7589
ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan , itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha . open paid review pm ; @latairmax
is this the way “mengikhlaskan” ?
“Ya Allah, jagalah dia dalam setiap langkah yang tak lagi mampu aku saksikan . permudahkan urusannya, matangkan fikirannya dan bahagiakan hidupnya . jika bukan dia takdirku, ajarkan aku reda. Jika masih ada takdir untuk kami, temukanlah kami kembali dalam versi yang lebih baik. Aamiin. 🤍”
Ya Allah, hadirkan rezeki tanpa kehilangan, tanpa musibah, tanpa kesedihan dan tanpa mengorbankan kesihatan, kebahagiaan serta ketenangan hidupku.
Jadikan rezeki ini asbab rumah tanggaku lebih bahagia, hidupku lebih tenang dan aku semakin dekat dengan-Mu.
Allahumma barik li fi rizqi, wa zidni min fadhlik.
Buka kertas soalan:
'Rabbi yassir wala tu'assir wa tammim bil khair.
Ya Allah kau permudahkanlah segalanya.'
Ya Allah, Ya Jabbar Laillahailla anta subhanaka inni kuntum minnazholimin.
Innama amruhu idza araada syai’an ayyaqula lahu kun fayakun.
semoga Al-Jabbar ku menembus langit.
Aamiin 🥹
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Allahumma astur ‘awrātī, wa āmin raw‘ātī.
Maksud: “Ya Allah, tutuplah aibku dan amankanlah aku daripada perkara-perkara yang aku takuti.”
Bismillahirrahmanirrahim,
Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razak, Ya Ghani, Ya Mughni, Allahumma inni as'aluka RM5000 & Sale RM500 halalan bil afiyah fiddunya wal akhirah. Rezeki yang datang dari jalan yang halal dan tak disangka-sangka, tanpa kehilangan, tanpa kesedihan, tanpa harus menukar kebahagiaan dengan apa pun, cukup rezeki yang berkah, hidup rumah tangga lebih tenang dan bahagia. Amiin ya Allah
Allahumma allif baina qulubina, wa aslih dzata bainina.
Artinya:
"Ya Allah, satukanlah kembali hati kami dan perbaikilah hubungan di antara kami."
°.• CHELOT (2026)
hai ada yang belum tengok cerita ni tak , meh sini beli movie ni dengan rin ;
rating: ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
harga: RM 3 sahaja 💸
✅ English Subtitle (MALAYSUB)
ni hd tauu , bukan record
feedback ; @moviebyrin
if berminat pm @rinnnm
Ya Allah, Ya Jabbar..
Jadikanlah sisa tahun ini giliran aku untuk meraih segala yang selama ini aku usahakan. Menangkanlah aku kali ini dalam setiap perkara yang sedang aku perjuangkan. Sungguh, terlalu besar harapan aku untuk perjalanan kali ini. Setelah segala yang telah dilalui, aku hanya ingin melihat usaha berbuah hasil, doa menjadi kenyataan dan air mata berganti dengan kebahagiaan.
Ya Allah, aku begitu mencintai hambaMu yg satu ini. Aku percaya dengan Mu Ya Allah kerana kau benarkan aku untuk berdoa untuknya. Kurniakanlah setiap kebaikkan daripadaMu untuknya Ya Allah. Pertemukanlah kami di versi terbaik kami. Aku percaya kau akan makbulkan permintaanku satu hari nanti tapi sehingga hari itu tiba aku akan sabar menunggu dan lindungi serta jaga dia Ya Allah. Izinkan diriku untuk mencintainya kerana dia menjadi asbab aku ingin dekatkan diriku kepada Mu Ya Allah
Читать полностью…
Ya Allah, jadikanlah kami dua hati yang saling memahami, bertoleransi dalam perbezaan, saling menguatkan dalam kesusahan dan tidak pernah berhenti memilih satu sama lain, dalam suka mahupun duka. Semoga kami bukan sekadar dipertemukan untuk saling mencintai, tetapi juga dipilih untuk saling menemani hingga ke akhir hayat. Aku tidak meminta cinta yang sempurna, cukuplah cinta yang Engkau redhai, yang membawa kami semakin dekat kepada‑Mu hingga ke syurga‑Mu. Amin Ya Rabbal Alamin.
