amanpalestinberhad | Unsorted

Telegram-канал amanpalestinberhad - Aman Palestin Berhad 🇵🇸

20480

Assalamualaikum. Selamat datang ke saluran Telegram Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, setiap minit kami cuba mendapatkan info yang Pantas dan Mutakhir. #SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin

Subscribe to a channel

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Selatan Lubnan turut menerima serangan daripada Tentera isr4el laknatullah di Bandar Yaroun menggunakan dron.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Dua roket yang dilancarkan dari selatan Syria telah jatuh di kawasan terbuka berhampiran Bukit Golan yang diduduki Israel, dakwa penyiar awam Israel KAN pada malam Selasa.

Menurut akhbar Israel Yedioth Ahronoth, siren amaran telah diaktifkan di komuniti Haspin dan Ramat Magshimim di selatan Bukit Golan.

“Butiran sedang disiasat,” kata jurucakap tentera Israel seperti yang dipetik oleh akhbar itu.

Penduduk di kawasan terbabit melaporkan mendengar bunyi letupan sejurus selepas siren dibunyikan, lapor Yedioth Ahronoth lagi.

Sumber: Dunia Palestin
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Arahan pemindahan terbaru daripada Tentera Isr4el laknatullah dan serangan ganas akan dilancarkan ke atas kawasan-kawasan yang diberikan amaran. Penduduk diarahkan berpindah ke Al-Mawasi meskipun ia tempat serangan ganas.

Sumber: Times of Gaza
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Dahulu datang ke tanah Palestin sebagai pelarian tetapi bersifat binatang ke atas tuan pemilik tanah.

Itulah zionis Yahudi Isr4el laknatullah, bangsa zalim dan pendusta.

Foto: Dr. Anastasia Maria Loupis
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza mendedahkan, hampir separuh daripada pesakit kegagalan buah pinggang di wilayah itu telah meninggal dunia sejak Oktober 2023, susulan serangan berterusan Israel dan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan serta perubatan.

Menurut agensi berita Wafa, serangan Israel ke atas hospital dan fasiliti kesihatan telah menghalang 41 peratus pesakit buah pinggang daripada mendapatkan rawatan dialisis yang penting untuk kelangsungan hidup mereka, menyebabkan mereka maut.

Sumber: Astro Awani
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Seorang warga Palestin syahid dan yang lain cedera dalam serangan pengeboman Tentera Isr4el laknatullah ke atas apartment kediaman Al-Amal, barat Khan Younis.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Keadaan yang menyedihkan selepas Tentera Isr4el laknatullah melancarkan serangan udara ke perumahan di Jabalia, Utara Gaza dan mengorbankan sekurang-kurangnya 6 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Quds News Netowrk
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Mahkamah tentera Israel laknatullah pada hari Khamis menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua askar dari Briged Nahal kerana menolak untuk menyertai perang di Gaza.

Menurut penyiar awam Israel KAN: "Walaupun tentera Israel berkomitmen untuk tidak memenjarakan askar, dua askar Briged Nahal yang bertempur di Gaza selama setahun setengah telah didakwa kerana menolak untuk kembali ke Gaza akibat keletihan.

Ia menambah: "Dua askar itu dijatuhi hukuman penjara selama 15 dan 20 hari setelah menolak untuk memasuki Gaza.

"Askar-askar yang telah menyertai perang sejak bulan Ogos 2022, mengadu kepada komander batalion mereka bahawa setelah setahun setengah operasi, mereka mengalami keletihan yang teruk."

Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🔻 𝗕𝗿𝗶𝗴𝗲𝗱 𝗔𝗹-𝗤𝗮𝘀𝘀𝗮𝗺: 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 "𝗛𝗶𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗗𝗮𝘂𝗱" 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 "𝗚𝗶𝗱𝗲𝗼𝗻'𝘀 𝗖𝗵𝗮𝗿𝗶𝗼𝘁𝘀"

"Hijarah Daud" bermaksud "batu-batu Daud", merujuk kepada kisah Nabi Daud A.S. dalam Islam (juga dikenali sebagai David dalam tradisi Yahudi dan Kristian).

