CEO TMC Life Sciences didapati bersalah atas pertuduhan salah laku
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/12/1332925/ceo-tmc-life-sciences-didapati-bersalah-atas-pertuduhan-salah-laku
KUALA LUMPUR: TMC Life Sciences Bhd berkata bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu yang digantung tugas, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob, didapati bersalah atas salah laku selepas siasatan dalaman diadakan.
Great Wall Motor lancar dua model baharu, TANK 500 dan WEY 80
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2024/12/1332921/great-wall-motor-lancar-dua-model-baharu-tank-500-dan-wey-80
KUALA LUMPUR: Great Wall Motor (GWM) Malaysia melancarkan dua model baharu, GWM TANK 500 dan GWM WEY 80 pada Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024).
Sentoria cetus kriteria PN17, tiada kepastian mampu teruskan operasi
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/12/1332917/sentoria-cetus-kriteria-pn17-tiada-kepastian-mampu-teruskan-operasi
KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Sentoria Group Bhd (Sentoria) mencetuskan kriteria Nota Amalan 17 (PN17) Bursa Malaysia Securities Bhd berdasarkan penyata kewangan disatukan syarikat yang belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2024.
Bermaz Motor lancar Mazda CX-5 Edisi Terhad, pamer CX-60 dan CX-80
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2024/12/1332913/bermaz-motor-lancar-mazda-cx-5-edisi-terhad-pamer-cx-60-dan-cx-80
KUALA LUMPUR: Bermaz Motor hari ini melancarkan Mazda CX-5 Edisi Terhad dan mempamerkan dua model baharu, Mazda CX-60 dan CX-80.
Rainbow Devils kecewa Man United tidak pakai jaket pelangi
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1332907/rainbow-devils-kecewa-man-united-tidak-pakai-jaket-pelangi
LONDON: Kumpulan LGBT yang menyokong Manchester United kecewa selepas pasukan Liga Perdana Inggeris itu tidak memakai jaket pelangi khas sebelum perlawanan menentang Everton pada Ahad lalu.
Amorim buru bintang Bayern
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1332891/amorim-buru-bintang-bayern
MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Ruben Amorim dilaporkan berminat membawa masuk salah seorang bintang Bayern Munich ke Old Trafford.
Korban banjir selatan Thailand meningkat kepada 29
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/12/1332886/korban-banjir-selatan-thailand-meningkat-kepada-29
BANGKOK: Jumlah kematian akibat banjir besar yang melanda selatan Thailand kini meningkat kepada 29 orang dengan lebih 30,000 mangsa terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.
Aisha berkurung selepas kontroversi konsert
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1332882/aisha-berkurung-selepas-kontroversi-konsert
KUALA LUMPUR: Penyanyi Aisha Retno menyifatkan kontroversi yang menimpanya sebagai pengalaman buruk sepanjang bergelar anak seni.
Ananda Krishnan selamat disemadikan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332877/ananda-krishnan-selamat-disemadikan
KUALA LUMPUR: Mendiang Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam, selamat disemadikan di Krematorium Loke Yew pada tengah hari tadi.
Ijat tak gerak langsung, disangka tidur ketika dikejutkan untuk bersahur - Saksi
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332873/ijat-tak-gerak-langsung-disangka-tidur-ketika-dikejutkan-untuk
TAWAU: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bahawa Allahyarham Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, tidak bangun ketika dikejutkan untuk bersahur selepas dipukul dalam bilik Asrama 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu, pada malam 21 Mac lalu.
Banjir Kelantan: Lebih 200 PPS ditutup, 93 PPS masih aktif
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332869/banjir-kelantan-lebih-200-pps-ditutup-93-pps-masih-aktif
KOTA BHARU: Sebanyak 223 pusat pemindahan sementara (PPS) daripada 316 di Kelantan sudah ditutup dengan 74,969 mangsa daripada 22,581 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing di empat jajahan.
Ahli Dewan Negara cadang pelaksanaan gaji minimum ikut lokaliti
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332865/ahli-dewan-negara-cadang-pelaksanaan-gaji-minimum-ikut-lokaliti
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara mencadangkan supaya kerajaan melakukan pelaksanaan gaji minimum mengikut lokaliti berbanding konsep blanket approach di seluruh negara seperti yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu.
Sufian Abdullah undur diri dari UEM Sunrise
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/12/1332861/sufian-abdullah-undur-diri-dari-uem-sunrise
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Sufian Abdullah, telah meletakkan jawatannya, demikian menurut kenyataan syarikat yang difailkan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Bursa Malaysia terus meningkat, indeks utama cecah 1,614.09 Mata
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2024/12/1332857/bursa-malaysia-terus-meningkat-indeks-utama-cecah-161409-mata
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu dalam persekitaran minat belian yang kukuh terutamanya dalam saham utiliti dan teknologi dengan indeks penanda aras meningkat 0.44 peratus.
