20480
Assalamualaikum. Selamat datang ke saluran Telegram Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, setiap minit kami cuba mendapatkan info yang Pantas dan Mutakhir. #SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin
Gaza semakin 'mengecil'. Yellow-line yang menandakan kawasan selamat untuk rakyat Gaza semakin mengecil dan telah ditandakan orange-line pada 23 Jun 2026. Kawasan penempatan Gaza yang seluas 53% daripada Semenanjung Gaza pada Oktober 2025 kini hanya tinggal 35% daripada keseluruhan Gaza.
Semakin kecil, penempatan semakin sempit, mudah menjadi sasaran Israel laknatullah dan penyebaran penyakit-penyakit berjangkit. Inilah realiti di Gaza ketika ini.
Sumber: TRT World
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Keadaan harian di khemah-khemah pelarian di kem Jabalia, Gaza yang berhampiran dengan Yellow Line. Hidup apa adanya dan sentiasa diancam dengan kesukaran hidup di sana.
Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Dr. Ahmed Al Farra, Ketua Jabatan Pediatrik di Kompleks Perubatan Nasser menyatakan sekitar 10,000 kanak-kanak di Gaza telah didiagnos cacar air (chickenpox).
Pihak rasmi perubatan memberi amaran penyebaran cacar air dijangka lebih teruk berikutan krisis kemanusiaan dan kesihatan yang semakin meruncing, ditambah lagi dengan khemah kediaman yang berhimpit, tahap kebersihan yang rendah dan akses terhad kepada kelengkapan perubatan.
Beliau juga memaklumkan kana-kanak 2 tahun meninggal dunia akibat komplikasi penyakit cacar air.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Jurucakap Majlis Bandaraya Gaza, Hosni Mhanna menyatakan sekitar 1 juta penduduk dan pelarian Gaza bergelut dalam masalah mendapatkan air berish selepas 85% telaga di Gaza tidak lagi boleh digunakan. Hanya 10-20 liter air saja mampu setiap seorang gunakan.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kemenangan Sepanyol dalam FIFA World Cup 2026 turut diraikan rakyat Gaza yang menonton perlawanan menentang Argentina malam tadi. Sepanyol juga antara negara yang menyokong kewujudan negara Palestin pada tahun 2024 dan sentiasa mengutuk salah laku Israel laknatullah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Seorang kanak-kanak kelihatan sedang menahan kesakitan akibat daripada kecederaan yang dialaminya semasa tempatnya di Jalan Al-Yarmouk, Gaza City berhadapan dengan serangan.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kanak-kanak di Khan Younis, Gaza yang berhadapan dengan cacar air (chickenpox) amat memerlukan bantuan perubatan. Khemah yang terlalu padat dan kekurangan sumber air menjadikan kehidupan di sana lebih sukar.
Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Gaza kini berhadapan dengan masalah pengurusan jenazah yang terkorban dan mereka semakin sukar untuk mendapatkan kain kafan. Kadar kematian yang tinggi, sekatan bekalan dari luar Gaza menyukarkan lagi kerja para pengurus jenazah untuk mengkafankan mangsa yang terkorban.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Gaza masih lagi mendengar tangisan warganya yang kehilangan ahli keluarga akibat kekejaman Israel laknatullah. Seorang pemuda Palestin menangis dan memeluk ahli keluarganya yang terkorban dalam serangan Israel laknatullah di timur Gaza City pagi tadi.
Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kemusnahan teruk di kejiranan Al-Barouk, barat Deir Al-Balah di tengah Gaza. Israel laknatullah melancarkan serangan udara yang menyasarkan rumah keluarga Saeed Baraka dan memusnahkan beberapa rumah yang lain sekitarnya malam tadi.
Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
"Sesungguhnya al-Deif telah menghidupkan semula dalam jiwa umat ini kenangan terhadap para sahabat, para mujahid terdahulu seperti Ka'ab, Khalid, al-Qa'qa' dan al-Muthanna serta para pemimpin agung yang lain. Beliau akan terus menjadi ilham kepada generasi yang tidak pernah mengenali wajahnya, namun berbangga dengan keteguhan dan tindakan beraninya. Seperti para pemimpin agung yang lain, beliau akan terus menjadi obor yang menerangi jalan bagi setiap insan yang mencintai kebebasan di seluruh dunia."
