Tapi kan mcm mana nak tahu.. Waktu bila kena letak ون atau kena hazaf kan nun tu ganti ngan alif
Читать полностью…HAAL حال BAHAGIAN DUA
👨🏫 Pada HAAL حال bahagian pertama, kita telah membincangkan secara ringkas takrif HAAL حال dan HAAL حال berbentuk mufrad serta ciri-cirinya. Kali ini kita nak memahami... HAAL حال DALAM BENTUK JUMLAH pula.
🌴 Dalam Bahasa Arab, جملة JUMLAH asasnya dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a) Jumlah Fi'liyyah (ayat yang dimulai dengan فعل fi'il iaitu kata kerja)
b) Jumlah Ismiyyah (ayat yang dimulai dengan اسم isim iaitu kata nama)
👨🏫 Berbalik kepada HAAL حال dalam bentuk jumlah, ia berbentuk jumlah fi'liyyah dan ismiyyah. Contohnya:
🌴 HAAL حال berbentuk jumlah fi'liyyah:
جَاءَ الطِفْلُ [يَجْرِي]
Budak lelaki itu telah datang [sambil berlari]
Kalimah يجري pada ayat di atas ialah HAAL حال.
🌴 HAAL حال berbentuk jumlah ismiyah:
يَأْكَلُ أَحْمَدُ الخُبْزَ وَ[وَجْهُهُ مُبْتَسِمٌ]
Ahmad sedang makan roti [sambil wajahnya tersenyum]
Kalimah وَجْهُهُ مُبْتَسِمٌ pada ayat di atas ialah HAAL حال.
👨🏫 Pada kedua-dua ayat di atas, terdapat DHOMIR ضمير (kata ganti diri) yang terikat kepada SOHIBUL HAL صاحب الحال (pelaku HAAL حال) yang dinamakan sebagai ROBITH رابط (ikatan).
🤔 Mana DHOMIR ضمير sebagai ROBITH رابط (ikatan) pada kedua ayat di atas?
- Kalimah يَجْرِي ada DHOMIR ضمير tersembunyi kembali kepada الطفل. Manakala وَجْهُهُ ada DHOMIR ضمير kembali kepada أحمد. 😁
--------
🤔 Baik... ada syarat untuk menjadi JUMLAH HAAL حال?
👨🏫 Yaa.....NA'AM!
a) Ia mestilah berbentuk jumlah khobariyyah iaitu jumlah fi'liyyah atau ismiyyah seperti dua contoh ayat di atas.
b) Ayat tidak bermaksud sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang seperti adanya kalimah saufa سوف dan sin سين (bermaksud akan), lan لن (tidak akan), atau adanya adatu syart أداة الشرط yang lain.
c) SOHIBUL HAL صاحب الحال (pelaku HAAL حال) dalam bentuk makrifah معرفة (kata nama khas) kecuali dalam keadaan tertentu ia berbentuk nakirah نكرة (kata nama am).
d) Mesti ada ROBITH رابط (ikatan).
---------
🤔 Ok... selain DHOMIR ضمير (kata ganti diri) seperti yang diterangkan di atas, apa lagi ya yang boleh menjadi ROBITH رابط (ikatan)?
👨🏫 Bagus soalan ni...ok selain dari itu ialah:
a) Huruf Waw (و) sahaja dinamakan sebagai waw haal واو الحال membawa maksud KETIKA ATAU SEDANG dalam keadaan tertentu contoh:
قَرَأتُ [و]المِصباحُ مُضِيءٌ
Saya telah membaca [KETIKA/SEDANG] dalam keadaan lampu bercahaya.
b) Huruf Waw (و) dan dhomir ضمير bersama dalam suatu ayat seperti:
لَعِبَ الأَطْفَالُ [وَهُمْ] فَرِحُون
Kanak-kanak itu telah bermain sambil bergembira.
User Ahmad Huzaifah limited for 5 minutes because message was detected as invitation link. See more at telegram-bot.app.
Читать полностью…• ISIM ZOHIR اسم ظاهر
ialah Kata nama yang jelas ( iaitu isim yang menunjukkan nama atau benda yang jelas, contoh: Muhammad, Buku, Pen, Singa, Rumah, dll.
Maksudnya, kata nama yang menunjukkan makna secara langsung.
Contoh:
جَلَسَ الإِمَامُ Imam itu telah duduk
Disini pelaku kepada kata kerja 'telah duduk' ialah imam, dan jelas bahawa imam melakukan kata kerja tersebut
HAAL حال BAHAGIAN KETIGA
🌴DEFINISI HAAL حال:
HAAL حال ialah ISIM MANSUB (kata nama dalam keadaan nasab) yang menerangkan keadaan FA'IL فاعل (pembuat), NAIB FAI'L نائب الفاعل (pengganti pembuat) atau MAF'ULUN BIH مفعول به (objek / sasaran tindakan) apabila terjadi sesuatu perbuatan.
