Aku membiarkan dirimu terus melakukan apa yang kamu lakukan itu kerana aku tahu bahawa dirimu juga sedang bertumbuh dan pasti satu hari kelak, sebaik mencapai kesedaran dan kematangan, kamu akan berhenti.
#Azeannira Abdul Azeh
@AndaiKuTau
Aku mengambil masa yang lama untuk membina kekuatan dan menerima diri sendiri. Untuk faham bahawa kelemahan adalah untuk diperbaiki dan kelebihan adalah untuk dinikmati dan dikongsi. Aku maafkan diriku.
@AndaiKuTau
SEPANJANG PERJALANAN
Yang Membuat Hidup Bererti Adalah Perjalanan Hidup Itu Sendiri, Bukan Apa Yang Sudah Diperolehi Atau Ketika Sampai Di Tujuan.
Hati Yang Penuh Kegembiraan, Kasih Sayang Dan Syukur kepadaNya. Satu Dua Masalah Yang Terjadi, Itu Adalah "Perasa" Yang Membuatkan Kita "Merasai" Nikmat Hidup.
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
Bahagia itu sederhana.
Semudah menerima tanpa mempersoalkan Dia.
Semudah meminta, namun dengan kesyukuran berganda.
#PKD
@AndaiKuTau
Biarpun kita disatukan dengan ikatan pernikahan namun kita tetap orang yang berasingan. Satu tapi terpisah.
Yang mempunyai rasa, kemahuan & matlamat yang berbeza. Mana mungkin kita menjadi dia atau dia menjadi kita.
Inilah antara ujian NYA.
@AndaiKuTau
Assalamualaikum sahabat syurga🥰
Saya Kak Zah Team 3C
Sudah sampai masanya kita kembali ke dalam rumah kedamaian, memandang ke dalam syurga yang telah lama ditinggalkan.
Jom! Bagi yang berkeperluan untuk join PKD boleh klik link di bawah ya, nanti saya bantu.🤗
http://www.wasap.my/601135784531/PKD11.0
Biarpun kita disatukan dengan ikatan pernikahan namun kita tetap orang yang berasingan. Satu tapi terpisah.
Yang mempunyai rasa, kemahuan & matlamat yang berbeza. Inilah antara ujian NYA.
#MCAA
@AndaiKuTau
PENUH KESEDARAN
Disaat Runtuhnya Keegoan Dan Kesombongan Diri, Baru Hati Dapat Merasai Kebesaran Allah Yang Maha Pengasih.
Hidup Penuh Kesedaran Dan Pada Setiap Masa Hati Melihat Hanya Bicara Tentang DIA. Disebalik Suka Dan Duka, Senyum Dan Tawa Diri Sentiasa Mengizinkan Melihat Mesej2 CintaNYA.
Dengan Kesempitan Dan Kesakitan KirimanNYA, Hati Akan Terus Mengadu Dan Merintih KepadaNYA.. MerinduiNYA.
@AndaiKuTau
Hanya satu kata-kata dari orang yang kita percaya, akhirnya merana sepanjang hidup dan ditambah pula dengan prasangka sendiri.
Hiduplah dengan penuh kesedaran, cari jawapan jika ada persoalan. Jernihkan jika ada kekeruhan. Usah dibawa sehingga menjadi beban pada perasaan.
#MCAAA
@AndaiKuTau
Kiranya kita memandang apa yang berlaku itu adalah berkah dari sebuah kehidupan atau pesan dari pencipta atau jalan menjadi dewasa, tiada apa yang perlu dikeluhkan. Ianya hanyalah sebuah proses untuk menuju kematangan.
Kiranya kita memandang sebagai sebuah masalah atau hukuman, ketenangan memudar, keegoan diri perlahan menebal. Ketidaktenangan bukan hanya berlaku di luar tetapi mula membuatkan jiwa di dalam mula terbeban.
Salam 1 Muharam 1443 H
#MCAAA
Kiranya kita memandang apa yang berlaku itu adalah berkah dari sebuah kehidupan atau pesan dari pencipta atau jalan menjadi dewasa, tiada apa yang perlu dikeluhkan. Ianya hanyalah sebuah proses untuk menuju kematangan.
