aimaanbanna | Unsorted

Telegram-канал aimaanbanna - Aiman Banna

2658

28, ayah kepada 5 anak Aqidah & Fiqh al-Syafi'i Penterjemah Arab - Melayu Penulis 50+ buku sejak 2014

Subscribe to a channel

Aiman Banna

Apa nak buat jika dah sampai masjid, tapi imam dah solat subuh, dan kita tak sempat nak solat sunat qabliyyah subuh yang kita selalu jaga selama ini?

1. Solat subuh bersama imam.

2. Zikir selepas solat.

3. Balik rumah.

4. Solat 2 rakaat, qadha qabliyyah subuh.

Nota: Kenapa saya letak nak qadha qabliyyah subuh tu balik rumah dulu? Tak boleh buat terus di masjid?

- Lebih afdhal solat sunat di rumah berbanding di masjid. Semua solat afdhal solat di rumah, melainkan solat fardhu. Solat fardhu, afdhal berjemaah di masjid. Solat sunat, semua afdhal di rumah.

Sepertimana hadis Nabi صلى الله عليه وسلم:

أفضل صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

- Juga nak elak daripada orang awam atau kanak-kanak faham adanya ba'diyyah selepas subuh, sedangkan ia waktu diharamkan solat melainkan solat qadha.

بارك الله فيكم

Читать полностью…

Aiman Banna

Kakak pakai baju ketat,
tanpa bra depan adik.

Apa hukumnya?

Ada yang kata: "Relaxlah, aurat antara dik beradik pusat hingga lutut. Tak payah buat teruk, relax sahaja."

Dalam memahami isu ini, kita perlukan faham dua perkara asas ini dahulu.

1. Fatwa.
2. Taqwa.

Dari segi fatwa, hukum yang kita faham ialah: "Pusat hingga lutut sahaja aurat." - Dada wanita pula bukan aurat jika antara adik beradik.

Jadi, kita konklusikan kalau kakak dia yang dah besar itu nak tayangkan apa-apa selain pusat hingga lutut, itu semua halal dan tiada masalah.

Jika ini kefahaman anda, maka yang bermasalah itu anda, dan juga kefahaman agama anda bermasalah, dan... common sense anda juga bermasalah.

Mari kita faham dari segi fatwa dan taqwa:

FATWA:

Pakaian antara seorang wanita, dengan adik beradiknya di rumah ialah seperti yang berikut:

Tidak perlu tutup seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan (sepertimana dengan ajnabi), cukup sekadar aurat sesama mahram di rumah seperti: kepala, rambut, tangan ke siku, leher, kaki ke lutut yang makruf.

Ada pun pakai pakaian yang:
1. Baju ketat.
2. Tidak pakai bra.
3. Pakaian seksi.

Ini semua HARAM sesama adik-beradik.
Pakaian itu hanya HALAL untuk suami.

TAQWA:

Sekarang zaman fitnah dan maksiat, di mana pornografi dah jadi normalisasi, mudah diakses bila-bila masa, maksiat di filem dan movie, netflix, drama dan lain-lain dah pun jadi normalisasi maksiat dan dosa. Semua ini mengajak dan membawa kepada zina.

Sedangkan dalam al-Quran, Allah berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا

Janganlah dekati zina,
Zina dengan bukan mahram dosa besar!
Zina dengan adik-beradik apatah lagi!

Apa-apa perbuatan yang mendekatkan kita kepada zina, perlulah ditutup!

Pakai seksi, ketat, tidak pakai bra ini dipakai depan suami sebagai pakaian yang menaikkan nafsu suami yang halal, ini dapatlah pahala! Yang pakai begitu depan adik beradik kenapa? Mana taqwa?

Janganlah denial kata: "Takkan zina dengan adik sendiri kot!"

Ini tidak berpijak di bumi yang nyata: Kes bapak rogol anak pun ada! Kes zina adik-beradik berlambak! Bila kita tak tahu, bukan bermakna takda.

Konklusinya: Kita tahu fatwa, dan wajiblah bertaqwa.

- Abu Harith Aiman Banna.

Читать полностью…

Aiman Banna

Sesak jalan raya balik kampung?

Mesti penat kan? Letih fizikal, lelah mental. Kadang-kadang, ditemani nyanyian-nyanyian spontan dari dengkuran isteri di kiri, dan para anak di belakang. Enak depa tidoq, kita pula di tangan stereng, di hati pula rindu kampung.

Jom kita tukarkan penat jadi nikmat.

Buat 3 perkara ini ketika dalam perjalanan pulang kampung:

1. Kalau jalan sesak, jammed teruk, dan kita rasa penat dan tak larat.

Ingatlah, di padang mahsyar nanti lebih 100 ganda lebih teruk, tiada aircond tiada isteri anak bersama. Bahkan isteri dan anak larikan diri dari kamu, hanya fikirkan diri mereka, bahkan mereka boleh menjadi musuh kamu yang mendakwa "dia ayah yang teruk, tidak dakwahkan Islam." "Dia suami yang teruk, tidak tarbiah saya".

