andaikutau | Unsorted

Telegram-канал andaikutau - Andai Ku Tahu

84

Bila terhapus kejahilan, nyatalah wujud Nya.

Subscribe to a channel

Andai Ku Tahu

1. Kita semua baik. Hanya terlupa jadi baik atau tersilap langkah berbuat baik.

2. Kita semua baik. Hanya maksiat yang menarik hidup kita menjadi rumit.

3. Kita semua baik. Hanya penyesalan masa silam dan kerisauan masa depan penyebab tingkahlaku kita pelik.

4. Kita semua baik. Kita suka memberi makan dan suka memberi senyuman.

5. Kita semua baik. Kita memaafkan walau tidak pernah melupakan.

6. Kita semua baik. Kita tidak mengungkit walaupun di dalam sakit.

7. Kita semua baik. Kita melepaskan kerana tahu tiada apa yang kita milik.

Kita semua baik.
Dan sebaik baik balasan,
adalah daripada Tuhan Yang Maha Baik.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Menafikan takdir hanya akan menjadikan kita hamba yang menafikan aturan Allah Ya Baari.

Sedang tiada manusia mampu mengasihi kita SEKASIH ALLAH pada kita.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Rasa Memiliki Menjadikan Diri Ego Dan Tak Rasa Sedang Ditadbir OlehNya Yang Maha Pengasih. Akhirnya Menyebabkan Keluh Kesah.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Wahai Jiwa2 Yang Sedang Bertumbuh, Fokuskan Seluruh Hatimu Untuk DIA. Kau Umpama Bayi Kecil Yang Memerlukan Perhatian Dari Seseorang Ibu Yang Penyayang.

Tapi Sekarang Kau Dah Dewasa, Jiwamu Tidak Memerlukan Ibu Lagi Tapi Tuhan Yang Maha Memelihara.

Ketika Bayi Kau Menangis....Saat Kau Lapar, Saat Kesunyian, Saat Ketakutan Saat Kau Rasa Terancam.. Tapi Ketika Kau Dah Pun Dewasa, Bila Rasa2 Itu Hadir Kau Menangis lah Disepertiga Malam. Tariklah Perhatian Dari Yang Maha Esa, Merintih lah Dengan Tidak Keberdayaan Kerana Dia Yang Selayaknya Merawat Kesakitanmu.

#Keberserahan
#BukuAndaiKuTahu

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

KESEDARAN

Sebenarnya hidup ni mudah. Cuma kerana penolakan demi penolakan tu lah yang buat kita jadi sakit. Bila sakit mulalah nak tuduh orang lain yang jadi penyebabnya. Sedangkan diri sendiri yang sepatutnya bertanggungjawab pada setiap yang berlaku.

Kita yang sepatutnya melindungi diri dari emosi mereka yang tak terkawal bukan ikut2 beremosi. Semuanya berlaku sebab keegoan yang merasakan akulah yang betul.. Akulah yang pandai.. Akulah yang kaya.... Akulah yang baik.. Akulah yang banyak berkorban.

Sedangkan semuanya adalah dalam tadbir Allah yang mahu kita menjadi lebih baik dan lebih kenal denganNYA

Setiap kita ada tanggungjawab sendiri.

Untuk damai sentiasalah merasakan orang lain juga dalam tadbir Allah yang mahu mereka macam tu.

#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

BAHAGIA itu di setiap saat bukan ada masa-masanya.

Kita menderita kerana menolak situasi yang tak disenangi berlaku, menolak orang yang menyakiti kita, menolak keadaan yang menyebabkan kita rasa kecewa. Menolak perangai-perangai orang yang sememangnya berbagai-bagai.

Hidup di masa lalu juga menghalang KEBAHAGIAAN yang datang, sama juga hidup di masa hadapan, ia menyekat KEBAHAGIAAN untuk hadir kepada kita.

Sentiasalah menerima semua situasi kerana semuanya PASTI BERLALU.

Bila KECEWA Allah mahu kita berterima kasih dengan ujian-Nya... Agar Kita Kuat Dan Jadi Lebih Baik.
Bila BAHAGIA Allah mahu kita bersyukur dengan nikmat-Nya.. Agar Kita Menerima Lebih Banyak Lagi Kebahagiaan.

