Bahagianya rasa bila dapat perkhabaran, selepas sesi Personal Coaching hari tu, client sudah boleh jalani kehidupan normal yang mana dan hampir 2 tahun tidak dapat melakukan rutin sebagai seorang isteri dengan baik.
.
Syukur kerana dalam tempoh itu sang suami sangat banyak membantu, mendokong, memahami dan mengambil alih melakukan tugas hakiki seorang isteri.
.
Dan sekarang yang paling bahagia selain client tadi , tentunyalah sang suami. "Syukur sangat katanya. tak rugi awak pergi dapatkan sesi personal coaching dengan coach. Sangat berbaloi."
.
Sayang semua, betul kita sedang menderita dan sangat menderita. Namun.. cubalah berhenti seketika. Lihat wajah-wajah mereka yang penting dalam hidup kita.
.
Lihat mata mereka.
.
Adakah mereka sedang bahagia atas penderitaan kita?
.
Lihat wajah pasangan atau mungkin anak-anak atau mungkin ibu ayah kita. Apakah agaknya harapan mereka kepada kita?
.
Sayang, bangkitlah. Berbahagialah. Dirimu layak bahagia.
#MasterCoachAzeannira
#PengasasCahayaCintaCircle
#BahagiaItuMudah
@AndaiKuTau
Nak runtuhkan 1 tamadun,
Runtuhkan sahaja fungsi sebuah masyarakat.
Nak runtuhkan sebuah masyarakat,
Ruuntuhkan sahaja fungsi sebuah keluarga.
Nak runtuhkan sebuah keluarga, runtuhkan sahaja fungsi seorang ibu.
Pabila runtuhnya fungsi ibu, akan runtuhlah sebuah tamadun.
Allahuakbar.
Besarnya fungsi seorang wanita.
Damai dan berbahagialah duhai wanita. Pada mu ada madu dan ada racun.
AllahummaSoliala Sayidina Muhammad.
#MasterCoachAzeannira
#CahayaCintaCircleTeam
@AndaiKuTau
Demi menjaga hati sendiri supaya tetap bersangka baik.
Bukan kerana dia tidak baik tetapi bimbang aku jadi buruk akhlak.
#MasterCoachAzeannira
@AndaiKuTau
Teguran, ambil cakna itu tanda sayang. Jika sesuatu dilakukan berlandaskan cinta, terguris, berdarah, tersembam sekalipun tetap rasa nikmat dan bahagia. Insyaallah
#MasterCoachAzeannira
@AndaiKuTau
سورة النساء
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَٰعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
- [An-Nisā’, 4:40]
@AndaiKuTau
BAIKI TEMPAT YANG SALAH
Semalam scooter sahabat saya alami sedikit kerosakan masa nak ke surau. Scooter tu masih boleh bergerak, namun bunyi berseret ketika bergerak.
Sreet. Sreet. Kuat bunyinya bila throtle dipulas.
Bunyi kuat tu datang dari bahagian tayar belakang. Lepas solat subuh, kami ramai ramai kumpul di scooter yang baru dibelinya dari Shoppee. Semua periksa dan bantu baiki kerosakan.
Jenuh pusing sana sini, masih tak jumpa solution. Kami pakat pakat tolak scooternya balik ke rumah.
Di rumah, sahabat saya ni terus ambil spanar dan alat pertukangannya. Dileraikan tayar belakang scooternya. Nak dicari mana punca bunyi bising. Sahabat saya syak barangkali bearing tayarnya longgar.
Namun, sekali lagi hampa. Tak jumpa punca kerosakan. Akhirnya, sahabat saya decide hubungi pengeluar scooter elektrik ni. Alhamdulillah, pengeluar scooter ini baik hati kongsi video untuk baiki scooternya.
Rupanya ada suiz longgar di bawah seat scooter. Padanlah tak selesai masalah.
Baiki tempat yang salah!
Yang longgarnya suiz, tapi yang dicabutnya ialah tayar! Mana nak selesai masalah.
Pagi ini, bila terkenang peristiwa semalam, tiba tiba saya terfikir satu ibrah yang luar biasa. Subhanallah. Meremang bulu roma bila terfikir.
