aqidah_islam | Unsorted

Telegram-канал aqidah_islam - Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

3028

Group perbincangan aqidah tauhid ASWJ klik link ini: https://t.me/mso_aqidah nota disimpan dalam 👉🏼 http://madrasahsunnionline.blogspot.my Senarai group MSO yg lain boleh lihat disini : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Subscribe to a channel

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

5 Perkara Kita Dapat Apabila Allah Dekat:

1. Rasa aman dan yakin.
2. Hati tenang tidak gusar.
3. Tidak putus asa berusaha.
4. Dekat dengan Nabi.
5. Syaitan menangis.

- Isu, Solusi 90

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

KENALI 5 IDENTITI AHLI SUNNAH WALJAMAAH SEJATI BUKAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH PALSU
oleh Buya Yahya

👉🏼 https://www.youtube.com/watch?v=WmKiHuFKvm4

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

ALLAH ADA TANPA TEMPAT

Ustaz Asbahanie - ALLAH ADA TANPA TEMPAT

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

1. Mengapa Tidak Boleh Berpegang dengan "makna zahir" nas-nas mutashabihat?

2. Ijma' Salaf dan Khalaf Untuk Tidak Berpegang dengan Makna Zahir Nas-nas Mutashabihat

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

منورة:
Aqidah Tashbih dan Tajsim adalah Seburuk-buruk Kemungkaran Yang Perlu Ditolak oleh Para Ulama’

al-Imam Sultan al-‘Ulama ʿIzz al-Din Ibn ʿAbd al-Salam

Para ulama' menyatakan bahawa asal aqidah Tashbih dan Tajsim adalah daripada Yahudi. Semoga Allah melindungi kita.

Source: https://m.facebook.com/penuntutilmushariah/photos/a.1500735720193940.1073741828.1499687470298765/1877783232489185/?type=3

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

Seseorang itu Boleh Sesat dan Jatuh Kufur Kerana Berpegang dengan Makna Zahir Nas-nas Mutashabihat
- Al-‘Allamah al-Sheikh Zayn al-Abidin Ibn Muhammad al-Fatani
Hati-hati belajar agama khususnya ilmu

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

#PengumumanMSO

Sila klik button di bawah untuk lihat nota terawal dan senarai group Madrasah Sunni Online MSO yang lain:

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

🔊 #PengumumanMSO

Untuk lihat senarai group/channel MSO yang lain boleh klik link berikut:

🌐👉 /channel/madrasahsunnionline_MSO/534

Dipersilakan masuk kesemua channel/group Madrasah Sunni Online (MSO) 👋👳

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

Berhati-hatilah dengan Golongan Yang Mempunyai Penyakit Zaygh (Kecenderungan ke arah Kesesatan) Di Hati Mereka

iaitu Golongan yang gemar menjadikan nas-nas mutashabihat sebagai asas aqidah mereka

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

Perbezaan berkenaan Sifat-sifat Allah SWT
di antara manhaj Ahli Sunnah dan Jama'ah yang berasaskan Nas-nas MUHKAMATdan manhaj Mujassimah/ Mushabbihah/ Hashawiyyah yang berasaskan Nas-nas MUTASHABIHAT

Semoga bermanfaat
Sumber facebook Ustaz Abdullaah Jalil
https://www.facebook.com/profile.php?id=100007692669473

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

Channel Telegram Yang Sangat Bermanfaat !

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
/channel/Q_A_Us_Alyasak_channel

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

Daurah Kitab Taqrib al-Ikhwan bersama Baba Li (murid & menantu pengarang)

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Telah kembali ke rahmatullah Dato' Syeikh Hj Mohd Murtadza (mantan mufti Negeri Sembilan) pada petang tadi

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

KEISTIMEWAAN ASYA'IRAH

Mazhab Imam al-Asy'ari dalam akidah memiliki keistimewaan sebagai mazhab yang seimbang, moderat dan mampu merangkul seluruh manusia, tanpa memecah belah. Kami melihat mazhab ini mampu menarik dan memahami semua aliran atau mazhab apapun.

Mazhab Asy'ari tidak pernah melampau-lampau dalam mengkafirkan orang Islam, seperti yang dilakukan kaum Khawarij. Begitu juga mazhab Asy'ari tidak pernah berlebihan dalam menggunakan akal, sehingga mendapatkan pertentangan antara teks-teks wahyu (nas) seperti yang dilakukan oleh mazhab Muktazilah.

