518
❤️Aʸᵃᵗ'Isˡᵃᵐⁱᶜ❤️ Close your eyes okay? You must rest right now . I hope you can smile everyday . Based in Malaysia . <3 Anything just at @ayatislamicchatbot Follow Instagram : @ayatislamic_
cinta manusia memang indah ,
namun cinta Allah jauh lebih bermakna .
@ayatislamic_
/channel/ayatislamic
By:DakwahSiKecil
wanita yang faham agama akan mencantikkan dulu akhlaknya baru wajahnya sebab akhlak lebih penting .
@ayatislamic_
http://t.me/ayatislamic
By:DakwahSiKecil
Jom kumpul pahala bersama sama !
Allahuakbar 3×
Astaghfirullah 3×
Alhamdulillah 3×
Subhanallah 3×
Laa ilaa ha illallah
@ayatislamic_
/channel/ayatislamic
By:DakwahSiKecil
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Akhlak Muslim_*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya." (Sahih Muslim No: 4650) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam melarang umatnya berakhlak buruk antaranya:
a. Mendengki
b. Memfitnah
c. Membenci
d. Memusuhi
e. Membeli sesuatu yang telah dibeli atau dijanjikan kepada orang lain
2. Setiap Muslim adalah bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain antaranya dengan cara:
a. Menyakiti
b. Merendahkan
c. Menghina
3. Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati).
4. Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim.
5. Penghinaan boleh berlaku apabila seseorang meremeh, memperlekeh juga merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan termasuk kesalahan mereka. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang tesebut.
6. Muslim sesama Muslim dilarang:
a. Menumpahkan darah sesama Muslim
b. Menzalimi hartanya
c. Merendahkan kehormatannya
_Dalam kita membina sebuah masyarakat dan negara yang harmoni, marilah kita memelihara hak saudara Muslim sebagai tanda kita menyayangi mereka. Jauhilah berakhlak buruk terhadap Muslim yang lain serta tidak menzaliminya._
19hb April 2024
10hb Syawal 1445H
*#1H1H*
_"Moga الله redha, Nabi cinta."_
Untuk dapatkan Gambar Hadis #1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah:
#1H1H (8)
https://chat.whatsapp.com/JOsRUW4LoO64swuCasARnd
Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah:
ONE-ACCESS LINK #1H1H
http://beacons.ai/1hari1hadis
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃
🔖 *Tazkirah Jumaat - 19/04/2024* 🔖
🗓 *10 Syawal 1445 Hijrah*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*
📌 Sending ṣalāh upon the Prophet ﷺ on Friday is better than on the rest of the days, and its night (Thursday night) is the best of nights. He ﷺ said, “Among the best of your days is Friday, so frequently send ṣalāh upon me therein.”
الصلاة على النبي ﷺ يوم الجمعة أفضل من بقيّة الأيام، وليلتها أفضل الليالي، قال ﷺ: (إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة فأكثروا عليّ من الصلاة فيه)
Sheikh Abdel Aziz AlTarefe
@IslamicQuotess
📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿
#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃
🔖 *Tazkirah Khamis- 18/04/2024* 🔖
🗓 *09 Syawal 1445 Hijrah*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*
📌 Uthmān ibn ‘Affān said: “Do not forget the Angel of Death, for he does not forget you…”
الـمـجـالـسـة و جـواهـر الـعـلـم
@IslamicQuotess
📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿
#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
Jika seorang perempuan itu memilih untuk diam saat hatinya disakiti, itu tandanya kau dah buat hati dia kecewa.Diamnya seorang perempuan adalah bahasa untuk menyuarakan kekecewaannya terhadap orang yang dia sayang.
Читать полностью…
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Berjabat Tangan Mengerat Ukhuwah_*
عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ
Daripada Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, dengan begitu akan menghilangkan kebencian, dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling mencintai dan menghilangkan perasaan dendam.” (Muwatta No: 1685) Dar Ihya Ulum Arabiyyah. Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Berjabat tangan akan melahirkan perasaan kasih, “mengeratkan” ukhuwah Islamiyah diantara sesama muslim.
2. Berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan dan kedengkian di dalam hati, menghilangkan rasa “al-ghil” (perasaan tidak suka).
