IPO CBH Engineering di Pasaran ACE terlebih langgan 34.21 kali
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/01/1345787/ipo-cbh-engineering-di-pasaran-ace-terlebih-langgan-3421-kali
KUALA LUMPUR: Tawaran awam permulaan (IPO) CBH Engineering Holding Bhd (CBH Engineering) terlebih langganan sebanyak 34.21 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.
Kiasan 'ayam betina', 'biawak': Pemuda AMANAH Johor buat laporan polis terhadap Ahmad Fadhli
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345783/kiasan-ayam-betina-biawak-pemuda-amanah-johor-buat-laporan-polis
KULAI: Pemuda AMANAH Johor tampil membuat laporan polis, hari ini, susulan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, dalam akaun Facebook beliau pada Jumaat lalu.
Adeq perlu tunggu pengesahan WA lebih lama - Ballard
https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2025/01/1345776/adeq-perlu-tunggu-pengesahan-wa-lebih-lama-ballard
KUALA LUMPUR: Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli mungkin terpaksa menunggu lebih lama dari yang dijangkakan untuk mendapatkan pengiktirafan bagi rekod 100 meter (m) kebangsaan diciptanya daripada Olahraga Dunia (WA).
Howe gesa Newcastle serlah prestasi, tidak leka menentang Arsenal
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1345759/howe-gesa-newcastle-serlah-prestasi-tidak-leka-menentang-arsenal
LONDON: Newcastle United ‘wajib’ memanfaatkan prestasi terbaik mereka apabila dijadual menentang Arsenal pada aksi separuh akhir Piala Liga, kata pengendali pasukan Eddie Howe selain mengingatkan pasukan supaya tidak mudah leka.
Tikam ibu saudara: Remaja 14 tahun didakwa di mahkamah esok
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1345755/tikam-ibu-saudara-remaja-14-tahun-didakwa-di-mahkamah-esok
BUKIT MERTAJAM: Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana disyaki menikam ibu saudaranya di sebuah rumah di Jalan Perai Jaya, Perai, Jumaat lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.
Bursa Malaysia ditutup rendah dipengaruhi sentimen lemah serantau
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/01/1345750/bursa-malaysia-ditutup-rendah-dipengaruhi-sentimen-lemah-serantau
KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi negatif di pasaran serantau, susulan kebimbangan terhadap pelbagai faktor global.
MCMC bangunkan NAS, sistem tunggal sumber alamat autoritatif dan diiktiraf kerajaan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345746/mcmc-bangunkan-nas-sistem-tunggal-sumber-alamat-autoritatif-dan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang giat membangunkan Sistem Alamat Nasional (NAS) untuk membentuk rangka sistem pengalamatan yang berautoritatif, seragam dan bersepadu peringkat kebangsaan.
KL City tak sabar kembali beraksi
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1345740/kl-city-tak-sabar-kembali-beraksi
KUALA LUMPUR: Selepas berehat lebih dua minggu, KL City FC akan turun beraksi bagi aksi ketiga Kumpulan B Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) 2024/25 berdepan Lion City Sailors di Stadium Jalan Besar, Khamis ini.
Titah Adendum tak pernah dibincang, dibangkitkan mesyuarat Lembaga Pengampunan - Shamsul
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345735/titah-adendum-tak-pernah-dibincang-dibangkitkan-mesyuarat-lembaga
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, diberitahu bahawa Titah Adendum tidak pernah dibincang ataupun dibangkitkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu.
Yana kembali berlakon filem selepas enam tahun 'hilang'
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/01/1345732/yana-kembali-berlakon-filem-selepas-enam-tahun-hilang
PETALING JAYA: Selepas enam tahun, Yana Samsudin muncul kembali ke layar perak menerusi filem Sahak Gangster arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mula ditayangkan di pawagam, Khamis ini.
Rosman sedar tugas Pearly-Thinaah makin rumit
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/01/1345726/rosman-sedar-tugas-pearly-thinaah-makin-rumit
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak menegaskan perubahan gandingan yang berlaku dalam acara beregu wanita dunia tidak bermakna tugas Pearly Tan-M Thinaah akan bertambah mudah di Terbuka Malaysia.
Konsert PinkFish: Polis rakam percakapan 43 saksi
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1345721/konsert-pinkfish-polis-rakam-percakapan-43-saksi
KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan daripada penganjur Konsert PinkFish berhubung kematian empat pengunjung dan tiga yang lain cedera pada sambutan ambang tahun baharu, 31 Disember lalu.
Selangor syor saring air kencing sebelum masuk konsert, elak penyalahgunaan dadah
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345704/selangor-syor-saring-air-kencing-sebelum-masuk-konsert-elak
BANTING: Kerajaan Selangor akan mengesyorkan ujian air kencing dijadikan sebagai antara prosedur operasi standard (SOP) kepada pengunjung dalam usaha mengelak sebarang pembabitan dan pengambilan dadah ketika penganjuran konsert di negeri itu.
PdP bertukar cemas, sekolah terbakar
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1345700/pdp-bertukar-cemas-sekolah-terbakar
MANJUNG: Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) beberapa murid dan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar, di sini, bertukar cemas apabila sekolah rendah itu terbabit dalam kejadian kebakaran pagi tadi.
Farez 'tawan' BDB Masters&Charity Golf 2024
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/01/1345696/farez-tawan-bdb-masterscharity-golf-2024
ALOR SETAR: Muhammad Farez Mohd Azihan muncul juara keseluruhan kejohanan golf amatur BDB Masters and Charity Golf 2024 yang melabuhkan tirainya di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra, semalam.