Mazhab Asy'ari mampu mendekati kebenaran dengan memberikan pemahaman yang benar tentang akidah Islam berdasarkan teks wahyu, selaras dengan pemahaman bahasa Arab, dan sesuai cara fikir yang lurus.

Hal inilah yang menjadikan para ulama sejak abad ke-4 H hingga saat ini menerima mazhab Asy'ari dengan baik dan menjadikannya sebagai akidah yang mereka ikuti. Al-Taj al-Subki berkata: Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i dan tokoh-tokoh Hanbali bersatu mengikuti Ahlussunnah wal Jamaah sesuai mazhab Syeikh Abul Hasan al-Asy'ari.

Kerana inilah, jika kami berpendapat bahawa: akidah Asy'ari merupakan akidah Nabi Muhammad dan para sahabat beliau, maka pendapat ini sesuai dengan realiti. Pernyataan ini sama dengan pernyataan bahawa: biasanya Nabi Muhammad membaca al-Quran sesuai bacaan Nafi'.. Tiada yang mengingkari ini, padahal Nafi' tidak pernah bertemu Nabi, dan sebenarnya bacaan Nafi' lah yang mengikuti Nabi, bukan sebaliknya..!! Hal ini kerana Nafi' adalah orang yang mempelajari dan mengajarkan cara bacaan ini dengan sangat baik, sehingga bacaan dinisbatkan kepada beliau.

Maka benar jika kita berkata bahawa "Akidah Nabi Muhammad dan sahabat beliau adalah akidah Asy'ari."

• Maulana Syeikh Dr. Ali Jum'ah
(Al-Qaulu Al-Mubin, hal: 13 - 14)

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ⭐️ MSO-D12
@aqidah_Islam
/channel/aqidah_Islam

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

rtada al-Zabidi dalam kitabnya Ithafus-Sadatil-Muttaqin]

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ⭐️ MSO-D12
/channel/aqidah_Islam

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

JAGA LIDAH, JANGAN BIADAB DENGAN NABI صلى الله عليه وآله وسلم

Zaman sekarang ramai betul manusia yang nak 'cakap sedap'. Punya la nak 'mubalaghah' dalam beranalogi sehinggakan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dijadikan modal. Walhal kita diajar untuk beradab dengan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Allah s.w.t sebut dalam Al-Quran:

يأيها الذين آمنوا لا تقولوا راعنا

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengatakan (kepada nabi kamu): rā'inā.."

Disebutkan dalam sesetengah kitab tafsir bahawa para sahabat selalu mengatakan kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم rā'inā dengan maksud:

(Wahai Rasulullah, jagalah kami, atau: dengarlah daripada kami).

Oleh kerana kalimah rā'inā dalam bahasa Yahudi membawa makna cacian (sesetengah tafsir mengatakan maksud rā'inā menurut bahasa mereka ialah orang yang bodoh), maka mereka mengambil kesempatan untuk mengatakan rā'inā kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dan menzahirkan seolah-olah mereka maksudkan makna bahasa Arab sedangkan hakikatnya mereka maksudkan makna bahasa mereka.

Disebutkan dalam sesetengah tafsir bahawa apabila orang-orang Yahudi mendengar orang-orang Islam mengatakan rā'inā kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, maka mereka mengatakan:

"Selama ini kita mencaci Muhammad secara rahsia, sekarang mari kita caci Muhammad secara terang-terangan".

Maka mereka pun mula mengatakan rā'inā bila berjumpa dengan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.

Niat buruk orang-orang Yahudi ini telah dapat dihidu oleh Sayyiduna Sa'ad Ibn 'Ubadah al-Ansori kerana beliau menguasai bahasa Yahudi. Lalu beliau telah mengatakan kepada orang-orang Yahudi:

"Wahai musuh-musuh Allah! Demi Allah, kalau aku dengar salah seorang daripada kamu mengatakan rā'inā kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم pasti aku akan pancung lehernya!". Orang-orang Yahudi pun jawab: "Eh, bukan ke kamu semua pun kata begitu kepada Muhammad?" (pandai betul YAHUDI spin). Lalu turunlah ayat di atas.

