiri.
Sebab apa? Sebab masa tu yang mengawal awak bukan diri awak tetapi emosi.
Bila awak dah baca, awak akan rasa betapa tajamnya lidah manusia apabila dikuasai emosi marah.
Insya Allah akan buat awak lebih berhati-hati dan cuba untuk sabar apabila awak marah.
Maaf, kalau tak mrmbantu.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Orang yang kita lihat dia berjaya juga mempunyai kekurangan.
Cuma bezanya ialah dia berusaha untuk mengubah kekurangan itu kepada kelebihan.
Mungkin dia seorang yang lambat untuk memahami apa yang dia belajar. Kerana dia sedar kekurangannya, maka dia mengubah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami apa yang dia belajar.
Maka, yang kita dapat lihat ialah dia berjaya.
Kita tak nampak usaha dia untuk berjaya.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Jangan syok sangat tunjuk kat semua orang yang kita ni bahagia, mesra dan gembira je dengan pasangan.
Orang yang tengok tu kita tak tahu apa kata hati dia.
Kalau gembira jugak takpelah.
Kalau dengki?
🦋 •• @stayhappyeveryone
Sakit kan bila ada orang bandingkan kita dengan orang lain?
She is she.
He is he.
You are you.
Tak perlu la nak bandingkan. Dah la compare lepastu kutuk kita.
Sedih, kan? Takpelah. Husnuzzhon je. Maybe dia tak tahu nak buat kita rasa tercabar macam mana so dengan bandingkan tu boleh buat kita lagi bersungguh buat kerja ke, kan?
Husnuzzhon. Sabar, okeh? Anda tidak berseorangan.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Aku tak ingat siapa kata,
Jangan bandingkan result kau dengan orang lain tetapi bandingkan result kau yang sekarang dengan result kau yang dulu.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Kita buat baik, orang kata acah alim.
Kita buat jahat, orang kutuk.
Betulkan niat tu bro and sis. Ikhlas kerana Allah. Biarkan apa orang kata.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Kalau hati itu boleh dilihat, semestinya akan kupamerkan keadaan hati ini yang tak kering kerana sentiasa berdarah dek kata-kata yang kau lemparkan.
Mohon sedar bahawa hati dan perasaan bukan mainan
🦋 •• @stayhappyeveryone
Biar pena yang menjadi saksi bahawa aku telah menegurmu melalui tulisan ini.
Semoga Allah gerakkan hatimu untuk melihat menerima apa yang aku sampaikan ini.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Kau nak pandai tapi adab dengan ilmu dan guru ke laut. Macam mana nak dapat berkah kalau akhlak tak jaga?
Tiada guna ilmu setinggi langit tetapi akhlak serendah bumi.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Jika kamu merasakan ujian itu halangan, ketahuilah bahawa impian itu kekuatan dan doa merupakan harapan.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Kalau diri sendiri tak nak tolong, jangan harapkan orang lain untuk mengubah kehidupanmu.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Tidak perlu takut untuk menyatakan dan menegakkan kebenaran.
Penipuan dan kepalsuan tetap akan terbongkar kerana hanya yang benar akan kekal.
🦋 •• @stayhappyeveryone
Today is the last day of February before we meet March.
Tanam azam untuk perbaiki diri. Baiki diri sendiri dan ajaklah orang lain.
🦋 •• @stayhappyeveryone