"SYURGA SEORANG ISTERI"
Dugaan paling besar adalah BERSABAR.
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami.
Kita makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati.
Memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain.
Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami.
Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah Ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya.
Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita.
Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita.
Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita.
Mungkin untuk tundukkan ego kita.
Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita.
Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah.
Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah.
Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
MasyaAllah,
indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami.
Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya.
Indah sangat, kawan-kawan!
Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam.
Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba.
Allah pandang usaha kita.
Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita.
Inshaa-Allah ..
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut.
Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah .. Aamiin.
Sumber Ilmu
- Ustaz Nasiruddin Abd Aziz -
Alhamdulillah ♥️
@AndaiKuTau
KEBERSERAHAN
Disaat diri merasakan tidak berdaya..saat itulah mula berserah kepada tadbir Allah.
Semua kehendak Allah tidak bertentangan dengan apa yang berlaku. Dan setiap yang berlaku tidak sia2.
Lumrah manusia selalu mempersoalkan takdir Allah kerana tidak mahu melihat dan menyingkap hikmahnya.
Dan setiap doa Allah pasti makbulkan cuma Allah bagi dalam 3 bentuk.
1. On the spot
2. Bagi di akhirat
3. Bagi dengan cara menolak musibah dpd kita.
Pengajarannya.. Tawakkal tapi tak meninggalkan syariatnya. Berusaha sehabis baik, walau kecewa tetap "bersangka baik dengan Allah". Kerana ada nikmat lain yang Allah dah sediakan yang lebih baik buat kita. Itulah ketidaksempurnaan yang sempurna.
Andai saat ini rasa kecewa dengan perjalanan hidup yang gelap pada masa lalu. Ikhlaskan... Kerana bila Allah izinkan kita bermaksiat, itu menjadikan kita pada masa kini lebih berharap rahmat Allah dengan sentiasa beristighfar kepada-NYA.
#KeberserahanAKT
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
Benarkah Cinta Kita.
Atau kita hanya sekadar berpura-pura dalam bercinta?
Cinta kita kebendaan.
Cinta yang mengharapkan diri dipenuhkan.
Cinta yang menyuburkan kesombongan.
Atau benar telah tenggelam dalam cinta.
Hingga hilang matlamat kebendaan.
Hanyut dalam penerimaan dan limpahan
Lebur keAkuan.
@AndaiKuTau
HALUSNYA KASIH SAYANG ALLAH
Kasihnya Allah pada kita tiada tandingannya.
Sempurna atau tidak tubuh badan kita juga tanda kasih Allah pada kita.
Sempurna atau tidak diri kita juga adalah kasih sayang Allah.
Aku tidak nampak duhai Allah
Lihatlah seluruh ciptaanNYA
Aku sudah lihat namun mataku masih buta duhai Allah walaupun aku bukan dilahirkan buta.
Belajarlah mengenalNYa
Mengenal DIA disebalik apa yang hadir dalam hidup kita
Mengenal DIA disebalik mereka yang dihadirkan olehNYA
Mungkin pada suami
Mungkin pada anak
Mungkin pada ibubapa
Mungkin pada guru
Mungkin pada apa sahaja yg datang
Rasa-rasa yang hadir juga adalah milik Allah juga
Semua Allah punya..
Apa yang aku ada
Kita tiada apa-apa, yang ada hanya tubuh badan yang diciptakan dari tanah.
Kesedaran demi kesedaran membuat aku jatuh terduduk.
Halusnya keegoan yang ada. Ingat cakap besar sahaja dikatakan ego. Tidak duhai sahabat.
Kita hendak orang penuhkan kehendak kita, keinginan kita. Contoh kita hendak anak kita belajar pandai-pandai kemudian bekerja ikut hasrat kita bukan hasrat anak. Mungkin anak bercita-cita menjadi penulis, maknya pula hendak anak menjadi doktor.
Ramai anak-anak yang dirundung emosi kerana hendak penuhkan impian mak ayah. Hati anak terpaksa mengikut kata ibu ayah kerana aku anak soleh atau anak solehah mesti dengar cakap ibu ayah.. Mesti penuhkan impian mereka. Hasrat anak dipendamkan. Saat memendam itulah dikatakan trauma.saat mengharapkan impian sendiri dipenuhkan oleh orang lain itu adalah keegoan.
Bila kehendak tidak terpenuh, kita akan mencari salah orang lain dan ada juga menyalahkan diri sendiri.
Allahhuakbar
Allahhuakbar
Allahhuakbar
Betapa kerdilnya diri terhijap dengan keegoan diri hingga tidak terpecah tembok memandang Allah.
Aku berkata kepada diriku sendiri, andaikata ada yang diizinkan membaca, mudah-mudahan mendapat sesuatu.
Saya insan biasa, banyak khilaf diri
Alfatihah buat guru yang membimbing
#MasterCoachAzeannira
#CahayaCintaCircleTeam
@AndaiKuTau
Dorongan yang kuat membuatkan kita tidak sempat untuk berfikir/ terfokus pada ketakutan/trauma.
Just do it.
#CoachAzeannira
@AndaiKuTau
Bila kita dah master dengan diri sendiri..
Kita tidak mudah untuk membiarkan orang lain yang menunggang kita.
Kita tidak mudah terhipnosis dengan emosi dan perasaan mereka.
Yang sakit akan menyakiti.
Yang bahagia akan membahagiakan.
Yang tenang akan menenangkan.
Jadilah orang yang bijaksana. Insyallah 💕
#CoachAzeannira
#BukuAndaiKuTahu
@AndaiKuTau
KEMBAL FITRAH 💚
Belajarlah Untuk Mendiamkan Dirimu. Cari Masa Untuk Mengasingkan Diri Dari Kesibukan. Mulakan Untuk Memandang Ke Dalam Diri. Dunia Dalaman Yang Sunyi, Gelap Dan Mendamaikan Itu Telah Lama Tidak Dipeduli.
Benih Yang Baik Bertumbuh Dalam Kegelapan Dan Kelembapan. Begitu Juga Dengan Sebuah Jiwa.
Kenali Dirimu Melalui #AndaiKuTahu Ada Sesuatu Yang Tidak Pernah Kau Pandang Selama Ini.
#NurAlaNur
#CoachAzeannira
#CahayaCintaCircle
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
3 punca kenapa seseorang masih cuba bertahan dalam perkahwinan toksik.
¹. Kerana masih ada sayang.
². Berharap dia akan berubah.
³. Masih mahu mengambil manfaat ke atas dia.
@AndaiKuTau
TERUS BERDOA.
Percayalah pada 'ketepatan' masa DIA aturkan sebaiknya. Berpegang teguhlah pada semua janji-Nya.
Menantilah dengan penuh kesabaran untuk jawapan segala doa. Percayalah pada keajaiban yang DIA cipta.
Bersabarlah dalam ketaatan kepada-Nya. Bertahanlah dalam kesusahan bersama dengan-Nya.
Nikmatilah kemanisan iman di balik setiap dugaan yang melanda. Kerana Allah selalu ada. Selalu ada di dalam jiwa. Itulah kekuatan tiada tara.
Itulah kebahagiaan yang mahal harganya.
@AndaiKuTau
Disaat orang ramai mencemuh, merendahkan dan mengatakan kita tiada harapan untuk berubah, Allah SWT pula mengatakan sebaliknya dan menerima kita dengan penuh gembira.
"Allah sangat gembira menerima taubat seseorang diantara kalian melebihi gembiranya orang yang menjumpai untanya yang hilang di suatu tempat yang luas."
[Hadis Riwayat Imam Bukhari]
#BukuAndaiKuTahu
@AndaiKuTau
Tiada Yang Kebetulan Di Dunia Ini.
Tugas Kita Hanya Fokus Mengikut Arahan-Nya Dengan Menerima Dan Memeluk Lembut Setiap Situasi Demi Situasi Yang Hadir Dalam Hidup Walaupun Terasa Sakit Dan Pahit Kerana Semuanya Perlu Melalui Proses Untuk Matang Barulah Pada Akhirnya Akan Merasai Manisnya..
Yakin Dan percaya Perancangan Tuhan Sangat Indah Mendamaikan, Membahagiakan, Dan Mensejahterakan.
Fahami Cara Tuhan Memberikan Kasih Sayang NYA.
#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
Sebuah perhubungan boleh membuatkan jiwa menjadi terbakar atau kembang mewangi.
Ianya bergantung kepada kesedaran dan keterbukaan setiap orang.
Tanpa keduanya sebuah perhubungan boleh membakar jiwa di dalam.
Lalu sediakan air penyejuk secukupnya.
Penyejuk pertama.
Nafas yang jauh lebih dalam dari biasa.
Penyejuk ke 2.
Menahan diri dari berbicara di saat emosi sedang terbakar.
Penyejuk ke 3.
Alihkan perhatian dan fokus kepada perkara lain.
Penyejuk ke 4.
Izinkan diri untuk melihat di sudut pandang orang lain.
Penyejuk ke 5.
Memaafkan dia dan diri sendiri.
Selalu ingat bahawa sebaik anda dapat memaafkan.. ada sedang memiliki sebuah jiwa yang indah.
Anda telah menang dalam melawan amarah di dalam diri sendiri.
#MasterCoachAzeannira
#CahayaCintaCircleTeam
#ZauwiyahHauqalahTajaliCinta
#MoveOnTowordsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
Di saat mencapai rasa syukur yang mendalam, jiwa mulai merasakan bebas.
#MasterCoachAzeannira
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
UBAT KESAKITAN DIRI DENGAN HIDUP PENUH KESEDARAN
Hidup dengan Penuh kesedaran dimana perlu ada 3 hal yg perlu selari dengan diri iaitu
1⃣Sedari keadaan Fizikal diri
2⃣Rasakan apa sedang anda buat
3⃣Fikiran kita mesti hadir dengan perbuatan yang telah atau sedang dibuat
Alangkah bahagia dan tenangnya diri ini andai kita hidup dengan penuh kesedaran. Ya, sedar kita akan mati pada bila-bila. Mungkin semasa kita sedang berdiri, mungkin semasa kita sedang makan, mungkin juga semasa kita tidur, mungkin semasa tengah bekerja atau pelbagai kemungkinan keadaan kita.
Selama ini kita semua termasuk diri saya banyak melihat dan mengenggam hal-hal yang menyakitkan. Kita cepat terasa dengan percakapan orang, perbuatan orang dan ada juga kita tidak menikmati masa-masa yang kita ada kerana leka dibuai kesakitan yang seakan akan menghancurkan kebahagian kita kita ada.
Ada yang diuji dengan kematian, perpisahan dan pertelingkahan. Namun kita tidak sedar, itulah ujian disebalik untuk merasakan hidup dalam kesedaran bahawa kita tidak perlu berlebihan membawa diri dalam kesedihan atau kebahagian. Semua perlu berada dalam tahap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan berlapang dada.
Andai hari ini hari terakhir kita melihat kebahagian itu atau hari ini hari terakhir kita melihat kekecewaan itu, segeralah dialirkan rasa itu dengan cara melepaskan ia dengan lafaz aku maafkan.. Aku mesti nikmati detik-detik yang ada dengan penuh kesyukuran tanpa meletakkan sebarang syarat untuk aku nikmati mahupun jalani hidup yang ada andaiku tahu bila saat ajal ku tiba.
Alhmdulillah, dalam kupasan buku andaiku tahu bagaimana mencintaimu telah membuka mata hati saya yang tertutup atas dasar rasa akulah yang betul dan mereka yang telah dihadirkan sebagai ujian itu adalah salah dan menyakitkan.
Terima kasih Allah atas kiriman kesedaran ini yang dilahirkan melalui buku andaiku tahu bagaimana mencintaimu.
Alfatihah buat semua guru yang membimbing
Perjalanan memperhalusi diri tembus memandang DIA YANG SATU.
#MasterCoachAzeannira
#CahayaCintaCircleTeam
@AndaiKuTau
...Saat kita merasa resah, bimbang, serabut, tak tau apa yang harus dilakukan...
Dan tiba-tiba kebahagiaan terlihat lenyap, senyum memudar dan kecewa pada segala hal...
Mungkin cara memandangmu terhadap dunia sedang terbalik... Fokusmu sedang terganggu, dan hatimu sedang tak tenang...
Sesaat, tenangkan hati, mengatur nafas, tersenyum lah...Dan lihatlah dunia dengan cara pandang yang positif...
Tak perlu dicari, kebahagiaan itu datang sendiri ....
@AndaiKuTau
TERUS BANGKIT.
Biar Susah. Biar Memakan Masa. Tapi Ada Usaha..
Mungkin Belum Pasti Berapa Lama Masa Yang Diperlukan..
Jika Bukan Esok Hati Itu Sembuh. Jika Berbulan-bulan. Biar Bertahun Sekalipun..Istiqomahlah Dalam Tindakan.
Selagi Ada Semangat Berusaha Untuk Bangkit, Pasti Ada Jalannya.
Hanya Pastikan Jiwa Semakin Merendah... Aku Nak Jadi Baik, Bukan Aku Yang Lebih Baik.
InsyaAllah...Kedamaian Milikmu
#AndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
"Jadilah wanita yang menginspirasi,
bukan wanita yang suka dipuji,
bukanlah wanita yang suka mencari sensasi, dan bukan wanita yang hanya sibuk mempercantik diri."
- Imam Al-Ghazali
@AndaiKuTau
Kita hari ini terlalu sibuk dengan apa yang kita minta hingga terlupa untuk menikmati apa yang Tuhan beri.
Terima kasih Duhai Tuhan atas nikmat dan peluang hari ini.
#CoachAzeannira
@AndaiKuTau
Kita lemah bila dimarah.
Kita lemah bila diherdik.
Kita lemah bila didesak.
Kita lemah bila dikasari.
Kita juga lemah bila ditekan dengan pelbagai perkara.
Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa kita juga sebenarnya sering buat perkara yang sama kepada orang lain. Peringatan datang dalam keadaan yang tidak disangka, sehingga menyentap hati kita.
Itulah mesej Allah SWT sebagai teguran dan peringatan kepada kita. Apa yang berlaku adalah cerminan kepada kerenah dan perangai kita sendiri. Muhasabah dengan hikmah adalah jalan terbaik.
Jadi bila kita sering dikritik dan dipandang sepi oleh seseorang atau satu-satu kumpulan, jangan terlalu rasa rendah diri tapi rendahkan hati. Usaha untuk sentiasa tenang, kekalkan kekuatan dan terus pilih untuk perbaiki diri. Sentiasa luangkan masa untuk bermuhasabah diri sendiri.
@AndaiKuTau
MEMAAFKAN
Melawan kesakitan dengan kesakitan tidak akan membantu siapapun. Memerangi kekerasan dengan kekerasan juga tidak mendatangkan hasil yang kita mahu.
Kita sentiasa ada pilihan macamana nak merespon terhadap sesuatu situasi. Ubah cara berfikir dari kebiasaan kepada yang diluar kebiasaan. Pilih untuk hadapi kekerasan dengan kelembutan, pilih hadapi kejahatan dengan kebaikan.
Nanti barulah kita sedar bahawa memaafkan serta melepaskan masa lalu akan membebaskan kita daripada belenggu emosi atau tekanan perasaan.
Bebaskan diri dari belenggu perasaan yang melambatkan proses perjalanan hidup kita. Jangan menghabiskan masa hanya dengan mengingatkan atau berandaian negatif tentang sesuatu situasi. Kerana ia langsung tidak membantu kita untuk belajar sesuatu yang baru daripada ujian tersebut.
Malah kita akan lebih menderita dan terlepas peluang untuk menjadi lebih baik dari peluang yang datang mungkin hanya sekali.
Dengan tidak memaafkan juga sebenarnya kita membiarkan masa lalu atau orang lain yang mengawal perasaan kita, bahagia kita serta kedamaian kita.
Jadi pilih lah untuk memaafkan agar kita dapat fokus sepenuhnya kepada perancangan hidup seterusnya.
#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCirleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
PRASANGKA
Suasana kehidupan adalah hasil dari apa yang ditanam (fikir dan rasakan). Jika menanam kebaikan maka kebaikan juga yang akan diterima.
Elak berprasangka kerana prasangka yang salah boleh memberi mudarat dan kegalauan dalam kehidupan. Ketenangan diri menjauh, timbul pula pelbagai kerisauan yang tidak sepatutnya timbul.
Elak juga membandingkan diri dengan yang lain kerana ia menyebabkan kita inginkan lebih dari orang lain dan jadi susah untuk bersyukur. Andai banyak keinginan kuranglah rasa kebercukupannya tiada lagi sifat Qana'ah.
Setiap yang berlaku dalam hidup, sentiasa ada pilihan untuk melihat dari sisi baiknya ataupun sisi buruknya, jadikan pilihan kita hanya untuk melihat yang baik-baik dan bersangka yang baik-baik sahaja.
Sentiasa bersedia untuk mencari serta menerima jawapan dengan jalan yang damai. Bertanya kepada orang yang betul, berterus terang apa yang dirasakan dan pastikan sentiasa berlapang dada dengan setiap jawapan yang diperoleh.
#BukuAndaiKuTahu
@AndaiKuTau
Antara tanda yang kita masih dalam victim hood adalah
⬇️
rasa hanya kita yang tersiksa. Orang tu tak rasa pun.
@AndaiKuTau
APABILA KITA TERASA DITEGUR OLEH GURU KEHIDUPAN
Bila kita rasa ditegur, jangan tanya kenapa dia tegur kita?
Jangan tanya kenapa dia asyik tegur aku je, kenapa tidak orang lain?
Jangan tanya kenapa dia bersikap macam tu?
Sebaliknya... tanya diri sendiri?
Apa Yang Dah Aku Buat?
Apa Agaknya Aku Silap?
Apa Sumbangan Yang Dah Bagi Kat DIa Ni?
Apakah Usaha Aku Untuk Hargai Mesej Yang Nak ALLAH Sampaikan Melalui Dia Ni?
Check Hati DAMAI Atau TAK DAMAI...
DAMAI Sebab Apa? Syukuri
TAK DAMAI Sebab APa? Detach Dulu Dengan Dia Tu..
Tanya Diri..
KEEGOAN Apa Lagi Yang ALLAH Nak Aku Kikis Ni ??
BERDIAM Lebih Baik. Cari Jawapan Dalam Diri..
INSYA-ALLAH Adalah tu🌹
Semua Yang Berlaku Sentiasa Ada Hikmahnya
Sentiasa MAAFKAN DIRI DULU Kalau TERBUAT SILAP.
#GuruKehidupan
#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
@AndaiKuTau
BAHAGIA SAAT INI
Penyesalan Dan Ketakutan Berlebih Adalah Pencuri Kebahagiaan Saat Ini. Jalani Saja Kehidupan Dengan Yakin, Syukur Dan Semangat Yang Tidak Pernah Mengalah Untuk Ke Destinasi Seterusnya.
#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
PERSEPSI
Segala Sesuatu Yang Terjadi Semua SUDAH SEMPURNA Adanya.. Samada "Baik" Atau "Buruk".. Adalah Mengikut Sangkaan Kita Sahaja.
#BukuAndaiKuTahu
#CahayaCintaCircleTeam
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau
Jaga lisan agar jangan sampai mengancam orang lain. Kerana ancaman akan mengundang serangan.
Itu cara untuk melindungi diri agar tidak terluka dan dilukai.
#MasterCoachAzeannira
@AndaiKuTau
Bila makin nak ubah, makin teruk jadinya, maka ambillah masa untuk berhenti sejenak.
Pandang balik ke belakang, terima semuanya apa adanya dengan penuh ikhlas. Dan let go.
Bernafas sejenak. Sedari dan Syukur.
Dalam menerima dan melepaskan, kekal dalam Khaulf dan Roja'. Takut dan harap.
Moga Allah swt kurniakan masa depan yang lebih baik. Lebih kuat, lebih bermanfaat dan lebih ikhlas dalam menjalani usia yang berbaki. Insyaallah
#Dengan jiwa Hauqalah mengatur langkah.
#MasterCoachAzeannira
#MoveOnTowardsSyuhudiyah
@AndaiKuTau