Writer | Editor | Mantan Editor Majalah Solusi & al-Ustaz. Channel yang mengumpulkan tulisan-tulisan, sisi pandang, life thoughts dan perkongsian ilmu daripada Ad-Dien Abdul Kadir. Menjemput semua untuk join channel ini. Ahlan wa sahlan (Welcome here)!
Buatlah baik banyak mana pun, orang akan pandang salah yang sikit. Kata Imam As-Sya'bi:
والله لو أصبت تسعا وتسعين مرة وأخطأت مرة لأعدوا على تلك الواحدة
Demi Allah, jika aku buat 99 kebaikan dan aku salah sekali, pasti orang pandang 1 kesalahan itu. [Siyar A'lam an-Nubala 4/308]
Kita semua pasti pernah alami dah rasai hal sebegini. Begitulah fitrah manusia, mudah nampak kesalahan orang lain dan susah nak kenang jasa orang lain.
Sebah itu hanya Allah sahajalah tempat kita berharap dan berserah diri. Allah sahaja yang mampu untuk balas setiap kebaikan yang kita buat dengan pahala berganda. Bila kita ada salah dan dosa, Allah jugalah yang mampu memaafkan semua itu dengan taubat dan istighfar kita.
Yang Maha Adil itu hanya Allah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman-teman di Telegram. Mohon maaf andai ada salah dan kekurangan saya selama ini. Saya juga manusia biasa seperti kalian, pastilah punya kelemahan juga. Semoga setiap perkongsian yang bermanfaat, kalian dapat ambil untuk panduan kehidupan. Doakan saya dapat terus menulis, berkongsi ilmu dan mengajar dnegan lebih giat lagi. Kelas kita akan bersambung Selasa depan insyaAllah.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan kami dan kalian semua.
https://x.com/addien90s/status/1774248053563900041?s=46&t=QWe7wOvWhpbn2KuC_V0eog
Читать полностью…Ramai pulak jawab betul. Tak boleh jadi ni, nanti saya bagi yang susah sikit. Tak sukalah tengok ramai jawab betul 😀
Читать полностью…Semoga bermanfaat! Silakan download dan sebarkan, moga ramai-ramai jadi lebih pandai.
https://ladiis.org/sekolahcambodia/
Nak tak ada pahala kekal mengalir walaupun selepas kita meninggal dunia?
Jom wakaf untuk Masjid! Setiap kali mereka solat, buat majlis ilmu etc, kita dapat pahala! Sempena Ramadan, bantu team kami siapkan pembinaan masjid untuk minoriti Muslim Champa!
🔗 https://ladiis.org/sekolahcambodia/
Esok kelas sirah macam biasa ya. 9 malam. Kita masuk bab keajaiban Nabi Muhammad ketika kanak-kanak.
Читать полностью…Inilah hadis yang dijadikan dalil oleh para ulama bahawa orang baik, alim, soleh sekalipun akan terkena bala bencana yang Allah turunkan. Bahkan sebahagian ulama menjadikan hadis ini dalil larangan duduk dalam majlis maksiat atau berada berdekatan dengannya.
@addien90
Menurut Lukman al-Hakim, sesiapa buat 3 perkara ni, dia pasti tidak akan selamat dalam hidup.
1. Orang yang tidak menjaga tutur kata.
2. Orang yang banyak berdebat.
3. Orang yang berteman rapat dengan orang-orang yang buruk akhlaknya.
[al-Muntaqa min Makarim al-Akhlaq 1/202]
Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Allah menguji orang beriman dengan ujian yang sangat berat kerana Allah ingin berikan kedudukan istimewa kepada mereka di akhirat yang mana kedudukan itu tak mungkin mereka mampu capai dengan amal ibadah semata-mata. [Fath al-Bari 7/433]
Читать полностью…Kelas Akhlak malam ini saya akan kongsikan perbahasan niat yang lebih teknikal seperti status pahala bagi niat yang bercampur antara ikhlas dan nak dunia. Juga saya akan kongsikan kenapa bila Azab Allah turun kepada sesuatu kaum, orang baik pun akan kena sama. Jumpa malam ini!
Читать полностью…Masa antara Maghrib dan Isyak sebenarnya masa yang sangat elok untuk kita baca al-Quran. Apatah lagi bila kita dah lama tak sentuh al-Quran. Azam tahun ini kita luangkan masa untuk baca al-Quran sampai timbul rasa sayang dan terkilan bila sehari tak baca al-Quran.
