addien90 | Unsorted

Telegram-канал addien90 - Ad-Dien Abdul Kadir

32222

Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz. Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir. Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!

Subscribe to a channel

Ad-Dien Abdul Kadir

UP! Kelas mula minggu depan, hari selasa. Kita mula dengan ilmu akhlak dulu, Jumaat Sirah pula. 2024 kita akan jadikan Tahun menambah ilmu agama bersama-sama, insyaAllah.

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Bismillah,
InsyaAllah saya akan buka dua kelas, Sirah dan Akhlaq/Penyucian jiwa. Kita akan belajar kandungan kitab ulama tapi secara santai. Terbuka kepada semua, diutamakan yang tiada asas. Jika berminat boleh tekan link pendaftaran di bawah. Doakan!

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhOkoB9Y1n9PFMRaEOakeDTRsSYYKh9WqpK9W7hhFz5AFqHw/viewform

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam Hasan al-Basri, orang Mukmin itu sifatnya selalu bersangka baik dengan Tuhan sehingga amalannya menjadi semakin lama semakin baik. Sedangkan orang munafik selalu buruk sangka kepada Tuhan hingga amalannya semakin lama semakin buruk. [Musannaf Ibn Abi Syaibah 19/536]

Perasan tak bila makin banyak kita baik sangka kepada Tuhan, kita makin konsisten beribadah, makin banyak berdoa, makin berusaha nak buat benda baik dan jadi orang baik.

Tapi bila dah buruk sangka kepada Tuhan, makin malas dah nak beribadah. Makin kurang berdoa, makin jauh dari Tuhan.
——

Ad-Dien Abdul Kadir
25/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Isteri Nabi ﷺ pernah berzikir dari lepas subuh hingga waktu dhuha. Kemudian Nabi ajar satu zikir ini. Kata Nabi ﷺ, baca tasbih ini 3 kali maka pahalannya lebih berat berbanding zikir dari subuh sampai dhuha tanpa tasbih ini. 📿

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Disisi mazhab Syafie, zakat sebenarnya afdal (lebih baik) dihebahkan supaya orang lain terinspirasi daripadanya dan tidak timbul buruk sangka bahawa orang kaya tidak keluarkan zakat. Manakala sedekah dan amalan sunat, afdal dirahsiakan. [al-Majmu’ 6/233, al-Aziz 7/425]

Bahkan menurut Imam Ibn Battal, menghebahkan zakat itu lebih afdal berbanding menyembunyikan merupakan sesuatu yang disepakati seluruh ulama. [Syarh Ibn Battal 3/420]

Seperti juga solat fardu afdalnya dizahirkan (berjemaah), solat sunat afdalnya sembunyikan.

Ad-Dien Abdul Kadir
21/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam al-Ghazzali, orang yang baran/pemarah ialah orang yang lemah akalnya. Disebabkan itu, syaitan akan selalu bermain-main dengan emosi dan amarahnya seperti anak-anak bermain bola. Antara pintu-pintu syaitan yang paling besar ialah nafsu marah. [Ihya’ Ulumiddin 3/32]

Cepat marah, senang triggered, mudah mengamuk maksudnya lemah akal. Sebab itu Nabi ﷺ pesan orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal kemarahannya.

Ad-Dien Abdul Kadir
18/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam Ibn Qutaibah dalam Minhaj al-Qasidin, termasuk orang yang tertipu dengan dunia ialah orang yang merasa dirinya banyak ibadah dan kebaikan tapi dia mengabaikan sisi dosa yang telah dilakukan terutama mengumpat & mencarut. Padahal separuh waktu hidupnya telah mencemari maruah kaum Muslimin.

Dalam perbahasan tasawuf, “perasaan” sebegini termasuk dalam al-Muhlikat, iaitu sesuatu yang merosakkan dan membinasakan pemiliknya yang akhirnya akan membawa kepada neraka. Tak sedikit orang-orang baik, dia pernah fikir “aku rasa aku masuk syurga nanti” kerana amal solehnya hingga lupa sisi dosa dan maksiat yang telah dia lakukan terutama dosa-dosa yang melibatkan manusia seperti ghibah, namimah, dan seumpamanya. Para Salik memberi perhatian yang sangat besar terhadap isu hati sebegini.