Daripada penerangan di atas beberapa perkara dapat diambil pengajaran:

1. Pentingnya belajar bahasa asing supaya umat Islam tidak mudah diperbodohkan oleh bukan Islam atau orang Islam, tapi pemikiran macam bukan Islam. (Dalam Sunan Tirmizi dll ada diceritakan bahawa Zaid Ibn Thabit رضي الله عنه telah mempelajari bahasa Yahudi dalam masa setengah bulan sahaja)

2. Pentingnya mukhalafah (membezakan diri) dengan bukan Islam. Walaupun kalimah rā'inā itu elok, tapi Allah tetap melarang orang-orang mukmin menggunakannya kerana nanti akan sama dengan kalam orang Yahudi. (Kalau dalam hal macam ni pun kita disuruh berbeza dengan bukan Islam, bagaimana pula dengan hal yang lebih besar seperti akidah, pemikiran dll?)

3. Yahudi memang kaki spin.

4. Yang terakhir, orang mukmin tak sepatutnya menggunakan bahasa yang 'muhtamal' (yang mengandungi beberapa kemungkinan makna) antara pujian dan cacian kerana perbuatan tersebut merupakan perangai orang Yahudi. Gunakan bahasa yang indah yang melambangkan adab kita kepada Nabi Junjungan. Jangan nak berkalau-kalau terhadap Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Kita bukan tahu pun. Pasti ke kita bahawa kalau jadi begini, maka Nabi صلى الله عليه وآله وسلم akan letak jawatan? Pasti ke? Yakin ke akan letak jawatan? Kalau tak yakin, tak payah la sebut. Banyak lagi benda lain yang boleh digunakan sebagai analogi. Kita ni siapa je nak cakap macam tu kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم? Sudahnya nanti kita juga yang akan cari syafaat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Sedar la sikit pakcik.

Abdul Rahman Dan Zaujah

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

http://www.aswj-rg.com/2015/07/apakah-ruh-dapat-berkunjung-ke-rumah-keluarganya.html

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

منورة:
1. Mengapa Tidak Boleh Berpegang dengan "makna zahir" nas-nas mutashabihat?

2. Ijma' Salaf dan Khalaf Untuk Tidak Berpegang dengan Makna Zahir Nas-nas Mutashabihat

Tiba-tiba muncul satu golongan pada hari ini yang menjadikan makna zahir nas-nas mutashabihat sebagai sifat-sifat Tuhan mereka. Maka ditakuti jatuh ke lembah Tajsim dan Tashbih sedang mereka menyangka mereka di atas kebenaran.

Semoga Allah mengurniakan kita aqidah yang sahih,
Aqidah Rasulullah Solla Allah 'alayhi Wa sallam,
Aqidah para Anbiya' Alayhim al-Solah wa al-Salam,
Aqidah para Sahabat Radiyallahu 'anhum ajma'in, dan
Aqidah Ahli Sunnah dan Jama'ah al-Asha'irah wa al-Maturidiyyah.

Allahumma Amin.

Source:
Ustaz Abdullaah Jalil

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

1. Mengapa Tidak Boleh Berpegang dengan "makna zahir" nas-nas mutashabihat?

2. Ijma' Salaf dan Khalaf Untuk Tidak Berpegang dengan Makna Zahir Nas-nas Mutashabihat

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

*Aqidah Tashbih dan Tajsim* adalah Seburuk-buruk Kemungkaran Yang Perlu Ditolak oleh Para Ulama’

_al-Imam Sultan al-‘Ulama ʿIzz al-Din Ibn ʿAbd al-Salam_

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

LARANGAN MENGHINA AGAMA LAIN

وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.
Surah Al-An'am Ayat 108

As-Sobuni dalam tafsirnya Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410) berkata: “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.

Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya Al-Munir (Jilid 7, m/s 327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasulnya”.

Source: Ustaz Yunan A Samad

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

al-Tasdiq (Membenarkan/ Percaya) adalah Syarat Mendapat Fadilah/ Kelebihan Kurniaan Allah

source: facebook.com/penuntutilmushariah/

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

Berhati-hatilah dengan Golongan Yang Mempunyai Penyakit Zaygh (Kecenderungan ke arah Kesesatan) Di Hati Mereka

iaitu Golongan yang gemar menjadikan nas-nas mutashabihat sebagai asas aqidah mereka

Semoga Allah melindungi kita, keluarga kita, keturunan kita dan semua Muslimin dan Muslimat dari golongan sebegini. Amin.

