🇵🇸 Palestin 🇵🇸 🎶 Lagu Selawat 📌 Tips & Doa 💿 Video Ceramah & Motivasi 📖 lmu Tajwid ✊ Tazkirah Al-Qur'an & Hadis 🎙 Bacaan Al-Qur'an Qari Pilihan share ilmu, lagu, selawat & audio Qur'an Twitter/IG/Tiktok/Fb/Telegram @AhmadHaaris1435
🛑TERKINI | Briged Al-Qassam memusnahkan tiga kenderaan dan sebuah jentolak milik rejim Israel di pinggir Kem al-Shati menggunakan peluru al-Yassin 105.
Sumber: Shehab Agency
Layari https://emergency4gaza.com/ segera untuk menyumbang.
#IsraelCuak #TaufanAlAqsa
🛑TERKINI | Serangan ganas rejim Israel ke atas kawasan-kawasan di Semenanjung Gaza.
Sumber: Al Jazeera
Layari https://emergency4gaza.com/ segera untuk menyumbang.
#IsraelCuak #TaufanAlAqsa
Rejim Israel melancarkan operasi penahanan secara besar-besaran di bandar Barta'a yang terletak di barat daya Jenin, Tebing Barat.
Sumber: Quds News Network
Layari https://emergency4gaza.com/ segera untuk menyumbang.
#IsraelCuak #TaufanAlAqsa
🛑TERKINI | Pesawat tempur rejim Israel menyasarkan pintu pagar Hospital Kanak-Kanak al-Nasr di Gaza.
Sumber: Shehab Agency
Layari https://emergency4gaza.com/ segera untuk menyumbang.
#IsraelCuak #TaufanAlAqsa
Bangun sayang, makanan sudah sampai.. 😭😭😭
#Gaza_Genocide #IsraeliNewNazism #IsraelTerorrist
t.me/ahmadharischannel 🇵🇸
🛑 TERKINI | Pesawat tempur rejim Zionis Israel memusnahkan Masjid Khaled bin Al-Walid di kawasan al-Ma'sakar yang berada di barat Khan Yunis.
Sumber: Shehab Agency
#IsraelCuak #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Pesawat tempur rejim Israel menyasarkan serangan ke atas Masjid al-Sahwah yang berada di kawasan al-Satar al-Gharbi, utara Khan Yunis.
Sumber: Quds News Network
#IsraelCuak #TaufanalAqsa
KEMASKINI
WASIAT SEORANG KANAK KANAK GAZA AMIRA SHELDAN BERUSIA 11 TAHUN
TERJEMAHAN PENUH
Nama saya Amira Sheldan, Berusia 11 Tahun dan saya berharap akan mati syahid. Jika saya syahid. Tolong jual rantai leher saya dan subang saya kemudian gunakan duit itu untuk sedekah kepada anak yatim dan kanak kanak yang memerlukan. Tolong ambil segala pakaian yang saya ada dan berikan kepada mereka. Kemudian, bina perigi air untuk mereka yang dahagakan air. Tolong doakan kebaikan dan rahmat kepada saya. Jika Karim syahid. Saya nak dia ada di samping saya kerana saya sayangkan dia sangat sangat.
YANG IKHLAS
AMIRA TALIB SHELDAN
Sumber : X Irfan MF
t.me/ahmadharischannel 🇵🇸
Media barat tak akan berkongsi video ini jadi ia tugas kita mengongsikannya.
Pejuang menyelamatkan seorang perempuan dan kanak-kanak Israel yang ditawan.
“Lindungi. Lindungi. Dia ada bayi. Jangan risau. Tiada yang akan cederakan kamu.”
Allahuakbar. Begitulah sifat yang Nabi Muhammad SAW sendiri ajar kepada umat Islam!
Sumber: Awan Wafdan
Pemimpin negara-negara Arab hanya lelaki pada nama!
Читать полностью…TERKINI
Laman web Ibrani Saluran 7: Terdapat kira-kira 100 tahanan Israel di Gaza, termasuk penduduk haram Israel, tentera dan pegawai.
Sumber: Shehab News
Hari ini, pejuang kemerdekaan Palestin menunjukkan sifat kemanusiaan mereka dalam layanan mereka terhadap penduduk haram Israel yang ditawan, berbanding dengan tindakan kejam tentera rejim zionis terhadap wanita dan kanak-kanak Palestin.
“Kami tidak akan menyakiti anak-anak anda.”
MasyaAllah susah untuk seorang manusia yang sentiasa diserang setiap hari untuk ada sifat humanity dan empathy yang sangat tinggi macam ni 😭
Sumber: QNN
TERKINI
Di saat azan Subuh sedang berkumandang di Malaysia, dapat berita Gaza dibedil dengan teruk sekarang ni. Banyakkan berdoa untuk penduduk Gaza!
Allahuakbar 😭🤲🏻
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1445H.
Semoga bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan diterima baginda sebagai umatnya. 🤍
@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Hati-hati semua, scammer berleluasa di Telegram!
