Assalamualaikum. Selamat datang ke saluran Telegram Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, setiap minit kami cuba mendapatkan info yang Pantas dan Mutakhir. #SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin
🚨 TERKINI | Kematian akibat serangan Isr4el laknatullah ke atas Bandar Gaza dan tengah Gaza sejak subuh tadi seramai 14 orang.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Hospital Al-Awda: Kereta kebal milik Tentera Isr4el laknatullah menyasarkan Jabatan Pembedahan Khusus Hospital Al-Awda di Tal Al-Zataar, utara Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Tentera penjajah Isr4el laknatullah telah melaksanakan sekatan ke atas dua bandar di bawah pentadbiran Salfit, Tebing barat selama 7 hari berterusan.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kanak-kanak yang dibunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan rumah keluarga Al-Kahlout di Deir al-Balah, tengah Semenanjung Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Jumlah penduduk awam yang terkorban dalam serangan Tentera Isr4el laknatullah ke atas rumah kediaman keluarga Al-masri di Al-Tahliyah, Khan Younis seramai 4 orang.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kita selawat sikit-sikit dulu, yang penting istiqamah. okay?
Jom Follow SERIBU SELAWAT!
seribuselawatofficial" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@seribuselawatofficial
#seribuselawatchallenge #seribuselawatofficial
Serangan udara Israel di Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin, hanya beberapa jam selepas rejim Zionis bersetuju membenarkan bantuan kemanusiaan terhad memasuki wilayah terkepung itu.
Menurut laporan Reuters, serangan tersebut menyasarkan kawasan kediaman dan kem pelarian di Khan Younis, selatan Gaza, menyebabkan puluhan orang awam cedera.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan angka korban dan kecederaan, namun identiti mangsa belum diumumkan.
Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu, dalam kenyataannya menegaskan bahawa Israel akan terus mengawal seluruh Gaza, meskipun tekanan antarabangsa semakin meningkat.
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Awal pagi hari ini, warga Gaza mengenal pasti satu beg penyamaran berbentuk pakaian dan selimut digunakan oleh unit khas perisikan Isr4el laknatullah untuk membawa senjata dalam usaha menyusup masuk ke penempatan rakyat Gaza di khan Younis.
Dalam operasi rahsia itu, unit perisikan khas Isr4el laknatullah berjaya memasuki kediaman warga Palestin dengan penyamaran dan membunuh seorang lelaki Palestin di hadapan isteri dan anaknya yang berumur 12 tahun dan kedua-dua anak dan ibu itu diculik oleh Tentera isr4el laknatullah.
Foto: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Kompleks Perubatan Nasser, penyedia penjagaan kesihatan awam utama di Gaza selatan telah berulang kali menjadi sasaran serangan Israel laknatullah sejak perang bermula. Berikut adalah gambaran keseluruhan tentang sejarah serangan di kompleks itu.
Foto: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Suasana di The Hague, Netherlands semalam 18 Mei 2025, lebih 100,000 penyokong pro-Palestin turun berhimpun menolak tindakan kerajaan menjalinkan kerjasama dengan Isr4el laknatullah.
Foto: Al-Jazeera, AFP
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Lebih 100,000 warga Netherlands berkumpul beramai-ramai di The Hague 18 Mei yang lalu dalam usaha membantah kerajaan mereka daripada terus menjalinkan kerjasama dengan Isr4el laknatullah. Penganjur demonstrasi itu juga menyatakan himpunan ini adalah himpunan terbesar sepanjang 20 tahun.
Memakai pakaian merah di bawah slogan “Draw a Red Line for Gaza,” para penunjuk perasaan menyeru agar menghentikan eksport senjata dan menamatkan keterlibatan Netherlands dalam genosid Israel.
Sumber: TRT World
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Hari ke-590 Serangan ke Atas Gaza
Sekurang-kurangnya 53,339 rakyat Palestin disahkan terkorban dan 121,034 yang lain cedera dalam serangan kejam Tentera Rejim Isr4el laknatullah yang dimulakan sejak 7 Oktober 2023.
Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Malaysia akan terus bersama membangunkan Palestin, mengangkat suara Palestin dan menyokong perjuangan serta jihad Palestin. Israel akan lenyap pada ketika seluruh umat Islam bersatu hati melawan musuh Islam yang nyata!