Dalam naratif Islam, Nabi Daud menggunakan batu dan lastik untuk menewaskan Jalut (Goliath), seorang pahlawan besar dan kuat dari tentera musuh. Ia melambangkan kemenangan yang diberikan oleh Allah kepada golongan lemah yang ikhlas, menentang kuasa besar dengan keimanan dan keberanian.

Briged Al-Qassam menggunakan istilah ini untuk menggambarkan bagaimana mereka dengan senjata buatan sendiri seperti roket atau dron ringkas mampu menentang kekuatan tentera Israel yang jauh lebih moden dan lengkap.

"Gideon's Chariots" merujuk kepada kenderaan atau pasukan elit Israel yang dinamakan sempena Gideon, tokoh penting dalam tradisi Yahudi-Kristian.

Gideon ialah seorang pemimpin dan pejuang Bani Israel dalam Kitab Hakim-Hakim (Judges) dalam Bible. Dalam konteks moden, nama ini digunakan secara simbolik untuk menggambarkan kekuatan ketenteraan atau teknologi tinggi yang dimiliki Israel.

Dalam konteks naratif Al-Qassam, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada unit-unit khas atau kenderaan tentera Israel yang berteknologi tinggi seperti kereta kebal Merkava, kenderaan berperisai, atau dron pengintip yang disasarkan dalam operasi mereka.

Dengan menamakan operasi "Hijarah Daud" melawan "Gideon's Chariots", Briged Al-Qassam menyampaikan simbolisme bahawa mereka sedang mengulang kembali kisah kemenangan Daud ke atas Jalut, iaitu perjuangan pihak yang kerdil secara ketenteraan tetapi berjiwa besar dan beriman, melawan kekuatan besar dan angkuh.

Sumber: Dunia Palestin
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Isnin memberi amaran bahawa kebanyakan bekalan perubatan telah habis di Gaza, dan hampir separuh daripada ubat-ubatan penting, termasuk ubat tahan sakit dan antibiotik tidak lagi tersedia kerana 51 trak agensi menunggu kelulusan untuk memasuki kawasan itu.

"43 peratus ubat-ubatan penting berada pada tahap stok sifar, sebagai tambahan kepada 64 peratus bekalan perubatan dan 42 peratus vaksin," Ahmed Zouiten, Pengarah Association of Accredited Correspondents at the United Nations (ACANU), memberitahu kepada taklimat media Persatuan Bertauliah di taklimat media Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ACANU) di Geneva.

Menurut WHO, pesakit dengan keadaan kronik dan mengancam nyawa termasuk kegagalan buah pinggang, kanser, gangguan darah, dan penyakit kardiovaskular adalah antara yang paling terjejas. Pengarah Serantau WHO untuk Mediterranean Timur, Hanan Balkhy mengesahkan sekatan berterusan dilakukan untuk mengancam nyawa rakyat Palestin.

"Tiada trak WHO yang telah memasuki Gaza setakat ini. 51 trak WHO di Arish dan Tebing Barat sedang menunggu kelulusan untuk memasuki Gaza," katanya Hanan.

Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Pesawat perang Isr4el laknatullah melancarkan serangan udara bersama dengan serangan artileri dari darat ke ara bandar Al-Qarara, utara Khan Younis.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Serangan Isr4el laknatullah ke atas Gaza bukan sekadar pengeboman, tetapi serangan ke atas sumber bekalan untuk rakyat Gaza. Bekalan ubatan, makanan, keperluan asas disekat daripada masuk ke Gaza.

Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Sebuah lagi keluarga Palestin lenyap di dunia. Pagi tadi, Tentera Isr4el laknatullah telah mengebom kediaman keluarga Abed Rabbo di Jabalia yang mengorban seluruh ahli keluarga termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Seorang kanak-kanak dilihat bergelut melalui api di sekeliling, cuba melarikan diri daripada kebakaran semasa pembunuhan beramai-ramai Israel di Sekolah Fahmi Al-Jargawi.

Sumber: Pertubuhan Nisa Al-Khair
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Tentera isr4el laknatullah mengeluarkan ancaman serangan pengeboman ke atas seluruh kawasan utara Gaza termasyuk Tal Al-Zataar, Beit Lahia, Sheikh Zaid, Al-Salateen, Al-Zohoor dan kem pelarian Jabalia.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Abu Khalaf dalam sidang media pada Rabu berkata kanak-kanak berdepan cabaran yang amat besar akibat perang yang berterusan, sambil menegaskan bahawa tiada tempat lain di dunia mencatat jumlah kematian kanak-kanak yang begitu tinggi setiap hari.