Ketika itu, muhasabah diri akan jadi lebih baik, dan sambil lihat wajah isteri dan anak; doakan mereka agar mereka hidup dengan Islam, mati dengan Islam.

2. Tutup radio, buka youtube.

Utamakan: dengar bacaan Quran.

Kalau mengantuk, buka kuliah ustaz favourite awak.

Cuba cabar diri jangan dengar
muzik dalam kereta, dan nikmati kalam Tuhan, dengar tazkirah. Akhirnya kita sedar muzik memang meninggalkan "bekas" dalam hati yang buatkannya kian keras, namun akan lembut bila ia ditinggalkan dan digantikan dengan Quran dan zikir.

Cuba rasa betapa lapangnya hati bila sampai kampung nanti, hehe.

3. Inilah masa nak me-time bila isteri dan anak tidur: zikirlah sebanyaknya. Ingat semua nikmat dari-Nya dan bersyukur. Ingat semua kelemahan dan dosa, dan beristighfar.

Titiskan air mata. Betapa banyak nikmat dari-Nya tapi kita balas dengan maksiat. Betapa teruknya kita sebagai hamba, betapa lemahnya kita dalam ibadah selama ni. Betapa malasnya kita sujud kepada-Nya sebanyak mungkin.

Waktu mereka tidur, menangislah. Titiskan air mata ikhlas.

Nota: Kalau ngantuk, jangan paksa diri. Berhenti kejap, dan tidur sekejap, rehat sekejap. Kita memang bertawakal, tapi tawakal wajib pakai akal. Jangan paksa diri, fikir ada banyak nyawa diamanahkan kepada kita, maka berhati-hatilah di jalan raya, anda mampu mengubahnya.

Itu sahaja nasihat ringkas.

- Abu Harith Aiman Banna

Читать полностью…

Aiman Banna

Kisah Nabi Ayub membuatkan kita lebih menghargai isteri yang solehah dan bersyukur kepada Allah atas nikmat setianya dia.

Nabi Ayub hilang kekayaan, hilang anak, hilang kesihatan, hilang kesemuanya; namun rahmat Allah kepada baginda, Allah bagi nikmat berharga iaitu di sisi baginda ada isteri solehah nan setia.

Dan saya syukur, ada isteri solehah.
Setia ketika suka dan duka,
Ketika miskin dan kaya,
Ketika futur dan semangat.

Alhamdulillah.

Читать полностью…

Aiman Banna

Ramai yang nak tahu raya bila secara tepat,
sebab nak raya cepat-cepat.
dan tak nak terkejut kononnya.

Sedangkan dalam syariat kena tunggu dan sabar.
Tunggu cerapan hilal, dan redha apa saja ketentuan-Nya.

Apa yang tak nak terkejut?
Terima sahajalah syariat.

Biasakan kita taat ikut syariat.
Bukan syariat ikut kebiasaan kita.

Kalau puasa, bersyukur kepada Allah boleh nak tambah ibadah. Kalau dah raya, sedih kurang peluang nak tambah ibadah, tapi gembira sebab nak merayakan tauhid kepada Allah pada 1 syawal.

Masalah bila nak raya cepat, dan tiada rasa rindu nak tinggalkan Ramadan dan tiada rasa kecewa sedih sebab kurang 1 hari nak menambah ibadah berganda-ganda di bulan Ramadan.

Jangan jadikan Eid al-Fitri perayaan adat,
Wallahi ia perayaan ibadah dan syariat.

- Abu Harith Aiman Banna.

Читать полностью…

Aiman Banna

Perlu sebarkan awareness bahawa muslimah yang pakai tudung singkat tidak labuh menutupi dada: tidak patuh syariah.

Menjaga aurat sebahagian dari iman. Pakaian bagi longgar, pakai stokin, tudung dipakai dengan labuh, pakai stokin tangan, dan yang terbaik, kalau mampu dan sudi, pakailah purdah atau niqab kerana ia lebih dekat taqwa yang sempurna. (Dah pakai niqab jangan gedik dok post gambar mata bermaskara.)

Tak perlulah terikut-ikut trend semasa,
Ikutlah sunnah baginda dengan taqwa.

Читать полностью…

Aiman Banna

Antara sebab isteri tak hormat suami sebabnya dia nampak suami dia pun tak agungkan Allah dengan qadar-Nya.

Solat jemaah di masjid tak jaga,
Apatah lagi solat di awal waktu.
Tahajud di sepertiga malam apatah lagi.
Baca Quran pun culas, FB pula banyak baca.
Suami pulak buat maksiat openly,
Tengok movie, tengok perempuan seksi.
Ilmu agama basic pun gagap-gagap.

