2658
28, ayah kepada 5 anak Aqidah & Fiqh al-Syafi'i Penterjemah Arab - Melayu Penulis 50+ buku sejak 2014
Lepas solat, termenangis, sebab ter-rindu Abah, yang tiadalah rindu ini berkuasa untuk kembalikan Abah semula bersama kami, namun rindu ini membuatkan kami semakin yakin Abah seorang ayah yang baik, mertua yang baik, atuk yang baik, suami yang baik, anak yang baik, adik beradik yang baik dan insya-Allah seorang hamba Allah yang baik-baik jua. Kurniakanlah hamba-Mu hadiah jannah yang terindah duhai al-Rahman...
Dari dulu memang doa wajib sebelum bagi salam ialah doakan keampunan untuk ummi abah, dan akan diteruskan sampai Aiman pun menyusuli abah di alam tanah sana kelak...
.
Berimanlah dengan takdir,
semua yang akan hadir,
ialah kebaikan yang mengalir,
hadiah daripada al-Qadir.
.
- AHAB
.
Mata yang rasa biasa
bila melihat wajah ajnabi,
Akhirnya zina hati dan mata
menjadi sebati, normalisasi.
.
Jangan pelik jika matamu
sudah lama tidak mengalir hiba,
Bahkan hati membatu kaku,
ketika membaca Kalam-Nya.
.
Mata dan hati yang tidak terjaga,
Akan hancurkan iman dalam jiwa.
.
Bertaqwalah, duhai sahabatku...
.
- AHAB
Ketika bersahabat atau bercinta, first thing first kena pasak kuat dalam hati:
"Dia manusia, tiada yang sempurna, akan ada cacat cela, akan ada yang mengguris jiwa. Namun... aku tidak akan harapkan kesempurnaan darinya sepertimana aku tidak akan mampu sempurna untuk dia. Namun aku akan usaha sebaik mungkin lillahi ta'ala...
Jika dia buat perangai, aku akan bersabar dan maafkan...
Jika dia baik denganku, aku akan hargai dan bersyukur..."
Kerana dua inilah cara Muslim bercinta.
Akhirnya, mencintai itu satu ibadah,
Moga nasihat ini bermanfaat untuk yang dah berkahwin atau yang masih single, yang masih bercita-cinta ingin bercinta halal dalam nikah ;)
Mana lebih afdhal...!?
Solat 2 rakaat Dhuha di 10 Hari Awal Zulhijjah
VS
2 rakaat Dhuha di 10 Hari Akhir Ramadhan?
Jawapan:
2 rakaat di 10 hari awal Zulhijjah lebih afdhal. Ini 10 hari yang agung! Allah bersumpah dengannya dalam surah al-Fajr! - وليال عشر
Jom, banyakkan:
Solat sunat, zikir, istighfar, selawat, terutamanya amal inadah yang paling dicintai Allah: puasa sunat.
Kalau hari ini tak puasa, azam esok puasa. Kita penuhi 10 hari awal Zulhijjah ini dengan puasa, melainkan hari kesepuluh.
بارك الله فيكم
Wallahi al-'Azim... Tiada nikmat yang lebih indah dan lazat, yang lebih enak melebihi nikmat memahami Islam dengan manhaj Para Sahabat رضي الله عنهم dan anak murid mereka.
Biar tidak kaya-raya, mewah seperti yang lainnya,
Biar tidak banyak anak, atau tiada lagi anak,
Biar tiada jodoh pasangan lagi di sisi,
Biari dihina, dimaki dan dicaci...
Asalkan di hatimu, adanya nikmat Iman dan Islam.
Di mana dua ini ialah modalmu,
Ketika bertemu dengan-Nya,
Di padang mahsyar kelak...
Moga Dia memilihmu menjadi hamba,
Lalu mengajakmu masuk ke syurga.
- AHAB.
Alhamdulillah buku Depresi baru siap print dan sampai PBAKL 😍
Читать полностью…
Berdoa kepada malaikat, syirik?
https://vt.tiktok.com/ZSLesWQYH/
Ulama khilaf berkenaan kewajiban wanita menutup wajah, tapi takda khilaf tentang sunnah untuk menutup wajah isteri.