Beliau memaklumkan bahawa sejak 7 Okt 2023, purata 27 kanak-kanak terbunuh setiap hari, dan jika termasuk yang cedera, jumlah korban kanak-kanak mencecah purata 83 sehari dalam tempoh 20 bulan.

Abu Khalaf menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan antara golongan paling terkesan akibat kebuluran yang melanda Semenanjung Gaza, dengan puluhan ribu kanak-kanak didaftarkan memerlukan rawatan akibat kekurangan zat makanan akut yang teruk.

Sumber: Astro Awani
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Dua kanak-kanak syahid dalam serangan udara Tentera Rejim isr4el yang menyasarkan kawasan khemah perlindungan sementara Al-Mawasi, Khan Younis.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Pasukan perubatan menyelamatkan seorang bayi dari bawah runtuhan selepas rumah mereka dibom oleh tentera penjajah Israel laknatullah di Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Kareem Al-Nadeem tersekat di bawah runtuhan lebih satu jam bersama-sama dengan adiknya selepas Tentera Isr4el laknatullah menyerang rumah mereka di Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Mangsa-mangsa cedera tiba di Hospital Nasser akibat serangan darat yang dilakukan ke atas penduduk yang sedang menunggu bantuan berhampiran bulatan Al-Alam, Rafah.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

#korbandibumianbia | TARIKH-TARIKH PENTING BULAN ZULHIJJAH 1446 HIJRAH / 2025

Raikanlah
Bulan Zulhijjah dengan ibadah-ibadah yang terbaik kita boleh laksanakan. Semoga tahun ini kita terpilih sebagai hamba Allah SWT yang mendapat berkat dan rahmat sepanjang bulan Zulhijjah!

🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Saksikan dalam siri operasi "Hijarah Daud":
Rakaman dari serangan hendap bersepadu yang menyasarkan tentera dan jentera musuh di kawasan Sekolah Al-Aqsa, di pekan Al-Qararah, timur bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Ratusan keluarga Palestin dipaksa untuk berpindah daripada utara Rafah yang sebelum ini isr4el laknatullah maklumkan yang tempat itu selamat.

Sumber: Shehab Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Israel mengarahkan penutupan Hospital al-Awda, satu-satunya hospital yang masih beroperasi di utara Gaza, sekali gus memaksa pegawai kesihatan bergegas memindahkan puluhan orang yang masih berada di fasiliti perubatan tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, arahan Israel itu merupakan sebahagian daripada jenayah berterusan terhadap sektor kesihatan di wilayah berkenaan yang kini dikepung dan terus dibedil secara kejam.

“Ini merupakan kesinambungan kepada pelanggaran dan jenayah terhadap sektor perubatan yang dilakukan oleh penjajah Israel,” kata kenyataan kementerian.

Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

🚨 TERKINI | Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan 38 rakyat Palestin terkorban, termasuk seorang yang dibawa keluar daripada bawah runtuhan dan 169 yang lain cedera akibat serangan rejim Isr4el laknatullah dalam jangka masa 24 jam.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Menteri Luar Negeri Qatar: Kami menghargai pendirian negara-negara Eropah yang telah mengiktiraf Negara Palestin, dan menegaskan kepentingan usaha antarabangsa untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Tentera pengganas Israel kini mengawal 77% daripada jumlah kawasan geografi Semenanjung Gaza, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Awal pagi hari ini, Tentera Isr4el laknatullah menyerang komuniti penduduk Palestin Al-Maniya, Bethlehem, Tebing Barat dan membakar sebuah rumah di sana. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Serangan Tentera isr4el laknatullah tengah malam tadi yang menyasarkan sekolah di Gaza yang menempatkan penduduk yang berpindah sementara telah membunuh lebih 30 orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…

Aman Palestin Berhad 🇵🇸

Rakaman yang sempat diambil semasa pengeboman di Sekolah Al-Nasr, barat Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad

Читать полностью…
Subscribe to a channel