Amalan sunat yang dilakukan pada hari jumaat.
Mari sama-sama kita lakukan! 🦋
🌼. Memotong kuku
🌼. Mandi sunat
🌼. Membaca surah al-kahfi (paling tidak 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir)
🌼. Perbanyakkan bersedekah
🌼. Memakai pakaian yang elok
🌼. Memakai wangi- wangian (bagi lelaki pakai cukup sebagai keperluan, supaya tidak mengganggu jemaah lain. dan bagi wanita, jangan memakai berlebihan)
🌼. Perbanyakkan zikrullah dan doa
🌼. Berselawat
🌼. Hadir awal ke masjid (bagi lelaki untuk solat jumaat)
🌼. Perbanyakkan solat sunat
@akakpuisi
🌼Tentang Hati
🌼Hargai
🌼Ketulusan Cinta
🌼Persahabatan
antara 4 ni, korang suka yang mana? 🥺
Assalammualaikum semua! 🦋
Kalau rajin, scroll la sampai atas. Baca puisi-puisi lama dari akakpuisi☺️ Mana tahu, ada yang sesuai untuk situasi kamu🥺❤️
Amalan sunat yang dilakukan pada hari jumaat.
Mari sama-sama kita lakukan! 🦋
🌼. Memotong kuku
🌼. Mandi sunat
🌼. Membaca surah al-kahfi (paling tidak 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir)
🌼. Perbanyakkan bersedekah
🌼. Memakai pakaian yang elok
🌼. Memakai wangi- wangian (bagi lelaki pakai cukup sebagai keperluan, supaya tidak mengganggu jemaah lain. dan bagi wanita, jangan memakai berlebihan)
🌼. Perbanyakkan zikrullah dan doa
🌼. Berselawat
🌼. Hadir awal ke masjid (bagi lelaki untuk solat jumaat)
🌼. Perbanyakkan solat sunat
@akakpuisi
@akakpuisiBot
apa-apa nak luah, minta nasihat, tips, sembang, suggest tajuk puisi or apa-apa lah😂
akakpuisi ada disini.
Marilah sembang dengan akakpuisi melalui bot
@akakpuisiBot
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
لِّـكَيْلَا تَأْسَوْا عَلٰى مَا فَا تَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوْا بِمَاۤ اٰتٰٮكُمْ ۗ وَا للّٰهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَا لٍ فَخُوْرِ ۙ
"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Al-Hadid 57: Ayat 23)
Korng bole join channel ni, channel ni banyak share quotes yang bermanfaat🤩 Mesti korng suka😋
Читать полностью…hey,
untuk kamu
jangan kecewa lama-lama,
kamu itu masih berharga untuk semua
kamu juga masih berguna pada mereka.
mungkin kerana kamu sedikit tertekan,
akan situasi yang buat kamu hilang kawalan,
kamu masih diperlukan,
dan masih ramai lagi yang menyayangi diri mu.🤍
-akakpuisi-
TIPS BELAJAR ✨
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
🐣Kita ingat 10% apa yang dibaca
🐣Kita ingat 20% apa yang didengar
🐣Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
🐣Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
🐣Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
🌻Tampal nota-nota penting di dinding
🌻Gunakan kaedah akronim
🌻Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
🌻Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
info dari;
Dr Fadhilah Kamsah🦋
doa yang dibaca oleh @neelofatelegram 🤲🏻❤️ boleh share, boleh buat wallpaper juga ✨💕
Читать полностью…Alhamdulillah☺️ Moga Allah izinkan lagi untuk akakpuisi menulis puisi-puisi. Moga lebih ramai lagi dapat manfaat dari kata-kata akakpuisi🥰
Terimakasih pada subs akakpuisi, dari mula-mula akakpuisi tubuhkan channel ini. Sehinggalah sekarang🥺 Terimakasih kepada yang sudi ada disaat susah senang akakpuisi. Terimakasih kepada yang sudi beri semangat untuk akakpuisi teruskan lagi menulis.😭❤️
akakpuisi sayang semua subs!🤍
hai korng, meh cadangkan tajuk yang sesuai dengan video ni. akakpuisi nak buat puisi 🙊 ada mood nak menulis, tapi tak ada idea pula 🥺
Читать полностью…kalau kita dah tegur kawan kita pasal ikhtilat, pasal aurat tapi dia masih sama je, ada beberapa perkara yang kak ketul nak pesan:
1. tahniah sebab awak berani mencegah dengan lisan.