Bila suami tak agungkan Allah, Allah tarik rasa hormat dan gerun si isteri kepada suami.

Kalau kita gagal hormat Allah,
Bagaimana makhluk nak hormat?

Lelaki yang di hatinya tinggi pengagungan kepada Allah, maka tinggi jugalah cinta dia kepada Allah. Lelaki yang tinggi cinta kepada Allah, akan rendah cinta kepada dunia, langit dan antara keduanya.

Oleh itu, duhai para suami, ittaqullah.

Читать полностью…

Aiman Banna

Mana Musa dapat kekuatan menghadap Firaun dengan bala tenteranya, dan dah jalan mati di hadapan lautan pun masih ada kekuatan?

Sebab baginda pernah bercakap dengan Allah, dan baginda pernah mendengar Allah berkata-kata kepada baginda dengan janji-Nya yang agung.

Inilah motivasi tertinggi di jiwa Musa.

Mahu kekuatan yang sama?

Bercakaplah dengan Tuhan, yakni dalam solat yang khusyu' dan dengarlah apa yang Allah kata dengan tadabbur al-Quran, dan nantikanlah janji Allah dengan sabar dan syukur.

- Abu Harith Aiman Banna.

Читать полностью…

Aiman Banna

Nikmat paling besar:

Kenal Allah, dan Rasul-Nya, lalu ikhlas mentauhidkan-Nya dan telus ittiba' sunnah baginda, dengan kefahaman Salaf al-Soleh.

Tiada nikmat lagi besar dari ini di dunia, manakala nikmat terbesar di akhirat kelak ialah:

Melihat wajah Allah yang Maha Indah.

Ya Allah, teguhkan kami atas nikmat dunia ini dan izinkanlah kami menikmati lazatnya nikmat akhirat.

Читать полностью…

Aiman Banna

Apa kita belajar dari dakwah Nabi Musa?

Dakwah al-Tauhid ialah objektif utama, bukan nak kuasa dan ambik alih kerajaan. Kalau Firaun beriman dengan Allah, Musa akan taat kepada Firaun pada hal yang makruf, sepertimana Yusuf taat kepada Raja Mesir yang beriman pada Allah di zaman Yaakub & Yusuf.

Antara tuduhan Kuffar zaman Musa ialah; "Musa nak ambik alih kuasa kita", tapi itulah tuduhan orang tak faham Manhaj Anbiya. Kami dakwah bukan nak ganjaran atau kuasa, kami nak awak tauhidkan Allah dan ikut syariat-Nya. Kuasa tu kami tak heran, maaf.

- Abu Harith Aiman Banna

Читать полностью…

Aiman Banna

Yusuf memilih penjara besi daripada melayan syahwat bersama wanita cantik lagi kaya yang mengajaknya berzina.

Hari ini, muslim memilih untuk menggunakan kekayaannya untuk terpenjara dalam penjara maksiat, agar bebas dengan zina mata dan zina hati. Movie, netflix, ikhtilat, couple sebelum nikah, ini semua dah jadi normalisasi.

الله المستعان

Читать полностью…

Aiman Banna

Hukum Photoshoot Pre-Wedding?

Terlalu banyak keharaman yang terkumpul dalam trend yang maksiat ini:

1. Haram untuk perempuan bertabaruj.
2. Haram berikhtilat, duduk dekat-dekat.
3. Haram tidak menjaga pandangan.
4. Haram bersentuhan jika bersentuh.

Akhirnya, apa matlamat benda ini sebenarnya?

Nikahnya belum lagi,
Macam mana sehari sebelum nikah,
Si pasangan dah jadi jenazah?

Photoshoot dah buat,
Ada pula maksiat.

Tinggalkanlah trend seperti ini.

Muslimah itu ada rasa malu.
Nak nampak cantik depan suami ja.
Bukan nak show off free depan semua lelaki.

Lepas kahwin pun, kalau nak photoshoot untuk simpanan suami isteri sahaja.

Marilah bertaqwa,
Sebelum ajal tiba.

- Abu Harith Aiman Banna.

Читать полностью…

Aiman Banna

Parah apabila masyarakat hanya faham maksiat itu pada pegang tangan ajnabi, scene cium-cium & zina sahaja.

Dalam filem adanya aurat ajnabi, ikhtilat bukan lagi maksiat bagi mereka. Usha ajnabi tanpa hajat & darurat, suka-suka sebagai hiburan di wayang juga dah dihalalkan. Muzik masih ramai tak tahu, ini kita bagi uzur atas sangka baik mereka tiada ilmu tapi melihat aurat ajnabi, ikhtilat, tidak tunduk pandangan melihat ajnabi ini ialah dosa dan maksiat yang makruf, yang diketahui walaupun budak-budak sekalipun.