----------
Kali ini kita nak kenal dan faham HAAL حال dalam bentuk SYIBHU JUMLAH شبه جملة pula.
🤔 SYIBHU JUMLAH شبه جملة ini apa?
👨🏫 Susunan kalimah yang terdiri daripada DZORF ظرف atau JAR MAJRUR جار مجرور.
🤔 Jadi HAAL حال dalam bentuk SYIBHU JUMLAH شبه جملة pula apa?
👨🏫 HAAL حال yang bentuknya terdiri dari DZORF ظرف atau JAR MAJRUR جار مجرور.
Contohnya:
رَأَى حَمْزَةُ العُصْفُـورَ فَوقَ/ عَلَى الشَّجَـرَةِ 🐦
Hamzah telah lihat burung pipit di atas pokok.
Kalimah فَوقَ adalah contoh DZORF ظرف, manakala عَلَى adalah contoh HURUF JAR حرف الجر.
🤔 maaf masih tak faham kenapa فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ kita i'rabkan sebagai dalam keadaan HAAL حال?
👨🏫 Baik, berbalik kepada definisi, ia menjelaskan keadaan FA'IL فاعل (pembuat), NAIB FAI'L نائب الفاعل (pengganti pembuat) atau MAF'ULUN BIH مفعول به (objek / sasaran tindakan) apabila terjadi sesuatu perbuatan.
Pada contoh ayat di atas, ia menjelaskan keadaan MAF'ULUN BIH مفعول به (objek / sasaran tindakan) iaitu العُصْفُـورَ (burung pipit) berada di atas pokok apabila terjadi sesuatu perbuatan iaitu رَأَى حَمْزَةُ (Hamzah telah melihat).
Dalam erti kata lain, Hamzah telah lihat burung pipit (dalam keadaan burung pipit itu berada) di atas pokok.
👨🏫 Masih ingat lagi tak bahawa SOHIBUL HAL صاحب الحال ( pelaku HAAL حال) mestilah dalam bentuk MA'RIFAH معرفة (kata nama khas)?
SOHIBUL HAL صاحب الحال pada ayat di atas ialah العصفور dan ia adalah MA'RIFAH معرفة (kata nama khas) kerana ada alim dan lam ال.
👨🏫 HAAL حال harus diletakkan selepas susunan kalimah yang sempurna...maksudnya jelas apa yang ingin disampaikan karena HAAL حال hanya berfungsi sebagai pelengkap.
Contoh ayat di atas, رَأَى حَمْزَةُ العُصْفُـورَ (Hamzah telah melihat burung pipit) merupakan ayat yang sudah sempurna. Manakala فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ sebagai pelengkap sahaja.
🤔 Baik..., saya bagi satu contoh ayat lain..Jika فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ pada ayat:
حَمْزَةُ فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ Hamzah di atas pokok
Adakah kita 'irabkan sebagai HAAL حال dalam bentuk SYIBHU JUMLAH شبه جملة?
👨🏫 SANGAT BAGUS SOALAN INI! Jawapannya tidak! Salah satu ciri HAAL حال ialah, ia diletakkan selepas susunan kalimah yang menjadi ayat sempurna.
👀 Tengok..
Pada ayat حَمْزَةُ فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ
Jika kita buangkan فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ ayat tidak akan menjadi suatu ayat yang sempurna. Tinggal kalimah حَمْزَةُ (Hamzah) saja. Kenapa dengan Hamzah? Tidak jelas disitu.
Lain dengan ayat:
رَأَى حَمْزَةُ العُصْفُـورَ فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ
Jika kita buang فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ dari ayat, kita masih boleh faham kerana رَأَى حَمْزَةُ العُصْفُـورَ adalah ayat yang sempurna.
🤔 Jadi i'rab bagi فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ pada ayat حَمْزَةُ فَوقَ/عَلَى الشَّجَـرَةِ apa ya?
👨🏫 Ia adalah KHOBAR SYIBHU JUMLAH خبر شبة جملة. Kenapa ia adalah KHOBAR SYIBHU JUMLAH خبر شبة جملة?
🤗 Kerana ia menerangkan mubtadak iaitu حمزة sehingga maknanya menjadi sempurna.
Jenisnya adalah SYIBHU JUMLAH شبة جملة kerana ia terdiri daripada DZORF ظرف atau JAR MAJRUR جار مجرور.