#salamramadhan
#BukuAndaiKuTahu
#SemuanyaPastiBerlalu

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

TAK BERSYARAT

Saat Hendak Menyayangi Seseorang Atau Sesiapa Saja... Sayangilah Mereka Seadanya, Bukan Karena Mahu Mereka Menjadi Seperti Yang Kita Mahukan.

Sebabnya Adalah Kerana Kita Hanya Mencintai Cerminan Diri Kita Yang Ada Dalam Dirinya.

#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

MELEPASKAN

Sahabat, saat melatih diri utk melepaskan, anda akan dapat rasa beban keegoan itu melebur dan mengalir.
Yg dah buat pasti dah rasa. Betul?

Tetapi mengapa kita sering saja memilih utk tidak melepaskan? Keegoankah?
Keakuankah?
Tanya & masuk ke dalam diri... Atau..
Apakah diri ini terlalu menggenggam?

Sahabat, terlalu menggengam itu hanya akan membina jurang & membuatkan kita merasa semakin sempit, sakit, malah melihat semuanya bagaikan salah dan salah.

Mmg, ia sakit ketika kita sedari dan akui bila mana kebimbangan kita ttg ketidaktelusan dan ketulusan org lain itu. Kesedaran ini, kadangkala seakan memanggil kita bertggjawab utk membetulkannya.

Namun, keterbatasan fikiran dan tindakan, takkan sentiasa mampu utk kendalikan ia menjadi sbgaimana yg kita mahu.
Di sinilah persoalannya. Adakah sekadar membiarkan sahaja?
Atau, buat tak tahu sahaja? Tidak, tentu saja tidak. Mana mungkin tidak peduli. Ada jalannya.

Bagaimana?

Change our vibration. Change our mind.
Merendah.
Twist. U-turn.

Kalam guru, mulakan dengan istighfar & selawat.
Submit doa.
Sentiasa takut dan harap pd Allah.

Make a good positive vibration.
Vibration / mind / soul yg positif akan mudah sampai ke destinasinya.

Kita tak blh nak buat semuanya. Dan kita tak boleh nak make sure ia jadi sbgaimana yg kita atur.
Akui kita adalah hamba. Serahkan pd Yg Maha Pencipta.
Ini tuntutan.

Setiap kali hadirnya masalah,
Hadirkan Allah dulu dalam masalah itu.

Kesilapan kita, setiap kali adanya masalah, terlebih dahulu memaksa fikiran utk mencari jawapan. Kemudian kita collapsed. Buntu. Celaru. Tersungkur.
Sedangkan jawapan itu sudah ada pd Yang Maha Tahu, Allah Ya Aliim.

Tahukah, menggengam itu, bila kita memandang jauh ke dalam, tanpa sedar, minda bawah sedar kita sedang membina sikap keakuan diri. Bukan lg mendahulukan Yg Esa. Asbab inilah kita merana dan menderita.

Jadi, nak semuanya baik dan baik, malah utk dapatkan keberkahan dlm setiap fikiran dan tindakan kita, izinkan diri berhenti sejenak, silence, break the pattern, ubah sudut pandang.

We do the best,
Lets Allah do the rest.

In shaa Allah, semoga menjadi asbab kebaikan pd diri dan org lain.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Minta ampun akan dosa lalu dan dengan sangka baik kepada Allah SWT bahawa Allah telah mengampuni.

Seterusnya berbuatlah baik tanpa rasa diri baik.

Merasa berdosa lebih baik dari merasa diri alim, selagi mana kekal terhubung dengan kasih Allah SWT.

Tidak tersangkut lagi pada dosa (menghukum diri, org lain atau Allah SWT) tetapi kerana dosa lalulah, hari ini kita berusaha menjadi lebih baik. Tidak mahu mengulanginya lagi.

#MasterCoachAzeannira
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

CERMINAN

Hati2 dengan kata2 dalam hati kita. Kita nampak orang mengata.. Cuba check hati sendiri adakah sebenarnya kita ni sedang mengata dia tu.. So sama je la kita dengan dia yang sedang mengata tu.. Cuma kita tak luahkan keluar macam dia.

