2212
https://open.spotify.com/user/ahmdvevo?si=tm80tOxAQEyWtdScHybkNQ
Kepada sesiapa yang perjalanan jauh nanti tu… kalau balik kampung memandu jangan hanya fikir untuk sampai cepat fikir juga untuk sampai dengan selamat. Jalan raya musim raya memang penuh dengan kereta, kadang-kadang sesak, kadang-kadang menguji sabar. Jadi pandulah dengan tenang, jangan kejar masa sampai lupa menjaga nyawa. Berehatlah bila penat, berhentilah bila mata mula mengantuk, kerana keluarga di kampung bukan hanya menunggu kita sampai… mereka menunggu kita sampai dengan selamat. Biar lambat sedikit, asalkan masih diberi peluang untuk duduk semeja, makan bersama, dan mendengar tawa orang yang kita sayang. Ingatlah, perjalanan balik kampung bukan sekadar perjalanan pulang ke rumah tetapi perjalanan membawa diri kembali kepada orang yang paling kita rindukan.” 🚗✨
Читать полностью…