Читать полностью…Maksiat mulut adalah maksiat terbesar yang paling diremehkan. Padahal Nabi memberi jaminan dan kepastian bahawa kebanyakan orang masuk neraka kerana banyaknya dosa mulut telah dilakukan. Kerana itu dalam perbahasan akhlak, ulama menulis sangat panjang tentang dosa-dosa mulut.
Читать полностью…Esok bermula kelas pertama Sirah. Ramai orang Islam tak pernah tahu kenapa penting dan perlu belajar sirah. InsyaAllah saya akan kongsikan 10 sebab kenapa wajib belajar sirah yang akan membuka dimensi baru sebagai seorang Muslim. Memahami Sirah adalah jalan untuk memahami Islam.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhOkoB9Y1n9PFMRaEOakeDTRsSYYKh9WqpK9W7hhFz5AFqHw/viewform
Nak rasa mind blowing tak?
Okay. Al-Quran ada 114 surah kan?
Cuba tolak dengan umur kalian sekarang (mengikut tahun) kemudian tambah dengan 10.
Dua nombor dibelakang itu adalah dua nombor terakhir tahun kelahiran kalian. 😉
Saya tahu ler ni magic 🪄 🤫
Ramai salah? Ehehehe ehehehe (gelak 80 an) 🤓
Читать полностью…Pagi-pagi dah asah otak. Kalau salah jangan frust memang expected muahahaha 😆😗
Читать полностью…Kutipan yang terkumpul setakat ini. Jauh lagi perjalanan kami. Boleh tak bantu sebar luaskan tentang projek pembinaan Masjid ni. 🥹🙏🏻
https://ladiis.org/sekolahcambodia/
Niat puasa disisi Mazhab Syafie 😇
https://www.instagram.com/p/C4X2sWOPjku/?igsh=MTc4MmM1YmI2Ng==
Syukur, masih diberi kesempatan bernafas hari ini. Masih punya pakaian dan masih mampu menikmati makanan. Besar apapun masalah dan ujian, sekecil-kecil nikmat kehidupan sebegini jangan dilupakan. Semoga urusan, rezeki dan jalan-jalan kebaikan diluaskan.
Читать полностью…Asal Usul Bangsa Umat Manusia 😇
https://www.instagram.com/reel/C3nVuc4PW75/?igsh=MzRlODBiNWFlZA==
Ali bin Abu Talib pernah ditanya tentang sifat dunia. Beliau menjawab:
حلالها حساب وحرامها النار
“Setiap yang halal pasti dihisab sedangkan yang haram pasti di neraka.”
Benda halal itu sendiri boleh jadi banyak yang buat kita ke neraka lepas dihisab teman-teman. Beringatlah.
Menurut Imam al-Auzaie, tanda tidak berkat ilmu agama yang dipelajari ialah dengan munculnya banyak dosa dan kesalahan dalam tutur katanya. Mereka inilah orang yang paling sedikit ilmunya. Belajar agama tapi mulut jahat, tanda ilmu tak berkat. [Jami’ al-Ulum al-Hikam 1/172]
Читать полностью…Kalau mahu berbicara dengan Allah dan mengadu keluh kesah kehidupanmu, banyakkanlah sujud. Kalau mahu Allah berbicara denganmu dan menjawab persoalan tentang kehidupan, banyakkanlah membaca al-Quran.
Orang yang sentiasa sujud dan melazimi al-Quran akan sentiasa diberi petunjuk.
Esok insyaAllah kelas sirah siri ke dua akan berlangsung. Saya akan ceritakan dari mana asal usul Nabi Muhammad bahkan jauh sebelum itu dari mana datangnya bangsa Arab ini & kenapa Makkah itu dipilih oleh Allah sebagai pusat bermulanya segala sejarah kita semua. Bagi yang berminat nak ikut serta, sila scroll poster kelas dan isi form penyertaan. Baru kelas kedua jadi masih tak banyak terlepas 😇
Читать полностью…Ramadan akan tiba lebih kurang dua bulan lagi. Bagi yang belum habis puasa ganti, boleh mula berpuasa. Bagi yang tidak tahu hukum-hakam puasa, boleh mula buat bacaan dan belajar. Sama-sama kita persiapkan diri menyambut ketibaan bulan paling mulia ini.
Читать полностью…Alhamdulillah selesai kelas Akhlak siri 1 malam semalam. Terima kasih semua yang join terutama teman-teman dari negara lain seperti Singapura dan Brunei. Jumpa kelas Sirah hari Jumaat insyaAllah!
Читать полностью…