Kiranya kita memandang sebagai sebuah masalah atau hukuman, ketenangan memudar, keegoan diri perlahan menebal. Ketidaktenangan bukan hanya berlaku di luar tetapi mula membuatkan jiwa di dalam mula terbeban.
Salam 1 Muharam 1443 H
#MCAAA
@AndaiKuTau
Jangan terlalu sibuk nak ubah orang, bimbang masa kita yang tak banyak.
#MAC
@AndaiKuTau
"Orang yang jernih menggantikan kata masalah kepada kata-kata yang berimpak positif, iaitu sebut cabaran, ujian dan peluang."
@AndaiKuTau
1. Perhatikan tiram di dalam lautan. Dia mengisi diri dengan air yang secukupnya, kemudian melahirkan mutiara.
2. Dia mengambil air yang paling bagus dan memasukkan kedalam dirinya. Tak usah banyak-banyak, secukupnya saja.
3. Jika selama ini kita sering diperbudakkan harta. Kilauan emas dan perak membuat mata kita tertutup.
4. Lepaskanlah ikatan itu segera, ia membelenggu jiwa, bebaskan diri engkau.
5. Isikan dengan air kasih kasih yang akan mengubati segala macam penyakit di dunia.
Contohi tiram.
6. Mengambil air secukupnya saja. Kemudian air itu menjadi mutiara dunia juga.
7. Hasratmu mahu memiliki dunia. Engkau pun mengisi cawanmu dengan seluruh lautan.
Apa gunanya.
8. Ukuran wanita terletak pada nilai solehah, bijaksana dan peribadi baik.
9. Diindahkan lagi dengan sabar, jiwa yang besar dan kematangan.
Kesan daripada situ yang mengangkat kedudukanmu pada posisi yang sederhana tetapi dilihat tinggi.
@AndaiKuTau
Wanita yang berjaya adalah seorang yang membina bangunan hasil batu bata yang dilemparkan kepadanya. Wanita yang hebat dapat mendidik anak untuk berjaya di dunia dan akhirat.
@AndaiKuTau
Kegagalan untuk dipelajari bukan ditakuti, agar matang menghadapi cabaran.
Jangan tersekat pada penyesalan masa lalu dan jangan melihat masa depan dengan cemas kerana kehidupan adalah untuk saat ini.
#BukuAKT
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
Orang yang tidak tahu (jahil), akan nampak cerdik dan bijaknya kita. Orang yang lebih cerdik dan bijak (tahu) dari kita akan nampak bodohnya kita.
Itu fitrah.
Jadi usah rasa kitalah yang paling bijak, paling tahu, paling betul.
Dan usah juga terperangkap dengan rasa tak tahu sampai tidak dapat memberikan kebaikan pada orang lain.
Dengan kata lain, berpadalah dan sedar diri.
#MCA
@AndaiKuTau
SEPANJANG PERJALANAN
Yang Membuat Hidup Bererti Adalah Perjalanan Hidup Itu Sendiri, Bukan Apa Yang Sudah Diperolehi Atau Ketika Sampai Di Tujuan.
Hati Yang Penuh Kegembiraan, Kasih Sayang Dan Syukur kepadaNya. Satu Dua Masalah Yang Terjadi, Itu Adalah "Perasa" Yang Membuatkan Kita "Merasai" Nikmat Hidup.
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
JIWA MERDEKA
Jiwa Yang Sudah Bebas Dari Belenggu Keinginan Nafsu, Yang sudah Merdeka Dari Dijajah Keegoan, Yang Tidak Lagi Terseret-seret Oleh Fikiran Negatif Yang Melemahkan.
#JagaRohani
@AndaiKuTau
Mendengar tanpa perasaan boleh membawa pada kedamaian.
Perasaan keterlaluan dalam ingin membetulkan boleh membuatkan diri terjerumus dalam kegundahan dan ketidakdamaian.
MasterCoachAzeannira
PenyembuhLukaJiwa
@AndaiKuTau
Dalam pada kita sebut 'tak kisah' sebenarnya 'deep down', kita sangat kisah. Buktinya, hal itu kerap diulang tayang dalam fikiran.