👨🏫 AHSANTA/TI أحسنت...bijakkkk!
----------
HAAL حال BAHAGIAN PERTAMA
Ulangkaji 🤗
😎 Apa itu HAAL حال?
Ada beberapa definisi antaranya yang boleh difahami...
🌴 HAAL حال ialah ISIM MANSUB (kata nama dalam keadaan nasab) yang menerangkan keadaan FA'IL فاعل (pembuat), NAIB FAI'L نائب الفاعل (pengganti pembuat) atau MAF'ULUN BIH مفعول به (objek / sasaran tindakan) apabila terjadi sesuatu perbuatan.
Contohnya:
ذَهَبَ الطالبُ إلى المدرسة فرحًا 👨🎓😁
Pelajar lelaki itu telah pergi ke sekolah dalam KEADAAN GEMBIRA.
🌴 KEADAAN GEMBIRA فرحًا disini ialah HAAL حال kerana...
1) Ia menerangkan keadaan الطالب (pelajar lelaki) iaitu FA'IL فاعل (pembuat) dalam keadaan senang hati.
2) 2) Dalam keadaan nasab iaitu فرحًا
Jelas ke setakat ni?...ok kita teruskan sedikit lagi.. 😁
Jenis-jenis HAAL حال ada 3:
1) Mufrad مفرد
2) 2) Jumlah جملة
3) 3) Syibhu jumlah شبة جملة
*Jenis HAAL حال Jumlah جملة dan Syibhu jumlah شبة جملة kita bincang nanti ya
🌴 HAAL حال jenis Mufrad مفرد
Adalah selain dari HAAL حال Jumlah جملة dan Syibhu jumlah شبة جملة.
Mufrad مفرد disini bermaksud tunggal dimana kalimah tersebut dalam bentuk tunggal seperti:
- Isim mufrad (kata nama menunjukkan bilangan satu)
- - Isim musanna (kata nama menunjukkan bilangan dua)
- Isim jamak (kata nama menunjukkan bilangan tiga dan lebih)
ذَهَبَ الطالبُ إلى المدرسة فرحًا (اسم مفرد)
ذَهَبَ الطالبان إلى المدرسة فرحَينِ (اسم مثنى)
ذَهَبَ الطلابُ إلى المدرسة فرحِين (اسم جمع)
ذَهَبَتْ الطالباتُ إلى المدرسة فرحَاتٍ (اسم جمع)
Kalimah فرحًا, فرحَينِ, فرحِين, فرحَاتٍ adalah HAAL حال berbentuk mufrad.
🌴 Ciri HAAL حال BERBENTUK MUFRAD
- Mesti dalam bentuk nakirah نكرة (kata nama am) seperti فرحًا, فرحَينِ, فرحِين, فرحَاتٍ.
- Kadang-kadang ada dalam bentuk ma'rifah معرفة seperti:
- جاء محمد وَحدَهُ
- Muhammad telah datang BERSEORANGAN.
Kalimah وَحدَهُ disini ialah HAAL حال bentuk ma'rifah معرفة tapi kita takwilkan ia kepada nakirah نكرة iaitu مُنفَرِدًا bermaksud berseorangan juga.
🌴 Contoh HAAL حال BERBENTUK MUFRAD dalam al-Quran yang boleh kita lihat pada surah al-Qasas ayat 21:
فَخَرَجَ مِنْهَا خَآئِفًا يَتَرَقَّبُ ۖ قَالَ رَبِّ نَجِّنِى مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ
Terjemahan: Maka keluarlah (Musa) dari kota itu dalam KEADAAN KETAKUTAN menunggu-nunggu dengan khuatir. Dia berdoa: "Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu".
HAAL حال disini ialah خَآئِفًا bermaksud dalam keadaan ketakutan.
MAKLUMAN:
👨🏫 Perlu diambil maklum juga bahawa SOHIBUL HAL صاحب الحال ( pelaku HAAL حال) mestilah dalam bentuk MA'RIFAH معرفة (kata nama khas).
Lihat disini:
ذَهَبَ الطالبُ إلى المدرسة فرحًا 👨🎓😁
Pelajar lelaki itu telah pergi ke sekolah dalam KEADAAN GEMBIRA.
SOHIBUL HAL صاحب الحال pada ayat di atas ialah الطالبُ dan ia adalah MA'RIFAH معرفة (kata nama khas).
👨🏫 HAAL حال harus diletakkan selepas susunan kalimah yang sempurna...maksudnya jelas apa yang ingin disampaikan karena HAAL حال hanya berfungsi sebagai pelengkap.
Semoga bermanfaat 🙆🏻♀️