ahmadharischannel | Unsorted

Telegram-канал ahmadharischannel - Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

2815

🇵🇸 Palestin 🇵🇸 🎶 Lagu Selawat 📌 Tips & Doa 💿 Video Ceramah & Motivasi 📖 lmu Tajwid ✊ Tazkirah Al-Qur'an & Hadis 🎙 Bacaan Al-Qur'an Qari Pilihan share ilmu, lagu, selawat & audio Qur'an Twitter/IG/Tiktok/Fb/Telegram @AhmadHaaris1435

Subscribe to a channel

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Video 🇵🇸 dengan ucapan salam daripada Abu Ubaidah.

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

(video) Di manakah umat Muhammad !?

Janganlah kita rasa puas dengan diri kita selagi saudara-saudara kita di Gaza masih bermandi darah dan menderita kebuluran.

Hasbunallahu wa nikmal wakiil. ☝️

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

KITA MASUK SYURGA MUNGKIN BUKAN KERANA IBADAH SEMATA-MATA

Menurut Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Allah menguji orang beriman dengan ujian yang sangat berat kerana Allah ingin berikan kedudukan istimewa kepada mereka di akhirat yang mana kedudukan itu tak mungkin mereka mampu capai dengan amal ibadah semata-mata. [Fath al-Bari 7/433]

Kredit : Ad-Dien Abdul Kadir

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

ADA 10 JENIS REZEKI
(Part 2)

🍃🍃🍃
8) Rezeki Digandakan Kerana Bersedekah

مَّن ذَا ٱلَّذِی یُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا فَیُضَـٰعِفَهُۥ لَهُۥۤ أَضۡعَافࣰا كَثِیرَةࣰۚ وَٱللَّهُ یَقۡبِضُ وَیَبۡصُۜطُ وَإِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ (٢٤٥)


“Siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah,  pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”
(Surah al-Baqarah:Ayat 245)

🍃🍃🍃
9) Rezeki Bertambah Kerana Menghubungkan Silaturrahim

Pesanan Rasulullah ﷺ dalam sabdanya yang bermaksud:  “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.”
(HR Bukhari dan Muslim)

🍃🍃🍃
10) Rezeki Yang Tidak Disangka Kerana Bertaqwa Kepada Allah

..وَمَن یَتَّقِ ٱللَّهَ یَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجࣰا (٢)
(وَیَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَیۡثُ لَا یَحۡتَسِبُۚ.. (٣)

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberikan rezeki kepadanya daripada jalan yang tidak disangka.”
(Surah At-Tholaq, ayat 2-3)

