azmibhr | Unsorted

Telegram-канал azmibhr - Rumahtangga Islami

2015

Pesanan dan nasihat rumahtangga

Subscribe to a channel

Rumahtangga Islami

Jom bersama Mudir Tahfiz Ad Daie Wal Diniah: Segmen mingguan "Tersenyum Pada Kehidupan" InsyaAllah dalam 8.30 AM di
https://www.facebook.com/bdarlifehq2

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

*Jom rebut 10 hari terbaik yang Allah paling suka!* 🏃‍♂️💨

Amal soleh dalam 10 hari awal Zulhijjah lebih dicintai Allah berbanding hari-hari lain — bahkan lebih utama daripada jihad, kecuali yang berkorban sepenuhnya di jalan-Nya.


💳 558060511484
💛 Maybank
✒️ Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah
http://Wasap.my/+60137951281/InfaqMadani

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

https://www.facebook.com/share/v/16Fv4RKwbE/

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

✨ *Al-Quran & Kehidupan* ✨

🌿 *Firman Allah SWT:*
_"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."_
(Surah al-Baqarah, 2:216)

📖 Al-Quran mengajar kita untuk melihat kehidupan bukan hanya dengan mata, tetapi dengan iman. Bila hati yakin pada takdir-Nya, kita belajar menerima – bukan kerana semuanya mudah, tetapi kerana kita percaya Allah sentiasa memberi yang terbaik.

💳 558060511484
💛 Maybank
✒️ Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah
http://Wasap.my/+60137951281/InfaqJumaatMadani

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Siri 5 (akhir): Pecutan Akhir Ramadhan

Semoga kita masih belum terlambat.

https://youtu.be/P2LEEvrmA9

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

*30 Hari, 30 Hikmah: Siri Ramadhan*🕌

*24 Ramadhan: Siri 24*

*[Lailatul Qadr - Malam yang Penuh Berkat]*

Firman Allah SWT:

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ۝

_Maksudnya: Pada malam itu, turunlah malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan._

_(Surah Al-Qadr: ayat 4)_

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

https://youtu.be/MZ7BgE3Hg-Y
Ramadhan & Al Quran

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

*Assalamualaikum WBT,*

🌙 *Jom sertai Forum Nuzul Quran* yang akan membincangkan topik penting bersempena bulan Ramadan yang mulia! ✨

🎤 *Tajuk:* *"Bulan Ramadhan Membangkitkan Jiwa Pembebasan Al-Aqsa"*

📅 *Tarikh:* 18 Mac 2025 (Selasa)
🕘 *Masa:* 9.00 - 11.15 pagi
📍 *Lokasi:* Dewan Utama, Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah (Madani)

*Panel-panel Forum:*
*Cikgu Azmi Bahari*
Mudir Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah

*Dr Kursiah Mohd Razali*
Pakar Perunding Oftalmologi,
Aktivis Haluan Palestin dan Akademi Baitul Maqdis.

*Moderator:*
*Ustaz Abdullah Hilmy Bin Jamaluddin*

Mari bersama-sama kita menyelami erti pentingnya Ramadan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Di bulan ini, kita juga akan membincangkan mengenai *pembebasan Al-Aqsa* yang amat kita rindui.

Join secara online di

https://www.facebook.com/share/1AhWxeim3U/

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

*30 Hari, 30 Hikmah: Siri Ramadhan*🕌

3 Ramadhan: Siri 3

[Keutamaan Bersahur]

Firman Allah SWT:

وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ

Maksudnya: _Dan pada akhir malam, mereka memohon keampunan._

(Surah Az-Zariyat:18)

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Assalamualaikum WBT

Atas permintaan ramai, saya nak cetak lagi sekali buku ni dengan sedikit penambahbaikan

Rasa susah nak faham & ingat bahan dalam Risalah Ta'alim, susah nak hafal Usul Isyrin. Alhamdulillah ada buku ringkasan dalam bentuk grafik dengan  3Ful (Beautiful, Colourful & Meaningful) Presentation dalam bentuk lebih berstruktur, grafik & berwarna memudahkan untuk pictographic memory. (60 mukasurat)

Boleh jadikan sebagai hadiah pada ahli keluarga dan ahli halaqah. Boleh buat daurah dll

*Hanya RM30 + RM5 untuk penghantaran*

*Untuk PREORDER* boleh WhatsApp ke👇
http://Wasap.my/+60194744343/RTaalim

Sertakan Nama Penuh, Alamat & No Telefon
Slip Bayaran Bayaran kepada Azmi Bahari Maybank 158172777857

InsyaAllah penghantaran bermula awal Feb 2025

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Sabar Itu Indah

Sabar itu indah kerana kita MEYAKINI bersama kesusahan itu ada kesenangan.