Selama ini, dalam hidup kita, bila ada masalah, tanpa sedar kita baiki tempat yang salah. Ya, kita baiki tempat yang salah.
Bila tak cukup duit, kita pergi berhutang dan meminjam orang.
Bila tak puas hati dengan pasangan, kita pergi marah marah dan bertengkar.
Bila rasa stress, kita pergi main game dan melancong.
Kita cuba baiki masalah yang kita hadapi. Tapi, rupanya masalah itu tak pernah selesai. Bahkan asyik bertambah.
Kenapa? Sebab kita baiki tempat yang salah ! Allahu.
Kita baiki kepada usaha, kita lupa lihat kepada pokok pangkalnya.
Maka, apa yang perlu dibaiki sebenarnya bila ditimpa masalah?
Untuk selesaikan semua masalah ini, nak tak nak, memang kena rujuk kepada pengeluar manusia.
Macam kes sahabat tadi. Dia rujuk pengeluar scooter. Sebagaimana scooter ada manual , rupanya ada juga manual untuk selesaikan masalah manusia ni.
Siapa pengeluar manusia? Allah.
Apa manual untuk manusia? Al Quran
Selama ini kita ingat solutionnya ada pada diri. Ada pada kekuatan diri. Ada pada usaha sendiri. Kita nak selesaikan sendiri semua masalah kita.
Tapi, rupanya ikut manual yang Allah beri, bukan itu caranya.
Untuk selesaikan masalah kita, ialah dengan selesaikan masalah orang lain. Masalah kita, biar Allah yang uruskan.
Firman Allah, bantulah urusan agama Allah, maka Allah akan membantu menyelesaikan urusanmu. (Surah Muhammad).
Selama ini kita ingat kitalah yang perlu baiki masalah kita. Bertahun tahun kita diajar begitu. Sehingga sebati dengan, masalah kita, kita yang kena selesaikan sendiri. Allahu.
Walhal, kita tak akan mampu selesaikan masalah kita melainkan dengan bantuan dan keizinan Allah.
Selama ini kita tertipu dengan diri sendiri. Kita anggap usaha kitalah faktor utama kejayaan. Hingga kita sering rasa bangga dengan apa yang kita capai. Kita rasa kerana kepandaian kita lah menyebabkan kita berjaya.
Tanpa sedar, kita lantik jawatan tuhan dalam diri. Kita anggap kitalah yang menentukan segalanya.
.
Hingga akhirnya, bila kita ditimpa masalah, kita rasa kita juga yang boleh selesaikannya sendiri. Kita lupa Allah. Kita lupa perlu minta tolong Allah. Kita lupa yang kita tak ada kuasa. Kita lupa yang kita hanya hamba.
Allahu. Itulah kesilapan yang perlu dibaiki.
Ayuh, pecat jawatan tuhan dalam diri. Pakailah semula gelaran yang paling sesuai yang diberi oleh Tuhan-mu, iaitu hamba.
.
Kerana, bila kita baiki jiwa tuhan kepada jiwa hamba, maka di situlah formula kepada penyelesaian semua masalah yang kita hadapi.
.
Firman Allah;
Hai jiwa yang tenang (jiwa hamba), pergilah menemui tuhanMu dengan penuh keredhaan. masuklah ke dalam syurgaKu. (Surah Al Fajr).
Jiwa hamba layak dibantu Allah
@AndaiKuTau
KEEGOAN MENGAWAL
Punca Ketidakdamaian Hati Adalah Kerana Mahukan Orang Yang Lain Memenuhi Setiap Kemahuan Kita.
Belajarlah Untuk Memberi Ruang Dalam Fikiran Bahawa Perbezaan Memang Wujud. Cara Berfikir Kita Tak Akan Sama Dengan Orang Lain. Macam Tu Jugalah Sebaliknya. Kerana Setiap Jiwa Adalah Berbeza.
Hanya Dengan Penerimaan Sahaja Yang Dapat Memberi Ruang Kepada Jiwa Lain Untuk Bertumbuh Indah. Dan Membuatkan Jiwa Kita Juga Sihat Dan Mekar.