Sumber:
https://www.facebook.com/penuntutilmushariah/

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

Kesannya: perbezaa sifat-sifat Allah berasaskan metodologi ASWJ vs Mujassimah / Mushabbihah

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

Contoh perbezaan asas-asas perbahasan aqidah di antara ASWJ dan Mujasimmah/ Mushabbihah / Hashawiyyah : Sifat-sifat Allah

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

🕌MASJID HUSSEIN SEREMBAN 2 🕌

TALAQQI KITAB AKIDAH

📚 Daurah Siri 1 :
Pengajian Ilmu Akidah

📖Kitab:
Taqrib al-Ikhwan karangan Tuan Guru Abdul Qadir bin Wangah Sekam al-Fatani (Ayah Der Sekam)

👳🏻Guru Talaqqi:
Baba Ghazali Ahmad al-Fatani (Baba Li)

🗓Tarikh:
1 Mei 2017 (Isnin)

⚖Masa:
8.30 pg- 5.00 ptg

🏚Tempat:
Masjid Hussein Seremban 2

🌸Penyertaan:
Terbuka (tempat adalah terhad)

📚Kitab:
Akan dijual semasa program

❓Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi/sms :

(📞 +60196264522)

Taqrib al-Ikhwan

Penulis : Tuan Guru Hj Abd Qadir bin Wangah Budi Sekam (Tok Ayah Der)

Sinopsis : Kitab ini membicarakan mengenai Tauhid dan Hukum-Hukum Akal. Menggunakan bahasa Fatani lama akan tetapi melengkapi keseluruhan Sifat-Sifat Allah dan Rasul. Pengarang merupakan anak murid kesayangan Pak Da 'El, Guru di Masjidil Haram Mekah.

Download kitab:
https://ia801503.us.archive.org/24/items/TaqribAlIkhwan/Taqrib%20al-Ikhwan.pdf ;

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

72 Golongan

عن سيدنا الامام المجاهد الثقة العابد عبد الله بن المبارك في بيان من يكون على السنة :
قال عبدالله بن المبارك: "أصل اثنين وسبعين هوى: أربعة أهواء فمن هذه الأربعة الأهواء تشعبت الاثنان وسبعون هوى القدرية، والمرجئة والشيعة والخوارج.
فمن قدم أبا بكر وعمر وعثمان وعلياً على أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم يتكلم في الباقين إلا بخير ودعا لهم، فقد خرج من التشيع أوله وآخره.
ومن قال: الإيمان قول وعمل يزيد وينقص فقد خرج من الأرجاء أوله وآخره.
ومن قال الصلاة خلف كل بر وفاجر، والجهاد مع كل خليفة، ولم ير الخروج على السلطان بالسيف ودعا لهم بالصلاح فقد خرج من قول الخوارج أوله وآخره.
ومن قال: المقادير كلها من الله عز وجل خيرها وشرها يضل من يشاء ويهدي من يشاء؛ فقد خرج من قول القدرية أوله وآخره، وهو صاحب سنة..." 
ابن أبي يعلى، ((طبقات الحنابلة)) (2/40)

Abdullah bin mubarak ketika menerangkan orang yang berpegang kpd sunnah menyebut: punca 72 golongan adalah dari 4 kecenderungan hati, dari 4 ini terpecah kpd 72 golongan dlm lingkungan qadariah, murji'ah, syiah dan khawarij.

siapa yg mendahulukan abu bakr, umar, uthman, ali dari sahabat nabi saw. yang lain serta tidak bercakap kpd lain2 sahabat kecuali dengan perkara2 yang baik serta mendoakan mereka, sesungguhnya dia terkeluar drpd sifat tasyayyu' (syiah) dr mula hingga akhirnya.

siapa yg berkata iman itu adalah ucapan dan perbuatan, bertambah dan berkurang, sesungguhnya dia terkeluar drpd sifat irja' (murji'ah) dr mula hingga akhirnya.