Kena sedar bahawa orang yang di depan kita tu adalah cerminan kita. Hati2 dengan lintasan hati yang berprasangka tak baik.

Orang yang kita nampak bermacam2 perangai tu adalah cerminan diri kita.

Ibarat kita di depan cermin biasanya kita akan fokus pada imej dalam cermin..walaupun cermin tu berhabuk.

So samalah dalam kehidupan.. Saat kita melihat orang yang menyakiti tu adalah imej kita.. Jadi teruslah balik ke dalam diri bukan membuat penilaian terhadap orang yang menyakiti tu. Dia hanya sebuah cermin yang berhabuk tapi tetap memantulkan imej kita.

......
Pesan Guru

Bila Allah dah buka hijab....
Iaitu bila kita dah dibuka bagi nampak kesombongan orang lain, beristighfar lah.

Istighfar bukan hanya untuk kita.
Tapi untuk dia juga.
Tolong istighfar kan untuk dia juga.

#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Betul Ke Tak Cakap Jujur Sebab Nak Jaga Hati Orang ?

Alasan kerana bimbang nanti akan menyakiti hati orang bila cakap jujur, telah mendorong pula perbuatan tak berlaku jujur. Ini sebenarnya ada satu layer yang kita tak perasan, yang mendorong tak bercakap jujur terhadap apa yang kita mahu. Halusnya adalah sebab kita takut orang itu tersentap atau tersakit dan akan membuatkan tak mahu berkawan dengan kita lagi dan menjauhi kita.

Itulah KEEGOAN Nak Selamat Dan KEEGOAN Nak Disayangi. Takut mereka marah kita dan kita rasa tak disayangi lagi dan akan dijauhi oleh mereka.

Jadi bila hening semula bukan kita nak jaga hati orang sangat tapi sebab kita sendiri yang takut kita tersakit dengan respon mereka berikan.

Jadi adalah lebih baik berterus terang tanpa memikirkan apa yang mereka nak rasa kerana ini lebih mendamaikan daripada memendam perasaan yang akhirnya membawa kepada kebencian.

Sudahnya hubungan jadi rengang juga kan..?

#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Sahabat,
Jangan sesekali menzalimi diri sendiri.
Semua orang layak bahagia...
Hanya fikiran kita yang membatasi. Yang selama ini menjadi penghalang kebahagiaan itu.

Sebaik sahaja kita dapat lepasi fikiran-fikiran yang kelam ini, akal-akal jernih akan muncul setelah itu.

Allah SWT berfirman.. Setiap kita kan diuji. Jadi terserah kita bagaimana memproses ujian yang diberi.

Sahabat,
Kita hanya perlu sedar dan memerhati apa yang sedang Allah SWT mahu ajarkan.

#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Sahabatku,

Dendam ni bukan sahaja terhad kepada sesama makhluk yang masih hidup. Ada ramai antara kita berdendam dengan orang yang telah tiada samaada dirinya sedar atau tidak.
.

Dendam bukan sahaja akan menyakiti lawan. Tatapi lebih jauh akan menyakiti diri sendiri.
.

Diri akan semakin jauh dari kebahagiaan kerana yang menyelubungi diri adalah rasa dendam, kemarahan dan juga rasa dizalimi. Tanpa sedar, kita akan menarik lebih banyak pengkhianatan yang berlaku ke atas diri kita sendiri.
.

Izinkan diri anda untuk bahagia dengan memeluk lembut setiap kelukaan dan kesakitan yang pernah hadir. Kerana ianya adalah sebahagian dari perjalanan hidupmu. Akui, rasakan, terima dan lepaskan. Hal yang berlaku itu juga sebenarnya makhluk ciptaan Tuhan.
.

Semua itu adalah asbab penyempurnaan. Sebaik sahaja kita membuka pintu untuk mencari jalan keluar, maka menerpalah cahaya memasuki ke ruangan yang gelap itu. Berbahagialah…
.

Tetaplah dalam memandang kasih sayang Allah, Hak Allah dan Pentadbiran Allah dalam tiap apa yang berlaku. Insyallah
.

Temui rahsia,
.