Inilah hasil doktrin normalisasi dosa dan kesan irja' (iman itu hanya tasdiq di hati, buat maksiat takpa yang penting hati baik).

الله المستعان

Читать полностью…

Aiman Banna

Wayang, Filem, Drama VS Facebook?

Beza antara maksiat menonton wayang & ada Facebook, social media lain untuk berdakwah & berukhuwah.

bezakan antara hiburan yang ada maksiat yang sengaja ditonton berjam-jam & beza dengan media sosial untuk berdakwah dan berukhuwah dengan kawan-kawan yang bukan tujuan utamanya untuk bermaksiat bermaksiat, berikhtilat tanpa hajat dan darurat. Even iklan lagha, akaun lagha, akaun aurat dan lain-lain boleh ditapis dengan button block & not interested. Akhirnya akaun kita akan bebas benda seperti ini dan kalau terserempak pun kita akan istighfar dan terus block dan not interested.

Beza dengan wayang dan movie.

You are dedicating your eyes, ears and heart to watch & spend time for maksiat. Sengaja dan selesa dengan maksiat, sedangkan bukan hajat atau darurat; tapi semata nak berhibur!

Hiburan diri dengan maksiat?

Adakah sesiapa yang nak berdakwah dalam wayang edar Quran percuma kepada semua penonton wayang? Ada orang bersosial borak borak eratkan ukhuwah dalam wayang atau dedicate sama sama menonton maksiat di dalamnya?

Nak faham mudah:

Wayang, Filem, Drama: Content.
Facebook: Tempat bersosial.

Kalau samakan, itu namanya falasi.

Konklusi, jangan buat falasi dengan bandingkan dua perkara yang berbeza.

الله المستعان

Читать полностью…

Aiman Banna

Kalau tak boleh tahan nafsu tengok wayang sekalipun, atleast jangan post di social media 🙂

Jangan berbangga dan normalisasikan maksiat.

More than 5 maksiat in 1 di wayang.

1. Tidak jaga mata
2. Tidak jaga telinga.
3. Ikhtilat tanpa hajat.
4. Normalisasi wayang.
5. Normalisasi movie.
6. Normalisasi aurat & ikhtilat
7. Normalisasi Muzik
8. Ada tayangan 7pm waktu maghrib
9. Dan lain-lain perspektif.

Bertaqwalah kepada Allah,
Tinggalkan wayang kerana Allah.

Читать полностью…

Aiman Banna

"Saya kerja nak cari duit, tapi kerja itu membuatkan saya tiada masa untuk solat zohor dan asar. Masa terlalu pack, dan banyak travel tanpa henti. Boleh tak saya qadha selepas waktu maghrib?"

Sahabatku, ini nasihat ikhlas buatmu:

1. Solat wajib dilaksanakan pada waktunya.

Carilah kerja lain yang menghormatimu, agar kamu boleh menjaga solat fardhu yang lima.

Yakinlah di tempat lain, ada rezekinya. Sudah pasti Allah akan membantumu, merahmatimu tatkala kamu mencari kerja demi bertaqwa dan menjaga solat fardhu.

2. Jika tidak jumpa kerja lain? Itu sahaja pilihan?

Nafkah untuk isteri dan anak itu utama dan kena jaga. Namun, tetap teruskan usaha cari kerja lain, jangan berhenti, sementara itu berkerjalah di sana sehingga dapat kerja.

Maka kerjalah di sana, dengan sabar dan taqwa. Kamu tetap kena jaga solat zohor dan asar. Bagaimana?

- Bila busy dan banyak travel, membuatkan tidak boleh solat? Caranya ialah: "Maaf, minta izin nak pergi tandas 5 minit."

InshaAllah tiada lagilah tempat kerja yang tidak boleh rehat kencing ke tandas.

Kalau tengah travel, mesti akan berhenti punya bagi masa untuk ke tandas.

Maka, gunakan 5 minit tu untuk solat.

Walaupun tiada surau di tempat berhenti, maka sediakanlah sejadah kecik dan solat atas tanah atau jalan yang diyakini bersih. Tiada sejadah pun takpa.

Tak perlu wajibkan diri solat di masjid atau surau, jika keadaan seperti kamu. Bumi ini semuanya tempat sujud, maka bersujudlah menjaga solat 5 waktu.

3. Bagaimana jika terlalu pack dan tiada ruang langsung? Maka di sini inshaAllah boleh jama'-kan solat zohor dan asar, tapi tanpa qasar kalau travel di bawah 90km. Kalau lebih 90km, boleh jama' dan qasar. Jika bawah 90km, jama' taqdim atau ta'khir dua dua boleh mengikut keadaan kamu.

Yang afdhal, solat zohor dan asar pada waktunya, kalau terdesak barulah jama'.

5-10 minit sahaja, boleh lah.