Tonton video ini.
Admin sendiri sudah banyak kali ditarik masuk group² scam macam tu. Kita leftgroup dan block acc yg add kita tu okey.
@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Briged Al-Quds mengebom bandar Ashdod yang dijajah dengan serangan peluru berpandu.
Sumber: Shehab Agency
Layari https://emergency4gaza.com/ segera untuk menyumbang.
#IsraelCuak #TaufanAlAqsa
🛑TERKINI | Pejabat Media Kerajaan di Gaza: Seorang kanak-kanak terbunuh di Semenanjung Gaza setiap 10 minit.
Sumber: Al Jazeera
Layari https://emergency4gaza.com/ segera untuk menyumbang.
#IsraelCuak #TaufanAlAqsa
🛑TERKINI | Seorang syahid selepas pesawat tempur rejim Israel menyasarkan sekumpulan penduduk di kawasan al-Baraka di Deir al-Balah.
Sumber: Shehab Agency
Layari https://emergency4gaza.com/ segera untuk menyumbang.
#IsraelCuak #TaufanAlAqsa
RANGKUMAN #TAUFANALAQSA 2023
9 November 2023, 9 pagi - 1 petang
🚨 Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Timur, Barbara Leaf percaya Palestinian Authority (PA) boleh mentadbir Gaza pasca perang.
🔺Alasannya, PA memerintah di Tebing Barat.
🔺Bagaimanapun, penduduk Palestin di Sempadan Gaza menentang pemerintahan PA, mereka lebih menyokong HAMAS.
Aplikasi X: https://x.com/cintagaza_my/status/1722490283185799338?s=61&t=YRx6sKUwD6NWUkWvaJdc-A
#IsraelCuak #TaufanAlAqsa
Kerajaan Arab Saudi melarang keras jemaah umrah memakai atau menunjukkan solidariti berkaitan P4l3stin.
Menerusi perkongsian seorang rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi, terdapat jemaah yang ditahan susulan kesalahan itu sekali gus menasihati jemaah umrah Malaysia supaya berhati-hati.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, larangan itu dibuat atas peraturan dan kehendak daripada kerajaan Arab Saudi.
Pada 31 Julai 1987, jemaah dari Iran mengadakan demonstrasi ketika musim haji.
Pihak berkuasa Arab Saudi cuba meleraikan keadaan yang berakhir dengan 400 jemaah meninggal dunia.
Ikuti akaun baharu Tiktok Buletin Pertiwi untuk berita dan info terkini di pautan berikut:
buletinpertiwi?_t=8h0tc8ynJQo&_r=1" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@buletinpertiwi?_t=8h0tc8ynJQo&_r=1
#TvPertiwi #P4lestin #Isr4elCuak #TaufanAlAqs4
🔺Semua jalan ke Hospital al-Quds ditutup
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, serangan pengeboman rejim Israel telah berterusan sejak malam tadi di sekitar Hospital al-Quds dari sebelah barat.
“Semua jalan ke hospital telah ditutup. Pasukan perubatan tidak dapat meninggalkan hospital untuk keluar mendapatkan mereka yang cedera,” menurut ciapannya di X.
Sumber: Al Jazeera
#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Video I Tentera rejim Zionis Israel menyasarkan serangan ke arah trak bantuan yang membawa bekalan air kepada penduduk Gaza.
Sumber: Quds News Network
#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Briged Al-Qassam berkata mereka telah memusnahkan lebih 100 kenderaan perang Israel dalam tempoh 32 hari lalu.
Menurut Defense News, Merkava berharga kira-kira $3.5 juta. Sementara itu, roket anti-kereta kebal Al-Qassam "Al Yaseen" berharga antara $500-2000, menurut Al Jazeera.
t.me/ahmadharischannel 🇵🇸
Hari ini gambar-gambar ini dijana AI. Esok lusa ia mungkin menjadi realiti. Tiada yang susah untuk Allah, kan?
Kredit Nadir Al-Nuri
RINGKASAN
Sekurang-kurangnya seramai 232 rakyat Palestin telah dibuuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. Sekurang-kurangnya 250 warga Israel telah terbunuh.
Menurut sayap tentera Hamas, mereka telah menawan "berkali ganda lebih besar" daripada berpuluh-puluh orang Israel.
Serangan ini adalah tindak balas terhadap pencemaran Masjid Al-Aqsa dan peningkatan keganasan penduduk haram Yahudi Israel.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah memberitahu penduduk Gaza untuk "pergi sekarang" dan mengatakan tentera rejim zionis akan menghancurkan tempat persembunyian tentera Hamas.
Sumber: Al Jazeera
Adegan menyayat hati di bandar Rafah di mana pesawat pejuang tentera rejim zionis menyasarkan sebuah rumah dan membunuh sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Allahuakbar 😭
Sumber: QNN
TERKINI
Pesawat tentera rejim zionis mengebom di kawasan lapangan terbang, tenggara Rafah.