— Mantan jurucakap tentera, Al-syahid Abu Ubaidah
13 Julai 2025
Sumber: Briged Al-Qassam
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Serangan udara Israel memusnahkan tiga buah rumah di tengah Gaza, mencederakan dua rakyat Palestin termasuk seorang wanita, serta menyebabkan kerosakan besar pada bangunan dan harta benda di kawasan berhampiran.
• Serangan berlaku selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk di Deir al-Balah, Maghazi dan Nuseirat.
• Rakaman menunjukkan beberapa kanak-kanak perempuan berjalan melalui kawasan perumahan sambil terkejut dengan bunyi letupan berhampiran, dengan sebahagian daripada mereka kelihatan panik dan menangis ketakutan.
Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Menurut sumber keselamatan kepada platform Al-Haris, yang dikendalikan oleh pasukan keselamatan muqawamah di Gaza, seorang anggota telah diculik di tengah Semenanjung Gaza oleh individu yang didakwa menjadi ejen Israel atas arahan langsung tentera Israel.
Sumber itu memaklumkan bahawa usaha memburu pihak yang terlibat masih diteruskan, sambil menggesa orang ramai supaya segera melaporkan sebarang pergerakan atau tingkah laku yang mencurigakan.
Sumber berkenaan turut menasihatkan anggota muqawamah supaya mematuhi langkah-langkah keselamatan diri dan sentiasa berwaspada terhadap taktik umpan serta penculikan.
Beliau juga berkata, pasukan keselamatan terus memburu ejen yang didakwa bekerjasama dengan Israel. Dua minggu lalu, pihak keselamatan mengumumkan penahanan satu kumpulan yang memiliki senjata dan bahan letupan, selain mendedahkan rancangan sabotaj yang menyasarkan beberapa kawasan di Gaza.
Sumber: Al-Sabeel
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Inilah keadaan sekitar Jalan Al-Sina'a, selatan Gaza City selepas Tentera Israel laknatullah mengebom kawasan itu meskipun perjanjian gencatan senjata telah dipersetujui bulan Mac lalu.
Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kerajaan Negeri Johor meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan masyarakat, termasuk dakwaan terdapat warga Israel menyertai program berkenaan dengan menggunakan pasport negara kedua.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri mengambil maklum dan memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan mengenai operasi komuniti berkenaan.
https://themerdekatimes.com/news/2026/07/network-school-forest-city-johor-mahu-identiti-peserta-penggunaan-pasport-kedua-disiasat/
Di tengah-tengah runtuhan Semenanjung Gaza, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, minggu lalu sekali lagi mengulangi hasratnya untuk mewujudkan penempatan haram di utara wilayah yang musnah akibat peperangan itu.
“Saya berhasrat untuk menubuhkan tiga pos Nahal, yang juga merupakan entiti ketenteraan di kawasan utara Gaza,” kata Katz kepada Channel 14, merujuk kepada pangkalan yang menggabungkan aktiviti pertanian dengan kehadiran pasukan bersenjata bagi mengukuhkan kawalan terhadap wilayah itu.
Beliau berkata, penubuhan penempatan tersebut akan meningkatkan aspek keselamatan, namun pelaksanaannya perlu dilakukan “dengan cara yang betul, pada masa yang sesuai serta melalui penyelarasan.”
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Penduduk haram Israel laknatullah dari Yad Mordechai bergerak ke sempadan Gaza dengan seruan untuk penempatan haram yang baru di Semenanjung Gaza.
Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Gaza tidak lari daripada masalah mendapatkan bekalan air bersih. Paling membimbangkan apabila air yang mereka gunakan mengandungi kotoran yang membawa pelbagai penyakit.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
KEMENANGAN SEPANYOL RAIH SOKONGAN PENYOKONG PALESTIN SELURUH DUNIA
Meskipun berhadapan dengan pasukan Argentina yang sememangnya mempunyai kehebatannya tersendiri, Sepanyol tidak membazirkan peluang untuk mencapai kemenangan bagi perlawanan akhir FIFA World Cup 2026 tahun ini.