3. *Berusaha untuk memulai berjabat tangan terlebih dahulu ketika bertemu.* Rasulullah SAW merupakan orang yang terlebih dahulu memulai berjabat tangan apabila bertemu sahabat.
4. Bersalaman merupakan bentuk penghormatan, kita dianjurkan untuk membalas penghormatan dengan cara yang lebih baik daripada penghormatan yang dilakukan oleh saudara kita. Apabila saudara kita mengucapkan salam, maka hendaknya kita balas dengan salam serupa atau yang lebih baik (lebih sempurna) daripada salamnya, dan jika ia menjabat tangan, maka hendaklah kita membalasnya dengan jabatan tangan yang lebih erat dan lebih mesra kepadanya. Dalam sebuah riwayat disebutkan :
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مِنْ تَمَامِ التَّحِيَّةِ الْأَخْذُ بِالْيَدِ
Daripada Abdullah bin Masud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Diantara bentuk penghormatan yang paling sempurna adalah berjabat tangan." (Sunan Tirmizi No: 2730) Dar Kutub Ilmiyyah.
5. Saling memberi hadiah akan melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama kita. Memberi duit raya kepada kanak-kanak akan melahirkan rasa kegembiraan dan kasih sayang.
6. Saling memberi hadiah menghilangkan perasaan dendam dan marah. Alangkah elok bagi yang muda menziarahi orang tua di musim perayaan dengan memberi hadiah kepada mereka sama ada berbentuk wang ringgit mahupun kuih muih.
16hb April 2024
07hb Syawal 1445H
*#1H1H*
_"Moga الله redha, Nabi cinta."_
Untuk dapatkan Gambar Hadis #1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah:
#1H1H (7)
https://chat.whatsapp.com/BLa6n7fRPGvAJOKTHZwk8W
Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah:
ONE-ACCESS LINK #1H1H
http://beacons.ai/1hari1hadis
“Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba.”
.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku sebagai orang yang mendirikan solat dan juga keturunanku. Ya Tuhanku, terimalah doaku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua orang tuaku dan orang-orang mukmin di hari perhitungan 🤲🏻
Untuk semua niat baik yang diusahakan semoga Allah memberi jalan. Aamiin..😇
Читать полностью…
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Pertemuan Dua Muslim Mengampunkan Dosa_*
عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi keduanya sebelum keduanya berpisah.” (Sunan Abi Daud No: 5212) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ambil peluang sempena Syawal ini saling ziarah menziarahi, bertemu dan bersua muka antara satu sama lain.
2. Ketika bertemu sesama Muslim, *ambil peluang saling berjabat tangan (pastikan bukan berlainan jantina yang dilarang).*
3. Moga Allah akan mengampuni dosa dua orang Muslim yang bertemu dan berjabat tangan, sebelum mereka berpisah.
Marilah kita mengambil kesempatan di Syawal yang mulia ini untuk saling bersalaman serta bermaafan. Bangunkan Jiwa Taqwa. Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 22:
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
14hb April 2024
05hb Syawal 1445H
*#1H1H*
_"Moga الله redha, Nabi cinta."_
Untuk dapatkan Gambar Hadis #1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah:
#1H1H (7)
https://chat.whatsapp.com/BLa6n7fRPGvAJOKTHZwk8W
Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah:
ONE-ACCESS LINK #1H1H
http://beacons.ai/1hari1hadis
Ketika kamu takut akan kehilangan, kamu perlu ingat yang tiada satu pun di dunia ini milik kamu. Semua yang kamu ada sekarang adalah milik Allah SWT. Bila kita kehilangan sesuatu insyaAllah Tuhan akan menemukan kita dengan yang lebih baik.
Читать полностью…
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan_*
قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Aisyah Radhiyallahu anha, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadan) yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.
2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah amalan iktikaf, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.
a. *Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.*
b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan
3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?