siapa yg berkata (sah) solat dibelakang orang baik dan jahat, turun berjihad bersama pemimpin, tidak mengangkat senjata kpd pemimpin, dan mendoakan pemimpin dengan kebaikan, sesungguhnya dia terkeluar drpd pegangan khawarij dr mula hingga akhirnya.

siapa yg berkata segala taqdir adalah dr Allah sama ada baiknya dan buruknya, Dialah yang menjadikan kesesatan kpd sesiapa yang Ia kehendaki dan memberikan hidayah kpd sesiapa yang Ia kehendaki, sesungguhnya dia terkeluar drpd pegangan qadariah dr mula hingga akhirnya. -tabaqat al-hanabilah.

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ⭐️ MSO-D12
Group MSO-D12 Perkongsian nota-nota aqidah tauhid ASWJ
/channel/aqidah_Islam

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

KRITERIA-KRITERIA AJARAN SESAT

1. Mengingkari salah satu daripada rukun iman yang 6 (enam), iaitu beriman kepada Allah, kepada Malaikat-Nya, kepada Kitab-kitab-Nya, kepada Rasul-rasul-Nya, kepada hari akhirat dan kepada Qadha dan Qadar dari-Nya.

2. Mengingkari salah satu daripada rukun Islam yang 5 (lima), iaitu Mengucap dua kalimah syahadat, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah haji.

3. Meyakini atau mengikuti aqidah yang tidak sesuai dengan I'tiqad Ahlus-Sunnah wal Jama'ah.

4. Meyakini turunnya wahyu setelah al-Quran.

5. Mengingkari kemurnian dan atau kebenaran al-Quran.

6. Melakukan penafsiran al-Quran tidak berdasarkan kaedah-kaedah tafsir.

7. Mengingkari kedudukan hadis Nabi sebagai sumber ajaran Islam.

8. Melakukan pensyarahan terhadap hadis tidak berdasarkan kaedah-kaedah ilmu mustolah hadis.

9. Menghina dan atau melecehkan para Nabi dan Rasul Allah.

10. Mengingkari Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam sebagai Nabi dan Rasul terakhir.

11. Menghina dan atau melecehkan para sahabat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam.

12. Merubah, menambah dan atau mengurangi pokok-pokok ibadah yang telah ditetapkan oleh syariat, seperti berhaji tidak ke Baitullah, solat fardhu tidak 5 waktu dan sebagainya.

13. Mengkafirkan sesama muslim tanpa dalil syar'i yang sah, seperti mengkafirkan muslim hanya kerana bukan anggota kelompoknya

- Fatwa MPU Aceh NO. 04 Tahun 2007

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ⭐️ MSO-D12
/channel/aqidah_Islam

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

https://youtu.be/VevcYYdc2yo

Читать полностью…

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) ️ MSO-D12

8 DALIL ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT (jom hafal dan sebarkan للَّـه تعالى )

الله موجود بلا مكان

1.) Dalil al-Quran
قال الله تعالى: ليس كمثله شيء
(سورة الشورى، ١١)

Mafhumnya: Tiada sesuatupun yg menyamai Allah dari apa jua sudut sekalipun.
Rujukan - Surah asy-Shura : 11

2.) Dalil hadith

قال رسول الله: كان الله ولم يكن شيء غيره
(رواه البخاري والبيهقي وابن الجارود)

Mafhumnya: Allah Taala telah wujud pada azali dan tiada sesuatupun yg wujud selain Allah pada azaliy (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn al-Jarud).

3.) Dalil ijmak para ulama ahlul sunnah wal jamaah

وأجمعوا على أنه لا يحويه مكان ولا يجري عليه زمان
(رواه أبو منصور البغدادي في الفرق بين الفرق)

Mafhumnya: Telah bersepakat para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa sesungguhnya Allah tidak diliputi oleh tempat dan juga tidak berlalu ke atasNya masa

* (Dinukilkan oleh Abu Mansur Al-Baghdadi dlm kitabnya Al-Farqu baina Al-Firaq).

4.) Dalil aqal

كما صح في العقل وجود الله قبل خلق الأماكن والجهات بلا مكان ولا جهة وكذلك صح في العقل وجود الله بلا مكان ولا جهة بعد خلق الأماكن والجهات لأنه لا يتغير.