Читать полностью…
Ya Allah. Ya Latif. Tuhan yang Maha melembutkan hati seseorang. Tuhan yang mampu membolak balikkan hati seseorang. Lembutkan hati si dia ya Allah. Bukakanlah hati si dia untuk melihat sisi baik ku ya Allah. Hilangkan segala salah faham, buruk sangka atau keburukan yang si dia lihat pada ku ya Allah. Tunjukkan siapa diri ku sebenar ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang memegang hati manusia. Aamin aamin ya rabbal alaminn.
Читать полностью…
Ya Allah, berikanlah yang terbaik dalam segala hal yang aku tunggu. Saat hati ini resah menanti sesuatu yang belum pasti, aku tetap yakin bahwa setiap penantian yang disertai doa tidak akan sia-sia. Jika bukan hari ini Engkau kabulkan, pasti ada waktu terbaik yang Engkau pilih untukku.
Maka tenangkanlah hatiku dalam sabar dan kuatkan
keyakinanku, bahwa takdir-MU senantiasa lebih indah dari apa yang aku rencanakan.
Ya Allah, 🤲🏻🤍
Untuk bulan yang bakal datang, saya tak minta kehidupan yang sempurna. Cukuplah Kau hadirkan ketenangan dalam hati, kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, urusan yang dipermudahkan dan kebahagiaan yang selama ini princess impikan.
Ya Allah, jika masih ada doa yang belum Kau makbulkan, jangan biarkan hati ini hilang harapan untuk terus meminta kepada-Mu . jika ada air mata yang masih perlu mengalir, gantikanlah ia dengan senyuman .
power gila ek doa “ Ya allah lindungi aku daripada kebingungan & kesedihan yang berpanjangan”. sumpah eh, serta merta Allah tunjuk kebenaran & hati pun lapang je menerima . terus ikhlas, lepas & tuntas
Читать полностью…
Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq, Ya Ghani, Ya Mughni,
Allahumma inni as’aluka rezeki sebanyak RM20,000 sebulan melalui TikTok Affiliate Level 7, rezeki yang halal, luas, berkat dan berpanjangan.
Ya Allah, jadikan video-videoku viral dan masuk FYP, hadirkan pelanggan yang ramai dan permudahkan setiap urusan jual beli.
Kurniakan aku rezeki untuk melangsaikan hutang, memberi kesenangan kepada keluarga, membawa keluarga menunaikan umrah dengan Emirates dan mengembara melihat dunia
Student to Student,
Let's normalizekan untuk:
Masuk dewan:
'Ya Allah permudahkan urusanku hari ini, sesungguhnya aku telah berusaha dan cuba yang terbaik sepanjang semester ini, kau permudahkan urusanku untuk menjawab kertas ini dengan sempurna.'
Duduk depan paper:
'Allahumma inni asaluka dipermudahkan untuk menjawab soalan, setiap jawapan memberi kepada markah, dan idea yang mencurah curah.'
"Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala"
13,14,15 setiap bulan Islam bagi yang berkemampuan.
Jom esok Isnin, Selasa, Rabu (13-15 Jamadilakhir) bersamaan 23-25 November 2026
jangan takut berkongsi rezeki dengan keluarga. kadang-kadang apa yang kita keluarkan dengan ikhlas, Allah gantikan dengan rezeki yang tak disangka-sangka. ❤️
Читать полностью…
jahatkan dah buat orang hancur hilang arah dan korang boleh hidup bahagia atas derita orang lain. semoga korang berdua takkan jumpa kebahagiaan korang hancur sehancurnya lah kehidupan korang.
