Assalamualaikum. Selamat datang ke saluran Telegram Aman Palestin Berhad. 24 jam sehari, setiap minit kami cuba mendapatkan info yang Pantas dan Mutakhir. #SavePalestin #SaveAlAqsa #AmanPalestin
Israel telah bersetuju dengan cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk melaksanakan gencatan senjata dengan Iran, tidak lama selepas beliau mengisytiharkan bahawa gencatan itu telah berkuat kuasa selepas 12 hari pertempuran.
Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mendakwa bahawa Israel kini telah "menghapuskan ancaman kewujudan berganda secara segera – baik dalam bidang nuklear mahupun peluru berpandu balistik". Penilaian ini dibuat dua hari selepas Netanyahu memberi bayangan bahawa Israel hampir mencapai objektifnya dan tidak mahu berdepan perang berlarutan.
"Selain itu, tentera Israel telah mencapai kawalan penuh ruang udara di atas Tehran, menyebabkan kerosakan besar terhadap kepimpinan ketenteraan, dan memusnahkan puluhan sasaran utama kerajaan Iran," tambah kenyataan itu.
Penerimaan Netanyahu terhadap gencatan senjata itu dibuat hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu besar-besaran ke atas Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang.
Sumber: The National
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI |Hospital Al-Awda, Gaza melaporkan 19 orang rakyat Palestin syahid dan 146 yang lain cedera apabila Tentera Isr4el laknatullah melancarkan serangan darat secara langsung ke atas rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan Jalan Salah Al-Din, berdekatan dengan Wadi Gaza. 62 daripada orang yang tercedera berada dalam keadaan kritikal.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Israel dilaporkan mahu menamatkan kempen ketenteraan di Iran dalam tempoh terdekat dan mesej ini disampaikan kepada Amerika Syarikat (AS).
Namun pegawai Israel mengakui langkah itu banyak bergantung kepada tindakan yang bakal diambil oleh pihak lawan, Iran.
Menurut pegawai Israel, pemimpin rejim Zionis sedang merangka strategi keluar yang jelas bagi menamatkan kempen ini dan menghentikan serangan peluru berpandu serta dron Iran, supaya serangan balas berterusan tidak melumpuhkan negara itu.
Sumber Israel memaklumkan bahawa pihak tentera memberi isyarat bahawa mereka mendakwa hampir mencapai matlamat operasi.
Sumber: TV Pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Ambulans Isr4el: 3 penduduk haram Isr4el terbunuh dan beberapa yang lain cedera selepas peluru berpandu Iran meletupkan bangunan kediaman mereka di Beershaba.
Sumber: Al Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Perkhidmatan perubatan di utara gaza menyatakan bahawa perkhidmatan ambulans akan terhenti bila-bila masa saja berikutan kekurangan diesel dan mereka tidak dapat memberikan perkhidmatan untuk rakyat setempat.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Seorang warga tua Palestin menceritakan detik menakutkan ketika pesawat perang Isr4el laknatullah menyasarkan serangan ke arah khemah penduduk sementara di Al-Mawasi, Khan Younis.
Perang Israel-Iran tidak menghentikan mahupun mengurangkan serangan ke atas Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi:
Seperti yang telah Iran tegaskan berulang kali: Israel telah melancarkan perang ke atas Iran, bukan sebaliknya.
Setakat ini, TIADA "persetujuan" mengenai sebarang gencatan senjata atau penghentian operasi ketenteraan. Namun, sekiranya rejim Israel menghentikan pencerobohan haramnya terhadap rakyat Iran sebelum jam 4 pagi waktu Tehran, kami tidak berhasrat untuk meneruskan serangan balas selepas itu.
Keputusan muktamad mengenai penghentian operasi ketenteraan kami akan dibuat kemudian.
Sumber: Seyed Abbas Araghchi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Yedioth Ahronoth memetik pegawai-pegawai Israel:
🔻 Kami bersedia menerima gencatan senjata esok jika Khamenei mengisytiharkan bahawa beliau menginginkannya.
🔻 Pihak keselamatan menjangkakan bahawa Iran tidak akan mampu mengeluarkan bahan yang diperkaya.
🔻 Adalah dalam kepentingan kami untuk tidak memanjangkan peperangan dengan Iran.
Sumber: Al-Jazeera
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Dari bunker mewah para menteri hingga pintu perlindungan yang tertutup bagi rakyat biasa, wajah sebenar rejim penjajah tersingkap hanya melindungi elit, dan membiarkan rakyat menanti maut tanpa perlindungan.
Warga Palestin, baik Muslim mahupun Kristian, dihalang menyelamatkan diri. Sementara pemimpin mereka bersembunyi dalam selamat, rakyat dijadikan perisai hidup. Inilah runtuhnya topeng moral mereka di hadapan dunia.
Sumber: Nisa Al-Khair
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
HARI KEMANUSIAAN SEDUNIA
Meraikan pelarian sedunia sahaja tidak cukup. Hak rakyat Palestin perlu dikembalikan. Pendatang haram akan terus menjadi pendatang haram, mereka tidak berhak ke atas tanah Palestin.
Ironinya, kita diajak untuk menyambut hari kemanusiaan untuk mengingati para pejuang yang menjadi pelarian, tetapi tidak berusaha untuk mengembalikan semula hak mereka yang telah dirampas.