Pertahankanlah KEYAKINAN ini kita akan terus bersabar dan menikmati KEINDAHAN HIDUP sehingga saat kita kembali pada Nya.

Kata Ibnu Taimiyah sesiapa yang tidak masuk ke syurga dunia maka dia tidak akan masuk ke syurga Akhirat. Dia kemudian ditanya, apa itu syurga dunia. Jawabnya, itulah syurga Iman.

Para sahabat telah memperolehinya, maka mereka memiliki BAHAGIA walaupun tidak punya apa-apa.

Kita hari ini ada yang memiliki segala-galanya kecuali BAHAGIA

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.[Ash-Syarh: 5-6]

#hidupbahagiadenganiman

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Selamat Tinggal 2024

Banyak pengalaman dan pengajaran
Bila medsos dah jadi dustur hidup
Fitnah dan tohmah ditelan segala
Pemangsa mengaku sebagai mangsa
Lalu dibela membuta tuli
Mangsa yang buta media atau kurang follower akan dikecam bagai nak gila.

Hidup penuh kepura-puraan
Derita dipamer seperti bahagia
Kaya di media tapi diluar meminta-minta
Agar di media dipuja ditatang
Sanggup hidup dijerut hutang

Padahal dunia hanya sementara
Di Akhirat nanti semua diambil kira
Yang bijak menipu atau yang mudah ditipu
Masing-masing ada habuan yang menunggu
Yang menfitnah atau yang mudah percaya
Akan ada kira bicara

Ada yang bermanja di media
Ditegur dinasihat sedikit
merajuknya bagai nak rak dimedia
Lalu berduyun pula datang memujuk
Tak cukup dipujuk yang menegur dikutuk
Sedikit ujian menimpa
Di media ia menagih simpati

Ramai pula yang berdoa dimedia
Bukan lagi didepan Pencipta
Kerana media responnya lebih segera
Sedang Pencipta dirasa menunda
Mungkin juga doa dipenuhi segera
Jika banyak like dan aminnya

Inilah fitnah zaman
Yang ikhlas pun terpedaya
Yang baik pun tersilap tingkah bicara
Yang selamat hanya yang sentiasa menjaga iman
Sehingga tertib lidah, telinga dan mata
Dikawal dengan iman dan taqwa

Abu Umar
/channel/azmibhr

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Assalamualaikum WBT

Atas permintaan ramai, saya nak cetak lagi sekali buku ni dengan sedikit penambahbaikan

Rasa susah nak faham & ingat bahan dalam Risalah Ta'alim, susah nak hafal Usul Isyrin. Alhamdulillah ada buku ringkasan dalam bentuk grafik dengan  3Ful (Beautiful, Colourful & Meaningful) Presentation dalam bentuk lebih berstruktur, grafik & berwarna memudahkan untuk pictographic memory. (60 mukasurat)

Boleh jadikan sebagai hadiah pada ahli keluarga dan ahli halaqah. Boleh buat daurah dll

*Hanya RM30 + RM5 untuk penghantaran*

*Untuk PREORDER* boleh WhatsApp ke👇
http://Wasap.my/+60194744343/RTaalim

Sertakan Nama Penuh, Alamat & No Telefon
Slip Bayaran Bayaran kepada Azmi Bahari Maybank 158172777857

InsyaAllah penghantaran bermula awal Feb 2025

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

🕌 Sempena bulan *Ramadhan 2025* yang akan datang ini, *MAAHAD TAHFIZ MADANI, TELUK INTAN* membuka peluang penajaan makanan untuk *berbuka*, *moreh* dan *sahur*.

📍Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)

_Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu 🤲🏻_

💛 Maybank
📝 Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah
💳 5580 6051 1484
📍Lot 172, Kg Ayer Hitam, Jalan Bidor 36030 Teluk Intan, Perak.

Hubungi:

📲 www.wasap.my/+60194744343/tajaanRamadhan
📲 www.wasap.my/+60139782475/tajaanRamadhan
📲www.wasap.my/+60137951281/tajaanRamadhan

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Photo from Azmi Bahari

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Ketika Jiwa Mendung.pdf

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Dapatkan buku PDF (Ebook) “Rahsia Bilik Sakinah: Memahami Ekosistem Cinta Suami Isteri”
Dengan harga cuma RM 15 sahaja

Hasrat untuk menerbitkan buku berkaitan pendidikan rumahtangga ini sudah lama terpendam di hati, terhalang dengan berbagai kesibukan. Alhamdulillah ini adalah buku pertama dari Siri Pendidikan Rumahtangga. InsyaAllah siri yang lain akan menyusul.

Saya mulakan dengan tajuk yang dianggap “terlalu sensitif & memalukan” terutamanya dalam masyarakat melayu. Namun di zaman langit terbuka ini sudah sampai masanya persoalan ini dibincangkan di bawah teduhan syarak & tarbiah sehingga ia menjadi panduan yang sangat berguna terutamanya untuk generasi muda.