2. boleh teruskan tegur tapi kalau dah tanak tegur, jangan putus doakan dia
3. HIDAYAH ITU MILIK ALLAH, awak tak boleh nak expect kawan awak berubah dengan teguran awak. Allah je yang boleh bagi hidayah kat dia, dan Allah ada banyak cara nak bagi kalau Allah nak bagi.
dan kalau awak jadi asbab hidayah kawan awak tu alhamdulillah la, tapi kalau bukan, teruskan doa untuk dia moga dia berubah dan hijrah.
jangan pening pening fikir pasal orang sangat sebenarnya, cuba kita cek diri masing masing, cek family kita dulu, baru orang luar (kawan).
okay? hee 💕
teruntuk kamu,
moga sentiasa dalam jagaan Allah swt✨
mungkin aku dan kamu tidak saling mengenali. tapi kamu akan sentiasa ada dalam doaku.🦋 kerana mungkin nanti kita akan bertemu🥺 mungkin tidak ditakdirkan ketemu disini, dan mungkin ditakdirkan ketemu di SANA🤍
moga kamu diberikan kesihatan yang baik, untuk meneruskan lagi kehidupan seperti biasa. dan moga kamu istiqomah dalam menjaga hubungan dengan Allah swt.💐
jaga diri baik-baik, ya?
jaga hubungan dengan Allah dan makhluk juga, ya?!
salam sayang dari akakpuisi,
untuk kamu yang sedang baca!🍀
assalammualaikum semua!
kalian apa khabar?
moga sentiasa dalam jagaan Allah swt selalu, ya? ✨
Ramadhan semakin hampir. Adakah kalian sudah menyiapkan diri untuk bertemu lagi di bulan Ramadhan?
akakpuisi tahu, mesti kalian sedang tidak sabar akan kedatangan bulan Ramadhan🥰 dan sudah semestinya, kita rindukan suasana Ramadhan🥺❤️ terawih di masjid /surau sama-sama kan😭🤍 moga nikmat seperti dulu itu kembali semula pada tahun ini. Allahumma Aamiin🥺🦋
jom comment kat bawah ni, apa target korang untuk Ramadhan pada tahun ini. 😆
Nak taddabur sedikit dari ayat ni, contoh andaikata kita dapat keputusan yang teruk. Jangan kita bersedih hati. Sebab apa yang kita dapat itu tentu ada hikmahnya. Mungkin kita kurang dalam membuat ulangkaji atau sebagainya. Dan seterusnya, andaikata kita dapat keputusan yang sangat baik. Jangan terlalu gembira sehingga wujudnya riak, sombong, bangga dan lain-lain. Kerana sifat-sifat ini Allah tidak menyukainya. Jadi, kita perlu jauhkan diri daripada sifat sedemikian.
Kalau datangnya sifat-sifat seperti itu. Rasa perasaan bersedih hati terlalu lama, banggakan diri, riak dan lain-lain. Cepat-cepatlah kita istighfar kepada Allah. Dan jadi ia perlukan kesabaran pada diri supaya tidak sedih berlebih-lebihan dan tidak bergembira berlebih-lebihan sehingga wujudnya sifat riak.
Nauzubillah minzalik.
Minta Allah jauhkan kita dari sifat-sifat sedemikian. 😔🤍
Wallahualam
disebalik langsir pada jendela,
ada luka yang dipendamkan oleh seorang hamba,
luka yang disembunyikan bersendirian,
agar orang menganggap dia sentiasa dalam kebahagiaan.
kadang reaksi di wajah
tidak sama seperti di hati,
mungkin di wajah tampak penuh bahagia,
namun di hati hanya dia saja yang tahu.
apa yang engkau sedang fikirkan di minda?
adakah ia penuh dengan masalah?
atau ia menjadi tanda tanya pada diri?
atau ~
adakah ia menjadi asbab kau murung sebegini?
iya,
orang hanya mampu menjadi pendengar,
tapi tidak mampu merasai sakitnya diri kita,
kerana ujian kita semuanya berbeza-beza.
mungkin,
tatkala ini kau sedang bergembira,
dan ada yang sedang berdukacita,
kerana semua yang hidup,
ada jalan cerita yang tersendiri.
mungkin hari ini,
di muka surat yang baru,
kau jalani kehidupan dengan bahagia,
mungkin dikemudian hari,
kau menjalani kehidupan dengan derita;
Kerana setiap orang,
punya jalan ujian yang tersendiri,
yang kita sendiri tidak tahu,
ujian itu seperti apa(?).
Jadi, tabahkan diri. 🦋
/channel/akakpuisi
Salam Israk dan Mikraj ✨
Moga kita semua dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat❤️
Moga kita semua dalam jagaan Allah swt🤍
Aamiin🌻
🦋-akakpuisi-
📝 Hai Semua✨
Apa khabar ? Moga sentiasa dalam jagaan Allah swt , ya. 🤍
👤 Hye ❤️ alhamdulillah sihat je
👤 Haihai🌻 alhamdulillah sihat💜🦋
👤 Haiii
👤 Hai
👤 hai ") saya kecewa, hidup seperti tidak berguna :(
👥 5 people have voted so far.
📖 Anonymous Board