<3 Bagaimanana untuk berdamai dengan masa lalu melalui teknik melepaskan.

<3 Bagaimana untuk memeluk lembut setiap kesakitan melalui teknik penerimaan.

<3 Bagaimana dengan menyayangi diri dengan teknik being present, kita akan merasa bahagia dan membahagiakan.

#BukuAndaiKuTahu

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

BERHADAPAN DENGAN KETAKUTAN DAN KERISAUAN DIRI

Bila mana fungsi hati jarang digunakan maka akal akan mula bermaharajalela di dalam diri kita.

Ketakutan dan kerisauan yang kita tidak pasti membuatkan kita tidak dapat menikmati apa yang ada di saat ini.

Jom belajar teknik mengenal diri dengan rasa syukur yang mendalam bersama Master Coach Azeannira Abdul Azeh.

#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Hanya dengan tutup mata dan fokus pada pendengaran, kita dapat sedari banyak benda yang sedang berlaku di sekeliling kita.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Kadang-kadang Kita Terlupa Untuk Bersyukur Kerana Semuanya Telah Sedia Ada. Ia Ada Tanpa Kita Sedar, Tanpa Diminta. Kita Terlupa Memandang Di Sekeliling Kita, Semuanya Adalah Rezeki Yang Keberlimpahan.

Kita Masih Berkira-kira Untuk Bersyukur Dengan Hanya Bila Dah Dapat Apa Yang Kita Mahu Sahaja. Sedangkan Setiap Kemahuan Telah Pun Terpenuh. Perhatikanlah. Perhatikan Di Sekeliling, Yang Hampir Dengan Diri Kita !!

Kita Lupa Bersyukur Dengan Adanya Anggota Tubuh Badan Yang Sihat Tu Yang Mengizinkan Kita Dapat Menikmati Hidup.

Kita Lupa Dengan Nikmat Nafas Inilah Yang Mengizinkan Kita Meminta Dan Berharap Untuk Memiliki Apa Yang Kita Inginkan.

#PCR
#ProgramCahayaRamadhan

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Lepaskan, rasa 'mahukan' semua itu mesti dipenuhkan oleh orang lain.

"Rasa, kemahuan dan keinginan yang hadir dalam diri mu itu adalah untuk dikau penuhi. Bukan orang lain."

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Runtuhkan keegoan sehingga tidak merasa tercabar oleh sesiapa.
.
Terima ketidaksempurnaan diri sendiri sehingga ia tidak menjadi senjata untuk menyerang.
.
Sayang diri sehingga tidak perlu memaksa orang lain menyayangi.
.
Pointnya, lihat ke dalam diri sendiri.
.
Kenali diri kemudian kita akan mengenali siapa yang menciptakan.

Sollu Alan' Nabiy

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Keberserahan

Wahai Jiwa2 Yang Sedang Bertumbuh, Fokuskan Seluruh Hatimu Untuk DIA. Kau Umpama Bayi Kecil Yang Memerlukan Perhatian Dari Seseorang Ibu Yang Penyayang.

Tapi Sekarang Kau Dah Dewasa, Jiwamu Tidak Memerlukan Ibu Lagi Tapi Tuhan Yang Maha Memelihara.

Ketika Bayi Kau Menangis....Saat Kau Lapar, Saat Kesunyian, Saat Ketakutan Saat Kau Rasa Terancam.. Tapi Ketika Kau Dah Pun Dewasa, Bila Rasa2 Itu Hadir Kau Menangis lah Disepertiga Malam. Tariklah Perhatian Dari Yang Maha Esa, Merintih lah Dengan Tidak Keberdayaan Kerana Dia Yang Selayaknya Merawat Kesakitanmu.

#BukuAndaiKuTahu

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

#PCR 2.0

Sampai ke titik syukur yang mendalam barulah,

Kemaafan menjadi ikhlas,
Kemarahan menjadi pudar,
Kesedihan tidak menjadi beban,
Ketakutan tidak menjadi jerat,
Kekurangan tidak menjadi penghalang.
Dan seterusnya...

