'Status Kampung Baru akan dipertahan selagi ada bintang dan bulan' - Johari Ghani
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344247/status-kampung-baru-akan-dipertahan-selagi-ada-bintang-dan-bulan
KUALA LUMPUR: Rizab Melayu yang menjadi status Kampung Baru akan dipertahankan selagi ada bintang dan bulan, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani.
Van Nistelrooy temui 'resepi' lonjak Leicester
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1344243/van-nistelrooy-temui-resepi-lonjak-leicester
LONDON: Pengendali Leicester, Ruud van Nistelrooy percaya keputusan diraih pasukan pada Disember memberikannya gambaran jelas mengenai ruang yang perlu diperkuatkan Foxes ketika jendela perpindahan pemain Januari ini.
Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik jadi Pengerusi Karex
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/01/1344228/dr-adeeba-kamarulzaman-dilantik-jadi-pengerusi-karex
KUALA LUMPUR: Pembuat kondom, Karex Bhd melantik semula pengarah bebasnya, Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman sebagai Pengerusi kumpulan, berkuat kuasa serta-merta.
Papua New Guinea rasmi jadi negara anggota CPOPC keempat
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2025/01/1344219/papua-new-guinea-rasmi-jadi-negara-anggota-cpopc-keempat
KUALA LUMPUR: Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) mengalu-alukan kehadiran Papua New Guinea yang kini rasmi sebagai negara anggota keempatnya.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344214/rakyat-malaysia-ditahan-di-arab-saudi-kementerian-luar-beri-bantuan
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Ringgit ditutup lemah berbanding dolar AS hari dagangan pertama 2025
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/01/1344209/ringgit-ditutup-lemah-berbanding-dolar-hari-dagangan-pertama-2025
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama tahun ini susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS susulan kebimbangan mengenai kemungkinan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk menurunkan kadar faedah pada 2025.
Bursa Malaysia jatuh pada hari dagangan pertama 2025
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/01/1344205/bursa-malaysia-jatuh-pada-hari-dagangan-pertama-2025
KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan hari pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau.
Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah sawit terhadap bekas pemandu lori
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344200/mahkamah-rayuan-kembalikan-sabitan-curi-buah-sawit-terhadap-bekas-pemandu
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun kerana mencuri buah sawit daripada bekas majikannya.
Arwah Nur Hazurah sangat berdikari - Kakak
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344196/arwah-nur-hazurah-sangat-berdikari-kakak
KOTA TINGGI: “Arwah adik sangat berdikari dan tidak suka menyusahkan orang lain,” kata Nurhazirah Hazahar, 26, kakak kepada atlet pelayaran Johor, yang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan Dato Onn, Bandar Penawar, di sini, semalam.
Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344190/malaysia-ucap-takziah-kepada-keluarga-mendiang-presiden-jimmy-carter
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E Carter Jr pada 29 Disember lalu.
Stesen KLCC Rapid Rail kembali beroperasi
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344186/stesen-klcc-rapid-rail-kembali-beroperasi
KUALA LUMPUR: Stesen KLCC ditutup akibat terdapat laporan kepulan asap dalam bilik peralatan elektronik, kembali beroperasi pada jam 5.52 petang.
6 rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita dari Kelantan perlu jalani tujuh sesi soal siasat
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344117/6-rakyat-malaysia-termasuk-penyanyi-wanita-dari-kelantan-perlu-jalani
NARATHIWAT: Seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan dan lima individu lain yang ditahan polis Thailand kerana disyaki memiliki dadah pada November tahun lalu, perlu melalui tujuh proses siasatan sebelum didakwa di mahkamah.
Pemandu lori maut, tayar pecah hingga hilang kawalan
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344072/pemandu-lori-maut-tayar-pecah-hingga-hilang-kawalan
KULIM: Seorang pemandu lori maut selepas tayar sebelah kanan kenderaan dipandunya itu pecah, menyebabkan dia hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Jalan Titi Karangan-Baling, di sini pagi tadi.
Sekolah masih digenangi banjir, calon SPM tetap semangat hadapi peperiksaan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344053/sekolah-masih-digenangi-banjir-calon-spm-tetap-semangat-hadapi
PASIR MAS: Semangat untuk menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak luntur bagi 48 calon dari Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Al-Falah di sini biarpun sekolah mereka masih digenangi banjir.
PTVM harap ekosistem kondusif, bina rangkaian strategik antarabangsa
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1343971/ptvm-harap-ekosistem-kondusif-bina-rangkaian-strategik
KUALA LUMPUR: Penggerak industri seni kreatif merangkumi persatuan, organisasi, penerbit dan pengarah semestinya mempunyai perancangan ingin dibawa dalam mendepani 2025 yang membuka tirai, kelmarin.
United perlukan 'kejutan' - Amorim
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1344245/united-perlukan-kejutan-amorim
LONDON: Ketika Liverpool menewaskan Manchester United 3-0 di Old Trafford pada September lalu, United jatuh ke tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL).
Lelaki ceroboh masjid sakit mental
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344230/lelaki-ceroboh-masjid-sakit-mental
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan beragama Islam yang melakukan kekecohan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, disahkan mengalami masalah mental sejak April 2022 dan tidak menerima rawatan sejak setahun lalu.