#sebarkan
#ilmurezeki

@AhmadHarisChannel 🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

*🤍፝͜♡Lagu Islami♡፝͜🤍*

🎧 Tajuk : Jamalul Wujudi

جمال الوجود بذكر اله
The beauty of existence is remembering Allah

Indahnya ekstensi hidup adalah denganmengingat Allah

وتصفو الحياة بنور هداه
Than life becomes pure with his guidance of light

Dan Hidup menjadi murni dalam naungan cahaya PentunjukNya

وتطرب نفسه له طاعة
And the soul becomes assured in His obedience

Dan jiwa senang dalam ketaatanNya

وتبلغ سعد إلى منتهاه
Then happiness reaches its utmost peak

Lalu Bahagia mencapai puncaknya

فؤاد شغوف إلى ربه
A heart full of passion for its Lord

Hati yang penuh kekhidmatan merindukan Tuhannya

أحب رضاه أحب لقاه
Which loves to satisfy Him and to meet Him

Yang merindukan ridhoNya dan perjumpaan denganNya

يضل يجيء إلى ربوة
Keeps returning to sublimity of prayer

Terus kembali ke sublimitas doa

قرار ويسمو وذا مبتغاه
For him it’s his home and all what he wants

Baginya itu rumahnya dan semua yang dia inginkan

فلا لهو يثنيه عن سيره
Not any amusement can divert him from his march

Tidak ada hiburan yang bisa mengalihkannya dari perjalanannya

ولا جمع مال تغشى هواه
Nor collecting wealth can blind his eyes

Atau mengumpulkan kekayaan yang bisa membutakan matanya

إذا ما ينادي منادي الفلاح
And when the caller calls towards success

Dan saat si pemanggil menyerukan kesuksesan

تراه لذاك يحث خطاه
You see him walk towards it, answeringthe call

Anda melihat dia segera berjalan ke arah itu, menjawab panggilan

يتمتم ربي ايا غافرا
Whispering “my Lord, o forgiver of sins

”Berbisik" Oh Tuhanku, sang pengampundosa

رجوتك عفوا ولا لي سواه
Your pardon is what I seek and nothing else

AmpunanMu adalah harapanku dan tidak ada yang lain

ودمع يسيل على مصحف
And tears that drip on Your book

Dan air mata penyesalan menetes membasahi mushaf

به يغسل الله سخما اتاه
By which Allah removes the sins

Dengannya Allah mencucui segala dosanya

فتلك سجايا لقلب سليم
That's how a sound heard should beat

Begitulah rintihan hati yang bersih

إلى الله دوما تدور رحاه
Towards Allah it always keeps returning

Hanya Allah lah tujuannya selalu

فيا سعد من كان ذا همة
How happy is he who has high aim

Betapa bahagianya orang memiliki tujuan tinggi

إلى جنة في اعالي سماه
To paradise in the highest of heavens

Menuju surga di tingkatan tertinggi


t.me/ahmadharischannel 🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

BAHAYANYA KATA-KATA

Apa yang keluar dari mulut seseorang sangat menggambarkan tahap imannya. Nabi ﷺ bersabda :

ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذيء

“Bukanlah seorang Mukmin, orang yang suka membuka aib, melaknat, cakap lucah dan bercakap hal-hal menyakitkan hati orang.” [Riwayat al-Tirmizi]


Kata sahabat Nabi ﷺ, Ibnu Umar r.a :

من كثر كلامه كثر سقطه، ومن كثر سقطه كثرت ذنوبه، ومن كثرت ذنوبه كانت النار أولى به

Siapa yang banyak bercakap, banyaklah salahnya. Siapa yang banyak salah, banyaklah dosanya. Siapa yang banyak dosanya maka nerakalah selayaknya untuknya.

Semoga Allah pelihara kita semua dari segala dosa terutamanya lidah. Amiin. 🤲

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

TERUSKAN DOA QUNUT NAZILAH !
7/10/23 - 10/1/24
DUNIA TERUS DIAM!

GAZA
🚨23,357 org dibunuh termasuk 9600 org kanak-kanak
🚨59,410 org cedera termasuk 8663 org kanak-kanak
🚨Lebih 8000 org tidak ditemui

TEBING BARAT
🚨340 org dibunuh termasuk 84 org kanak-kanak
🚨3949 org cedera

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Video ALL ABOUT OIL, NOT HAMAS

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Dilihat dalam video seekor kucing memakan cebisan daging manusia!

Tentera Israhell melakukan kekejaman yang tak pernah berlaku sebelum ini, menanam puluhan pesakit hidup-hidup di halaman Hospital Kamal Idwan sebelum menghancurkan mereka dengan jentolak!!!

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

(Gambar) Saudara kita yang syahid dikebumikan di jalanan dan di hadapan pintu kedai di utara #Gaza. Pengganas IDF melakukan pembunuhan beramai-ramai sejak beberapa hari lalu.

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil ☝️
#IsraelTerorrist

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

VIDEO Gaza sebelum & selepas serangan Israhell 💔

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Rakaman audio seorang Doktor di Gaza yang telah syahid.

Sebarkan video ini 😭😭

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

AKAN SENTIASA ADA PEJUANG MEMPERTAHANKAN BAITULMAQDIS

Daripada Abu Umamah RA, bersabda Rasulullah ﷺ :

لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم إلا ما أصابهم من لأواء، حتى يأتيهم أمر الله. وهم كذلك، قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس.

“Sentiasa berada dalam kalangan umatku dari kalangan yang menyerlahkan diri mereka secara terbuka dan nyata, menegakkan kebenaran, menghadapi musuh dengan gagah perkasa, tidak boleh dimudaratkan (dihentikan) oleh orang-orang yang mengecewakan mereka, sehinggalah datangnya perintah Allah (memenangkan mereka) dalam keadaan mereka terus meneruskan perjuangannya”.

Lalu para sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah dan di mana mereka berada?” Sabdanya: “Di Baitulmaqdis dan sekitar Baitulmaqdis”.

Hadis Riwayat AHMAD
Al-Haithami memberi komentar, perawi-perawi hadis(rijalnya) adalah dipercayai(siqah).