Foto: Nordie Hashim
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Barisan NGO dan aktivis Palestin berkumpul di hadapan bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur bersolidariti buat warga Palestin dalam Himpunan Nakba 77, mengutuk kezaliman Isr4el laknatullah dan sekutu-sekutunya dan menuntut agar Palestin bebas.
Gambar: Ismail Juffri
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡
𝗕𝗘𝗥𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡
📅 16 Mei 2025 | Protes Hari Nakbah
📍 Dari Suruhanjaya Tinggi British ke Kedutaan Amerika
🕑 Tempat Berkumpul: Bangunan Tabung Haji (2:15 PTG)
🕓 Masa: 2:15 PTG – 5:00 PTG
Nakbah bermula pada tahun 1948
Tetapi ia tidak pernah berakhir.
77 tahun penindasan.
77 tahun perjuangan.
Ia berterusan dengan setiap bom yang digugurkan,
setiap rumah yang dirobohkan,
setiap nyawa yang diragut di Gaza dan Tebing Barat.
Kami berarak untuk berkata: Cukup.
Cukup pembunuhan beramai-ramai.
Cukup pembersihan etnik.
Cukup berdiam diri.
Berjalanlah bersama kami.
Berdiri menentang penindasan.
Berdiri untuk keadilan.
Berdiri bersama Palestin.
Perhimpunan ini dianjurkan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).
Anjuran: BDS Malaysia bersama gabungan NGO Malaysia.
---------
Dunia Palestin turut menjadi rakan kerjasama perarakan Protes Hari Nakbah ini. Ayuh hadir bersama!
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | 10 warga Palestin syahid setelah Tentera Isr4el laknatullah menyasarkan serangan ke atas tempat perlindungan untuk penduduk yang berpindah sementara di Deir Al-Balah Gaza. Mangsa serangan dibawa ke Hospital Al-Aqsa.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Hospital Al-Awda: Kenderaan Tentera Isr4el laknatullah menceroboh halaman Hospital Al-Awda di Tal Al-Zataar, utara Gaza dan melancarkan tembakan ganas di kawasan itu.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Serangan Tentera Isr4el laknatullah sejak malam tadi di Khan Younis menjadikan angka korban meningkat kepada 38 orang, menurut sumber perubatan.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Seorang atlet paralimpik Palestin yang kehilangan kaki dalam serangan udara Israel pada 2014 terbunuh dalam serangan peluru berpandu terbaharu di Khan Younis, minggu ini.
Mangsa, Ahmad al-Dali, 33, merupakan ahli pasukan berbasikal paralimpik Gaza Sunbirds yang ditubuhkan pada tahun 2020. Beliau juga aktif dalam sukan bola sepak dan dikenali ramai atas semangat juangnya menentang ketidakupayaan fizikal.
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Pesawat perang Isr4el laknatullah mengebom rumah kediaman di bandar Bani Suheila, timur Khan Younis menurut sumber tempatan.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Akhbar Washington Post memetik sumber:
Netanyahu mempunyai cara untuk menamatkan perang melalui Knesset dan dalam Israel sendiri, namun beliau kekurangan kehendak politik untuk melaksanakannya.
Sumber: Al Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Lima penduduk awam syahid dan beberapa yang lain cedera ketika serangan udara Isr4el laknatullah dilancarkan ke atas pasar al-Faluja, utara Gaza hari ini.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Satu perbandingan dipaparkan Al Jazeera berkaitan statistik pembunuhan wartawan ketika peperangan. Hasil mendapati perang Gaza-Isr4el ketika ini lebih banyak menyumbang kepada pembunuhan wartawan dengan angka melebihi 200 orang.
Foto: Al Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Pihak berkuasa Israel laknatullah telah menangkap semula seorang lelaki Palestin yang telah dibebaskan dalam perjanjian pertukaran tahanan pada Januari dengan Hamas dan meletakkannya dalam penahanan administratif, menurut kenyataan bersama oleh Persatuan Tahanan Palestin dan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan pada hari Ahad.
Kenyataan itu menyebut bahawa satu perintah penahanan administratif selama enam bulan telah dikeluarkan terhadap Wail al-Jaoub, seorang penduduk Nablus, yang ditahan semula pada 6 Mei dan menjalani soal siasat.