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Di dalam laporan terbaru, PBB sekali lagi menamakan Tentera Isr4el laknatullah dalam kalangan yang bertanggungjawab melakukan kezaliman ke atas kanak-kanak di wilayah konflik.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Tangisan ahli keluarga di hari keberkatan mengiringi pemergian mangsa korban serangan Tentera isr4el laknatullah yang menyasarkan sekitar kawasan pusat agihan bantuan di tengah Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Protes besar-besaran dilakukan melam tadi berhampiran Kedutaan AS di Baghdad, Iraq yang mendesak kedutaan itu supaya ditutup dan menyuarakan sokongan ke atas ketenteraan Iran.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Dalam ucapan rasminya di Pangkalan Udara Tel Nof, Isnin (16/6/2025), Perdana Menteri Israel, Netanyahu menyatakan bahawa operasi ketenteraan terhadap Iran adalah sebagai bentuk mempertahankan diri. Iran pula menuduh Israel melakukan pencerobohan ketenteraan ke wilayahnya, sekali gus mencetuskan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa lebih 55,000 penduduk Gaza telah terkorban akibat serangan Israel, dengan lebih 50% daripada mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Sumber: Nisa Al-Khair
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Enam warga Palestin syahid dan puluhan lagi cedera dalam serangan Tentera Isr4el laknatullah yang menyerang kawasan luar pusat agihan bantuan AS di Khan Younis, menurut wakil QNN.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Satu lagi risalah disebarkan ke udara Gaza oleh Isr4el laknatullah untuk memaksa penduduk Palestin di beberapa kawasan di Jabalia, utara Gaza untuk berpindah daripada kawasan itu segera berikutan serangan yang akan dilancarkan oleh Tentera Isr4el laknatullah.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Perkhidmatan Kecemasan Isr4el: 6 penduduk haram Isr4el cedera, seorang dalam keadaan kritikal selepas peluru berpandu meletupkan bangunan di Beersheba, selatan Tel Aviv.
Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Keadaan Beershaba selepas diserang peluru berpandu Iran.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Siren amaran serangan dibunyikan di seluruh tengah kawasan Palestin yang dijajah barikutan peluru berpandu yang baru dilancarkan oleh Iran.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Siren amaran serangan dibunyikan di sekitar selatan kawasan Palestin yang dijajah selepas Isr4el laknatullah mengenalpasti terdapat peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Gilbert Doctorow, Penulis Dasar Luar menyatakan Netanyahu cuba untuk mencari jalan menghentikan perang dengan Iran kerana mereka tahu pertahanan udara Isr4el laknatullah tidak mampu menghentikan peluru berpandu Iran.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Presiden AS Trump mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Iran.
Trump mengumumkan bahawa Israel dan Iran telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya, yang akan bermula dalam tempoh 6 jam, menandakan 'tamatnya perang rasmi selama 12 hari'
Sumber: Anadolu Agency
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran berjaya menembak jatuh sebuah lagi dron pengintip buatan Israel, Hermes 900, di wilayah Markazi yang terletak di barat daya ibu negara Tehran.
Menurut laporan akhbar tempatan, Shargh, serangan itu berjaya dipatahkan selepas sistem pertahanan udara buatan tempatan Iran diaktifkan oleh IRGC.
Sumber: TV pertiwi
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Hamas:
🔻 Tiada penyelesaian bagi isu pelarian Palestin melainkan dengan lenyapnya penjajahan dan kembalinya mereka ke tanah air yang telah mereka diusir daripadanya.
🔻Perang penjajah ke atas kem pelarian di Tebing Barat melalui pemusnahan dan pengusiran secara sistematik merupakan satu tindakan yang sangat berbahaya terhadap perjuangan pelarian.
🔻 Kami menolak segala usaha Zionis yang bertujuan menghapuskan peranan UNRWA dengan sokongan daripada Washington.
Sumber: Hamas
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Saluran 12 Israel: 24 terbunuh dan lebih daripada 838 pendatang haram cedera serta kira-kira 5,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat serangan roket Iran sejak permulaan konfrontasi ketenteraan.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Agensi Berita Rasmi Fars: 16 individu yang didakwa sebagai ejen yang mempunyai kaitan dengan Mossad telah ditangkap di wilayah Lorestan, Iran.
Sumber: Rassd
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Menurut jumlah terkini, 25 rakyat Palestin syahid dan lebih 120 yang lain cedera dalam tembakan darat secara langsung Tentera Isr4el laknatullah ke arah rakyat Palestin yang sedang menunggu bantuan berhampiran koridor Netzarim di tengah Gaza.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan kelulusan serangan ke atas Iran berikutan keraguan terhadap keupayaan senjata utama yang dirancang untuk digunakan - bom GBU-57 'bunker buster' seberat 30,000 paun.
Menurut laporan eksklusif oleh The Guardian, perbzaan pandangan tercetus antara pegawai kanan White House dan Pentagon berhubung sama ada senjata itu benar-benar mampu memusnahkan kemudahan nuklear Iran yang kebal di Fordow, yang terletak jauh di bawah tanah.
Sumber: Astro Awani
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Menteri Keselamatan Isr4el laknatullah, Itamar Ben-Gvir menyeru kepada masyarakat awam Isr4el untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya menonton Al-Jazeera.
Sumber: Quds News Network
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad
🚨 TERKINI | Sekurang-kurangnya tiga warga Palestin syahid dalam serangan dron Tentera Isr4el laknatullah yang menyasarkan masyarakat yang sedang berkumpul di Jalan Al-Jalaa di Gaza, menurut sumber di tempat kejadian.
Sumber: Days of Palestine
🇵🇸 Aman Palestin
t.me/amanpalestinberhad