Buku “Rahsia Bilik Sakinah: Memahami Ekosistem Cinta Suami Isteri” ini ditulis bukan sekadar sebagai panduan hubungan suami isteri, tetapi lebih dari itu, sebagai satu ikhtiar kecil untuk merawat luka dalam rumahtangga, membimbing cinta agar lebih matang, dan menyedarkan pasangan muda bahawa hubungan intim adalah ibadah yang tinggi nilainya di sisi Allah.

Apabila anda membaca buku ini ada akan dapati hubungan intim bukan masalah kecil tetapi mampu memberi kesan menyeluruh kepada rumahtangga. Dan untuk menyelesaikan masalah ini kita perlu melihat kehidupan berumahtangga dengan pandangan yang menyeluruh juga.


Dapatkan sekarang 👇🏻👇🏻 http://Wasap.my/+60106544343/RBS

Sertakan slip bank.

Buku & Password akan dihantar ke whatsapp anda.

Bayar kepada:
Azmi Bahari
Maybank
158172777857

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Photo from Azmi Bahari
https://www.facebook.com/bdarlifehq2
Pagi ni insyaAllah dalam pukul 8.30 atau lewat sikit

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Menjiwai Al Quran.pdf

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

https://youtu.be/Vsuvt5cA8IY
Bagaimana kita mengambil kesempatan Ramadhan ini untuk menjiwai al Quran. Bukan sekadar membaca tetapi membawa jiwa kita ke kedalaman Al Quran

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

*Assalamualaikum WBT,*

🌙 Jom sertai Forum Nuzul Quran di FB atau bersemuka yang akan membincangkan topik penting bersempena bulan Ramadan yang mulia! ✨

🎤 Tajuk: "Bulan Ramadhan Membangkitkan Jiwa Pembebasan Al-Aqsa"

📅 Tarikh: 18 Mac 2025 (Selasa)
🕘 Masa: 9.00 - 11.15 pagi
📍 Lokasi: Dewan Utama, Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah (Madani)

Panel-panel Forum:
Cikgu Azmi Bahari
Mudir Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah

Dr Kursiah Mohd Razali
Pakar Perunding Oftalmologi,
Aktivis Haluan Palestin dan Akademi Baitul Maqdis.

Moderator:
Ustaz Abdullah Hilmy Bin Jamaluddin

Mari bersama-sama kita menyelami erti pentingnya Ramadan sebagai bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Di bulan ini, kita juga akan membincangkan mengenai *pembebasan Al-Aqsa* yang amat kita rindui.

Join secara online di

https://www.facebook.com/share/1AhWxeim3U/

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Ramadhan Bulan Al Quran.pdf

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

*30 Hari, 30 Hikmah: Siri Ramadhan*🕌

*9 Ramadhan: Siri 9*

*[Keutamaan Sabar dalam Puasa]*

Firman Allah SWT:

قُلْ يٰعِبَادِ الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوْا رَبَّكُمْۗ لِلَّذِيْنَ اَحْسَنُوْا فِيْ هٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌۗ وَاَرْضُ اللّٰهِ وَاسِعَةٌۗ اِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُوْنَ اَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

_Maksudnya: "Katakanlah (Nabi Muhammad), “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu.” Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Bumi Allah itu luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa perhitungan."_

_(Surah Az-Zumar: 10)_

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Saya print extra dalam 80 kot2 ada yang berhajat boleh booking dulu

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Video from Azmi Bahari

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Penyakit yang lebih berbahaya dari kanser. Penyakit kanser paling dahsyat mati. Penyakit ni bukan sekadar mati, jika tidak dirawat boleh bawa kepada azab berterusan di akhirat. Penyakit yang menjadikan lebih peka dengan kelemahan dan dosa orang lain TAPI lupa dengan kelemahan dan dosa sendiri. Penyakit yang menjadikan amal-amal kita seperti debu yang berterbangan. Penyakit yang boleh meruntuhkan keluarga, organiasasi dan masyarakat. Penyakit yang boleh berjangkit dan kena pada sesiapa saja... cuma ada yang ringan dan ada yang parah. Penyakit yang boleh dikesan bila hati benar-benar jernih. Salah satu "symptom awal penyakit" ni adalah bila kita tengok video ni, kita fikirkan orang lain dulu bukan diri sendiri. Boleh tengok dulu... test tengok wajah siapa kita nampak dulu

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Selamat Tinggal 2024

Banyak pengalaman dan pengajaran
Bila medsos dah jadi dustur hidup
Fitnah dan tohmah ditelan segala
Pemangsa mengaku sebagai mangsa
Lalu dibela membuta tuli
Mangsa yang buta media atau kurang follower akan dikecam bagai nak gila.