Kita sebagai orang ikut Sunnah, kita ikutlah sunnah menutup wajah isteri, bukan membuka wajahnya dan menayangkan di media sosial secara percuma, lagi-lagi para ajnabi boleh save wajahnya dan boleh pula jadi bahan video lucah dengan teknologi AI hari ini.
Ittaqullah.
Shah Alam hujan lebat ketika azan Isya.
Jadi saya batalkan niat nak solat berjemaah di masjid, sebab ada uzur untuk tidak ke masjid kerana hujan.
Saya terus buka jubah dan kopiah, tidak solat Isya terus pada awal waktu. Kenapa?
Sunnahnya ialah:
Melewatkan waktu solat Isya hingga ke akhir waktu sepertiga malam yang awal - jika Malaysia, anggaran dalam pukul 11pm begitu، tidak lebih dari 11.40pm. Tidak boleh lewat dari setengah malam, iaitu 4 jam 45 minit dari azan Isya.
Ini turutan sunnah:
1. Jika tidak hujan, dengar azan, maka wajib solat berjemaah di masjid awal waktu, angkat takbir bersama imam.
Kerana yang afdhal ialah:
- Sahut seruan azan, ke masjid terus; walaupun hadir atau musafir.
- angkat takbiratul ihram bersama Imam
- solat di masjid berjemaah.
2. Tapi kalau dah hujan, ada uzur tidak ke masjid.
Maka yang afdhal ialah melewatkan solat Isya.
Maka begitulah kita ikut sunnah, ada level-level afdhal yang kena ikut.
Jangan sebab baca hadis afdhal lewatkan solat Isya, terus bagi alasan tidak mahu berjemaah di masjid dan nak solat di rumah sahaja. Ini keliru. Yang lebih afdhal ialah solat berjemaah di masjid jika tiada uzur.
بارك الله فيكم.
- Abu Harith Aiman Banna.
SEMUA NIKMAT DARIPADA ALLAH.
SEMUA KEKAYAAN DARIPADA ALLAH.
Tangan, nikmat Allah bagi.
Phone, nikmat Allah bagi.
Mata, nikmat Allah bagi.
Allah bagi semua nikmat ini,
Tapi kita balas dengan maksiat?
Kurang ajar sangatkah kita dengan Allah?
Ini namanya kufur nikmat!
Apabila kita kufur nikmat,
Allah akan bagi azab.
Nantikanlah azab Allah,
Dan azab yang akan datang kerana maksiat.
Maksiat akan menutup pintu rezeki,
Dan membuka pintu masalah dan bala.
Selain itu, antara maksud memahami tauhid ialah TAKUTKAN ALLAH!
Mata kita ini ialah mata yang kita nak gunakan kat akhirat nanti untuk melihat Allah, tapi kenapa kita tergamak gunakan untuk tengok maksiat!!!?
Sebab itulah dalam Quran, Allah kata Allah akan butakan mata orang yang dulunya di dunia tidak buta. Kenapa Allah butakan mata mereka?
Sebab mereka di dunia dulu melupakan Allah,
Lalu di akhirat, Allah pun melupakan, mengabaikan mereka.
Mahukah mata ini kelak BUTA,
Kerana di dunia gunakan untuk maksiat?
Orang yang buta di akhirat,
Pasti akan masuk neraka
Atas dosa-dosanya.
TAKUTKANLAH ALLAH.
Kerana ketika sedang melayan PORNO,
Boleh sahaja kamu mati tiba-tiba.
Mati dalam keadaan mata melayan porno,
Mati dalam keadaan bermaksiat,
Mati dalam keadaan derhaka kepada-Nya.
Sehinggakan orang ramai pun tahu kamu mati kerana porno, kerana nyawa ditarik ketika melayan porno!
Malu di hadapan Allah,
Malu juga dengan manusia.
Jadi beranikah kamu menonton porno sedangkan boleh sahaja mati dalam keadaan melayan porno?
Kalau YAKIN TIDAK AKAN MATI KETIKA BUAT DOSA PORNO, maka buatlah lagi. Ingat, jangan cabar Tuhan, sebab Tuhan boleh matikan orang yang sombong takabbur dengan kuasa-Nya… Hehe, cubalah…
NAMUN, yang paling penting bab ini ialah:
- Jika kamu tinggalkan pornografi, kerana tidak mahu ketagih, kerana tidak sihat perbuatan ini, kerana tidak mahu keluarga tahu, maka kamu tidak mendapat pahala atas meninggalkan pornografi ini.