Sebagaimana sah pada akal kewujudan Allah sebelum penciptaan tempat-tempat dan arah-arah tanpa Bertempat dan tanpa Berarah,
Begitu juga sah pada akal kewujudan Allah selepas penciptaan tempat-tempat dan arah-arah tanpa Bertempat dan tanpa Berarah
Kerana Allah tidak berubah.

5). Telah berkata al-Imam Abu Jaafar At-Thohawi, (salah seorang ulama yang hidup pada kurun ke-3 terawal hijrah) :

تَعَاْلَىْ - أي الله- عَنِ الْحُدُوْدِ وَالْغَاْيَاْتِ وَالْأَرْكَاْنِ وَالْأَعْضَاْءِ وَالْأَدَوَاْتِ لَاْ تَحْوِيْهِ الْجِهَاْتُ السِّتُّ كَسَاْئِرِ الْمُبْتَدَعَاْتِ

Terjemahannya: “Maha Suci Allah daripada mempunyai saiz/ukuran dan batas-batas akhir (penghujung) dan sisi-sisi dan anggota-anggota badan yang besar dan anggota-anggota badan yang kecil. Dan Allah tidak diliputi oleh arah yang enam sebagaimana makhluk ciptaanNya"

Rujukan - kitab Aqidah at-Tohawiyah karangan Imam Abu Ja'afar At-Thohawi, Dar al-Fikr,

Kitab Syarh al-'Aqidah al-tahawiyyah karangan 'Allamah al-Faqih' Abdul-Ghani al-Ghanimi

14 kurun kaum muslimin sama ada salaf dan khalaf berpegang dengan aqidah yang satu iaitu bahawa Allah ta'ala tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak berlalu ke atas-Nya oleh suatu masa pun

6.) Telah berkata Sahabat Imam Saiyidina Ali karramallahu wajhah (Kurun 1 Hijrah) :

قال الإمام علي رضي الله عنه: كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان
(رواه أبو منصور البغدادي)

Kata Imam Ali mafhumnya: Allah telah wujud pada azaliy tidak bertempat dan sekarang dia juga tidak bertempat sepertimana wujudnya pada azaliy (Diriwayatkan oleh Abu Mansur al-Baghdadi).

7.) Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Numan ibn Thabit radiyallahu anhu (w. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Fiqhul-Absat :

كَانَ اللهُ تَعَالَى وَلَا مَكَانَ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ الْخَلْقَ وَكَانَ اللهُ تَعَالَى وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلَا خَلْقٌ وَلَا شَيْءٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ

Maksudnya: "Allah Ta’ala itu ada azali, sedangkan tempat tidak ada pun (masih belum wujud) sebelum Dia mencipta makhluk. Dan Allah Ta'ala itu ada azali dan suatu tempat pun tidak ada dan suatu makhluk yang lain pun tidak ada, dan Dia pencipta segala sesuatu".

Rujukan - Kitab al-Fiqhul-Absat karangan Imam Abu Hanifah pengasas Mazhab Hanafi - dikumpulkan dalam Majmu' Rasa'il Abi Hanifah dengan tahqiq al-Kawthari

8.) Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafii radiyallahu anhu (w. 203 H) berkata:

إِنَّهُ تَعَالَى كَانَ وَلَا مَكَانَ فَخَلَقَ الْمَكَانَ وَهُوَ عَلَى صِفَةِ الْأَزَلِيَّةِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ الْمَكَانَ لَا يَجُوْزُ عَلَيْهِ التَّغَيُّرُ فِي ذَاتِهِ وَلَا التَّبْدِيْلُ فِيْ صِفَاتِهِ
Maksudnya: " Sesungguhnya Dia ta’ala ada azali, sedangkan suatu tempat pun tidak ada (masih belum wujud), maka Dia menciptakan tempat sedangkan Dia di atas sifat keazalian sebagaimana Dia ada azali (tanpa bertempat) sebelum Dia mencipta tempat. Mustahil perubahan berlaku ke atas-Nya pada zat-Nya dan mustahil juga penukaran berlaku pada sifat-Nya".

* [Dinukilkan daripada al-Imam al-Shafi'i oleh al-Hafiz Muhammad Mu

Читать полностью…
Subscribe to a channel