Kita cakap tidak mahu, sebenarnya kita mahu.
Ayat 'tak kisah' hanyalah pelepas masalah untuk seketika.
#MCAA
@AndaiKuTau
Bila disakiti hingga timbul rasa sedih dan marah ia nampak jelas itu dari perbuatan orang lain kepada kita.
Tapi sebenarnya kitalah yang memilih untuk merasakan kesakitan itu. Kita yang tidak menerima dan melepaskan.
Apa yang orang buat kepada kita itu menyakitkan Kerana kitalah yang tidak mahu melepaskan kesakitan itu pergi. Kita yang menggenggam kesakitan itu untuk terus menyakitkan diri sendiri.
Bila kita dapat melepaskan dengan mudah dan memaafkan mereka, kita tidak akan terus sakit.
Buatlah dengan penuh kesedaran, bertindaklah untuk melindungi diri agar dapat memberikan kebaikan untuk orang yang menyakitkan.
@AndaiKuTau
Aku lebih rela menanggung pedihnya kerana menyimpan perkataan dari menanggung sesalan kerana terlebih perkataan.
Semoga Allah SWT sentiasa menjaga kita semua. InsyaAllah.
#MCAAA
@AndaiKuTau
Untuk sampai kepada tahap sabar dan menghargai sudah tentu ada proses yang perlu dilalui.
Ibarat kertas pasir yang sedang memperhaluskan keegoan.
#MCAAA
@AndaiKuTau
Bahagia tanpa syarat
Bagitu kata orang-orang bijaksana.
Dulu saya selalu berfikir, seperti apakah bahagia tanpa syarat itu?
Sebab saya perhatikan, setiap orang di keliling saya perlukan syarat untuk bahagia. Harus ada sebab untuk bahagia. Dan semua sebab-sebab itu adalah dari luar dirinya.
Bahkan saya sendiri... Saya sentiasa perlukan sebab dari luar untuk merasa bahagia.
Kalau orang baik pada saya, saya bahagia
Kalau ada wang, saya bahagia
Kalau ada makanan enak, saya bahagia
Kalau ada kereta cantik, saya bahagia
Kalau orang puji-puji, saya bahagia
Ertinya... Kebahagiaan saya bergantung kepada faktor luar. Kebahagiaan saya dikawal oleh-oleh hal-hal yang berada diluar kawalan saya.
Belakang baru saya fahami. Sebenarnya, saya dan anda boleh bahagia tanpa syarat, tanpa perlu bergantung dengan sebab-sebab dari luar.
Saya dan anda boleh bahagia, hanya dengan memutuskan untuk bahagia. Kerana ternyata bahagia adalah perasaan. Dan perasaan bahagia adalah sebuah reaksi yang terhasil oleh suatu aksi.
Kita boleh bahagia dalam apapun keadaan, jika kita memutuskan untuk bereaksi bahagia dalam apapun keadaan.
Dalam apapun keadaan, saya memilih untuk merasa bahagia. Memang banyak hal dan keadaan yang membuat pendirian kita tergugat lalu sesat sekejap dari perasaan bahagia itu. Saya selalu mengalaminya. Lost from happyness.
Namun, saya berusaha kembali. Kerana perasaan saya berada sepenuhnya di dalam kawalan saya. Anda juga perlu sedar bahawa perasaan anda adalah dalam kawalan anda secara mutlak. Bukan dikawal oleh orang lain atau apapun keadaan.
Rasakanlah bahagia, dalam apapun keadaan. Kalau anda tersesat sebentar, its ok. Ia normal. Kekurangan dan kesilapan adalah tanda paling jelas bahawa kita masih manusia, bukan dewa dan bukan pula malaikat.
Rasa bahagialah selalu sahabat.
@AndaiKuTau
Semoga kematian yang baik itu dapat melembutkan hati kita selamanya. Pengajaran yang ditinggalkan terpahat teguh dalam diri, fikiran dan perbuatan kita. Insyaallah Amin 😭
Semoga kita semua juga dikurniakan Allah SWT pengakhiran yang baik. Insyaallah Amin.
