🇵🇸 Palestin 🇵🇸 🎶 Lagu Selawat 📌 Tips & Doa 💿 Video Ceramah & Motivasi 📖 lmu Tajwid ✊ Tazkirah Al-Qur'an & Hadis 🎙 Bacaan Al-Qur'an Qari Pilihan share ilmu, lagu, selawat & audio Qur'an Twitter/IG/Tiktok/Fb/Telegram @AhmadHaaris1435
Hijrah-lah kerana Allah semata-mata, bukan kerana manusia. ~ Ustaz Wadi Anuar
Jika hijrah kerana manusia pasti takkan kekal.
#sebarkan
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
"Allah TIDAK membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah : Ayat terakhir no.286
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Inilah orang hebat yang berjasa kepada semua orang di dunia yang berhaji dan umrah, agar telapak kakinya tidak kepanasan.
Allahu Akbar!
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Khutbah yang paling pendek di dunia dengan mesej yang jelas!
30 saat sahaja!
Jika 35,000 rakyat Gaza yang gugur dan 75,000 yang cedera bersama 2 Juta rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal tidak mampu membangunkan ummah,
Maka apa guna lagi kata kata saya?
Rapatkan saf dan tunaikan solat!
Sebarkan video ini supaya umat Islam seluruhnya sedar sekarang bukan masanya untuk berbalah isu lain kecuali isu nyawa saudara-saudaranya di Palestin!!!
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
#blockout
Israel memanfaatkan lobinya, terutamanya di AS dan Eropah, untuk terlibat dalam pemerasan dan hasutan terhadap selebriti dan syarikat yang berani mengkritiknya.
Taktik yang sama ini digunakan terhadap pelajar dan ahli akademik di kampus AS yang bersuara menentang entiti Zionis atau dasar diskriminasinya terhadap Palestin, akhirnya menjejaskan masa depan mereka.
Sebagai tindak balas, rakyat Palestin, bersama-sama dengan ramai aktivis, telah memulakan kempen sekatan besar-besaran terhadap selebriti yang mengelak daripada menggunakan suara dan platform mereka untuk menjelaskan pelbagai isu global, termasuk pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.
Kredit : stand4muslim
SUNGAI FURAT SUDAH BANYAK MENGERING. PETANDA KIAMAT SUDAH SANGAT JELAS!
Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud: "Tidak terjadi Hari Kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata 'mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu."
(Hadis Riwayat Muslim, No 5152)
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Maafkan itu sangat perlu, walaupun hubungan takkan sama macam dulu.
Baginda Nabi ﷺ sendiri memaafkan pembunuh bapa saudaranya (Hamzah Bin Abdul Muthalib) tapi taknak melihat mukanya lagi walaupun selepas dia masuk Islam.
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Saya beraya di Ipoh , Perak , Malaysia. Sahabat semua beraya di mana? 😊
Читать полностью…Doa Birrul Walidain yg berusia lebih 800 tahun ini disusun oleh ulama' dari Yaman iaitu Syekh Muhammad Bin Ahmad Bin Abil Hib Al-Hadrami At-Tarimi.
https://youtu.be/1tAq5Lz1jAo?si=DkLVdgDbsL2U8i52
Ulama' Tarim menggalakkan amal doa ini setiap hari sekali, atau sebulan sekali, atau setiap kali khatam Al-Quran.
Semoga Allah terima segala amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini, diampunkan segala dosa kita dan juga dosa kedua ibubapa kita. Amiin. 🤲
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Tarannum tak salah. Yang salah bila tarannum melampau seperti yang dibuat oleh individu dalam video ni.
Kenapa tarannumnya melampau?
Hukum tarannum Al-Quran adalah harus bahkan sunat sekiranya bertujuan memperelokkan tilawah Al-Quran serta menurut hukum hakam tajwid yang tepat. Ini adalah berdasarkan hadith-hadith yang
sahih.