Kredit : Hadis Palestin

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Video ALL ABOUT OIL, NOT HAMAS

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

🚨VIDEO TERKINI🚨

MAYAT BAYI YANG REPUT DITEMUI SEMASA GENCATAN SENJATA INI.
😭😭😭😭

Beberapa hari lalu, tentera Israhell enggan melepaskan bayi-bayi itu memaksa ibubapa meninggalkan bayi pramatang mereka di Unit Rawatan Rapi Hospital Al Nasr.

Kredit : Telegram Hadis Palestin

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Teringin nak tadarus bulan Ramadhan ni tapi malu nak ikut tadarus di surau/masjid/office.. 🤭

Kalau mengaji sendiri susah nak habiskan sejuzuk dalam sehari.. Lepastu berhenti tengah jalan 😓

Nak group tadarus yang dipimpin ustaz/ustazah boleh semak bacaan kita. Bukan kejar nak khatam cepat je tapi banyak salah bacaan.

Jom kami bantu anda khatam Ramadan ini!

Posting rasmi di FB https://www.facebook.com/share/p/6svekUQMw9LJWuRV/?mibextid=oFDknk

🛎️PENDAFTARAN GROUP TADARUS ONLINE KINI DIBUKA

✨Tadarus Sehari 1 juzuk✨

JOM BUAT AMAL YANG TERBAIK RAMADHAN 1445H INI 🌙

TEKAN LINK DAFTAR👇
https://www.wasap.my/60189190080/TadarusRamadhan

#Sebarkan
#Ramadhan #Ramadhan
#tadarus #quran
#mengaji #khatam

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Zikir yang banyak disebut oleh saudara-saudara kita di Palestin ketika ini. 😭😭😭

@AhmadHarisChannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Kita Tak Perlu Tahu Semua Perkara

Bila kita buka je media sosial, macam-macam berita dan cerita yang kita akan baca.

Ada berita tentang apa yang berlaku di dunia. Ada cerita tentang pergaduhan orang di media sosial.

Setiap masa dan setiap saat di media sosial, kita akan disuapkan dengan pelbagai info dan berita.

Rasa ingin tahu kita jadi membuak-buak. 

Persoalan pun semakin bertambah. 

Perlahan-lahan semua ini menarik kita semua masuk ke dalam jurang yang dalam.

Akhirnya banyak masa dan tenaga kita habiskan untuk ambil tahu semua perkara.

Kisah Ashabul Kahfi mengajarkan kita cara untuk hadapi lambakan persoalan dan maklumat.

Seperti mana yang kita tahu, Ashabul Kahfi telah tidur di gua selama 309 tahun dan akhirnya dibangkitkan semula.

Bayangkan mereka ‘terlepas cerita’ selama beratus tahun. Mesti banyak benda nak kena catch up kan?

Salah seorang daripada mereka bertanya, berapa lamakah mereka tidur:

 قَالَ قَآئِلٌۭ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ

“Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?"

Salah seorang daripada mereka jawab:

قَالُوا۟ لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍۢ

“Sebahagian daripada mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”.”

Namun persoalan tersebut segera ditutup oleh sebahagian daripada mereka:

 قَالُوا۟ رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَٱبْعَثُوٓا۟ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَـٰذِهِۦٓ إِلَى ٱلْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَآ أَزْكَىٰ طَعَامًۭا

“Sebahagian daripada mereka berkata: "Tuhan kamu lebih tahu tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang daripada kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ) …” (al-Kahfi: 19)

Rantaian persoalan yang boleh timbul telah dihentikan. Fokuslah kepada perkara terpenting.

Jadi kita kena hentikan rantaian persoalan yang akan membawa kita membaca satu post ke post yang lain, dari satu tweet ke tweet yang lain.

Bertanya tak salah dan ambil tahu juga tak salah.

Namun jangan sampai waktu kita dihabiskan dengan mencari jawapan semata-mata.

Ashabul Kahfi sedar yang berapa lama mereka tidur tak sepenting mencari makanan.

Perkara yang paling penting dan utama pada waktu itu ialah mengisi perut mereka dan bukan mencari jawapan tentang berapa lama mereka tidur.

Jadi kisah ini ajar kita untuk uruskan prioriti dalam mengambil tahu.

Apa yang terpenting yang perlu kita ambil tahu sekarang?

Pada saat ini apa yang paling utama? 

Adakah gosip-gosip dan pergaduhan di media sosial?

Atau ada perkara yang lebih menuntut masa dan tenaga kita?

Kita semua tahu apa yang lebih utama yang kita perlu lakukan setiap hari.

Jadi pada hari Isnin ini, pada permulaan minggu ini, mari kita susun prioriti kita. 