#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
BILAKAH KESAKITAN ITU BERMULA..?
Saat Terlupa Untuk Bersyukur Dan Berterima Kasih Kepada Yang Maha Pemberi Nikmat Kehidupan. Saat Terlalu Fokus Melihat Yang Belum Ada Sehingga Terlupa Dengan Apa Yang Sudah Ada. Saat Itulah, Segala-galanya Dirasakan Tidak Berpihak Pada Kita.
Malah Merasakan Seolah-olah Hidup ini Dipenuhi Dengan Kegagalan Dan Penderitaan. Fikiran Dan Perasaan Lebih Mengingatkan Kejadian-kejadian Buruk Yang Pernah Dialami. Dan Sering Saja Fokus Kepada Sikap-sikap Buruk Orang Sekeliling. Menyalahkan Orang Lain Diatas Apa Yang Telah Berlaku.
Padahal, Suka Duka, Susah Senang, Sedih Gembira, Semuanya Pernah Dialami. Dan Semua Orang Pun Pernah Mengalami Fasa Jatuh Bangun, Gagal Dan Berjaya.
Hanya Soal Sudut Pandang Saja Yang Akan Membuat Satu Sisi Nampak Lebih Jelas, Sementara Sisi Yang Lain Macam Tak Ada. Selama Ini Tak Pernah Terfikir Tentang Dualiti Ciptaan Tuhan Yang Maha Sempurna Untuk Saling Melengkapi Dan Saling Menguatkan.
Saat Bermulanya Hidup Dengan Penuh Kesedaran Biar Gelora, Biar Taufan, Jiwa Tahu Rumahnya Di Mana.... Kerana Diri Yang Fitrah Penuh Dengan Penerimaan.
#BukuAndaiKuTahu
#LeaderCahayaCintaCircle
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
Hari ini;
Ada yang sedang mengutip cebisan hati. Agar esok boleh bercantum kembali.
Kuat duhai hati.
Esok masih ada mentari yang akan memberi kehangatan mesra untukmu.
Allah selalu ada buatmu.
@AndaiKuTau
Kadang, kesedihan memerlukan masa untuk bersendiri meskipun ada masanya bersendiri mengundang lebih banyak kesedihan.
Fokus pada kesembuhan, bukan pada penderitaan.
#MasterCoachAzeannira
@AndaiKuTau
Sedar atau tidak kita hidup atas kata-kata orang lain. Kita dipengaruhi dengan kata-kata dan pandangan orang lain terhadap kita dan ia menghantui kita tanpa sedar.
Kita meletakkan manusia di hadapan sehingga membuatkan sesuatu berdasarkan pandangan orang lain dan penerimaan manusia menjadi kayu ukur untuk kita bahagia atau tidak.
Kata-kata orang lain boleh membuatkan kita tertekan apatah lagi jika ia tidak benar, terseksa jiwa dibuatnya.
Sebenarnya kita boleh memilih sama ada perlu simpan atau tidak kata-kata mereka. Sebab itu cuma kata-kata yang tak mendatangkan kebaikan atau mudarat pun kepada kita jika kita ambil apa lagi jika diabaikan.
Kata-kata orang lain kepada kita tidak penting tapi yang penting adalah kata-kata kita terhadap diri sendiri itulah yang lebih penting.
Andai di saat orang mengata kita tidak boleh bahagia, tapi kita dengan yakin mengata yang kita bahagia maka kita sememangnya benar-benar sedang bahagia.
Begitu juga sebaliknya orang melihat kita bahagia dan mengatakan kita bahagia tapi jika kita mengatakan diri kita tidak bahagia jadi itulah yang kita dapat, kita tidak bahagia.
Jadi sangat penting untuk kita tapis setiap pandangan orang lain agar tidak mempengaruhi urusan hati kita dalam kehidupan kita.
Jika perlu diperbaiki, kita perbaiki tapi jika tidak ada kena mengena kita abaikan saja. Jalani hidup dengan penuh yakin kerana kita sememangnya tidak dapat memuaskan hati semua orang.
@AndaiKuTau
Rasa kecewa pada diri tidak datang secara tiba-tiba. Ia hasil daripada sebuah proses. Proses mengalami kekecewaan pada orang lain.