4. Imām Ibn Rajab Al-Hanbali berkata: Ketahuilah bahawa seorang mukmin itu terhimpun baginya dua jihad untuk dirinya. (Iaitu) jihad pada waktu siang dalam berpuasa serta jihad pada waktu malam dalam melakukan qiamullail. Sesiapa yang menghimpunkan antara dua jihad ini dan melunaskan hak keduanya serta bersabar dalam melakukannya, dia telah memperoleh ganjaran pahala yang tidak terhitung. Rujuk Lathā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/171)
5. Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini antaranya:
a. Menjaga solat Fardu berjemaah, solat sunat mengiringi waktu, solat sunat Terawih dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.
b. Banyakkan Iktikaf pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan dengan mengajak ahli keluarga bersama.
c. Perbanyakkan doa. "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar." Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini, doa agar diangkat segala wabak dan musibah. Doa untuk kesejahteraan umat Islam di Malaysia juga umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan di seluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka.
03hb April 2024
23hb Ramadan 1445H
*#1H1H*
_"Moga الله redha, Nabi cinta."_
Untuk dapatkan Gambar Hadis #1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah:
#1H1H (10)
https://chat.whatsapp.com/HzD8962NCe19jk8eywnRIb
Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah:
ONE-ACCESS LINK #1H1H
http://beacons.ai/1hari1hadis
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃
🔖 *Tazkirah Rabu - 03/04/2024* 🔖
🗓 *23 Ramadhan 1445 Hijrah*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*
📌 Do Not Forget Your Father This Ramaḍān
قال العلامة ابن العثيمين رحمه الله : دعاك لوالدك في صلاة التراويح أو صلاة التهجد أفضل بكثير من أن تذبح له عشر نياق.
Sh. Ibn al-‘Uthaymīn رحمه الله: “Your supplication (Du'ā) for your father in the prayer of Tarāweeḥ or the prayer of Tahajjud is much better than that you sacrifice for him 10 she-camels.”
● [لقاء الباب المفتوح ١١٥]
@Islamicquotess
📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿
#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan sebab , yang pasti , ianya adalah yang terbaik untuk kita .
@ayatislamic_
/channel/ayatislamic
By:DakwahSiKecil
Kalau ada amalan yang paling mudah dengan banyak keuntungan maka amalan itu adalah sedekah :-
Empat kebaikan bersedekah
1. Menghapus dosa
2. Menolak bala
3. Memanjangkan umur
4. Melapangkan rezeki
@ayatislamic_
http://t.me/ayatislamic
By:DakwahSiKecil
Jaga solat, Allah jaga kita.
.
Setiap kali kalau rasa macam banyak betul masalah, kalau bukan sebab kerana Allah sayang, Allah uji, jika tidak, minta jauh.
.
Mungkin kita dah mula jauh dari Allah, mungkin solat kita.
.
"...Tapi ada saja yang macam senang je hidup dia",
.
ada orang kata macam ni. Kita mungkin nampak dia senang zahir, tapi dalam diri dia, hati dia, fikiran dia, kita tak tahu.
.
Kita tak tahu. Paling penting dalam hidup ini adalah cuba untuk jaga hubungan kita dengan Allah.
.
Ini yang paling penting dalam hidup ni.
.
Masih banyak hutang.. jaga solat.
.
Masih banyak ujian dengan hamba Allah, manusia lain, atas kerana kelemahan diri.. tetap cuba jaga solat.
.
Masih tak stabil dalam hidup.. terus solat, terus.
.
Ada kata dengan saya, "Stabil, semua dah ada.. untung."
.
Tak, definisi stabil bagi saya, bagi kita, bukan hanya soal, dah ada kerja, bisnes ok, rumah ada, kereta ada, semua ada, lengkap la orang kata dekat pandangan mata kita.
.
Tapi belum lagi, jika diri dia, hubungan dia dengan Allah masih belum stabil.
.
Dengar azan, rasa biasa.
.
Terlepas solat, solat nanti-nanti, macam biasa saja. Saya terkejut melihat ada seorang kawan ni saya kenal, sakit pun masih solat, dan last-last meninggal dekat masjid.
.
"Ya Allah jelesnya. Kan best kalau kita nanti macam tu."
.
Kita suka kata macam tu, bagus la, tapi sebenarnya itulah hidup dia, itulah cara hidup dia, suka pergi masjid.
.
Jadi Allah tunjukkan.
.
Allah tunjukkan, betul, terus sedar saya.