- Jika kamu tinggalkan pornografi kerana Allah, kerana takutkan Allah, kerana tahu Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Melihat, Kamu inginkan ganjaran syurga, kamu ingin melihat wajah Allah, maka kamu akan dapat pahala yang besar.
Paling penting ialah: Tinggalkan pornografi ikhlas kerana Allah!
MashaAllah, panjang la pulak penulisan ni haha.
Untuk poin 2 dan 3 ini penting juga,
2. Solat tahajud.
3. Zikir pagi petang.
Kenapa tahajud?
Sebab orang yang jaga tahajud, dia tidak akan tinggalkan solat fardhu wajib dan rawatib.
Kenapa zikir pagi petang pulak?
Sebab, dalam ini ada doa istimewa untuk tinggalkan porno sebenarnya, dan dalam ni ada ‘rahsia’ besar dalam menggapai kekuatan dan penjagaan setiap pagi dan malam, KALAU KITA FAHAM MAKNA DAN MENGHAYATINYA.
**Susunan zikir pagi petang sahih dari Nabi tau. Yang saya amalkan “Khulasah al-Hasna’…”
Ok, apa kaitan solat-solat ini dengan porno?
Sedangkan ramai je solat, tapi banyak maksiat?
Ramai solat tapi masih berterusan buat dosa?
Bukankah solat mencegah maksiat kemungkaran.
Kenapa sibuk zikir pagi petang?
Apa efek dengan ketagihan porno?
Hehe, sebab itulah saya akan buat kelas “Asas ARAB: Memaknai Makna Bacaan Solat dan Zikir-Zikir Harian sehingga Menangis…”
Bagi saya benda ini penting, sebab ramai yang solat tapi tiada penghayatan, ramai berzikir tapi macam burung kakak tua yang pandai mengulang kata; tiada penghayatan.
Ini antara sebab susah tinggalkan maksiat.
Kalau nak saya tulis point 2 dan 3 di sini, MUSTAHIL.
Kelas Bahasa Arab Penghayatan bacaan itu pun mungkin ambil masa 3 bulan mungkin.
Namun inshaAllah penjelasan nombor 1 itu pun sudah cukup memadai, WALAUPUN tidak cukup panjang dan dihurai panjang poin 1 itu. InshaAllah akan diterangkan panjang juga dalam kelas penghayatan solat dan zikir berkenaan tauhid. Mestilah, surah al-Fatihah kan surah Tauhid, jadi kita akan go deep dalam kelas inshaAllah.
Ok, saya tulis ni bukanlah nak promo kelas ni sangat pun, kelas ni pun belum berjalan, plan nak buat dalam pertengahan bulan Mei. Saya just nak bagitau, nak berubah dan tinggalkan maksiat ni perlukan ilmu sebelum amal.
Tak nak pakai tudung sebab tak nak hipokrit?
Betullah tu,
Tak nak hipokrit akan hakikat sebenar dalam diri yang tidak mengagungkan Allah, tidak takut azab Allah untuk mereka yang tidak menutup aurat patuh syariah, tidak percaya akan ganjaran syurga untuk mereka yang bersabar mengikut syariat hijab.
Jangan kata:
"Iman baik, amal je belum baik."
Itu aqidah murjiah!
Ini pula aqidah Ahli Sunnah atas manhaj Salaf:
"Iman itu pada hati, lisan dan amalan. Naik dengan ketaatan, turun dengan maksiat."
Maka perbuatan buka tudung, mempamer aurat kepada ajnabi ialah perbuatan maksiat, dan ia menggambarkan iman anda.
Abaikan apa manusia kata,
Hidup ini untuk Allah.
Untuk Allah redha,
Untuk Allah cinta.
Jangan hipokrit kepada Allah!
Takutkan azab Allah
Bila-bila Allah boleh cabut rambut tu,
Bagi botak sampai meninggal dunia.
Apa Allah tak boleh bagi kanser?
Dan terus kena Kemotrapi?
Kemudian terus botak?
Jangan cabar Allah.
Jangan kufur nikmat.
Bertaubatlah.
Bertaqwalah.
- Abu Harith Aiman Banna.
Nak Cerai Sebab Suami Ketagih Porno dan Onani.