Senaraikan apa yang terpenting yang kita perlu lakukan dan selesaikan.

Hati-hati dengan doomscrolling di media sosial yang akan membakar waktu kita.

Tak apa jika rasa tak selesa kalau terlepas apa-apa yang berlaku di media sosial. 

Tak apa jika tak tahu apa yang orang lain tengah bergaduh di media sosial.

Tak apa jika kawan-kawan atau officemate kita tanya, “Kau baca tak tweet dia semalam? Panas weh!” tapi kita tak tahu.

Sebab kita sedar yang perhatian kita terhad. 

Maka kita berikan perhatian kepada hal yang terpenting dalam hidup kita. 

Boleh ya jadi tak peduli sedikit? 

Kredit : Fakhri Fadzli

____

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

ADA 10 JENIS REZEKI
(Part 1)

1) Rezeki Yang Telah Ditetapkan Allah

Jika Allah dah tetapkan rezeki kepada seseorang, Allah akan pasti berikan walau diluar logik aqal manusia dan seluruh dunia takkan mampu menghalangnya.

Ingat tak hadis Nabi ﷺ pasal
4 perkara yang telah ditetapkan semasa manusia di dalam kandungan lagi?

Terjemahan hadis ;
"Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia."
(HR Muslim)

🍃🍃🍃
2) Rezeki Yang Diberikan Allah Tidak Dikira Kepada Siapa Pun Yang DikehendakiNya

Allah bersifat Ar-Rozzaq( الرزاق ) iaitu Maha Pemberi Rezeki, Dia memberikan rezeki kepada siapa pun yang Dia kehendaki tanpa mengira samada dia muslim atau non-muslim.

Betapa Maha Pemurahnya Allah..

زُیِّنَ لِلَّذِینَ كَفَرُوا۟ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا وَیَسۡخَرُونَ مِنَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۘ وَٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ فَوۡقَهُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ وَٱللَّهُ یَرۡزُقُ مَن یَشَاۤءُ بِغَیۡرِ حِسَابࣲ

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.
[Surah Al-Baqarah : Ayat 212]

🍃🍃🍃
3) Rezeki Kerana Usaha

وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ (٣٩)

“Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah  diusahakannya.”

[Surah An Najm: Ayat 39]

🍃🍃🍃
4) Rezeki Kerana Berkahwin

وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ (٣٢)

“Dan nikahkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, orang-orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.  Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya.  (Surah An Nur: Ayat 32)

🍃🍃🍃
5) Rezeki Kerana Anak

وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَـٰدَكُمۡ خَشۡيَةَ إِمۡلَـٰقٍ۬‌ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُهُمۡ وَإِيَّاكُمۡ‌ۚ إِنَّ قَتۡلَهُمۡ ڪَانَ خِطۡـًٔ۬ا كَبِيرً۬ا (٣١)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu kesalahan besar.”
[Surah Al-Isra': Ayat 31]

🍃🍃🍃
6) Rezeki Kerana Istighfar

فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا (١٠)
يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا (١١)
وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٲلٍ۬ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡہَـٰرً۬ا (١٢)


"Aku berkata (kepada mereka): Mohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun" (10)
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu"(11)
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)."(12)

[Surah Nuh: Ayat 10,11,12]

🍃🍃🍃
7) Rezeki Ditambah Kerana Bersyukur

وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ  لَاَزِيْدَنَّـكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"."
(QS. Ibrahim: Ayat 7)

@AhmadHarisChannel 🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

100 hari mereka bertarung nyawa mempertahan kiblat pertama

100 hari mereka mengangkat senjata mempertahan aqidah dan iman dalam jiwa

100 hari mereka sentiasa berjaga-jaga mempertahan kedaulatan agama

100 hari hidup mereka tidak hanya memikirkan diri sendiri, malah tetap teguh pertahan walau ramai yang sudah tidak peduli

Moga kita, yang sedang tenang-tenang disini,

Tak pernah lupa menghantar doa kudus sebagai senjata buat mereka

Tak pernah lupa menghantar bantuan harta walau hanya sedikit cuma

Tak pernah lupa mengingatkan sesama kita tentang penderitaan mereka

Tak pernah lupa memboikot setiap lorong yang menyokong zi.o.nist durjana

Moga satu masa nanti, kita mampu sama-sama bersujud di Baitul Maqdis yang kita rindui

Moga satu masa nanti, nama kita tercatat sama sebagai pembebas Fa lis teen di sisi Rabbi

Moga di akhirat nanti, secebis usaha ini menjadi saksi kecintaan kita kepada Baginda Nabi SAW

Moga di akhirat nanti, kita mampu sama-sama berpimpin tangan menjejak syurga firdausi

Teman, jangan sesekali lupakan mereka. Kerana kita semua bersaudara.