Ghuluw atau melampau di dalam tarannum sehingga merosakkan tajwid, menyembunyikan makhraj, memendekkan atau terlampau memanjangkan mad dan
seumpamanya adalah disepakati pengharamannya.
Wallahu a'lam.
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Penjenayah(crooks) yg pertama adalah zionis yahudi laknatullah.
Penjenayah kedua adalah amerika dn negara2 barat yg membantu zionis yahudi laknatullah.
Siapakh penjenayah yg ketiga ini?????
Jawapannya sangat menyedihkan dan memalukan…
Penjenayah yg ketiga inilah penjenayah yg tidak takut kpd Allah tetapi takut kepada musuh Allah, iaitu pemimpin2 Arab dan muslimin yg berada di sekeliling saudara Islam mereka yg sdg dibunuh kejam (di Gaza) sedangkan mereka “menonton”…seolah2 menonton filem peperangan.
Mereka sibuk mengira bilangan yg cedera dan terbunuh, tapi tentera2 muslimin ‘disimpan’…mereka hanya dilepaskan bila berlaku bencana alam spt banjir,bangunan runtuh dsbnya…sedih…sangat menyedihkan … 😔😔😔
#copypaste
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiin3 ya rabbal'aalamiinn
#copypaste
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Teruslah bersangka baik dengan Allah. Hati akan menjadi tenang.
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Ramadan tahun ini berlainan dengan tahun sebelum ini. Dia datang membawa peringatan:
"Sesungguhnya kau punyai saudara yang sudah berpuasa sejak selama 5 bulan dan tidak pernah sekali pon iftar...".
Ramadan al-Mubarak
Semoga kemenangan buat Gaza.
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Jom amalkan doa menyambut Ramadhan ini.
t.me/ahmadharischannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Sudah 9 bulan berlalu,
Telah dibunuh kejam puluhan ribu,
Kebuluran sehingga maut,
Nenek tua dibiarkan diserang anjing tanpa dibantu!
Di kala umat Islam menunaikan ibadah Haji dalam bersatu,
Rupanya itu cuma luaran saja tak lebih dari zahir yang itu,
Dalam hati pemimpin Arab masih memikirkan dunia sebagai hala tuju,
Tentera-tentera umat Islam (khususnya Arab) tak berganjak sedikit pun walau melepaskan sebutir peluru!
Baginda Nabi SAW telah mengatakan 1400 tahun lalu,
"Umatku ramai tapi bagaikan buih dan menjadi hidangan musuh dari segenap penjuru."
Ya Allah, hindarkan kami dari penyakit wahan. Iaitu cintakan dunia dan bencikan maut. 🤲
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Deep di Aidil 'Adha..
"Bang, cuci cermin?" Ujar pam attendan Petronas pada aku.
"Oh ok."
"Nama siapa?" Tanyaku.
"Ibrahim."
"Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim."
Dia senyum.
"Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim."
"Abang ada korban ini tahun?"
"Ada."
"Abang bagus."
"Kamu?" Tanyaku.
"Ada bang. Tiap tiap tahun."
"Wahhh ... hebat. Banyak duit kamu?"
"Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap tiap bulan."
"Alhamdulillah."
"Saya sayang nabi. Sebab nabi bagi saya agama."
Terkedu. Aku diam. Insaf.
Aku tenung wajahnya dalam dalam, saat dia menghabiskan mencuci cermin keretaku.Terlihat aku kejernihan. Kesungguhan dan kesolehan yang lekat diwajah nya.
Seorang yang bergaji rm900 mencintai nabinya! Kita?
Aku letak pam. Hulur rm5.
Terima kasih. Kerana cuci cermin saya dan cuci hati saya.
Dalam kereta, tak sedar aku titiskan jua airmata lelaki ku yang jauh tersembunyi dalam kolam ruh nya yang hampir kering.
😭😭
Malu ke diri sendiri. Kereta ada 2 biji, moto ada sebiji. Roadtax boleh hidup tiap2 tahun.
Korban? Tak cukup duit..Allahu..