Soalan kepada saya di inbox:
"assalamualaikum ustaz. sy nak tanya boleh ke mintak cerai kalau kita dapat tahu suami addicted dgn porn and masturbate?"
Jawapan:
Waalaikumsalam Warahmtullahi Wabarakatuh.
Untuk langkah pertama, nasihatkan dia dengan baik, dan jaga aib beliau sebagai suami. Sepertimana anjuran Allah dalam surah al-Syura, ayat 38, agar mesyuarah dengan baik dan ihsan. Ini antara sifat yang Allah cinta; nasihat sesama suami isteri dengan baik, tanpa emosi yang melampau.
Minta dia janji untuk tinggalkan maksiat tersebut kerana Allah dan demi jaga keberkatan dalam rumah tangga ini.
Ketahuilah bahawa maksiat akan menghilangkan keberkatan dan rezeki dalam rumah tangga, sepertimana petunjuk sabda baginda:
إن الرجل ليُحرم الرزق بالذنب يُصيبه
"Sesungguhnya seseorang itu akan terputus rezekinya dek kerana dosa-dosa yang dilakukannya."
HR Ibn Majah (4022)
Keputusan untuk bercerai perlulah difikir mendalam dan difikir jauh demi maslahat anak-anak dan lain-lain. Sekiranya suami seorang yang soleh, menjaga solatnya, menjaga nafkah keluarga, namun kelemahannya pada maksiat ketagihan porno dan onani, maka teruskan dakwah dan sabar, yakinlah dia boleh berubah dan sudah pasti semua pemaksiat boleh berubah dengan izin Allah.
Puan anggaplah ini sebagai dakwah kepada suami Puan, dan bergembiralah dengan besarnya pahala apabila suami Puan berjaya tinggalkan maksiat porno dan onani ini dengan asbab dakwah Puan yang ikhlas dan sabar.
Jangan pernah lupa untuk berdoa, agar Allah bantu dan berikan hidaya taufiq kepadanya agar istiqamah meninggalkan ketagihannya.
Ingatlah, doa seorang isteri yang solehah, yang menjadi ibu kepada anak-anaknya, makbul insya-Allah. Berdoalah ketika Allah turun ke langit dunia untuk memperkenankan doa para hamba-Nya yang berdoa dengan ikhlas, ketika sepertiga malam, di saat sujud tahajudnya.
Allah berfirman:
مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ
"Siapa yang berdoa kepadaku, maka akan kuperkenankan."
HR Muslim (1808)
Moga Allah perkenankan hasrat Puan.
Apa-apa pun, teruslah menjadi isteri solehah yang menjadi asbab suami terus soleh dan anak-anak jua dalam suasana soleh, bergembiralah dengan hadis ini:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ
“Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang kamu kehendaki”.
HR Ibn Hibban (4163)
Moga Allah berkati keluarga Puan sehingga alam akhirat kelak.
وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Yang menasihati,
Abu Harith Aiman Banna (AHAB)
Hukum bagi gelaran Walaun, Walanon, Wahabi dan lain-lain?
Читать полностью…
Dukacita dimaklumkan, bagi yang mengenali Rumawi bin Kasolan رحمه الله, dimaklumkan bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah pada 9.45 hari Jumaat, 28/7/23
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
أَنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى فَمُرْهَا فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ
"Sesungguhnya adalah milik Allah apa yang Dia ambil, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada disisiNya ada jangka waktu tertentu (ada ajalnya). Maka hendaklah engkau bersabar dan mengharap pahala dari Allah."
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan penuh hiba dan redha saya umumkan bahawa ayah saya, Rumawi bin Kasolan telah pulang ke pangkuan yang Esa.
Jenazah akan dimandikan di Masjid Seksyen 7 Shah Alam, pada pukul 9am.
( Maps: https://g.co/kgs/WFiL4M )
Kemudian selepas Zohor akan mula Solat Jenazah beramai-ramai. Mengharapkan fadhilat daripada hadis baginda yang mulia ini:
Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِم يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا، لَا يُشْرِكُونَ بِاللهِ شَيْئًا، إِلَّا شُفِّعُوا فِيهِ
Maksudnya: “Setiap seorang muslim yang meninggal dinia lalu ada 40 orang menyembahyangkan jenazahnya dan mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, maka solat yang mereka lakukan akan memberi syafaat kepada si mayat.”