Ad-Dien Abdul Kadir
16/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam al-Ghazzali, ujian hidup merupakan cara Allah untuk meneguhkan hati. Kerana itu semua Nabi yang diutus, diuji dengan sangat berat agar mereka belajar bersabar sehingga melahirkan keteguhan hati sepenuhnya kepada Allah. Keteguhan hati adalah darjat para Nabi. [Ihya’ Ulumiddin 1/26]

Orang beriman biasanya akan diuji dengan ujian yang semakin berat sesuai dengan kadar imannya sebagaimana para Nabi melalui proses yang sama. Selain menjadi kafarah dosa, ujian tersebut adalah cara Tuhan menaikkan darjat mereka hingga semakin hampir dengan darjat Nabi-Nabi.

Maka orang yang mengaku beriman tanpa pernah melalui ujian berat sepatutnya bimbang dengan tahap keimanan dan pandangan Tuhan terhadap mereka kerana sunnatullah bagi orang beriman itu akan selalu diuji Tuhan untuk membuktikan keimanan dan keteguhan mereka.

Ad-Dien Abdul Kadir
14/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, tanda seseorang itu busuk hati/hati jahat ialah dengan jahatnya kata-kata yang keluar dari mulut serta banyaknya kejahatan dilakukan anggota badan kerana keadaan hati seseorang akan menzahirkan perbuatan luarannya. [Zad al-Ma’ad 1/67]

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam Qatadah, azab kubur biasanya disebabkan 3 bahagian dosa. Pertama disebabkan ghibah (mengumpat). Kedua, kerana najis kencing yang diremehkan. Ketiga, kerana namimah (suka mengadu domba/batu api). Azab kubur menanti sesiapa yang selalu dengan 3 dosa ini.

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Apa yang keluar dari mulut seseorang sangat menggambarkan tahap imannya. Nabi kata:

‎ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذيء
‎“Bukanlah seorang Mukmin, orang yang suka membuka aib, melaknat, cakap lucah dan bercakap hal-hal menyakitkan hati orang.” [Riwayat al-Tirmizi]

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam Yusuf bin Asbat, sesiapa memiliki 10 sifat ini maka dia itu betul-betul manusia yang sangat baik.

1. Sedikit pertikaian dengan orang lain.

2. Adil dalam menilai sesuatu.

3. Tidak suka mencari-cari kesalahan orang lain.

4. Berusaha untuk membaiki keburukan yang kelihatan.

5. Mencari uzur bagi kesalahan orang lain (baik sangka)

6. Sabar ketika diganggu.

7. Selalu muhasabah dengan mencela diri sendiri (musibah akibat dosa sendiri)

8. Selalu fokus dan sibuk mengurus aib diri sendiri tanpa masuk campur aib orang lain.

9. Selalu berwajah ceria.

10. Tutur kata yang lembut.

[al-Tanwir Syarh al-Jami’ as-Saghir 5/535]

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Masjid inilah Nabi Muhammad ﷺ memberikan khutbah terakhir (khutbatul wada’) di hadapan lebih 100,000 sahabat Nabi. Kalau umrah jarang jemaah dibawa ke sini padahal di sini pernah ada sirah rare, musuh Nabi dipancung kepalanya.

‎📍Masjid Namirah, Arafah, Makkah 🇸🇦

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Selesai Umrah. Saya mula tawaf jam 3.30 a.am kemudian solat subuh berimamkan syaikh Sudais. Selepas itu sambung tawaf dan saie. Tahallul delay sikit tengah fikir nak botak ke tak hmm 🙂

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Bismillah, saya memulakan kembara ke Arab Saudi pada hari ini 2/10/2023 jam 1 pm (waktu Malaysia). Alhamdulillah dah selamat tiba di Jeddah selepas 8 jam flight. Saya akan mulakan pengembaraan ini dengan umrah terlebih dahulu kemudian terus dengan kajian sirah di sana. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Doakan perjalanan dan pengembaraan saya dipermudahkan Allah dan baik-baik saja. Saya akan lebih kerap share update di story IG sebab lebih mudah. Follow Ig Addien90 untuk update lebih ya! Doakan saya!

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Antara sunnah hari Jumaat yang mungkin ramai lelaki terlepas pandang ialah mandi Jumaat. Disisi mazhab Syafie, sunat mandi Jumaat bermula terbit fajar hingga sebelum mula solat Jumaat. Paling afdal, mengakhirkan mandi Jumaat hingga waktu mahu pergi solat Jumaat.