(video) Soalan : Bilakah umat Islam akan menang di Palestin?
Jawapan oleh Habib Abu Bakar Bin Ali Al-Masyhur
🇵🇸🏳🏴🇵🇸🏳🏴🇵🇸🏳🏴
@AhmadHarisChannel
KENAPA TOLAK BOIKOT(BDS)?
ZRA menjawab dgn hujah yg kuat. Jemput ikuti 1jam sahaja.
https://youtu.be/3XO8g1q0Gx8?si=izbf3BcBayviCybt
(video) Kita perlu tahu maksud ayat Al-Qur'an yang dibaca, barulah teguran/sindiran Allah terasa di hati.
Siapa tahu ayat apa dan surah apa yg dibaca dalam video ni?
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Salam Syawal dan Salam Jumaat
Maaf mesej di bahagian komen dan group disekat bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menghantar mesej atau link yang tak elok.
Admin akan buka komen/mesej ketika perlu dan diumumkan waktu tersebut sahaja.
Harap maklum.
Terima kasih.
Siapa yang haram bersalam bagi perempuan dan lelaki?
Sebarkan ok ramai yg tak tahu ni.
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Salam Syawal 1445H
تَقَبَّلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima segala amal kita
کُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
Semoga kebaikan meliputi kalian sepanjang tahun
Semoga hidup kita diberkati & berterusan melakukan amal soleh sehingga bertemu Ramadan tahun hadapan.
Amiin ya robbal 'alamiin.. 🤲
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Jika tak bagi masa, kau pasti akan kehilangannya!
Siapa yang tak bagi masa pada anak dia, maka anak dia akan hilang dari dia.
Suami yang tak bagi masa pada isteri dia, maka isteri akan hilang dari suami dia.
Isteri yang tak bagi masa pada suami dia, maka suami akan hilang dari isteri dia.
Orang yang tak bagi masa pada agama, maka agama akan hilang dari orang itu.
Orang yang tak bagi masa pada Al Quran, maka Al Quran akan hilang dari orang itu.
Demi masa, semua manusia dalam kerugian.
Kredit : HAMKA (kereta mayat)
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
RAMAI SALAH BACA SURAH AL-FATIHAH TAPI TAK SEDAR!
Ramadhan terus berlalu, rugi & sedihnya kalau masih belum pandai baca Quran.
Jom sertai KELAS TAJWID KHAS RAMADHAN (KTKR) 2.0.
https://tinyurl.com/5n6nxxtk
Dalam KTKR 2.0 kali ini akan dikongsikan :
✅ *Cara mudah fahami ilmu Tajwid tanpa menghafal.* 💯 terbukti berkesan dengan izin Allah. Alhamdulillah.
✅ *Pendedahan 10 huruf yg kerap dibaca salah dalam surah Al-Fatihah,* berlaku dalam masyarakat kita!
✅ *Cara mudah baca Al-Quran dengan betul walaupun tak hafal semua hukum tajwid.*
✅ *Cara mudah faham makhraj & sifat huruf terutamanya huruf ض.*
✅ *Teori & praktikal Tajwid dalam masa yang sama insya Allah lebih jelas.*
DAFTAR SEKARANG TERHAD 100 ORANG TERAWAL SAHAJA!
👇👇
http://www.wasap.my/60189190080/KTKR2
#SEBARKAN
BILA LUPA TAHIYYAT AWAL NAK BUAT MACAM MANA?
Sebarkan video ini semoga lebih ramai tahu.
Terus subscribe Ahmad Haris Channel ya. Admin akan terus upload content bermanfaat untuk semua walaupun tak sekerap dulu. 😅
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya 'alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…
Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…
Ya Allah Ya Malikal Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Doa Yang Diajarkan Rasulullah ﷺ menjelang Ramadhan. Sebarkan.
@AhmadHarisChannel 🇵🇸🇵🇸🇵🇸
Aksi-aksi dalam video ini bukan buatan A.I
Читать полностью…