Kekecewaan yang berlarutan ini boleh berubah bentuk menjadi kecewa terhadap diri. Ini sebenarnya 'virus jiwa' yang sangat prihatan. Ia menyerang ramai orang tanpa sedar. Waspadalah.
Pada awalnya kita seperti menyalahkan orang lain. Ketika hal ini tidak diselesaikan, fikiran pasti berubah lantas menghakimi diri sendiri.
Antara gejala orang yang mula mengalami kekecewaan seperti ini ialah mereka mula dingin terhadap hal-hal yang baik.
Daripada minat belajar jadi tidak gemar belajar, suka bercampur gaul jadi menyendiri malah lebih suka duduk di rumah sahaja. Ini kerana sudah tidak menghargai diri sendiri lagi.
Maka, selain memaafkan orang lain, kita juga perlu maafkan diri sendiri. Kita perlu memahami bahawa apa yang sudah terjadi itu memang harus terjadi.
Walau dengan kuasa apa sekalipun hal itu tidak akan kembali seperti keadaannya yang asal. Misalnya jika kita pernah menyakiti seseorang dan gara-gara hal itu, hidupnya ditimpa kesukaran lalu kita merasakan kita adalah penyebabnya.
Kita menyalahkan diri sendiri. Benar. Wajar kita rasa bersalah dan manusiawi tetapi kita harus ingat tiada satu hal di dunia ini terjadi tanpa izin Tuhan.
Kita hanya 'dipinjam' oleh Tuhan untuk membentuk dia. Saat kita disakiti oleh seseorang hal yang sama juga terjadi, orang yang menyakiti kita 'dipinjam' Tuhan untuk memproses kita.
Maafkan diri sepenuhnya, seutuhnya, kini dan selamanya.
@AndaiKuTau
Antara Cara ALLAH Membawa Kita Kepada-Nya Adalah Kadang-kadang Ada Masanya Hidup Ni, Rasa Semua Serba Tak Kena.
#BukuAndaiKuTahu
#AdminCahayaCintaCircle
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
Hakikat Dualiti Insan.
Masa Suka Hanya Yang Baik2 Akan Ternampak.
Tapi Semasa Diuji Dengan Sesuatu Yang Tidak Menyenangkan Mulalah Nampak Kelemahannya Pula.
Jadi! Bijaksanalah Bila Menilai. Supaya Tetap Memandang Sifat2 Baik Pada Mereka. Kerana Kekuatan Dan Kelemahan Setiap Insan Adalah KESEMPURNAAN. Kita Adalah Tajjali-NYA.
#BukuAndaikuTahu
#AdminCahayaCintaCircle
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
Tumpukan Hanya Pada Apa Yang Kita Mahu. Andai Mahu Bahagia, Tumpu Kepada Hal-hal Yang Membahagiakan Sahaja.
Bina Kembali Hubungan, Kemesraan Dan Kasih Sayang. Yang Paling Penting, Maafkan Diri, Kenali Diri Sendiri Dan Sayangi Diri
#ProgramSelfLove
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
Kenapa perlu memaafkan?
1. Kena faham dulu , kenapa kita perlu memaafkan.
2. Asasnya kerana seseorang itu telah bertindak tidak sepertimana yang kita mahukan. Dia telah menyakiti kita. Atau kita telah merasa sakit kerana perbuatan dan tindakannya. Dan ianya membuatkan kita menjadi tidak damai.
Sedangkan.. tanpa kita seda, bagi orang yang menyakiti kita, dia sedang buat perkara yang terbaik yang dia tahu dan rasakan di saat itu. Dia sedang melindungi dirinya. Dia sedang mempertahankan haknya.
3. Jadi memaafkan perlu kerana kita sedang dalam penolakan. Kita sedang menolak perbuatannya di saat itu. Di sinilah proses yang penting. Layer by layer perlu digali ke dalam diri.
4. Kemaafan tidak lagi perlu bilamana kita dapat menerima setiap perbuatannya. Kerana di saat berlakunya penerimaan, tiada lagi kesakitan dalam diri kita. Apabila tiada kesakitan, tiada istilah perlu di maafkan.