Hadis Riwayat Muslim (2509)
Solat Jenazah akan dilaksanakan selepas solat zohor di sini. Kemudian, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.
Mohon doakan keampunan dan rahmat buat ayah saya, Rumawi bin Kasolan رحمه الله
Moga Allah ampuni segala dosa ayah saya,
Moga Allah masukkan beliau dalam syurga tanpa hisab.
Saya saksi, ayah saya seorang Muslim yang baik.
Saya ulang kata-kata permata baginda Nabi setelah kewafatan anak lelaki kecintaan baginda bernama Ibrahim, saya ulang untuk ayah tercinta saya:
إن العين تدمع والقلب يحزن، ولا نقول إلا ما يرضي ربنا، وإنا لفراقك يا أبي لمحزونون
Bermaksud:
Sesungguhnya air mataku ini mengalir,
Hatiku pula bersedih hiba,
Tapi tidak pula kami katakan
apa yang Tuhan tidak redha,
Namun sesungguhnya perpisahan
kita ini wahai ayahku,
Kami bersedih hati dan jiwa...
Abah, ini perasaan dan doa kami untuk abah.
Jazakumullahukhairan daripada kami sekeluarga.
- Mujahid Aiman bin Rumawi.
Anak kedua Tuan Rumawi bin Kasolan رحمه الله
.
Jika ini malam terakhirku,
Maafkanlah hamba-Mu ini,
.
Andai tiada ampunan
daripada al-Rahman,
sudah pasti seksa neraka
tema kehidupanku kelak
.
Andai dipilih al-Rahim
untuk dirahmati di sana,
sudah pasti nikmat syurga
tidak dapat dikhayal jiwa
akan menantiku kekak.
.
Rahmatilah,
jangan dikau murkai...
Kumohon kepada Empunya
Surah istimewa al-Rahman.
.
- AHAB
Keliru istilah "seimbang dunia akhirat"
Ada yang faham dengan dia buat maksiat & dosa sebagai dunia, kemudian diseimbangkan dengan buat kebaikan dan ibadah.
Ini keliru - kerana maksiat ialah asbab ke neraka manakala ibadah asbab ke syurga. Takkanlah nak syurga dan nak neraka juga. Wajib tinggalkan maksiat dan taubat nasuha.
Maksud seimbang dunia akhirat ialah: Buat banyak amal ibadah yang fardhu dan sunnah, namun tidak abaikan tanggungjawab di dunia seperti nafkah anak isteri, kesihatan dll.
Depresi?
SEBAB KAU LEMAH IMAN!
Pernah tak rasa macam ini, atau ada orang kata macam ini? Sebenarnya, ramai orang tidak tahu hakikat depresi yang sebenarnya.
Ramai orang yang kononnya 'beragama' mengeluarkan hukuman kepada pesakit depresi dengan...:
- Lemah iman.
- Banyak bermaksiat.
- Balasan azab daripada Tuhan.
- Kurang amal ibadah dan tidak cukup 'islamik'
Akhirnya, datang sebuah buku yang akan menjawab semua mindset mengarut oleh orang seperti ini:
Buku bertajuk:
DEPRESI: HEALING SEBELUM HILANG.
Baca testimoni pembaca buku ini (100% benar demi Allah!):
1. Seorang trauma therapist, memberi testimoni dengan mengatakan:
"Buku healing ini sangat berbeza dengan buku-buku healing yang ada sekarang..."
"Buku ini mesti dimiliki oleh semua orang yang pernah atau sedang diuji dengan segala penderitaan. Penulis bukan sekadar memujuk hati. Penerangannya memulihkan diri tanpa memisahkan jiwa dan jasad."
"Buku ini bukan sekadar buku healing yang memujuk jiwa. Ia menghubungkan semula ilmu psikologi dan ketuhanan yang telah dipisahkan oleh Barat. Juga membuka pintu hati kita untuk pulihkan jasad beserta jiwa dalam keadaan mencintaiNya lebih daripada segala apa yang ada di dunia ini."
2. Seorang wanita yang dipoligamikan secara senyap, tidak sanggup bertemu dengan madunya, dan di-diagnos dengan depresi dan anxiety. Pernah ada self-harm, dan perlu makan ubat psikiatrik.
Selepas membaca buku DEPRESI ini, akhirnya dia sanggup bertemu dengan madunya.