Kalau kita buang air besar yang lama, sampai 15 minit pun majikan kena redha, takkanlah tak sampai 10 minit nak solat pun tak boleh?

Apa-apa pun, teruskan berdoa supaya dapat kerja yang boleh bagi ruang untuk menjaga solat pada waktunya.

Konklusi: moga Allah permudahkan urusanmu untuk menjaga solat zohor dan asar, dan semoga keikhlasanmu dan perjuanganmu ini dibalas syurga-Nya.

- Abu Harith Aiman Banna.

Читать полностью…

Aiman Banna

Saya secara peribadi, bila menasihati apa-apa nasihat secara umum, saya tidak akan tujukan kepada peribadi sesiapa kerana saya bersangka baik bahawa ada pada mereka uzur, tidak tahu, taqlid ustaz mereka, dia sangka itu baik dan dia ikhlas buat benda tu, dia tak rasa dia buat salah dan lain-lain sangka baik.

Prinsip saya:
Bersangka baik kepada yang lain.
Bersangka buruk kepada diri sendiri.

Contoh situasi, tengok ada orang post gambar isteri dia ber-make up dan melawa di pagi raya.

Saya sangka baik, dia buat tu sebab ramai yang buat. Dia buat tu sebab trend dan ustaz ustazah pun buat, apa salahnya. Kalau dia tahu pun, mungkin dia buat atas dasar jaga hati isteri dia, isteri dia terasa kalau suami dia tak pos gambar dia di sosmed dan dia takes time nak tarbiah isteri dia slowly dan ikut aulawiyyat, dan banyak lagi sangka baik saya kepada manusia secara tertentu agar saya tak pandang dia sebagai orang teruk dan hina lalu rasa diri saya mulia.

Entahlah, saya menasihati wallahi memang inginkan kebaikan kepada yang dinasihati, dan saya tak pernah kisah dipuji atau dihargai. Sebab orang yang puji saya tu akhirnya tak tahu betapa banyaknya dosa saya dan maksiat saya sebagai hamba Allah, tapi Allah tutup aib saya tu sebab kasihankan saya.

Saya tak kecewa bila orang tak terima dakwah saya, atas sebab kelemahan diri saya sendiri... saya yakin hidayah ilmu dan amal keduanya dari Allah, bukan dari tangan saya... tapi saya sedih apabila saya inginkan kebaikan untuknya, tapi kebaikan itu tidak dikecapi olehnya. Saya benar benar inginkan kebahagiaan untuknya. Dalam hal ini, saya bermuhasabah sayalah yang salah dan tidak pandai berdakwah, inshaAllah saya akan perbaiki dari masa ke masa.

Apa pun saya sentiasa berdoa untuk semua ikhwah, sahabat, keluarga, netizen dan semua muslim, agar mendapat hidayah ilmu dan amal, terutamanya buat diri saya sendiri.

الدين النصيحة

بارك الله فيكم

Читать полностью…

Aiman Banna

Kalau kita berharap Ramadan kurang satu hari, biar raya cepat...

Something wrong dalam hati kita sebenarnya. Siapa nak kecintaannya pergi segera dalam pertemuan setahun sekali?

Boleh sahaja berhenti tarian denyutan nadimu sebelum Ramadan tahun depan, dan ini mungkin sahaja Ramadan terakhirmu.

Moga kita semua
tidak menjadi hamba
Ramadan semata,

Moga menjadi hamba
Tuhan yang bertaqwa
11 bulan yang seterusnya.

Читать полностью…

Aiman Banna

Buat Amal Sikit Tapi Dah Bangga?

Bila kita malas nak tambah ibadah di bulan Ramadan, sebenarnya ia manifestasi self-confidence yang amal kita banyak yang diterima oleh Allah, dan ini sifat ujub dan takabbur yang dibenci Allah.

Itulah talbis iblis.

Para Salaf dulu, mengharapkan ada senilai debu amal depa diterima Allah. Itu pun dah cukup gembira. Sebab itu depa bertambah-tambah amalan, sebab tak yakin amalan depa yang banyak tu diterima Allah atau tidak.

Kita pulak, buat 10 amalan, yakin 10 amalan tu menjamin masuk syurga.

Sedar tak sedar, ujub tu memadam semua 10 amalan itu.

Tadi saya tadabbur surah al-Nasr, memang rasa deep semacam.

Bayangkan ibadah Nabi yang besar, iaitu dakwah dan jihad dalam perang Fathu Mekah.

Allah turunkan surah al-Nasr, Allah kata apa?

Yang penat beribadah Nabi.
Yang penat berperang Nabi.
Yang hadapi kesakitan dan hinaan dalam dakwah selama ni Nabi.

Adakah surah al-Nasr diturunkan untuk memuji semua jasa dan pengorbanan Nabi atas kejayaan Fathu Mekah?

Tidak!