Isteri jangan tunggu suami baik untuk kita berbuat baik. Suami jangan tunggu isteri baik untuk berbuat baik kepada isteri.
Sesungguhnya isteri adalah dari acuan, cara dan didikan suami. Dan acuan suami boleh berubah dengan kerendahan dan kejujuran hati seorang isteri. Keduanya saling melengkapi.
Perkahwinan adalah satu proses yang unik.
#BuatBaikTanpaRasaBaikDiri
#MCA
@AndaiKuTau
Bersediakah hati untuk memaafkan?
Syukur adalah kunci kebahagiaan. Tanpa memaafkan, sukar untuk merasakan syukur yang mendalam.
Memaafkan adalah satu proses penyucian jiwa. Memaafkan diri, memaafkan orang lain sehingga nampak tadbir dan kasih sayang Allah dalam setiap yang berlaku.
Tanpa memaafkan, manakan mungkin untuk mengecapi manisnya ujian yang didatangkan.
Memaafkan bukan bermaksud yang salah jadi benar. Salah tetap salah. Cuma bezanya di sudut penerimaan. Sebaik menerima jiwa menjadi lapang. Insyallah.
Tanyakan diri..
Bersediakah aku untuk memaafkannya sekarang?
Demi kebahagiaan dan perjalanan ku yang seterusnya.
#MasterCoachAzeannira
@AndaiKuTau
Katakanlah …
Hari ini aku akan membersihkan hati dan pikiranku, agar tersedia ruang yang lebih luas bagi masuknya ilham.
@AndaiKuTau
Khadijah itu mulia dan disisinya adalah sebaik baik suami.
Asiah itu mulia disamping serendah peribadi suami.
Maryam itu mulia dengan takdir hidup seorang diri.
Wanita yang mulia membina kekuatan daripada dalaman mereka sendiri. Mereka percaya sejauh mana pun kebergantungan mereka terhadap kuasa lindung lelaki, pada akhirnya yang menguatkan adalah usaha gigih wanita itu sendiri.
Kerana itu jangan lupa kawan, sejauh mana pun kau bergantung, kembalilah kepada Tuhan dan dirimu sendiri.
'You are honoured because of you. Be the best version of you then Allah will honour you.'
MasyaAllah Tabarakallah.
@AndaiKuTau
[ 11 NASIHAT TENTANG WANITA MATANG ]
1) Menjadi wanita pada awalnya saja yang susah.
2) Bila dah kalis dengan kegagalan, idea untuk bangkit akan datang dengan sendiri.
3) Kalau lelaki mungkin berperang dengan logik dan akal. Wanita pula berperang dengan perasaan dan emosi.
4) Perhatikan gaya wanita matang. Mereka ligat berfikir jalan keluar sekalipun dalam diam dan tidak bersuara.
5) Mereka ada cara yang berbeza daripada wanita biasa.
6) Tidak suka pada konflik. Jika ingin bersama mereka hargai. Jika tidak, mereka boleh berjuang sendiri.
7) Mereka hidup dengan kekuatan dalaman dan cinta yang kuat. Disediakan istimewa untuk suami yang membantu, bukan yang membantut.
8) Mereka iktikad bahawa rezeki itu datang daripada Tuhan. Jadi perbuatan mengemis pada makhluk Tuhan adalah sia sia.
9) Mereka menghargai sayap bakat dan potensi. Sekalipun jatuh berkali kali, mereka bebas menuju impian dan cita cita.
10) Strategi untuk berkawan dengan kawan hampir sama berkawan dengan lawan. Bertikam lidah sudah tidak membantu. Mereka selesa berlapang dada.
11) Wanita matang lebih perincikan nilai solehah, baik hati, santun dan taubat. Bila diteliti, yang menguatkan itu adalah Tuhan. Yang perlu kuat akhirnya diri sendiri.
Inilah kebahagiaan yang dikecapi dengan kehadiran wanita yang kelihatan biasa namun kaya dengan jiwa dan perjuangan yang luarbiasa.
Semoga kita semua dikurniakan kematangan di dunia sebelum dikurniakan kematangan yang sempurna di syurga sana.
InshaAllah. Mudah mudahan.
@AndaiKuTau