Ini kerana tujuan utama sunnah mandi Jumaat adalah untuk hadir solat Jumaat dalam keadaan bersih dan mengelakkan bau yang tidak disenangi ketika berkumpulnya kaum Muslimin ketika solat Jumaat.
[al-Majmu’ 4/534]

Jadi kalau boleh hari Jumaat amalkan sunnah mandi Jumaat ni. Kalau mampu mandi betul-betul sebelum nak pergi solat tu, itu terbaik. Kalau tak mampu kerana kerja dan sebagainya, mandi awal pagi tu niat sekali mandi Jumaat. Dapat extra pahala sunat Jumaat.

Mandi pun dapat pahala sunat extra, rugilah kita tak niat.
——

Ad-Dien Abdul Kadir
29/12/2023
/channel/addien90

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Kata Nabi ﷺ, kaki kita semua tak akan berganjak pada hari kiamat sampai Allah soal 5 perkara;

‎1. Umur, usia hidup dihabiskan untuk apa?

‎2. Ilmu, apa yang diamalkan?

‎3. Harta, dari mana dapat?

‎4. Harta, ke mana dibelanjakan?

‎5. Setiap anggota badan, apa yang telah dibuat?

[Riwayat al-Tirmizi no. 2416]

Bayangkan kita kalau hidup 60 tahun, setiap hari selama 60 tahun tu Allah tanya setiap 5 soalan ni. Terduduk nak menjawab.

Cuba ambil masa sebelum tidur, tanya diri sendiri 5 soalan ni. Mesti rasa malu, rasa banyak sangat dosa, rasa confirm masuk neraka.

Begitulah sepatutnya keadaan kita, kena banyak-banyak muhasabah diri sendiri. Jangan sibuk urusan atau aib orang lain di social media. Kita punya dosa sendiri tak terkira banyak.
——

Ad-Dien Abdul Kadir
26/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Fiqh solat di R&R ketika musim cuti. Amalkan fiqh awlawiyyat (priority) jika orang ramai/sesak.

1. Wuduk ringan. 3 kali basuhan hukumnya sunat, bukan wajib. Biasakan ambil wuduk secara ringan terutama bila musafir di tempat sesak atau kurang air.

2. Jangan panjangkan bacaan solat apatah lagi kalau jadi imam. Janganlah waktu macam ni nak baca surah panjang atau flex suara sedap. Tak kena tempat dan keadaan. Ringkaskan solat supaya orang lain dapat solat pula.

3. Zikir selepas solat dan doa itu sunat. Kalau nampak orang ramai menunggu, sebaiknya terus bangun dan beri laluan untuk orang lain solat. Kalau nak zikir dan doa, ringkas sahaja. Jangan waktu itulah nak berzikir dan doa panjang-panjang terutama di akhir waktu solat. Zikir dan doa itu sunat tapi sengaja buat orang lain terlepas waktu solat itu haram.

Inilah sebahagian contoh aplikasi yang disebutkan sebagai fiqh awlawiyat. Mengutamakan prioriti terutama bila melibatkan maslahat orang ramai. Kalau kita faham dan amalkan, akan terlihat nilai cerdik dalam beragama. Sama-sama kita cuba amalkan.
——

Ad-Dien Abdul Kadir
24/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Nabi ﷺ dan sahabat pernah dijamu makan selepas kelaparan seharian. Ketika makan, Nabi ﷺ kata:

‎لتسألن عن هذا النعيم يوم القيامة
‎“Kalian pasti disoal di hari kiamat tentang nikmat makan ini.”

‎Kita hari ni makan 3-4 kali sehari, makan bermacam lauk dan menu sedap setiap hari. Tak terkira nikmat makan kita sudah rasa sampai hari ini. Itu belum lagi nikmat pakaian, kenderaan, kemudahan, dan semua benda yang kita dah nikmati selama ini.

Semua itu akan dibentangkan dan disoal satu per satu dihadapan Tuhan. Panjang dan lama hisab kita nanti teman-teman. Sangat panjang.

Sebab itu kena selalu muhasabah, taubat dan minta ampun. Dosa kita ni banyak.

——
Ad-Dien Abdul Kadir
22/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam al-Mawardi, pekerjaan manusia yang paling penting berpusat pada tiga pekerjaan.