Azeannira Abdul Azeh - Coach, Speaker, Author

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Sejujurnya manusia itu ada kekuatan untuk memaafkan sesiapa pun. Namun mulakan dengan memaafkan diri sendiri atas prasangka atau sudut pandang yang sempit tentang sesebuah hal yang telah terjadi.

Sebab apa yang telah terjadi semua dengan IzinNya.

Agar manusia belajar sesuatu. Agar manusia sedar. Akan kekuatan dirinya yang tanpa batas.

Itulah dia Kekuatan untuk memaafkan dan menjadi lebih bijaksana.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

MARAH

Marah itu bukanlah hal yang buruk atau baik sebenarnya. Marah hanyalah perasaan dan perasaan adalah sesuatu yang muncul dalam diri kita tanpa kita sedar. Yang paling penting adalah apa respon kita terhadap perasaan marah itu. Adakah melepaskan kemarahan dengan sesuka hati tanpa kawalan atau marah berpada keatas kesalahan tertentu sahaja.

Ramai juga yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengekspresikan perasaan marahnya dengan betul, dan tidak pandai untuk menyalurkannya hingga menghasilkan tindakan yang agak ekstrem dan menjurus kepada kekerasan yang akhirnya mengakibatkan kesakitan juga kekesalan samada pada diri sendiri atau kepada orang yang dimarah.

#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Ketika seorang wanita menjadi seorang isteri, janganlah terlalu berdikari. Harus ada sisi "Manjanya" agar lelaki tidak kehilangan fungsinya sebagai seorang imam yang melindungi dan menjaga.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

BELAS KASIH..

Rasa kasihan, rasa simpati disulam dengan rasa sayang.

Hidup ada dualiti..
Takde sayang akan ada benci..
Jadi ada kasihan akan ada simpati.

Dengan simpati kita boleh memyantuni orang yang menyakiti kita.

Kita takkan ambil kira apa yang mereka buat atau katakan.

Kita boleh pulangkan hadiah mereka tu mengikut level keegoan kita. Jika keegoan rendah kita akan rasa kesian. Jika keegoan masih menebal kita akan rasa.. lantak kaulah..

Barulah kita nampak dalam buruk mereka tu, ada baiknya.. Teruskan fokus pada kebaikan mereka...dari situ mereka rasa dihargai, disayangi dan selamat.. Dari situ mereka mula memberikan respon yang baik dan happy. So kita pun happy... Kan.? Just Move On.
...

PESAN GURU

Tanya diri kita.
Yang kita nak marah sangat ni apasal?
Kan..
Akhirnya bawa pada kesombongan diri kita sendiri.

#MasterCoachAzeannira
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Sekejap Ok.. Sekejap Tak Ok..

Untuk permulaan ianya normal sekejap positif sekejap negatif. Semua orang mengalami proses yang sama..Tenggelam timbul dengan energi positif negatif.

Sebab itu pentingnya syukur dan istighfar. Tak semestinya nak bersyukur saja.. Dan tak semestinya kena beristighfar saja. Kerana hakikatnya kita ada dualiti sisi baik dan sisi buruk.

Jadi bila berbuat baik bersyukur.. Tapi bila tersilap istighfar. Syukur dan istighfar saling berkait setiap masa.

Perkara yang paling kena syukur ialah rasa kesedaran itu. Bila kita tak sedar nak istighfar pun tak boleh, sebab asyik melihat salah orang pada kita. Tapi tak sedar yang kita sendiri juga ada buat salah dan menyakitkan hati orang lain.

Kita hanya rasa yang kita tak boleh menerima orang menyakiti kita tapi kita tak nampak orang lain juga tak dapat menerima perbuatan atau perkataan kita.

Kita rasa kita saja yang dah berbuat baik, dan orang lain mesti menyantuni kita sebaiknya kerana perbuatan baik tu. Kita nak dibalas dengan kebaikan juga.

Jadi untuk melihat itu memerlukan kesedaran.. Perlu ada perasaan belas kasih yang mereka juga ada kekurangan dan sisi2 buruk yang mereka tak dapat kawal.

Bila belas dan kasih sudah sebati barulah kita boleh memandang mereka juga pernah terluka, pernah disakiti, pernah rasa menderita sama seperti kita.