Suspek kes culik remaja China didakwa esok
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332853/suspek-kes-culik-remaja-china-didakwa-esok
JOHOR BAHRU: Suspek yang disyaki melarikan remaja perempuan warga China pada 26 November lalu akan dituduh di mahkamah, esok.
DC Healthcare buka klinik baharu di Pulau Pinang
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/12/1332923/dc-healthcare-buka-klinik-baharu-di-pulau-pinang
KUALA LUMPUR: DC Healthcare Holdings Bhd, penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang khusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minimum, mengumumkan pembukaan Klinik Dr Chong baharu di George Town, Pulau Pinang.
20 tinggal sehelai sepinggang empat rumah musnah terbakar
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1332919/20-tinggal-sehelai-sepinggang-empat-rumah-musnah-terbakar
PUTATAN: Empat rumah di Kampung Teguli, Jalan Ramayah, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi, mengakibatkan lebih 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang.
Penang FC tamatkan badi kekalahan di laman sendiri
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1332915/penang-fc-tamatkan-badi-kekalahan-di-laman-sendiri
GEORGETOWN: Penang FC akhirnya menamatkan badi kekalahan enam kali berturut-turut termasuk dua aksi pusingan ke-16 Piala Malaysia selepas membenam PDRM FC 2-0, pada saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Malaysia tempat keempat Piala Remaja Asia 2024
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/12/1332909/malaysia-tempat-keempat-piala-remaja-asia-2024
KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja lelaki negara menamatkan kempen Piala Remaja Asia 2024 di tempat keempat selepas tewas 2-1 kepada Jepun dalam aksi penentuan tempat ketiga di Muscat, Oman, hari ini.
Rakyat Malaysia di Georgia dinasihatkan berwaspada susulan demonstrasi
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332893/rakyat-malaysia-di-georgia-dinasihatkan-berwaspada-susulan
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang tinggal atau berkunjung ke Georgia dinasihatkan sentiasa berwaspada susulan demonstrasi yang berterusan di Tbilisi, menurut Kementerian Luar pada Isnin.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1332888/berhibur-di-golok-tiga-anggota-polis-akan-ditukarkan-kpn
KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332884/kpm-sedia-pertimbang-permohonan-kurangkan-tempoh-pertukaran-guru
DENGKIL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia mempertimbang permohonan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) untuk mengurangkan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan sebagai syarat permohonan pertukaran guru.
Skandal rasuah ADUN Sabah: Sabah tidak akan tunduk kepada ancaman politik - Hajiji
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332879/skandal-rasuah-adun-sabah-sabah-tidak-akan-tunduk-kepada-ancaman
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak akan tunduk terhadap sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk menggugat kestabilan politik Sabah.
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2024/12/1332875/ringgit-meningkat-semula-berbanding-dolar
KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu.
SMK Taman Desa, AMD berentap di final
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1332871/smk-taman-desa-amd-berentap-di-final
KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa (Akademi Johor Darul Takzim) menempah pertemuan final dengan skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam saingan kemuncak Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia Bawah 14 Tahun (B14), Sabtu ini.
Kes bunuh Zaharif: Seluar, baju terkoyak, ada darah tapi tiada kesan gilis - Saksi
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1332867/kes-bunuh-zaharif-seluar-baju-terkoyak-ada-darah-tapi-tiada-kesan-gilis
IPOH: Pakar perubatan forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa tiada kesan gilis pada mayat Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie ketika bedah siasat dilakukan 15 Disember tahun lalu.
Keadaan banjir di 6 negeri beransur pulih
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332863/keadaan-banjir-di-6-negeri-beransur-pulih
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di enam negeri yang terjejas bencana berkenaan, iaitu Kelantan, Johor, Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah beransur pulih setakat petang ini.
Terengganu curi tiga mata penting
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/12/1332859/terengganu-curi-tiga-mata-penting
KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) mencuri tiga mata berharga dari Stadium Majlis Perbandaran Selayang apabila menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 2-1 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.
Presiden Colombia disepina berkaitan siasatan rasuah
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2024/12/1332855/presiden-colombia-disepina-berkaitan-siasatan-rasuah
BOGOTA (Colombia): Presiden Colombia, Gustavo Petro dipanggil oleh Mahkamah Agung untuk memberikan keterangan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap enam ahli kongres yang terbabit dalam skandal rasuah membabitkan Unit Kebangsaan Pengurusan Risiko Bencana (UNGRD).
RMK-13 bakal dirangka berdasarkan aspirasi dalam kerangka Ekonomi MADANI
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1332851/rmk-13-bakal-dirangka-berdasarkan-aspirasi-dalam-kerangka-ekonomi
KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam dekad negara memperkenalkan pelan pembangunan lima tahunnya, pencapaian Malaysia bukan saja sebaris dengan negara jiran ASEAN tetapi turut setanding dengan kebanyakan negara membangun yang lain.