5. Belajar untuk damai dengan apa jua situasi dengan memandang pelbagai sudut. Dan tidak terlalu mengenggam betul dan salah.
6. Sebaik berdamai dengan semua yang hadir, tiada lagi istilah memaafkan. Dan kenapa perlu memaafkan.
7. Maafkan kerana kita sayang diri kita.
Anda dapat sesuatu?
Silakan share jika bermanfaat.
#MasterCoachAzeannira
#CahayaCintaCircleTeam
#KesembuhanLukaJiwa
@AndaiKuTau
Izinkan mereka merasa bahagia. Nanti kita juga akan turut merasakannya.
#MasterCoachAzeannira
@AndaiKuTau
Penolakan pada sesuatu perkara/ bicara biasanya berlaku ketikamana kita belum nampak silap diri sendiri.
Ps: Bicara ini bukan tentang betul atau salah siapa.
#MasterCoachAzeannira
@AndaiKuTau
Setiap Diri Ada Cahaya...
Samada Terang Atau Malap
Bergantung Pada Bagaimana Kita Yang Menyerlahkan...
Cahaya Yang Membahagiakan
Cahaya Yang menyembuhkan
Cahaya Yang Mendamaikan...
Kau Adalah Orang Yang Sentiasa Menyayangi Dan Disayangi.
Kau Adalah Orang Yang Sentiasa Bahagia Dan Membahagiakan.
Kau Adalah Seorang Yang Pemaaf Dan Memaafkan.
#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
Tadabbur Surah
Duhai diri..
Nak masuk syurga?
Taatlah pada Allah dan Rasul
Ikut perintah..tinggal larangan..
Contohi Rasulullah...
Ikut apa yang Allah mahu...
Bukan ikut apa yang kita mahu..
Bukan ikut apa yang nafsu mahu..
Allah minta kita patuh dan taat pada suami selagi tak melanggari syarak..
Wajib taat suami kerana Allah yang perintah begitu..
Taat pada suami kerana nak taat perintah Allah...
Kerana nak Redha Allah..
Kerana nak Allah sayang..
Bukan mudah..tapi begitulah hukumnya...
Bukan senang...tapi itulah jalannya nak masuk syurga..
Isteri..
Ada benda kita akan buat dengan penuh rasa cinta...
Ada benda kita perlu paksa diri untuk buat kerana tanggungjawab dan ketaatan pada Allah...
Astaghfirullah..
@AndaiKuTau
KEEGOAN MENGAWAL
Mahukan Jiwa Yang Lain Memenuhi Setiap Kemahuan Diri Adalah Salah Satu Punca Ketidakdamaian Hati.
Terinspirasi Dari Situ, Belajarlah Untuk Memberi Ruang Dalam Fikiran Untuk Sebuah Perbezaan.
Ini Bukan Sahaja Memberi Ruang Kepada Jiwa Lain Untuk Bertumbuh Indah Tetapi Membuatkan Jiwamu Juga Sihat Dan Mekar.
Kerana Setiap Jiwa Adalah Berbeza.
#CoachAzeannira
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
SYUKURI SAJA..
Rasa Syukur Menciptakan Kedamaian Dan Ketenangan Hati.
Mengubah Apa Yang Kita Miliki Saat Ini Menjadi Lebih Berharga.
Mengubah Penolakan Menjadi Penerimaan.
Mengubah Kebencian Menjadi Kasih Sayang 💚
#BukuAndaiKuTahu
#LeaderCahayaCintaCircle
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
Antara tips2 dalam buku AKT
Hanya tumpukan pada apa yang dimahukan, nak bahagia, tumpu kepada hal-hal yang membahagiakan sahaja.
Bina kembali hubungan, kemesraan dan kasih sayang. Yang paling penting, kena kenal siapakah diri kita.
@AndaiKuTau
Dunia tetap berputar, waktu tetap berjalan walau apapun yang sedang kamu risaukan atau perjuangkan.
Kiranya melekat pada masa itu, rugilah.
Masa dan dunia tidak pernah menghiraukan kita. Mereka sedang menuju titik yang telah ditetapkan.
