Kita melangkah dalam kegembiraan,
Bagaikan dunia ini akan berkekalan,
Tujuan hidup terus dilupakan,
Dan kaki ini semakin menuju ke lembah pengakhiran.
Setidaknya kita mengimpikan syurga,
Namun hakikat kaki masih lagi di lubuk dosa,
Yang kadang kita terlalu alpa dengan dunia,
Kenikmatan dan keasyikan dunia,
Membuatkan kita terus leka.
Kata orang sini dan orang sana,
Bahawa dunia ini semakin dekat dengan kiamat,
Sekejap kita menjadi baik seperti malaikat,
Sekejap kita menjadi jahat bagaikan syaitan durjana.
Teruskan berusaha mendekatkan diri dengan Allah,
Mungkin dengan cara berusaha itu
Allah akan permudahkan pengakhiran hidup kita.
Kita tidak tahu pengakhiran kita seperti apa,
Tapi kita tahu
Jika kehidupan kita sentiasa dekat dengan Allah,
In shaa Allah pengakhiran hidup kita juga begitu.
Teruskan berjalan walau dalam kegelapan,
Mungkin di tengah-tengah itu nanti
Akan ada cahaya yang membawa diri untuk pergi,
Dan mungkin cahaya itu menjadi sinar kebahagiaan.
@akakpuisi
“Adakah aku tergolong sebagai wanita dambaan syurga?”
🌸🌸🌸🌸🌸
*Sharing Session*
“Khaulah Al-Azwar”
_HARI : KHAMIS_
_TARIKH : 11 FEB 2021_
_MASA : 9.00 MALAM_
*APA YANG BAKAL DIKUPAS?*
Kisah sirah Khaulah Al-azwar, serikandi yang digelar Bidadari Besi atas sebab semangat kepahlawanan yang tinggi di medan perang!
✨Slot Menarik:-
Movie Digest
Boleh isi Google Form :-
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf-vDxCuYleSnG5v_GpCe_G3PoORWO4huXsvpz3e0nCE7SNaQ/viewform?usp=sf_link
Ready jam 9.00
Sebarang Persoalan :-
Hubungi 📞Sis hanis
http://wasap.my/60148202077
"Dan bersabarlah kamu (Muhammad) bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari dengan mengharap keredaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."
[surah 18 al-kahfi, ayat 28]
we don't have to be the best,
but we have to be the first.
because the first is the best!
-HalaqahSharing🌹
@akakpuisi
Assalamualaikum dan hai semua. Saya nak tanya ada yang berminat nak join halaqah? This programme under YOSH tau 😍 memang menarik gila program. Banyak ilmu korang akan dapat. Bukan setakat agama je tapi how to live your live in a better way. This programme opened for girls . If you guys interested do dm me @nrlniss okay 😉
Читать полностью…😇
Peritnya sebuah kesabaran. Apabila kita sering menahan sabar dengan perkara yang berulang-ulang kali berlaku.
Tentang sabar, tiada siapa boleh tahu berapa tingginya tahap kesabaran seseorang itu. Kerana sabarnya dia. Dia menyimpan seribu satu luka yang tidak pernah orang lihat.
-akakpuisi
😔
Boleh jadi kesedihan yang kita hadapi sekarang, adalah jalan menuju kebahagian yang Allah telah sediakan.
-akakpuisi
👥
Manusia kan,
Lebih suka berlumba-lumba untuk mengejar harta,
Berbanding mengejar pahala.
Konon sungguh gah dengan harta yang ada,
Tapi dia tersilap dengan apa yang dia punya,
Harta pinjaman sementara dunia,
Pahala berkekalan hingga ke syurga.
Nauzubillah minzalik,
Minta Allah jauhkan kita dari sikap sedemikian.
Bersyukurlah dengan apa yang ada,
Kerana rezeki kita semua berbeza.