Dia kata:
"Lpas baca bku depresi, saya sedar sesuatu.. hari ni kami try jmpa dan bckp"
"Saya terkesan giler"
3. Seorang pesakit Major Depression Disorder (MDD) yang sudah pun tertahun-tahun lamanya, memberikan respon ini:
"Serius buku ni "MAHAL" nilainya."
"10/10 aku bagi, buku ini WAJIB Wajib Wajib Wajib dimiliki dan dibaca."
__
Marilah dapatkan buku DEPRESI ini segera.
Moga bermanfaat untuk ummah!
Siapa order sekarang, saya akan bagi buku tulisan saya percuma dan button dakwah.
DAPATKAN DI SHOPEE KAMI SEGERA.
https://shope.ee/6AGmzNXOvB
https://shope.ee/6AGmzNXOvB
https://shope.ee/6AGmzNXOvB
PERHATIAN: Buku ini bukan untuk pesakit depresi dan yang disyaki depresi bersimptom sahaja, tetapi untuk mereka yang sedang sedih, susah nak move on, takut masa hadapan, khuatir yang melampau, terikat dengan trauma yang lalu, maka buku ini sesuai untuk anda.
Kerana jika pesakit depresi pun rasa semakin sihat dan tersembuh sedikit sebanyak, maka yang tidak separah pesakit depresi, sudah pasti anda juga mampu sembuh juga insya-Allah;.
Nikmatnya masih diberi peluang hidup pada hari 1 Zulhijjah.
Jom target puasa straight 9 hari di 10 Hari Zulhijjah yang agung ini! Amalan yang istimewa, dibuat pula pada 10 hari yang sangat istimewa di sisi Allah.
Jom! Puasa kerana cintakan Allah!
Moga Allah terima kita menjadi hamba,
Lalu perkenan kita untuk menikmati syurga.
Terlalu banyak membaca, mendengar & melayan kalam manusia di media sosial akan membuatkan kita leka daripada menikmati lazatnya membaca, mendengar Kalam Allah.
Berhentilah sejenak daripada media sosial,
dan tunaikan hak jiwa yang merindui Tuannya.
Bersama Kami Dakwah Tauhid!
Ramai orang masih belum faham tauhid yang sebenar. Ada yang fikir tauhid hanyalah dengan mengucap dua kalimah syahadah dengan lisan sahaja. Namun, hakikatnya ada 7 syarat. Ulama’ kata kalau tak cukup salah satu syarat, tak lengkap. Umpama anak kunci yang kurang geriginya.
Bantu kami sebarkan dakwah tauhid kepada seramai mungkin agar ramai yang tahu 7 syarat ini.
Rujuk poster untuk info bank atau PM saya di 011-5647 6710.
﴿قُل أَفَغَيرَ اللَّهِ تَأمُرونّي أَعبُدُ أَيُّهَا الجاهِلونَ﴾ [Az-Zumar: 64]
Читать полностью…
Seorang Muslim yang mencintai Allah, tahu Allah benci maksiat, dia takkan buat benda yang Allah benci dan tak redha.
Contohnya: pergi concert Coldplay.
Siapa pergi, dia buat maksiat.
Siapa nak pergi, tapi dia ingat Allah,
Dia takutkan azab Allah,
Dia akan dapat pahala BESAR.
Siapa nak pergi, tapi sebab dia takda duit,
Kalau ada duit memang dia akan pergi,
Orang ini dapat dosa.
Konklusi:
Bencilah maksiat,
Ingat segala nikmat
daripada Allah.
Jangan biadap balas nikmat dengan maksiat.
Allah bagi mata,
Tengok maksiat.
Allah bagi telinga,
Dengar maksiat.
Allah bagi hati,
Pakai untuk zina hati.
Ittaqullah!
Bertaqwalah kepada Allah.
- Abu Harith Aiman Banna.
Kalau sedang berpuasa sunat, tiba-tiba isteri minta nak bersama, atau suami minta; adakah teruskan berpuasa atau tunaikan kehendak pasangan?
Jawapan:
Tunaikan kehendak pasangan, kerana terdapat pahala yang besar bagi mereka yang tunaikan kehendak syahwat pasangannya. Lagi-lagi boleh menjaganya dari perkara yang haram.
Begitu juga suami yang sedang berpuasa sunat, isteri pulak kata dia nak bersama waktu siang berpuasa...