Sumber: Shehab News
5 Nasihat Jibril Kepada Rasulullah ﷺ
Kebiasaannya apabila Malaikat Jibril ingin menyampaikan pesanan daripada Allah, kepada Nabi SAW, panggilan yang akan digunakan ialah ‘Ya Nabiyallah” atau “Ya Rasulullah”.
Namun pada suatu hari, Jibril datang kepada Nabi SAW untuk menyampaikan pesanan dan panggilan yang digunakan ialah “Ya Muhammad”. Sesetengah ilmuwan berpendapat bahawa panggilan itu digunakan untuk memberitahu bahawa pesanan yang disampaikan itu khusus pesanan istimewa daripada JIbril sendiri kepada Rasulullah.
Malaikat Jibril menyampaikan pesanan ini ketika Islam sudah tersebar dan dakwah sudah boleh diterima oleh umum. Hadis ini disampaikan sewaktu hayat Rasulullah SAW semakin sampai ke penghujungnya.
Sabda Rasulullah SAW:
عن سهل بن سعد قال جاء جبريل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يَا مُحَمَّدُ عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مَفَارِقُهُ وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ ثُمَّ قَالَ: يَا مُحَمَّدُ شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزُّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ
Dari Sahl bin Sa’ad ra, berkata: Jibril datang kepada Nabi saw, lalu berkata: “Wahai Muhammad! Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati, cintailah siapa yang kamu suka, kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya dan berbuatlah sesukamu, kerana sesungguhnya engkau akan diberi balasan kerananya.”
Kemudian dia berkata: “Wahai Muhammad! Kemulian seorang mukmin adalah berdirinya dia pada malam hari (untuk solat malam), dan keperkasaannya adalah ketidakbergantungannya kepada manusia.”
(HR. At-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath no 4278, Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliyaa, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7921)
#copypaste
@AhmadHarisChannel 🇵🇸
Contohilah Khairul Aming
Banyak tips Khairul Aming bagi dalam livenya tapi aku tertarik dengan satu kualiti yang ada pada dia. (Dan dah ramai hilang kualiti ni)
Ada orang bergurau tanya dia dalam live-
"KA taknak pakai mustang ke?"
Sambil gelak die jawab:
"Aa mustang. Pakai Bezza je. Sekarang aku pakai 4x4. Bezza bagi kat adik aku dah."
Camtu lebih kurang jawaban die. Sale dalam 3 tahun ni dah capai 33 juta. Die tetap dengan Bezza, tukar 4x4 pun sebab bisnes. Sebab keperluan.
2018 die cerita. Masa content die meletop. Die dapat tawaran job endorse produk skincare dengan bayaran RM200k. Tapi die tolak.
Baru buat content, dah dapat tawaran RM200k. Tempting weh. Tapi KA berjaya tolak.
Sebab apa? Sebab 1 kualiti mahal ni:
DELAY GRATIFICATION. Kebolehan menunda kehendak.
Dia fikir panjang. Die fikir direction die. Bukan duit semata-mata.
Sebab die mampu tunda kehendak, dia boleh tepis tawaran-tawaran duit yang tak selari dengan goal die.
Sebab tunda kehendak, die dapat jaga kualiti brand die sendiri.
Delay gratification ni powerful. Terutama sekali dalam pengurusan kewangan.
Ramai orang nak menyimpan duit. Ramai orang die tahu die kena buat saving. Tapi apa yang jadi? Ramai tak mampu tepis kehendak. Ramai tak mampu menunda kehendak.
Dengan iklan sentiasa lalu lalang di media sosial. Dengan offer tiap bulan ada. Dengan macam-macam lagi tawaran gila, ramai orang kalah dengan kehendak.
Mereka tak mampu tunda kehendak.
Kesannya bukan sekarang. Kesannya 5-10 tahun akan datang.
Sebab tu orang cakap, kalau kita menang dengan nafsu, kita akan menang dalam hidup.
It is indeed true.
#copypaste
@AhmadHarisChannel 🇵🇸
[SAYA MAHU JADI TELEVISYEN]
Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya
Suami : 'Kenapa menangis ni?'
Isteri : 'Lihatlah karangan budak ni.'
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
Jadikan Saya Sebuah Televisyen
"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen. Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya.
Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen. Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan.
Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata;
Suami : 'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
Isteri : 'Abang, itu karangan anak kita!'
Jika diperhatikan sekarang ini. Ramai ibubapa sibuk dengan phone masing-masing..layan email, Facebook, Whatsapp, TikTok & lain lain.. kadangkala anak-anak tengok je dari jauh sambil main mainannya..
Jangan pula nanti anak-anak kita tulis esei, ‘Jadikan saya sebuah telefon’
Sama-sama kita berusaha untuk berubah dan berikan perhatian kepada insan di sekeliling kita khususnya pasangan & anak-anak kita yang memerlukan perhatian serta kasih sayang kita.
#copypaste
@AhmadHarisChannel 🇵🇸