Alhamdulillah untuk nikmat dan rezeki yang ada❤️
by,
| Sun 7 March | akakpuisi |
🔊 *🔊Perhatian kepada semua pelajar KUIM🔊* 🔊
*Sharing Tips Pembelajaran Secara Dalam Talian Khas Bersama TUAN AB. WAHID BIN SULAIMAN ✨✨*
_HARI : AHAD_
_TARIKH : 28 FEBRUARI 2021_
_MASA : 9.00 MALAM_
APA YANG BAKAL DIKUPAS?
“Kenapa aku dah susun jadual dengan baik tapi masih banyak yang tertangguh?”
Dah cuba bermacam cara dalam pengurusan masa tetapi masih tak jumpa jalan penyelesaian?
Jangan buntu, kami ada berita baik untuk anda semua! bersama kita mengkaji rahsia dan tips pembelajaran secara dalam talian‼️
Ayuh sertai kami, isikan Google Form :-
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScovCLzCRdlRREjy_wGncDSahUpPsUA6pW3RxGJePzhcv09wA/viewform?usp=sf_link
Group ws;
https://chat.whatsapp.com/KLXs71IIEEvDVwcxSlnHYG
Ready jam 9.00
Sebarang Persoalan :-
Hubungi 📞Sis Hanis
http://wasap.my/60148202077
Khaulah Al-Azwar💚
kehebatan dan keberanian diri engkau,
telah menjadi contoh terbaik untuk kami,
engkaulah wanita yang kami kagumi,
kehandalan engkau dalam berjihad,
membuatkan hati-hati kami ingin ikut serta,
tapi kami mengaku kami ini lemah,
berbanding dengan engkau yang gagah!
wahai Khaulah Al-Azwar,
sungguh kami kagum dengan dirimu,
sungguh kami ingin turut sama sepertimu,
sungguh hati kami berbisik untuk berani sepertimu,
tapi kami tahu yang kami tidak mampu,
kehebatan dan keberanian mu luar biasa,
yang tidak dapat kami tandinginya,
jadi kami hanya mampu berusaha,
untuk menjaga maruah diri sebagai seorang wanita.
Khaulah Al-Azwar,
moga bertemu kita di Syurga Allah💚
@akakpuisi
"Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini kepada beberapa golongan; di antaranya ada orang yang soleh dan diantaranya ada yang tidak sedemikian. Dan kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik dan (bencana) yang buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)."
[surah 7 al-A'raf, ayat 168]
KELAS KITAB FIQAH ONLINE📚 (PERCUMA).
Menyahut seruan PKP 2.0, Kelas pengajian Kitab Fiqah📚 secara percuma, terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berminat ☺️
Tiada sebarang yuran, tidak perlu datang ke kelas fizikal, hanya belajar secara online melalui smartphone/laptop anda.
Butiran kelas seperti di bawah ini 👇🏻👇🏻
📅 HARI : Isnin, Selasa & Rabu
🕛 MASA : 5 pm sehingga 5.45 pm
📲 PLATFORM : Google Meet
Jika anda berminat sila link di bawah ini👇🏻👇🏻
https://chat.whatsapp.com/EHrlmrxXsy99Gxu5npuOYn
🤓
FORM 5 PRO MAX
Untuk adik-adik yang bakal memasuki sekolah esok. Moga Allah swt permudahkan urusan kalian dalam menuntut ilmu. Moga kamu semua dalam lindungan Allah swt.
Rasa mahu mengalah, tapi kamu kena tahu. Batch kamu adalah batch yang kuat! Sebab itu Allah uji kalian dengan menangguhkan peperiksaan. In shaa allah, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan give up ok?!
Patuhi SOP yang telah ditetapkan tauu!!!🥰 Stay safe and take care semuaa!!!🥰
akakpuisi doakan kalian semua berjaya dalam peperiksaan SPM🤍
Allahumma Aamiin🥰✨
yang ikhlas;
-akakpuisi
💗
Kita memang berada di bumi yang sama,
Namun rezeki yang Allah beri itu mungkin berbeza.
@akakpuisi
💐
Kesilapan kita hanya sekali,
Akan tetapi orang memandangnya berkali-kali,
Manakala kebaikan kita berulang kali,
Tapi tidak sesekali dihargai.
-akakpuisi