Ayat pertama:

إذا جاء نصر الله والفتح

Apabila datangnya bantuan Allah dalam Fathu Mekah!

Allah tegaskan, kemenangan ini dari Allah. Bantuan Allah. Rahmat Allah.

Nabi tidak mendabik dada kata hebat tak aku berdabar berpuluh tahun berdakwah dan berjihad dapat Fathu Mekah.

Tidak!

Nabi tak ujub.
Nabi tak takabbur.

Ini semua sebab Allah bantu saya.

Lepas semua kepenatan dan pengorbanan ini, apa pula Allah kata di hujung surah?

Allah suruh Nabi berbangga?
Allah suruh Nabi buat perayaan?

Tidak!

Tapi Allah suruh:

فسبح بحمد ربك واستغفره

Allah suruh bertasbih,
Agungkan Allah.
Pujilah Allah.

Kesemua kejayaan ini, bantuan daripada Allah.

Apabila Muslim dapat bantuan Allah dalam ibadahnya atau dunianya, wajib bertasbih, agungkan Allah dan puji Allah.

Bukan agungkan diri sendiri rasa hebat, dan puji diri sendiri!

Tapi perasan tak last tu Allah kata apa?

واستغفر

Mintalah ampun kepada Allah!

Rasulullah seorang Rasul!
Kuat ibadah,
Ikhlas tauhidnya,
Bersungguh tahajud.

Tapi Allah masih suruh istighfar.... 😔

Apatah lagi kita?
Ibadah malas
Tahajud culas

Tapi buat amal sikit dah bangga?

Ya Allah, maafkan kami yang tidak menunaikan hak-Mu selayaknya dengan keagungan-Mu.

أستغفر الله العظيم...

Читать полностью…

Aiman Banna

Seorang isteri perlu marah dan merajuk bila suami dia malas solat berjemaah 5 waktu di masjid.

Sebab itu sebenarnya, perempuan nak kahwin bukan nak cari "imam" sahaja, tapi nak cari imam + makmum sekali. Imam untuk membimbing dia di rumah, dan jadi makmum di rumah Allah berjemaah 5 kali sehari. (Melainkan dia jadi imam masjid, itu lain cerita)

Biarlah suami jauh darinya, jauh di masjid sana, asalkan si suami dekat dengan rumah Allah, beribadah, tunduk sujud di sana, mengikut sunnah baginda.

Ini membuktikan si isteri mencintai Rabbnya melebihi suaminya.

InshaAllah, suami yang setia dengan masjid, akan setia dengan anda, di dunia dan akhirat.

Читать полностью…

Aiman Banna

Macam mana nak tahu, ujian, berita buruk yang menimpa kita itu hukuman azab ataupun bala ujian meningkatkan iman?

Kaedahnya:

1. Muhasabah diri, jika banyak dosa yang masih dilakukan, masih tengok movie, tengok netflix, tengok aurat perempuan, tengok aurat lelaki, masih tak jaga ikhtilat, masih melayan muzik, masih malas solat berjemaah di masjid untuk lelaki bahkan lambatkan solat dan tinggalkan solat,

Maka segala ujian, berita buruk itu ialah balasan Allah atas dosa-dosa dan maksiat kita kepada-Nya.

2. Sekiranya dah bertaubat dari dosa yang lalu, dah menyesal atas dosa & maksiat yang lalu, dah tinggalkan semua dan dah berazam untuk tak ulang lagi, maka ujian, berita buruk yang menimpa itu ialah ujian dari Allah untuk meningkat darjat kita di sisi-Nya.

Kerana Allah nak naikkan darjat di syurga kelak, agar lebih dekat dengan-Nya.

بارك الله فيكم

Читать полностью…

Aiman Banna

Doa sudah lama,
Mana kabulnya?

Bila kau berdoa kepada Tuhan,
tapi seakan-akan tidak dimakbulkan,
kau rasa sampai bila?
sudah lama kau berdoa.

Apakah Allah tidak berkuasa
untuk kabulkan doa itu segera?

Ingat, tidak sampai satu saat,
Selepas doa dengan Ismullah al-A'zam,
Allah datangkan mahligai Bilqis
di hadapan mata Nabi Sulaiman.
dari Yaman ke Syam, sekelip mata?

Ada yang buta matanya,
Isa mendoakannya,
lalu sembuh begitu sahaja?

Ketahuilah,
Mudah sahaja bagi Allah
untuk kabulkan doamu.

Kun,
Fayakun.

Namun,
mengapa tidak makbul?
mengapa tidak cepatkan saja?

Jawabku,
mengapa mahu cepat?
Kelambatan dari Allah,
bukan bermaksud lemah.
Tapi ia bermakna hikmah.

Kau lihat,
Berapa lama masanya,
untuk langit dan bumi,
diciptakan sepenuhnya?

Adakah sekelip mata?
Sepantas kilat pantasnya?