Maka bukalah puasa, dan tunaikan kehendak isteri.
Tadabburlah ayat ini:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Moga Allah kurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumah tangga para muslim sekalian.
Amin.
- Abu Harith Aiman Banna.
Nota: sakinah, mawaddah dan rahmah tu bukan nama 3 orang perempuan, tetapi sebagai doa agar bahagia.
Orang yang saya nasihat 2 tahun lepas itu, ialah orang yang faham tauhid, dia jaga tahajud dia, dan dia faham zikir pagi dan petang dia. Dia dan beberapa orang lagi memang turun kelas perjumpaan untuk belajar Arab dan makna solat dan zikir. Ini semua inshaAllah akan membantu sangat-sangat.
Jadi kalau ada yang berminat nak join kelas “Bahasa Arab Penghayatan Bacaan Solat dan Zikir Harian” ini, boleh PM saya: “Nak join kelas BA”. InshaAllah kelasnya berbayar, sebab ada handbook & slideshow & quiz, dalam RM50 sebulan. Kalau berminat nak early bird, PM sahaja saya. First come first serve.
Ok dah dah, itu sahaja penjelasan kelas.
Saya tak tahu apa cara lagi nak jelaskan tentang ini melainkan kelas.
TAPI, kalau kamu tidak mahu join kelas pun takpa…
Buat ja 3 tadi.
1. Belajar tauhid dengan guru yang benar.
2. Jaga tahajud, dan faham makna bacaan solat.
3. Jaga zikir pagi petang, dan faham maknanya.
Ketiga-tiga ini jika kamu buat, INSHAALLAH, akan ada perubahan dalam hidup kamu, terutamanya dalam bab pornografi ini inshaAllah.
Itu sahaja perkongsian dari saya.
Saya doakan kamu berjaya tinggalkan pornografi,
Dan berjaya istiqamah sehingga jejak Firdausi.
Barakallahufikum.
- Abu Harith Aiman Banna.
Cara berhenti PORNO?
Ada yang bertanyakan kepada saya, berkenaan kecanduannya, ketagihannya dengan dosa pornografi.
"Salam tuan, saya nak bertaubat untuk melihat porn, boleh buatkan status cara mencegah dan kuatkan iman, saya dh byk kali off and on porn tapi masih tak dpt berhenti secara kekal, mohon tuan doakan saya dan berikan tips dlm status seterusnya agar ramai dpt manfaat syukran."
Pertama sekali, saya berdoa kepada Allah al-Karim, pemilik Arasy yang Azim, agar dikurniakan kepadamu kemanisan iman bak coklat Daim, istiqamah atas Islam hingga jejak al-Naim. Moga dikuatkan, dibantu dirimu untuk meninggalkan dosa ini sebelum roh tidak lagi bersatu dengan jasad.
InshaAllah saya jawab soalan ini, berdasarkan pengalaman seorang penanya 2 tahun yang lepas, yang berada dalam situasi yang sama seperti kamu.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, jawapan saya dan nasihat saya itu bermanfaat buatnya dan dia telah meninggalkan porno dengan sangat lama, bahkan bila keseorangan, nak buka website pornografi pun dia tak berani buka. Sehingga tahap ternampak iklan perempuan pun dia tak berani, bahkan netflix dan movie pun dia tinggalkan, apatahlagi pornografi yang tema utamanya ialah maksiat dan zina. Ini semua dengan izin Allah dan bantuan Allah.
Nasihat saya sebenarnya simple, dan tidak complicated, cuma kena faham betul-betul dan buat dulu, dan kalau gagal, bangkit semula dan usaha lagi sampai boleh istiqamah.
Mungkin jika saya berikan jawapan yang sama kepada kamu, dan nasihat yang sama, mungkin ia menjadi asbab kamu boleh meninggalkan pornografi secara kekal selepas ini inshaAllah.
Baik, sekarang kita terus masuk kepada nasihat bagaimana meninggalkan pornografi:
Kenapa kamu tengok porno?
Jawab soalan ini.
Jawapannya mungkin seperti yang berikut:
1. Seronok tengok ajnabi yang cantik
2. Suka tengok orang bogel, berzina.
3. Syahwat dan nafsu mengajak kuat
4. Terangsang dan nak lepaskan nafsu.
5. Biar tengok porno daripada berzina.
6. Tidak kacau hidup orang lain.
7. Sebab duduk seorang diri.
8. Trend, ramai je tengok porno.
9. Nak belajar cara berjimak.
10. Macam-macam lagi alasan.
Apa-apa pun alasan kamu, sudah pasti kamu yakin dalam hati kamu bahawa pornografi ini HARAM.