1. Pertanian
2. Perniagaan
3. Perindustrian/pembuatan barang

Dari tiga pekerjaan ini lahir banyak cabang pekerjaan dan hukum. Antara tiga kerja ini, yang paling afdal ialah pertanian. Disisi mazhab Syafie, pertanian adalah sebaik-baik dan semulia pekerjaan kerana banyak dalil yang menyebutkan kelebihan bertani/bercucuk tanam. Selepas itu yang kedua afdal ialah pembuatan barang kemudian barulah perniagaan. [Raudhah al-Talibin 3/281]

Orang yang suka menanam sebenarnya banyak pahala tersembunyi yang mungkin mereka sendiri pun tak tahu. Berbudi kepada tanah bukan hal yang remeh disisi Islam. Panjang kalau nak dijelaskan satu persatu, kena buat kelaslah kalau nak tahu.

——
Ad-Dien Abdul Kadir
20/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam Ibn al-Jauzi, sesiapa ketika hidupnya banyak bercakap tentang kehormatan kaum muslimin (mengumpat), mencari-cari aib dan kesalahan orang lain dan selalu berkata keji/mulut jahat, maka ketika sakaratul maut pasti akan susah mengucap syahadah. [Bahr ad-Dumu’ 1/124]

Bahasa mudahnya Ibn al-Jauzi pesan: Kuat membawang, nanti mati susah mengucap.

Ad-Dien Abdul Kadir
17/12/2023

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Antara dosa hari Jumaat yang ramai orang tak tahu, terlepas pandang dan ambil ringan ialah haramnya jual beli selepas azan kedua bagi orang yang wajib solat jumaat. Kata Imam an-Nawawi, setiap kerja/perbuatan yang menyibukkan dari solat Jumaat menjadi haram. [al-Majmu’ 4/500]

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Takde ya istilah mulut je jahat tapi hati baik. Itu semua membongak. Kalau hati baik dia susah nak cakap benda tak baik 😀

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam Fudhail bin Iyadh, sesiapa yang ada 5 sifat ini dia akan selalu hidup dalam kesengsaraan dan keserabutan:

1. Keras hati
2. Mata tidak menangisi dosa
3. Sedikit sifat malu
4. Cintakan dunia
5. Panjang angan-angan

[Madarij as-Salikin 2/271]

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam As-Syafie, orang yang menuntut ilmu itu wajib menempuh susah payah di zaman belajar barulah ilmu itu betul-betul melekat. Hidup serba susah, musafir jauh, kurang tidur, sabar dengan banyaknya kelas dan bacaan semua itu akan memberi kesan kepada keilmuan seseorang.

Bahkan Imam As-Syafie dengan tegas mengatakan tidak akan beruntung seseorang yang menuntut ilmu dalam keadaan serba senang. Maksudnya dia tak serius dalam menuntut ilmu kerana tidak ada pengorbanan berat yang dia perlu bayar untuk mendapatkan ilmu tersebut. [Tahzib al-Asma’ 1/75]

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Bila kali terakhir anda membaca al-Quran?

Ketika kita sudah mati, yang menjadi teman menemani adalah pahala al-Quran yang kita baca dan amalkan. Bukan suami, isteri, ibu, bapa, anak-anak, harta benda atau apa pun. Al-Quran itulah sebenar-benar teman hingga ke alam Baqa.

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Menurut Imam ibn Abdil Barr, semakin banyak seseorang bercita-cita dan mengejar nikmat dunia, semakin susah untuk dia faham ilmu agama, semakin jahil dan semakin jauh dari beramal soleh. Tahap agama seseorang bergantung kepada tahap dia mengejar dunia. [al-Tahmid 3/202]

Semakin seseorang itu faham agama, semakin kurang pula angan-angan dan keinginannya terhadap dunia. Ini bertepatan dengan apa yang telah ditunjukkan dalam kehidupan pemuka-pemuka Islam terdahulu seperti Nabi sendiri, para sahabat dan semua yang mengikuti jalan mereka.

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Dah masuk seminggu saya di Mekah. Saya banyak share update terkini di story IG. Korang search IG saya /addien90, saya letak highlight kot-kot korang terlepas story sebelum ni. Doakan saya tau!

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Btw beza masa sini 5 jam lambat dari Malaysia tau. Kat sini baru pukul 7.30 pm gitu 😁

Читать полностью…

Ad-Dien Abdul Kadir

Doakan saya teman-teman! A new journey begin. Departure to the front lines!

Читать полностью…
Subscribe to a channel