Tidak, bahkan 6 hari ialah
masa yang dikehendaki oleh Allah.

Adakah 6 hari ini tanda lemah?
Tidak! Tapi ia tanda hikmah Allah.

Allah mengajar hamba,
Agar tidak perlu tergesa-gesa.
Yang penting ialah hikmahnya.

Ada perkara yang perlu masa,
Perlu prosesnya, ada langkahnya,
Seperti itulah kejadian langit dan bumi.

Maka di sini,
Nasihat untukmu:

Sabarlah dalam berdoa,
Sangka baiklah kepada Yang Diminta.
Tidak kau dapat apa di sini,
Ada bahagianmu di sana.

- Abu Harith Aiman Banna.

Читать полностью…

Aiman Banna

Siapa yang kerja shif malam - pagi, atau si isteri yang kena duduk rumah jaga anak, atau apa apa situasi yang tidak boleh iktikaf di masjid, maka jagalah amalan:

1. Istighfar. Mohon ampun sungguh-sungguh kepada Allah. Lagi-lagi waktu sahur, ini memang waktu terbaik istighfar.

2. Baca Quran perlahan-lahan, baca terjemahan.

Bila baca ayat azab, muhasabah diri takutkan azab Allah. Bila baca ayat rahmat Allah, harap sangat dapat rahmat Allah.

Bila baca Quran, fikir apa Allah nak dari aku ni, apa yang aku kena amal, apa yang aku nak kena tinggalkan kerana Allah.

3. Banyakkan baca doa:

"اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي".

"Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Pemaaf, mecintai kemaafan, maka maafkanlah aku ya Allah."

4. Kalau boleh bangun solat beberapa rakaat tahajud, memang very nice mashaAllah. Buat simple je, tapi khusyuk dan tunduk kepada Allah.

InshaAllah dengan menjaga perkara simple ini sahaja, malam lailatul qadarmu akan jadi lebih bermakna.

بارك الله فيكم
Moga Allah berkatimu.

Читать полностью…

Aiman Banna

Anak Nabi Nuh, bila ayah dia ajak naik atas kapal untuk bersama selamat dunia dan akhirat bersamanya, apa jawapan anaknya?

"Aku akan cari gunung yang akan selamatkan aku dari banjir ni..."

Kita tengok jawapan anak Nuh:

Jawapan dia logik tak?

Logik. Logik sebabnya kalau naik gunung tinggi, akan selamat dari bencana banjir.

Tapi, nak beragama dan beriman kepada Allah, tidak boleh pakai logik semata. Kena taat dan patuh bila ia adalah suruhan Allah.

Arahan Allah ialah: Siapa beriman dan nak selamat dari azab aku, naik kapal.

Anak Nabi Nuh tak nak beriman dan tak nak naik kapal, tapi dia nak selamat.

Dia nak selamat pakai kehendak logik dia, bukan dengan menghambakan diri dan hati kepada kehendak Allah.

Naik gunung pun selamat dari banjir, buat apa naik kapal; ini logik anak Nuh.

Perangai buruk pakai logik ini sebenarnya tarbiah Iblis, dengan logiknya;

Aku dicipta dari api, Adam dari tanah, buat apa aku sujud? Aku lebih baik dari dia.

Akhirnya, hamba logik dan yang tidak perhamba jiwa kepada keagungan Allah akan ditimpa azab di dunia dan di akhirat.

Apa jadi kepada anak Nabi Nuh?

- Mati dalam kemurkaan dan azab Allah, sebab banjir besar itu tiada belas kasihan walau anda di gunung tinggi mana sekalipun; tiada gunung yang boleh selamatkan kau dari azab Allah.

Jadi hari ini, kita masih nak cari alasan logik dunia untuk tutup rasa malas kita untuk taat kepada Allah?

Jangan berani lawan Allah.
Jangan berani menipu Allah.

Tunduklah,
sujudlah,
kepada-Nya.

- Abu Harith Aiman Banna.

Читать полностью…

Aiman Banna

Jarak jauh antara Nabi Adam dan Nabi Nuh ialah 10 qurun, 10 keturunan, lebih seribu tahun.

Antara dua baginda ini, semuanya beragama Islam; tiada syirik dalam ibadah.

Zaman Nuh, baru ada syirik pertama.

Bayangkan sabarnya Iblis dan zuriatnya dalam melaksanakan opus operandi syirik yang paling dibenci Allah ini? Dari dihalau syurga dia nak buat benda ni, 10 qurun baru tercapai.

Inilah omputeh kato: dedication & perseverance.

Malulah dengan Iblis kalau jadi manusia malas dan mudah putus asa. Huhu.

- Abu Harith Aiman Banna.

Читать полностью…

Aiman Banna

Objektif Ramadan ialah supaya seorang hamba bertaqwa.