Halusi lagi Keegoan kita..kita trigger sebab masih ada keegoan dalam diri yang terbentuk dari Timeline kita.

#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Bila Belajar, Nampak Kelemahan Diri. Itulah Belajar. Bila Belajar, Nampak Kelemahan Orang. Belajarlah Semula.

#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN

Kitalah Yang Menentukan Suasana Hati Samada Nak Bahagia Atau Sebaliknya. Kata2 Atau Perbuatan Orang Yang Menyakitkan Tidak Akan Memberi Kesan Andai Saja Kita Tidak Mengizinkan. Kerana Hadiah Yang Diberi Tapi Tak Diambil Tetap Menjadi Milik Sipemberi.

Cuba Renung, Adakah Selama Ni Kita Sudah Mengambil Apa Saja Hadiah Mereka..? Setiap Kata2 Kemarahan, Kata2 Sindiran, Kata2 Hinaan,...
Sehingga Akhirnya Menyebabkan Emosi Sendiri Tercalar.

Andai Kita Menerima Apa Saja Pemberian Mereka Yang Menyakitkan Itu, Ia Ibarat Menerima Buah Busuk Yang Kita Sendiri Memang Dah Tahu Keadaan Buah Itu. Lebih Teruk Lagi, Kita Marah Pulak Orang Yang Memberi Dan Salahkan Mereka. Sedangkan Kita Sendiri Yang Nak Ambil Walaupun Kita Boleh Memilih Untuk Menolaknya.

Adakah Kita Terhinopsis Dengan Mereka.. Kenapa Bila Mereka Marah Kita Pun Ikut Nak Marah, Kenapa Mereka Menyindir Kita Terasa.. Kenapa Mereka Mengata Kita Sentap..? Semuanya Adalah Berkaitan Dengan Keegoan Yang Ada Dalam Diri. Ada Sesuatu Yang Tersimpan Yang Tidak Kita Lepaskan Dan Leraikan.

Mereka Hanyalah Menyampaikan Mesej Bahawa Seandainya Kita Mempunyai Jiwa Tenang Bahagia.. Dari Awal2 Lagi Kita Tak Akan Menerima Hadiah Mereka Dan Hadiah Itu Tetap Menjadi Milik Mereka. Kata2 Atau Perbuatan Mereka Langsung Tidak Memberikan Kesan.

Jadi...
Keywords yang kita belajar hari ni.

Jangan ambil benda yang kita tak mau. Nanti jadi sampah.

#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Jiwa yang terluka perlu masa untuk sembuh. Keegoan yang terhiris perlu masa untuk dileburkan. Dengan penuh kesedaran, selapis demi selapis ditanggalkan. Dengan pedoman Sang Guru.

#MasterCoachAzeannira

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Dari segi psikologi, apa yang kita rasa saat ini begitu jugalah apa yang dirasakan oleh orang lain.

Dalam buku AKT buka tajuk cerminan.

Bagaimana kefahaman tentang cermin tadi kita memakai dalam kehidupan harian kita?

Seorang isteri yang merasa rindukan belaian pada suaminya, begitu jugalah yang suami mahukan daripada isterinya. Rasa yang sama.

Kita rasa suami terlalu manjakan anak. Sakit hati bila tengok. Deep down-nya kita sangat garang dengan anak-anak sedangkan sebenarnya kita nak sangat berlembut dengan anak tapi tak boleh buat kerana terlalu banyak sampah-sarap yang ada dalam diri.

Begitu juga dengan cahaya matahari takkan tembus ke dalam air jika terlalu banyak sampah-sarap di permukaan air.

Tetapi bila mana kita sedari kita ada sampah dalam diri dan kita bersihkannya, jiwa yang keras tadi akan terserlah kelembutannya.

Nak dapatkan rasa kefahaman ini, perlu gali ke dalam diri.

#MasterCoachAzeannira

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Kadang, kesedihan memerlukan masa untuk bersendiri meskipun ada masanya bersendiri mengundang lebih banyak kesedihan.

Fokus pada kesembuhan, bukan pada penderitaan.

#MasterCoachAzeannira

@AndaiKuTau

Читать полностью…
Subscribe to a channel