Hidup penuh kepura-puraan
Derita dipamer seperti bahagia
Kaya di media tapi diluar meminta-minta
Agar di media dipuja ditatang
Sanggup hidup dijerut hutang

Padahal dunia hanya sementara
Di Akhirat nanti semua diambil kira
Yang bijak menipu atau yang mudah ditipu
Masing-masing ada habuan yang menunggu
Yang menfitnah atau yang mudah percaya
Akan ada kira bicara

Ada yang bermanja di media
Ditegur dinasihat sedikit
merajuknya bagai nak rak dimedia
Lalu berduyun pula datang memujuk
Tak cukup dipujuk yang menegur dikutuk
Sedikit ujian menimpa
Di media ia menagih simpati

Ramai pula yang berdoa dimedia
Bukan lagi didepan Pencipta
Kerana media responnya lebih segera
Sedang Pencipta dirasa menunda
Mungkin juga doa dipenuhi segera
Jika banyak like dan aminnya

Inilah fitnah zaman
Yang ikhlas pun terpedaya
Yang baik pun tersilap tingkah bicara
Yang selamat hanya yang sentiasa menjaga iman
Sehingga tertib lidah, telinga dan mata
Dikawal dengan iman dan taqwa

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Video from Azmi Bahari

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Kembali Kepada Al Quran

Allah telah memuliakan kita dengan sesuatu yang sangat istimewa. Sungguh Allah telah memperlihatkan kepada kita bagaimana kedahsyatan Al- Qur'an.

Al-Qur'an menyimpan tenaga luar biasa, dan memiliki semua yang diperlukan manusia agar menjadi sosok peribadi yang dicintai dan diredhai Allah.

Di dalam Al-Qur'an terdapat semua keperluan umat agar mereka dapat melepaskan diri dari lorong gelap yang mengurung mereka, serta menyajikan bagaimana cara bangkit dari kegelapan yang sudah sekian lama dan begitu lama terjadi.

Al-Qur'an benar-benar mampu memperbaiki semuanya agar menjadi agenda kebangkitan umat secara menyeluruh. Bagaikan matahari memiliki pancaran cahaya luar biasa, namun sinarnya hanya mengenai orang yang ingin terkena sinarnya. Begitulah Al-Qur'an yang juga tidak memberi manfaat kecuali kepada orang yang memang ingin terkena pancaran Al-Qur'an.

Tentunya apa yang dipancarkan oleh Al-Qur'an lebih dari sekedar pancaran sinar matahari. Kerana pancaran sinar Al- Qur'an takkan pernah redup apalagi hilang, sepanjang zaman dan di tempat mana pun.

Sebenarnya Al-Qur'an mudah untuk difahami. Akan tetapi sayangnya majoriti umat ini, kecuali yang mendapat rahmat dari Allah, belum menjadikan Al-Qur'an sebagai satu-satunya sumber yang melahirkan kekuatan keimanan dan meluruskan perilaku.

Mereka hanya mencukupkan hubungan dengan Al-Qur'an dengan pahala dan balasan yang diterima dari tilawah dan menghafalnya secara lafaz atau teks.

Sudah masanya umat ini kembali melihat AL Quran sebagai perlembagaan hidup, rujukan bagi setiap permasalahan, sumber kekuatan jiwa, kehidupan hati nurani dan panduan pembentukan peribadi

Jom masuk Tahfiz MADANI.

Tahfiz yang menekankan hafazan Al-Quran, taddabur, kajian sirah dan kepimpinan disamping KBD (Kurikulum Bersepadu Dini) untuk pelajar mengambil SPM.

Читать полностью…

Rumahtangga Islami

Kepentingan Cinta Rasul

Antara perkara yang sangat asas dalam pendidikan anak adalah:

1. Menanam keimanan dan kecintaan pada Allah SWT
2. Menanam keimanan dan kecintaan pada Rasulullah SAW
3. Menanam keimanan dan kecintaan pada al Quran.

Kata Saad Bin Abi Waqas: Kami (para sahabat) mengajar anak-anak kami (Tabi'in) Ghazwah atau sirah Rasulullah SAW sebagaimana kami mengajarkan AL Quran.

Kita kena ajar anak-anak kita gila baca sirah macam orang gila novel baca novel: Baca setiap masa dan dalam berbagai keadaan, sentiasa tunggu kalau2 ada novel baru.

KENAL adalah muqaddimah pada CINTA. Bila anak-anak kita CINTA kepada Rasulullah SAW mereka akan tahu bagaimana MENCINTAI Allah dan bagaimana MENCINTAI Al Quran. InsyaAllah

Читать полностью…
Subscribe to a channel