Di bawah lembayung aqidah yang sama

Menggenggam cita-cita meraih Syurga 🌹

Kredit : Illeya Ibrahim

#TaufanAlAqsa

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Esok Sabtu 13 Januari 2024 pukul 12 tengahari -3 ptg didepan Kedutaan Amerika

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

SURAT SEORANG RAKYAT GAZA UNTUK PEJUANG PALESTIN

Satu surat di Gaza tular ketika ini mengenai luahan seorang rakyat Gaza yang kehilangan tempat tinggal kerana berpindah akibat perang ini kepada anggota anggota Pejuang Palestin. Surat itu ditampalkan di pintu rumahnya

Suratnya berbunyi berikut

Wahai Yang Tersayang. Lelaki Pejuang Allah

Kami meninggalkan rumah kami dengan mengetahui bahawa kami akan selamat selagi mana kalian ada. Terima kasih untuk kalian. Kami akan pulang nanti

Almari coklat di dapur itu. Kami isikan makanan bertin untuk kamu. Semoga mendapat seribu kesihatan dan kegembiraan untuk hati kamu

Di ruang tamu itu terdapat sofa yang berwarna coklat dan beige di sudutnya. Di bawah sofa itu ada kunci untuk masuk ke bilik tidur. Bukalah bilik itu dan kamu akan menemui duit di atas katil. Jika kamu mahu membelanjakannya. Ambillah dan lakukannya dengan kegembiraan

Jika rumah saya ini dimusnahkan. Ia hanyalah pengorbanan kecil. Kerana tapak kasut kamu lebih berharga dari rumah saya itu. Tetapi saya hanya ada satu permintaan. Tolong jaga diri kamu semua dan kekal selamat

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Video Sejarah Bermulanya Israhell. Video ini telah dipadam di YouTube.

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

🔺Angka korban Taufan al-Aqsa setakat ini:

▪️Gaza
▫️Meninggal: 18,205
▫️Cedera: 49,645

▪️Tebing Barat
▫️Meninggal: 278
▫️Cedera: Lebih 3,365

▪️Israel
▫️Terbunuh: 1,147
▫️Cedera: 8,730

Sumber: Al Jazeera
Kredit: Cinta Gaza Malaysia

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

(VIDEO) Kanak-kanak Palestin diselamatkan dari timbunan runtuhan bangunan selepas diserang bom Israhell di Shejaeya, Gaza.

Bayangkan keadaan ribuan lagi mangsa yang tidak dapat diselamatkan terperangkap di bawah runtuhan 😭😭😭

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil ☝️

#IsraelTerorrist

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

🚨VIDEO🚨

Banyak perkara yang Israhell cuba rahsiakan. Terutama daripada segi kemusnahan dan jumlah askar mereka yang mampus di medan perang.

#IsraelTerorrist #PalestineGenocide

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳️

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Bila melihat 2 tweet di atas pasti anda akan teringat semula orangnya. Beliaulah Dr Refaat dari #Gaza yang telah syahid 2 hari lepas disebabkan pengeboman Israhell laknatullah.

Tweet yg saya sertakan link ini adalah pin tweet beliau. Itu adalah pesanan yang menyayat hati dari insan hebat.

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

https://twitter.com/itranslate123/status/1719701312990830934?s=19

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

🚨TERKINI🚨

Seorang pegawai Tentera Israhell mampus hari ini, menjadikan jumlah askar dan pegawai mampus sejak permulaan serangan darat kepada 90 ekor.

Video animasi tersebut menggambarkan situasi tentera Israhell di #Gaza ketika ini.

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

Video sejarah munculnya negara haram Israhell dan kesannya kepada umat Islam di Palestin.

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…

Ahʍɑժ Hɑɾís Offícíɑl 🇵🇸

🚨 VIDEO MENGGEMPARKAN ! 🚨

(Video) Tahanan Palestin menjalani hukuman penuh walaupun mereka sudah mati.

Terdapat 142 rakyat Palestin yang mati dalam tahanan (kebanyakannya kanak-kanak) disimpan di dalam peti sejuk. 😭😭😭

t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🏴🏳

Читать полностью…
Subscribe to a channel