Oleh itu, saya tak nak bagi solusi secara saintifik, atau dari segi psikologi itu ini, atau tips pakai apps itu ini, atau tips kalau tengok porno, kena sedekah duit ke masjid... Tak, tak. Bukan tips macam ni.
Orang yang saya nasihatkan 2 tahun lepas itu hanya pegang 3 nasihat ini sahaja. Saya bagi bentuk poin, nanti kita huraikan:
1. Tauhidkan Allah.
2. Jaga solat tahajud.
3. Jaga zikir pagi petang.
Ok, mungkin sekarang kamu rasa macam:
"Biar betul mamat ni bagi solusi cam haram, apa gila 3 poin dia ni. Macam poyo ja. Acah islamik betul!"
Hehe, memang poyo pun.
Tapi belum cuba belum tahu.
Relax, meh saya jelaskan satu persatu.
1. Langkah pertama ialah: TAUHIDKAN ALLAH.
Kenapa langkah pertama ini penting?
Sebab inilah rahsia terbesar untuk meninggalkan apa-apa sahaja maksiat.
Tauhid di sini boleh difahami dengan meng-AGUNG-kan Allah dengan selayaknya Allah diagungkan.
Cuba fikir balik, kenapa kamu tengok porno?
- Sebab kamu bersendirian, tiada siapa di sekeliling.
Cuba kalau ada ibu ayah kamu di dalam bilik, adakah berani kamu buka phone dan melayan porno? Sudah pasti tidak!
Tapi apabila kita mentauhidkan Allah, kita mengagungkan Allah, kita yakin bahawa ALLAH SENTIASA MELIHAT. ALLAH MAHA MENDENGAR. ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Bila kita yakin perkara ini, walaupun kita berseorangan dalam bilik, phone ada di tangan, tinggal nak buka sahaja website lucah, kita akan berhenti sebab walaupun tiada ibu ayah atau kawan dalam bilik, tapi YANG MENCIPTAKAN ibu ayah dan kawan iaitu ALLAH, sedang melihat perbuatan kita. Mengetahui segala perbuatan kita; apa yang dilihat, apa yang dibuka dalam phone, apa hati kita rasa, apa otak kita fikir… Semua ini Allah tahu.
Tidak cukup sekadar tahu Allah melihat, mendengar dan tahu.
Tauhid Allah yang seterusnya ialah apabila menyedari bahawa segala NIKMAT atas muka bumi ini semuanya daripada Allah.
Tips berhadapan dengan awam yang kita dah sampaikan hujah, dia meroyan dan marah-marah kata kita bodoh dan jahil?
1. Maafkan dia.
2. Dia tak tahu, tapi dia semangat dengan apa yang dia rasa benar, maka orang seperti ini doakan hidayah ilmu dan amal buat mereka, inshaAllah lepas dia jadi alim, dia boleh jadi pejuang Islam yang baik.
3. Objektif dakwah ialah sampaikan sahaja dengan hikmah, manakala respon dan penerimaan orang yang didakwah bukan KPI kita. Itu hidayah, di tangan Allah sahaja.
4. Kalau kita kecewa orang marah dan tolak dakwah kita, maka sebenarnya kita nak buat makhkuk gembira atau nak Allah redha? Kalau betul nak Allah redha, manusia maki hamun, manusia sedunia tolak kita, kita tak kisah sebab Allah tahu cinta kita kepada-Nya dalam hati kita dan kita buat untuk Dia.
5. Bersabarlah, itulah adat dalam berdakwah.
6. Bersyukurlah, kerana Allah telah berikan kau hidayah ilmu dan kefahaman agama, dan kau boleh beramal dengan menyampaikan dakwah. Tanpa petunjuk dan rahmat Allah, kita mungkin lebih teruk dari orang yang memaki kita itu. Kita faham sebab Allah bantu dan rahmati, bukan sebab hebatnya diri sendiri.
7. Janganlah berdakwah kalau tak nak kena maki, kalau nak kena puji juallah aiskrim mochi.
- Abu Harith Aiman Banna.