.
Orang dulu, jika terlambat satu solat jemaah, berhari-hari nangis, tapi kita hari ni nangis sebab hilang kerja, hilang buah hati.
.
Allah hilang dalam hidup, kita tak takut.
Tips bangun Subuh:
Baca surah Al Ikhlas & Ayat Kursi. Then baca doa tidur sebelum tidur. Dalam hati minta tolong & berdoa dengan Allah.
“Ya Allah, aku nak jaga solat Subuh sepertimana aku jaga solat-solatku yang lain di awal waktu.”
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃
🔖 *Tazkirah Rabu - 03/04/2024* 🔖
🗓 *23 Ramadhan 1445 Hijrah*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*
📌 Do Not Forget Your Father This Ramaḍān
قال العلامة ابن العثيمين رحمه الله : دعاك لوالدك في صلاة التراويح أو صلاة التهجد أفضل بكثير من أن تذبح له عشر نياق.
Sh. Ibn al-‘Uthaymīn رحمه الله: “Your supplication (Du'ā) for your father in the prayer of Tarāweeḥ or the prayer of Tahajjud is much better than that you sacrifice for him 10 she-camels.”
● [لقاء الباب المفتوح ١١٥]
@Islamicquotess
📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿
#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
Kekadang kita tidak suka sesuatu perkata yang berlaku di hadapan kita, tetapi Allah tetap mengizinkan ia berlaku. Lalu kita marah, menjerit, merajuk, membawa hati dan merungut, sama ada dengan hati mahupun lidah dan juga perbuatan. Kita terus bertindak mengikut nafsu melebihi akal dan iman.
.
Di saat itu, kita sebenarnya sudah tewas dengan perasaan sendiri. Perbuatan merengus, mendengus, merungut dan menyalahkan takdir sudah menguasai diri kita, sehingga akal kita yang sihat juga menjadi sakit. Iman yang segar juga sudah mulai layu, hanya kerana kita terlalu melihat dan menghukum dengan nafsu.
.
Kenapa Allah hadirkan ujian sebegini dalam hidup kita? Adakah salah orang itu dan orang ini? Adilkah kita mengatakan sesuatu yang buruk terjadi pada kita adalah sebab orang lain semata-mata? Pernahkah kita muhasabah? Kita sebenarnya malu untuk menyemak kesalahan kita dengan Allah. Kita juga lupa melihat dosa-dosa silam kita sehingga Allah menghantar ujian untuk menjentik iman kita.
.
Ujian itu bukanlah kerana dosa semata-mata. Ujian juga bukan kerana Allah benci atau marah semata-mata. Ingatlah, ujian itu tanda panggilan Allah pada hati manusia. Andai kita merasakan ujian itu sakit dan perit, belajarlah syukur atas nikmat Allah yang lain pada kita, sehingga hati kita belajar redha atas semua pemberian-Nya.
.
Kita selalu menginginkan itu dan ini, tetapi Allah tidak mengizinkan. Bukan kerana kita tidak layak, tetapi Allah lebih tahu untuk memberikan yang paling baik dalam hidup kita. Bagaimana untuk mendapat yang baik-baik daripada Allah, kita dahulu perlu jadi baik dan perkasakan doa. Tingkatkan amal dan lebihkan yakin pada Allah. Di saat hati kita berpaut pada tali Allah, apa jua mendatang di dalam hidup, kita akan hadapi dengan tenang, sabar dan bahagia.
.
Usahlah meneruskan rungutan dan kekesalan sepanjang hidup. Kita belum tahu kejadian hari esok. Mungkin hari ini, teman kita airmata. Siapa tahu esok sudah ada mentari. Bukan ilmu kita untuk menentukan kejadian Akhirat. Allah sudah berpesan, kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat, kalau kita kufur, sesungguhnya azab Allah sangat pedih.
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua_*
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ
Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang munkar." (Sunan Tirmizi No: 1921) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah SAW dan Adab seorang Muslim.