Al-Jaoub pertama kali dipenjarakan pada tahun 1992 dan menjalani hukuman selama enam tahun. Dia sekali lagi ditahan pada tahun 2001 dan menjalani beberapa tempoh pengasingan sel. Dia dibebaskan pada bulan Januari di bawah perjanjian pertukaran tahanan Hamas-Israel.
Foto: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Penduduk Palestin sekali lagi diancam maut antara kebuluran dan serangan udara apabila tentera Israel meningkatkan serangan di seluruh Semenanjung Gaza.
Menurut laporan antarabangsa, walaupun Israel mengisytiharkan al-Mawasi sebagai ‘zon selamat’, rejim haram tetap mengebom kawasan berkenaan sehingga meragut puluhan nyawa dan mencederakan lebih seratus penduduk.
Seorang mangsa yang terselamat, Warda al-Chaer berkata, ibunya terbunuh dan anak saudaranya kehilangan sebelah mata.
“Apa yang mereka mahu daripada kanak-kanak? Tolong, kasihanilah, kami sudah tidak sanggup lagi,” katanya.
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Pesakit kiritikal yang cedera masih terbaring di dalam Hospital Indonesia berikutan Tentera isr4el laknatullah yang berterusan menyerang hospital itu dan menghalang pasukan perubatan untuk menjalankan tugas mereka.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Ratusan rakyat Malaysia berkumpul di depan pejabat Pesuruhjaya Tinggi British dan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini untuk memperingati 77 tahun tragedi An-Nakba, iaitu pengusiran beramai-ramai rakyat Palestin dari tanah air sendiri.
Turut berucap ialah Muslim Imran, aktivis hak asasi Palestine yang mengingatkan bahawa nasib Palestin hari ini berpunca daripada tindakan Britain sendiri.
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
"77 tahun yang lalu, lebih 750,000 rakyat Palestin diusir, keluar daripada tanah Palestin, Rumah mereka hancur, Tanah mereka dicuri, Hidup mereka dimusnahkan!" - Ustaz Farhan Fadhil, Pengerusi Pertubuhan Global Hayat
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
"Dan kepada Israel dan sekutu-sekutunya ingatlah bahawa saat kamu hancur akan datang, kerana sekiranya kamu tidak hancur dalam peperangan, sebenarnya kamu akan hancur di tangan warga negara kamu sendiri!"
Ustaz Fauzi Asmuni, Pengerusi GSPP
Video: Ismail Juffri
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
NAKBAH 1948 & GAZA 2025: SEJARAH BERULANG DENGAN LEBIH PERIT
Peristiwa Nakbah 1948 menyaksikan lebih 700,000 rakyat Palestin dihalau dari tanah air mereka rumah dirampas, kampung dimusnahkan, dan mereka dipaksa menjadi pelarian. Kini, 77 tahun kemudian, dunia sekali lagi menyaksikan penderitaan yang sama… bahkan lebih dahsyat.
Tahun 2025, Gaza terus dihimpit oleh krisis kemanusiaan paling parah dalam sejarah moden. Serangan berterusan ke atas Gaza dan kawasan yang menampung lebih sejuta pelarian menyaksikan rakyat Palestin dipaksa keluar tanpa jaminan keselamatan, air, makanan atau tempat perlindungan. Ramai terkorban, dan lebih ramai lagi terus hilang tempat bergantung.
Kita sedang melihat satu bentuk Nakbah moden, di mana rakyat Palestin bukan sahaja kehilangan tanah, tetapi juga maruah, kesihatan dan harapan. Dan lebih menyedihkan, dunia masih belum mampu menghentikan penderitaan ini. Resolusi demi resolusi diluluskan, namun kekejaman tetap berterusan.
Apakah ini harga yang perlu dibayar hanya kerana mereka mahu hidup bebas di tanah sendiri?
Hari ini, 15 Mei 2025 Hari Nakbah bukan hanya hari mengenang sejarah, tetapi satu seruan untuk kita bangkit sebagai manusia.
Jangan biarkan sejarah terus berulang dalam diam.
Sumber: Pertubuhan Kebajikan Nisa Al-Khair
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad