andaikutau | Unsorted

Telegram-канал andaikutau - Andai Ku Tahu

84

Bila terhapus kejahilan, nyatalah wujud Nya.

Subscribe to a channel

Andai Ku Tahu

Bila kita bersyukur ketika menerima kebaikan tapi kebaikan itu tidak dapat mengubah dan mengikis kesombongan kita, itu tanda kita belum benar-benar bersyukur.

Azeannira Abdul Azeh
#PCR
@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Ada satu perkara yang kita sering terlepas pandang.

Kita menjadi ibu bukan hanya kepada anak-anak tetapi juga kepada suami kita. Cara kita menegur suami, bagai sedang menegur anak. Cara kita melayan suami sama macam kita melayan anak.

Kita mengarah suami supaya memenuhi kemahuan dan mengikut cara kita. Semua itu tidak disukai oleh kebanyakkan lelaki. Dia mungkin tidak suka dikawal oleh ibunya satu masa dahulu, sekarang dia sedang dikawal oleh isterinya pula.

Jika dengan anak, kita menjadi kawan, dengan suami biarlah kita selamanya menjadi kekasih hatinya. Seorang kekasih apabila merajuk dia tidak membentak, apabila rindu, dia menyatakannya, apabila sayang, dia menzahirkan dengan belaian.

Sang kekasih yang sedang dilamun cinta, setiap gerak dan diamnya pasti dengan kemanjaan. Kepercayaan dan sokongan tidak berbelah bagi. Sekiranya sekarang hubungan semakin tawar, yang hilang adalah sebuah cinta.

#Petikan Buku Tersembam Di Itaewon.

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Apa maksud hidup atas garisan selari.
Apa kesan jika berterusan hidup dalam keadaan begini?
Dengarkan.

https://www.facebook.com/groups/447588569182492/permalink/1224074571533884/?mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Jangan fikir.

Sering juga kita memberikan saranan kepada orang lain agar tidak lagi memikirkan hal yang menyakitkan itu.

Atau mungkin kita sendiri juga pernah disarankan agar jangan lagi memikirkan tentang perkara itu.

Sifat otak adalah berfikir. Otak hanya boleh fikirkan satu perkara sahaja dalam satu-satu masa. Sekiranya kita memikirkan tentang perkara A, perkara B,C atau lain-lain tidak akan datang.

Ianya semudah, sebaik anda memfokuskan kepada turun naiknya nafas, otak anda akan hanya memerhatikan nafas anda dan terputus dari memikirkan perkara lain.

Walaupun kelihatan banyak yang ada di dalam fikiran, sebenarnya ia melompat-lompat. Dari satu hal ke satu hal dengan tempoh yang sangat cepat tanpa anda sendiri menyedarinya. Otak tetap hanya boleh fokus memikirkan satu hal dalam satu masa.

Oleh itu daripada kita menyarankan agar tidak terus berfikir tentang perkara tersebut, sebaiknya kita menyarankan agar ditukarkan fokus kepada memikirkan hal yang lebih menguntungkan dan membawa kebaikan.

Program Self Love kini kembali. Link pendaftaran 👇
https://bit.ly/Program_Self_Love_3

Azeannira Abdul Azeh
@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Proses meleburkan keegoan diri ada dalam semua jalan. Bagaimana Allah aturkan jalan kita di situlah prosesnya. Tiada yang selamat selagi ada nafas. Dan tiada yang gagal selagi ada nafas.

Azeannira Abdul Azeh
@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Bila kesalahan dirimu kau masih tidak sedar..
Bila kesalahanmu, kau letakkan pada orang lain..
Kau memang egois..
Berterusan menyalahkan orang lain atas kesilapanmu..

Kau egois..
Bila kau mahukan sesuatu tapi kau biarkan ia datang sendiri..

Kau egois..
Bila kau masih mahu memiliki tapi kau tidak mahu memujuk..

Kau egois..
Bila kau fikir kau sahaja yg benar tanpa kau sedar kau sama sekali salah..

Paling egois..
Kau maafkan tetapi kau marah..
Kau cinta tapi kau benci..
Kau suka tapi kau buat tak tahu..
Kau perlu tapi kau biarkan ia pergi..

Kau memang memang egois..

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Berbahagialah dengan apa yang sedang kita miliki.

Berbahagia dengan tubuh badan sendiri.
Berbahagia dengan adanya pasangan.
Berbahagia dengan adanya anak-anak.
Berbahagia dengan adanya dengan tempat teduhan.
Biar semua itu ada yang kurang, namun berbahagialah.

Kerana itulah pemyembuhan dari dalam.

~CoachZie

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Adakah selama ni anda lihat orang yang menyakiti anda itu kuat?

Sebenarnya tidak.
Kerana kelemahan dialah, dia sakiti kita.

So kenapa nak terhipnosis dengan kelemahan orang lain.

Bukankah lebih baik kita mendoakan mereka?

Orang yang bahagia, akan membahagiakan orang lain.

Yang tenang akan menenangkan org lain.

Yang sakit akan menyakiti orang lain

Moga Allah mengurniakan kebaikan buat semuanya. Terutama semua Guru yang membimbing. Insyaallah

#MasterCoachAzeannira
@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Banyak masa, kita hanya perlu duduk diam menyendiri dan memerhati, apakah yang sedang berlaku dalam minda dan jantung hati kita.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Penerimaan adalah antara formula untuk hidup tenang. Sentiasa bandingkan diri hari ini dengan diri semalam. Supaya ada ruang untuk mengurangkan kekhilafan.

#MoveOnTowardsSyuhudiyah

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Akal fikiran (ilmu) dan amal akhirnya akan ditinggalkan. Yang akan dibawa dan dipandang adalah hati nurani.

Maka berhati-hatilah kita.


#MasterCoachAzeannira
#CahayaCintaCircle
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Hidup kanak-kanak penuh dengan kedamaian dan kebahagiaan.

Dijaga, dilindungi, dipenuhi tanpa perlu fikirkan dengan serius bagaimana untuk mendapatkannya.

Kerana mereka tahu ada ibu ayah yang menanggung.

Sebaik usia mula berganjak, sedikit demi sedikit kedamaian dan kebahagiaan mulai hilang.

Pergantungan semakin longgar. Tanggungjawab mulai digalas.

Sedangkan tidak jauh bezanya, kehidupan zaman kanak-kanak dan kehidupan dewasa.

Kerana hidup ini sentiasa ada yang Maha Memenuhkan segala kebutuhan kita.

Belajarlah untuk melepaskan kemahuan dan keperluan kita kepada Allah Yang Maha Mengatur.

Santai2 sahaja.

#MasterCoachAzeannira

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Perbuatan baik terhenti apabila ada seseorang yang mengatakan apa yang kamu lakukan itu tidak baik. Kerana kamu mengharapkan kebaikan pada setiap tingkahmu. Harap diterima.

Ketika mana tiada lagi pengharapan baik dan buruk, penerimaan dan penolakan dari manusia, kamu akan terus berjalan di saat kata-kata seolah-olah minta kamu berhenti.

Yang kamu lakukan adalah perbaiki setiap langkah mu agar selari dan diterima Tuhanmu.

Akhirnya bukan mereka tetapi yang ada hanya kamu dan Tuhanmu.

#Azeannira Abdul Azeh
@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Jangan bermimpi untuk dipuji jika tidak sanggup dikeji. Jangan terlalu seronok dijulang kerana pasangannya adalah dijatuhkan.

Kerana ianya dualiti.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Semua yang telah hilang itu sebenarnya telah membebaskan aku darinya. Jadi sekiranya aku masih mengenggam apa yang telah hilang, itu bemakna aku sedang membina sangkar dan perangkap ilusiku sendiri.

@AndaiKuTau

#Azeannira Abdul Azeh

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Ular sawa yang membaham mangsanya akan mengambil masa dengan berdiam untuk menghadam makanan yang baru sahaja diperolehi.

Mengambil pelajaran dari itu, setiap kali mempelajari sesuatu ilmu, ambil masa untuk berdiam dan menghadam dahulu ilmu yang diperolehi.

Jangan sibuk mengumpul ilmu tanpa sempat mendapat manfaat dirinya.

Jangan terlalu teruja menyampaikan sebelum diri sempat merasakan kemanisannya.

Banyak ilmu tidak menjadikan seseorang itu berakhlak mulia sehinggalah ilmu itu diamal dan akhirnya menjadi pakaiannya.

Apatah lagi sekiranya itu adalah ilmu kerohanian. Lagilah amat perlu dihadam.

#Petikan Buku AGTS
Azeannira Abdul Azeh

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Kupasan Buku Tersembam Di Itaewoon _Menangis Di Hallasan.

Bab .. Marah anak dengan berlebihan?

https://www.facebook.com/groups/447588569182492/permalink/1232327720708569/?mibextid=Nif5oz

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

“Aku telah bersabar dan banyak bersabar dengan dia. Setiap perbuatan dan kata-kata yang keluar dari mulutnya aku terima dan telan sahaja. Namun ada masanya kesabaranku boleh lenyap. Bagaimana lagi cara untuk aku berhadapan dengan semua ini?”
Luah Ratu setelah beberapa ketika fikirannya berdiam.

🍂🍂🍂🍂

“Apakah maksud sabar yang kamu fahami? Adakah berdiam itu, sabar? Adakah tidak melawan maknanya sabar? Adakah menahan diri itu tanda sabar?

Jika begitu, kamu belum mencapai tahap sabar.

Sabar yang sebenar akan muncul sebaik kamu tidak lagi berfikir dan berkira-kira untuk sabar. Tidak lagi terkesan denga apa yang berlaku di sekeliling.

Mulakan dengan sangka baik. Bila benar sangka baik, akan terhasillah tenang. Dari tenang, datangnya sabar.

Mana mungkin dapat bersabar sekiranya masih lagi berbaki sangka yang tidak baik. Maka didik hatimu agar sentiasa bersangka baik.

Sangka baik pada siapa? Pada Allah SWT.” Hatinya kembali berbisik.

Azeannira Abdul Azeh
#lifecoach
#DuniaDiDalam
@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

"Semakin banyak 'judgment', semakin kurang empati".

Azeannira Abdul Azeh
@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Jangan terlalu korbankan kebahagianmu untuk membahagiakan orang lain. Bahagiakan dahulu dirimu sehingga dengan dirimu yang bahagia itu, keliling turut ikut bahagia.

Bersangatan ingin membahagiakan orang lain hanya akan memudharatkan kamu dan akhirnya menderita.

#BukuTDI
Azeannira Abdul Azeh
@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Sebesar mana kesilapan dan kesalahan kita, keluarga adalah tempat selamat untuk kita pulang. Jadilah keluarga yang terbuka menerima ketidaksempurnaan ahlinya.

~ MasterCoachZie

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Suara hati adalah sahabat karib kita paling sejati.

Tapi sayang semakin hari, suara hati semakin malap dan suara kecil (Ego) mula mengambil tempat.

Ego mula berkata-kata, berlegar di kepala, memikir perkara negatif belaka. Mula mendabik dada bahwa dia yang benar, dia yang mengetahui semuanya. Bila ditegur terus melenting, Bila dimarahi terus di caci.....mungkin tidak dengan kata-kata tetapi hati yang berbicara.

Kenali ‘mereka’ berdua agar kita sedar yang mana Suara Hati dan yang mana Suara Ego. Tatkala yang mana satu hadir, kita akan dapat mengendalikan diri sebaik mungkin.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

ReTQ,
...berhenti untuk ingat kesalahan-kesalahan mereka supaya kita lebih terbuka untuk memandang kebaikan mereka walaupun sekecil-kecil kebaikan.

Tak jumpa kebaikan mereka, teroponglah sampai nampak.
Pasti ada.

Dan yang ada itulah, kita mulakan dengan reTQ.

#Selflove

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Bersyukurlah Dengan Pengalaman Lalu Yang Membuatkan Diri Lebih Bijak Dan Berhati-hati.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Ilmu boleh membuatkan seseorang petah berkata-kata dan ilmu juga boleh membuatkan seseorang berdiam.

#MasterCoachAzeannira
@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Kenapa perlu memaafkan?
Jangan tanya pada yang belum memaafkan.
Tanya pada yang telah memaafkan. Anda akan temukan jawapan.

Kenapa perlu berkasih sayang?
Jangan tanyakan pada yang sedang mencari kasih sayang. Tanyakan pada mereka yang sedang tenggelam dalam kasih sayang. Anda akan temukan jawapan.

Kenapa perlu sangka baik?
Jangan tanyakan pada yang belum mampu.
Tanyakan pada yang sentiasa sangka baik dan memandang baiknya Allah. Anda akan temukan jawapan.

Kenapa perlu banyakkan selawat?
Jangan tanya pada yang tiada cintakan selawat. Tanyakan pada mereka yang cintakan selawat. Anda akan temukan jawapan.

Kenapa perlu cinta Nabi Salallah Hualaihi Wasallam? Jangan tanyakan pada yang belum merasakan. Tanya pada yang pernah dan telah merasakan. Anda akan temui jawapan.

💗

Tanya, renung dan buat keputusan sendiri.
Bukan guna keputusan orang lain.

#MasterCoachAzeannira
#CahayaCintaCircle
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Tanda seseorang atau kita tidak boleh move on dengan apa yang berlaku adalah, kita akan asik bicarakan hal tersebut. Ayat sama akan diulang-ulang.

Soalan saya adalah, memang tak jumpa jalan keluar atau tak nak keluar?

Tak jumpa jalan, boleh ditunjukkan jalan.

Tapi jika tak nak keluar dari situ, bentanglah karpet merah sekali pun, takkan bergerak juga.

Pandang ke dalam diri.
Tanya diri, apa yang aku nak sebenarnya?

Hanya nak bercerita supaya semua orang tahu kita mangsa atau kita nak berubah supaya merasai kebahagiaan?

Jawapan ada di dalam dirimu sayang.

💓NurAlaNur

#CoachAzeannira
#BukuAndaiKuTahu

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Salah satu pelajaran yang paling sukar dalam hidup kita adalah melepaskan perasaan itu pergi.

Sama ada rasa bersalah, rasa marah, rasa cinta, rasa sedih, rasa kehilangan atau rasa dikhianati, rasa dihina, rasa baik atau rasa buruk...

Perubahan tidak pernah mudah. Kita tetap berjuang untuk bertahan dan melepaskan.

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

Cara Allah Melunturkan Keegoan Kita Adalah Akan Dihadirkan Ujian Yang Sesuai Dengan Keegoan/Kedegilan Yang Ada Dalam Diri Kita. Kerana Itulah Cara Allah Hendak Membersihkan Hati/Jiwa Kita.

Mengalirlah Seperti Air, Terima, Rasakan Dan Lepaskan.

Terima Kerana Redha
Rasakan Kerana Itu Nikmat Allah
Lepaskan Kerana Tak Semua Perkara Kekal.

#AndaiKuTahu
#CahayaCintaCircle
#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…

Andai Ku Tahu

LUANGKAN MASA UNTUK OTAK BEREHAT.

Seandainya Terlalu Banyak Fikiran Yang Menyesakkan.. Berhenti Sejenak.. Sedari Nafas Yang Keluar Dan Masuk. Tarik Nafas Dalam2 Dan Lepaskan.

Ambil Beberapa Minit Supaya Fikiran Kembali Hening, Rileks Dan Tenang.. Jika Ada Masa Sempatkan Berehat Selama 5 - 10 Minit Setiap Satu Jam.

Semasa Berehat, Perhatikan Dan Amati Saja Fikiran Yang Sedang Melayang-layang, Atau Melompat-lompat Ke Sana Dan Ke Mari..Tanpa Analisa, Tanpa Penghakiman Juga Tanpa Penilaian..

Biarkan Fikiran Kembali Tenang, Ringan, Tanpa Memikirkan Beban Apapun...

Boleh Bayangkan Kita Sedang Melakukan Aktiviti Yang Menggembirakan Seperti Sedang Berada Di Kawasan Air Terjun Atau Tempat2 Yang Menyenangkan Hati.

Bila Fikiran Dah Tenang Dan Hati Rasa Lapang..Isi Dengan Zikir2 Atau Selawat Dan Kembalilah Kepada Aktiviti Kita Tadi.. Insya Allah

SELAMAT BERTENANG..🤗

#MoveOnTowardsSyuhudiyah

@AndaiKuTau

Читать полностью…
Subscribe to a channel