2. *Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk salah satu daripada tuntutan Islam.* Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ
"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua." (Musnad Ahmad No:1555)
3. *Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah.* Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ
"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua." (Sunan Abu Daud No: 4203) Dihasankan oleh Imam Nawawi dalam Riyadhus Solihin dan juga Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir
Dahulukan orang yang lebih tua daripada kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:
كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ ، فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ
"Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu." (Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al-Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', No: 249)
_Berusahalah kita memiliki sifat rahmah dengan menghormati, mendahulukan dan mengutamakan orang yang lebih tua. Orang yang lebih muda sewajarnya terlebih dahulu menegur, memberi salam, juga menziarahi orang yang lebih tua daripada kita. Bagi orang yang tua, sayangilah yang lebih muda daripada kita._
17hb April 2024
08hb Syawal 1445H
*#1H1H*
_"Moga الله redha, Nabi cinta."_
Untuk dapatkan Gambar Hadis #1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah:
#1H1H (7)
https://chat.whatsapp.com/BLa6n7fRPGvAJOKTHZwk8W
Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah:
ONE-ACCESS LINK #1H1H
http://beacons.ai/1hari1hadis
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃
🔖 *Tazkirah Rabu- 17/04/2024* 🔖
🗓 *08 Syawal 1445 Hijrah*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*
📌 Al-Hasan Al-Basri رحمه الله stated:
"O son of Adam, you are only days. Everytime a day goes by, a piece of you goes."
[Siyar A'lam An-Nubala 4/585]
@IslamicQuotess
📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿
#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃
🔖 *Tazkirah Selasa - 16/04/2024* 🔖
🗓 *07 Syawal 1445 Hijrah*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*
📌 Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk fizik kalian, juga tidak melihat penampilan kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada apa yang ada dalam hati kalian.”
[HR Muttafaq ‘Alaih]
📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿
#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃
🔖 *Tazkirah Isnin - 15/04/2024* 🔖
🗓 *06 Syawal 1445 Hijrah*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*
📌 “Ketika dirimu melakukan aktivitas duniawi, sempurnakanlah dengan hati yang selalu ingat kepada ALLAH, kerana semua aktivitasmu berada dalam kekuasaan-Nya.”
[Habib Umar Bin Hafidz]
📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿
#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
Jangan lupa utamakan solat. Sesibuk apapun kerja yang kamu lakukan sekarang ini, solat lima waktu jangan sesekali kamu tinggalkan. Usaha untuk solat di awal waktu. InsyaAllah bila kita jaga urusan Dia, pasti yang lain Dia jaga untuk kita. ❤👍
.
Utamakan yang wajib terlebih dahulu.💯
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃
🔖 *Tazkirah Khamis - 04/04/2024* 🔖
🗓 *24 Ramadhan 1445 Hijrah*
*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*
📌 The most virtuous prayer to be made on Laylat al-Qadr:
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
O Allah, You are the One who forgives a lot, You love to forgive, forgive me.
@Islamicquotess
📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿
#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
Malam ke-23, Ya Allah pertemukan aku bertemu dengan malam seribu bulan iaitu lailatul qadar. Berikanlah aku kekuatan untk beribadah. Aamiin.. ✨🤲🏻
Читать полностью…
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
*_Perbanyak Doa Keampunan Di Malam Lailatul Qadar_*
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?” Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan Engkau sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku.” (Sunan Tirmizi No: 3513) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan menuntut kita memperbanyak amal ibadah termasuklah memperbanyakkan doa.
2. Rasulullah SAW menganjurkan kita agar perbanyakkan doa memohon ampun di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan khususnya apabila menemui lailatul qadar.
3. Kita bertawasul dengan sifat ‘afwu (Maha Pemaaf Allah) dengan memohon agar Allah memaafkan dosa yang kita lakukan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan Engkau sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku.”
_Marilah kita perbanyakkan doa ini memohon ampunan dari dosa dan kesalahan kita. Moga Ramadan ini benar-benar membersihkan diri kita daripada dosa._
02hb April 2024
22hb Ramadan 1445H
*#1H1H*
_"Moga الله redha, Nabi cinta."_
Untuk dapatkan Gambar Hadis #1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah:
#1H1H (7)
https://chat.whatsapp.com/BLa6n7fRPGvAJOKTHZwk8W
Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah:
ONE-ACCESS LINK #1H1H
http://beacons.ai/1hari1hadis