Pengambilalihan baki saham MAHB cecah 75.73 peratus
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/01/1345785/pengambilalihan-baki-saham-mahb-cecah-7573-peratus
KUALA LUMPUR: Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd mencapai 75.73 peratus.
Pendengaran permohonan perintah injuksi PFA ditetapkan 7 Februari
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1345780/pendengaran-permohonan-perintah-injuksi-pfa-ditetapkan-7-februari
KANGAR: Mahkamah Tinggi Kangar menetapkan 7 Februari hadapan sebagai tarikh pendengaran semula permohonan perintah injuksi yang difailkan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) bagi menghalang Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dijadualkan berlangsung pada 15 Februari ini.
'SPRM perlu siasat siapa dalang tanah koperasi 1,052 hektar ditanam sawit, diratakan pihak lain'
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345761/sprm-perlu-siasat-siapa-dalang-tanah-koperasi-1052-hektar-ditanam
IPOH: Lebih 500 ahli Koperasi Sungai Tumboh Berhad (KSTB) di Seri Iskandar, Perak Tengah menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan mengenai tanaman sawit yang diusahakan mereka selama lebih 10 tahun lalu, diratakan sebuah syarikat pada September tahun lalu selepas dikatakan membeli tanah itu.
PROTON catat rekod jualan 152,352 unit tahun lalu
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2025/01/1345757/proton-catat-rekod-jualan-152352-unit-tahun-lalu
KUALA LUMPUR: PROTON mencatatkan prestasi luar biasa apabila menamatkan tahun 2024 dengan jumlah jualan sebanyak 152,352 unit bagi pasaran domestik dan eksport, menandakan pencapaian penting untuk jenama automotif nasional itu.
Ringgit rendah, tanda pemulihan ekonomi AS tingkat permintaan dolar
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/01/1345753/ringgit-rendah-tanda-pemulihan-ekonomi-tingkat-permintaan-dolar
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunan apabila ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan tanda-tanda pemulihan ekonomi AS yang terus mencetuskan permintaan terhadap mata wang itu.
Titah Adendum: Najib ucap syukur
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345748/titah-adendum-najib-ucap-syukur
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa syukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berhubung kewujudan Titah Adendum.
Peluang cerah tamat kemarau Terbuka Malaysia
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/01/1345742/peluang-cerah-tamat-kemarau-terbuka-malaysia
KUALA LUMPUR: Sebagai satu antara negara kuasa besar dalam badminton dunia, ketiadaan pemain yang mampu bergelar juara di Terbuka Malaysia selama enam tahun memang patut menjadi sesuatu yang mencetus kegusaran.
DidikTV terus berkarya tampilkan siaran program, segmen pengajaran menarik untuk pelajar sekolah
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345738/didiktv-terus-berkarya-tampilkan-siaran-program-segmen-pengajaran
KUALA LUMPUR: Saluran khusus TV Pendidikan, DidikTV akan terus berkarya menampilkan segmen bahan pengajaran yang menarik, kreatif dan dinamik untuk pelajar mendapat akses pendidikan baik dan berkualiti.
Selepas TikTok dan WeChat, Telegram pula dapat lesen penyedia media sosial
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345733/selepas-tiktok-dan-wechat-telegram-pula-dapat-lesen-penyedia-media
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan permohonan Telegram mendapatkan lesen sebagai penyedia perkhidmatan pesanan internet diluluskan Khamis lalu.
Kesihatan terjejas akibat kurang tidur, bicara kes 1MDB Najib ditangguh hari ini
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345728/kesihatan-terjejas-akibat-kurang-tidur-bicara-kes-1mdb-najib
PUTRAJAYA: Perbicaraan rasuah Datuk Seri Najib Razak membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditangguhkan selepas bekas perdana menteri itu memaklumkan dirinya tidak sihat akibat kekurangan tidur.
Juruterbang rugi lebih RM1 juta ditipu pelaburan tidak wujud
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1345723/juruterbang-rugi-lebih-rm1-juta-ditipu-pelaburan-tidak-wujud
KAJANG: Seorang juruterbang kerugian lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.
'Muka biasa' ada kelebihan rebut jawatan dalam FAM
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/01/1345718/muka-biasa-ada-kelebihan-rebut-jawatan-dalam-fam
KUALA LUMPUR: 'Muka biasa' yang dijangka bertanding pada Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijadual bulan depan dilihat memiliki sedikit kelebihan untuk merebut jawatan untuk menerajui badan induk itu bagi penggal seterusnya.
Oriental Kopi sasar kumpul modal RM184 juta menerusi IPO
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/01/1345702/oriental-kopi-sasar-kumpul-modal-rm184-juta-menerusi-ipo
KUALA LUMPUR: Oriental Kopi Holdings Bhd (Oriental Kopi), pengendali rangkaian kafe makanan dan minuman (F&B), menyasarkan kutipan sebanyak RM184 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) yang melibatkan penerbitan 418.1 juta saham biasa pada harga 44 sen sesaham.
DBKL roboh struktur haram, sita barangan perniagaan di Segambut
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1345699/dbkl-roboh-struktur-haram-sita-barangan-perniagaan-di-segambut
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur haram di rezab jalan awam serta menyita barangan perniagaan di sekitar Segambut semalam.
Kerjaya Prospek menang kontrak bina rumah di Elmina West
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/01/1345695/kerjaya-prospek-menang-kontrak-bina-rumah-di-elmina-west
KUALA LUMPUR: Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, berjaya meraih kontrak bernilai RM256.4 juta daripada Eastern & Oriental Express Sdn Bhd (E&OE) membabitkan kerja-kerja pembinaan di Elmina West, Shah Alam di Selangor.