#MasterCoachAzeanniraAbdulAzeh
@AndaiKuTau
'Cintai diri jauh lebih tinggi daripada menyayangi apa yang kita miliki.'
Orang yang pernah menyakiti atau sedang menyakiti kita adalah orang yang dipinjam untuk membentuk kedewasaan.
Saat kita membenci bererti kita menolak rencana mendewasakan diri yang telah dirancang Tuhan untuk kita.
Jika tidak melalui mereka, tetap kita akan melaluinya daripada orang lain. Maksudnya, bila bukan mereka yang menyakiti kita tetap akan ada orang lain yang menyakiti kita.
Proses pembentukan jiwa tetap terjadi. Kita tetap perlu dewasa. Untuk menjadi dewasa tidak hanya hasil daripada harapan tetapi hasil daripada proses pembentukan rasa sakit.
Tanpa sedar kita pun sering dipinjam untuk menyakiti orang lain untuk membentuk mereka.
Ketika mereka membenci kita sama seperti mereka menolak proses pendewasaannya. Ini tidak bererti kita perlu sakiti orang lain.
Kita dipinjam untuk menyakiti orang lain berupa kesalahan yang tidak disengajakan. Saat itu kita dipinjam oleh kehidupan untuk membentuk orang itu.
Tanpa kita, tetap akan ada orang lain kerana dia perlu disakiti untuk dibentuk jadi dewasa. Berterima kasih kepada orang-orang yang telah menyakiti kita kerana mereka mendewasakan kita.
Didoakan rasa benci tidak pernah ada lagi, berubah jadi rasa terima kasih untuk hidup ini.
Terima kasih Tuhan.
Pengertian dangkal kami hanya membawa kebencian. Kini sudah kami fahami, hidup ini penuh cinta setelah mengetahui semuanya.
Engkau begitu mencintai kami sehingga kami terus menerus menjadi dewasa. Kejayaan menyertai kedewasaan, semakin kami dewasa semakin kami sukses. Sungguh, kami ada kerana kami penting.
@AndaiKuTau
Penyakit Jasad, mudah dilihat.
Maka mudah untuk mencari ubat dan mengubatinya.
Penyakit Rohani, tidak nampak.
Malah ramai yang tidak tahu bahawa diri menghidap penyakit ini.
Penyakit jasad akan hilang bila kematian datang tetapi penyakit rohani tidak.
Duhai Tuhan yang maha pengasih dan penyayang.
Janganlah dimasukkan kami ke dalam golongan yang dibutakan mata dan dipekakkan telinga. Iaitu golongan yang tidak lagi merasai dan mendapat perhatian MU.
Duhai Tuhan yang memiliki sekelian isi Allah. Pemilik segala keagongan.. Kami memohon dan meminta belas kasihan Mu. Golonglah kami dalam golongan orang beriman dan terimalah segala taubat kami.
Kerana kami sering menzalimi diri kami sendiri.
Allahuma Ya Affuw Ya Ghafar Ya Tawab Ya Qudus Ya Jalil.
Kasihanilah hambamu ini. Jangan dibiarkan lagi kami hanyut. Amin ya mujib.
@AndaiKuTau
Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita kerana Allah sedang mengajarkan kita bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan tapi hati yang berpaut kepada Allah, tidak pernah dikecewakan.
___________________________________
Bismillah..
۞ وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Qs, Al-Lukman : 22)
@AndaiKuTau
Nampak macam orang yang bantu kita, hakikatnya yang tolong sebenarnya Allah.
Sama macam orang sakiti kita, hakikatnya ia ujian dari Allah.
@AndaiKuTau
Jiwa Yang Damai Akan Pulang Ke Rumah Kedamaian, Untuk Merawat Luka Dan Kembali Memberi Cahaya Sebaik Dirinya Sembuh. Kerana Penyembuhan Terbaik Ada Di Dalam Diri Sendiri.
#AdminCahayaCintaCircle
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
Kehidupan adalah hadiah dari Tuhan, keranaNya nikmatilah dengan penuh rasa syukur.
Terima Kasih Allah
@AndaiKuTau