Kemenangan itu diraikan penyokong Palestin seluruh dunia berikutan sokongan Sepanyol yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dalam ucapan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada tahun 2024.
Pedro berkata bahawa pengiktirafan itu bukan membawa kepada perpecahan, tetapi keamanan terhadap Palestin dan Israel laknatullah. Begitu juga dengan respon beliau terhadap bintang bola sepak Sepanyol, Lamine Yamal yang mengibarkan bendera Palestin beberapa bulan lalu dan beliau melihat tindakan Lamine sebagai satu tindakan yang membanggakan.
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kepulan asap yang besar terjadi apabila Tentera Israel laknatullah mengebom dan melakukan kemusnahan yang besar di timur Khan Younis dan Rafah, selatan Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
𝗣𝗘𝗞 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗜 𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗞𝗔𝗡
Melalui Kempen Bantuan Kecemasan Palestin 2026, sebanyak 350 pek makanan panas nasi daging telah selamat diagihkan pada 13 Julai 2026 kepada 350 orang penerima manfaat yang berada di Utara Gaza.Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus setia menyokong ketabahan dan meringankan penderitaan rakyat Palestin.
Sumber: Kelab Perwira Malaysia
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
KEKEJAMAN YANG TERUS BERLAKU DI GAZA
Gaza City terus menerima serangan setiap hari. Udara, darat dan perairan menjadi tempat Israel laknatullah menyasarkan rakyat Palestin di Gaza.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Inilah anak-anak Gaza, bahagia dengan cara mereka. Kolam kecil yang seorang ayah bina cukup untuk memberikan kegembiraan untuk anak-anak dan mengurangkan rasa panas di siang hari.
Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Berikutan FIFA World Cup 2026 yang sedang berlangsung, satu berita kembali tular apabila pemain bola sepak Sepanyol yang juga pemain kelab Barcelona FC, Lamine Yamal mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Meskipun Menteri Pertahanan Israel laknatullah, Israel Katz mengecam tindakan Lamine yang dilihat "menabur kebencian kepada Israel laknatullah", Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mempertahankan tindakan pemain bola sepak itu dan memaklumkan tindakan Lamine adalah satu kebanggaan.
"Lamine hanya mengekspresikan solidaritinya dengan Palestin yang dirasai oleh jutaan warga Sepanyol. Itu adalah satu sebab yang kita boleh menjadikannya kebanggan".
Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Nisreen Lulu yang hanya berusia 4 tahun menjadi mangsa kekejaman Israel laknatullah di Gaza terpaksa berhadapan dengan hemangioma yang semakin membesar di matanya sejak lahir, membawa kepada amblyyopia dan risiko kehilangan penglihatan kekal.
Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kementerian Luar India semalam memanggil Timbalan Ketua Perwakilan Iran di New Delhi, Mohammad Javad Hosseini selepas seorang pelautnya terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera.
“Daripada 12 warga India yang berada di atas MT Al Bahiyah, seorang maut manakala seorang lagi cedera.
Berita penuh:
https://tvpertiwi.com/2026/07/15/pelaut-terbunuh-di-selat-hormuz-india-panggil-duta-iran/
Selatan Lubnan masih diserang. Pesawat Israel laknatullah mengebom bandar Baraachit dan Beit Yahoun awal pagi tadi.
Sumber:Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Tiada rumah, hanya khemah yang dibuat sendiri oleh rakyat Palestin di Gaza akibat tekanan hidup di sana. Sumber bekalan asas yang amat terhad akibat sekatan Israel laknatullah menjadikan kehidupan mereka terus kesusahan.
Sumber: AP Media News
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Presiden Syria, Ahmed al Sharaa telah menyeru untuk “permulaan baru dalam sejarah negara” semasa Dewan Rakyat yang baru dibentuk dan telah mengadakan sesi pertamanya di Damascus, menandakan mesyuarat parlimen pertama sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad.
Sumber: TRT World
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Pihak berkuasa Itali telah merampas 216 kilogram dadah yang dibawa oleh penduduk haram Israel daripada Tel Aviv melalui Lapangan Terbang Rome. Suspek dilaporkan turut meminta untuk dihantar ke negara haram Israel.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad