amanpalestinberhad | Unsorted

Telegram-канал amanpalestinberhad - Aman Palestin Berhad 🇵🇸

20480

Assalamualaikum. Selamat datang ke saluran Telegram Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, setiap minit kami cuba mendapatkan info yang Pantas dan Mutakhir. #SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin

Subscribe to a channel

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Rakyat Palestin berharap lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu dapat memberi tekanan untuk mengurangkan keganasan yang dilakukan Israel.

Menurut laporan antarabangsa, pejuang Palestin, pada Isnin lalu membebaskan Edan Alexander, tebusan terakhir warga Amerika Syarikat yang diketahui masih hidup dalam jagaan mereka.

Trump dalam kenyataannya di Riyadh pada Selasa lalu berkata, lebih ramai tebusan akan dibebaskan selepas Alexander dan menyatakan rakyat Gaza berhak mendapat masa depan yang lebih baik.

sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

𝗡𝗔𝗞𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
15 MEI 1948

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Nakbah Palestin merujuk kepada tragedi hitam 15 Mei 1948 apabila berlakunya penghapusan etnik, pemindahan besar-besaran dan rampasan majoriti tanah di Palestin oleh Yahudi Zionis bagi mewujudkan Israel.

Untuk mewujudkan entiti haram Israel, tentera Zionis menyerang bandar-bandar utama Palestin dan memusnahkan lebih daripada 530 kampung Palestin.

Pada tahun 1948, kira-kira 13,000 rakyat Palestin dibunuh dan lebih daripada 750,000 rakyat Palestin diusir dari rumah mereka dan menjadi pelarian. Ini adalah kemuncak penghapusan etnik Zionis.

Hari ini, pelarian Palestin dan keturunan mereka berjumlah lebih daripada tujuh juta. Ramai yang masih berada di kem pelarian di negara jiran Arab, menunggu untuk pulang ke tanah air mereka.

Sumber: Dunia Palestin
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin dilaporkan syahid dalam serangan tentera Israel terhadap Hospital Nasser, di Gaza, awal pagi tadi.

Menurut laporan antarabangsa, ini bukan kali pertama hospital terbesar di Gaza itu menjadi sasaran, malah fasiliti itu telah berulang kali dibedil Israel dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Selain itu, serangan terbaru ini mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa, sementara puluhan lagi dilaporkan cedera.

Baru-baru ini, pasukan Israel mengebom khemah media di perkarangan Hospital Nasser, mengorbankan sekurang-kurangnya dua individu termasuk seorang wartawan Palestin, Hassan Eslaih.

Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Sekurang-kurangnya 46 warga Palestin syahid dan beberapa yang lain cedera dalam serangan Isr4el laknatullah ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, menurut sumber perubatan.

Kawasan yang diserang antaranya Wadi al-Araisdi di Shujaiya, Al Zeitoun dan Al Tuffah di selatan Jabalia serta di Deir Al Balah di tengah Gaza.

Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Hari ke-569 Serangan ke Atas Gaza

Sekurang-kurangnya 52,243 rakyat Palestin disahkan terkorban dan 117,639 yang lain cedera dalam serangan kejam Tentera Rejim Isr4el yang dimulakan sejak 7 Oktober 2023.

Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Media Ibrani: Bekas Ketua Shin Bet, Ami Ayalon menyeru kepada pemberontakan dan tindakan di luar undang-undang terhadap kerajaan Netanyahu.

Sumber: TV Al-Aqsa
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Tiga rakyat Palestin syahid dibakar hidup-hidup dan beberapa yang lain cedera dalam serangan pesawat perang Isr4el laknatullah yang mengebom khemah keluarga di Al-Sawariha, Nuseirat, Gaza.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Adakah kita melihat video ini tanpa perasaan sedih dan bersalah?

Sana dan Saba, adik-beradik kembar yang hanya berumur 4 tahun, terkorban dan serangan Tentera Isr4el laknatullah di rumah mereka di Al-TUffa, timur Gaza.

Mereka sudah kaku tidak bernyawa, begitu juga negara-negara besar yang kaku tidak mengambil tindakan ke atas kekejaman Isr4el laknatullah!

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | 6 orang syahid termasuk seorang wanita dan 4 kanak-kanak akibat serangan udara Tentera Isr4el laknatullah ke atas rumah di Sheikh Radwan, utara bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Pembunuhan Isr4el laknatullah di Al-Sikka, Khan Younis. Bayangkan jika ini adalah anak kita yang tidak bersalah. Adakah kita mampu menghadapi situasi ini?

Sumber: Al-Qastal
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Leftanan Jeneral Simpanan Isaac Barak: Kami Kalah dalam Perang di Gaza dan Hamas Telah Mengembalikan Kekuatan Mereka

Israel kalah dalam perang terhadap Hamas, dan naratif rasmi mengenai pencapaian ketenteraan "penuh dengan pembohongan".

Tentera pengganas Israel hanya memusnahkan kurang dari 10% daripada terowong pejuang, bukan 25% seperti yang didakwa.

Jumlah sebenar pejuang Hamas kembali kepada sekitar 30,000, iaitu sama seperti sebelum perang.
Kepimpinan tentera telah menipu orang ramai dengan bantuan media yang telah dipergunakan.

Israel berada di ambang kemusnahan dalaman akibat perpecahan masyarakat yang mendalam.

Ketua Staf Tentera, Eyal Zameer, adalah alat di tangan Netanyahu dan Katz, dan menyesatkan orang ramai mengenai pembebasan tawanan dengan kekuatan.

Sumber: TV Al-Aqsa
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Beberapa warga Gaza syahid dan cedera dalam serangan udara Tentera isr4el laknatullah ke atas bangunan kediaman di bulatan Al-Sikka, Khan Younis.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Hamas:

- Kami mengecam serangan udara Amerika Syarikat yang menyasarkan pelabuhan minyak Ras Issa di wilayah Al-Hudaydah, Yaman.

- Serangan itu merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan Yaman dan satu jenayah perang yang lengkap unsurnya.

- Keganasan Amerika terhadap rakyat Yaman adalah lanjutan daripada perang pemusnahan yang dihadapi oleh rakyat kami di Semenanjung Gaza.

- Kami mengecam tindakan Program Makanan Sedunia (WFP) yang menggantung penghantaran makanan ke kawasan yang disasarkan oleh serangan udara di Yaman.

- Kami juga mengecam diamnya masyarakat antarabangsa terhadap pencerobohan ke atas rakyat Yaman yang kini membayar harga kerana berpegang teguh pada prinsip dan sokongan mereka terhadap perjuangan Palestin.

Sumber: Al Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara Tentera Isr4el laknatullah di kawasan Sha'af, timur Gaza.

Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Musab Hassan Omar Odeili, berumur 20 tahun yang ditahan di penjara Isr4el syahid kerana kecederaannya akibat penderaan Tentera Isr4el laknatullah terhadapnya di dalam penjara.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Ini adalah 77 tahun lalu ketika peristiwa Nakbah Palestin. Rakyat Palestin dihalau daripada tanah mereka sendiri.

🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Kem pelarian Jabalia, utara Gaza berhadapan detik hitam malam tadi menghadapi serangan udara yang kejam oleh Tentera Isr4el laknatullah.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Perdana Menteri Isr4el laknatullah, Benjamin Netanyahu bercita-cita akan membawa masuk askar-askarnya ke Gaza dengan kekuatan penuh hari-hari akan datang dalam ucapannya Selasa lalu.

"Beberapa hari akan datang, kami akan menggunakan kuasa penuh untuk melengkapkan operasi ini. Melengkapkan operasi maknanya mengalahkan Hamas. Ia bermaksud musnahkan Hamas."

Sumber: Middle East Eye
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Umat Islam di Malaysia diseru agar terus teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak berputus asa demi mencapai pembebasan sepenuhnya daripada penjajahan rejim Zionis, kata Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP).

Pengerusinya, Muhammad Fauzi Asmuni berkata, perjuangan pembebasan Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, namun melibatkan prinsip keadilan, hak milik tanah, dan penolakan terhadap penjajahan tersebut. Katanya, pembebasan Palestin sepenuhnya merupakan hak mutlak rakyat Palestin yang telah dinafikan sejak sekian lama.

“Seruan saya kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Islam yang merupakan saudara kepada rakyat Palestin dari sudut akidah, dan juga kepada rakyat Malaysia secara umum yang bersaudara dari sudut kemanusiaan.

Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Tentera Isr4el laknatullah mengebom panel solar Hospital Kanak-kanak Al-Durra di Al-Tuffah, timur bandar Gaza.

Sumber: Aman Palestin Gaza
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Khemah keluarga di Al-Sawariha, Nuseirat berhadapan kebakaran besar dan tiga syahid dalam kebakaran. Hilang lagi satu tempat rakyat Gaza berteduh.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Media Ibrani menyiarkan pertempuran langsung dengan Mujahidin Palestin di bangunan kediaman Khan Younis, selatan Gaza. Kelihatan Tentera Isr4el laknatullah lari bertempiaran mengelak daripada ditembak Mujahidin Palestin.

Sumber: asharqnewspal
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | dua rakyat Palestin syahid dan beberapa yang lain cedera dalam serangan Tentera Isr4el laknatullah yang menyasarkan khemah warga Palestin di kawasan Al-Sawariha, barat Al-Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Gerakan boikot sebagai tanda menyokong perjuangan Palestin terbukti mempunyai impak tinggi dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perkembangan di Gaza.

Pengerusi GSPP, Muhammad Fauzi Asmuni berkata, gerakan memboikot sememangnya berjaya dimanfaatkan usahawan tempatan, namun usaha itu tidak memberi impak signifikan selagi umat Islam tidak berupaya menguasai seluruh rantaian ekonomi.

Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2025/04/23/boikot-senjata-umat-islam-lawan-israel-dari-luar-gaza-gspp/

Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Keadaan ketika penduduk haram Isr4el memukul pemandu bas warga Palestin di Baitulmaqdis selepas pemandu bas itu tidak membenarkan penumpang haram isr4el naik kerana bas terlalu sempit dan ramai penumpang.

Sumber: Middle East Eye
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Jumlah korban di bangunan kediaman di bulatan Al-Sikka, Khan Younis meningkat kepada 9 orang dan beberapa yang lain mengalami kecederaan.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Kawasan Al-Katiba di Khan Younis, Gaza diserang dengan serangan udara Tentera Rejim Isr4el.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Boleh kita selawat 1,000 kali sehari? selawatlah sebanyak dan sekhusyuk yang boleh, untuk kita dan untuk saudara kita di Palestin. jom!

🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
#1000selawatchallenge

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Bantulah meskipun bantuan itu tidak mampu disalurkan melalui barangan. Usahalah demi saudara kita di Palestin!

Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Gambar menunjukkan dron milik Isr4el laknatullah yang mengebom khemah perlindungan sementara di Mawasi, Khan Younis yang menyebabkan pembunuhan ke atas keluarga Abu Al-Rus.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…
Subscribe to a channel