Allahumma Ya Jabbar, ijbur qalbi, wansurni 'ala man zalamani, wa rudda ilayya haqqi, wakfini syarra man azani.
"Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, pulihkanlah hatiku, bantulah aku menghadapi orang yang menzalimiku, kembalikanlah hakku dan lindungilah aku daripada kejahatan orang yang menyakitiku."
student to student,
Let's normalizekan untuk baca doa sebelum mula study walaupun just siapkan assignment.
'Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kau permudahkan uruskanku untuk menyiapkan tugasanku hari ini, kau kurniakan aku idea yang mencurah curah, dan isi jawapan yang memberikan aku markah yang tinggi.'
Semoga takdir kali ini membawa lebih banyak berita baik, rezeki yang tidak disangka-sangka dan kebahagiaan yang selama ini aku nantikan.
Ya Allah, jika selama ini aku banyak diuji, izinkanlah kali ini aku pula merasa indahnya sebuah kemenangan.
kamu tidur dengan seluruh dosamu ,tapi Allah menjaga nyawamu sampai kamu bangun Subuh . itu bukan keberuntungan . itu murni Rahmat yg diberikan Allah untukmu . what a beautiful reminder. 🥹
Читать полностью…
Ya Allah cukupkan lah aku dengan rezekiMu yang halal, dan jauhkan lah aku dengan rezeki yang haram . kayakan lah aku dengan anugerahMu, sehingga aku tidak meminta dan mengharap kepada selain dariMu
Читать полностью…
Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razak, Ya Ghani, Ya Mughni, Allahumma inni as'aluka Rm 5000 & Sale Rm 500 halalan bil afiyah fiddunya wal akhirah. rezeki yang datang dari jalan yang halal dan tak disangka-sangka, tanpa kehilangan, tanpa kesedihan, tanpa harus menukar kebahagiaan dengan apa pun, cukup rezeki yang berkah, hidup rumah tangga lebih tenang dan bahagia. aamiin ya Allah
Читать полностью…
Kalau berdoa nak jadi kaya, doa lah dengan cara begini 🤎
"Ya Allah, jadikan aku kaya. kaya yang Engkau redha, kaya yang membuatkan aku senang untuk bersedekah dan berinfaq, kaya yang membuatkan aku semakin tunduk sebagai hambaMu, kaya yang membuatkan aku semakin mensyukuri segala nikmat yang Engkau beri, kaya yang menjauhkan aku dari sifat sombong, kaya yang boleh membuatkan menuju syurga Mu Ya Allah "
Sebaik-baiknya kekayaan adalah harta yang di gunakan ke jalan yang Allah redhai.
Ya Allah, jadikanlah aku termasuk di antara perempuan-perempuan yang beruntung di dunia dan akhirat.
Perempuan yang baik hatinya, sihat jasmani dan rohaninya, bahagia hidupnya, serta berkecukupan rezekinya.
Jadikanlah aku perempuan yang sentiasa disayangi dengan tulus, diperjuangkan dengan sungguh-sungguh, dimuliakan, dihargai, dijaga dan dibahagiakan.
Ya Allah, bahagiakanlah setiap wanita yang sedang berjuang dalam diam . lapangkan hatinya, permudahkan urusannya, cukupkan rezekinya dan gantikan setiap kesedihan dengan kebahagiaan yang tidak disangka-sangka.🤲🏻
Читать полностью…
Dah seminggu aku konsisten solat sunat qobliyah subuh + subuh tanpa skip . MashaAllah , macam macam rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Demi Allah . Harihari aku sepanjang seminggu ni smooth je , rezeki yang Dia bagi bukan hanya bentuk duit tapi dari macam macam berita baik , macam macam lah . Indah nya jaga subuh . Semoga Allah kuatkan iman aku untuk takjemu solat .
Читать полностью…