Taqwa ialah matlamat utama.
Menonton movie, netflix, video ada aurat perempuan bukan taqwa. Melayan video perempuan bertudung yang menayang muka di social media IG Tik Tok FB juga bukan taqwa. Lelaki yang tidak solat berjemaah di masjid sedangkan boleh berjemaah tapi berjemaah tengok bola boleh saja bila-bila juga bukan taqwa. Tidak merokok di siang hari lepas azan maghrib merokok dan lepas Ramadan merokok sokmo juga bukan taqwa.

Kalau rasa masih beriman dan bertaqwa lepas bermaksiat, maksudnya dah ada ciri-ciri murjiah lah tu.

الله المستعان

- Abu Harith Aiman Banna.

Читать полностью…

Aiman Banna

Cuba lihat jawapan Iblis apabila dia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s?

Dia cuba bagi jawapan logik untuk membenarkan tindakan sombong takabbur dia:

Logiknya ialah:
Aku lebih mulia dari Adam.
Api lebih baik dari tanah.

Sekarang kita perlu faham apabila kita menjadi hamba Allah, kita perlu tolak tepi semua perkara yang logik di akal kita; bila Allah suruh, wajib buat. Bila Allah larang, wajib tinggalkan.

Cuba fikir apa logik puasa di bulan Ramadan?
Kenapa nak kena tahan lapar dan dahaga?

Kenapa kena solat 5 waktu sehari semalam?
Tak cukup kah solat 2 kali sahaja? 1 pagi, 1 malam?

Kenapa nak kena tawaf ketika buat haji?
Kenapa nak ambik wudhu sebelum solat?

Semua ini kalau ikut logik dan rasa, semua tak nak buat!

Tapi agama Allah ini ialah taat kepada semua arahan Allah sepertimana yang diajarkan oleh Nabi.

Akhirnya, definisi sebenar seorang hamba melakukan ibadah ialah: Seorang yang sedang melakukan segala benda yang Allah cinta dan redha.

Oleh itu motivasi tertinggi ketika melakukan ibadah ialah “Aku sedang buat apa yang Allah cinta dan Allah akan cinta aku bila aku ikhlas dan ikut sunnah baginda.”

Bukannya membangkang dengan logik akal, “Kenapa aku kena buat ini itu, kenapa tak macam ini macam itu.”

Kalau benar cinta Allah, buat sahajalah!
Kalau cinta pudar, itulah punca bermalasan.

Jadi, moga aku dan kau tak jadi macam Iblis yang bagi alasan logik akal dia untuk abaikan perintah Allah. Moga aku dan kau tidak tergolong antara orang yang sombong dan takabbur macam Iblis.

Читать полностью…

Aiman Banna

Khas kepada yang ingin dapatkan novel #SuamikuDajjal + Free gift worth RM55 plus + Free Shipping, dapatkan di sini: https://shope.ee/5KYIk7CHKK

Moga bermanfaat! 🙋🏼‍♂️

Читать полностью…

Aiman Banna

Perkara pertama yang anda perlu lakukan untuk back up pihak sana ialah buktikan wayang dan movie bukan maksiat di dalam Islam. Buktikan tidak berdosa memandang aurat wanita & berikhtilat tanpa hajat dan darurat, buktikan wayang ialah tempat yang baik untuk berhibur tanpa hajat dan darurat, buktikan agama ini membenarkan muzik secara mutlak, buktikan agama ini menghalalkan movie dan drama yang penting ada pengajaran baik, dan macam-macam lagi hal yang kesemua ini bercanggah dengan syara'.

Ala kullin, tahan hawa nafsu kita. Sebenarnya, hati kecil kita tahu benda ni tak baik dan bercanggah dengan Islam, tapi kita nak justify sebab benda ni kian hari kian normalise.

Apa apa pun, sudah pasti semua sahabat akan bersetuju bahawa: TIDAK MENONTON MOVIE DI WAYANG LEBIH BAIK DAN LEBIH DEKAT DENGAN TAQWA"

Maka apa kata kali ini kita buat keputusan dalam kehidupan yang lebih dekat dengan taqwa, ok? ;)

Читать полностью…

Aiman Banna

Kalau persatuan Islam, NGO Islam, Ustaz Ustazah ajak gi tengok wayang untuk tengok cerita Melayu atas nama support melayu, inilah namanya normalisasi maksiat. Cerita banyak pengajaran, bawa mesej persatuan, tapi agama Islam ilmu dan amal tidak disatukan takpa pulak?

Nak bersatu bukan di wayang berjemaah.
Bersatu di takbiratul ihram subuh berjemaah.

Wayang ialah hiburan pilihan,
Anda pilih untuk duduk berjam-jam,
Lebih dari 5 maksiat makruf in 1,
Tapi dinormalisasi oleh 'pemuka Islam'

الله المستعان

Читать полностью…
Subscribe to a channel