Jesus fokus jaringan, bantu Arsenal tamatkan penantian gelaran
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1344221/jesus-fokus-jaringan-bantu-arsenal-tamatkan-penantian-gelaran
LONDON: Gabriel Jesus bertekad untuk terus meledak gol tatkala Arsenal sedang berusaha menamatkan penantian gelaran lebih 20 tahun dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Pesawat Siberian Airlines terbabas dari landasan di Norilsk
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2025/01/1344217/pesawat-siberian-airlines-terbabas-dari-landasan-di-norilsk
ISTANBUL: Sebuah pesawat Siberian Airlines yang tiba dari Moscow terbabas dari landasan selepas mendarat di bandar Norilsk, Rusia, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan pada Khamis.
Evergreen Marine bayar bonus 20 bulan gaji kepada pekerja
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/01/1344212/evergreen-marine-bayar-bonus-20-bulan-gaji-kepada-pekerja
KUALA LUMPUR: Evergreen Marine Corporation (EMC), antara syarikat perkapalan terbesar di dunia, sekali lagi menjadi tajuk utama apabila mengagihkan bonus akhir tahun luar biasa sebanyak 20 bulan gaji kepada pekerjanya, berikutan prestasi kewangan yang cemerlang pada 2024.
Lelaki jadikan tandas dalam hutan tempat proses dadah
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344207/lelaki-jadikan-tandas-dalam-hutan-tempat-proses-dadah
Georgetown: Polis membongkar kegiatan seorang lelaki yang menjadikan tandas dalam kawasan hutan dekat Cangkat Bukit Gambir, Gelugor di sini, sebagai lokasi memproses dadah jenis heroin dalam satu serbuan semalam.
Sebar risalah Kristian: Hentikan tindakan bercanggah Perlembagaan - Mohd Na'im
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344203/sebar-risalah-kristian-hentikan-tindakan-bercanggah-perlembagaan
KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini diminta menghentikan sebarang tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini.
Ronaldo, Rodri bertikam lidah
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1344198/ronaldo-rodri-bertikam-lidah
LONDON: Rodri mengeluarkan kenyataan balas atas pandangan Cristiano Ronaldo yang melabelkan Ballon d'Or sebagai 'tidak adil' selepas menobatkan bintang Manchester City itu sebagai pemenang pada Oktober lalu.
Dua beradik yatim piatu mangsa nahas lima kenderaan terima sumbangan YaPEIM
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344194/dua-beradik-yatim-piatu-mangsa-nahas-lima-kenderaan-terima-sumbangan
BANGI: Dua beradik yatim piatu selepas ibu bapa mereka terkorban nahas jalan raya di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Melaka pada 23 Disember lalu , menerima sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), hari ini.
Ganjaran RM10,000 untuk maklumat jejaki pembunuh kucing di Universiti Malaya
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344188/ganjaran-rm10000-untuk-maklumat-jejaki-pembunuh-kucing-di-universiti
KUALA LUMPUR: Persatuan Pencinta Haiwan Selangor (SPCA) menawarkan ganjaran RM10,000 bagi maklumat sah yang membawa kepada pengecaman dan pendakwaan individu yang bertanggungjawab atas perbuatan kejam memotong anggota badan haiwan di Universiti Malaya (UM).
Peminat boleh lihat hasil revolusi Harimau Malaya pada 31 Mac 2026
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1344179/peminat-boleh-lihat-hasil-revolusi-harimau-malaya-pada-31-mac-2026
KUALA LUMPUR: Hasil awal revolusi Harimau Malaya dianggap akan dapat disaksikan pada tanggal 31 Mac 2026 iaitu selepas aksi menentang jaguh Asia Tenggara, Vietnam di gelanggang lawan.
Bukan dua, tapi 4 kakitangan PUSPAKOM Wangsa Maju beri keterangan kepada JPJ
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1344112/bukan-dua-tapi-4-kakitangan-puspakom-wangsa-maju-beri-keterangan
SHAH ALAM: Empat kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) cawangan Wangsa Maju memberi keterangan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya berhubung siasatan kenderaan tidak mematuhi standard yang didakwa diluluskan pihak berkenaan.
Dua bekas banduan rompak OKU dijel 10 tahun, 3 sebatan
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1344055/dua-bekas-banduan-rompak-oku-dijel-10-tahun-3-sebatan
MUAR: Dua lelaki bekas banduan termasuk seorang baru tiga hari dibebaskan atas kesalahan merompak, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini kerana melakukan perbuatan sama, minggu lalu.
Rakyat Malaysia ditahan di luar negara perlu hubungi konsulat, dapatkan khidmat guaman elak hak dicerobohi
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1343974/rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara-perlu-hubungi-konsulat
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara perlu mendapatkan bantuan daripada pihak konsulat selain khidmat guaman bagi membela hak mereka dan menghadapi proses undang-undang di negara berkenaan.
5 maut akibat kemalangan mercun tahun baharu di Jerman
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2025/01/1343970/5-maut-akibat-kemalangan-mercun-tahun-baharu-di-jerman
BERLIN: Sekurang-kurangnya lima orang maut di seluruh Jerman, manakala seorang anggota polis cedera parah akibat kemalangan berkaitan mercun kuat yang digunakan secara tradisional oleh rakyat Jerman untuk menyambut tahun baharu, menurut polis pada Rabu.